You are on page 1of 2

1.

Terangkan maksud kata tunggal dalam bahasa Melayu dan nyatakan contoh kata
tunggal yang mengandungi satu suku kata KVKK, kata tunggal yang mengalami dua suku
kata VK+KVK, kata tunggal yang mengandungi tiga suku kata V+KV+VK dan empat suku
kata KVK+KVK+KV+KV.

Kata Tunggal
Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak
mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal.

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak
menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu
suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu
mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.

(a) Kata Tunggal Satu Suku Kata

KVKK = Bank

(b) Kata Tunggal Dua Suku Kata

VK + KVK = (indah, umbut)

c) Kata Tunggal Tiga Suku Kata

V + KV + VK = (akaun, amaun)

(d) Kata Tunggal Empat Suku Kata

 KVK + KVK + KV + KV = (dispensari, singgahsana)

2. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas
yang dapat menerima imbuhan. Jelaskan pernyataan ini berserta contoh yang sesuai.

morfem bebas - morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai kata penuh, tidak bergabung dengan
morfem lain seperti pulang, lupa, belantara, bebas, minum, suasana, kereta dll.
K ebanyakan morfem bebas mempunyai makna leksis, iaitu makna yangtimbul daripada morfem itu
sendiri. Namun begitu, ada morfem bebas yang tidak mempunyai maknanya sendiri, tetapi
mempunyai makna struktur, iaitumaknanya hanya diketahui apabila digunakan dalam ayat.
Contohnya, kata dari, yang, ke, wah, si ,telah dan sebagainya tidak mempunyai maknanya sendiri
tetapi maknanya timbul apabila digunakan dalam ayat.

morfem terikat - morfem yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai kata dasar. perlukan imbuhan.
semua imbuhan adalah morfem terikat. contoh berkesan [ber] dan [kesan]. Morfem terikat boleh
mengubah bentuk kata. Contohnya imbuhan “ber-” dalam “berjalan” telah mengubah bentuk kata
“jalan” daripada bentuk tunggal kepada bentuk terbitan. Morfem terikat juga boleh mengubah
golongan kata. Contohnya, akhiran “-an” dalam “makanan” telah mengubah golongan kata “makan”
iaitu daripada golongan kata kerja kepada golongan kata nama (makanan).

Kata dasar - kata akar yang menjadi dasar sesuatu perkataan yang dapat diberikan imbuhan seperti
lari jadi berlari.Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan
kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi
proses pengimbuhan kali kedua.

You might also like