You are on page 1of 10

Adat Resam

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada
berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan
adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia
berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama.
Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan
sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran
berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat
perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah
menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat
sesuatu masyarakat itu.
Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan
budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya yang
difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah, Justeru
wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan
budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang
tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang asal.
Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada
hari ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah untuk dijadikan
budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang
bersifat seragam.
Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia juga
disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar belakang.
Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai latar belakangnya, maka
setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar
belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya.
Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Martabat
adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini. Bagi masyarakat
Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai sebuah tradisi lisan yang tinggi sekali
martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat dalam konteks Minangkabau bukan sekadar cara
bersanding, cara menyantap hidangan makanan, cara pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi adat
ialah suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh generasi mereka sehingga ke hari ini.
Justeru tidak hairanlah jika didalam masyarakat mereka wujud istilah-istilah seperti undangundang adat, mahkamah adat, ketua adat dan sebagainya. Begitu juga dengan lain-lain kaum
di Malaysia, aspek adat masih lagi dianggap sebagai suatu pengungkap identiti bangsa dan terus
dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan perlaksanaanya suatu
ketika dahulu.

Pantang Larang
Definisi
Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi secara turun-temurun sejak
berkurun-murun lamanya.Rakyat malaysia yang pelbagai kaum masing mengamalkan pantang
larang mengikut kaum masing-masing.

Tujuan
Pada zaman dahulu, pantang larang digunakan sebagai kaedah untuk menyampaikan pengajaran
kepada masyarakat.Sesuatu peraturan yang hendak dikuatkuasakan akan disertakan dengan pantang
larang supaya mesyarakat takut untuk melanggar peraturan tersebut.

Asal-Usul
Pantang larang kaum India bermula dengan perkembangan agama Hindu di India.Pantang larang
kaum Cina pula berasal dari negara China.Bagi masyarakat bumiputera pula,pantang larang diwarisi
daripada nenek moyang mereka sejak zaman berzaman.

Pandangan Masyarakat
Walaupun pantang larang berbeza mengikut kaum,namum ada yang telah diterima pakai oleh semua
kaum.Ada juga yang diubah suai mengikut tempat atau agama.Yang penting,rakyat Malaysia
harusla saling memahami dan menghormati pantang larang yang diamalkan oleh setiap kaum.

Kaum Melayu

Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu.

Walaupun ada sesetengah sejarawan khususnya sejarawan Barat


era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga masyarakat
pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan
konsep merantau yang menjadi amalan masyarakat Melayu di
Nusantara ketika itu.
Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai
sarjana mengatakan bahawa adat Melayu merupakan adat jawi iaitu
adat yang bercampur. Ini sesuai dengan pemahaman kita
berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan
cantuman ras-ras kecil yang beragama Islam, maka wujudlah apa
yang dipanggil Melayu itu. Ini menunjukkan pelbagai percampuran
dalam pembinaan adat Melayu. Dalam soal pembinaan adat
Melayu, kita dapat melihat tiga bentuk pengaruh yang besar dalam
proses pembinaan adat Melayu. Pertamanya ialah adat yang
dipengaruhi adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah adat yang
dipengaruhi zaman Hindu/Buddha dan Islam, yang ketiga ialah adat
yang berteraskan Islam.

Adat Melayu
Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan
Buddha yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana
dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam masih belum
sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam period Hindu
dan Buddha ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita
pernah melihat upacara persandingan didalam majlis-majlis
perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh
adat-adat Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu dahulu.
Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama
Islam kepada orang Melayu. Kerana kepentingan itu, pada zaman
pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat Melayu menjadikan Islam
sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang
bertentangan dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam
kalangan masyarakat Melayu dan semakin dikurangkan
penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adat-adat lampau
yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan
pengamalanya.

Adat Menyambut Kelahiran


Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat
ketika seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa,
adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika seseorang itu
meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya
merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran

Islam.
Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu
ialah adat ketika seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat
bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan adat
membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal
bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil
seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur
bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan
tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang
mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan.
Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk
memulakan pendengaran seseorang yang baru dilahirkan itu
dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu
mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup
didunia ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan
solat yang akan didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan
diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan
dengan solat jenazah.
Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu
dengan melalukan manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan.
Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat membelah
mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap
alim oleh masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh
bidan yang menyambut kelahiran bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi
yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang
membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti.
Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya
menyatakan wanita hamil yang sentiasa gembira akan melahirkan
bayi yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan. Jadi wanita
yang mengandung dielakkan dari mendengar, melihat dan
bercakap perkara perkara yang buruk. Antara adat menyambut
kelahiran ialah seperti:
1.Menempah bidan
2.Menjamah perut
3.Melenggang perut
4.Mandi melenggang perut
5.Mengadap semangat

Pantang Larang Mengandung Orang Melayu


Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya.
Begitu juga untuk mereka yang mengandung. Antara pantang
larangnya ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci
atau mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan
menggali lubang serta memukul binatang. Mereka juga dilarang

untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang
untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana
bulan ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami
ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup
sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul
binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak
yang di kandung.

Adat Perkahwinan
-Adat Merisik dan melamar diadakan sebelum pertunangan.
Sebentuk cincin diberikan kepada pihak perempuan
- Majlis pertunangan diadakan setelah pihak perempuan bersetuju
untuk menerima lamaran
- Barang-barang hantaran biasanya dikira dalam bilangan ganjil
- Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara akad nikah dan
diikuti oleh persandingan

Pantang larang Perkahwinan Kaum Melayu

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna


bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti
utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah
menjadi
satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin
zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka,
tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan
pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan
tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal
nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam.
Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih
berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena
ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana
kerana takut dissantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak
baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan
sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga
dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi
mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang
membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya
dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan organ seks.
Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari
kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana angan-

angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal


pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Adat Kematian
Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan
oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar
kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran
tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung misalnya,
pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam.
Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan
dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai
kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua
tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas
tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan
menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di
hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan
akan dibakar.
Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan
tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan
secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan
oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat
perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan
dan begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang paling baik
memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.
Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan
mayat dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut
dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima
lapis beserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan
dibubuh kapur barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga
terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi
disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat
seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau
waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun
dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah
berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan
meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum
dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh
menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli
keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah
keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati.
Walau bagaimanapun adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi
dilakukan oleh masyarakat Melayu pada hari ini.

Kaum Cina

Adat dan Pantang Larang Kematian


Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan
sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah
dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia
bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di
alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan
pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian
yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi
kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk
dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan
aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan
dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang
diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan
logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang
semasa hidupnya.
Penghormatan terakhir kepada si mati
Masyarakat Cina akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si
mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke
kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah
menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap
kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat
dikebumikan.
Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan,
pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah
berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina
sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka
mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya
pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan
muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan.
Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati
dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.
Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan
memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah
lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan
keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara
kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti
jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan
memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju
ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung
dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut
logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut
kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan
roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

Selepas upacara kematian, ahli keluarga menjalani adat


berkabung.Pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk beberapa
hari sehingga hari perkabungan tamat.

Adat dan Pantang LarangMenyambut Kelahiran


Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh
wanita cina semasa mengandung dan selepas bersalin untuk
memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa kejadian
buruk.Sebagai contoh,wanita mengandung dilarang melakukan
kerja-kerja memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan
mengalami kecacatan.Mereka juga terpaksa berpantang selama 40
hari selepas melahirkan anak.Seperti masyarakat melayu,mereka
turut mengadakan kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur
sebulan.Masyarakat cina juga mengamalkan adat mencukur rambut
bayi kerana mereka menganggap rambut bayi yang baru lahir
adalah rambut sementara.

Adat dan Pantang Larang Perkahwinan


Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan
mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya.Mengikut
kepercayaan mereka,pasangan yang berkahwin tanpa mengikut
aturan adat dianggap tidak sah.Terdapat dua bentuk perkahwinan
masyarakat cina iaitu eksplisit dan implisit.Pada asasnya,adat
resam perkahwinan mereka merangkumi beberapa peringkat.Adat
merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang
diingini.Hal ini kerana mereka terlalu mengambil berat tentang
nama,keturunan,peribadi,watak dan tingkah laku.Seorang wakil
dihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara
berkaitan perkahwinan.Segala ketetapan yang telah dipersetujui
dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki.Hari pertunangan pula
dilakukan berdasarkan kalender cina.Dalam upacara ini,khidmat
tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan
berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-su.Hari perkahwinan
diadakan setelah bertunang selama setahun atau mengikut tempoh
yang ditetapkanAkhir sekali,mereka akan menandatangani dua
pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan
mereka.

Kaum India

Adat dan Pantang Larang Menyambut Kelahiran


Seperti juga adat kaum-kaum lain, kelahiran seorang bayi adalah
acara yang penting kepada keluarga dan masyarakat India. Semua
saudara mara akan dimaklumkan apabila lahirnya seorang bayi.
Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh
melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 kelahiran,
upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Ketika ini rumah
dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama
meraikan upacara tersebut.
Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi
dari almanak Hindu mengikuti bintang dan hari kelahirannya.
Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari nama bertuah
mengikuti aksara bintangnya. Ketika menamakan itu, bayi dipangku
oleh orang tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh
kaum wanita mereka.

Adat dan Pantang Larang Perkahwinan

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada


beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat
tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut
oleh kaum india semasa perkahwinan .
Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan
saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan
bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang
ikut serta kerana dianggap tidak sopan.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad
jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu
tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan
tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayursayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain
tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama
hindu melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india
juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh
nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional
budaya dan unik terhadap kaum india .

Adat dan Pantang Larang Kematian


Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran
semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun
selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah
perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi
kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan
dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini,

pelbagai adat tertentu akan dilakukan.

Semasa Kematian

Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan


diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan
dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang
dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang
diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap
sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru
disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat
berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya.
Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki
diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut
mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut
dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk
membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas
dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan
lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis
dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya
tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang
tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa
keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram,
tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan
sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa
tenang dan aman.
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas
katil di ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh
membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari
sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip.
Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain
dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum
wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk
memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu
digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir.
Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh
saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk
menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan
sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang
yang telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan
dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti
bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan
diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.

You might also like