You are on page 1of 25

Nama : Daneshrau A/L Nagarajoo

No.Kad Pengenalan: 031105141697

Semester :1

Kursus : Pangkalan Data dan

Aplikasi Web

Nama Pensyarah : Cikgu Akema

Alamat Kolej : Kolej Vokasional

Balik Pulau,

11000 Balik Pulau,

Pulau Pinang.
KONSEP ASAS MORAL

Tajuk:

Adat Resam Pelbagai Kaum di

Malaysia
OBJEKTIF

Pada akhir kajian saya, saya akan dapat:

1. Mengenali adat resam pelbagai kaum di Malaysia supaya saya dapat menghayati dan

menghormati kepercayaan dan amalan pelbagai kaum di Malaysia.

2. memenuhi kehendak folio Moral.


PENGENALAN
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Tiga kaum terbesar di Malaysia ialah Kaum

Melayu, Kaum Cina dan Kaum India. Di Sabah pula, kaum terbesar ialah Kadazan Dusun

manakala di Sarawak ialah Kaum Iban. Disebabkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,

maka pelbagai adat resam diamalkan oleh kaum-kaum ini dan ada diantaranya yang

mempunyai persamaan.

Menurut Wikipedia, Adat resam (juga dikenali sebagai tradisi) adalah undang-undang atau

hak yang tidak bertulis dalam sesebuah masyarakat dan diamalkan secara turun-temuran

sejak sekian lama dan diwarisi oleh nenek moyang. Ia adalah sesuatu yang ramai orang

lakukan, dan telah dilakukan untuk jangka masa yang lama. Biasanya, ia datang dari sesebuah

negara, budaya, zaman atau agama sama. Jika ada sesuatu yang biasanya dilakukan dengan

cara yang sama, ia mungkin boleh dikatakan sebagai "adat kebiasaan" dalam melakukan

sesuatu.1

Sebagai contohnya, rakyat Malaysia kebanyakkannya tidak memakai kasut di dalam rumah.

Adat ini telah menjadi satu kebiasaan dan diamalkan oleh semua kaum di Malaysia.

1
https://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_resam
ADAT RESAM KAUM MELAYU

SEWAKTU MENGANDUNG

Melenggang Perut Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian

utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara

ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam

lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh

atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi

membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

Bahan-bahan yang digunakan


untuk Majlis Melenggang Perut

Upacara Melenggang Perut


SEWAKTU BERSALIN

1.1 Menyambut Kelahiran

Bayi akan disambut dengan jampi dan serapah. Tali pusatnya akan dipotong dengan

menggunakan sembilu buluh. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit.

Bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan

diqamatkan.

Seorang yang pakar agama akan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al- Ikhlas.

Kemudiannya, dia akan mencecap atau merasakan sedikit air madu dan menggunakan emas

yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi .

Selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping

ibunya.
1.2 Memberi Nama

Adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Jika bayi itu

lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi. Contoh nama budak lelaki ialah

 Maaz – lelaki yang berani

 Mahad – bagus, baik

 Mahbeer – berani

 Mahbub – kesayangan

 Mahdi – yang diberi petunjuk

 Maher – berkemahiran

 Mahmud – yang dipuji

 Malik – tuan, pemilik

 Maqil – bijaksana

 Marwan – yang kukuh

 Masood – bertuah

 Mateen – yang gagah

Contoh nama bayi perempuan berdasarkan nama isteri-isteri atau anak- anak nabi ialah :

 Azmya -Bentuk lain dari Azma (diberkati Allah)

 Sabiya -Pagi Hari

 Nasira -Berjaya, pemenang

 Assyfa -Bentuk lain dari Assyifa (Penawar, Penyembuh)

 Putri -Anak raja, putri raja


 Aura – Udara

 Zaskia -Suci, murni (bentuk lain dari Zakia)

 Ashalina - Manis dan menyenangka

 Yumnaa - Diberkahi, sebelah kanan

 Naladhipa -Jantung hati yang menerangi

 Raesha - Pemimpin (bentuk lain dari Raisha)2

21. Cukur Rambut/ Potong Jambul• dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan• dipanggil

adat potong jambul

22. Jejak Tanah/Turun Tanah

Adat ini juga dipanggil adat memijak tanah• sebagai meraikan anak yang baru pandai

berjalan.• bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang

meneruskan kehidupannya.

2
https://my.theasianparent.com/nama-anak-lelaki-dalam-islam-m-z
23. Bersunat / Berkhatan

Bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil manakala kanak-kanak

lelaki pula akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil Adat Berkhatan, yang akan

dijalankan oleh Tok Mudim. Bersunat atau berkhatan adalah wajib untuk anak-anak Melayu.

PETUA DAN PANTANG LARANG SEMASA HAMIL

Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat

Melayu telah melakukan sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti

oleh wanita yang hamil. Ia penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.

Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segi

perlakuan dan makanan. Dari segi perlakuan terdapat beberapa pantang larang dan petua

yang semestinya diikuti oleh wanita yang mengandung.

Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju

basuhan sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin.
Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda – benda yang menakutkan dikhuatiri

anak yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat.

Wanita hamil dilarang ketawa, menghna dan mengejek ornag kerana dikhuatiri sifat – sifat

orang yang dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir.

Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan anak yang

mempunyai gelap masa depan.

Mengerat Tali Pusat Bayi

Kemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawar

terlebih dahulu supaya hilang bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati di tali

pusat. Ikatan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum tali pusat dikerat dengan tujuan menyekat

al darah daripada mengalir keluar apabila dipotong sama ada pada tali pusat mahupun

tembuninya. Minyak urut ataupun inggu akan diletakkan pada bekas tempat dipotong supaya

tali pusat cepat tanggal. Pembalut dilekapkan ke pusat bayi yang telah dipotong.

Menanam Uri dan Tembuni

Apabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama – sama bayitidak boleh dibuang

begitu sahaja. Sebelum ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu.

Uri tidak boleh ditanam tepat pada 12.00 tengah hari kerana dikhuatiri anak itu akan degil.

Uri biasanya ditanam di pintu jalan bersama – sama asam, garam, jarum, buku dan pensil

supaya anak menjadi rjin belajar dan menjadi murid yang pintar. Uri juga tidak boleh ditanam

terlalu dalam kerana dipercayai proses pertuturan anak akan menjadi lambat.
ADAT RESAM ORANG INDIA

SEWAKTU MENGANDUNG

 Adat ‘Valaikaappu’

Biasanya dibuat untuk kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga

sembilan bulan.• Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang

dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud

perlindungan. Ia adalah untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran

semasa bersalin.

SEWAKTU BERSALIN

1.1 Upacara Memberi nama bayi

Sami atau seseorang yang berpengetahuan tinggi dalam agama Hindu akan membisikkan

Nama Tuhan dan Gayatri Mantiram pada telinga bayi yang baru dilahirkan bertujuan untuk

membawa rahmat kepada bayi.


Upacara Membisik nama bayi pada telinga bayi

Upacara membuai bayi

Madu bercampur minyak sapi akan disapu pada lidah bayi. Minyak sapi dipercayai boleh

membawa kecantikan dan bayi juga tidak akan diserang sebarang penyakit. Madu pula

dikatakan dapat melembutkan lidah


Tali pusat yang dipotong pula akan ditanam bersama uri dan tembuni di dalam tanah yang

dalam supaya binatang lain tidak dapat mengambilnya.

PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan

suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam

masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam,tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang

mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.Antara adat yang

dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang

dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya,memberi sireh, mencium

tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua)

serta sari (ibu mertua)dan wang.Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan

bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji

gelas.Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Thali

Thali adalah satu perkara penting dalam perkhawinan orang india. Ia menandakan

seseorang perempuan itu telah berkepunyaan. Terdapat pelbagai jenis thali

berdasarkan keturunan.
Bentuk thali orang Tamil

Bentuk Thali orang Telugu

Bentuk Thali orang Malayalee

Saree

Tamil Telugu Malayalee


KEMATIAN.

Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu kematian adalah

ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India juga menyatakan kematian

adalah perpisahan roh dan jasad,dimana jasad akan hancur ,tetapi kembali ke alam

barzakh.Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar atau di kebumikan.Untuk melaksanakan

upacara ini pelbagai adat di tentukan.

 Upacara menanggalkan thaali.

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah

kematian dalam sesebuah keluarga.Thaali iaitu rantai suci perkahwunan hanya boleh

ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia.

 Upacara vaikkarasi

Setelah dimandi dan dihias cantik,mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang

sama lagu-lagu suci dimainkan.Saudara mara akan member penghormatan yang terakhir

kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang.Pada masa yang sama,ucapan

tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut

telah direstui oleh tuhan.Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam

sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

 Kollic catti.

Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api.Periuk tersebut di angkat

dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada

periuk.Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.Anak sulung

melakukan untuk bapa apa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu.seseorang

yang membawa kollic catti mengiringi mayat.Sebelum itu kollic catti.Sebelum itu pembawa
kollic catti dikehendaki mencukur rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih

bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.

PERAYAAN BAGI KAUM INDIA

Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum

mereka tersendiri.Bagi kaum india mereka merayakan perayaan mereka seperti

deepavali,thaipusam,dan ponggal bagi setiap tahun.Bagi perayaan Deepavali,penganut hindu

akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat.Selepas

upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,penganut hindu akan

mengunjungi kuil,dimana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi

thaipusam pula,merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas

muka bumi.Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar.Nazar yang membawa maksud

memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan,maka satu

acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.Bagi ponggal pula,perayaan ini diraikan

secara beramai-ramai.Iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya

diperbuat daripada tanah liat,bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil

tanaman.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama

terpisah.Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat hindu

mengukuhkan ikatan sesama mereka.


ADAT RESAM ORANG CINA

SEWAKTU MENGANDUNG

Ibu mengamdung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan

kegiatan seharian mereka. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja memaku dan

dilarang memukul binatang kerana takut bayi yang bakal dilahirkan mengalami kecacatan.

Mereka tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat .

SEWAKTU BERSALIN

PANTANG-LARANG: mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku

kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. bertujuan menghindari bayi dari

terkena badi tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang

2. HINDARI PERMASALAHAN: mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses

bersalin. Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu . Memberi nama

kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam

masyarakat Cina

3. DILARANG MENGGOSOK PERUT/MAKANAN TAJAM: wanita hamil tersebut tidak

digalakkan terlalu kerap menggosok perut wanita yang hamil dilarang sama sekali makan
makanan yang “tajam” seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak Untuk

menentukan sama ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat

bentuk perut wanita yang hamil, kandungan berusia empat bulan ke atas

4.PANTANG SELEPAS LAHIR:

.Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh

hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi

yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya Dari segi

pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang

diperam dalam masakan mereka.

5. KENDURI :

.masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan

Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah

berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna

merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah

6. MEMBERI NAMA:

.Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata

kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik- beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga

pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri Sistem nama yang baik perlu mengambil

kira makna , unsu

https://www.scribd.com/doc/182619650/adat-resam-Kaum-Cina#r Yin dan Yang serta dibuat

mengikut perhitungan matematik Cina.


Lawatan dan Kunjungan

Semasa mengunjungi rumah orang – orang Cina, tetamu sebaik – baiknya duduk di sebelah

kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.

Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam

pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan

rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina

sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab – sebab yang

sangat penting.

Kelahiran

Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di

dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak

dibernarkan sama sekali.

Ibu yang mengandung mesti berjaga – jaga supaya tidak terperanjat dengan benda – benda

yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira – kira sebulan selepas bersalin.
Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya kata – kata pujian

seperti “gemuk” atau “gemuk macam babi” dapat diterima.

Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan

sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah – hadiah itu dibungkus

dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur

satu tahun.

Perkahwinan

Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun

keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang

lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang

isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta

memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak

tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya.

Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak –

kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan

tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin.


Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan

itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai kuasa dalam

mencampuri hal perkahwinan anak – anak mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur

oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat

yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu

perkahwinan diadakan iaitu :

Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri

yang sah dari segi undang – undang.

Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru

memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda

pengenalan antara satu sama lain.

Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan – kawan akan dijemput.

Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri

oleh saudara mara yang rapat sahaja.

Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman

perkahwinan itu kepada kawan – kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan

jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana

majlis ini penting maka tetamu – tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang cantik

dan berwarna merah. Sebaiknya – baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang
berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna – warna ini biasanya dikaitkan dengan

peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.

Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan

tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan –

perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan

kedua pengantin itu.

Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu,

sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.

Kematian

Pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu pergi

ke rumah orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram

seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.

Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih

“ duit kertas “ dan lain – lain alat sembahyang untuk diberikan kepada keluarga si mati yang

kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan

bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan

panji – panji yang ditulis dengan kata – kata pujian kepada si mati.
Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau

gula – gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang

membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula – gula yang

diberi itu boleh dimakan.

ADAT RESAM ORANG IBAN

SEWAKTU MENGANDUNG

Tidak boleh menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja, tidak boleh menyiang

daging, membunuh binatang dan juga tidak boleh menanam pokok pisang. Semua pantang

larang ini mesti diamalkan untuk menjamin kesempurnaan fizikal bayi yang akan lahir dan

juga menghalang kuasa- kuasa ghaib yang tidak diingini daripada mengganggu bayi tersebut.

SELEPAS KELAHIRAN

Tempoh berpantang: 30 hari selepas melahirkan anak dan makanan akan dicampurkan

dengan halia supaya dapat memanaskan badan. Selepas bersalin, wanita kaum Iban akan

menjalani satu amalan iaitu berdiang (selama 40 hari) , di mana si ibu perlu dekat dengan

unggun api. Kayu yang dijadikan unggun api pula ialah kayu malam, langsat, dan sebagainya

yang boleh menyembuhkan penyakit ibu yang baru lepas bersalin. Adat menanggalkan pusat

bayi. Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat

iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi itu akan dibawa ke tanju atau ke anjung untuk

melihat matahari dan diberi air garam. Selepas itu disusuli dengan pemberian nama kepada
bayi yang baru lahir. Bayi yang baru lahir itu, diberikan nama sempena nama nenek moyang

mereka. Tujuannya adalah agar anak yang baru lahir itu mewarisi jasa dan sumbangan datuk

dan neneknya yang telah tiada. Selepas itu pula disusuli oleh adat mandi sungai. Adat ini

dijalankan pada usia bayi berumur satu bulan dan untuk membiasakan bayi dengan sungai.

Bayi itu akan dipakaikan dengan kain pua belantan dan diiringi dengan doa dan mantera

meminta supaya bayi itu menjadi seorang yang sempurna. Sebaik sahaja mantera dibaca,dua

orang lelaki akan menetak air dan ayam disembelih; bayi lelaki: sayap ayam akan diikat

dengan benang merah yang digantung pada galah berayang. bayi perempuan :benang tersebut

digantung pada galah laletan. Selepas itu bayi dimandikan dan gendang akan dipalu untuk

selepas itu jamuan ringan akan diadakan.

PERKHAWINAN

Dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jaru. Bertunang , Berkahwinan.Majlis

perkahwinan dimulakan oleh pihak lelaki. Pengantin lelaki memakai pakaian tradisional Iban

dan disediakan tempat duduk. Paluan gong akan mengiringi rombongan dan perarakan

tersebut. Sebaik sahaja sampai di rumah pengantin perempuan, akan dilepaskan satu

tembakan sebagai tanda tetamu sudah tiba. Penduduk di rumah panjang pengantin perempuan

akan bersiap sedia untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki. Rombongan

pengantin perempuan akan turun ke sungai untuk mandi bersama sama dengan pengantin

lelaki sebagai tanda permulaan silaturahim antara pengantin rombongan pengantin lelaki dan

pengantin perempuan. sama dengan pengantin lelaki sebagai tanda permulaan silaturahim

antara pengantin rombongan pengantin lelaki dan pengantin perempuan.


KEMATIAN

Semasa kematian, sanak-saudara(kaban belayan) akan datang menghadirinya. Mayat si mati

akan dimandikan dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya dan diletakkan di tengah-

tengah rumah panjang(ruai). Di atasnya akan digantung pua kumbu. Semua barang-barang

kepunyaan mayat akan dibekalkan di dunia selepas mati atau dunya sebayan. Sepanjang

malam dan siang akan ada orang yang ditugaskan untuk menangisi si mati selain keluarga si

mati. Tangisan itu adalah dalam doa yang menghantar si mati ke dunya sebayan.

Pengebumian mayat pula akan dilaksanakan pada waktu subuh kira-kira pukul empat pagi.

Lubang mayat akan digali dan ditimbus bersama barang-barang yang dibawanya. Mayat juga

dibuatkan rumah. Kemudian, apabila selepas kematian, upacara berkabung atau ngulit

dijalankan. Seisi rumah panjang dilarang membuat bising, memakai barang kemas,pakaian

yang cantik-cantik, dan digantung pinggan yang dibalut kain hitam pada pintu rumah

keluarga si mati menandakan ada kesusahan dan kesedihan menimpa. Tidak lama

kemudian,upacara beserara bungai dijalankan untuk memastikan roh si mati tidak lagi

mengganggu mereka yang masih hidup.setelah genap tempoh yang ditetapkan oleh keluarga

si mati, maka upacara berkabung pun tamat. Selepas itu,gawai antu atau perayaan untuk

meraikan si mati akan dijalankan.

PERAYAAN

You might also like