You are on page 1of 7

SKP2204

HUBUNGAN ETNIK

TAJUK KAJIAN: KEBUDAYAAN MASYARAKAT


MAH MERI KAMPUNG SUNGAI BUMBUN,
PULAU CAREY, SELANGOR

NAMA PENSYARAH:
PUAN HASNY @ YANTI BINTI ZAINAL
NAMA NO. MATRIK
1. SAGADEVAN A/L GANESAN 198222
2. LUQMANUL HAKIM BIN AHMAD 198965
NAZRI
3. SHATHISKUMAR A/L PURU 196601
SHOTHAMAN
4. MUHAMMAD ZOHDI BIN ISRI 196462
5. SYED MUHAMMAD SAFWAN BIN 198758
SYED ABDUL MUTALIB
1.0 PENGENALAN
Malaysia terkenal dengan perpaduan pelbagai kaum. Malaysia juga turut dikenali sebagai negara
majmuk oleh negara luar. Terdapat pelbagai etnik, budaya dan kepercayaan yang dipegang oleh
mereka. Di Malaysia, meskipun terdapat golongan minoriti yang jauh dari arus kemodenan tetapi
mereka sesekali tidak terpinggir dari rentak pentadbiran dan pembangunan di negara ini. Kajian
ini akan dikhususkan kepada golongan minoriti yang sudah lama bertapak di Malaysia iaitu
orang asli. Walaupun mereka nampak seperti jauh ketinggalan dari segala perkara tetapi pihak
pentadbiran tidak pernah melupakan golongan ini.

Mereka tidak dibawa keluar dari tempat mereka kerana pihak pentadbiran negara ingin menjaga
keunikan, budaya dan pegangan yang mereka anuti itu agar tidak hilang dek arus globalisasi.
Perkataan Orang Asli merupakan perkataan generik bahasa Melayu yang secara rasmi digunakan
di Malaysia. Ianya bagi merujuk kewujudan orang asal yang sudah lama bertapak di
Semenanjung Tanah Melayu sejak azali lagi. Etnik orang asli ini setelah dikaji terdapat 18 suku
dari etnik Orang Asli di Semenjung Tanah Melayu. Mereka yang terdiri dari 18 etnik di
pecahkan kepada 3 kumpulan utama bedasarkan tutur kata serta istiadat mereka yang berbeza
diantara satu sama lain. Pecahan 3 ini ialah Proto-Malay atau dikenali Melayu Asli yang menetap
di wilayah selatan Semenanjung Malaysia, Senoi menetap di bahagian tengah semenanjung dan
yang ketiga adalah Semang atau Negrito yang biasanya boleh ditemui dalam bahagian utara
semenanjung.

Dalam kajian ini kami mengkaji orang asli yang berada di Pulau Carey. Pulau Carey terletak di
antara selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting yang terletak di negeri Selangor. Di Pulau
Carey cukup terkenal dengan suku kaum orang asli Mah Meri. Jumlah penduduk komuniti Mah
Meri di Pulau Carey ini seramai 1400 orang. Puak Mah Meri ini mereka adalah tergolong dalam
kumpulan Senoi yang menetap di bahagian tengah semenanjung Malaysia.
Dalam kajian ini, skop kajian yang akan dilaksanakan adalah untuk mendalami kehidupan serta
budaya yang mereka amalkan, makanan, pemakaian dan kesenian mereka. Bagi melihat sendiri
keadaan puak Meh Meri ini, penyelidikan menuju ke Kampung Sungai Bumbun di Pulau Carey,
yang merupakan satu-satunya kampong pelancongan dan pusat kebudayaan. Nama lain bagi
kampong ini ialah Mah Meri Cultural Village. Antara aktiviti yang mereka lakukan untuk
memperkenalkan hasil seni mereka seperti topeng dan boneka kayu ialah menjalankan aktiviti
perniagaan kraftangan mereka di gerai-gerai di sekitar petempatan mereka dan pusat kraf
setempat yang dibuka khas untuk menjual hasil seni mereka.

1.1 PENYATA MASALAH


Permasalah yang dikaji dalam kajian ini adalah seperti berikut:
Sebagai generasi muda, kami ingin mengetahui Amalan serta Kebudayaan Masyarakat Mah Meri
Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor. Kami juga mengkaji beberapa persoalan
seperti apakah adat perkahwinan dan pewarisan harta di pulau carey mengikut masyarakat Mah
Meri. Oleh itu yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan
persoalan kajian dengan lebih jelas lagi. Selain itu, kami juga dapat memahami serta mendalami
tentang masyarakat Mah Meri yang terdapat di Pulau Carey. Sekiranya, kajian ini tidak
dijalankan, bagaimana amalan dan perpaduan masyarakat Mah Meri di Pulau Carey, Selangor
diamalkan.
1.2 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Dalam kajian ini kami mengkaji orang asli yang berada di Pulau Carey. Pulau Carey terletak di
antara selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting yang terletak di negeri Selangor. Ia besar, kira-
kira 32,000 ekar atau kira-kira satu perlima daripada saiz Singapura. Walaupun secara
teknikalnya sebuah pulau, ia tidak semestinya merasa seperti itu kerana ia hanya dipisahkan dari
'tanah besar' oleh Sungai Langat yang tidak begitu luas. Di Pulau Carey cukup terkenal dengan
suku kaum orang asli Mah Meri. Jumlah penduduk komuniti Mah Meri di Pulau Carey ini
seramai 1400 orang. Puak Mah Meri ini mereka adalah tergolong dalam kumpulan Senoi yang
menetap di bahagian tengah semenanjung Malaysia.

1.3 PERSOALAN KAJIAN


1. Bagaimanakah masyarakat mah meri menghargai budaya adat perpatih mereka.
2. Sejauh manakah masyarakat mah meri memelihara perpaduan dan budaya mereka ini.
3. Bagaimanakah caranya untuk mengekalkan masyarakat mah meri di pulau carey.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN


1. Mengenalpasti adat tradisi masyarakat mah meri.
2. Mengkaji pewarisan perpaduan dan tradisi masyarakat mah meri.
3. Untuk meningkatkan pengetahuan generasi muda tentang adat dna tradisi masyarakat mah
meri.
1.5 LOKASI SEBAB KAJIAN
Tujuan kajian kami di Pulau Carey adalah kerana Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan
penempatan awal masyarakat Orang asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia. Mah Meri
merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli yang wujud di Malaysia. Komuniti Mah
Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang, yang terkenal dalam aktiviti
pembuatan boneka kayu dan topeng. Mereka membuat peralatan seni tersebut dari pokok kayu
keras yang digelar Nyireh Batu dari famili Mahogany. Masyarakat Mah Meri disana biasanya
mempunyai 25 orang petugas yang bertanggungjawab memahat kayu untuk dajadikan patung
dan topeng yang mempunyai 100 bentuk seni reka Orang Asli. Setiap bentuk mempunyai
maksud dan erti tersendiri. Tempat terbaik bagi melihat kehadiran puak ini adalah di Kampung
Sungei Bumbun dimana mereka menjalankan aktiviti perniagaan kraftangan mereka di gerai-
gerai dan pusat kraf setempat yang dibuka khas bagi tujuan tersebut. Puak Mah Meri ini juga
sebenarnya juga menarik pelancong dengan aktiviti tarian tradisional mereka, mereka biasanya
memakai tengkolok daun yang diperbuat dari daun nipah dalam meraikan kedatangan pelancog
dan aktiviti keraian mereka.
1.6 KEADAH KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah ataupun metod yang bersesuaian.
Iaitu:
Resensi Kepustakaan
Resensi kepustakaan memainkan peranan yang penting sebagai kaedah utama dalam
menjalankan sesuatu kajian. Oleh itu, kajian perpustakaan ini merangkumi rujukan buku-buku
ilmiah di perpustakaan, jurnal, artikel, dan sebagainya. Metod ini merupakan satu kaedah yang
dipercayai dalam mendapatkan sumber atau data yang tepat dan sahih berkenaan masyarakat
Mah Meri di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor.
Kaedah kaji selidik
Bagi memperolehi dapatan kajian yang lebih tepat, borang kaji selidik telah dibentuk
berpandukan kepada tujuan dan objektif kajian. Selain itu, kaji selidik ini juga dibentuk agar
dapat menjawab persoalan - persoalan kajian yang telah ditetapkan. Soalan–soalan ini terdiri
daripada dua bahagian iaitu:-
a) Bahagian A merujuk kepada soalan – soalan yang berkaitan dengan demografi responden.
b) Bahagian B merujuk kepada soalan–soalan mengenai budaya-budaya masyarakat Mah Meri
Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor. Soalan harus dijawab menggunakan skala
yang telah ditetapkan.
c) Skala yang digunakan adalah berpandukan Skala Likert.Borang Soal selidik dikemukan
kepada 40 orang secara rawak berdasarkan keterbukaan responden untuk menerima dan sudi
bekerjasama.
Kaedah tinjauan dan pengamatan
Kaedah ini digunakan bagi mengesahkan budaya-budaya masyarakat Mah Meri di Kampung
Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor. Kaedah ini juga bertindak bagi menilai sejauh mana
kajian yang dijalankan menunjukkan hasil dan keberkesanannya.Kaedah tinjauan dan
pengamatan ini dijalankan di sekitar perkampungan masyarakat Mah Meri di Kampung Sungai
Bumbun, Pulau Carey.Tidak cukup dengan itu, kaedah ini turut melihat kehidupan social
masyarakat setempat untuk menguatkan lagi hipotesis terhadap autoriti kajian.
1.7 KESIMPULAN
Secara kesimpulan, kajian kita merangkumi orang asli di Pulau Carey yang Carey terletak di
antara selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting yang terletak di negeri Selangor. Di Pulau
Carey cukup terkenal dengan suku kaum orang asli Mah Meri yang berjumlah 1400 orang.
Kajian ini adalah untuk mendalami kehidupan, makanan, pemakaian dan kesenian. Penyata
masalah kami adalah ingin mengetahui amalan dan kebudayaan masyarakat Mah Meri Kampung
Sungai Bumbun Pulau Carey. Ia juga untuk lebih memahami masyarakat Mah Meri. Pulau Carey
kira-kira 32,000 ekar besar atau satu perlima daripada saiz Singapura. Pulau Carey terkenal
dengan suku kaum orang asli Mah Meri seramai 1400 orang yang terkenal dalam aktiviti
pembuatan boneka kayu keras yang digelar Nyireh Batu dari family Mahogany. Terdapat
beberapa kaedah kajian yang akan kita lakukan. Pertama, resensi kepustakaan. Kaedah ini
merangkumi rujukan buku-buku ilmiah di perpustakaan, jurnal dan artikel. Kedua, kaedah kaji
selidik. Kaedah ini menggunakan borang kaji selidik yang dibentuk berpandukan kepada tujuan
dan objektif kajian. Ketiga, kaedah tinjauan dan pengamatan untuk mengesahkan budaya-budaya
masyarakat Mah Meri di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor.

You might also like