You are on page 1of 12

Tema: Sejarah Kumpulan Kaum/Etnik/Klan/Suku Kaum

Sejarah Perkembangan Masyarakat Malabari Di Ulu Tiram, Johor Baharu Sebelum


Merdeka Hingga Tahun 2000.
Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai masyarakat
majmuk yang mampu hidup secara harmoni, aman dan makmur tanpa berlaku perpecahan.
Disebabkan oleh keunikan inilah menjadikan Malaysia sebuah negara yang amat dihormati
dan menjadi contoh kepada pelbagai pihak dan dalam kalangan Negara-negara lain.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum. Terdapat
etnik kaum yang bersifat majoriti di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India.1
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat cetakan 2007, masyarakat majmuk bermaksud
masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum dan suku. Menurut J. S Furnival (1948)
masyarakat majmuk terdiri daripada berbagai kaum/etnik yang mempunyai kebudayaan,
agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang
sama.2 Manakala menurut Kamarudin Jaafar masyarakat majmuk bermaksud kaum
bercampur tetapi kehidupan berasingan, interaksi terbatas, penuh prasangka serta bersama
tetapi tidak bersatu.3
Masyarakat majmuk di Malaysia juga terdiri daripada golongan minoriti seperti kaum
Peranakan, Baba Nyonya, Punjabi dan Malabari. Kemajmukan yang wujud di Malaysia
adalah bermula sejak awal abad ke-20. Proses pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
bermula dengan kemasukan migran dari luar iaitu buruh dan pedagang dari negara China dan
India. Kehadiran mereka ke Tanah Melayu telah mencetuskan kepelbagaian budaya, agama,
bahasa dan adat resam.
Salah satu masyarakat majmuk yang sangat unik di Malaysia adalah masyarakat
Malabari. Masyarakat Malabari merupakan etnik minoriti yang berasal dari Kerala di sebelah
pantai Malabar, iaitu sebuah negeri yang terletak di selatan negara India.
Sejarah Asal Usul Masyarakat Malabari
Masyarakat Malabari di Malaysia wujud sejak bermulanya kedatangan pedagangpedagang dari India yang terdiri daripada pedagang yang berasal dari daerah Kerala, iaitu
SMK SEKSYEN 24 SHAH ALAM | PU3 2016

sebuah negeri yang terletak di pantai Malabar Selatan India. Terdapat juga kemasukan dari
buruh-buruh yang terdiri dari kelas pekerja dan juga kelas pertengahan. Hubungan antara
Tanah Melayu dan India telah lama wujud sejak tahun kedua Masihi lagi kerana ketika itu
kemasukan mereka ini hanyalah bertujuan perdagagangn dan juga sebagai sumber tenaga
buruh di Tanah Melayu lebih-lebih lagi ketika era zaman pemerintahan British. Kemasukan
mereka ini secara tidak langsung menyebabkan kemasukan budaya, bahasa dan adat resam
dikalangan masyarakat di Tanah Melayu ketika itu. Mereka ini juga turut dikenali sebagai
India Muslim.
Masyarakat India Muslim lebih sinonim dengan gelaran mamak. Perkataan mamak
itu sendiri mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dalam konteks sejarah budaya negara ini,
perkataan

mamak dikatakan

bermula

apabila

masyarakat

tempatan

mengambil

kecenderungan penutur bahasa tamil dalam kalangan India Muslim sendiri yang
menggunakan perkataan maama (disebut sebagai maa-ma). Perkataan ini digunakan sebagai
satu kata panggilan untuk mereka yang lebih tua (pakcik). 4 Apabila perkataan ini diserap oleh
masyarakat tempatan, maka perkataan itu menjadi mamak. Ini bermakna perkataan
mamak itu pada asalnya merupakan satu panggilan hormat kepada golongan yang lebih tua.
Perkataan ini kemudiannya menjadi simbol perniagaan kepada restoran-restoran India
Muslim Di Malaysia.
Masyarakat India Muslim, sebagaimana namanya merupakan masyarakat keturunan
dari India yang beragama Islam. Kehadiran orang India ke Tanah Melayu sebelum
kemerdekaan terdiri daripada berbagai-bagai kelompok. Ini termasuklah orang Tamil dan
Malayali dari selatan India atau Benggali dari wilayah Bengal yang beragama Hindu, orang
Sikh dari Punjab, dan masyarakat Islam sama ada dari selatan India mahupun dari utara
seperti orang Pathan. Dalam keadaan ini, masyarakat India Muslim itu sendiri hadir dari
berbagai-bagai kelompok dan wilayah yang berbeza. Namun demikian, sebagaimana
masyarakat Tamil yang beragama Hindu, masyarakat India Muslim juga secara majoritinya
datang dari bahagian selatan Gujerat, Bengal dan Punjab.
Justeru, kehadiran orang India Muslim ke Tanah Melayu adalah dari kelompok
Marakayar atau Marikar serta kelompok India Muslim dari Kerala. Kelompok Kerala ini
lebih dikenali sebagai Malabari atau turut digelar sebagai kaka yang bermaksud abang
yang lebih tua. Kewujudan mereka adalah dalam jumlah yang agak kecil, namun dapat
dibuktikan melalui kewujudan perkampungan Malabar dan Masjid Malabar di Pulau Pinang.
SMK SEKSYEN 24 SHAH ALAM | PU3 2016

Masjid Malabar ini musnah ketika Perang Dunia Kedua. Walaupun wujud perbezaan di antara
mereka, namun ketika mereka datang ke Tanah Melayu, mereka dilihat menceburi
perdagangan dan bertindak sebagai pedagang ataupun peniaga secara kecil-kecilan.5
Kebanyakan masyarakat Malabari yang datang ke Tanah Melayu juga adalah untuk bekerja di
ladang getah dan datang secara percuma dari India dengan menaiki kapal pada tahun 1920an.
Walaupun pendapatan yang diperolehi sangat kecil tetapi cukup untuk menampung
perbelanjaan harian. Keperluan rumah biasanya diberikan secara percuma oleh pihak ladang.
Masyarakat Malabari adalah salah satu daripada etnik yang terdapat di negeri Johor
selain daripada masyarakat Jawa, Bugis, Minangkabau dan Banjar. Oleh itu, pengkaji akan
mengfokuskan perkembangan masyarakat Malabari khusunya di Ulu Tiram, Johor. Ini adalah
kerana negeri Johor merupakan sebuah negeri yang mempunyai petempatan masyarakat
Malabari yang paling ramai di Malaysia.
Kaum Malabar telah datang ke negeri Johor atas sebab hubungan perdagangan sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah zaman kepesatan industri getah di Tanah
Melayu pada ketika itu. Mereka berasal dari Kerala, India yang berhijrah ke Kepulauan
Melayu melalui jalan laut sambil menyebarkan ajaran Islam di sini. Antara penempatanpenempatan awal masyarakat Malabari di Johor adalah seperti di Johor Bahru, Ulu Tiram,
Masai dan Renggam.
Perkembangan Sosio-budaya Masyarakat Malabari
Kajian mengenai masyarakat Malabari ini sedikit sebanyak memberi informasi
tentang kesenian dan kebudayaan mereka kepada masyarakat umum. Dengan menjalankan
kajian ini, orang luar dapat mengenali dan memahami adat resam dan pantang larang yang
diwarisi daripada nenek moyang mereka. Perkembangan sosiobudaya masyarakat
Malabari ini merangkumi aspek adat resam, pantang larang, kepercayaan, makanan,
perkahwinan, bahasa pertuturan dan pelbagai aspek lain yang melambangkan budaya sesuatu
kaum tersebut.
Masyarakat Malabari mempunyai suatu warisan budaya yang unik dan kelainan yang
tersendiri yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Bagi masyarakat Malabari,
kelahiran bayi adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh pasangan yang sudah berkahwin.
Oleh itu, mereka akan mengadakan satu majlis yang dinamakan majlis lenggang perut
sebagai satu majlis kesyukuran. Majlis ini diadakan di rumah suami apabila si isteri
SMK SEKSYEN 24 SHAH ALAM | PU3 2016

mengandung tujuh bulan. Si isteri mestilah memakai pakaian serba putih dan mengambil
peluang untuk memohon maaf atas segala kesalahan/kekurangan terhadap suami, mertua dan
semua ahli keluarga kerana selepas itu si isteri akan pulang ke rumah ibu bapanya.
Majlis ini akan dihadiri oleh keluarga suami, isteri dan jiran tetangga. Keluarga
perempuan datang dengan membawa buah tangan yang berupa sirih pinang dan makanan.
Manakala keluarga lelaki pula, akan membekalkan sedikit wang sebagai keperluan bersalin
kelak dan pihak lelaki akan membalas juadah yang sama dibawa oleh pihak perempuan.
Apabila telah genap Sembilan bulan, si suami dan keluarganya akan melawat si isteri dengan
membawa buah tangan seperti makanan, pakaian bayi serta wang sebanyak dua kali ganda
jumlah yang telah diberikan sebelumnya.
Pada hari ke-7 iaitu, selepas kelahiran bayi biasanya mereka akan mengadakan majlis
akikah atau juga dikenali sebagai majlis cukur kepala bayi dan kepalanya akan disapukan
dengan susu ibu serta diberi nama. Rambut tersebut ditimbang dan dinilaikan dengan harga
emas semasa kemudiannya nilai wang tersebut akan disedekahkan kepada orang miskin.
Majlis ini oleh keluarga si suami.
Seterusnya apabila majlis itu sudah selesai, masyarakat ini akan mengadakan majlis
lepas hari atau juga dikenali sebagai lepas pantang. Biasanya majlis ini dilakukan pada hari
ke-38 bagi bayi lelaki manakala hari ke-40 bagi bayi perempuan beserta majlis mendodoi
anak. Ibu dan anak yang habis pantang akan dimandikan dengan air minyak attar dan mereka
akan dipakaikan dengan pakaian baru yang disediakan oleh si suami dan kemudiannya akan
dihidangkan dengan kelapa bersama gula merah.
Masyarakat Malabari khususnya di Ulu Tiram, Johor juga mempunyai beberapa amalan
atau kepercayaan unik dan mengamalkan beberapa amalan yang sama seperti kaum Melayu
antaranya ialah majlis berkhatan, bertindik, zikir cuma mungkin cara pengamalannya sedikit
berbeza dengan kaum Melayu. Intihanya, amalan atau kepercayaan yang diamalkan oleh
masyarakat Malabari ini masih dikekalkan kerana mereka ingin mengekalkan amalan ini
sehingga ke generasi akan datang sekali gus melambangkan keunikan kaum ini. Antaranya
ialah adat berkhatan. Adat berkhatan ini adalah adat yang sinonim dengan masyarakat
Islam. Amalan ini dilakukan kepada kanak-kanak perempuan ketika masih kecil lagi,
manakala bagi kanak-kanak lelaki diadakan ketika mencapai umur baligh. Tok Mudim selaku
orang yang akan melangsungkan upacara khatan. Namun, dalam masyarakat Malabari, Tok
Mudim lebih dikenali sebagai Vassan. Semua peralatan yang digunakan dalam majlis
SMK SEKSYEN 24 SHAH ALAM | PU3 2016

berkhatan akan disediakan oleh Vassan dan bahan tersebut dibungkus dengan kain putih.
Antara bahan yang diperlukan ialah uba-ubatan seperti jagung pisang segar bersama tangkai
yang digunakan untuk menghentikan pendarahan, pucuk pisang yang direbus dengan daun
teh digunakan sebagai anti septic/pembalut. Secara tuntasnya menurut orang sumber, amalan
adat berkhatan ini masih diamalkan oleh seluruh masyarakat Malabari sehingga kini.
Selain itu, masyarakat Malabari mempunyai amalan bertindik. Amalan bertindik ini
dilakukan kepada kanak-kanak perempuan sahaja. Adat ini dilakukan oleh Mak Bidan yang
dikenali sebagai Vassati. Peralatan yang digunakan untuk amalan ini ialah duri limau, kunyit
basah, hati batang bawang putih dan subang. Manakala untuk ubat sapu menggunakan
minyak bijian. Amalan ini masih diamalkan sehingga kini kerana amalan ini merupakan
peninggalan nenek moyang mereka.
Tambahan pula, amalan berzikir adalah amalan telah dilakukan sejak turun-temurun.
Amalan ini dijalankan secara mingguan dan golongan yang terlibat adalah golongan lelaki
sahaja. Mereka akan menjemput tetamu tertentu bagi memeriahkan majlis tersebut. Amalan
berzikir ini akan diadakan di madrasah yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Para
peserta yang menyertai majlis ini mestilah memakai pakaian serba putih iaitu kemeja, vesti,
ikat kepala atau baju pagoda berlengan, kain pelikat berkotak yang berwarna lembut.
Seterusnya, masyarakat Malabari mempunyai amalan yang unik dan jarang di perlihatkan
iaitu amalan meraikan kanak-kanak perempuan yang baru baligh. Kanak- kanak
perempuan yang baru pertama kali baligh atau baru pertama kali datang haid akan didatangi
oleh jiran-jiran dengan membawa buah tangan seperti susu, telur, kuih muih dan lain-lain.
Malah, kanak-kanak ini diberi nasihat mengenai perubahan dirinya. 6 Selain itu, mereka diberi
minum telur mentah bercampur minyak bijan selama 7 hingga 15 hari. Hal ini kerana
dipercayai dapat memberikan kekuatan pada pinggang dan tulang belakang.
Malah, kanak-kanak ini akan diasingkan disebuah bilik, mereka tidak dibenarkan keluar
bilik kecuali ke tandas. Mereka juga tidak dibenarkan berbual-bual dengan kaum lelaki
termasuk ahli keluarganya sehingga suci/bersih daripada haid. Satu upacara akan diadakan
selepas bersih daripada hadas biasanya pada hari ke-10 untuk meraikan kanak-kanak tersebut.
Oleh itu, saudara perempuan kanak-kanak tersebut seperti nenek atau ibu saudara akan
mengajar mereka cara-cara untuk membersihkan diri dan manji wajib. Mereka menggunakan
sabun tradisional yang dibuat daripada kacang hijau yang digiling bersama kulit pokok pulai
dan beras manakala untuk syampu mereka menggunakan serbuk siakkah.7
SMK SEKSYEN 24 SHAH ALAM | PU3 2016

Setelah itu, kanak-kanak tersebut akan dibawa ke sungai untuk dimandikan dengan
ditemani oleh sanak saudara dan rakan-rakan. Sungai merupakan symbol kebersihan. Sebab
itulah kakak-kanak itu dibawa ke sungai supaya memahami erti mandi dengan bersih.
Kemudiannya, kanak-kanak itu dipakaikan dengan pakaian baru dan barang kemas. Majlis
doa selamat diadakan pada sebelah petang atau malam oleh keluarga kanak-kanak tersebut
dan proses mencari jodoh akan dimulakan.
Adat Perkahwinan Masyarakat Malabari
Masyarakat Malabari juga mementingkan adat dan tradisi perkahwinan seperti mana
kaum Melayu dan entik lain-lain. Adat dan tradisi yang dijalankan hampir sama dengan orang
Melayu kecuali beberapa amalan yang hanya terdapat dalam tradisi masyarakat ini iaitu adat
menjemput pengantin lelaki, adat mencuci kaki dan majlis menyerahkan anak perempuan
atau rombongan menghantar pengantin. Majlis perkahwinan perlulah diadakan dengan penuh
adat istiadat bagi melambangkan keluhuran sebuah ikatan pernikahan yang dijalankan antara
dua insan. Antara adat yang perlu dituruti ialah Merisik (Penna Nookua).8 Merisik adalah
adat yang pertama dilakukan oleh pihak lelaki bagi mengetahui status gadis yang ingin
dikahwini. Ianya adalah satu keperluan sebelum upacara peminangan dijalankan. Pihak lelaki
menghantar tiga orang wakil untuk datang ke rumah keluarga si gadis berkenaan bagi tujuan
merisik. Acara merisik ini dilakukan secara ringkas dan jamuan secara ringkas disediakan
kepada para tetamu. Kunjungan ada kesinambungannya sekiranya pihak perempuan bersetuju
dengan jodoh yang ditetapkan maka rombongan meminang pula akan menyusul.
Kemudiannya ialah adat meminang. Adat meminang ini dilakukan setelah pihak
perempuan bersetuju dan menerima penjodohan yang telah diadakan ketika merisik. Ibu bapa
pihak lelaki akan datang ke rumah keluarga perempuan bagi tujuan berkenalan dengan
keluarga dan bakal menantu. Jika peminangan ini dipersetujui oleh kedua-dua pihak maka
keluarga perempuan pula akan berkunjung ke rumah keluarga lelaki. Namun, jika
peminangan ditolak, keputusan akan disampaikan melalui orang tengah sahaja.
Seterusnya ialah adat bertunang. Adat bertunang akan diadakan selepas kedua-dua
pihak keluarga mencapai kata sepakat mengenai perjodohan tersebut.
Malah, adat berinai pula akan diadakan bagi pengantin perempuan sebelum majlis
perkahwinan dilangsungkan. Si gadis akan dipakaikan inai dijari tangan dan kaki serta
ditemani oleh rakan-rakan pada malam sebelum majlis perkahwinan. Majlis ini diadakan di
SMK SEKSYEN 24 SHAH ALAM | PU3 2016

rumah pengantin perempuan dan acara nyanyian lagu diadakan bagi menraikan majlis
perkahwinan.
Di samping itu, adat mencuci kaki adalah antara keunikan masyarakat malabari ini.
Adat ini hanya dilakukan oleh masyarakat malabari sahaja. Ucapan mencuci kaki akan
dijalankan sebelum pengantin lelaki masuk ke dalam rumah pengantin perempuan. Air
tersebut diisikan dalam kendi dan akan dicurahkan ke kaki pengantin lelaki dan pengantin
lelaki akan memasukkan cincin ke dalam kendi sebagai hadiah kepada adik lelaki pengantin
perempuan. Cincin itu akan diambil oleh adik lelaki pengantin perempuan. Menurut orang
sumber, adat mencuci kaki ini tidak lagi diamalkan oleh segelintir masyarakat Malabari
kerana mereka telah mengikut adat secara Islam.
Seterusnya, adat perkahwinan masyarakat ini disertai dengan majlis nikah. Majlis
perkahwinan masyarakat Malabari ini disambut dengan meriah sama seperti perkahwinan
kaum Melayu. Kaum Malabari akan meraikan pengantin lelaki yang datang ke rumah
pengantin perempuan dengan mengadakan adat mencuci kaki terlebih dahulu sebelum
dibenarkan masuk ke dalam rumah. Majlis akad nikah kemudianya dijalankan mengikut
syariat Islam dengan dikendalikan oleh jurunikah.9 Namun, keunikan pakaian pengantin
lelaki ialah pemakaian sapu tangan di kepala. Mas kahwin dan hantaran disediakan seperti
biasa iaitu cincin, gelang atau rantai.
Tambahan pula, masyarakat Malabari mempunyai adat majlis menyerahkan anak
perempuan. Amalan ini biasa dilakukan dalam masyarakat ini bagi menghantar pengantin
perempuan ke rumah pengantin lelaki. Biasanya kakak atau adik perempuan pengantin lelaki
bersama makcik dan saudara yang lebih tua akan pergi menjemput pengantin perempuan. Si
suami akan menyediakan pakaian selengkapnya kepada pengantin perempuan kerana
pengantin tidak boleh memakai pakaian yang disediakan oleh ibu bapanya. Pengantin
perempuan hanya dibenarkan memakai pakaian yang disediakan oleh suami ketika keluar
dari rumahnya. Oleh itu, si suami perlulah menyediakan pakaian yang secukupnya dan
lengkap untuk kegunaan isterinya selama tiga atau tujuh hari. Namun menurut orang sumber,
majlis menyerahkan anak perempuan ini telah dilupakan oleh segelintir masyarakat Malabari.
Hal ini kerana perubahan zaman yang begitu cepat telah menyebabkan mereka lebih kepada
adat atau cara kaum melayu ketika menjalankan majlis perkahwinan.
Selain itu, adat majlis bertandang. Majlis ini dikenali sebagai Theatem. Adat ini
diamalkan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pasangan pengantin dengan
SMK SEKSYEN 24 SHAH ALAM | PU3 2016

ahli keluarga baru. Keluarga pengantin lelaki akan mengirim buah tangan seperti sireh dan
kuih muih kepada besannya. Majlis bertandang ini masih diamalkan oleh masyarakat
Malabari ini kerana mereka ingin mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga
pasangan pengantin.
Namun dengan pengaruh persekitaran ekonomi dan budaya yang bertukar ganti,
banyak aspek perkahwinan kaum Malabari ini dahulu seperti yang disebut di atas telah
diketepikan. Adat perkahwinan sekarang lebih ringkas dan realistik mengikut zaman. Hal ini
dapat dibuktikan dengan perkahwinan campur yang menyebabkan adat zaman dahulu sudah
tidak terpakai lagi.
Permainan Tradisional Masyarakat Malabari
Permainan tradisional masyarakat malabari ialah kolkali/kompang. Antara alatan yang
diperlukan ialah pakaian tradisional lengkap, kompang dan kayu kolkali. Selain itu,
permainan ini dimainkan oleh kumpulan kompang yang disertai seramai sepuluh orang
peserta dengan seorang penyanyi. Malah, kumpulam kompang ini akan mempersembahkan
persembahan Kompang Adrah dan persembahan Kolkali.10
Bahasa Pertuturan Masyarakat Malabari
Masyarakat Malabari mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa ibunda masyarakat
Malabari adalah Bahasa Malayalam. Bahasa ini masih dikekalkan sebagai bahasa pengantar
dan komunikasi dalam proses pembelajaran dan kehidupan seharian. 11 Namun, menurut orang
sumber, ada sesetengah masyarakat ini tidak menggunakan bahasa ibunda mereka kerana
telah terikut-ikut dengan kaum melayu yang bertutur dalam bahasa melayu.
Pendidikan Masyarakat Malabari
Jika ditinjau daripada aspek pendidikan pula, masyarakat Malabari ini sangat
mementingkan pelajaran dan pendidikan anak-anak mereka. Hal ini dapat dibuktikan dengan
wujudnya Madrasah sebagai tempat menimba ilmu. Ilmu yang paling utama ialah ilmu
agama. Di negeri Johor sahaja terdapat sebanyak 28 buah Madrasah yang dibangunkan atas
daya usaha mereka sendiri. Malah, ramai dikalangan mereka yang berjaya memegang
jawatan penting dalam masyarakat sekaligus meningkatkan kredibiliti mereka dalam
kehidupan bermasyarakat.12

SMK SEKSYEN 24 SHAH ALAM | PU3 2016

Makanan/Masakan Tradisional Masyarakat Malabari


Masyarakat Malabari merupakan etnik yang sangat menyanjung budaya dan warisan
peninggalan nenek moyang mereka. Oleh itu, antara aspek yang melambangkan tradisi dan
jati diri masyarakat ini ialah warisan masakan tradisional mereka yang masih mengekalkan
ciri-ciri keaslian masakan tersebut. Bagi mereka, masakan tradisi merupkan suatu perkara
yang harus dititikberatkan dan dipelihara untuk diperturunkan kepada generasi muda supaya
tradisi ini tidak diluput ditelan zaman. Antara masakan/makanan tradisi masyarakat ini yang
digemari ialah patri.13 Patri merupakan masakan yang biasanya dihidangkan kepada tetamu
ketika majlis perkahwinan. Patri ini sangat sesuai disajikan dengan kari daging atau kari
ayam. Juadah ini sangat mudah untuk disediakan. Antara bahan yang diperlukan untuk buat
juadah ini ialah segenggam tepung beras, secubit garam dan secawan air. Selain itu, antara
masakan/makanan masyarakat ini ialah Velcena patri, puttu, kari kacang kuda dan banyak
lagi.
Aktivti Ekonomi Masyarakat Malabari
Masyarakat India Muslim sememangnya sangat sinonim dengan aktiviti perdagangan
dan perniagaann. Pada awal kedatangan masyarakat Malabari ke negeri Johor, masyarakat ini
menjalankan perkerjaan tradsional seperti mengembala kambing, lembu dan kerbau. Malah,
segelintir masyarakat ini masih meneruskan pekerjaan tradisional ini. Namun disebabkan
perubahan zaman, mereka telah menceburi bidang perniagaan restoran. Perniagaan restoran
ini kekal sehingga hari ini. Dalam konteks masyarakat Malaysia hari ini, restoran Mamak
sangat sinonim dalam kehidupan masyarakat. Selain itu, nasi kandar juga hampir sinonim
dengan mamak.14 Antara contoh perniagaan restoran ialah Restoran Pelita Nasi Kandar,
Kassim Restoran dan Restoran Syed Bistro. Walaupunbagaimanapun, pada hari ini
mempunyai banyak perniagaan restoran mamak ini dibuka tetapi peniaga-peniaga masyarakat
ini menjalankan aktiviti perniagaan tanpa ada sebarang hasad dengki, iri hati dan tidak timbul
soal perebutan harta dan sebagainya.
Pengaruh Semasa Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Malabari
Pengaruh semasa terhadap sosiobudaya masyarakat ini adalah yang menariknya
terdapat anak muda yang masih lagi berpegang teguh dengan adat resam dan amalan nenek
moyang mereka dan masih mempraktikkannya dalam kehidupan seharian mereka.
Contohnya, jodoh anak-anak mereka ditentukan oleh ibubapa dan keluarga tanpa sebarang
SMK SEKSYEN 24 SHAH ALAM | PU3 2016

bantahan daripada anak-anak itu sendiri dan hanya perlu mereka menurut sahaja kehendak
orang tua masing-masing. Namun, terdapat segelintir anak muda telah meninggalkan adat
resam nenek moyang mereka kerana terikut-ikut akan perubahan zaman yang begitu cepat.
Malah menurut orang sumber, ada yang telah mengamalkan adat kaum melayu sehingga tidak
tahu menggunakan bahasa ibunda mereka.
Kesimpulan
Masyarakat Malabari merupakan satu masyarakat yang sangat mementingkan adat
dan budaya warisan masyarakat terdahulu. Oleh yang demikian, pelbagai usaha dilakukan
oleh masyarakat ini bagi memastikan kelangsungan adat dan tradisi mereka kekal seiring arus
permodenan masyarakat setempat. Adat budaya dan tradisi masyarakat Malabari masih lagi
diamalkan oleh kaumnya sehingga sekarang walaupun mereka telah lama bermastautin di
Malaysia ini. Penghijrahan nenek moyang mereka ke daerah Nusantara ini tidak bermakna
adat resam dan amalan tradisi mereka juga luput ditelan budaya setempat. Oleh itu, budaya
warisan hendaklah dikekalkan untuk turun-menurun untuk tatapan generasi akan datang.
Nota Hujung

SMK SEKSYEN 24 SHAH ALAM | PU3 2016

1 Wan Hashim, Hubungan Etnik di Malaysia (Kuala Lumpur: ITNM, 2011), hlm.72.
2 John S. Furnivall, Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands

India 1948, Kindle Edition


3 Kamarudin Jaafar, Beberapa Pendekatan terhadap Masalah Masyarakat Majmuk, dlm risalah, no.1,

1980
4 Muhammad Faisal Sharbudin dan Zamri Mohamad, Rahsia Bisnes Mamak, Kuala Lumpur: PTS,

2008, hlm.5.
5 Helen Fujimoto, The South Muslim Community and the Evolution of the Jawi Peranakan in Penang

up to 1948, Tokyo: Institute for the Study of Languages and Cultures of Asia and Africa (ILCAA),
1988, hlm.5.
6 Mir Sajjad Ali and Zainab Rahman, Islam and Indian Muslims, ( India; Kalpaz Publication, 2010).

hlm. 91
7 Ibid: 91
8 Ibid: 102
9 Ibid: 103
10 Kerala Tourism, Kolkali folk dance. Diubah Buat Kali Terakhir,12 November 2009.

https://www.keralatourism.org/video-clips/kolkali-folk-dance/124
11 E-Malabari,

Language and Literature. Diubah Buat Kali Terakhir, 11 Mei 2015. http://emalabari.my/main/malabari-culture/the-language-and-literature/

12 Lihat, UMNO Sedia Terima Kimma, Utusan Malaysia, 26 Oktober 2010.


13 E-Malabari, The Malabari Cuisine. Diubah Buat Kali Terakhir, 12 November 2009. http://e-

malabari.my/main/malabari-culture/the-malabari-cuisine/
14 Muhammad Faisal Sharbudin dan Zamri Mohamad, Rahsia Bisnes Mamak, Kuala Lumpur: PTS,

2008, hlm.223BIBLIOGRAFI

SUMBER PRIMER
Nama : Mohamed Hamid Bin Rafe Haneef
Umur : 53 Tahun
Pekerjaan : Peniaga Kedai Runcit Shaad
Alamat : 23, Jalan Beladau 18, Taman Puteri Wangsa, 81800 Ulu Tiram, Johor Baharu.

Nama : Suraya Binti Ali


Umur : 38 Tahun
Pekerjaan : Seorang Penolong Eksekutif di sebuah Syarikat Swasta
Alamat : Jalan Lading 24, Taman Puteri Wangsa 81800 Ulu Tiram, Johor Baharu.

SUMBER SEKUNDER
Arkib UMNO Sedia Terima Kimma, Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 26 Oktober 2010.
E-Malabari, http://e-malabari.my/history01.shtml
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Majalah Al-Islam Edisi Ogos, Utusan Karya Sdn.Bhd: 2008
Wan Hashim, Hubungan Etnik Di Malaysia, (Kuala Lumpur: ITNM, 2011)
Wan Ramli Wan Muhammad, Adat Resam Masyarakat Malaysia, (Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, 2006)

You might also like