You are on page 1of 4

Bab 1: Berbilang kaum di Malaysia

Apabila perkataan Malaysia menitip di bibir rakyat negara itu mahupun pelancong
yang datang, perkara utama yang menjadi tumpuan mereka semestinya ialah kepelbagaian
etnik yang terdapat di Malaysia. Dianggarkan terdapat lebih daripada 100 etnik yang wujud
di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sehubungan dengan itu terdapat 3 kaum utama
yang wujud di Malaysia iaitu kaum melayu, kaum cina dan kaum india. Kaum-kaum tersebut
juga mempunyai pecahan kepada beberapa etnik tertentu yang menjadikan kaum tersebut
lebih unik dan menarik. Di sabah pula majoriti penduduk di negeri tersebut ialah meruakan
etnik Kadazan-dusun, Bajau dan Murrut. Manakala di negeri bawah bayu iaitu negeri
Sarawak pula majoriti penduduknya berasal dari etnik Iban, Dayak dan Bidayuh. Ini
menjadikan Malaysia sebuah negara yang berbeza dari negara serantau kerana mempunyai
berbilang bangsa dan adat resam yang diamalkan.

Majoriti penduduk di Malaysia ialah kaum Melayu yang telah lama menetap dan juga
telah melahirkan generasi turun temurun sejak beberapa dekad yang lalu. Tidak dinafikan lagi
kaum ini mempunyai banyak etniknya tersendiri seperti Bugis, Minangkabau dan suku kaum
Kelantan. Perkara ini terjadi akibat daripada aktiviti perdagangan sehingga menyebabkan
berlakunya banyak perkahwinan di antara orang yang berdagang dan orang tempatan. Selain
itu, kaum ini juga mempunyai adat resamnya yang tersendiri dan berbeza dari kaum kaum
lain yang ada di Malaysia. Antara adat resam yang diamalkan oleh kaum Melayu sehingga ke
hari ini ialah aktiviti rewang atau dengan bahasa yang lebih mudah difahami ialah gotong-
royong yang dilakukan pada hari perkahwinan. Aktiviti ini telah lama menjadi amalan kaum
melayu di negara ini kerana ia bukan sahaja dapat meringankan beban pihak yang
menganjurkan perkahwinan malahan juga dapat mengerat hubungan silaturrahim anatra jiran
tetangga yang terlibat. Ini menunjukkan bahawa kaum melayu sangat mementingkan adat
resam kerana setiap adat yang diamalkan mempunyai maksud tertentu disebaliknya. Oleh
sebab itu banyak pepatah pepatah orang tua yang masih lagi digunakan oleh generasi muda
sekarang walaupun ia hanya merupakan sebuah pepatah lama.
Kaum kedua terbanyak di Malaysia ialah kaum cina. Kaum Cina ini berasal daripada
bahagian selatan negara China yang diambil oleh pihak British satu ketika dahulu untuk
membantu meningkatkan ekonomi di Tanah Melayu. Mereka sanggup meninggalkan tanah
air mereka kerana ditawarkan pelbagai janji-janji manis dan juga disebabkan oleh desakan
untuk meneruskan kehidupan. Mereka percaya sekiranya mereka berlayar terus ke Tanah
Malaya mereka akan dapat kehidupan yang lebih baik berbanding di negara mereka sendiri.
Oleh sebab itu, tidak pelik sekiranya terdapat banyak suku kaum cina yang ada di Malaysia
seperti Hokkien, Hakka dan juga Teonchew kerana mereka merupakan imigran yang dibawa
oleh pihak British ketika mereka menjajah negara kita dahulu. Seperti kaum melayu, kaum
cina juga tidak ketinggalan dalam mengamal adat resam mereka yang tersendiri. Antara adat
yang paling popular diamalkan oleh kaum cina ialah memakai pakaian berwarna merah pada
hari Perayaan Tahun Baru Cina kerana mereka percaya bahawa warna merah dapat
menghalau semangat-semangat jahat yang ada pada ketika itu sekaligus mendapat nasib yang
baik.

Yang terakhir ialah kaum india, kaum ini merupakan kaum ketiga terbanyak di
Malaysia. Sama seperti kaum cina, kaum india dibawa oleh pihak British daari negara India
dalam membantu untuk meningkatkan ekonomi Tanah Malaya. Mereka ditempatkan di
kawasan-kawasan seperti estate dan ladang-ladang getah bagi mendapatkan hasil untuk dijual
sekaligus menyumbang kepada ekonomi Tanah Malaya pada ketika itu. Kaum india ini juga
datang ke Tanah Malaya dengan tujuan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik
berbanding keadaan mereka di negara mereka sendiri. Kaum india mempunyai suku kaum
mereka sendiri sama seperti kaum-kaum utama yang lain. Antara suku kaum yang ada ialah
Telegu, Punjabi dan Tamil. Setiap suku kaum ini mempunyai identiti mereka yang tersendiri
kerana mereka mempunyai bahasa dan adat resam yang berlainan sesama sendiri. Ini
menjadikan mereka kaum yang sedikit berbeza berbanding kaum lain. Adat resam yang
paling diamalkan oleh kaum ini ialah mendidihkan susu di atas dapur sehingga melimpah
keluar daripada periuk sekiranya berpindah ke rumah yang baharu, ia simbolik dengan rezeki
yang sentiasa ada dan melimpah ruah dan juga untuk memberkati rumah baharu.

Kesimpulannya, Malaysia memang unik dengan berbilang kaum dan etnik yang ada di
negara ini. Ia juga merupakan salah satu identiti negara Malaysia yang dikenali oleh serantau
dunia kerana bukan semua negara mempunyai keunikan dalam berbilang kaum seperti di
Malaysia. Maka sebagai rakyat Malaysia yang lahir selepas kemerdekaan, kita perlulah
bersama-sama menjaga identiti setiap kaum tidak kira bangsa agar tidak ditelan dek zaman.

You might also like