You are on page 1of 1

Cabaran Pembinaan Negara Bangsa

 Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara, terutama negara yang


mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia. Hal ini kerana, apabila tiada
perpaduan ataupun perpaduan pada tahap yang sangat rendah, pertelingkahan rakyat
berbilang kaum akan sering berlaku. Fenomena ini boleh menimbulkan
ketidakamanan dan banyak kemusnahan.
 Negara ini secara jelas menjadi sebuah negara yang berbilang kaum, terutama selepas
kedatangan British. Pihak British telah membentuk dasar imigrasi liberal yang mana
dasar ini menggalakkan kemasukan buruh-buruh Cina, India, Punjabi dan Indonesia
untuk bekerja di sector ekonomi tertentu.
 British juga turut mengaplikasikan situasi pecah dan perintah dimana di bawah sistem
ini, kumpulan-kumpulan etnik terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India dipisahkan
mengikut tempat tinggal dan pekerjaan masing-masing.
 Hasil daripada pengenalan tersebut, kebanyakan orang melayu tinggal di Kawasan
kampung mengerjakan sektor pertanian, menangkap ikan dan kerja-kerja kampung
yang lain. Hanya sebahagian kecil sahaja yang tinggal di kawasan bandar iaitu bagi
yang terlibat dalam sektor pentadbiran, terutama dalam bidang perkeranian.
 Bagi kaum cina pula, kebanyakan mereka tinggal di kawsan bandar menjadi peniaga
ataupun tinggal di Kawasan perlombongan mengerjakan lombong-lombong.
 Kaum india pula diletakkan di estet-estet untuk mengerjakan ladang-ladang getah dan
kepala sawit. Pengasingan tempat tinggal juga menyebabkan sistem Pendidikan setiap
kaum juga dipisahkan.

You might also like