You are on page 1of 3

4.

Instrumen Temubual 4.1 Biodata Responden

BIODATA RESPONDEN RESPONDEN 1

RESPONDEN 2

NAMA UMUR PEKERJAAN TEMPAT TINGGAL TARIKH MASA

Maya Roy 27 tahun Tukang Gunting Rambut Sabak Bernam 3 Mac 2013 11.00 pagi

Ratnamala Mala 23 tahun Juruwang Kuala selangor 3 Mac 2013 5.00 petang

4.2

Soalan-Soalan Temubual

1) 2)

Apakah adat yang paling istimewa dalam perkahwinan kaum india? Apakah kepentingan penyediaan Thaali yang dikalungkan kepada pasangan pengantin bagi kaum india?

3)

Adakah kaum india turut mengamalkan adat merisik sebelum berlangsungnya sesebuah perkahwinan?

4)

Apakah terdapat pantang larang ketika proses merisik dilaksanakan? 4.3 Hasil Temubual

Sebanyak 4 soalan telah dikemukakan kepada responden untuk dijawab.

SOALAN PERTAMA: Apakah adat-adat yang terdapat dalam perkahwinan kaum india? Menurut responden kami yang pertama iaitu Maya Roy menyatakan bahawa terdapat banyak adat yang dilakukan dalam sesebuah perkahwinan iaitu merisik, niccayam atau ikat janji, parisam, penyediaan thaali, mukuurtta kaal dan lain-lain lagi. Adat-adat ini telah diwarisi sejak turun temurun lagi dan telah sebati sebagai amalan penting kaum india dalam majlis perkahwinan.

SOALAN KEDUA : Apakah makna simbolik bagi Thaali yang dikalungkan kepada pasangan pengantin bagi kaum india? Menurut responden pertama, beliau menjawab thaali yang dikalungkan kepada pasangan pengantin itu melambangkan kesucian bagi sesebuah perkahwinan dan thaali tersebut dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin.

SOALAN KETIGA : Adakah kaum india turut mengamalkan adat merisik sebelum berlangsungnya sesebuah perkahwinan? Ya, jawab responden kedua kami iaitu Ratnamala Mala. Menurutnya adat merisik sememangnya ada dalam adat kaum India. Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Maklumatmaklumat ini selalunya diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar. SOALAN KEEMPAT : Apakah pantang larang ketika proses merisik dilaksanakan?

Jawapan responden kedua, Kalau tidak silap saya pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi bila sampai giliran rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.

You might also like