You are on page 1of 13

MPU 3123

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TAJUK KERTAS KERJA:


ADAT RESAM MAJLIS PERKAHWINAN
MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

KUMPULAN:
IF 60

DISEDIAKAN OLEH:
ALYAA BT RAMLI (62212115485)
NOOR AMMELIA SHAHIRA BT MOHAMAD REDZA (62212115362)
AMYRA EDAYU BT ABD AZIZ (62212115434)
ALMIE SYAHFIZA BT ALI (62212115557)
MUHAMAD FIKRI BIN AHMAD (62212115031)

PENSYARAH:
MOHD FAHMI BIN SIRUN
UNIVERSITI KUALA LUMPUR BUSINESS SCHOOL
UNIVERSITI KUALA LUMPUR

Bil.
1
2
3
4
5
6
7
8

1.0

Isi Kandungan
Pengenalan tajuk
Objektif
Metodologi
Dapatan (Isi-isi penting)
Persoalan
Penutup (kesimpulan/cadangan)
Rujukan
Lampiran

Halaman
3
4
5
6-8
9-10
11
12
13

PENGENALAN
Perkahwinan adalah satu hubungan yang terikat antara pasangan lelaki dan
perempuan yang diikat oleh pihak berkuasa sivil serta kepercayaan agama masing
masing. Dalam bentuk yang lain, perkahwinan juga didapati dalam setiap masyarakat.
2

Perkahwinan juga dilihat sebagai sesuatu adat resam yang mantap yang masih diikuti
sejak turun temurun.
Adat resam perkahwinan adalah satu perkara yang dititikberatkan dalam setiap
lapisan masyarakat di Malaysia. Kebanyakan adat yang masih diikuti berasal daripada
nenek moyang setiap bangsa. Setiap adat juga penting serta dipegang teguh oleh
setiap bangsa di Malaysia kerana dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan
rumahtangga kelak.
Sebagaimana bangsa lain, perbelanjaan perkahwinan memerlukan belanja
yang agak tinggi. Perbelanjaan kahwin kebiasaanya akan menampung belanja
hantaran, majlis, makanan untuk tetamu dan lain- lain. Setiap peringkat juga disambut
meriah.
Adat resam perkahwinan masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai
pelbagai peringkat. Namun untuk mengelakkan tradisi serta adat tidak lapuk dek
zaman, perkara pokok perlu diketengahkan agar setiap lapisan masyarakat Melayu
tahu dan sedar akan kepentingan adat, lantas memelihara adat dan tradisi ini. Kami
akan membincangkan dapatan-dapatan penting mengenai adat resam perkahwinan
masyarakat Melayu di Malaysia.

2.0

0BJEKTIF
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai

mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan
begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan
3

dengan meriah dan penuh adat istiadat.Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam
yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu.
Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan
Melayu yang sebenar.
Antara objektif yang telah dibincangkan dalam kerja kursus ini ialah untuk memberi
pendedahan yang mendalam terhadap adat resam perkahwinan kepada masyarakat pada masa
kini yang semakin dilupakan. Amalan dan adat mahupun tradisi harus diteruskan bagi
memastikan identiti masyarakat Melayu yang menjadi kebanggaan sejak turun temurun
supaya tidak ditelan zaman. Seperti yang dapat kita lihat terdapat sebilangan golongan yang
mengabaikan adat resam perkahwinan Melayu dan terikut-ikut dengan budaya barat yang
akhirnya menelan belanja yang agak tinggi dan boleh mengakibatkan kerugian.
Selain daripada itu, objektif kajian ini ialah untuk mengetahui asas-asas adat yang
perlu dilakukan sebelum dan selepas perkahwinan bagi memastikan ia tidak bertentangan
dengan ajaran Islam, secara tidak lansung dapat memberi petunjuk dan meningkatkan
pengetahuan kepada golongan yang bakal mengakhiri zaman bujang mereka. Ini kerana,
terdapat segelintir masyarakat tidak dapat membezakan adat dahulu dan kini dan yang wajib
dan harus dalam melansungkan upacara perkahwinan mereka.
Antara objektif lain yang dapat kita lihat ialah, untuk mengajak masyarakat samasama memelihara warisan nenek moyang kita daripada ditelan zaman, contohnya, adat yang
kita sedia maklum ialah merisik, meminang/bertunang, bersanding dan sebagainya. Ini
merupakan adat resam perkahwinan Melayu yang dikatakan semakin dilupakan dan tidak lagi
dilaksanakan oleh masyrakat melayu masa kini.

3.0

METODOLOGI
Metodologi kajian yang digunakan adalah merujuk kepada cara-cara yang paling

berkesan bagi mendapatkan maklumat yang berfaedah dengan penggunaan instrumen yang
4

minimum untuk mencapai matlamat penyelidikan. Kegagalan menggunakan kaedah


pengumpulan data yang berkesan akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat dan kabur.
Terdapat beberapa cara pengkaji lakukan untuk memperoleh maklumat sedia ada. Antaranya:

a) Temu bual secara tidak formal


Pengkaji melakukan temu bual kepada 6 orang pelajar UniKL Business School yang terdiri
daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan untuk mengemukakan pendapat mereka tentang
isu, adat perkahwinan masyarakat Melayu yang semakin dipinggirkan.

b) Laman Web
Pengkaji melayari beberapa laman web untuk mendapatkan lebih maklumat tentang isu adat
perkahwinan masyarakat Melayu kini. Laman web dinyatakan dalam rujukan.

4.0

DAPATAN (PERINGKAT ADAT PERKAHWINAN MELAYU)


4.1

PERINGKAT PERTAMA
4.1.1

MERISIK
5

Merisik atau menegok adalah antara salah satu adat perkahwinan masyarakat.
Melayu Malaysia. Pada peringkat awal ini merisik adalah proses meninjau
gadis pilihan teruna (Mahmudah, 2008) Pada asasnya urusan memilih
pengantin perempuan jatuh sepenuhnya pada tanggungjawab ibu dan bapa,
namun pada masa kini si teruna sudah lebih bijak dalam memilih pasanan
hidup pada masa yang sama bersesuaian dengan citarasa ibu bapa
4.1.2

MEMINANG ATAU BERTUNANG

Dalam meminang si gadis perlulah ada persetujuannya ibu bapa baru boleh
dilaksanakan. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa proses ini
termasuklah hantaran belanja, persalinan serta tempoh bertunang (Isa, 2014).
Terbahagi kepada enam (6) peringkat utama iaitu:
1.

Buka Majlis

2.

Meminang

3.

Tetap Belanja

4.

Hal- Hal berkaitan

5.

Penutup

6.

Sesi Makan

Sekiranya pihak lelaki gagal untuk berkahwin dengan gadis yang ditunangnya
atas apa alasan sekalipun, segala cincin pertunangan dan hadiah-hadiah tidak
boleh dituntut balik. Demikian pula bagi pihak perempuan yang gagal untuk
berkahwin dengan lelaki tunangannya atas apa alasan, segala cincin
pertunangan dan hadiah perlu dikembalikan kepada pihak lelaki dengan nilai
gandaan.

4.2

PERINGKAT KEDUA
4.2.1

BERNIKAH

Mengikut adat resam, menghantar belanja dilakukan terlebih dahulu sebelum


akad. Tetapi zaman sekarang perkara itu sudah jarang dilakukan, masyarakat
menjalankan perkara tersebut sekali atau seiring bagi tujuan menjimat masa
serta perbelanjaan. (Alwi, 2007). Diantara barang-barang yang dikategorikan
wajib perlu ada dalam melengkapkan sesuatu hantaran ialah:
1.

Wang mas kahwin dan belanja yang diletakkan di dalam dulang

2.

Sebentuk cincin permata atau ber1ian yang diletakkan di dalam


kotak

3.

2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan
berkualiti

4.2.2

4.

Beberapa jenis kuih juadah dihias beralaskan talam.

5.

Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas

6.

Tepak sirih

BERINAI

Majlis ini tidaklah wajib, tetapi lebih kepada adat. Majlis berinai biasanya
diadakan secara berperingkat-peringkat. (Yahaya, n.d.)

Berinai curi diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara

mara terdekat sahaja.


Berinai kecil diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk

saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.


Berinai besar diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas
akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak
perempuan.

4.3

PERINGKAT KETIGA
4.3.1

WALIMATUL URUS

Majlis Walimatul Urus ataupun bersanding merupakan kemuncak adat istiadat


perkahwinan dimana pengantin digelar sebagai raja sehari (Azizi, n.d.) Majlis
diadakan dengan meriah dihadiri oleh ahli keluarga kedua mempelai serta
sahabat. Pada kebiasaanya persembahan pencak silat turut diadakan. Selain
itu, semasa bersanding, adat menepung tawar turut dilakukan.
Seterusnya adat makan beradab dijalankan. Hidangan lauk pauk yang berbeza
disediakan bagi keluarga pengantin. Selepas dua atau tiga hari mahupun
seminggu, adat menyambut menantu dijalankan. Namun majlis ini tidaklah
semeriah majlis persandingan di sebelah pihak perempuan.
Selesai majlis di kedua-dua belah pihak, pengantin pada kebiasaanya akan
melawat atau bertandang ke rumah sanak saudara bagi memperkenalkan
pasangan dengan lebih dekat serta mengeratkan hubungan silaturrahim dengan
ahli keluarga baru.

5.0

PERSOALAN
5.1 BERSANDING
Bersanding ialah duduk bersebelahan antara pasangan suami dan isteri yang baru
dikahwinkan di atas pentas khas yang dihias indah. Pasangan pengantin itu berpakaian
kemas dan lengkap, diapit dan dikipas oleh dua orang khas di sebelah kiri dan kanan
8

pengantin untuk tontonan orang ramai. Amalan bersanding merupakan suatu adat dan
tradisi dalam masyarakat melayu. Asal amalan ini ialah suatu unsur dan pengaruh
daripada budaya dan amalan agama Hindu dan animisme dan bertapak dalam tradisi
masyarakat Melayu secara turun temurun.
Secara asasnya hukum bersanding ialah harus menurut Islam. Namun beberapa
perkara perlu diteliti sebelum hukum harus diambil. Sebagai contoh pelamin yang
mewah sehingga mendatangkan pembaziran adalah dilarang.
5.2 PELAMIN
Pelamin ialah tempat untuk bergambar bersama pengantin dan tempat tersebut dihias
dengan seadanya, maka beberapa adab perlu diraikan. Antaranya ialah tidak berlaku
percampuran bebas antara lelaki dan wanita, wanita wajib menutup aurat di hadapan
lelaki yang ajnabi (yang boleh dikahwininya) dan begitu juga golongan lelaki ,wajib
bagi mereka menutup aurat di hadapan wanita ajnabiah. Jika kesemua perkara ini
diraikan maka tiadalah masalah padanya.
Kesimpulan tentang hukum pelamin ini ialah kita melarang berlakunya pembaziran
dan percampuran lelaki dan perempuan yang berlaku seperti zaman sekarang. Tetapi
jika semua perkara tersebut boleh kita elakkan maka hukumnya adalah HARUS.

5.3 BERTEPUNG TAWAR DAN MENABUR KUNYIT


Bertepung tawar merupakan suatu adat yang telah dilakukan secara turun temurun
oleh masyarakat Melayu. Adat ini diambil daripada ajaran agama Hindu. Sekiranya ia
sekadar adat atau pelengkap perkahwinan, perkara ini tidaklah dilarang. Namun apa
yang berlaku kebanyakkan masyarakat Melayu mempercayai bahawa adat ini mampu
9

membuang roh- roh jahat yang akan mengganggu hubungan pasangan tersebut. Oleh
kerana kepercayaan mereka itu, hukum adat ini ialah haram disisi agama kerana
membawa kepada syirik.

5.4 ETIKA PEMAKAIAN.


Islam telah menetapkan beberapa garis panduan dalam etika pemakaian bagi pasangan
pengantin. Pakaian tersebut mestilah daripada jenis yang menghalang orang
mengetahui warna kulitnya. Iaitu tidak terlalu nipis. Selain itu, pakaian hendaklah
menutupi seluruh aurat lelaki dan wanita tersebut. Pakaian yang dipakai hendaklah
tidak terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuh. Perkara ini boleh
menimbulkan fitnah ke atas pengantin. Oleh itu, etika pemakaian harus diikut agar
majlis diberkati.

5.5 HANTARAN
Hantaran merupakan hadiah yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak
perempuan yang dinikahnya secara ikhlas. Jumlah pemberian hantaran merupakan
hak lelaki tetapi kini jumlahnya ditetapkan oleh ahli keluarga pihak perempuan.
Kadangkala permintaan pihak perempuan terlalu tinggi sehingga menggangu proses
pernikahan

pasangan

tersebut.

Islam

menyarankan

agar

umatnya

sentiasa

bersederhana dalam setiap perlakuannya.

6.0

PENUTUP

Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam kehidupan masyarakat manusia.


Perkahwinan dianggap sebagai tali penyambung dalam menghubungkan dua insan
secara halal sehingga mendapat zuriat. Keutuhan Adat resam perkahwinan merupakan
sesuatu agenda kesinambungan dalam sesuatu kaum. Ianya mencerminkan budaya
10

dan adat resam yang harus dijaga bagi tatapan dan sejarah sesuatu bangsa.
Kemodenan hari ini umumnya sedikit sebanyak boleh menjejaskan pewarisan budaya
adat resam khususnya adat perkahwinan kepada generasi baharu . Namun budaya ini
harus diberitahu kepada anak-anak muda agar ianya tak luput dek hujan dan tak
lekang dek panas. Walaupun dunia menuntut perubahan dalam cara hidup selari
dengan arus kemajuan namun amalan budaya seharusnya tidak dilupakan begitu
sahaja kerana ianya merupakan khazanah sesuatu masyarakat. Walau bagaimanapun
bagi orang-orang Melayu khususnya , Islam tidak pernah melarang sama sekali para
penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam
setiap bangsa. Namun, perlu difahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu
perlu selaras dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu
perkahwinan dalam masyarakat Melayu. Ia boleh dilakukan dan diamalkan selagi ia
tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

7.0

RUJUKAN

11

Alwi, A. (2007, April 13). MyJodoh. Retrieved from MyJodoh Web site:
http://webblog.myjodoh.net/2007/04/13/adat-perkahwinan-melayu-menghantarbelanja-dan-akad-nikah/

Azizi, Y. (n.d.). Majlis Perkahwinan Masyarakat Melayu. Retrieved from Majlis


Perkahwinan Masyarakat Melayu WebSite: eprints.utm.my/majlis-perkahwinanmasyarakat-melayu

Isa, Z. M. (2014, March 30). Emas N Perak. Retrieved from Emas N Perak Web site:
http://emasnperak2u.blogspot.my/2014/03/panduan-merisik-meminang-bertunangdan.html

Mahmudah, E. (2008, May). Apakah Itu Merisik. Retrieved from ikahwin Web site:
view-source:http://www.ikahwin.my/blog/295-info-perkahwinan-apakah-itu-merisik

8.0

LAMPIRAN
12

Contoh Majlis
Pertunangan

Contoh Hantaran

Contoh Malam Berinai

Contoh Majlis Pernikahan

Contoh Majlis Persandingan

13

You might also like