You are on page 1of 2

6.

1 Pengenalan Orang Asli di Kampung Batu 12, Gombak


Pada 29 Disember 2016 kami sekumpulan telah melawat Perkampungan Orang Asli Batu 12
Gombak. Terdapat lebih daripada 10 perkampungan Orang Asli di Selangor. Perkampungan
ini merupakan sebuah kampung yang didiami oleh orang asli yang kebanyakannya berasal
daripada Kaum Semai. Kaum Semai adalah sub-kaum bagi Kaum Senoi. Kaum ini
merupakan salah satu daripada 3 suku kaum Orang Asli terbesar di Semenanjung Malaysia.
Tujuan lawatan kami ke perkampungan tersebut adalah untuk beramah mesra di samping
mengenali dengan lebih mendalam berkenaan Orang Asli. Selain daripada itu, kami juga
ingin melihat sendiri kehidupan masyarakat Orang Asli di Selangor.
Kompleks perkampungan Orang Asli di Gombak ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti
Dewan Orang Ramai, surau, kemudahan aktiviti dan sukan, dan juga Muzium Orang Asli.
Sehubungan dengan itu kami tidak melepaskan peluang untuk melawat muzium tersebut yang
kini dikenali dengan nama Muzium Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
6.2 Suku kaum/bangsa dan Kehidupan dan Kediaman
Secara rasminya, terdapat tidak kurang daripada 18 suku dari etnik Orang Asli di
Semenanjung. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan utama, berdasarkan adat istiadat
mereka yang berbeza antara satu sama lain, iaitu:

Semang (atau Negrito), biasanya mereka menetap di bahagian utara Semenanjung.


Senoi, menetap di bahagian tengah semenanjung.
Proto-Malay (atau Melayu Asli), menetap di wilayah selatan semenanjung.

Kebanyakan Orang Asli yang menetap di perkampungan ini adalah daripada suku Semai,
yang merupakan salah satu daripada sub-etnik Senoi. Bancian pada tahun 1993, menunjukkan
jumlah mereka telah menjangkau lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum
Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Kebanyakannya, mereka yang menetap di Batu 12,
Gombak berasal dari kawasan sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Secara umumnya, menurut Encik Bah, (orang Asli yang kami sempat bertemuramah) etnik
Semai hidup dekat dengan alam semulajadi. Tambah beliau lagi, mereka hidup bermasyarakat
kampung. Sebuah kampung biasanya terdiri daripada 60 hingga 300 penduduk yang diketuai
oleh seorang Batin.

Melalui kajian kami di Muzium JAKOA, pada zaman dahulu etnik Semai hidup secara
nomad. Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain di dalam hutan kerana mencari
tempat baru untuk berladang ataupun berpindah atas sebab-sebab lain, sebagai contoh,
diganggu oleh binatang buas dan wabak penyakit yang boleh menyebabkan kematian.
Secara tradisionalnya mereka tinggal di dalam rumah panjang, di mana semua ahli yang tidak
berkahwin tinggal di ruang yang sama. Pada kebiasaannya rumah panjang orang Semai
terletak 3.5m daripada aras tanah. Ini adalah untuk mengelakkan gangguan binatang buas.
Sebuah rumah panjang boleh memuatkan 120 orang pada suatu suatu masa. Tiangnya
diperbuat daripada batang pokok manakala lantainya diperbuat daripada batang buluh yang
diikat dengan tali. Manakala atapnya pula diperbuat daripada daun Bertam dan Langkap. Di
setiap rumah panjang terdapat beberapa bilik untuk didiami oleh anggota keluarga yang telah
berkahwin.
Pada waktu pagi, ketua keluarga akan bangun lebih awal dengan tujuan untuk menghidupkan
api. Api tersebut akan digunakan untuk memanaskan badan dan memasak makanan sebagai
bekalan untuk aktiviti sekian hari, seperti berladang, memburu dan menangkap ikan. Antara
jenis-jenis binatang yang diburu ialah monyet, kera, babi hutan, burung, biawak, tupai dan
binatang kecil yang lain. Ikan adalah sumber utama protein mereka. Mereka mengamalkan
pertanian sara diri. Hasil daripada aktiviti-aktiviti ini digunakan untuk bertukar-tukar
makanan, perkhidmatan dan keperluan lain secara berkongsi. Dengan kata lain, tiada urusan
jual beli dengan matawang dilakukan.
Pada waktu petang pula, pada kebiasaannya mereka akan berehat di rumah dan duduk
berbual-bual tentang ladang, teman dan sebagainya.Setengahnya membuat persiapan untuk
esok harinya. Sebagai contoh, membuat damak, memasang jerat dan mencuci sumpit.
Walau bagaimanapun, berdasarkan pengamatan kami di Perkampungan Orang Asli Batu 12,
keadaan mungkin sudah telah berubah daripada keadaan asal, sesuai dengan peredaran masa.
Mutakhir, terdapat ramai Kaum Semai yang bekerja dengan kerajaan, swasta dan berniaga
seperti di kedai runcit dan kraftangan. Mereka juga tidak lagi tinggal di rumah tradisional,
sebaliknya tinggal di dalam rumah batu, seperti kebanyakan orang di Malaysia. Mereka juga
tidak lagi bergantung sebanyak dahulu terhadap sumber air dan makanan semulajadi (dari
hutan). Tambahan, mereka tidak lagi mengamalkan sistem barter seperti dahulu dan sudah
pandai untuk melibatkan diri di dalam aktiviti ekonomi dengan etnik lain.

You might also like