You are on page 1of 3

TEMA: SEJARAH KUMPULAN ETNIK/ KAUM/ KLAN/ SUKU KAUM

TAJUK: ASAL USUL SUKU KAUM LUNDAYEH DI SABAH PADA ABAD


KE-18 HINGGA 2020

PENGENALAN

Suku kaum Lundayeh atau sering disebut Lundayo merupakan pribumi Sabah dan di
pulau Borneo. Lundayeh juga sering dikaitkan sebagai Orang Kelabit, Lun Bawang di
Sarawak atau Puak Murut di Brunei atau Orang Ulu Sabah. Suku kaum Lundayeh
merupakan kaum etnik yang berasal dari Kalimantan Tengah. Dalam pada itu, suku
kaum Lundayeh memang sudah wujud dan bertempat di kawasan sungai seperti
Sungai Long Pasia dan Sungai Mengalong di daerah Sipitang sejak zaman-berzaman.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menerokai lebih mendalam asal usul suku kaum Lundayeh
di Sabah.

Memahami dan mempelajari adat resam yang mereka amalkan dari abad ke-18 hingga
ke tahun 2020.

Mempersoalkan cabaran yang telah dihadapi oleh suku kaum Lundayeh

PERMASALAHAN KAJIAN
Antara permasalahan kajian ini adalah untuk mengetahu dan memahami i adat resam
yang diamalkan oleh suku kaum Lundayeh di Sabah dari sejak turun-temurun.

Kajian ini juga dilakukan untuk mempersoalkan cabaran yang telah dihadapi oleh
suku kaum Lundayeh untuk diwujudkan di negeri Sabah dan Sarawak serta Brunei.

SKOP KAJIAN
Skop kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu kawasan kajian, tempoh
kajian serta aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, kajian ini akan bertempat di
kawasan daerah Sipitang di negeri Sabah.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari abad ke-18 sehingga
tahun 2020. Tempoh kajian selama 200 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa ini,
suku kaum Lundayeh mempunyai masa untuk berkembang dan banyak maklumat
yang boleh diperolehi.

Manakala aspek yang dikaji pula dapat dilihat dari dua aspek yang menjadi fokus
kajian ini. Ia tertumpu kepada asal usul suku kaum Lundayeh dan adat resam yang
diamalkan oleh suku kaum ini.
SOROTAN KAJIAN LEPAS
-

KAEDAH KAJIAN
Untuk melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan 3 kaedah untuk mendapatkan
maklumat kajian. Kaedah pertama ialah penyelidikan kepustakaan, melayari laman
sesawang untuk memperoleh maklumat dan menerokai perpustakaan tempatan.

Selain itu, kaedah temubual juga digunakan untuk mendapatkan maklumat dari
sumber yang lebih arif dan tempatan.

Kaedah ketiga merupakan kaedah lapangan di mana pengkaji akan mendapatkan


maklumat dari institusi universitii berkaitan seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS).

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI


Mengikuti keseluruhan, kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan
menjelaskan tentang asal usul suku kaum Lundayeh di negeri Sabah.

Pada bahagian isi pula, pengkaji akan membincangkan fokus dan isu kajian yang
terbahagi kepada dua aspek. Aspek pertama adalah asal usul suku kaum Lundayeh,
antara perkembangan suku kaum Lundayeh yang tersebar di bahagian Tengah
Kalimantan di pulau Borneo. Memahami budaya yang diamalkan oleh suku kaum
Lundayeh di negeri Sabah.

Aspek seterusnya adalah mempelajari dan memahami adat resam suku kaum
Lundayeh di Sabah. Antaranya adat upacara kematian dan adat perkahwinan.

Diharapkan kajian ini dapat memberikan kita serba sedikit maklumat yang dapat
memberikan kita kefahaman yang mendalam dengan suku kaum Lundayeh di Sabah.

BIBLIOGRAFI
Bilcher Bala and Baszley Bee Basrah Bee and Nordin Sakke and Paul Porodong and
Wong, Jane Kon Ling and Lokman Adbul Samad and Saat Awang Damit and Azizan
Morsidi (2009) Sejarah masyarakat Lundayeh:
Kajian mengenai asal usul, migrasi dan petempatan di daerah Sipitang, 1945-2000.

Bumiputera di Sabah- Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas

You might also like