You are on page 1of 16

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

NAMA:MELISSA ANAK SABESTER

KELAS:6S2 II

TEMA 1

AGAMA DAN KEPERCAYAAN:KEPERCAYAAN

TAJUK: Kajian tentang tahap kepercayaan pengawas sekolah untuk


mengawal disiplin pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Lundu,Kuching,Sarawak.

PERSOALAN KAJIAN

1.Apakah punca-punca yang menyebabkan disiplin pelajar perlu


dikawal di Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu,Kuching,Sarawak?

2.Apakah halangan yang menyebabkan pengawas sekolah sukar untuk


mengawal disiplin pelajar lain di Sekolah Menengah Kebangsaan
Lundu,Kuching ,Sarawak?

OBJEKTIF KAJIAN

1.Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan disiplin pelajar


sukar dikawal oleh pengawas sekolah perlu dikawal di Sekolah
Menengah Kebangsaan Lundu,Kuching,Sarawak.
2. Mengkaji halangan-halangan ( Faktor-aktor) yang menyebabkan
pengawas sekolah sukar untuk mengawal disiplin pelajar lain di
Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu,Kuching ,Sarawak.

CADANGAN JAWAPAN

MASALAH

-kes buli

-pemakaian

-bergaduh

AKTIVITI

- memantau kawasan sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh


guru

-memeriksa pemakaian pelajar pada waktu pagi

-guru memberikan sesi kaunseling

-kem kesedaran
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG

-meningkatkan kepercayaan guru dalam aspek kawalan disiplin pelajar

-memastikan disiplin pelajar terkawal

-mewujudkan kesepakatan dalam kalangan pengawas untuk menjalankan


tanggungjawab secara berkumpulan

-menanam sikap kerjasama dalam kalangan pengawas


PENGENALAN

Menurut sumber yang telah diperoleh dari laman sesawang


https://ms.encyclopedia-titanica.com ,kepercayaan boleh merujuk kepada
beberapa perkara iaitu keyakinan diri,harapan bahawa sesuatu akan berkembang
sesuai dengan harapan kita,atau keakraban yang kita ada dalam berurusan
dengan seseorang.

Menurut sumber dari https://ms.facts-news.org pula,kepercayaan adalah apa


yang dipercayai dengan setia atau ia juga boleh menjadi pendapat bahawa
seseorang mempunyai hubungan dengan sesuatu atau seseorang.Apa yang
dipercayai tentang perkara biasanya datang kepada kita dari pengalaman yang
diperoleh dalam kehidupan dan kemudiaanya membuat kita percaya bahawa
perkara sedemikian dihasilkan oleh tindakan sedemikian.Tetapi juga apa yang
dipilih untuk mempercayai sesuatu atau seseorang mungkin ditentukan oleh
pengaruh yng kitaa terima dari model yang dekat.

Selain itu,sumber dari http://hafizaiman95.weebly.com mengatakan bahawa


pengawas sekolah merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh guru-
guru kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang.Pengawas juga
dipilih dari kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai kokurikulum dan
akademik yang cemerlang.Uniform sekolah pula adalah mengikut piawaian
yang ditetapkan oleh setiap sekolah.Lazimnya,uniform yang digunakan adalah
berwarna biru terang,bertali leher dan berkot.Bagi pelajar sekolah agama
pula,selalunya baju mereka adalah berwarna putih ddan bertali leher.Kasut
pengawas selalunya berwarna hitam jenis kanvas atau jens kulit.Senario
pemakaian seragam pengawas berbeza dengan jenis sekolah,negeri dan
daerah.Secara amnya,pengawas sekolah berperanan untuk membantu guru
mengawasi murid-murid dan sebagai rakan pembimbing.
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kuuala Lumpur(1989)mendefinisikan disiplin sebagai latihan terutamanya
pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut
peraturanyang ditetapkan.Sekiranya seseorang itu gagal mengawal diri sendiri
untuk mengikut peraturan ang ditetapkan,hukuman dan denda akan dikenakan.

Menurut Kamus Dewan(2002),disiplin merujuk kepada latihan pemikiran


dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.

Mok Soon Sang(1995)pula menyatakan pada peringkat sekolah,disiplin


adalah peraturan-peraturan uang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan
mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.

Laporan Jawatankuasa Kabinet(1979),menjelaskan disiplin bermakna


kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib,menghormati
hak orang lain,mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu
kepentingan orang lain.

Menurut sumber dari https://smkbermas.wordpress.com, disiplin merupakan


peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar
selari dengan kehendak agama,norma-norma masyarakat dan undang-undang
sesebuah negara.Namun begitu,sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh
golongan pelajar apatah lagi banyak unsur lain yang mempengaruhi
perkembangan menttal mereka.Gejala seperti ponteng sekolah,ponteng
kelas,melawan guru dan membuli adalah masalah yang sering diperkatakan.

Menurut John Macquarrie dari segi etika,disiplin adalah sesuatu kemahuan


dan perbuatan seseorang dalam mematuhi seluruh peraturan yang terangkai
dengan tujuan tertentu.
Fokus kajian adalah untuk mengenalpasti punca-punca disiplin pelajar perlu
dikawal di Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu,Kuching,Sarawak dan
mengkaji halangan-halangan yang dihadapi oleh pengawas sekolah untuk
mengawal disiplin pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Lundu,Kuching,Sarawak..

Rasional kajian adalah mengkaji tentang kepercayaan pengawas sekolah


untuk mengawal disiplin pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Lundu,Kuching,Sarawak Kebangsaan Lundu.Kajian ini juga dilakukan adalah
bertujuan untuk mengkaji beberapa tanggungjawab yang telah diamanahkan
kepada pengawas sekolah dalam mengawal disiplin pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan,Lundu,Kuching,Sarawak.Keadaan ini dapat
mengurangkan pelbagai masalah disiplin pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Lundu,Kuching,Sarawak.

Kesimpulannya,pengkaji berharap agar pengawas sekolah dapat


melaksanakan tugas atau tanggunggjawab di sekolah dengan baik.Hal ini dapat
memastikan disiplin di sekolah senttiasa dalam keadaan terkawal dan ttidak
mencemarkan nama baik sekolah.
OBJEKTIF KAJIAN

1.Mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan disiplin pelajar sukar dikawal


oleh pengawas sekolah perlu dikawal di Sekolah Menengah Kebangsaan
Lundu,Kuching,Sarawak.

2. Mengkaji halangan-halangan yang menyebabkan pengawas sekolah sukar


untuk mengawal disiplin pelajar lain di Sekolah Menengah Kebangsaan
Lundu,Kuching ,Sarawak.
LOKASI KAJIAN

Peta 1:NEGERI SARAWAK

Sumber:Google Maps

Negeri Sarawak diberi gelaran Bumi Kenyalang dan meruupakan salah satu
daripada 14 negeri(termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk
Persekutuan Malaysia.Sarawak merupakan negeri yang terbesar di
Malaysia.Sarawak juga berada dalam kawasan tropika dengan iklim
khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.Hutan Sarawak adalah
sumber dan aset yang paling penting.
Ia terletak di hujung utara dan utara-utara Borneo yang meliputi ukuran
124,450,km persegi dan seluas lebih 750 km.Ia membentuk keluasan sehingga
37.5% daripada keluasan tanah dalam negara.

Sarawak juga merupakan negeri yang mempunyai keunikan tersendiri


misalnya dari segi budaya,pentadbiran dan gaya hidup yang sangat
berbeza.Terdapat seramai 2.4 juta orang yang terdiri daripada lebih kurrang 27
kumpulan etnik utama yang masih wujud di Sarawak iaitu masing-masing
dengan bahasa mereka,tradisi serta cara gaya hidup tersendiri.Tambahan
pula,negeri Sarawak juga terkenal dengan kekayaan sumber-sumber asli.Gas
asli cecair ,minyak mentah dan kayu keras tropika banyak menyumbang dan
membantu dalam mengekalkan ekonomi,dimana beberapa dekad yang lalu
,industri pertanian (minyak kelapa sawit),industri-industri ringan dalam
pemprosesan makanan,pembinaan kapal dan elektronik menjadi semakin
penting untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dalam negeri tersebut.
Peta 2:Daerah Lundu

Sumber:Google maps

Daerah Lundu merupakan pecahan kawasan pentadbiran di Bahagian Kuching


bagi negeri Sarawak,Malaysia.Lundu termasuk daerah daerah kecil Sematan
mempunyai keluasan kira-kira 1,916km persegi dengan anggaran penduduk
sekitar 37,000 dan ia telah wujud lebih seribu tahun lalu.Daerah ini terletak di
bahagian barat daya Bahagian Kuching,Sarawak,Malaysia ddan bersempadanan
dengan negara Indonesia.Lundu mempunyai sungai utama yang disebut Batang
Kayan walaupun tiada bukti yang menyatakan bahawa ada orang Kayan yang
pernah tinggal disana.Pada pertengahan abad ke 18,sekumpulan orang Bidayuh
telah berhijrah ke sini dari Bau dan menetap di bahagian barat sungai Batang
Kayan dimana Kampung Stunggang Melayu sekarang berada.Mereka pernah
digelar sebagai Dayak Lundu.Walaupun keturunan terakhir daripada kelompok
ini telah meninggal dunia di sekitar tahun 1960an,kita sebagai masyarakat
masih mempunyai peluang melihat tingggalan pokok-pokok durian yang telah
mereka tanam.Tambahan pula,nama “Lundu” diambil sempena nama ikan kecil
iaitu ikan Lundu yang berada di Sungai Lundu,iaitu sungai yang mengalir dari
Gunung Gading.

Setelah itu,tiga kumpulan penduduk mula berhijrah untuk menetap di kawasan


Lundu ini secara berperingkat pada abad ke 18.Orang Iban pula datang dari
kawasan Timur.Orang Iban ini asalnya dari Balau yang terletak di sekitar
Batang Lupar.Dari kawasan barat pula,orang Cina dan Selako datang melalui
kawasan pergunungan yang memisahkan Sarawak dari kawasan Indonesia
Borneo.Penduduk Cina ini asalnya telah lama menetap di bandar Pontianak dan
Sambas.Apabila emas mula dijumpai di kawasan Bau,penduduk Cina mula
berhijrah ke sana.Dari barat ini juga tibanya bangsa yang dikenali sebagai
Selako atau Selakau.Bangsa Melayu mula berhijrah ke sini dari kepulauan
Natuna.

Lundu adalah kawasan yang menarik kerana mempunyai hubungan yang rapat
antara satu sama lain walaupun mempunyai bangsa yang berlainan.Kehidupan
yang baik dapat dibina dalam kalangan mereka apabila mengamalkan sikap
tidak mahu bersaing.
Foto 1:

Sumber:Google Images

Fokus kajian ini adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu yang terletak
di Daerah,Lundu,Kuching,Sarawak.Lokasi ini dipilih kerana sekolah ini
merupakan tempat persekolahan pengkaji.Hal ini menyebabkan pengkaji
menjadi mudah apabila memperoleh maklumat untuk kajian yang dilakukan
tersebut.Tambahan pula,lokasi tersebut menjadi tumpuan pengkaji kerana
memudahkan proses mengedarkan borang selidik kepada 30 orang responden
yang merupakan warga di sekolah tersebut.
4.METODOLOGI KAJIAN

4.1.Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,istilah metologi bermaksud sistem


yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu
kegiatan,disiplin dan sebagainya.Oleh itu,bahagian ini akan membincangkan
reka bentuk kajian,sampel kajian,batasan kajian,instrumen kajian dan proses
analisis data bagi menjawab objektif-objektif yang telah dikemukakan.

4.2.Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan.Kajian tinjauan merupakan satu rangka


rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan persampelan dan analisis.Kajian
ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis tanggungjawab yang diamanahkan
oleh guru pengawas kepada pengawas sekolah dalam mengawal disiplin pelajar
di Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu,Kuching,Sarawak.Selain itu,kajian ini
juga dijalankan bagi mengkaji halangan-halangan yang menyebabkan
pengawas sekolah sukar untuk mengawal disiplin pelajar lain di Sekolah
Menengah Kebangsaan Lundu,Kuching ,Sarawak?

4.3 Sampel Kajian

Persampelan ialah kumpulan manusia,institusi,tempat atau fenomena yaang


menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji.Persampelan
bertujuan digunakan bagai mengumpul maklumat dari sekumpulan sampel yang
khusus dan spesifik serta bertepatan dengan objektif kajian.Sampel yang
memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam kajian dan tergolong dalam populasi
kajian dan dipilih berdasarkan pengetahuan dan pengalaman.

Pemilihan sampel kajian tinjauan adalah secara rawak mudah yang


melibatkan 30 orang responden Sekolah Menengah Kebangsaan
Lundu,Kuching,Sarawak.Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang warga
sekolah dan 30 borang selidik akan diberikan kepada mereka untuk memperoleh
data yang tepat,manakala 2 orang responden lagi akan dipilih untuk ditemu
bual.

4.4 Instrumen kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep


yang bertujuan dengan sikap persepsi,pandangan dan keterangan pendapat.

Kaedah Instrumen
Kuantitatif Borang Soal
Selidik,Pemerhatian,Borang Temu
Bual

Jadual 1.Instrumen Kajian

Sumber:Kajian Lapangan 2019

4.4.1.Soal Selidik
Instrumen soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajian
tinjauan.

4.4.2 Temu Bual

Instrumen temubual mempunyai dua peringkat iaitu secara formal dan tidak
formal.Kaedah temu bual boleh digunakan secara bersemuka dan tidak
bersemuka.Kaedah yang pengkaji gunakan adalah secara tidak bersemuka iaitu
melibatkan warga di Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu.Pengkaji akan
menjalankan sesi temu bual dalam keadaan yang teratur dan mengajukan soalan
yang penting dengan tepat dan jelas berdasarkan objektif kajian.

4.4.3 Rujukan(kajian arkib)

Kajian arkib atau analisis terhadap bahan dokumen merupakan perkara asas
dalam penyelidikan.Pada peringkat awal kajian,rujukan terhadap bahan-bahan
bertulis mahupun mahupun bercetak seperti buku,kamus,dan majalah.Sumber-
sumber internet juga dirujuk dan diguna pakai dalam kajian ini.

4.5Cara Pengumpulan Data

Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpulkan dengan pelbagai kaedah
seperti pemerhatian,soal selidik,temu bual dan rujukan.

4.5.1 Soal Selidik

Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang jenis-


jenis dan halangan-halangan pengawas sekolah untuk mengawal disiplin
pelajar.Borang soal selidik inii diberi kepada warga sekolah yang sudi
memberikan kerjasama.

4.5.2 Temu Bual

Kaedah temu bual ini dilakukan untuk mengumpulkan data. Seorang warga
sekolah yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang pengawas sekolah
akan menjadi responden kepada temubual.

4.5.3 Rujukan(Kajian Arkib)

Maklumat yang dikumpulkan dengan menganalisis bahan-bahan tercetak


seperti buku,majalah,kamus dan ensiklopedia.Laman –laman web juga
digunakan untuk mencari maklumat.

You might also like