You are on page 1of 29

1

ABSTRAK

TAJUK:KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI PRA-


SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHAGIA, TEMERLOH, PAHANG DARUL
MAKMUR.

Kajian ini telah mengemukakan tiga objektif yang utama iaitu mengenal pasti aktiviti-
aktiviti yang dijalankan,mengkaji kepentingan pendidikan awal kanak-kanak serta kesan
pengabaian pendidikan awal kanak-kanak di pra-sekolah SK Jalan
Bahagia,Temerloh,Pahang.Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia,
Temerloh. Kaedah kajian yang telah dilakukan ialah kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang
digunakan ialah soal selidik dan rujukan. Sampel kajian yang digunakan adalah seramai 30
orang termasuk ibu bapa dan guru-guru. Para responden telah diminta untuk mengisi borang
soal selidik yang mempunyai tiga bahagian soalan yang berkaitan dengan pendidikan awal
kanak-kanak di pra-sekolah. Oleh itu, kajian mendapati kanak-kanak dapat belajar dengan
seronok di samping aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan di pra-sekolah. Kesimpulannya,
semakin ramai kanak-kanak dihantar untuk belajar di pra sekolah, Sekolah Kebangsaan Jalan
Bahagia.
2

PENGHARGAAN

Alhamdulilah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat
menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Am saya dengan tempoh waktu yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK Temerloh
kerana memberi sokongan penuh kepada saya dengan memberi keizinan untuk menjalankan
kajian di luar kawasan sekolah.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak
sekolah SK Jalan Bahagia atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang kajian lapangan ini
dilakukan.Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya,Ahmad Badri bin Talib
dan Fazatul Azna binti Mokhtar kerana memberi sokongan moral dan nasihat serta
menyediakan keperluan untuk melaksanakan kajian ini.

Seterusnya,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Pengajian Am saya
iaitu Puan Natasha Aini binti Kamarulzaman kerana memberi tunjuk ajar dan bimbingan
sebelum kajian ini dilakukan sehingga selesai dijalankan.Saya turut ingin merakamkan terima
kasih kepada guru-guru di SK Jalan Bahagia kerana banyak memberi bantuan dari segi bahan
rujukan dan maklumat-maklumat untuk dirujuk yang berkaitan dengan tajuk ini.

Sekian,Terima Kasih.
3

1.0 PENGENALAN

Di kehidupan kita sebagai anggota masyarakat istilah sosial sering dikaitkan dengan hal-hal
yang berhubungan dengan manusia dalam masyarakat, seperti kehidupan kaum miskin di
kota, kehidupan kaum berada, kehidupan nelayan dan seterusnya. Dan juga sering diertikan
sebagai suatu sifat yang mengarah pada rasa empati terhadap kehidupan manusia sehingga
memunculkan sifat tolong menolong, membantu dari yang kuat terhadap yang lemah,
mengalah terhadap orang lain, sehingga sering dikatakan sebagai mempunyai jiwa sosial
yang tinggi. Pada dunia pendidikan pun istilah sosial dipakai untuk menyebut salah satu
jurusan yang harus dipilih ketika memasuki jenjang sekolah menengah atas atau pilihan
ketika memasuki perguruan tinggi, dan jurusan tersebut adalah jurusan yang berkaitan dengan
segala aktivitas yang berkenaan dengan tindakan hubungan antar manusia. Lebih jauh lagi
terdapat dua bidang ilmu yang ada di dunia ini yaitu ilmu pengetahuan alam dan humaniora,
kedua bidang tersebut mempunyai perbedaan kajian, yaitu bahwa ilmu pengetahuan alam
mengarah pada kajian-kajian yang bersifat alam dan pasti, sedangkan humaniora berkaitan
dengan kemanusiaan, atau sering orang mengartikannya sebagai seni, bahasa, sastra. Sosial
merupakan bidang yang berada di antara humaniora dan ilmu pengetahuan alam. Atau juga
Ilmu pengetahuan alam dilawankan dengan ilmu pengetahuan sosial atau ilmu sosial.
Sebenarnya apakah yang dimaksud dengan sosial dari kenyataan-kenyataan tentang istilah
tersebut di atas.

Sosial disini yang dimaksudkan adalah segala sesuatu yang dipakai sebagai acuan dalam
berinteraksi antar manusia dalam konteks masyarakat atau komunitas, sebagai acuan berarti
sosial bersifat abstrak yang berisi simbol-simbol berkaitan dengan pemahaman terhadap
lingkungan, dan berfungsi untuk mengatur tindakan-tindakan yang dimunculkan oleh
individu-individu sebagai anggota suatu masyarakat. Sehingga dengan demikian, sosial
haruslah mencakup lebih dari seorang individu yang terikat pada satu kesatuan interaksi,
karena lebih dari seorang individu berarti terdapat hak dan kewajiban dari masing-masing
individu yang saling berfungsi satu dengan lainnya. Dalam konteks ini, manusia diatur hak
dan kewajibannya yang menunjukkan identitasnya dalam sebuah arena, dan sering disebut
sebagai status, bagaimana individu melaksanakan hak dan kewajibannya sesuai dengan apa
yang telah ada dalam perangkat pedoman yang ada yang dipakai sebagai
acuan.Manakala,budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh
sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi.Budaya terbentuk dari
banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas,
4

pakaian, bangunan, dan karya seni. Bahasa, sebagaimana juga budaya, merupakan bagian tak
terpisahkan dari diri manusia sehingga banyak orang cenderung menganggapnya diwariskan
secara genetis. Ketika seseorang berusaha berkomunikasi dengan orang-orang yang berbeda
budaya dan menyesuaikan perbedaan-perbedaannya, membuktikan bahwa budaya itu
dipelajari. Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh. budaya bersifat kompleks, abstrak,
dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif. Unsur-unsur sosio-
budaya ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia. pengertian pendidikan
adalah suatu proses pembelajaran pengetahuan, keterampilan, dan kebiasaan sekumpulan
manusia yang diwariskan dari satu genereasi ke generasi selanjutnya melalui pengajaran,
pelatihan, dan penelitian.

Ada juga yang mengatakan definisi pendidikan adalah suatu usaha sadar yang dilakukan
secara sistematis dalam mewujudkan suasana belajar-mengajar agar para peserta didik dapat
mengembangkan potensi dirinya. Dengan adanya pendidikan maka seseorang dapat memiliki
kecerdasan, akhlak mulia, kepribadian, kekuatan spiritual, dan keterampilan yang bermanfaat
bagi diri sendiri dan masyarakat.
5

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan adalah untuk:

1. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pra-sekolah Sekolah Kebangsaan


Jalan Bahagia,Temerloh,Pahang.

2. Mengkaji kepentingan pendidikan awal terhadap perkembangan kanak-kanak di pra-


sekolah Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia,Temerloh,Pahang.

3. Mengkaji kesan pengabaian pendidikan pendidikan awal kanak-kanak dalam kalangan


ibu bapa di pra-sekolah Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia, Temerloh, Pahang.
6

3.0 LOKASI KAJIAN

PETA 1:DAERAH TEMERLOH m

SUMBER:pdttemerloh.pahang.gov.my

Daerah Temerloh merupakan sebuah bandar yang maju dan tersusun. Ia terletak di Pahang
Tengah dan merupakan pusat pertemuan diantara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan
Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Temerloh juga terkenal dengan jolokkan Bandar Ikan
Patin kerana ikan jenis ini banyak terdapat di sini, memandangkan bandar ini berhampiran
dengan sungai yang lebih dikenali sebagai Sungai Pahang. Temerloh mempunyai sebanyak
7

10 mukim yang terdiri daripada Semantan, Jenderak, Perak, Lebak, Bangau, Mentakab,
Songsang, Sanggang, Kerdau dan Lipat Kajang.

PETA 2:KAWASAN KAJIAN

SUMBER; https://www.google.com/maps/@3.4495781,102.4095732,18z

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia yang terletak di daerah
Temerloh.Sekolah ini berhampiran McDonald Temerloh dan 99 Speedmart.Sekolah ini mula
dibuka pada bulan Januari 1967 dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris Jalan
Bahagia.Nama itu dipilih mengambil sempena projek perumahan di kawasan ini.Bahasa
pengantarnya ialah Bahasa Inggeris.Guru Besar pertamanya ialah Tuan Haji Zainuddin bin
Haji Mohd Shariff.Semasa sekolah ini dibuka,sebahagian besar bangunannya masih dalam
pembinaan.Perabotnya juga belum dibekalkan lagi.Sementara menunggu bangunannya siap
8

dan dibekalkan,murid-muridnya menumpang belajar di Sekolah Menengah Abu


Bakar,Temerloh.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

PENDAHULUAN

Menurut Sabiah Marican(2009) dan Ahmad Munawar Ismail dan Mohd Nor Shahizan
Ali (2014) metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian ke
atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur.(Sabitah
Marican,2009:83).Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik.Oleh itu pengkaji
sedaya upaya memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasilan kertas kajian ini.

Oleh itu dalam bahagian ini,pengkaji akan membincangkan reka bentuk kajian,sampel
kajian,batasan kajian,instrumen kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-
persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.Selain itu,metodologi kajian juga boleh
digunakan untuk memastikan objektif kajian dicapai berdasarkan data yang sah.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif.Kajian deskriptif


merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara yang berkaitan dengan
persampelan,pengukuran dan analisis.Kaedah penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis
penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku.
(Sukmadinata N.S,2011:79) Kajian ini adalah untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang
dijalankan,mengkaji kepentingan pendidikan awal kanak-kanak terhadap perkembangan
kanak-kanak dan mengkaji kesan pengabaian pendidikan awal kanak-kanak dalam kalangan
ibu bapa di pra-sekolah SK Jalan Bahagia,Temerloh,Pahang.

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen ialah proses menyediakan alat pengumpulan menerusi konsep yang


berkaitan dengan sikap,persepsi,pandangan dan keterangan latar belakang.

Jadual 1:Kaedah instrument kajian

Kaedah Instrumen
Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temu bual dan rujukan
9

Sumber:Kajian Lapangan 2020

4.2.1 SOAL SELIDIK

Instrumen soal selidik ialah alat popular dalam kajian tinjauan.Borang soal selidik ini
dibina mengikut prinsip KISS (Keep It Short and Simple) iaitu mengemukakan soalan yang
mudah difahami dan ringkas,(R.Kuberan et al,2013).Borang soal selidik ini mengandungi 4
bahagian iaitu bahagian A,bahagian B, bahagian C dan bahagian D dengan menggunakan
skala Likert 3 aras.Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden.Bahagian B pula
adalah soalan yang berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang pembelajaran pra-
sekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia.Bahagian C adalah soalan mengenai
kepentingan pendidikan awal terhadap kanak-kanak pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan
Jalan Bahagia manakala bahagian D adalah mengenai kesan pengabaian pendidikan awal
kanak-kanak di pra-sekolah Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia,Temerloh.Jawapan
responden adalah berdasarkan skala peringkat iaitu peringkat 1-“Tidak Setuju”,peringkat
2-“Setuju” dan peringkat 3-“Kurang Setuju”.

4.2.2 TEMU BUAL

Instrumen temu bual mempunyai 2 peringkat secara formal dan tidak formal. Kaedah temu
bual ini boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka, dan bantuan komputer. Kaedah
yang pengkaji gunakan adalah tidak formal iaitu secara bersemuka yang melibatkan seorang
cikgu yang mengajar kelas di pra-sekolah tersebut. Pengkaji menjalankan sesi temu bual
dalam keadaan kelas yang riuh-rendah dengan aktiviti dan dapat maklumat-maklumat penting
serta beberapa soalan bagi menjawab objektif kajian ini.

4.2.3 KAEDAH RUJUKAN

Instrumen rujukan utama yang diperolehi daripada bahan ilmiah seperti buku-buku,kamus
dan sumber internet yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.Sumber rujukan ini
adalah penting untuk melihat hasil dapatan pra-sekolah mengenai pendidikan awal kanak-
kanak.
10

Memproses dan mempersembahkan data

Kaedah statistik deskriptif digunakan penganalisian data yang berbentuk skala


Likert.Selain itu,dalam aspek penganalisian data,pengiraan manual akan diguna pakai.Oleh
sebab itu,kekerapan,peratus dan min sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis.

Peratus dapat dikira melalui formula seperti berikut:

Peratusan(%)=Jumlah kekerapan x 100%


Bilangan responden

Pengiraan selang skala min,jumlah skor dan min dapat dikira dengan menggunakan formula-
formula yang berikut:

Pengiraan selang skala min=Nilai tertinggi-Nilai terendah


Nilai tertinggi

Jumlah skor=Kekerapan setiap skala x skor setiap

Min= Jumlah Skor


Bilangan responden
11

RUMUSAN

Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan kesahan
dapatan kajian.Sehubungan dengan itu,pengkaji akan mengikut tatacara kajian yang ketat
dengan menepati prosedur kajian yang ketat dengan menepati prosedur kajian data dan
instrumen yang telah dikenal pasti.

5.DAPATAN KAJIAN

Bab ini akan lebih mengupas secara lebih dalam keputusan analisis yang telah dibuat
berdasarkan tindak balas responden kepada soal selidik,temu bual dan rujukan.Kajian yang
dilakukan ialah berkaitan pendidikan awal kanak-kanak pra-sekolah di SK Jalan
Bahagia,Temerloh.Kajian ini mengemukakan tiga objektif kajian.Bahagian ini juga akan
mengemukakan data emprikel bagi memenuhi ketiga-tiga objektif kajian.Kajian ini
dijalankan bagi mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang pembelajaran serta
mengkaji kepentingan pendidikan awal terhadap perkembangan kanak-kanak.
12

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual 1 menunjukkan pecahan daripada kalangan responden lelaki dan perempuan di SK


Jalan Bahagia,Temerloh,Pahang berdasarkan jantina.

Bil. Jantina Kekerapan Peratusan(%)


1 Lelaki 12 40
2 Perempuan 18 60

Jadual 1:Demografi Responden Berdasarkan Jantina.

Sumber:Kajian Lapangan 2020

Bilangan responden

Lelaki
40%
Perempuan

60%

Carta 1: Demografi responden berdasarkan Jantina

Sumber Kajian Lapangan 2020

Berdasarkan Carta 1 di atas menunjukkan responden terdiri daripada 30 orang responden


yang telah menanda borang kaji selidik mengenai pendidikan awal kanak-kanak pra-sekolah
13

di SK Jalan Bahagia,Temerloh,Pahang.Daripada jumlah tersebut seramai 12 orang lelaki


bersamaan 40% telah menanda borang kaji selidik ini.Manakala seramai 18 orang perempuan
bersamaan 60% telah menanda borang kaji selidik ini.Oleh itu,dapat dilihat lebih ramai orang
perempuan menanda borang kaji selidik ini berbanding lelaki.

Jadual 2 berikut menunjukkan pecahan daripada kalangan responden di SK Jalan


Bahagia,Temerloh,Pahang berdasarkan umur.

Bil. Peringkat Umur Kekerapan Peratusan (%)


1 20-30 Tahun 8 27
2 31-40 Tahun 15 50
3 41-50 Tahun 6 20
4 51-60 Tahun 1 3

Jadual 2:Demografi Responden Berdasarkan Umur

Sumber:Kajian Lapangan 2020

UMUR

3%
20% 27% 20-30 tahun
31-40 tahun
41-50 tahun
51-60 tahun

50%

Carta 2:Demografi responden berdasarkan peringkat umur

Sumber:Kajian Lapangan 2020

Carta 2 menunjukkan responden terdiri daripada 30 orang yang telah menanda borang kaji
selidik tentang pendidikan awal kanak-kanak pra-sekolah di SK Jalan
Bahagia,Temerloh,Pahang.Daripada jumlah tersebut,seramai 8 orang yang berumur 20
14

hingga 30 tahun bersamaan 27% telah menanda borang kaji selidik ini.Manakala peringkat
umur 31 hingga 40 tahun adalah golongan paling ramai menanda borang kaji selidik ini iaitu
seramai 15 orang bersamaan 50% .Peringkat umur 41-50 tahun seramai 6 orang bersamaan
20% menanda borang kaji selidik.Namun pada peringkat umur 51 hingga 60 tahun hanya 1
orang bersamaan 3% menanda borang kaji selidik.

Jadual 3 berikut menunjukkan pecahan daripada kalangan responden di SK Jalan


Bahagia,Temerloh,Pahang berdasarkan kaum.

Bil. Kaum Kekerapan Peratusan (%)


1 Melayu 28 93%
2 India 1 4%
3 Cina 1 3%

Jadual 3:Demografi Responden Berdasarkan Kaum

Sumber:Kajian Lapangan 2020

KAUM

3%3%
Melayu
India
Cina

93%

Carta 3:Demografi responden berdasarkan kaum

Sumber:Kajian Lapangan 2020


15

Carta 3 menunjukkan responden terdiri daripada 30 orang yang telah menanda borang kaji
selidik tentang pendidikan awal kanak-kanak di SK Jalan
Bahagia,Temerloh,Pahang.Daripada jumlah tersebut,seramai 28 orang kaum Melayu telah
menanda borang kaji selidik ini.Manakala kaum India dan Cina hanya 1 orang bagi setiap
kaum yang telah menanda borang kaji selidik ini.

Jadual 4 berikut menunjukkan pecahan daripada kalangan responden di SK Jalan


Bahagia,Temerloh,Bahagia berdasarkan pekerjaan.

Bil. Pekerjaan Kekerapan Peratusan(%)


1 Swasta 5 17
2 Kerajaan 10 33
3 Lain-lain 15 50

Jadual 4:Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan

Sumber:Kerja Lapangan 2020

Pekerjaan

17%
Swasta
Kerajaan
Lain-lain
50%

33%

Carta 4:Demografi responden berdasarkan pekerjaan


16

Sumber:Kerja Lapangan 2020

Carta 4 menunjukkan responden terdiri daripada 30 orang yang telah menanda borang kaji
selidik tentang pendidikan awal kanak-kanak pra-sekolah di SK Jalan
Bahagia,Temerloh,Pahang.Daripada jumlah tersebut,seramai 5 orang bersamaan 17%
daripada pekerja swasta telah menanda borang kaji selidik.Manakala pekerja kerajaan
seramai 10 orang bersamaan 33% telah menanda borang kaji selidik.Pekerja lain-lain
sebanyak 15 orang bersamaan 50% telah menanda borang kaji selidik menunjukkan
responden paling ramai di dalam pekerjaan.

5.2 MENGENAL PASTI AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI PRA-


SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHAGIA,TEMERLOH,PAHANG.

Jadual 1 menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pra-sekolah SK Jalan


Bahagia,Temerloh,Pahang.

Bil Perkara Tidak Setuju Setuju (2) Kurang Jumlah Min


. (1) Setuju (3)

Bil % Bil % Bil %


1 Aktiviti Permainan 2 6.7 28 93.3 0 0 1.93

2 Aktiviti Melukis 2 6.7 27 90 1 3.3 1.97

3 Aktiviti Belajar 2 6.7 28 93.3 0 0 1.93


Sambil Bermain
4 Aktiviti Pendekatan 2 6.7 26 86.6 2 6.7 2
Projek
5 Aktiviti Penceritaan 2 6.7 26 86.6 2 6.7 2

6 Aktiviti Teknologi 2 6.7 28 93.3 0 0 1.93


Visual
7 Hari Sukan 2 6.7 27 90 1 3.3 1.97

Sumber:Kajian Lapangan 2020


17

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI PRA-SEKOLAH SK JALAN


BAHAGIA,TEMERLOH,PAHANG.

30

25

20

15

10

0
Aktiviti Aktiviti Aktiviti Belajar Aktiviti Aktiviti Aktiviti Hari Sukan
Permainan Melukis Sambil Pendekatan Penceritaan Teknologi
Bermain Projek Visual

Tidak Setuju Setuju Kurang Setuju

Sumber:Kajian Lapangan 2020

Berdasarkan borang kaji selidik,seramai 30 orang responden telah menanda borang tersebut
di Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia,Temerloh,Pahang.Graf di atas menunjukkan beberapa
aktiviti yang dijalankan di pra-sekolah SK Jalan Bahagia,Temerloh,Pahang.Hasil soal selidik
mendapati dua aktiviti mempunya min tertinggi yang sama iaitu 2 dan aktiviti yang berikut
ialah pendekatan projek serta penceritaan.Dua aktiviti tersebut terpilih kerana terdapat 26
daripada 30 responden yang menanda ‘setuju’ bersamaan 86.6% manakala 2 responden
menanda ‘tidak setuju’ bersamaan dengan 6.7% serta 2 responden menanda ‘kurang setuju’
bersamaan dengan 6.7%.Aktiviti pendekatan projek dengan penceritaan sangat sesuai bagi
memenuhi kriteria pendidikan awal kanak-kanak kerana kanak-kanak telah didedahkan
aktiviti tersebut.Bagi pendekatan projek,mereka perlu melakukan suatu projek sama ada
kumpulan atau individu dalam tempoh yang panjang serta mengkaji pelbagai topik yang
meluas,maka mereka dapat belajar untuk mengumpulkan maklumat.Penceritaan pula
18

menunjukkan kebolehan kanak-kanak dalam bercerita.Kaedah bercerita dapat menunjukkan


kebolehan atau kemahiran mereka dalam percakapan sama ada mereka menguasai bahasa
atau pun kurang menguasai.Aktiviti tersebut merupakan kaedah pembelajaran pada abad ke-
21.

Hasil kaji selidik di atas,min yang kedua utama ialah 1.97 di mana terdapat dua aktiviti yang
sama min iaitu aktiviti melukis dan hari sukan.Berdasarkan jadual di atas,terdapat 27 orang
responden menanda ‘setuju’ bersamaan 90% manakala 2 responden menanda ‘tidak setuju’
bersamaan 6.7% dan 1 responden menanda ‘kurang setuju’ bersamaan 3.3%.Aktiviti melukis
merupakan aktiviti yang semestinya dilakukan kerana melukis dapat menunjukkan kreativiti
masing-masing dalam seni.Guru hanya perlu menyediakan peralatan melukis dan
membimbing mereka untuk membantu proses lukisan mereka lebih lancar.Lukisan dapat
merangsang otak kanak-kanak serta memperkembangkan kemahiran fizikal mereka.Manakala
hari sukan merupakan aktiviti yang dinantikan oleh kanak-kanak kerana dapat bermain
bersama kawan-kawan.Selain itu,hari sukan dapat mencungkil bakat yang terpendam di
dalam diri kanak-kanak sekaligus mereka boleh mengasah kemahiran dalam sesuatu sukan
yang dipertandingkan.Kanak-kanak juga didedahkan dengan semangat kerjasama di antara
satu pasukan ketika bertanding.

Hasil kaji selidik juga mendapati min yang terendah iaitu 1.93 dikongsi tiga aktiviti yang
berbeza iaitu aktiviti permainan,aktiviti belajar sambil bermain serta aktiviti teknologi
visual.Berdasarkan soal selidik yang dijalankan,seramai 28 orang responden menanda
‘setuju’ bersamaan 93.3% manakala 2 orang responden menanda ‘tidak setuju’ bersamaan
6.7% dan tiada responden menanda ‘kurang setuju’.Aktiviti permainan yang dijalankan
semestinya menyeronokkan dan dapat mengasah minda masing-masing agar mereka sentiasa
aktif dan mampu menjadi murid yang pintar.Aktiviti belajar sambil bermain pula melibatkan
aktiviti yang santai dan menyeronokkan.Pendekatan ini sangat berkesan dalam membantu
kanak-kanak dalam pembelajaran dan perkembangan mereka berbanding pembelajaran secara
formal.Hal ini dikatakan demikian kerana pendekatan bermain sambil belajar dapat
meningkatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.Aktiviti tersebut sememangnya
berkesan kerana dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar.Manakala aktiviti teknologi
visual pula memerlukan teknologi untuk menjalankan video atau gambar ketika belajar.Pada
19

zaman moden ini,teknologi perlu berkembang seiring dengan pendidikan awal kanak-kanak
agar mereka dapat menerokai alam maya dengan lebih bijak.Pendedahan teknologi tersebut
memberi manfaat bagi memberi gambaran visual yang lebih meluas.Teknologi visual juga
membantu kanak-kanak mempelajari bidang-bidang yang baharu.Maka,aktiviti-aktiviti
tersebut perlu diteruskan serta dikekalkan dalam silibus pra-sekolah.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-


KANAK DI PRA-SEKOLAH SK JALAN BAHAGIA,TEMERLOH,PAHANG.

Bil. Perkara Tidak Setuju (2) Kurang JUMLAH


Setuju(1) Setuju (3) MIN
Bil % Bil % Bil %
1 Dapat menyesuaikan diri 1 3.3 28 93.3 1 3.3 2
dengan persekitaran yang
ramai
2 Belajar berdikari 1 3.3 29 96.7 0 0 1.96

3 Penerimaan input pembelajaran 1 3.3 29 96.7 0 0 1.96


yang lebih sistematik
4 Membina karakter 1 3.3 29 96.7 0 0 1.96

5 Bersosial dengan baik 1 3.3 29 96.7 0 0 1.96

6 Menghormati orang yang lebih 1 3.3 29 96.7 0 0 1.96


tua
7 Sifat ingin tahu sambil belajar 1 3.3 28 93.3 1 3.3 2

Sumber:Kajian Lapangan 2020


20

KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-


KANAK DI PRA-SEKOLAH SK JALAN BAHAGIA,TEMERLOH,PAHANG.

35
30
25
20
15
10
5
0

Tidak Setuju Setuju Kurang Setuju

Sumber;Kajian Lapangan 2020

Berdasarkan borang soal selidik,pengiraan min yang paling utama ialah 2.Oleh itu,terdapat
dua kepentingan pendidikan awal terhadap perkembangan kanak-kanak iaitu dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang ramai serta sifat ingin tahu sambil
belajar.Terdapat 28 orang responden menanda ‘setuju’ bersamaan 93.3% manakala 1 orang
responden menanda ‘tidak setuju’ serta 1 orang responden menanda ‘kurang
setuju’.Kepentingan pendidikan awal terhadap perkembangan kanak-kanak yang utama ialah
dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang ramai serta sifat ingin tahu sambil
belajar.Pertama sekali,kanak-kanak yang menerima pendidikan awal dapat menyesuaikan
dengan persekitaran yang ramai kerana mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut di pra-
sekolah.Mereka juga sudah tentunya tidak segan untuk bergaul dengan orang ramai kerana
mereka sentiasa melakukan aktiviti bagi menunjukkan kemampuan percakapan walaupun di
21

kalangan orang ramai.Kanak-kanak yang belajar seawal usia 5 hingga 6 tahun akan nampak
aktif dan lebih petah berkata berbanding kanak-kanak yang tidak menerima pendidkkan
awal.Kepentingan yang kedua ialah sifat ingin tahu sambil belajar oleh kanak-
kanak.Kecerdasan otak mereka yang dirangsang oleh sifat ingin tahu menyebabkan mereka
aktif untuk belajar.Mereka sentiasa meneroka tidak kira di luar atau di dalam rumah
disebabkan sifat ingin tahu sambil belajar.Sifat tersebut sangat bagus bagi perkembangan
kanak-kanak.

Hasil kaji selidik mendapati min yang seterusnya ialah 1.96 di mana lima kepentingan
berkongsi min yang sama.Antaranya ialah belajar berdikari,penerimaan input pembelajaran
yang lebih sistematik,membina karakter,bersosial dengan baik dan menghormati orang yang
lebih tua.Kebanyakan responden menanda ‘setuju’ seramai 29 orang responden bersamaan
96.7% manakala seramai 1 orang responden bersamaan 3.3% menanda ‘tidak setuju’ dan
tiada responden menanda ‘kurang setuju’.Kanak-kanak mampu belajar berdikari kerana
mereka sudah biasa dengan disiplin di pra-sekolah.Contohnya,mereka mampu mengemas
meja dan membersihkan kelas.Disiplin yang diterap di dalam diri mereka juga menyebabkan
mereka sentiasa mengurus waktu dengan baik dan aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu
yang tertentu.Apabila mereka pandai berdikari,ibu bapa tentunya suka dengan sikap anak
mereka kerana tidak perlu diajar mengenai disiplin.Seterusnya,penerimaan input yang lebih
sistematik dalam kalangan kanak-kanak.Mereka sudah belajar pelbagai cara untuk memahami
dan mempelajari sesuatu input bagi mempercepatkan proses pembelajaran.Kanak-kanak
boleh belajar sesuatu topik melalui teknologi visual atau permainan yang biasa dilakukan di
pra-sekolah.Maka,mereka dapat menerima sesuatu topik atau input tanpa sebarang
masalah.Selain itu,kanak-kanak juga mampu membina karakter sendiri ketika belajar di pra-
sekolah.Hal ini dikatakan demikian kerana pembinaan sesuatu karakter di dalam diri kanak-
kanak amat penting dan telah diserap dalam pendidikan abad ke-21.Karakter kanak-kanak
perlulah diletakkan nilai murni yang tinggi agar mereka mampu menjadi insan yang
cemerlang dan bertaqwa pada masa akan datang.Apabila anak-anak memiliki jati diri yang
baik,semestinya mereka akan membantu membangunkan sesebuah masyarakat serta
negara.Di samping itu,kanak-kanak dapat bersosial dengan baik di antara mereka.Hal ini
dikatakan demikian kerana kanak-kanak di pra-sekolah telah diajar untuk bergaul bersama
rakan-rakan dan bercakap dengan baik.Kanak-kanak tidak mengambil masa yang lama untuk
menyesuaikan diri dengan orang lain kerana mereka telah dididik untuk bergaul dengan orang
yang dikenal dan disenangi.Maka,kanak-kanak yang menerima pendidikan awal juga mampu
22

bersosial dengan baik berbanding mereka yang tidak belajar lagi.Akhir sekali,kanak-kanak
juga akan menghormati orang yang lebih tua.Ternyata benar sekali kerana mereka telah diajar
untuk beradab dengan orang tua serta menyantuni mereka.Pendidikan kanak-kanak di tadika
mahupun pra-sekolah amat menitik beratkan adab dan tatatertib terhadap orang yang lebih
tua.Orang yang lebih tua akan menyayangi orang yang lebih muda sekiranya mereka
menghormati orang yang lebih tua.Bak kata pepatah ‘Yang tua dihormati,yang muda
disayangi’.Oleh itu,betapa pentingnya pendidikan awal terhadap kanak-kanak.

KESAN PENGABAIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DALAM


KALANGAN IBU BAPA DI PRA-SEKOLAH SK JALAN
BAHAGIA,TEMERLOH,PAHANG.

Bil. Perkara Tidak Setuju(2) Kurang Jumlah Min


Setuju(1) Setuju(3)

Bil % Bil % Bil %


1 Sukar Belajar 1 3.3 27 90 2 6.7 2.03

2 Psikomotor tidak dapat 1 3.3 24 80 5 16.6 2.13


dikembangkan
3 Mempunyai daya 1 3.3 24 80 5 16.6 2.13
ketahanan yang kurang
4 Kurang pendedahan 0 0 25 83.3 5 16.6 2.16
dengan pembelajaran
nombor,huruf dan
bentuk lebih awal
5 Kurang matang 0 0 23 76.7 7 23.3 2.23

Sumber:Kajian Lapangan 2020


23

KESAN PENGABAIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DALAM


KALANGAN IBU BAPA DI PRA-SEKOLAH SK JALAN
BAHAGIA,TEMERLOH,PAHANG.

30

25

20

15

10

0
Sukar belajar Psikomotor tidak Mempunyai daya Kurang pendedahan Kurang matang
dapat dikembangkan ketahanan yang dengan
kurang pembelajaran
nombor,huruf dan
bentuk lebih awal

Tidak Setuju Setuju Kurang Setuju

Sumber:Kajian Lapangan 2020

Berdasarkan kaji selidik di atas,pengiraan min yang paling utama ialah 2.23.Seramai 23
orang responden menanda ‘setuju’ bersamaan 76.7% manakala 7 orang responden menanda
‘kurang setuju’ bersamaan 23.3% dan tiada responden menanda ‘tidak setuju’.Oleh
itu,kesimpulan dapat dibuat ialah kesan pengabaian pendidikan awal kanak-kanak dalam
kalangan ibu bapa di pra-sekolah SK Jalan Bahagia,Temerloh,Pahang.Hal ini dikatakan
demikian kerana kanak-kanak yang tidak diberi pendidikan awal akan mengalami kesukaran
ketika membesar kerana mereka tidak biasa dengan situasi yang baharu apabila memasuki
alam persekolahan kelak.Kesannya,mereka menjadi kurang matang dari segi pemikiran dan
kemahiran.

Hasil kaji selidik min yang kedua ialah 2.16.Seramai 25 orang responden menanda ‘setuju’
bersamaan 83.3% manakala 5 orang responden menanda ‘kurang setuju’ bersamaan 16.6%
24

dan tiada responden menanda ‘tidak setuju’.Kesan pengabaian pendidikan awal ialah kurang
pendedahan dengan pembelajaran nombor,huruf dan bentuk lebih awal.Hal ini dikatakan
demikian kerana mereka tidak pernah belajar perkara asas seperti nombor,huruf serta
bentuk.Apabila mereka tidak memahami konsep asas tersebut,mereka akan sentiasa jauh
ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka yang lain.Sebaiknya kanak-kanak ini perlu
dihantar seawall usia 5 tahun agar mereka dapat mempelajari asas pelajaran dengan lebih
baik.

Berdasarkan kaji selidik di atas,min yang ketiga ialah 2.13.Seramai 24 orang responden
menanda ‘setuju’ bersamaan 80% manakala 5 orang responden menanda ‘kurang setuju’
bersamaan 16.6% dan 1 orang responden menanda ‘tidak setuju’ bersamaan 3.3%.Terdapat
dua kesan pengabaian pendidikan awal kanak-kanak iaitu psikomotor yang tidak dapat
dikembangkan dan mempunyai daya ketahanan yang kurang.Psikomotor yang tidak dapat
dikembangkan bermaksud kemahiran atau skil kanak-kanak tidak dapat diasah dengan lebih
tajam.Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak melakukan sebarang aktiviti ketika
tinggal di rumah masing-masing.Psikomotor sangat penting dalam pembikinan kanak-kanak
yang cergas dan aktif.Maka,mereka perlu dihantar ke tadika atau pra-sekolah bagi
menunjukan kebolehan mereka ketika belajar.Kanak-kanak mempunyai daya ketahanan yang
kurang kerana mereka tidak aktif seperti kanak-kanak di pra-sekolah yang sentiasa ada
aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.Contohnya,aktiviti bermain sambil belajar
serta hari sukan.Apabila kanak-kanak terlibat,maka badan mereka akan menjadi cergas dan
otak menjadi cerdas.Daya ketahanan melibatkan otot-otot yang penting dalam tumbesaran.

Hasil kaji selidik juga mendapati min yang terendah iaitu 2.03%.Seramai 27 orang responden
menanda ‘setuju’ bersamaan 90% manakala 1 orang responden menanda ‘tidak setuju’
bersamaan 3.3% dan 2 orang responden menanda ‘kurang setuju’ bersamaan
6.7%.Kesimpulannya,kanak-kanak yang tidak mengambil pendidikan awal akan mengalami
kesukaran dalam pembelajaran kelak.Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak
didedahkan dengan pelajaran yang asas serta tidak faham asas belajar.Jika mereka dibiarkan
berlarutan,mereka tidak akan dapat memahami seterusnya akan ketinggalan pelajaran.
25

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini telah mengumpulkan data bagi memenuhi objektif kajian.Bahagian ini akan
merumuskan dapatan kajian.Jumlah keseluruhan responden yang terlibat di dalam kajian
yang dilakukan oleh pengkaji tentang pendidikan awal kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan
Jalan Bahagia,Temerloh,Pahang adalah seramai 30 orang.Pengkaji mendapati bahawa jumlah
responden lelaki adalah 12 orang manakala responden perempuan seramai 18 orang di dalam
kajian ini.Dalam kajian ini,pengkaji telah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
pra-sekolah SK Jalan Bahagia.

Melalui soal kaji selidik ini,pengkaji dapat mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
pra-sekolah .Berdasarkan kajian yang dilakukan,antara aktiviti yang dilakukan ialah aktiviti
penceritaan dan pendekatan projek.Namun begitu,aktiviti yang lain seperti melukis serta hari
sukan juga dilakukan saban hari.

Berdasarkan objektif yang kedua iaitu kepentingan pendidikan awal terhadap perkembangan
kanak-kanak di pra-sekolah SK Jalan Bahagia,Temerloh,Pahang.Pengkaji dapat mengkaji
kepentingan yang utama iaitu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang ramai dan sifat
ingin tahu sambil belajar.Ternyata kepentingan tersebut adalah benar kerana responden dapat
melihat kesan ke atas sebahagian anak-anak mereka yang belajar di pra-sekolah.

Selain itu,pengkaji juga dapat mengkaji kesan pengabaian pendidikan awal kanak-kanak
dalam kalangan ibu bapa.Kesan pengabaian pendidikan awal kanak-kanak yang utama ialah
kurang matang.Kebanyakan responden memilih kurang matang bagi kesan pengabaian
pendidikan awal kanak-kanak.

Kesimpulannya,pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam membantu proses


tumbesaran mereka.Tanpa didikan awal yang bagus,kanak-kanak akan belajar dengan lambat
26

dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan karakter yang baharu.Ibu bapa perlu bertegas
dalam hal ini dan menghantar mereka ke pusat pendidikan yang telah ditetapkan.

7.0 RUJUKAN

7.1)https://www.academia.edu

7.2)moe.gov.my

7.3)https://awal.my>Pendidikan

7.4)www.ipbl.edu.my

7.5)slideshare.net/mobile/syidanazir

7.6)https://www.bharian.com.my

7.7)pdttemerloh.pahang.gov.my

7.8)www.myhealth.gov.my

7.9)anak2u.com.my

7.10)https://www.google.com/maps/@3.4495781,102.4095732,18z
27

8.0 LAMPIRAN

Rajah 1:Antara aktiviti yang dilakukan di pra-sekolah SK Jalan Bahagia


28

Rajah 2:Aktiviti mewarna juga dilakukan ketika sesi pembelajaran dan pengajaran.
BIL PERKARA HALAMAN

1 Penghargaan 2

2 Pengenalan 3-4

3 Objektif kajian 5

4 Lokasi kajian 6-7

5 Metodologi kajian 8-11

6 Dapatan kajian 11-24

7 Rumusan dan Kesimpulan 25

8 Rujukan 26

9 Lampiran 27
29

You might also like