You are on page 1of 130

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN

PENCAPAIAN BAHASA MALAYSIA DALAM KALANGAN PELAJAR


TINGKATAN EMPAT

ABD. RAHMAN BIN HJ. ISMAIL

LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI


SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU)

FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM
2009

ii

PENGAKUAN

Saya mengaku laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

16. 3 . 2 0 0 9

A B D R A H M A N BIN HJ ISMAIL
M20071000111

iii

PENGHARGAAN
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.Saya bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah
kurnianya kertas laporan projek penyelidikan ini telah dapat disempumakan dengan
jayanya.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ueapan terima kasih kepada
tuan penyelia projek Dr. Seri Lanang Jaya bin Hj. Rohani kerana sudi menerima
pelawaan saya untuk menjadi penyelia. Banyak teguran, nasihat dan tunjuk ajar yang
telah beliau berikan sepanjang tempoh saya menjayakan laporan penyelidikan projek ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Profesor Abdul
Hamid Mahmood, Tn. Hj. Idris bin Radzi (Fakulti Bahasa) kerana sudi mencurahkan
ilmu berkaitan bahasa Melayu. Terima kasih juga saya rakamkan buat Profesor Emeritus
Dato' Dr. Isahak Haron dan PM Dr. Latiff bin Abdul Ghafiir kerana mengajarkan saya
mengenai SPSS. Tidak dilupakan semua pihak di Bangunan Pasca Siswazah, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim yang telah memberikan saya peluang untuk
belajar selama tempoh pengajian(2007-2009).
Penghargaan teristimewa buat isteri, Latipah bt Meor Nek dan anak-anak tersayang,
Muhammad Fatihah Syafiq, Muhammad Umar Hakim, Amirah Hasanah dan Muhammad
Irfan Danish. Dorongan, sokongan dan kesabaran mereka menambahkan keyakinan saya
untuk terus belajar. Selain itu, saya berharap usaha ini akan mendorong mereka untuk
terus belajar dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran mereka.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan kuliah dan rakan-rakan guru yang
membantu saya menjalankan kajian ini di sekolah mereka. Dengan bantuan mereka, tuan
pengetua dan barisan pengurus sekolah telah memberi saya peluang untuk mentadbir
soal selidik untuk para pelajar Tingkatan Empat di sebelas buah sekolah yang berkenaan.
Akhirulkalam, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam kajian ini khususnya para responden kajian seramai
330 orang. Kerjasama dan kesabaran mereka menjawab soal selidik amat dipuji dan saya
kagumi.
Sebagai tanda terima kasih dan mengenang jasa mereka semua, saya ungkapkannya
dalam serangkap pantun.
Tukang besi orang Andalas,
Tukang jamu orang bupati,
Terhutang budi berat digalas,
Terhutang ilmu dibawa ke mati.
Wassalamulaikum

IV

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN


PENCAPAIAN BAHASA MALAYSIA DAL AM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di sebelas
buah sekolah menengah di Perak Selangor dan Wilayah Persekutuan iaitu SMK
Dato'Abdul Rahman Yaakub, Bota, Perak, Sekolah Sains Sukan Bukit Jalil, Kuala
Lumpur, SMK Layang-layang Kiri, Park, Perak, SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala
Kangsar, Perak, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, SM Teknik Ipoh, Perak, SM Sains
Kuala Selangor, Selangor, SMK Ambrose, Ayer Tawar, Perak, SMKA Sultan Azlan
Shah, Bota, Perak, SMKA Raja Nazrin Shah, Kg Gajah, Perak dan MRSM Pasir Salak,
Perak; yang kemudiannya dikategorikan kepada tujuli jenis buah sekolah menengah iaitu
Sekolah Menengah Harian, Sekolah Rancangan Khas, Sekolah Berasrama Penuh,
Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Sains Sukan dan
MRSM. Seramai 164 orang pelajar lelaki dan 166 orang pelajar perempauan telah
dijadikan responden kajian ini. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan
dengan menggunakan soal selidik skala empat mata. Data diproses dengan menggunakan
SPSS Windows Versi 11.0. Data dianalisis dengan pendekatan statistik deskriptif dan
inferensi kolerasi Pearson Chi Square dan korelasi Pearson. Kebolehpercayaan soal
selidik ialah 0.8511 Alpha Cronbach. Kajian ini mendapati stimulus fizikal merupakan
stimulus gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang paling dominan. Kemahiran belajar
didapati diamalkan oleh para pelajar. Hubungan gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia didapati signifikan dan berasaskan kekuatan
hubungan yang lemah ( r =-0.150, p<0.006). Hubungan yang dikaji mengikut faktor
berlainan jantina, didapati pelajar lelaki lebih signifikan (p<0.0010)berbanding pelajar
perempuan, mengikut faktor ras didapati kaum Melayu lebih signifikan (p<0.003)
berbanding kaum India dan Cina, mengikut rakan sebaya didapati cara berkumpulan lebih
signifikan (p<0.042) berbanding cara sendirian dan mengikut jenis sekolah pula sekolah
menengah agama (pO.OOO) dan sekolah berasrama penuh (p<0.025) didapati signifikan
berbanding jenis sekolah yang lain. Hubungan gaya pembelajaran mengikut tempat
tinggal luar bandar sahaja yang signifikan, tidak di bandar, berbeza dengan hubungan
antara kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia mengikut faktor sosio
ekonomi dan tempat tinggal didapati tidak signifikan. Beberapa cadangan juga diutarakan
kepada pihak pelajar, ibu bapa, guru dan pentadbiran sekolah, serta pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia. Cadangan kajian lanjutan juga disediakan dalam kajian ini.

THE RELATIONSfflP OF LEARNING STYLES, STUDY SKILLS AND BAHASA


MALAYSIA ACHIEVEMENT AMONG FORM FOUR STUDENTS.

ABSTRACT
The purpose of this research is to study about the relationship of learning styles, study
skills and Bahasa Malaysia achievement among form four students in eleven secondary
schools in Perak, Selangor and Federal Teritory .The schools are SMK Dato'Abdul
Rahman Yaakub, Bota, Perak, Sekolah Sains Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, SMK
Layang-layang Kiri, Parit, Perak, SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar, Perak,
Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, SM Teknik Ipoh, Perak, SM Sains Kuala Selangor,
Selangor, SMK Ambrose, Ayer Tawar, Perak, SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak,
SMKA Raja Nazrin Shah, Kg Gajah, Perak and MRSM Pasir Salak, Perak; then
categorize them into seven different types of school that is Sekolah Menengah Harian,
Sekolah Rancangan Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik,
Sekolah Menengah Agama, Sekolah Sains Sukan and MRSM. The respondents
comprised of 164 male and 164 female students. The study employed survey method with
a set of questionaire measuring on learning styles, study skills and bahasa Malaysia
achievement among form four student's. The data are process by using SPSS Windows
Version 11.0. To analyse the data, descriptive statistic, Pearson Correlation and Pearson
Chi Square were applied. The Cronbach Alpha coefficient for the instrument is 0.8511.
The physical stimulus is the dominant stimulus among the Dunn and Dunn learning
styles. The study skills are practiced by the students. The relationship between learning
styles and study skills with Bahasa Malaysia achievement is significant but at the lowest
level (r = -0.150, p<0.006). The significant relationship between learning styles and study
skills by gender factor, the result stated that the male students is significant
(p<0.0010),compared to the female student's, by ethnics factor, the Malay's are
significant (p<0.003) not the Indians nor the Chineses, by group, the group study are
significant (p<0.042) compared to individual study and by types of school, the Sekolah
Menengah Agama (p<0.000) dan Sekolah Berasrama Penuh (p<0.025) are significant.
The learning styles is relationship with rural area is significant not the urban area.
However the relationship between study skills with Bahasa Malaysia achievement are not
significant for sosio economy and area factor. A few suggestion to the students, parents,
teachers and school administration and the Ministry Of Education is recommended.
Extras research is recommended too in this study.

MUKA SURAT
1.7.4

Pelaj

ar

Tingkatan

Kesimpulan Bab

Empat

14
15

TINJAUAN LITERATUR

Pengenalan

16

Model Kajian

17

2.2.1

Model Dunn dan Dunn

17

2.2.1.1

Stimulus Persekitaran

18

2.2.1.2

Stimulus Emosi

19

2.2.1.3

Stimulus Sosiologi

19

2.2.1.4

Stimulus Fizikal

20

2.2.1.5

Stimulus Psikologi

20

2.2.2

Gaya Pembelajaran VAK

21

2.2.2.1

Visual

21

2.2.2.2

Audio

21

2.2.2.3

Kinestetik

22

2.2.2.4

Kecekatan Tangan

22

2.2.2.5

Kumpulan

22

2.2.2.6

Sendirian

22

Kemahiran Belajar

23

2.3.1 Kemahiran Mendengar

23

viii
MUKA SURAT
2.3.2 Kemahiran Membaea

23

2.3.3 Kemahiran Mencatat Nota

24

2.3.4 Kemahiran Menulis Cepat

24

2.3.5 Kemahiran Membuat Rujukan

25

2.3.6 Kemahiran Mengurus Masa

25

2.3.7 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan

25

2.4

Model Konseptual

26

2.5

Kajian Lepas Dalam Negara

27

2.6

Kajian Lepas Luar Negara

31

2.7

Kesimpulan Bab

34

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Reka

Bentuk

Kaj

3.2

Lokasi

3.3

Populasi dan Sampel Kajian

36

3.4

Instrumen Kajian

37

3.5

Batasan Kajian

38

3.6

Kajian Rintis

39

3.7

Analisis Data

39

3.8

Kesimpulan Bab

40

Kaj

ian
ian

35
36

MUKA SURAT
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pendahuluan

41

4.2

Dapatan Kebolehpercayaan Soalselidik

42

43

Senarai dan Gred Sekolah

42

4.4

Jenis Sekolah

43

4.5

Taburan Responden Mengikut Jantina

43

4.6

Taburan Responden Mengikut Sosioekonomi

44

4.7

Taburan Responden Mengikut Ras

45

4.8

Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal

45

4.9

Taburan Gaya Pembelajaran Rakan Sebaya

46

4.10

Keputusan Penilaian Menengah Rendah 2008

46

4.11

Analisis Soalan Kajian 1:


Antara stimulus persekitaran,emosi, sosiologi, psikologi
dan fizikal yang mana satu paling dominan?

47

4.12

Analisis Soalan Kajian 2:


Sejauh manakah Amalan Kemahiran Belajar Dipraktikkan
Di Sekolah-Sekolah Oleh Pelajar Di Tingkatan Empat?

51

4.13

Analisis Soalan Kajian 3:


Sejauh manakah gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
yang diamalkan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Empat
mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian
Bahasa Malaysia?

52

4.14

Analisis Soalan Kajian 4:


Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang sigmfikan
di antara gaya pembelajaran, kemahiran belajar dengan
pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
berlainan jantina di Tingkatan Empat?

53

MUKA SURAT
4.15

Analisis Soalan Kajian 5


Sejanh manakah terdapatnya hubimgan yang signifikan di
antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan
pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
berbeza sosioekonomi?

54

4.16

Analisis Soalan Kajian 6


Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan
di antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan
pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
berlainan ras/kaum?

55

4.17

Analisis Soalan Kajian 7


Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan
di antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan
pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
mengikut tempat tinggal?

57

4.18

Analisis Soalan Kajian 8


Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan
di antara gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan
pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
mengikut rakan sebaya?

58

4.19

Analisis Soalan Kajian 9


Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan
di antara gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan
pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
mengikut jenis sekolah?

59

4.20

Kesimpulan Bab

62

BAB 5.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1

Pendahuluan

63

5.2

Kebolehpercayaan Soal Selidik

63

5.3

Latar Belakang Responden Kajian

64

xi

MUKA SURAT
5.4

Perbincangan Soalan Kajian 1

65

5.5

Perbincangan Soalan Kajian 2

67

5.6

Perbincangan Soalan Kajian 3

68

5.7

Perbincangan Soalan Kajian 4

69

5.8

Perbincangan Soalan Kajian 5

70

5.9

Perbincangan Soalan Kajian 6

71

5.10

Perbincangan Soalan Kajian 7

72

5.11

Perbincangan Soalan Kajian 8

73

5.12

Perbincangan

5.13

Rumusan Kajian

74

5.13.1 Penentuan Stimulus Paling Dominan

75

5.13.2 Amalan Kemahiran Belajar

75

5.13.3 Hubungan Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar


Dengan Pencapaian Bahasa Malaysia

76

5.13.4 Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Dengan


Pencapaian Bahasa Malaysia Mengikut Faktor

76

5.14

Soalan

Kaj

ian

73

5.13.4.1 Faktor Jantina

76

5.13.4.2 Faktor Sosioekonomi

77

5.13.4.3 Faktor Ras/Kaum

77

5.13.4.4 Faktor Tempat Tinggal

77

5.13.4.5 Faktor Rakan Sebaya

78

5.13.4.6 Faktor Jenis Sekolah

78

Cadangan Kajian

78

xii

MUKA SURAT

5.15

Cadangan Kajian Lanjutan

79

5.16

Kesimpulan Bab

80

RUJUKAN

82

LAMPIRAN
A

Soal selidik

Keputusan Kajian SPSS Versi 11.0

xiii
SENARAI RAJAH
MUKA SURAT
Rajah
1

Model Dunn dan Dunn (1978)

18

Model Konseptual Hubungan Gaya Pembelajaran dan


Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa Melayu
Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

26

xiv
SENARAI JADUAL
MUKA SURAT
Jadual 3.4.1

Skala Empat Mata

38

Jadual 4.2

Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Item Soalan

42

Jadual 4.3

Senarai dan Gred Sekolah

42

Jadual 4.4

Jenis Sekolah

43

Jadual 4.5

Taburan Responden Mengikut Jantina

44

Jadual 4.6

Taburan Responden Mengikut Tahap Sosio ekonomi

44

Jadual 4.7

Taburan Responden Mengikut Ras/Kaum

45

Jadual 4.8

Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal

45

Jadual 4.9

Taburan Gaya Pembelajaran Mengikut Rakan Sebaya

46

Jadual 4.10

Keputusan Bahasa Malaysia PMR 2008

46

Jadual 4.11.1 Frekuensi Gaya Pembelajaran Pelajar

47

Jadual 4.11.2 Stimulus Paling Dorninan

49

Jadual 4.11.3 Analisis Kekuatan Hubungan Antara Stimulus


Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Bahasa
Malaysia

50

Jadual 4.12

Amalan Kemahiran Belajar Dipraktikkan Di


Sekolah-Sekolah Oleh Pelajar Di Tingkatan Empat

51

Jadual 4.13

Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dan


Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa
Malaysia

52

Jadual 4.14.1 Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan


Pencapaian Bahasa Malaysia Dalam Kalangan Pelajar
Mengikut Jantina

53

Jadual 4.14.2 Analisis Hubungan Antara Kemahiran Belajar Dengan


Pencapaian Bahasa Malaysia Mengikut Jantina

53

XV

SENARAI JADUAL
MUKA SURAT
Jadual 4.15.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran
dengan pencapaian Bahasa Malaysia mengikut faktor
sosio ekonomi

54

Jadual 4.15.2 Analisis hubungan antara kemahiran belajar dengan


pencapaian Bahasa Malaysia mengikut faktor sosio
ekonomi

55

Jadual 4.16.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran


dengan pencapaian Bahasa Malaysia mengikut faktor
ras.

55

Jadual 4.16.2 Analisis hubungan antara kemahiran belajar dengan


pencapaian Bahasa Malaysia mengikut faktor ras

56

Jadual 4.17.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran


dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor
tempat tinggal

57

Jadual 4.17.2 Analisis hubungan antara kemahiran belajar dengan


pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor tempat
tinggal

57

Jadual 4.18.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran


dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor
rakan sebaya

58

Jadual 4.18.2 Analisis hubungan antara kemahiran belajar dengan


pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor rakan
sebaya

59

Jadual 4.19.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran


dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor
jenis sekolah

59

Jadual 4.19.2 Analisis kekuatan hubungan antara kemahiran belajar


dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor
jenis sekolah.

61

xvi

SENARAI KATA SINGKATAN


SINGKATAN

MUKASURA

1.

PMR

Penilaian Menengah Rendah

2.

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia

3.

VAK

Visual, Audio, Kinestetik

4.

STPM

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

5.

SMH

Sekolah Menengah Harian

6.

SMA

Sekolah Menengah Agama

7.

SMT

Sekolah Menengah Teknik

8.

SSS

Sekolah Menengah Sains Sukan

9.

MRSM

Maktab Rendah Sains Mara

10.

SBP

Sekolah Berasrama Penuh

11.

PPSMI

Pengajaran dan pembelajaran Sains


dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

12

SQ3R

Survey-Question-Read-Recite-Review

23

13

KWLH

Know-Want-Learned-How

24

14

CITE

The Centre for Innovative Teaching


Experience

27

15.

GRSLSS

Grasha- Riechmann Student Learning


Style Scales

31

16.

ILP

Inventory

32

17.

AoEII

Age of Empires II: The Age of Kings 32

18.

SPSS

Statistical Packages for Social Science

of

Learning

Process

39

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Gaya pembelajaran antara pelajar adalah berbeza-beza dan mengikut kecenderungan
masing-masing. Ada yang suka belajar bersendirian kerana mampu memperoleh
pengetahuan dengan gaya berkenaan, sedangkan sekumpulan pelajar yang lain lebih
berminat belajar dalam kumpulan. Selain itu, terdapat pelajar yang memerlukan
bimbingan guru. Pelajar sebenarnya mementingkan hasil daripada pembelajaran yang
telah dilalui oleh mereka. Pada akhir sesuatu pembelajaran, mereka berharap dapat
menggunakan pengetahuan itu untuk berjaya dalam sesuatu peperiksaan seperti dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).

2
1.2 Latar Belakang Kajian
Berdasarkan beberapa dapatan kajian luar negara, para pelajar yang memahami gaya
pembelajaran

masing-masing

dikatakan

lebih

berjaya

mencapai

matlamat

pembelajaran. Sesetengah pengkaji percaya apabila seseorang individu mengetahui cara


belajar yang sesuai dengan dirinya, maka hasil pembelajarannya lebih berdaya tahan
dan berjaya. Kajian-kajian yang telah dijalankan di negara-negara yang mengamalkan
sistem pembelajaran sepanjang hayat, seperti Amerika Syarikat telah terbukti berjaya
melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja pintar dalam bidang akademik tetapi
berjaya di alam pekerjaan dan dalam kehidupan sehari-harian. Mereka mampu berdaya
saing. Pendidikan di negara ini amat mementing kemahiran belajar. Pelajar diajar
kemahiran seperti membaca cepat, pengucapan awam dan sebagainya secara formal.
Hal sedemikian tidak berlaku di England. Di negara ini, mereka masih mengamalkan
sistem peperiksaan. Oleh itu, ramai pelajar mengatakan mereka gagal sebagai seorang
pelajar. Mereka hanya ada daya ingatan tetapi tidak pandai belajar. Mereka yang gagal
mengatakan mereka kurang kemahiran belajar dan gagal dalam peperiksaan (Ab.
Rahim Selamat, 1989).
Kejayaan sistem pembelajaran sepanjang hayat di Amerika Syarikat itu telah
menarik perhatian ramai pengkaji untuk menjalankan kajian, misalnya mengkaji gaya
pembelajaran dan

kemahiran belajar. Antara pengkaji-pengkaji gaya pembelajaran

yang tersohor ialah Dunn dan Dunn, Kolb, Myer-Briggs, dan Keefe. Dalam kalangan
pengkaji kemahiran belajar pula ialah Gall, Segal dan Smith. Hasil daripada dapatan
kajian yang telah dijalankan maka beberapa model gaya pembelajaran, seperti model
gaya pembelajaran Dunn dan Dunn, model gaya VAK, model gaya pembelajaran

3
Poligon dan sebagainya telah dijadikan panduan oleh pengkaji-pengkaji yang
terkemudian.
Dalam Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan yang
diadakan di Puteri Pan-Pacific, Johor Bahru bertarikh 19 hingga 21 Oktober 2003,
beberapa orang pengkaji tempatan. dari Universiti Teknologi Malaysia, Johor telah
membentangkan kertas kerja tentang hubungan gay a pembelajaran dengan pencapaian
akademik. Kertas kerja oleh Azizi Hj. Yahya, Shareeza Abdul Karim, Noordin Yahya
(2003) telah membuka minda banyak pihak supaya tindakan memperkasakan sistem
pendidikan di Malaysia diambil kira. Dalam satu lagi seminar, iaitu Seminar Mengajar
dan Belajar Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai Tambah yang diadakan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris pada tanggal 28 Julai 2007, beberapa buah kertas kerja
mengenai kemahiran

belajar cara belajar

telah dibentangkan.

Seminar

itu,

mengingatkan tentang keperluan gaya pembelajaran kepada para pelajar untuk berjaya
dalam alam kehidupan dan peperiksaan (Abdul Hamid Mahmood, 2007).
Hal yang sama juga dilakukan untuk mengkaji kemahiran belajar. Banyak reka
bentuk soal selidik

yang telah diinovasi dan digunakan untuk menguji keberkesanan

kemahiran belajar. Kejayaan-kejayaan pelajar telah terbukti mempunyai kaitan dengan


kemahiran belajar yang dipraktikkan di sekolah atau oleh seseorang individu. Pengkaji
kemahiran belajar seperti Gall (1990) dan Segal (1985) melaporkan kemahiran belajar
disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan
pencapaian pelajar dalam peperiksaan.
Kemahiran belajar boleh diajar. Cara pelajar bijak belajar boleh dipindahkan
kepada pelajar yang rendah kemampuan. Apa yang diperlukan ialah cara memindahkan
kemahiran belajar itu perlu berterusan dan betul (Segal, 1985).

4
Beberapa laporan penyelidikan lain pula telah menunjukkan gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar telah membantu pelajar meningkatkan prestasi mereka dalam
peperiksaan. Laporan kajian yang menghubungkan gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar telah membuktikan bahawa gaya pembelajaran dan kemahiran berfikir
mempunyai hubungan yang kukuh untuk meningkatkan pencapaian pelajar kolej dalam
peperiksaan (Francisco Cano-Garcia, 2000).
Laporan-laporan dan dapatan kajian tentang keberkesanan gaya pembelajaran
dan kemahiran belajar dalam sistem pembelajaran sepanjang hayat di Amerika Syarikat
itu telah menarik perhatian

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), menegaskan


kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan
serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Sehubungan dengan
gaya pembelajaran yang berbeza-beza dalam kalangan pelajar maka mereka perlu
mengetahui, menguasai dan mengamal kemahiran belajar. Cara belajar tradisional
sudah tidak relevan lagi dengan tuntutan dunia tanpa sempadan. Konsep belajar era
milinium memberi tumpuan kepada pelajar dan pembelajaran, sementara peranan guru
hanya sebagai pemudah cara pembelajaran.
Di Malaysia, sistem pendidikan didapati masih dihantui oleh sistem
peperiksaan dan pengajaran berpusatkan guru. Dengan demikian, pencapaian pelajar di
dalam mata pelajaran bahasa Malaysia diukur melalui pelbagai bentuk pengujian dan
penilaian. Peperiksaan telah dijadikan terminal bagi mengasingkan tahap pencapaian
pelajar (Omar Hisham, 2007). Prestasi ini pula dikaitkan dengan gaya pembelajaran
seseorang pelajar yang berbeza-beza. Di Malaysia terdapat beberapa jenis peperiksaan
peringkat kebangsaan. Di sekolah menengah terdapat Penilaian Menengah Rendah

5
(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM). Dalam kajian ini, pengkaji akan membincangkan mengenai Penilaian
Menengah Rendah yang menyediakan dua buah kertas iaitu, Kertas 1 dan Kertas 2
sebagai elemen pengukuran peneapaian bahasa Malaysia. Kertas 1 mengandungi 40
soalan objektif dengan pembahagian seperti sistem bahasa, peribahasa (30 buah item
soalan) dan 2 buah petikan yang diikuti oleh 10 buah item soalan pemahaman. Kertas
2 pula mengandungi empat bahagian A, B, C dan D. Bahagian A, calon diminta
membuat ringkasan dan menjawab soalan pemahaman berdasarkan sebuah petikan
yang diberi; Bahagian B, calon akan mengarang sebuah karangan berdasarkan
rangsangan bergambar; Bahagian C, calon diminta mengarang sebuah karangan bebas
dan bahagian D, calon perlu membincangkan satu kajian sebuah novel yang telah
dikaji.
Sebagai kesimpulan, di negara-negara maju, gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar didapati mempunyai pengaruh yang kuat bagi meningkatkan peneapaian pelajar
dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar di Amerika Syarikat, didedahkan kepada gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar secara formal di sekolah-sekolah hingga ke
peringkat kolej dan universiti. Matlamat pengajaran dan pembelajaran di sana ialah
pembelajaran sepanjang hayat berbanding di negara kita yang masih dibelenggu,
"exam-oriented?. Perbezaan antara pelajar yang wujud, adalah satu lumrah bagi
manusia dan berkait rapat dengan faktor-faktor seperti emosi dan persekitaran. Di
Amerika Syarikat, aspek seperti persekitaran, emosi dan sebagainya diambil kira dalam
persediaan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang sudahpun mengetahui gaya
pembelajaran dan tahap kemahiran belajar masing-masing akan lebih mudah belajar
dan memperoleh keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan.

6
1.3 Penyataan Masalah Kajian
Di dalam negara, beberapa buah kajian mengenai gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar sedang giat dijalankan. Antaranya, Baharin Abu (2007) dengan kajian bertajuk
'Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dan Azizi Yahya (2003)
yang bertajuk 'Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar
Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Teknik'. Baharin Abu telah menggunakan
pelajar di Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia sebagai sampel kajian,
telah menggunakan model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn dan juga kemahiran
belajar dalam kajiannya itu. Baharin Abu telah menyarankan beberapa kajian lanjutan
untuk dijalankan oleh pengkaji lain yang berminat Cadangan lanjutan berkenaan
seperti berikut:
i)

Melihat perbezaan pelajar yang telah didedahkan kepada pengetahuan gaya


pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pelajar sebaliknya,

ii)

Pelajar lain, selain pelajar fakulti kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia.


Contohnya, pelajar di sekolah menengah.

iii)

Mencari bentuk hubungan antara gaya pembelajaran dan tahap kemahiran


belajar dengan faktor jantina, prestasi akademik, dan sebagainya.
Sementara itu, Azizi Yahya (2003) telah menggunakan gaya pembelajaran

Honey and Mumford (1992) dan menyarankan beberapa kajian lanjutan seperti berikut:
i)

Kajian dijalankan di sekolah selain sekolah menengah teknik,

ii)

Kajian dijalankan bagi melihat iklim dan budaya sekolah,

iii)

Melibatkan faktor seperti agama ,ras, sosio ekonomi dan sebagainya,

iv)

Melihat perbezaan antara pelajar lemah dan cemerlang.

7
Kajian ini pula menggunakan seramai 164 orang pelajar lelaki dan 166 orang pelajar
Tmgkatan Empat sebagai sampel kajian yang kebanyakannya telah pun terdedah
dengan gaya pembelajaxan dan kemahiran belajar di sekolah-sekolah, memilih
berbagai kategori/jenis dan gred sekolah untuk mendapatkan sampel kajian seperti
Sekolah Menengah Harian (SMH), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah
Menengah Rancangan Khas (SMRK) dan Sekolah Menengah Sains Sukan (SMSS),
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di samping memberi fokus kepada
pencapaian mata pelajaran Bahasa Malaysia Penilaian Menengah Rendah 2008, maka
pemasalahan dalam kajian ini dinyatakan seperti berikut:
i)

Setakat manakah kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran dan kemahiran


belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia pelajar di tujuh jenis sekolah yang
dikaji ?

ii)

Adakah stimulus emosi dan psikologi merupakan stimulus yang paling


dominan dalam kajian ini?

iii)

Adakah pelajar setuju kemahiran belajar membantu mereka dalam pencapaian


bahasa Malaysia Penilaian Menengah Rendah 2008?

iv)

Adakah hubungan gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan pencapaian


bahasa Malaysia dipengaruhi faktor jantina, ras/kaum? status sosioekonomi,
tempat tinggal, kumpulan rakan sebaya dan mengikut faktor jenis sekolah
berbanding kajian lepas?

Y)

Adakah pencapaian bahasa Malaysia tergugat kesan daripada dasar pengajaran


dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
mulai tahun 2003 yang lalu?

8
vi)

Adakah periu untuk menaik taraf sekolah-sekolah harian sama seperti Sekolah
Berasrama Penuh oleh pihak kerajaan dari aspek kemudahan belajar, iklim,
persekitaran dan budaya belajar di sekolah ?

1.4 Tujuan Kajian


Kajian ini bertujuan untuk:
i)

Mengenal pasti antara lima stimulus gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang
paling dominan.

ii)

Mengetahui mengenai amalan kemahiran belajar yang dipraktikkan di


sekolah-sekolah.

iii)

Mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran (gabungan Dunn dan VAK)


dan kemahiran belajar dengan pencapaian mereka dalam Bahasa Malaysia
Penilaian Menengah Rendah tahun 2008.

iv)

Mengenal pasti gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan


oleh pelajar berlainan jantina, ras, berbeza status sosioekonomi, mengikut
jenis tempat tinggal mengikut kumpulan rakan sebaya dan mengikut jenis
sekolah.

1.5 Persoalan Kajian


1.

Di antara stimulus persekitaran, emosi, sosiologi, psikologi dan fizikal, yang


mana satu paling dominan?

2.

Sejauh manakah amalan kemahiran belajar dipraktikkan di sekolah-sekolah


oleh pelajar di Tingkatan Empat?

9
3.

Sejauh manakah gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan


oleh pelajar-pelajar Tingkatan Empat mempunyai hubimgan yang signifikan
dengan pencapaian Bahasa Malaysia?

4.

Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran,


kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
berlainan jantina di Tingkatan Empat?

5.

Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran,


kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
berbeza sosioekonomi?

6.

Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran


kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
berlainan ras/kaum?

7.

Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran


kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
mengikut tempat tinggal?

8.

Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran,


kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
mengikut rakan sebaya?

9.

Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran,


kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
mengikut jenis sekolah?

10
1.6 SignifikanKajian
Dapatan kajian ini, penyelidik berharap dapat,
i)

Memberi faedah kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Malaysia di sekolah agar lebih bermakna.

ii)

Memantap dan menyuburkan budaya gaya pembelajaran dan kemahiran


belajar

supaya

pelajar-pelajar

dapat

mengelola

kualiti

persekitaran

pembelajaran masing-masing.
iii)

Mengenal pasti gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dalam kalangan


pelajar berlainan jantina supaya jurang perbezaan prestasi tidak terlalu ketara.

iv)

Memberi maklumat dan panduan kepada guru di sekolah, pihak pentadbiran


sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru supaya mengambil kira pencapaian
pelajar dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

v)

Guru Bahasa Malaysia akan menimbang semula gaya mengajar mereka agar
sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar.

vi)

Pihak

kaunselor

dan

guru

Bahasa

Malaysia

akan

melaksanakan

penambahbaikan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar secara proaktif


supaya lebih bermakna.

1.7

Definisi Istilah

1.7.1

Gaya Pembelajaran

Claxton dan Ralston (1978:12) dalam Evelyn C. Davis, Hafsah Nur dan Sophia A. A.
Ruru (1994) menjelaskan, setiap orang mempunyai gaya

pembelajaran masing-

masing yang melibatkan gaya visual, audio dan kinestetik. Gaya belajar ini
dinamakan gaya pembelajaran individu.

11

Keefe (1979), dalam Chandrama Acharya (2002), mendefinisikan gaya pembelajaran


sebagai

gabungan

ciri-ciri

beberapa

faktor

kognitif,

efektif

dan

psikologi yang menjadi indikator-indikator bagaimatia seseorang membuat persepsi


dan berinteraksi serta memberi respon dengan alam sekitarnya.
Kolb (1984), mentafsir gaya pembelajaran sebagai cara bagaimana pelajar
mengamati dan memproses sesuatu. Sebahagian daripada mereka memberi respon
atau mempelajari sesuatu dengan cara menggunakan deria dan perasaan (sensing and
feeling), manakala pelajar-pelajar yang lain belajar dengan cara berfikir.
Maulida Dina ( 2008 ), menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan
suatu kombinasi menyerap, mengatur dan mengolah informasi. Gaya pembelajaran
bukan hanya berupa aspek ketika menghadapi informasi, melihat, mendengar,
menulis dan berkata tetapi juga aspek pemprosesan informasi berurutan, analitik,
global dan otak kiri- otak kanan. Aspek lain gaya pembelajaran adalah ketika
merespon sesuatu atas lingkungan belajar yang diserap secara abstrak dan konkrit.
Grasha (1996) dalam Diaz, D. P., dan Cartnal, R. B. (1999), mendefinisikan
gaya pembelajaran sebagai keupayaan diri pelajar yang menggalakkan kebolehannya
untuk memperoleh maklumat, dapat berinteraksi dengan rakan sebaya dan guru, dan
mengambil bahagian dalam pengalaman belajar.
Jonathan Clenton (1999), mencadangkan definisi gaya pembelajaran sebagai
cara bagaimana seseorang itu memberi respon dan terangsang secara konsisten
dalam konteks pembelajaran (Claxton dan Ralston, 1987).
DeBello, T.C. (1990) menyimpulkan,

gaya pembelajaran lebih tepat

didefinisikan sebagai cara pelajar menerima, memproses dan menyimpan maklumat

12
hasil daripada pengalaman belajar dan respon terhadap alam sekitar. Pelajar telah pun
mengenal pasti cara pembelajaran yang sesuai dengan dirinya.
Ada pengkaji yang mengaitkan definisi gaya pembelajaran dengan unsur
kognitif, gaya pemprosesan dan berfikir pelajar. Gaya pembelajaran sebegini
dikatakan sebagai satu corak intrinsik untuk memproses informasi yang mewakili
kaedah tertentu bagi seseorang pelajar itu membuat persepsi, berfikir, mengingat
kembali dan menyelesaikan masalah. Frank Coffield et al. (2004) menyimpulkan,
kelojikan pembelajaran sepanjang hayat mencadangkan setiap pelajar akan lebih
bermotivasi dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan gaya pembelajaran mereka
sendiri.
Kesimpulannya, gaya pembelajaran ialah satu tindakan yang dilakukan oleh
seseorang pelajar berdasarkan

kecenderungannya semasa melalui pengalaman

belajar. Pelajar akan membuat persepsi dan respon terhadap pembelajarannya


menerusi gaya pembelajaran yang dipilih, paling sesuai dan diminatinya. Pelajar akan
menggabungkan beberapa faktor seperti emosi, kognitif, efektif dan psikologi bagi
menerima, memproses dan menyimpan maklumat dan akhirnya digunakan untuk
menyelesaikan masalah. Pelajar juga turut menggunakan persepsi indera,

seperti

mendengar, membaca, menulis dan sebagainya Sesetengah pelajar lebih berminat


untuk belajar dengan rakan sebaya, bergerak, makan dan minum semasa belajar,
sukakan motivasi, merefleksi diri dan bertanggung jawab terhadap kejayaan sama ada
masalah itu diselesaikan oleh mereka sendiri atau dengan meminta bantuan rakan,
guru, orang dewasa dan seumpamanya.

13
1.7.2

Kemahiran Belajar

Smith (1976), mentakrifkan kemahiran belajar sebagai belajar cara belajar oleh
seseorang untuk digunakan secara efektif dalam bermacam-macam situasi belajar.
Abdul Ghani Awang (1996), menyatakan kemahiran belajar merupakan
kaedah belajar, teknik belajar, strategi belajar dan motivasi belajar (Cloete dan
Schoer, 1986). Selain itu, kemahiran belajar ditakrif sebagai satu sikap dan tabiat
belajar atau oreintasi belajar para pelajar (Brown dan Holtzman, 1976).
Menurut Abdul Razak Habib (2002) dalam Md. Noor Saper et al. (2008),
kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan
strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran
tertentu.
Sabri Ahmad (2003:3), mendefinisikan kemahiran belajar sebagai prinsip,
teori umum dan kaedah tertentu yang dapat melipatgandakan keberkesanan belajar.
Kajian yang dilakukan di Kanada dan Amerika Syarikat mendapati bahawa antara
faktor yang membantu pelajar berjaya dalam pelajarannya ialah kemahiran belajar.
Yahya Othman (2003), kemahiran belajar bermaksud kemahiran seperti
kemahiran membaca, menulis nota dan kemahiran menduduki peperiksaan yang
dijangka mempengaruhi prestasi akademik dan cara belajar seseorang pelajar.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), mengaitkan kemahiran belajar
dengan kemahiran, seperti mendengar dengan berkesan, membaca laju, menulis dan
mencatat nota, mengingat membuat rujukan, pengurusan masa dan persediaan
menghadapi peperiksaan.
Dalam Kamus Wikipedia (2008), kemahiran belajar merupakan strategi dan
kaedah pembelajaran yang dirancang, biasanya memfokuskan kemahiran bacaan dan

14
penulisan. Kemahiran belajar yang berkesanan membantu pelajar mendapat gred yang
baik di sekolah, dan berguna kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan
pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran belajar berguna bagi membantu mereka
memilih karier pada masa depan.
Sebagai kesimpulan, kemahiran belajar ialah

tindakan memperoleh

pengetahuan dan keyakinan pada kebolehan yang ada pada diri sendiri. Keyakinan ini
berdasarkan pada kemahiran-kemahiran yang telah dirancang atau dipelajari terlebih
dahulu

kemahirannya.

Setelah

menguasai

kemahiran-kemahiran,

pelajar

mempelbagaikan gaya belajar dan mempelajari pelbagai pengetahuan, Dalam proses


menguasai pengetahuan melalui kemahiran belajar, pelajar akan terdedah kepada
faktor emosi, biologi, psikologi dan budaya.

1.7.3

Pencapaian Bahasa Malaysia

Menurut Azman Wan Chik (1981:18), kebanyakan ujian pencapaian adalah


merupakan ujian umum seperti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Peperiksaan ini
diadakan untuk menentukan penempatan pelajar dan adalah berasaskan kepada
sukatan pelajaran rasmi yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa. Dalam soal ini,
pencapaian Bahasa Malaysia adalah merujuk kepada keputusan mata pelajaran
Bahasa Malaysia Penilaian Menengah Rendah tahun 2008.

1.7.4 Pelajar Tingkatan Empat


Dalam soal ini, pelajar Tingkatan Empat ialah kumpulan pelajar yang berumur di
antara 15 hingga 16 tahun. Mereka telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah tahun 2008 dan memasuki tingkatan empat pada tahun 2009. Terdapat dalam

15
kalangan mereka yang mencapai keputusan cemerlang telah memasuki sekolah
kelolaan Kementerian Pelajaran atau sekolah seperti Maktab Rendah Sains Mara di
bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar.

1.8 Kesimpulan Bab


Gaya pembelajaran yang dipilih oleh pengkaji ialah model Dunn dan Dunn dan
Model VAK. Model Dunn dan Dunn dipilih oleh pengkaji untuk melihat gaya
pembelajaran pelajar dari aspek persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi.
Sungguhpun tidak banyak kajian yang mengaitkannya dengan Bahasa Malaysia,
berdasarkan hasil kajian yang pernah dibuat

oleh pengkaji luar negeri, gaya

pembelajaran didapati dipengaruhi oleh kelima-lima aspek yang terdapat dalam


model Dunn dan Dunn itu. Model VAK digunakan untuk mengenal pasti pelajarpelajar yang berada di dalam kumpulan visual, audio atau kinestetik. Sementara itu,
kemahiran belajar digunakan untuk melihat strategi yang diimplementasi oleh pelajar
bagi memperolehi pengetahuan dan maklumat. Seterusnya, hubungan gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian mata pelajaran Bahasa
Malaysia Penilaian Menengah Rendah akan dikaji. Pelajar di Tingkatan Empat dipilih
kerana kumpulan ini amat sesuai dijadikan sampel kajian ini. Mereka telah diajar
secara formal mengenai gaya pembelajaran dan kemahiran belajar di sekolah.
Sekolah-sekolah

menengah yang terpilih

pula merangkumi pelbagai kategori

sekolah seperti sekolah menengah harian dan sekolah berasrama penuh. Sehubungan
itu juga, pengkaji mengambil kira lokasi dan gred sekolah untuk mendapatkan
hubungan yang lebih jelas dan mantap dalam kajian ini.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan mengenai gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar oleh pengkaji-pengkaji luar negara dan dalam kalangan pengkajipengkaji tempatan. Dalam kalangan pengkaji luar negara, hasil dapatan mereka didapati
lebih mantap dan banyak tertumpu kepada gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
dari sudut psikologi dan bidang kaunseling. Malahan, terdapat dalam kalangan
penyelidik yang mengkolerasikannya dengan pencapaian di dalam mata pelajaran.
Teori-teori seperti teori motivasi, teori pembelajaran, teori bahasa, dan sepertinya
digunakan. Soal selidik belajar seperti Indikator Myer-Briggs, gaya pembelajaran Kolb,
gaya pembelajaran Dunn dan Dunn dan sebagainya, diketengahkan untuk dikaji oleh
pengkaji yang lain. Untuk memastikan perbmcangan mengenai gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar dilaksanakan secara tuntas, maka pengkaji telah membahagikan
tinjauan literatur ini kepada kajian oleh pengkaji luar negara dan kajian oleh pengkaji
tempatan. Di samping itu, diketengahkan model Dunn dan Dunn, Model VAK,
kemahiran belajar dan satu model konseptual pengkaji.

17

2.2 Model Kajian

2.2.1

Model Dunn dan Dunn

Kajian ini akan menggunakan model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978), dan
gaya pembelajaran VAK kerana dalam kajian rintis didapati model Dunn dan Dunn
memerlukan model VAK untuk mengukuhkan kekuatan setiap item soalan, khususnya
berkaitan audiovisual, taktual dan kinestetik (Frank Coffield, 2004).
Menurut model Dunn dan Dunn, gaya pembelajaran ialah kaedah seseorang
pelajar menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran
yang baru dan sukar. Model ini menekankan prinsip-prinsip berikut:
a) kebanyakan individu mampu dan boleh belajar,
b) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu,
c) gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
d) iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan
dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses
pembelajaran.
Model ini mengkategorikan gaya pembelajaran kepada stimulus persekitaran, emosi,
sosiologi, fizikal dan psikologi dan kelima-lima kategori ini mempengaruhi keupayaan
seseorang pelajar terhadap persekitaran pembelajarannya.

18
PERSEKITARAN BUNYI, CAHAYA, SUHU DAN REKA BENTUK

EMOSI

MOTIVASI, KECEKALAN, TANGGUNGJAWAB,


STRUKTUR

SOSIOLOGI

RAKAN SEBAYA, KENDIRI, BERPASANGAN,


DEWASA, PELBAGAI

FIZIKAL

PERSEPSIINDERA, MAKAN -MINUM, MASA,


MOBILITI

PSIKOLOGI

ANALITIK-GLOBAL, OTAK KIRI-KANAN,


IMPULSIF-REFLEKSI DIRI

Rajah 1: Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978)

2.2.1.1

Stimulus Persekitaran

Stimulus persekitaran mengandungi stimulus bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk.
Dunn dan Dunn (1978) menyatakan cahaya membeii kesan yang berbeza kepada
sesetengah individu. Ada pelajar yang sensitif dengan persekitaran cahaya. Mereka juga
mendapati persekitaran bunyi bergantung kepada seseorang individu belajar. Ada dalam
kalangan mereka memerlukan muzik, seperti daripada radio dan televisyen untuk
mengatasi suasana sunyi. Pelajar yang sukakan kesunyian akan belajar secara bersendiri.
Suasana yang nyaman dan berhawa dingin dikatakan menggalakkan proses
pembelajaran berlaku lebih berkesan berbanding suhu panas. Sungguhpun begitu, ada
pelajar yang kurang tumpuan akibat hawa dingin yang terlalu sejuk. Reka bentuk
membezakan kumpulan pelajar introvert dan ekstrovert Pelajar introvert memerlukan

19
kemudahan tempat belajar, sebaliknya pelajar ekstrovert lebih suka belajar seperti
berbaring di atas katil.

2.2.1.2

Stimulus Emosi

Stimulus emosi mengandungi elemen seperti motivasi, kecekalan, tanggung jawab dan
struktur. Dunn dan Dunn menyatakan pelajar bermotivasi ekstrinsik cenderung untuk
mendapatkan ganjaran seperti sijil dan hadiah serta menganggap tindakan itu sebagai
satu dorongan. Pelajar bermotivasi instrinsik menggunakan dorongan dalaman seperti
minat, emosi, sikap dan keperluan semula jadi, adakalanya pengalaman dan kehendak
persekitaran sebagai cara mereka turut serta dalam aktiviti pembelajaran. Kecekalan
amat penting dipunyai oleh pelajar stimulus emosi. Mereka yang tidak cekal akan
mudah bosan dan cepat hilang minat. Mereka hanya mampu memberi perhatian dalam
tempoh masa yang singkat sahaja. Pelajar yang bertanggung jawab sentiasa
melaksanakan tugasannya dengan inisiatif diri sendiri. Mereka tidak perlu diingatkan
atau dipesan untuk berbuat demikian. Pelajar juga suka belajar gaya bebas dan ada yang
suka cara berstruktur. Mereka yang suka cara berstruktur memerlukan arahan yang jelas
untuk mereka belajar dengan lebih berkesan.

2.2.1.3

Stimulus Sosiologi

Stimulus sosiologi mengandungi elemen kendiri, rakan sebaya, berkumpulan, rakan


dewasa atau gabungan kesemua elemen tadi. Dunn dan Dunn (1978) menyatakan pelajar
kendiri lebih suka belajar secara bersendirian kerana tidak suka bersembang atau
gangguan orang lain berbanding pelajar yang memerlukan rakan sebaya, suka belajar
berpasangan atau merujuk orang dewasa. Pelajar jenis rakan sebaya akan belajar secara

20
sumbangsaran, perbincangan dan perkongsian idea. Pelajar yang suka belajar
berpasangan akan memilih rakan yang paling rapat supaya mudah berinteraksi secara
dua hala. Pelajar yang bergantung kepada orang dewasa pula selalunya suka merujuk
kepada mereka apabila ada masalah pembelajaran.

2.2.1.4

Stimulus Fizikal

Persepsi pancaindera, makan dan minum, waktu belajar dan mobiliti merupakan elemen
stimulus fizikal. Dunn dan Dunn (1978) menekankan penggunaan persepsi pancaindera
dengan memperkenalkan kaedah mengingat cara visual, auditif, taktual dan kinestetik.
Pelajar juga dikatakan belajar dengan lebih berkesan ketika makan dan minum kerana
dapat mengurangkan tekanan belajar. Ada pelajar yang memerlukan waktu belajar yang
tertentu seperti waktu pagi, petang atau malam, lebih-lebih lagi waktu perdana. Waktu
perdana dapat memacu kesan belajar yang maksima. Di samping itu, waktu rehat
merupakan satu keperluan bagi pelajar yang suka bergerak semasa belajar.

2.2.1.5

Stimulus Psikologi

Stimulus psikologi mengandungi analitik-global, otak kiri-kanan, dan impulsif-refleksi


diri. Dunn dan Dunn (1978) menyatakan pelajar analitik memperincikan tugasan yang
diberi dan memfokus pembelajaran berbanding pelajar global. Bekerja dalam kumpulan,
suka melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa, melihat secara holistik dan
sebagainya merupakan ciri-ciri pelajar global. Perbezaan antara pelajar yang impulsif
dengan refleksif ialah, pelajar impulsif suka memuat keputusan cepat mengikut gerak
hati, sementara pelajar refleksif amat berhati-hati semasa membuat kerja. Fungsi otak
manusia adalah berbeza. Otak kanan berfungsi dalam aspek ruang, holistik dan

21
seumpamanya berbeza dengan otak kiri yang berfungsi untuk aspek seperti matematik,
bahasa dan logik.

2.2.2

Gaya pembelajaran VAK

Gaya VAK mengandungi enam aspek iaitu gaya pembelajaran visual, gaya
pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik yang berguna untuk mengenal
pasti kumpulan pelajar visual, audio, kinestetik, kecekapan tangan, berkumpulan dan
bersendirian (Abdul Hamid Mahmood, 2007).

2.2.2.1

Visual

Pelajar belajar dengan lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan
dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan
memahami arahan serta penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.
Pelajar visual tidak memerlukan penerangan lisan tetapi dapat belajar melalui
pembacaan. Mereka selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka
hendak mengingati sesuatu.

2.2.2.2

Audio

Antara kelebihan pelajar 'auditori' ialah belajar dengan mendengar perkataan yang
disebut dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat
dan menggerakkan bibir ketika membaca teratoma apabila mempelajari sesuatu yang
baharu. Mereka juga dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman
pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.

22
2.2.2.3

Kinestetik

Pelajar 'kinestetik' belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian
secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah, lawatan dan main peranan. Kombinasi
rangsangan, seperti aktiviti dan pita audio memudahkan pelajar kinestetik memahami
perkara baharu

2.2.2.4

Kecekapan Tangan

Pelajar belajar dengan lebih berkesan apabiia berpeluang apabila berpeluang untuk
membuat latih amal (hands-on) dengan bahan, seperti melakukan eksperimen di
makmal, membina model, dan menyentuh dan menggunakan bahan. Pergerakan fizikal
dalam kelas membantu pelajar kecekapan tangan untuk memahami dan mengesan
maklumat baharu.

2.2.2.5

Berkumpulan

Pelajar belajar dengan lebih selesa sekiranya berteman, dapat menyiapkan sesuatu
tugasan dengan bekerjasama dengan orang lain, mengingati maklumat apabiia bekerja
dengan rakan yang lain. Stimulasi rakan dikatakan banyak membantu pelajar yang suka
belajar dalam kumpulan.

2.2.2.6 Bersendirian
Pelajar belajar, berfikir, serta memahami dan mengingat maklumat baharu dengan lebih
baik apabiia bekerja atau melakukan sesuatu secara bersendirian.

23
2.3 Kemahiran Belajar
Kemahiran belajar pula merangkumi beberapa aspek seperti berikut:
i)

Kemahiran mendengar,

ii)

Kemahiran membaca (luncuran, imbasan, intensif dan laju),

iii)

Kemahiran meneatat nota,

iv)

Kemahiran menulis cepat,

v)

Kemahiran membuat rujukan,

vi)

Kemahiran pengurusan masa,

vii)

Kemahiran persediaan menghadapi peperiksaan.

2.3.1

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar adalah sebahagian daripada proses komunikasi manusia. Pelajar


perlu menguasai kemahiran mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta, data,
pengetahuan dan sebagainya daripada guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
(Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri, 2007). Kemahiran ini juga dikatakan
sebagai satu aktiviti yang melibatkan proses mental secara aktif kerana melibatkan apa
yang didengar, mengapa mendengar, siapa yang didengar, bagaimana mendengar
dengan berkesan dan seumpamanya.

2.3.2

Kemahiran Membaca

Proses membaca yang berkesan memerlukan kemahiran tertentu kerana membaca ialah
satu proses berfikir yang kompleks. Pelajar mesti tahu membaca secara imbasan
(scanning), bacaan luncuran (skimming), bacaan intensif dan bacaan laju. Pelajar juga
boleh menggunakan teknik seperti Survey-Question-Read-Recite-Review (SQ3R) dan

24
Know-Want-Learned-How (KWLH) (Baharin Abu, 2003). Ada juga cara membaca
secara menyoal tentang isi teks, membuat kesimpulan daripada pembacaan,
menerangkan maklumat daripada teks dan menjangkakan soalan yang boleh ditanya
daripada maklumat yang telah dibaca.

2.3.3

Kemahiran Mencatat Nota

Pelajar selepas mendengar, mereka perlu mencatat nota bagi mengelakkan lupa. Kajian
menunjukkan pelajar akan ingat 90-100% apa yang didengar apabila mencatat nota
semasa atau sejam selepas pembelajaran (Pauk, 1984). Kemahiran mencatat nota ialah
aktiviti merekod fakta, maklumat, isi penting daripada bahan bacaan, bahan yang
didengar atau dilihat.

2.3.4

Kemahiran Menulis Cepat

Menulis cepat bermaksud kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan boleh
dibaca oleh orang lain (Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri, 2007). Antara
tujuan menulis cepat ialah untuk mendapatkan banyak maklumat, dan menulis jawapan
dalam jangka waktu yang terbatas. Dalam peperiksaan, masa yang diperuntukkan adalah
terhad, tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang perlu ditulis. Dengan menguasai
kemahiran ini, maka pelajar akan dapat memberikan isi jawapan yang padat, tepat dan
akhirnya akan memperolehi keputusan yang baik kerana mempunyai banyak maklumat
dan fakta.

25
2.3.5

Kemahiran Membuat Rujukan

Pelajar tidak boleh bergantung kepada nota pengajaran dan pembelajaran secara
menyeluruh. Untuk memperoleh lebih banyak maklumat tambahan, pelajar perlu tahu
membuat rujukan. Di antara tempat rujukan yang penting ialah perpustakaan, internet
dan sebagainya. Pelajar yang tahu membuat rujukan akan menguasai dan memahami
sesuatu mata pelajaran dengan lebih mendalam (Salihan Siais,1991).

2.3.6

Kemahiran Mengurus Masa

Pelajar perlu mahir mengurus masa belajar dengan baik. Menurut Salihan Siais (1991),
untuk mengurus masa dengan baik, berkesan dan sempurna, pelajar perlu membuat
jadual waktu. Dengan adanya jadual waktu, pelajar akan sentiasa menghargai masa dan
mempunyai cara hidup yang tersusun rapi dan berdisiplin. Selain itu, pelajar juga akan
dapat memberikan tumpuan dengan memberikan keutamaan kepada mana-mana mata
pelajaran atau kemahiran yang didapati oleh mereka masih lemah atau belum dikuasai
dengan baik.

2.3.7

Kemahiran Menghadapi Peperiksaan

Pelajar perlu melengkapkan diri sebelum dan semasa peperiksaan. Persediaan akademik,
persediaan mental, penjagaan kesihatan dan sebagainya diperlukan untuk menghadapi
peperiksaan. Misalnya, berbincang (80%) dan membuat latihan (90%) merupakan dua
faktor yang mempengaruhi tahap pengekalan ilmu (Hanifi Ismail, 2001). Mental perlu
disediakan oleh pelajar menjelang malam peperiksaan, pagi sebelum peperiksaan, ketika
memulakan peperiksaan dan ketika menjawab soalan peperiksaan. Kekuatan mental
akan membolehkan pelajar mengawal diri semasa peperiksaan seperti bersikap tenang,

27
2.5 Kajian Lepas Dalam Negara
Menurut Baharin Abu (2007), pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza iaitu,
berbeza sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran, memberi respon yang berbeza
kepada persekitaran bilik darjah dan amalan pengajaran. Ini bermakna pembelajaran
boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan kerana cara pengamatan dan pemerosesan
maklumat yang berlaku dalam diri manusia adalah berbeza-beza, tidak terkecuali gaya
pembelajaran pelajar.
Abdul Hamid Mahmood (2007), menyatakan gaya pembelajaran minor
menunjukkan pelajar masih dapat belajar dengan baik melalui gaya pembelajaran
tersebut, manakala gaya pembelajaran yang tidak penting bererti pelajar menghadapi
kesulitan belajar melalui gaya tersebut dan harus memberikan tumpuan pada gaya yang
lebih membantu pelajar dalam pembelajaran.
Abdul Razak Habib dan Rashidi Azizan (1997), menyatakan dalam kajian
mereka, dapatan, jelas menunjukkan hubungan yang positif antara gaya pembelajaran
motivasi dengan pencapaian pelajar dalam Sains dan Matematik. Mereka telah
menggunakan seramai 539 pelajar tingkatan empat di 20 buah sekolah di Selangor dan
Kuala Lumpur sebagai responden kajian.
Zariah Adam dan Jainabee Md. Kassim (2000), mendapati gaya pembelajaran
dalam kalangan guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia di Institut Bahasa
ialah audio. Responden kajian mereka seramai 213 orang, instrumen kajian yang
digunakan ialah, "The Centre for Innovative Teaching Experience"(CITE).
Azizi Yahya et al. (2003), telah mengkaji hubungan di antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian akademik di dua buah sekolah di Negeri Sembilan.

28
Seramai 109 orang pelajar telah dipilih sebagai responden. Dengan menggunakan soal
selidik Learning Styles Questionnaires Honey and Mumford (1992), yang mengandungi
lapan puluh soalan, kajian ini mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di
antara dua pembolehubah tersebut tetapi mendapati gaya pembelajaran pelajar yang
dominan ialah reflektor, teoris, pragmatis dan akhir sekali aktivis. Hasil kajian ini juga
mendapati, terdapat hubungan yang signifikan di antara perbezaan gaya pembelajaran
dengan latar belakang keluarga dan terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor
rangsangan rakan sebaya, keluarga dan pengajaran guru dengan gaya pembelajaran
pelajar.
Nafisah @ Kamariah Md Kamaruddin dan Nurhaiza Abd Wahab (2005),
telah

menjalankan kajian mereka terhadap 126 orang pelajar jurusan elektrik di tiga

buah sekolah teknik dan vokasional di Perak, Selangor dan Johor. Mereka mendapati
pelajar Tingkatan Empat di ketiga-tiga buah sekolah itu mengamalkan gaya
pembelajaran kategori reflektor. Mereka juga mendapati tiada hubungan di antara gaya
pembelajaran dengan akademik kerana pengajaran yang berpusatkan guru masih
diamalkan, selain faktor IQ pelajar. Ini bermakna gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar tidak dipraktikkan di ketiga-tiga buah sekolah teknik dan vokasional berkenaan.
Siti Nur Rahil Ab Rahman (2005), melihat gaya pembelajaran Pendidikan
Islam dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat. Kaedah yang digunakan ialah kaedah
tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Sampel terdiri daripada 287 orang pelajar
Tingkatan Empat di tiga buah sekolah bandar dan 3 buah sekolah luar bandar di jajahan
Kota Bharu, Kelantan. Alat kajian yang digunakan ialah 'Inventori Pembelajaran Di
Sekolah' oleh Selmes yang mengemukakan lima gaya pembelajaran iaitu, gaya
mendalam, gaya permukaan, gaya dorongan, gaya terancang dan gaya gigih usaha.

29
Hasil kajian mendapati gaya pembelajaran dan persepsi terhadap mata pelajaran
Pendidikan Islam dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat berada di tahap tinggi.
Selain itu, wujud hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam,
permukaan dan terancang dengan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan
Islam namun mendapati tidak wujud hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran dorongan dan gigih usaha dengan persepsi pelajar terhadap Pendidikan
Islam. Terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran di kalangan
pelajar Pendidikan Islam berdasarkan jantina dengan pencapaian pelajar dalam
Pendidikan Islam di samping perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar
terhadap Pendidikan Islam berdasarkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
berkenaan.
Ramlah Jantan dan Md. Nasir Masran (2006), mendapati wujudnya pengaruh
gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran murid terhadap pencapaian Matematik
murid, dengan pengaruh gaya pengajaran guru adalah lebih besar berbanding pengaruh
gaya pembelajaran murid. Kajian ini telah dijalankan di beberapa buah sekolah rendah
di negeri Perak dan Selangor.
Rusnani Abdul Kadir dan Rosseni Din (2006), dalam kajian mereka
mendapati pelajar

sekolah di Malaysia cenderung untuk mencerap secara reflektif

iaitu, memproses maklumat secara reflektif dan memahami keadaan baru melalui
persepsi yang konkrit. Dengan menggunakan Kolb Learning Style Inventory (1986),
kajian telah dijalankan di dua buah sekolah menengah di kawasan bandar di negara ini.

30
Ruzi Bachok et al. (2006), pula telah menjalankan kajian ke atas 301 pelajar yang
sedang mengikuti mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan C bagi program Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Maklumat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian mereka
menunjukkan bahawa pilihan tertinggi di kalangan responden adalah ciri visual
berbanding verbal.
Baharin Abu et al. (2007), telah mengkaji kepelbagaian gaya pembelajaran
dan kemahiran belajar pelajar universiti. Kajian ini melibatkan seramai 310 orang
responden yang terdiri daripada 82 orang lelaki dan 228 orang perempuan pelajar tahun
2 hingga akhir program Ijazah Sarjana Muda dari pelbagai pengkhususan di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Lima kategori gaya pembelajaran oleh
Dunn dan Dunn iaitu, kategori persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi dan
kemahiran belajar. Enam aspek kemahiran belajar adalah kemahiran membaca,
kemahiran menguruskan masa, kemahiran menulis nota, kemahiran mendengar,
kemahiran membuat rujukan dan kemahiran menghadapi peperiksaan. Hasil kajian ini
menunjukkan, dalam Model Dunn dan Dunn kategori emosi merupakan gaya yang
paling dominan diamalkan oleh responden kajian dan diikuti kategori psikologi, fizikal,
persekitaran dan akhir sekali sosiologi. Sementara itu, tahap keseluruhan kemahiran
belajar pelajar adalah pada aras sederhana, misalnya kemahiran mengurus masa min
2.80 (SP= 0.75).
Kesimpulannya, kajian ini menegaskan kepelbagaian gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar menunjukkan kesan yang berbeza terhadap tabiat dan kesungguhan
pembelajaran akademik.

31
2.6 Kajian Lepas Luar Negara
Di Amerika Syarikat 'Dunn Learning Styles' dan 'Dunn and Dunn Learning Model'
membuktikan gaya pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pengaruh sosial
serta perasaan individu. Oleh itu, keberkesanan sesuatu pengajaran itu perlu diubahsuai
mengikut gaya pembelajaran para pelajar (Dunn dan Dunn, 1978).
Elsa Price (1992), dalam kajiannya mengenai pembelajaran dalam kumpulan
mendapati seramai 46 orang pelajar yang dijadikan responden kajian cenderung untuk
belajar dalam kumpulan walaupun dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan gaya
pembelajaran dengan pencapaian pelajar.
Terrance P. O'Brien et al. (1998), dalam kajian mereka terhadap 86 orang
pelajar Kejuruteraan Elektrik di Universiti Carolina Utara mendapati bahawa pelajarpelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran intuitif mendapat pencapaian yang lebih
tinggi dalam pembelajaran berbanding pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran
pengamatan. Dalam kajian ini mereka telah menggunakan indikator Myers-Briggs.
Diaz, D. P., dan Cartnal, R. B. (1999), membuat perbandingan kemahiran
belajar dua kelas perubatan iaitu, kelas perubatan secara talian terus (N= 68) dan kelas
perubatan di kampus (N = 40). Mereka menggunakan Grasha- Riechmann Student
Learning Style Scales (GRSLSS) untuk mengkaji kemahiran belajar pelajar dan
mendapati pelajar kelas perubatan talian terus lebih mengamalkan pembelajaran kendiri
berbanding pelajar kelas perubatan di kampus (p < 0.1).
Belinda Ho (1999), telah membuat kajian mengenai gaya pembelajaran
pembelajaran Bahasa Inggeris terhadap seramai 237 orang pelajar di sebuah universiti

32
di Hong Kong. Hasil kajian itu mendapati kebanyakan pelajar mengamalkan gaya
pembelajaran secara komunikatif (verbal).
Lixin Xiao (2000), mendalami kajiannya berhubung perbezaan budaya
pengajaran dan pembelajaran di antara guru-guru berbangsa Irish dan pelajar dari
Negeri Cina. Perbezaan budaya ini telah menimbulkan masalah pembelajaran. Kajian
ini telah dijalankan di dua buah institut di Dublin, Ireland dan mencadangkan pelajarpelajar dari Negeri Cina perlu mempunyai gaya pembelajaran yang disesuaikan dengan
budaya/ gaya pembelajaran Irish.
Michael A. Clump dan Katieann Skogsberg (2003), telah menjalankan kajian
mengenai gaya pembelajaran dan kemahiran belajar antara pelajar di universiti yang
sama tetapi berlainan lokasi. Sebahagian koresponden kajian terdiri daripada pelajar
yang tinggal di sebelah barat-tengah dan bakinya di sebelah barat. Dengan
menggunakan Inventory of Learning Process (ILP) oleh Schmeck, Ribich and
Ramanaiah's (1977), mereka dapati pencapaian pelajar yang tinggal di bahagian BaratTengah lebih tinggi pencapaian mereka berbanding rakan mereka di sebelah Barat.
Mereka juga menyarankan kajian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar antara
jantina perlu diperluaskan berikutan wujudnya hubungan yang signifikan antara
pencapaian pelajar lelaki dan perempuan dalam kajian itu.
Paul Gokin (2004), telah menjalankan kajian mengenai gaya pembelajaran
individu dalam program tutorial Microsoft "Age of Empires II: The Age of Kings"
(AoEII) yang mendapat sambutan hangat pada tahun 1999 di Amerika Syarikat, dan
mendapati kepuasan pengguna mempelajari bahan program disebabkan oleh gaya
pembelajaran. Program itu telah direka bentuk untuk memenuhi kumpulan visual, audio
dan kinestetik.

33
Kajian Doreen M. Lopez dan Linda Schroeder, ( 2008 ), mendapati pelajar-pelajar
yang belajar dalam kumpulan, mendengar arahan dengan baik dan melaksanakan
tugasan mengikut arahan, mempunyai pencapaian yang baik dalam pelajaran. Dalam
kajian ini, mereka telah memilih dua buah sekolah di Illinois, yang berlainan lokasi,
berbeza ras dan sosioekonomi. Sekolah A merupakan sekolah mar bandar, pelajarnya
terdiri daripada masyarakat majmuk, banyak berlaku kes jenayah dan mempunyai
purata pendapatan yang rendah bagi setiap keluarga. Sekolah B terletak di kawasan
bandar, para pelajarnya terdiri daripada anak-anak golongan orang berada seperti
jurutera dan peguam. Iklim/persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah didapati
positif apabila pelajar telah mengetahui gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
masing-masing. Pelajar-pelajar didapati berkebolehan untuk menggunakan kedua-dua
kemahiran dalam situasi yang lain. Mereka mempunyai keyakinan diri, seolah diberi
satu kuasa/kepercayaan untuk mendapatkan maklumat dan bersikap intrinsik. Dapatan
kajian ini, menunjukkan kedua-dua kemahiran berupaya mengubah keadaan di sekolah
B berbanding situasi sebelumnya.
Gebe Keri (2002), menyatakan dalam kajiannya yang menggunakan
Canfield's Learning Style Inventory (1988) mendapati, pelajar perempuan suka belajar
dalam kumpulan sementara pelajar lelaki lebih suka belajar sendiri.
Handy Susanto (2006) mendapati, siswa lebih konsentrasi dalam
pembelajaran apabila mereka mengamalkan gaya pembelajaran sama ada visual, audio
dan kinestetik. Memang setiap individu akan mengamalkan hanya satu gaya
pembelajaran tetapi dua yang lain tetap ada di dalam diri pelajar. Semakin banyak gaya
pembelajaran yang pelajar libatkan maka belajar akan semakin baik dan mantap.
Kajian ini telah dijalankan di beberapa buah pusat pengajian di Indonesia,

34
2.7 Kesimpulan
Kesimpulannya, kajian lepas yang telah dijalankan menunjukkan gaya pembelajaran
dan kemahiran belajar yang dipelajari oleh pelajar-pelajar didapati mendatangkan
banyak kebaikan kepada diri pelajar. Dunn dan Dunn (1978) menyatakan, individu
pelajar dapat mempertingkatkan prestasi mereka sekiranya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat disesuaikan dengan mengikut gaya pembelajaran mereka (Baharin
Abu, 2007). Saranan-saranan yang terdapat dalam kajian lepas didapati

banyak

membantu meningkatkan pencapaian diri individu. Kajian lepas juga telah


menunjukkan kejayaan pelajar dalam pelajaran dibantu oleh pihak pengurusan dan
pentadbiran serta guru-guru dengan mengamalkan gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar. Pelajar mempunyai peluang sama rata memperoleh kejayaan kerana disediakan
pelbagai kemudahan, biarpun Galton (1969) menyatakan faktor kandungan gen
mempengaruhi kecerdasan sebanyak 50%, faktor kemahiran belajar sebanyak 30% dan
faktor persekitaran serta lain-lainnya sebanyak 15%. Salah satu kaedah untuk
memperoleh kejayaan yang cemerlang ialah dengan memperbaiki kemahiran belajar
(Abdul Ghani Awang, 1996:Amir Awang, 1988).

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian


Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang berbentuk korelasi. Kaedah ini
bersesuaian dengan tujuan kajian untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran
dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
Tingkatan Empat. Untuk mendapatkan maklumat atau data mengenai pemboleh ubah
yang dikaji, satu soal selidik telah digunakan. Alat penyelidikan ini telah diuji kesahan
dan kebolehpercayaannya terlebih dahulu dalam kajian rintis. Usaha ini dijalankan
untuk memastikan alat kajian tersebut sesuai digunakan dalam kajian ini. Azizi Yahaya
et al. (2007), menyatakan penyelidikan tinjauan meninjau situasi pada satu masa
tertentu seperti 'foto-snapshot' tentang satu peristiwa dan mengikut pola pada satu-satu
peringkat masa sahaja (Mohd.Najib Ghaffar, 1999). Data yang diperolehi dari set soal
selidik akan ditukarkan dalam bentuk perangkaan dengan menggunakan perisian, 'SPSS
version 11.0 for Window's (Statistical Packages for Social Sciences). Perangkaan
diproses dan dianalisis dengan tujuan untuk mendapatkan keputusan dan hasil kajian.

36
3.2 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah yang terpilih, khususnya di sekitar
negeri Perak. Maklumat telah didapati daripada tujuh jenis sekolah menengah iaitu,
i)

Sekolah Menengah Harian (SMH)

ii)

Sekolah Menengah Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

iii)

Sekolah Menengah Teknik (SMT)

iv)

Sekolah Menengah Agama (SMKA)

v)

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

vi)

Sekolah Menengah Sains Sukan(SMSS)

vii)

Sekolah Menengah Rancangan Khas (SMRK)

Ketujuh-tujuh kategori sekolah menengah yang terpilih turut mengambil kira sekolah
kategori bandar dan luar bandar, di samping gred sekolah (Gred A atau Gred B).

3.3 Populasi dan Sampel Kajian


Kajian dijalankan di tujuh jenis kategori sekolah menengah. Setiap jenis kategori
sekolah melibatkan lokasi bandar dan luar bandar serta gred sekolah. Responden kajian
bagi setiap sekolah pula seramai 30 orang yang telah dipilih secara rawak loteri iaitu,
dengan mengunakan buku kedatangan murid. Ini bermakna keseluruhan subjek kajian
ialah 330 orang pelajar ( 30 orang x 11 buah sekolah). Lebih besar peratusan sampel
daripada populasi adalah lebih baik kerana penyelidik mempunyai lebih kemungkinan
untuk memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri populasi. Dengan menggunakan jadual
Krejcie, R.V dan Morgan D.W, 330 sampel tadi adalah bersamaan dengan 2400 saiz
populasi (Azizi Yahya, 2007).

37
3.4 Instrumen Kajian
Penyelidik memilih soal selidik sebagai instrumen di dalam kajian ini. Soal selidik
mudah ditadbir dan ringkas bagi tujuan mengawal keutuhan maklumat yang diberi oleh
sampel. Soal selidik juga akan membantu dan memudahkan sampel menjawab dengan
cepat dan tepat. Dengan tugasan yang mudah, sampel akan lebih bertanggungjawab
dan memberikan kerjasama. Soal selidik kajian ini dibahagikan kepada empat baliagian,
iaitu, bahagian A, B, C dan D. Bahagian A mengandungi latar belakang responden
kajian (11 soalan), bahagian B mengandungi soal selidik gaya pembelajaran Model
Dunn dan Dunn (33 soalan dan 2 soalan terbuka), bahagian C pula mengandungi soal
selidik gaya VAK (24 soalan) dan bahagian D mengenai kemahiran belajar (47 soalan
dan 1 soalan terbuka). Gaya pembelajaran Dunn dan Dunn dan gaya pembelajaran
VAK digabungkan bagi memperkukuhkan lagi item soalan. Dalam kajian rintis,
didapati item soalan yang terdapat dalam Model Dunn dan Dunn sekiranya
digabungkan dengan item soalan VAK maka satu keputusan yang lebih baik dapat
dikemukakan. Skala empat mata akan digunakan dalam soal selidik. Skala empat mata
didapati lebih memudahkan pengkaji mendapat data yang dikehendaki dengan tepat
berbanding menggunakan skala likert lima mata. Baharin Abu (2003), menyatakan
kajian seperti ini, menggunakan skala empat mata lebih sesuai dengan kehendak
responden ketika menjawab soal selidik.

38
Jadual 3.4.1
Skala Empat Mata

Sangat Tidak
Setuju

Tidak Setuju

Setuju

Sangat Setuju

3.5 Batasan Kajian


Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah yang terpilih khususnya di sekitar
negeri Perak. Maklumat-maklumat mengenai responden telah didapati daripada tujuh
kategori sekolah menengah seperti berikut:
i)

Sekolah Menengah Harian (3 buah)

ii)

Sekolah Menengah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (2 buah)

iii)

Sekolah Menengah Teknik (SMT) ( 1 buah)

iv)

Sekolah Menengah Agama (SMK) (2 buah)

iv)

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (1 buah)

v)

Sekolah Menengah Sains Sukan (SMSS) (1 buah)

vii)

Sekolah Menengah Rancangan Khas (SMRK) (1 buah)


Ketujuh-tujuh jenis sekolah menengah yang dipilih mengambil kira sekolah

kategori bandar dan luar bandar, di samping gred sekolah (Gred A / Gred B). Bagi
memantapkan hasil kajian, pelajar yang terlibat ialah pelajar di Tingkatan Empat.

39
Borang soal selidik diedarkan kepada guru Bahasa Malaysia dengan kerjasama pihak
sekolah dan kaunselor sekolah-sekolah yang terpilih. Dalam kajian ini, pengkaji telah
menggunakan Model Dunn dan Dunn dan Model VAK serta Kemahiran Belajar yang
disyorkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001).

3.6 Kajian Rintis


Penyelidik telah menjalankan satu kajian rintis bagi memperbaiki item soal selidik.
Bagi tujuan ini seramai 30 orang dari kelas Tingkatan Empat di Sekolah Menengah
Dato' Abdul Rahman Yaakob, Bota telah dipilih untuk mengisi borang soal selidik ini.
Penyelidik mengumpul semula borang soal selidik dan seterusnya memproses data
tersebut dengan menggunakan perisian SPSS bagi menguji kebolehpercayaannya.

3.7 Analisis Data


Maklumat dan keputusan dari hasil pemprosesan data bertujuan mendapatkan
keputusan yang bermakna daripada data (Mohd.Majid Konting, 1994). Data-data dalam
Bahagian A, Bahagian B,

Bahagian C dan Bahagian D akan diproses dengan

menggunakan perisian komputer SPSS 11.0 for Windows (Statistical Packages for
Social Science). Hasil daripada analisis data terhadap Bahagian A, Bahagian B,
Bahagian C dan Bahagian D dipamerkan dalam bentuk satu jadual. Pendekatan yang
digunakan dalam menganalisis data adalah pendekatan statistik deskriptif dan inferensi.
Secara deskriptif, data yang diperolehi dibentangkan dalam bentuk jadual yang
menunjukkan bentuk taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian.
Penyelidik telah menggunakan pendekatan inferensi seperti kolerasi pearson.
Pendekatan inferensi digunakan untuk merumuskan dan mentafsir data dengan lebih

40
terperinci. Kebolehpercayaan diuji melalui 'Alpha Cronbach Coefficiency Test' dan
nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima pakai. Menurut Mohd Majid Konting
(1993:183), meskipun tiada batasan khusus yang boleh digunakan bagi menentukan
pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi sesuatu alat ukur, pekali kebolehpercayaan
yang lebih daripada 0.60 sering digunakan.
3.8 Kesimpulan
Kesimpulannya, pengkaji

telah mengenal pasti lokasi kajian, populasi dan sampel,

instrumen kajian, batasan kajian, sekolah menengah untuk kajian rintis, dan analisis
data yang akan dijalankan. Berdasarkan kajian-kajian lepas yang menggunakan soal
selidik dan format kajian yang sama, didapati hasil kajian adalah positif dan menepati
kehendak kajian. Lokasi kajian telah diperluaskan dengan menambah lokasi di dua
buah negeri selain negeri Perak iaitu, negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Kajian rintis yang dijalankan telah dapat membantu pengkaji mengenal pasti
masalah yang timbul dan pengubahsuaian telah dilakukan bagi meneguhkan lagi kajian
yang dijalankan.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan dapatan daripada analisis hasil kajian yang telah dijalankan.
Data yang diperolehi dihuraikan dengan menggunakan statistik deskriptif, seperti
taburan kekerapan, peratus, min, sisihan piawai, korelasi Pearson dan khi kuasa dua
Pearson yang menjawab dan membincangkan kesemua soalan kajian yang diajukan
dalam bab 1. Terdapat dua bahagian dalam bab ini. Bahagian pertama, dimulai dengan
dapatan kebolehpercayaan soal selidik. Kemudian dibincangkan mengenai latar
belakang seperti taburan senarai dan gred sekolah, taburan jenis sekolah, taburan
jantina, taburan sosioekonomi, taburan ras/kaum, taburan tempat tinggal, taburan gaya
pembelajaran rakan sebaya dan keputusan Bahasa Malaysia Penilaian Menengah
Rendah 2008 yang ditunjukkan dalam bentuk

taburan kekerapan dan peratus.

Bahagian seterusnya akan membincangkan keputusan hubungan antara pemboleh ubah


yang dikaji.

4.2 Dapatan Kebolehpercayaan Soal selidik


Kesemua 113 item soalan telah diuji kebolehpercayaannya dengan menggunakan Alpha
Cronbach. Kebolehpercayaan item soal selidik yang telah dijalankan terhadap 330
orang responden adalah bersamaan 0.8511 dan didapati nilai kebolehpercayaan itu
adalah di aras tinggi serta melebihi pekali 0.6 yang sering digunakan sebagai penanda
aras kebolehpercayaan sesuatu item soalan. Hal ini ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2
Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Item Soalan (S=330)
Bilangan Item

Nilai Pekali Alpha

113

0.8511

4.3 Senarai dan Gred Sekolah


Kajian ini melibatkan sebelas buah sekolah. Sepuluh buah sekolah adalah di bawah
kelolaan Kementerian Pelajaran dan sebuah oleh Kementerian Kemajuan Wilayah dan
Luar Bandar (Maktab Rendah Sains Mara).

Jadual 4.3
Senarai sekolah yang dikaji (S= 330)
Nama sekolah

1.
2.
3.
4.
5.
6.

SMK Dato'Abdul Rahman Yaakub, Bota, Perak


Sekolah Sains Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur
SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar, Perak
Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
SMK Layang-layang Kiri, Parit, Perak
SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar

Gred

A
A
A
A
B
A

Bil.
Responden
30
30
30
30
30
30

43
Jadual 4.3 (Sambungan)
Nama sekolah

Gred

Bil.
Responden

A
A
A
A
A

7. SM Teknik Ipoh, Persiaran Brash, Ipoh, Perak


8. SMKA Raja Nazrin Shah, Kg. Gajah, Perak
9. Maktab Rendah Sains Mara, Kg. Gajah, Perak
10. SM Sains Kuala Selangor, Selangor
11. SMK Ambrose, Ayer Tawar, Perak

30
30
30
30
30

4.4 Jenis Sekolah


Sebelas sekolah yang dipilih adalah mengikut gred Kementerian Pelajaran Malaysia
dan dikategori kepada tujuh. Ini ditunjukkan dalam jadual 4.4 berikut.

Jadual 4.4
Jenis Sekolah (S= 330)
Kategori
1. Sekolah Harian
2.Sekolah Sukan
3.Sekolah Menengah Teknik
4.Sekolah Menengah Agama
5. Sekolah Rancangan Khas
6. Sekolah Berasrama Penuh
7.Maktab Rendah Sains Mara

Bil. Responden (N)


90
30
30
60
30
60
30

Peratus (%)
27.3
9.1
9.1
18.2
9.1
18.2
9.1

4.5 Taburan Responden Mengikut Jantina


Taburan responden mengikut jantina menunjukkan seramai 164 orang adalah lelaki
dengan peratusannya mencapai 49.7%. Sementara itu, baki responden seramai 166
orang adalah perempuan dengan peratusan sebanyak 50.3%. Data ini menunjukkan

44
hasil pemilihan secara rawak yang dijalankan adalah seimbang. Perkara berkenaan
dapat dilihat dalam Jadual 4.5 berikut.

Jadual 4.5
Taburan Responden Mengikut Jantina (S= 330)
Jantina
l.Lelaki
2.Perempuan

Kekerapan (f)
164
166

Peratus (%)
49.7
50.3

4.6 Taburan Responden Mengikut Sosioekonomi


Taburan sosioekonomi responden dibahagikan mengikut tiga tahap, iaitu tahap sosio
ekonomi tinggi, tahap sosioekonomi sederhana dan tahap sosioekonomi rendah. Data
menjelaskan bahawa sosioekonomi tahap tinggi mempunyai kekerapan sebanyak 259
(78.5%), diikuti oleh sosioekonomi tahap sederhana sebanyak 58 orang (17.6%) dan
akhirnya sosioekonomi tahap rendah sebanyak 13 orang iaitu, kira-kira 3.9% sahaja. Ini
bermakna, taburan sosioekonomi tahap tinggi adalah dominan. Data ini ditunjukkan
dalam Jadual 4.6 berikut.

Jadual 4.6
Taburan Responden Mengikut Tahap Sosioekonomi (S= 330)
Tahap
1.Tinggi
2.Sederhana
3.Rendah

Kekerapan (f)
259
58
13

Peratus (%)
78.5
17.6
3.9

48
Stimulus sosiologi menunjukkan seramai 35 orang (10.6%) responden menyatakan
sangat tidak bersetuju, tidak setuju seramai 198 orang (60.0%) berbanding mereka yang
setuju seramai 87 orang (26.4%) dan sangat setuju seramai 10 orang ( 3.0%). Ini
bermakna, kuantiti responden yang

bersetuju berjumlah 97 orang, yang mewakili

29.4% lebih rendah daripada kuantiti responden yang tidak bersetuju, iaitu seramai 233
orang (70.6%).
Stimulus fizikal mencatatkan seramai 7 orang (2.1%) yang menyatakan sangat
tidak setuju, tidak setuju seramai 25 orang (7.6%) berbanding seramai 250 orang
(75.8%) menyatakan mereka setuju dan seramai 48 orang (14.5%) sangat setuju
bahawa stimulus fizikal mempengaruhi gaya pembelajaran mereka. Ini menunjukkan
kuantiti mereka yang bersetuju adalah majoriti, iaitu seramai 298 orang (90.3%) dengan
yang mengatakan tidak bersetuju hanya seramai 32 orang (9.7 %) sahaja.
Stimulus psikologi menunjukkan responden yang menyatakan mereka sangat
tidak setuju seramai 60 orang (18.2%), tidak setuju seramai 191 orang (57.9%), setuju
seramai 65 orang (19.7%) dan sangat setuju seramai 14 orang (4.2%). Majoriti
responden, iaitu seramai 251 orang (76.1%) menyatakan tidak bersetuju bahawa
stimulus psikologi mempengaruhi gaya pembelajaran mereka berbanding yang
bersetuju dengan kuantiti seramai 79 orang (23.9%) responden.
Keseluruhan analisis antara stimulus gaya pembelajaran Dunn dan Dunn
dengan menggunakan taburan dan peratus, menunjukkan stimulus fizikal merupakan
stimulus yang paling ramai bersetuju mempengaruhi gaya pembelajaran, diikuti oleh
stimulus persekitaran, ketiga stimulus emosi, keempat stimulus sosiologi dan yang
terakhir iaiah stimulus psikologi. Tahap pengaruh ini akan lebih jelas lagi dengan

49
melihatnya menggunakan min dan sisihan piawai (S.P) seperti yang terdapat dalam
Jadual 4.11.2 berikut.

Jadual 4.11.2
Stimulus Paling Dominan (S =330)
Stimulus
l.Persekitaran
2.Emosi
3.Sosiologi
4.Fizikal
5.Psikologi

Min
2.7455
2.5455
2.2182
3.0273*
2.1000

Sisihan Piawai (S.P)


0.71590
0.64723
0.66682
0.55339
0.73493

Jadual 4.11.2 menunjukkan data stimulus gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang
paling dominan. Hal ini ditunjukkan dengan menggunakan min dan sisihan piawai.
Didapati bahawa stimulus fizikal (min 3.0273, S.P = 0.55339) merupakan stimulus
gaya pembelajaran yang paling dominan, diikuti oleh stimulus persekitaran (min
2.7455, S.P = 0.71590). Sementara itu, stimulus ketiga dominan ialah stimulus emosi
(min 2.5455, S.P = 0.64723). Keempat ialah stimulus sosiologi (min 2.2182, S.P =
0.66682). Stimulus psikologi merupakan pilihan responden yang paling kurang
dominan (min 2.1000, S.P = 0.73493).
Dari segi kekuatan hubungan stimulus gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia dapat dilihat dalam Jadual 4.11.3.

50
JaduaU.11.3
Analisis Kekuatan Hubungan Antara Stimulus Gaya Pembelajaran dan
Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa Malaysia
Stimulus
l.Persekitaran
2.Emosi
3.Sosiologi
4.Fizikal
5.Psikologi

Korelasi Pearson (r)


-0.171**
-0.054
0.072
-0.226**
-0.013

Signifkan
0.002*
0.326
0.190
0.000*
0.819

* Signifikan pada aras keertian 0.05


Dapatan kajian dalam Jadual 4.11.3, bagi stimulus persekitaran, analisis data mendapati
r = -0.171< 0.20. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara stimulus
persekitaran dengan pencapaian bahasa Malaysia. Nilai p =0.002 < a 0.05. Hubungan
ini diterima dan terdapat hubungan yang signifikan antara stimulus persekitaran dengan
pencapaian bahasa Malaysia.
Analisis data bagi stimulus emosi mendapati r = -0.054 < 0.20. Ini
menunjukkan tidak terdapat hubungan antara stimulus emosi dengan pencapaian bahasa
Malaysia. Nilai p = 0.326 > a 0.05. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara stimulus emosi dengan pencapaian bahasa Malaysia.
Bagi stimulus sosiologi, analisis data mendapati r = 0.072 < 0.20. Ini
menunjukkan tidak terdapat hubungan antara stimulus sosiologi dengan pencapaian
bahasa Malaysia. Sementara nilai p = 0.190 > a 0.05. Ini menunjukkan tidak terdapat
hubungan antara stimulus sosiologi dengan pencapaian bahasa Malaysia.
Stimulus fizikal pula, analisis data mendapati r = -0.226 < 0.20. Ini
menunjukkan terdapat hubungan antara stimulus fizikal dengan pencapaian bahasa
Malaysia. Sementara nilai p = 0.000 < a 0.05. Data ini menunjukkan terdapat hubungan
antara stimulus fizikal dengan pencapaian bahasa Malaysia.

51
Stimulus psikologi, analisis data mendapati r = -0.013 < 0.20. Ini menunjukkan tidak
terdapat hubungan

antara stimulus psikologi dengan pencapaian bahasa Malaysia.

Sementara nilai p = 0.819 > a 0.05. Hubungan ini ditolak kerana tidak terdapat
hubungan antara stimulus psikologi dengan pencapaian bahasa Malaysia.
Keputusan dalam kajian ini menunjukkan hanya faktor persekitaran dan
fizikal sahaja yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya pembelajaran,
kemahiran belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia.

4.12

Analisis Soalan Kajian 2

Sejauh manakah amalan kemahiran belajar dipraktikkan di sekolah-sekolah oleh pelajar


di Tingkatan Empat?

Jadual 4.12
Amalan Kemahiran Belajar Dipraktikkan Di Sekolah-Sekolah Oleh Pelajar Di
Tingkatan Empat (S=330)
Item
1 .Sangat Tidak Setuju (STS)
2.Tidak Setuju (TS)
3.
Setuju
(S)
4.Sangat Setuju (SS)

Kekerapan (f)
20
78
214
18

Peratus(%)
6.1
23.6
64.8
5.5

Jadual 4.12 menunjukkan amalan kemahiran belajar dipraktikkan di sekolah-sekolah


oleh pelajar Tingkatan Empat. Responden yang sangat tidak setuju kemahiran belajar
membantu pembelajaran mereka adalah seramai 20 orang (6.1%) dan tidak setuju pula
adalah seramai 78 orang (23.6%) berbanding responden yang menyatakan setuju
seramai 214

orang (64.8%) dan sangat setuju seramai 18 orang (5.5%). Hal ini

52
menunjukkan majoriti responden seramai 232 orang (70.3%) bersetuju menyatakan
kemahiran belajar membantu pembelajaran mereka.

4.13

Analisis Soalan Kajian 3

Sejauh manakah gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan oleh
pelajar-pelajar Tingkatan Empat mempunyai hubungan yang signifikan dengan
pencapaian Bahasa Malaysia?

Jadual4.13
Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Dengan
Pencapaian Bahasa Malaysia (S = 330)
Gaya pembelajaran
dan kemahiran belajar

Korelasi Pearson

Signifikan (2-tailed)

-0.150

0.006 *

Pencapaian Bahasa
Malaysia
* Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan analisis data dalam Jadual 4.13 menunjukkan r = -0.150 < 0.20. Ini
menunjukkan terdapatnya hubungan antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
dengan pencapaian bahasa Malaysia tetapi sangat lemah. Sementara itu, didapati
p=0.006 < a 0.05. Hubungan ini adalah diterima dan menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian
bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di sebelas buah sekolah yang
dikaji.

53
4.14

Analisis Soalan Kajian 4

Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran,


kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalara kalangan pelajar
berlainan jantina di Tingkatan Empat?

Jadual 4.14.1
Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Bahasa Malaysia
Dalam Kalangan Pelajar Berlainan Jantina (S = 330)
Jantina
x2
1 .Lelaki
2.Perempuan

Khi Kuasa Dua Pearson


df
Signifikan

13.388
5.115

4
4

0.010
0.276

* Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan data dalam Jadual 4.14.1, kenyataan khi kuasa dua Pearson menunjukkan
(x2 = 10.694, df = 4, p = 0.010 < 0.05)

bagi pelajar lelaki berbanding pelajar

perempuan dengan (x2 = 3.078, df 4, p = 0.276 > 0.05). Analisis ini menunjukkan
terdapatnya hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
dalam kalangan pelajar lelaki tetapi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan
pelajar perempuan.

Jadual 4.14.2
Analisis Hubungan Antara Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa
Malaysia Mengikut Jantina (S=330)
Jantina
x2
LLelaki
2.Perempuan

Khi Kuasa Dua Pearson


df
Signifikan

10.694
3.078

*Signifikan pada aras keertian 0.05

4
4

0.030
0.545

54
Berdasarkan data dalam Jadual 4.14.2, kenyataan khi kuasa dua Pearson menunjukkan
(x2 = 10.694, df = 4, p = 0.030 < 0.05)

bagi pelajar lelaki berbanding pelajar

perempuan dengan (x2 = 3.078, df 4, p = 0.545 > 0.05). Analisis ini menunjukkan
terdapatnya hubungan yang signifikan antara kemahiran belajar dengan pencapaian
bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar lelaki tetapi tidak mempunyai hubungan yang
signifikan dengan pelajar perempuan.

4.15

Analisis Soalan Kajian 5

Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran


dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
berbeza sosioekonomi?

Jadual 4.15.1
Analisis Kekuatan Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Bahasa
Malaysia Mengikut Faktor Sosioekonomi (S =330)
Tahap

LRendah
2.Sederhana
3.Tinggi

Khi Kuasa Dua Pearson


x2
df
Signifikan
7.876
4.132
7.290

4
4
4

0.096
0.348
0.121

*Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan data dalam Jadual 4.15.1, kenyataan khi kuasa dua Pearson menunjukkan
tahap sosioekonomi rendah ( x2 = 7.876, df = 4, p = 0.096 > 0.05), tahap sosio
ekonomi sederhana (x2 = 4.132, df 4, p = 0.348 > 0.05) dan tahap sosioekonomi tinggi
(x2 = 7.290, df 4, p = 0.121 > 0.05). Analisis ini menunjukkan tidak terdapatnya
hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian bahasa
Malaysia mengikut faktor sosioekonomi.

55
Jadual 4.15.2
Analisis Hubungan Antara Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa
Malaysia Mengikut Faktor Sosioekonomi (S = 330)
Tahap
x2
l.Rendah
2.Sederhana
3.Tinggi

Khi Kuasa Dua Pearson


df
Signifikan

2.180
7.427
7.020

4
4
4

0.703
0.115
0.135

* Signifikan pada aras keertian 0.05


Berdasarkan data dalam Jadual 4.15.2, kenyataan khi kuasa dua Pearson menunjukkan
tahap sosioekonomi rendah ( x2 = 2.180, df = 4, p = 0.703 > 0.05), tahap sosio
ekonomi sederhana (x2 = 7.427, df 4, p = 0.115 > 0.05) dan tahap sosioekonomi tinggi
(x2 = 7.020, df 4, p = 0.135 > 0.05). Analisis ini menunjukkan tidak terdapatnya
hubungan yang signifikan antara kemahiran belajar dengan pencapaian bahasa
Malaysia mengikut faktor sosioekonomi.

4.16

Analisis Soalan Kajian 6.

Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran


dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
berlainan ras/kaum?

Jadual 4.16.1
Analisis Kekuatan Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Bahasa
Malaysia Mengikut Faktor Ras (S =330)
Kaum

1 .Melayu
2.1ndia
3.Cina

Khi Kuasa Dua Pearson


x2
df
Signifikan
15.685
6.802
2.240

* Signifikan pada aras keertian 0.05

4
4
4

0.003
0.147
0.326

56
Berdasarkan data dalam Jadual 4.16.1, kenyataan khi kuasa dua Pearson menunjukkan
kaum Melayu (x2 = 15.685, df = 4, p = 0.003 > 0.05), kaum India (x2 = 6.802, df 4, p
= 0.147 > 0.05) dan kaum Cina (x2 = 2.240, df 4, p = 0.326 > 0.05). Analisis mi
menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan
pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor kaum Melayu tetapi tidak bagi kaum
India dan Cina.

Jadual 4.16.2
Analisis Hubungan Antara Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa
Malaysia Mengikut Faktor Ras (S = 330)
Kaum
1
.Melayu
2.India
3.Cina

Khi Kuasa Dua Pearson


x2
df
Signifikan
9.135
6.618
0.598

4
4
4

51)58
0.158
0.439

*Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan data dalam Jadual 4.16.2, kenyataan khi kuasa dua Pearson menunjukkan
kaum Melayu (x2 = 9.135, df = 4, p = 0.058 > 0.05), India (x2 = 6.618, df 4, p = 0.158
> 0.05) dan Cina (x2 = 0.598, df 4, p = 0.439 > 0.05). Analisis ini menunjukkan tidak
terdapatnya hubungan yang signifikan antara kemahiran belajar dengan pencapaian
bahasa Malaysia mengikut faktor ras/ kaum.

57
4.17

Analisis Soalan Kajian 7

Sejaiih manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran


dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
mengikut tempat tinggal?

Jadual 4.17.1
Analisis kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian bahasa
Malaysia mengikut faktor tempat tinggal (S =330)
Lokasi
x2
1.Bandar
2.Luar bandar

Khi Kuasa Dua Pearson


df
Signifikan

7.782
11.391

4
4

0.100
0.023

*Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan data dalam Jadual 4.17.1, kenyataan khi kuasa dua Pearson menunjukkan
tempat tinggal bandar (x2 = 7.782, df = 4, p = 0,100 > 0.05 ), dan luar bandar (x2 =
11.391, df 4, p = 0.023< 0.05 ). Analisis ini menunjukkan terdapatnya hubungan yang
signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut
faktor tempat tinggal di luar bandar tetapi tidak untuk bandar.

Jadual 4.17.2
Analisis Hubungan Antara Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa
Malaysia Mengikut Faktor Tempat Tinggal
Lokasi

1.Bandar
2.Luar bandar

Khi Kuasa Dua Pearson


x2
df
Signifikan
6.212
7.833

*Signifikan pada aras keertian 0.05

4
4

0.184
0.098

58
Berdasarkan data dalam Jadual 4.17.2, kenyataan khi kuasa dua Pearson menunjukkan
lokasi bandar ( x2 = 6.212, df = 4, p = 0.184 > 0.05 ), dan lokasi luar bandar ( x2 =
7.833, df 4, p = 0.098 > 0.05 ). Analisis ini menunjukkan tidak terdapatnya hubungan
yang signifikan antara kemahiran belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut
faktor tempat tinggal.

4.18

Analisis Soalan Kajian 8

Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran,


kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar mengikut
rakan sebaya?

Jadual 4.18.1
Analisis Kekuatan Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Bahasa
Malaysia Mengikut Faktor Rakan Sebaya
Gaya belajar
x2
l.Kumpulan
2.Sendirian

Khi Kuasa Dua Pearson


df
Signifikan

10.963
6.199

4
4

0.027
0.185

* Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan data dalam Jadual 4.18.1, kenyataan khi kuasa dua Pearson menunjukkan
gaya belajar berkumpulan ( x2 = 10.963, df = 4, p = 0.027 > 0.05), dan gaya belajar
bersendirian (x2 = 6.199, df 4, p = 0.185< 0.05). Analisis ini menunjukkan terdapatnya
hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran, dengan pencapaian bahasa
Malaysia mengikut gaya belajar kumpulan tetapi tidak untuk gaya belajar secara
sendirian.

59
Jadual 4.18.2
Analisis Hubungan Antara Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa
Malaysia Mengikut Faktor Rakan Sebaya
Rakan sebaya
x2
l.Kumpulan
2.Sendirian

Khi Kuasa Dua Pearson


df
Signifikan

9.927
4.087

4
4

0.042
0.394

* Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan data dalam Jadual 4.18.2 ,kenyataan ktd kuasa dua Pearson menunjukkan
rakan sebaya kumpulan ( x2 = 9.927, df = 4, p = 0.042 < 0.05), dan sendirian (x2 =
4.087, df 4, p = 0.394 > 0.05). Analisis ini menunjukkan terdapatnya hubungan yang
signifikan antara kemahiran belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut
faktor rakan sebaya berkumpulan tetapi tidak untuk rakan sebaya sendirian.

4.19

Analisis Soalan Kajian 9

Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran,


kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar mengikut
jenis sekolah?

Jadual 4.19.1
Analisis Kekuatan Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Bahasa
Malaysia Mengikut Faktor Jenis Sekolah
Jenis sekolah

l.Sekolah Menengah Harian


2.Sekolah Sains Sukan
3.Sekolah Menengah Teknik

Gaya pembelajaran dan Pencapaian BM


(Khi Kuasa Dua Pearson)
x2
df
Signifikan
3.623
5.059
1.953

4
4
4

0.459
0.281
0.377

60
Jadual 4.19.1 (Sambungan)
Jenis sekolah

Gaya pembelajaran dan Pencapaian BM


(Khi Kuasa Dua Pearson)
x2
df
Signifikan

4.Sekolah Menengah Agama


5.Sekolah Rancangan Khas
6.Sekolah Berasrama Penuh
7.Maktab Rendah Sains Mara

18.621
1.182
7.376
2.069

4
4
4
4

0.000*
0.554
0.025*
0.355

* Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan data dalam Jadual 4.19.1, kenyataan khi kuasa dua Pearson menunjukkan
tujuh buah jenis sekolah menengah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan Sekolah
Menengah Harian ( x2 = 3.623, df = 4, p = 0.459 > 0.05), Sekolah Sains Sukan (x2 =
5.059, df 4, p = 0.28K 0.05), Sekolah Menengah Teknik (x2 = 1.953, df= 4, p = 0.377
> 0.05), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ( x2 = 18.621, df = 4, p = 0.000<
0.05), Sekolah Menengah Rancangan Khas ( x2 = 1.182, df - 4, p = 0.554 > 0.05).
Sementara itu, didapati khi kuasa dua Pearson bagi Sekolah Berasrama Penuh ialah ( x 2
= 3.623, df= 4, p = 0.025 < 0.05) dan juga Maktab Rendah Sains Mara (x2 = 18.621,
df = 4, p = 0.000< 0.05). Analisis ini menunjukkan terdapatnya hubungan yang
signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut
jenis sekolah bagi Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Berasrama Penuh tetapi
tidak untuk jenis sekolah menengah yang lain.

61
Jadual 4.19.2
Analisis Hubungan Antara Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa
Malaysia Mengikut Faktor Jenis Sekolah
Jenis sekolah

Kemahiran Belajar dan Pencapaian BM


(Khi Kuasa Dua Pearson)
x2
df
Signifikan

1 .Sekolah Menengah Harian


2.Sekolah Sains Sukan
3.Sekolah Menengah Teknik
4.Sekolah Menengah Agama
5.Sekolah Rancangan Khas
6.Sekolah Berasrama Penuh
7.Maktab Rendah Sains Mara

4.814
7.478
0.723
4.044
2.143
7.376
0.517

4
4
4
4
4
4
4

0.307
0.113
0.696
0.132
0.829
0.343
0.772

* Signifikan pada aras keertian 0.05

Berdasarkan data dalam Jadual 4.19.2, kenyataan khi kuasa dua Pearson menunjukkan
tujuh buali jenis sekolah menengah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan Sekolah
Menengah Harian ( x2 = 4.814, df = 4, p = 0.307 > 0.05), Sekolah Sains Sukan (x2 =
7.478, df 4, p = 0.113> 0.05), Sekolah Menengah Teknik (x2 = 0.723, df = 4, p = 0.696
> 0.05), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (x2 = 4.044, df = 4, p = 0.132 > 0.05).
Sementara itu, analisis khi kuasa dua Pearson bagi Sekolah Menengah
Rancangan Khas mencatat (x2 = 2.143, df = 4, p = 0.829 > 0.05). Sekolah Berasrama
Penuh ialah ( x2 = 7.376, df = 4, p = 0.343 > 0.05) dan begitu juga Maktab Rendah
Sains Mara ( x2 = 0.517, df = 4, p = 0.772 > 0.05). Analisis ini menunjukkan tidak
terdapatnya hubungan yang signifikan antara kemahiran belajar dengan pencapaian
bahasa Malaysia mengikut jenis sekolah.

62
4.20 Kesimpulan Bab
Setelah dihuraikan setiap aspek yang dikaji dalam bahagian pertama bahagian ini telah
menjawab kesembilan soalan kajian yang telah diutarakan. Untuk berbuat demikian,
set soal selidik yang telah diproses dengan SPSS 11.0 digunakan untuk menjawab
kesembilan soalan kajian itu. Data-data yang telah

dianalisis dihuraikan dengan

menggunakan frekuensi, min, sisihan piawai, korelasi Pearson dan khi kuasa dua
Pearson bagi menunjukkan hubungan yang wujud. Soalan kajian 1, dijawab dengan
menggunakan taburan kekerapan (f) dan peratus (%), min dan sisihan piawai (S.P) bagi
menentukan tahap dominan dan korelasi Pearson bagi menguji kekuatan hubungan.
Soalan kajian 2, menggunakan kaedah taburan (f) dan peratus (%). Soalan kajian 3, 5,
6, 7, 8 dan soalan 9, dianalisis dengan menggunakan korelasi Pearson dan khi kuasa
dua Pearson untuk melihat terdapatnya kekuatan hubungan yang signifikan di antara
pembolehubah atau sebaliknya. Hubungan yang signifikan bagi korelasi Pearson akan
dirujuk nilainya dengan menggunakan garis panduan Guilford untuk melihat kekuatan
hubungannya dan khi kuasa dua Pearson pula mengikut aras keertian p<0.05.
Sebagai kesimpulan, dapatan kajian telah dianalisis dan dibentangkan dapatannya
dengan menggunakan taburan kekerapan, min, sisihan piawai, korelasi Pearson dan
taburan silang (crosstabulation). Taburan silang ini menggunakan khi kusa dua Pearson
untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan pencapaian
dengan faktor-faktor seperti jantina, sosioekonomi, ras/kaum, tempat tinggal, rakan
sebaya dan jenis sekolah. Bentangan bagi setiap dapatan itu pula diperjelaskan dengan
menggunakan jadual-jadual.

BAB 5

PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan
Kajian yang telah dijalankan akan dibincangkan dengan terperinci berdasarkan dapatan
kajian dan membandingkannya dengan dapatan oleh pengkaji lain khususnya oleh dua
orang pengkaji gaya pembelajaran dan kemahiran belajar tempatan iaitu, Baharin Abu
(2003) dan Azizi Yahya (2007) di samping pengkaji yang lainnya. Selepas hasil
perbincangan, beberapa cadangan kajian lanjutan akan digariskan dengan harapan gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar ini akan dapat menjadi kayu ukur kepada semua
lapisan pelajar di negara ini. Harapan baharu pelajar ialah sistem pembelajaran
sepanjang hayat telah mulai diperkenal melalui beberapa reformasi pendidikan di
negara ini.

5.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik


Kebolehpercayaan soal selidik amat penting bagi pengkaji kerana soal selidik
merupakan antara faktor penting ketinggian kepercayaan pembaca dan pengkaji lain
untuk menilai dan seterusnya memudahkan mereka membuat kajian lanjutan kelak.
Dalam kajian ini, dengan menggabungkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
dengan pencapaian bahasa Malaysia Penilaian Menengah Rendah 2008, di samping

64
melihat dari aspek faktor, telah menunjukkan aras kebolehpercayaan yang boleh
dipercayai seperti yang telah ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

5.3 Latar Belakang Responden Kajian


Seramai 330 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Empat
telah dipilih dengan menggunakan buku kedatangan murid secara rawak nombor.
Bilangan responden seramai 330 itu adalah bersamaan populasi, N=1900 - 2400 orang
(Krijcie dan Morgan D.W, 1970:607-610). Mereka ini datangnya daripada sebelas
buah sekolah dan tujuh jenis sekolah seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 4.3 dan
Jadual 4.4. Setiap sebelas buah sekolah menengah mengandungi seramai 30 orang
pelajar lelaki dan perempuan.
Bilangan pelajar bagi Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Berasrama
Penuh adalah seramai 60 orang. Sementara itu, Sekolah Menengah Sains Sukan,
Sekolah Menengah Rancangan Khas, Sekolah Menengah Teknik dan Maktab Rendah
Sains Mara masing-masing seramai 30 orang responden sahaja.
Jadual 4.5, mengenai jantina. Terdapat seramai 164 orang pelajar lelaki
(49.7%) dan 166 orang pelajar perempuan (50.3%) telah dipilih. Sosioekonomi pelajar
telah disusun mengikut tahap tinggi (259 orang, 78.5%), sederhana (58 orang, 17.6%)
dan rendah (13 orang, 3.9%) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.6. Dalam kajian
ini hanya terdapat tiga ras atau kaum iaitu, kaum Melayu (291 orang, 88.2%), kaum
India (25 orang, 7.6%) dan kaum Cina (14 orang, 4.2%). Hal ini ditunjukkan dalam
Jadual 4.7.Tempat tinggal responden atau lokasi telah dibahagikan kepada dua iaitu,
lokasi bandar (157 orang, 47.6%) dan luar bandar (173 orang, 52.4%) seperti di Jadual

65
4.8. Sementara itu, Jadual 4.9 menunjukkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
secara kumpulan (204 orang, 61.8%) atau sendirian (126 orang, 38.2%). Jadual 4.10
pula merujuk kepada keputusan Penilaian Menengah Rendah 2008. Seramai 260 orang
responden (78.8%) telah mencapai gred A berbanding seramai 64 orang yang mendapat
gred B (19.4%) dan gred C seramai 6 orang (1.8%).

5.4

Perbincangan Soalan Kajian 1

Antara stimulus persckitaran, emosi, sosiologi, psikologi dan fizikal, yang mana
satu paling dominan?

Memandangkan kajian ini merupakan kajian yang dijalankan mengikut cadangan kajian
lanjutan oleh Baharin Abu (2003) dan Azizi Yahaya (2007), perbincangan ini akan
banyak membandingkan dapatan kajian ini dengan dapatan kajian mereka. Keputusan
kajian ini, mendapati gaya pembelajaran fizikal merupakan gaya majoriti yang
dipersetujui oleh responden, gaya pembelajaran persekitaran menduduki tempat kedua,
diikuti oleh emosi, sosiologi dan psikologi. Hal ini ditunjukkan dalam Jadual 4.11.1.
Berbanding dengan kajian Baharin Abu (2003) yang menyatakan stimulus emosi adalah
stimulus yang dipersetujui majoriti oleh respondennya.
Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi dengan melihat stimulus gaya
pembelajaran Dunn dan Dunn yang manakah yang paling dominan seperti yang
terdapat dalam Jadual 4.11.2. Di dapati bahawa stimulus yang paling dominan ialah
fizikal diikuti oleh persekitaran berbanding stimulus yang lainnya seperti emosi,
sosiologi dan psikologi. Bertentangan dengan kajian oleh Baharin Abu (2003) terhadap
pelajar di Universiti Teknologi Malaysia, dapatan kajiannya menunjukkan stimulus

66
emosi merupakan yang paling dominan, diikuti oleh stimulus psikologi, ketiga stimulus
fizikal, keempat persekitaran dan kelima stimulus sosiologi. Dalam satu kajian lain,
Mazni Khamis (2005) mendapati stimulus yang paling dominan ialah sosiologi. Kajian
ini dijalankan di empat buah sekolah iaitu dua buah Sekolah Berasrama Penuh dan dua
buah Sekolah Menengah Harian. Oleh yang demikian, hasil daripada perbandingan
kajian maka pengkaji dapati bahawa pemilihan stimulus gaya pembelajaran Dunn dan
Dunn adalah mengikut haia tuju gaya pembelajaran para responden. Hal ini dijelaskan
oleh Rita Dunn

(2000) yang menyatakan bahawa pelajar perlu mengenal pasti

kehendak gaya pembelajaran masing-masing dengan menggunakan instrumen kajian


dan dengan memberi keutamaan kepada sesuatu stimulus maka pencapaian akademik
pelajar boleh ditingkatkan.
Soalan melihat kekuatan hubungan stimulus gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia masih belum pemah dijalankan
oleh mana-mana pengkaji. Kebanyakan pengkaji melihat hubungan gaa pembelajaran
dengan pencapaian akademik secara menyeluruh, bukannya bagi satu mata pelajaran
sahaja. Pengkaji dapati dalam kajian ini, didapati terdapat hubungan yang positif
terhadap gaya pembelajaran stimulus fizikal iaitu, yang paling utama

dan gaya

pembelajaran persekitaran merupakan yang kedua. Gaya pembelajaran stimulus lainnya


seperti emosi, sosiologi dan psikologi tidak mempengaruhi para responden.. Keadaan
ini lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan gaya pembelajaran stimulus psikologi.
Data ini boleh didapati dalam Jadual 4.11.3. Hal ini didapati bertentangan juga dengan
dapatan Baharin Abu (2003) yang menyatakan gaya pembelajaran stimulus
psikologikal diperlukan oleh pelajar universiti bagi meningkatkan pencapaian akademik
mereka. Namun begitu dapatan kajian Mazni Khamis (2003) sependapat dengan

67
pengkaji bahawa stimulus fizikal mempengarui gaya pembelajaran pelajar dengan
pencapaian akademik mereka.

5.5

Perbincangan Soalan Kajian 2

Sejauh manakah amalan kemahiran belajar dipraktikkan di sekolah-sekolah oleh


pelajar di Tingkatan Empat?

Taburan kekerapan dan peratusan responden yang bersetuju lebih tinggi (232 orang,
70.3%) berbanding yang tidak bersetuju (98 orang,29.7%) seperti dalam Jadual 4.12
menunjukkan amalan kemahiran belajar dipraktikkan di sekolah-sekolah oleh pelajarpelajar di Tingkatan Empat. Hal ini sama seperti yang terdapat dalam kajian Baharin
Abu (2003) yang mendapati pelajar memerlukan kemahiran belajar untuk membantu
pencapaian mereka tetapi pelajar masih kurang terdedah dengan kaedah dan teknik
kemahiran belajar yang betul dan baik. Keadaan sedemikian juga didapati bertepatan
dengan dapatan kajian oleh Jemaah Nazir Persekutuan. Jemaah Nazir Persekutuan
(2005) menyatakan bahawa berlaku ketidakseimbangan antara pengajaran guru dengan
kemahiran belajar yang tinggi dalam kalangan pelajar. Pelajar didapati kurang
berkemampuan dalam kemahiran belajar. Gall (1990), menyatakan untuk mencapai
tahap kemahiran belajar seperi menulis dan mencatat nota ialah dengan menghitamkan,
mewarna kata penting atau nota dalam bentuk neumonik dan ini tidak banyak dilakukan
oleh para responden dalam kajian ini.

68
5,6

Perbincangan Soalan Kajian 3

Sejauh manakah gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan


oleh pelajar-pelajar Tingkatan Empat mempunyai hubungan yang signifikan
dengan pencapaian Bahasa Malaysia?

Kajian yang menghubungkan gaya pembelajaran, kemahiran belajar dengan pencapaian


bahasa Malaysia didapati masih belum dijalankan lagi. Kebanyakkan kajian
menghubungkan sama ada salah satu pemboleh ubah atau kedua-duanya dengan
pencapaian akademik sahaja. Oleh yang demikian, perbandingan soalan kajian ini akan
mengambilkira salah satu pemboleh ubah dengan pencapaian akademik.
Hubungan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa
Malaysia dapat dilihat dalam Jadual 4.13 yang mendapati bahawa terdapat hubungan
yang lemah walaupun hubungannya diterima dan didapati signifikan. Ini bermakna
dalam kajian ini, gaya pembelajaran dan kemahiran belajar tidak begitu mantap
sungguhpun dipraktikkan dan ramai yang bersetuju. Kekuatan hubungan yang lemah
juga didapati daripada kajian Baharin Abu (2003) yang menyatakan perlunya gaya
pembelajaran dan kemahiran belajar dirancang dan dijalankan di universiti kerana
perlunya kesedaran dalam kalangan penuntut. Kajian Azizi Yahaya (2007) dan Mazni
Khamis (2005) menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian akademik juga didapati bertentangan dengan dapatan
kajian ini. Hal ini berlaku kerana rnereka hanya menguji salah satu pemboleh ubah
dengan pencapaian akademik sahaja.

69
5.7

Perbincangan Soalan Kajian 4

Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya


pembelajaran, kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam
kalangan pelajar berlainan jantina di Tingkatan Empat?

Kajian ini menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran
dan kemahiran belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia dengan" faktor jantina
seperti yang terdapat dalam Jadual 4.14.1 dan 4.14.2 tetapi di pihak pelajar lelaki dan
bukannya pelajar perempuan. Walaupun didapati perbezaannya tidak besar namun
kajian ini menunjukkan bahawa gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dikuasai oleh
pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan. Keputusan kajian ini bertepatan dengan
kajian Siti Nur Rahil Ab Rahman (2005) yang mendapati terdapatnya perbezaan yang
signifikan antara gaya pembelajaran di kalangan pelajar Pendidikan Islam berdasarkan
jantina. Michael A. Clump dan Katiearm Skogsberg, (2003), juga mendapati terdapat
hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan
pencapaian akademik mengikut faktor jantina dan mencadangkan kajian lanjutan
mengenainya.

Othman Mohamed (1997) pula mendapati gaya pembelajaran

mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik mengikut faktor pelajar lelaki dan
pelajar perempuan. Marge Philbin et al. (1995) juga menyatakan, kajiannya mendapati
terdapat perbezaan pencapaian antara lelaki dan perempuan. Dapatan dalam kajian ini
juga didapati bertentangan dengan dapatan kajian Sarimah Mokhtar (2005) iaitu, tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan faktor jantina.

70
5.8

Perbincangan Soalan Kajian 5

Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya


pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam
kalangan pelajar berbeza sosioekonomi?

Kajian ini seperti di Jadual 4.15.1 dan 4.15.2 membahagikan faktor sosioekonomi
kepada tiga tahap iaitu, sosioekonomi tahap rendah, sosioekonomi tahap sederhana dan
sosioekonomi tahap tinggi. Sosioekonomi tahap rendah didapati menghampiri
hubungan signifikan berbanding sosioekonomi tahap sederhana dan tinggi. Walaupun
begitu, kajian ini mendapati tidak terdapatnya hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor sosioekonomi
berdasarkan tiga tahap tadi.
Dapatan kajian ini, bertentangan dengan kajian Baharin Abu (2003) yang
mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar dengan pencapaian akademik mengikut faktor sosioekonomi. Mohamad
Saipuddin Mohd Said (2007) mendapati pelajar yang tergolong dalam sosioekonomi
tahap rendah (372 orang) boleh mendapat pencapaian yang baik berbanding pelajar
yang tergolong dalam sosioekonomi tahap tinggi (73 orang). Kajian ini telah dijalankan
di

1^

sebuah

sekolah

menengah

harian

luar

bandar

di

Bota,

Perak.

71
5.9

Perbincangan Soalan Kajian 6

Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran


dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
mengikut ras atau kaum?
Kajian mengikut faktor ras atau kaum jarang sekali dikaji. Kajian ini telah mendapati
keputusan tidak terdapatnya hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar
mengikut ras atau kaum seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.16.1 dan 4.16.2.
Kaum Melayu (p = 0.003 ) sahaja yang didapati mempunyai hubungan yang signifikan
dengan gaya pembelajaran dan pencapaian bahasa Malaysia tetapi tidak bagi kaum
India (p = 0.147 ) mahupun kaum Cina ( p = 0.326). Dalam kemahiran belajar juga
didapati hanya kaum Melayu (p =0.058) yang paling menghampiri hubungan yang
signifikan berbanding kaum India (p =0.158) dan kaum Cina lebih jauh tidak
mempunyai hubungan yang tidak signifikan (p =0.439). Joyce Hickson et al. (1994)
menyatakan dapatan kajian mereka menunjukkan gaya pembelajaran pelajar perlu
diasingkan mengikut etnik kulit putih, orang Asia, orang Hispanik dan kulit hitam
Amerika bagi meningkat pencapaian akademik.

Sementara itu, Jonathan Clenton

(1995) mendapati pelajar bangsa Jepun tidak mempunyai kekuatan hubungan dalam
gaya pembelajaran pengamatan atau perseptual berbanding Lixin Xiao (2000)
menyatakan pelajar kaum Cina yang belajar di Irish memeriukan budaya pembelajaran
yang sesuai dengan mereka. Umumnya, faktor ras didapati mempunyai peranan dalam
menentukan hala tuju pencapaian akademik (bahasa Malaysia) dalam kalangan pelajar
Tingkatan Empat.

72
5.10

Perbincangan Soalan Kajian 7

Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran,


kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar mengikut
tempat tinggal?
Keputusan kajian dalam Jadual 4.17.1 mengenai hubungan antara gaya pembelajaran
dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor tempat tinggal mendapati
terdapatnya hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
bahasa Malaysia mengikut faktor tempat tinggal di luar bandar tetapi tidak untuk
bandar. Walau bagaimanapun, bagi kemahiran belajar dalam Jadual 4.17.2 adalah
sebaliknya iaitu, tidak terdapat hubungan yang positif dengan pencapaian bahasa
Malaysia mengikut faktor tempat tinggal baik di bandar mahupun di luar bandar.
Berbanding dengan kajian Michael A. Clump dan Katieann Skogsberg (2003), yang
mendapati gaya pembelajaran dan kemahiran belajar mempengaruhi pencapaian pelajar
yang tinggal di bahagian Barat-Tengah lebih tinggi pencapaian mereka berbanding
rakan mereka di sebelah Barat. Pelajar di bahagian barat tengah ialah pelajar yang
tinggal di bandar sementara pelajar di sebelah barat ialah pelajar yang tinggal di luar
bandar. Cox, David E. (1988) menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara
gaya pembelajaran dengan pencapaian dan mencadangkan gaya belajar amat perlu
didedahkan kepada pelajar dari luar bandar berikutan pencapaian akademik yang
rendah. Oleh itu, dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian lain.

73
5.11

Perbincangan Soalan Kajian 8.

Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran,


kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar mengikut
rakan sebaya?
Rakan sebaya yang dimaksudkan di sini ialah gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
secara kumpulan atau sendirian. Keputusan kajian seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 4.18.1 menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut gaya belajar kumpulan
tetapi tidak untuk gaya belajar secara sendirian. Keputusan yang sama juga didapati
dalam Jadual 4.18.2 bagi kemahiran belajar iaitu, terdapatnya hubungan yang
signifikan antara kemahiran belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut
faktor rakan sebaya berkumpulan tetapi tidak untuk rakan sebaya sendirian. Keputusan
kajian ini bertentangan dengan Baharin Abu (2003) yang mendapati responden
kajiannya suka gaya pembelajaran sendirian dan kadangkala sahaja suka berkumpulan.
Dalam hal ini, kajian Osman Lebar dan Nur Haziyanti Mansor di dapati lebih jelas
menunjukkan

kedua-dua jantina

mendapat

faedah

daripada

belajar

secara

berpasukan/kumpulan (dalam artikel Jabatan Pendidikan Negeri Perak, 2009).

5.12

Perbincangan Soalan Kajian 9

Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran,


kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar mengikut
jenis sekolah?
Keputusan dalam kajian ini digambarkan
mendapati daripada

dalam Jadual 4.19.1 dan 4.19.2 yang

tujuh jenis sekolah yang dikaji hanya Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama (p= 0.000) dan Sekolah Berasrama Penuh (p =0.025) sahaja yang

74
menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan dengan gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar. Jenis sekolah yang lainnya didapati sebaliknya. Kajian mengikut
faktor jenis sekolah juga jarang dijalankan. Jika dibandingkan dengan kajian Rusli Md
Zain (1998) yang menyatakan faktor sekolah mempunyai hubungan yang positif
dengan pencapaian akademik pelajar di empat buah sekolah menengah sains di Kedah,
maka dapatan kajian ini boleh diterima kerana sekolah menengah sains tergolong dalam
jenis sekolah berasrama penuh. Ini bermakna dapatan dalani kajian ini sealiran dengan
dapatan Rusli Md Zain. Laporan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (1995) juga melaporkan jenis sekolah memainkan
peranan kerana minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran didapati signifikan
dengan pencapaian pelajar. Kajian Erica Mellis (2004), juga menyatakan faktor lain
seperti jenis sekolah mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar. Oleh itu, dapatan
dalam kajian ini boleh diterima kerana banyak kajian lain yang mendapat kepurusan
yang sama.

5.13 Rumusan Kajian

Gaya pembelajaran dan kemahiran belajar sangat penting diketahui dan diamalkan oleh
para pelajar khususnya pelajar di Tingkatan Empat di sekolah-sekolah. Berdasarkan
analisis dan perbincangan yang telah dibentangkan, kajian ini mendapati terdapat
beberapa perkara penting yang perlu diketengahkan.

75
5.13.1

Penentuan Stimulus Paling Dominan

Stimulus-stimulus yang terdapat dalam gaya pembelajaran Dunn dan Dunn menjadi
paling dominan kerana ditentukan oleh latar belakang responden khususnya pemilihan
sampel daripada sekolah-sekolah yang berlainan jenis. Semakin banyak jenis sekolah
maka semakin ramai responden yang berupaya memilih elemen dalam stimulus dengan
lebih baik. Di sekolah Menengah Agama dan Sekolah Berasrama Penuh, faktor seperti
pelajar cemerlang dan pelajar lemah, iklim dan budaya sekolah, kemudahankemudahan di sekolah, gaya pembelajaran dan kemahiran belajar didapati mempunyai
peranan. Inilah sebabnya mengapa dalam kajian ini, stimilus fizikal menjadi pilihan
majoriti, diikuti oleh stimulus persekitaran berbanding kajian lepas. Ini bermakna,
pelajar di Tingkatan Empat di sebelas buah sekolah yang dikaji memerlukan guru
mengambil kira stimulus fizikal dan persekitaran sebagai satu keutamaan bagi
membantu pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia berbanding
stimulus yang lainnya. Ini juga bermakna, stimulus bagi sekolah-sekolah menengah
yang lain tidak akan sama dengan stimulus di sebelas buah sekolah yang dikaji.

5.13.2

Amalan Kemahiran Belaj ar

Amalan kemahiran belajar ada dipraktikkan di sekolah-sekolah yang dikaji tetapi


didapati masih belum kukuh atau mantap pelaksanaannya. Berdasarkan item-item
soalan kemahiran belajar di sebelas buah sekolah yang dikaji, keadaan ini
menyebabkan ketidakseimbangan antara perancangan pengajaran guru dengan
kemahiran belajar aras tinggi pelajar. Hal ini juga bermaksud,

pelajar-pelajar di

sebelas buah sekolah yang dikaji memerlukan kemahiran belajar diajar kepada mereka

76
secara lebih berkesan dan sistematik khususnya kemahiran mendengar dan kemahiran
membuat rujukan. Pengkaji, melalui item-item soalan telah mendapati pelajar-pelajar
lemah dalam kedua-dua kemahiran.

5.13.3

Hubungan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian


Bahasa Malaysia

Hubungan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa


Malaysia adalah lemah tetapi hubungannya diterima dan didapati signifikan. Ini
bermakna dalam kajian ini, gaya pembelajaran dan kemahiran belajar perlu terus
dipraktikkan tetapi dilaksanakan dengan lebih sistematik di sekolah-sekolah. Hal ini
terbukti, apabila majoriti pelajar di sebelas buah sekolah yang dikaji didapati bersetuju
gaya pembelajaran dan kemahiran belajar banyak membantu mereka dalam pencapaian
Bahasa Malaysia Penilaian Menengah Rendah 2008.

5.13.4 Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa


Malaysia Mengikut Faktor
Gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia
mengikut faktor menunjukkan terdapat beberapa penting dan mustahak.

5.13.4.1

Faktor Jantina

Mengikut faktor jantina, keputusan kajian ini sealiran dengan kajian-kajian lepas yang
menolak wujudnya jurang pencapaian pelajar berlainan jantina. Wujudnya jurang

77
pencapaian antara kedua-dua jantina bukan faktor yang dominan tetapi turut
dipengaruhi oleh banyak aspek yang lain.

5.13.4.2

Faktor Sosioekonomi

Mengikut faktor sosioekonomi, kajian ini bercanggah dengan kajian lepas kerana
didapati tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
dengan pencapaian mengikut faktor itu.

5.13.4.3

Faktor Ras/Kaum

Mengikut faktor ras atau kaum, kaum Melayu didapati mempunyai hubungan yang
signifikan dengan pencapaian Bahasa Malaysia tetapi tidak buat kaum India dan Cina.
Ini tidak menghairankan kerana majoriti responden dalam kajian ini adalah kaum
Melayu. Keputusan kajian ini didapati sealiran dengan kajian lepas yang lain, cuma
kajian ini mendapati hanya satu ras sahaja yang mempunyai hubungan.

5.13.4.4

Faktor Tempat Tinggal

Mengikut faktor tempat tinggal, kajian ini mendapati terdapatnya hubungan yang
signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut
faktor tempat tinggal di luar bandar tetapi tidak untuk bandar. Kajian ini didapati
sealiran dengan banyak kajian lepas yang lain.

78
5.13.4.5

Faktor Rakan S ebaya

Mengikut faktor rakan sebaya untuk gaya pembelajaran dan kemahiran belajar lebih
sesuai dijalankan secara kumpulan di sekolah-sekolah yang dikaji berbanding secara
sendirian. Kajian ini ada yang sealiran dan bertentangan dengan banyak kajian lain.

5.13.4.6

Faktor Jenis Sekolah

Mengikut faktor jenis sekolah, didapati gaya pembelajaran dan kemahiran belajar ini
dijayakan dan sesuai dengan sekolah menengah kebangsaan agama dan sekolah
berasrama penuh tetapi ini bukan bermakna sekolah lain dalam kajian ini tidak
menjayakan hal berkenaan.

5.14 Cadangan Kajian


i)

Dengan mengetahui gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang sesuai

dengan diri sendiri, maka para pelajar akan dapat membentuk satu wawasan dan hala
tuju pencapaian akademik masing-masing. Pelajar boleh mengelola kualiti persekitaran
pembelajaran masing-masing. Mereka boleh memilih untuk belajar dalam kumpulan
dan bersaing sesama jantina atau dengan berlaman jantina.

Oleh yang demikian,

dengan mengamalkan budaya gaya pembelajaran dan kemahiran belajar maka peluang
pencapaian akademik yang maksima akan tercapai.
Sekiranya- guru, kaunselor dan

pentadbiran sekolah mengetahui gaya

pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar maka guru bolehlah menyesuaikan gaya

79
pengajaran mereka dengan gaya pembelajaran pelajar. Pihak kaunselor perlu
melakukan penambahbaikan dan pemantauan terhadap pelaksanaan kemaliiran belajar
yang lebih sistematik agar ketidakseimbangan yang diutarakan oleh pihak Jemaaah
Nazir tidak akan timbul lagi dan disyorkan kejayaan pelaksanaannya amat bergantung
kepada pihak pentadbiran sekolah.

ii)

Pihak Persatuan Ibubapa dan Guru dicadangkan memberikan kerjasama

dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sokongan seperti menganjurkan lebih banyak


program gaya pembelajaran dan kemaliiran belajar berbanding program berbentuk
motivasi. Bagi mendapatkan kesan yang positif, dicadangkan dipanggil seorang tokoh
yang telah mengkaji keberkesanan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar terhadap
pencapaian pelajar.
iii)

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, dicadangkan untuk meneruskan

perancangan untuk menaiktaraf sekolah harian seperti sekolah berasrama penuh kerana
stimulus fizikal dan persekitaran didapati mempengaruhi iklim pembelajaran di
sekolah.

5.IS Cadangan Kajian Lanjutan


Dalam hal ini, pengkaji ingin mencadangkan beberapa kajian lanjutan dijalankan pada
masa akan datang iaitu:
i)

Supaya kajian lanjutan mengabungkan model gaya pembelajaran selain model

Dunn dan Dunn dengan kemahiran belajar.

80
Ii)

Supaya kajian lanjutan melibatkan lebih ramai kaum India dan Cina sekiranya

ingin melihat faktor ras.


iii)

Supaya kajian lanjutan mengambil kira semua jenis sekolah termasuk sekolah

swasta, sekolah menengah agama Bantuan Kerajaan dan sekolah bukan di bawah
kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.16 Kesimpulan

Dalam kajian ini yang dijalankan di sebelas buah sekolah secara tinjauan soal selidik
dan dapatan kajian yang dianalisis dengan menggunakan SPSS Windows 11.0 diyakini
telah dapat menyelesaikan kajian lanjutan dua orang pengkaji gaya pembelajaran dan
kemahiran belajar tempatan walaupun telah diubahsuai mengikut keperluan kajian ini.
Hal ini dapat dikatakan begitu berdasarkan sebahagian besar kajian yang telah berjaya
dibuktikan kesignifikannya dengan dapatan pengkaji berkenaan atau dengan pengkaji
lainnya, biarpun ada dapatan yang bertentangan ataupun masih memerlukan kajian
lanjutan seperti faktor ras yang memerlukan lebih ramai responden dalam kalangan
kaum India dan Cina. Gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang bersesuaian
dengan para pelajar telahpun didapati mempengaruhi pencapaian bahasa Malaysia
pelajar semasa Penilaian Menengah Rendah 2008 yang lalu kerana ramai yang
mengatakan setuju. Oleh yang demikian cadangan-cadangan yang telah digariskan
perlu diberikan perhatian oleh pihak yang berkenaan.

Akhir kata, dengan mengabungkan dua gaya pembelajaran iaitu, gaya


pembelajaran Dunn dan Dunn dan gaya pembelajaran VAK serta kemahiran belajar

81
didapati hubungan yang signifikan boleh didapati walaupun di tahap yang lemah atau
salah satunya didapati mempunyai hubungan, misalnya faktor jantina lelaki didapati
lebih dipengaruhi oleh gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian
bahasa Malaysia. Tindakan mengabungkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
dan menghubungkannya dengan satu mata pelajaran teras (Bahasa Malaysia) telah
banyak membantu dapatan dalam kajian ini berjaya membuktikan terdapat hubungan
yang signifikan dalam beberapa soalan kajiannya.

82

Rujukan

Buku

Abdul Ghani Awang (1996). Kemahiran Belajar di Institusi Pengajian Tinggi, Skudai
Johor: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka dan UITM.
Ab. Rahim Selamat (1989). Belajar Cara Belajar, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Sdn. Bhd.
Azizi Yahya et al. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan, Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing.
Hanifi Ismail (2001). Tujuh Cabaran Menjadi Pelajar Cemerlang,Kuala Lumpur : AlHidayah Publisher.
Judith W. Segal and Susan F. Chipman (1985). Thinking And Learning Skills Volume 1:
Relating Instruction To Research, Hillsdale, New Jersey London: Lawrence
Erlbaum Associates, Publishers
Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur.Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sabri Ahmad (2003:3). Kemahiran Belajar Berkesan, Kuala LumpunUtusan Publication
& Distributor Sdn. Bhd.
Salihan Siais(1991). TeknikBelajar Berkesan.Kmla Lumpur:Penerbitan Siri Maju Sdn.
Bhd.
Sidek MohdNoah (2007). Reka BentukPenyeldikan,Serdm.g: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.
Yahya Othman(2003). Mengajar Membaca, Teori, Dan Aplikasi.Panduan
Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca,Se\angor. PTS Publications &
Distribution Sdn. Bhd.

Artikel Jurnal dan Prosiding


Abdul Razak Habib dan Rashidi Azizan (1997). Hubungan antara Stail Pembelajaran
dengan Pencapaian Sains dan Matematik Sekolah Menengah Rendah. Jurnal
Pendidikan 22: 39-49.
Chandrama Acharya (2002). Students' Learning Styles and Their Implications for
Teachers, Learning Styles, September 2002, Vol. 5 No. 6.
Debello, T.C (1990). Comparison Of Eleven Major Learning Styles Models:Variables,
Appropriate Populations, Validity Of Instrumentation And The Research
Behind Them. Journal Or Reading, Writing, And Learning Disabilities, 6:
203-222.
Diaz, D. P., & Cartnal, R. B. (1999). Students' learning styles in two classes: Online
distance learning and equivalent on-campus. College Teaching 47(4), 130135.

83
Dunn, R. (2000). Learning styles: Theory, research, and practice. National Forum of
Applied Educational Research Journal, 13, (1), 3-22.
Francisco Cano-Garcfa dan Elaine Hewitt Hughes (2000). Learning and Thinking
Styles: an analysis of their interrelationship and influence on academic
achievemen, Educational Psychology, Volume 20, Issue 4_December, 413430.
Gebe Keri (2002). Male and female college students' learning styles differ: an
opportunity for instructional diversification, College Student Jurnal, 18:231247.
Kristen Jackson & Tricia (2003). Different Learning styles: Using Information
Effectively in Education, School of Education Journal, 8:19-48.
Lixin Xiao (2000).Bridging the Gap Between Teaching Styles and Learning
Styles: A Cross-Cultural Perspective, College of Foreign
Languages, Volume 10, Number 3
Michael A. Clump dan Katieann Skogsberg (2003 ). Differences in Learning Styles of
College Students Attending Similar Universities in Different Geographic
Locations, College Student Journal, Vol. 37.
Rusnani Abdul Kadir dan Rosseni Din (2006). Computer Mediated Communication:
A Motivational Strategy Toward Diverse Learning Style, Jurnal
Pendidikan,31: 41-51.
Terrance P. O'Brien et all. ( 1998 ).Myers-Briggs Type Indicator and Academic
Achievement in Engineering Education, Int. J. Engng Ed. Vol. 14, No. 5,
pp. 311-315.
Zaitul Azma Zainon Hamzah (2006). Masaalah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu di Sekolah, PENDETA, Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya,Jld2:45.
Zariah Bt. Adam dan Jainabee Bt. Md. Kassim (2000 ).Gaya Pembelajaran Guru
Pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia, Institut Bahasa Melayu
Malaysia, Jurnal Pendidikan Tiga ENF1999/2000 Jilid 2: Bil. 330

Tesis
Baharin Abu (2007). Kepelbagaian gayapembelajaran dan kemahiran belajar di
UTM, Skudai.Latihm Imiah yang tidak diterbitkan., Jabatan Pendidikan UTM
Skudai.
Doreen M. Lopez dan Linda Schroeder (2008). Designing Strategies That Meet The
Variety Of Learning Styles Of Students, Saint Xavier University:Degree of
Master of Arts in Teaching and Leadership.
Masni Khamis (2001). Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian
akademik. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan UKM, Bangi.
Maulida Dina (2008). Pengaruh Gaya Belajar ( Visual, Auditorial, & Kinestetik)
Terhadap Prestasi Belajar Siswa Kelas I Penjualan SMK Muhammadiyah 2
Malang Pada Mata Pelajaran Kewirausahaan, Universitas Negeri Malang.
Indonesia.

84
Santhi Suppiah (1998). Perbandingan Strategi Belajar pelajar-pelajar Aliran Sains dan
Sastera Sekolah Menengah Methodist Kuala Lumpur.Latihan ilrniah yang
tidak diterbitkan,Universiti Teknologi Malaysia:
Skinner, Randall D.( 2007 ). Individual learning style preferences: A generational
comparison in beginning education classes in selected Arizona community
colleges. Tesis Ph.D, The University of Nebraska ,Lincoln.

Kertas Seminar
Abdul Hamid Mahmood (2007). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu. Penerbit
Jabatan Bahasa Melayu, UPSI, Tanjong Malim, 28 Julai 2007.
Azizi Yahya et al. (2003). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar Di Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik
N.Sembilan, National Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, Puteri
Pan-Pacific, Johore bahru, 19-21 October 2003
Elsa Price (1992). Strength Through Diversity: Utilizing Diverse Learning SiyleStudy
Group To Strengthen Teaching and Learning Skills, Conference Paper of the
Association of Teacher Educator, Racine, WI, August 1992.
Omar Hisham (2007). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu, Penerbitan Jabatan
Bahasa Melayu, UPSI.Tanjong Malim, 28 Julai 2007.

Internet
Belinda Ho (1999). Learning style preferences of students in learning English.
Diperoleh Julai 27,2008 daripada http:// B Ho -sunzil.lib.hku.hk.
Cox, David E. (1988). Learning Style Variatios Between Rural and Urban Students.
Diperoleh pada April 14, 2009 daripada http://www.eric.ed.gov.
Dunn & Dunn (1978). The Learning Syle Inventory. Diperoleh Ogos 19,2008 daripada
bridges.com/ us.
Dunn & Dunn (1989). The Model_Diperoleh Ogos 19,2008 daripada www.geocities.
Com/educationplace/Model. html.
Erica Melis(2004). They Call It Learning Style. Diperoleh Julai 27, 2008 daripada
Melisa@ dfki.de
Evelyn C. Davis , Hafsah Nur and Sophia A. A. Ruru ( 1994 ). Helping Teachers and
Students Understand Learning Styles. Diperoleh Julai 28, 2008 daripada
http ://exchanges. state. gov.
Frank Coffield (2004). Learning Styles and Pedagogy in 16 Learning. Diperoleh pada
Mei 29,2008 daripada http://LSRC Refference.
Gall et al. (1990). Tools For Learning:A Guide To Teaching Study Skills. Diperoleh
Ogos 19,2008 daripada http://eric.ed.gov.
Handy Susanto (2006). Meningkatkan Konsentrasi Siswa Melalui Optimalisasi
Modalitas Belajar Siswa. Diperoleh Ogos 7 daripada www.bpkpenabur.or.id.

85
Jonathan Clenton (1999). Learning Styles and the Japanese. Diperoleh pada Ogos 6,
2008 daripada http://www.sussex.ac.uk.
Joyce Hickson et al.(1994). Learning StylesDifferences in Middle School From Four
Ethnics Bagkgrounds. Diperoleh pada April 14,2009 daripada
http://spi.sagepub.com.
Kolb (1984). Kolb Learning Styles: Diperoleh pada Ogos 13,2008 daripada
http://www.businessballs.com.
Margaret Underwood (2005). The Dunn and Dunn Learning Styles Model. Diperoleh
pada 2 Februari 2009 daripada http://www.seechangeconsulting.com.au.
Marge Philbin (1995). A Survey Of Gender and Learning Styles. Diperoleh pada April
15,2008 daripada http://findarticles.com.
Md Noor Saper, Ab Aziz Mohd Yatim dan Amelia Mohd Noor (2008 ). Modul
Kemahiran Belajar 5 Domain :Satu Pendekatan. Diperoleh pada Ogos 13,
2008 daripada http://pusaka02.blogspot.com
Nafisah @ Kamariah Md Kamaruddin dan Nurhaiza Abd Wahab (2005 ). Learning
Styles Of Form Four Electrical Engineering Students In Three Technical
Schools In Malaysia. Diperoleh pada Februari 2, 2008 daripada
www.aare.edu.au.
Ramlah Jantan Dan Md. Nasir Masran (2006). Hubungan Di Antara Gaya Pengajaran
Guru Dan Gaya Pembelajaran MuridDengan Pencapaian Dalam Pelajaran
Matematik Di Beberapa Buah Sekolah Rendah. Diperoleh pada Ogos 19,
2008 daripada ppp.upsi.edu.my/ ewacana/ gayapembelajaran.html
Paul Gokin, ( 2004 ). The Role of Individual Learning Styles in the Design of
Interactive Tutorials:an Evaluation of "Age of Empires II" Tutorial.
Diperoleh pada Ogos 19,2008 daripada http://www.paulgokin.
Ruzi Bachok et al (2006). Isu Kesepadanan Gaya Pembelajaran dan Gaya Pengajaran
Matapelajaran Bahasa Pengaturcaraan C. Diperoleh pada Ogos 13, 2008
daripada http://www.ftsm.ukm.my
Sarimah Mokhtar (2005). Gaya Pembelajaran dan Hubungannya Dengan Pencapaian
Pendidikan Islam Di KalanganPelajar Sekolah Menengah. Diperoleh pada
Julai 20, 2008 daripada rmc.upsi.edu.my,
Siti Nur Rahil Ab Rahman @ Ahmad (2005). Gaya Pembelajaran Pendidikan Islam Di
Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Jajahan Kota Bharu Kelantan.
Diperoleh pada Ogos 7,2008 daripada www.gemaislam.net.
Smith. Robert .M (1976), Learning How to Learn in Adult Education Diperoleh pada
Ogos 13,2008 daripada http://eric.ed.gov.
VAX Learning Styles. Diperoleh pada Ogos 13,2008 daripada www.vark-leam.com

Sumber Lain
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (1995)
Jemaah Nazir Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2005)

86
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementeriaii Pelajaran Malaysia (2001)
Wikipedia (2008)
Windows SPSS 11.0

Reliability:The Relationship Of Hubungan Gaya Pembelajaran


and Kemahiran Belajar With Bahasa Malaysia Achievement in
PMR 2008 Among Form Four Student
****** Method 1

(space saver)

R E L I A B I L I T Y

Reliability

A N A L Y S I S

S C A L E

(ALPHA)

Coefficients

N of C a s e s =
Alpha =

w i l l b e u s e d f o r t h i s a n a l y s i s ******

.8511

330.0

N of I t e m s =113

You might also like