You are on page 1of 34

 

1
PENGHARGAAN 

  

Alhamdulillah  segala  pujian  kehadrat  ilahi  dengan  limpah  kurnia-Nya  ,  kami  telah  berjaya 
melaksanakan  kertas  laporan  kerja  ini.  Semasa  melaksanakan  tugasan  ini  ,  kami  telah mendapat 
beberapa  bantuan  dan  sokongan  daripada  ibu  bapa  ,  pensyarah  dan  rakan  –  rakan seperjuangan 
dalam  menghasilkan  kertas  laporan  kerja  ini.  Kami  juga  ingin mengucapkan ribuan terima kasih 
kepada  semua  yang  terlibat  sama  ada  secara  langsung  atau  secara  tidak  langsung  kerana 
memberikan sokongan penuh kepada kami semua dalam menjalankan tugasan ini. 

  Seterusnya,  tahniah  dan  syabas  kepada  semua  ahli  kumpulan  kami  iaitu Nur Izanie , Nur 
Atiqah  ,  Norshafinaz  ,  Nur  ‘Aisyah  dan  juga  Nur  Amira  kerana  telah  bekerjasama  dalam 
perbincangan  untuk  mendapatkan  maklumat-maklumat  penting  dan  berjaya  menyelesaikan 
tugasan  ini  dengan  baik  serta  memberikan  bantuan  kepada  setiap  ahli  kumpulan  ketika 
menghadapi masalah semasa menyiapkan kerja berkumpulan ini. 

  Dengan  kerjasama  yang  diberikan oleh semua pihak yang terdiri daripada pensyarah , ibu 


bapa  ,  pihak  kajian  dan  rakan  –  rakan  telah  membantu  kami  dalam  menghasilkan  tugasan 
berkumpulan ini dengan baik. Oleh itu , kerjasama yang diberikan amat dihargai. 

  

   

2
SENARAI KANDUNGAN 

  

BIL.  BUTIRAN  MUKA SURAT 

1.  Penghargaan  2 

2.  Senarai Kandungan  3 

3.  Abstrak  4 

4.  Pendahuluan  5 

5.  Pernyataan Masalah  6 

6.  Objektif Kajian  7 

7.  Kajian Literatur  8-9 

8.  Metodologi Kajian  10-14 

9.  Dapatan Kajian  15-31 

10.  Rumusan & Kesimpulan  32 

11.  Bibliografi & Etika  33 

  

  

  

  

3
ABSTRAK

KAJIAN MENGENAI USAHA-USAHA DILAKUKAN KERAJAAN DALAM BIDANG


PENDIDIKAN UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN ETNIK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji peranan kerajaan dalam pembentukan
perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar. Objektif kajian ini merangkumi tiga perkara
iaitu mengenal pasti tahap hubungan antara kaum dan melihat usaha-usaha yang dilaksanakan
oleh pihak kerajaan dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam
merapatkan perpaduan antara etnik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.
Teknik pengumpulan data dilakukan melalui borang soal selidik dan pemerhatian. Seramai 60
orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dalam kajian ini.

Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju dengan setiap pernyataan


usaha-usaha atau langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam merapatkan hubungan
etnik . Pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membentuk perpaduan antara etnik
melalui sambutan perayaan, hari sukan, aktiviti kokurikulum, perkhemahan dan sebagainya.
Namun begitu, terdapat juga kekangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam membentuk
perpaduan iaitu masalah dari penggunaan bahasa dan kekurangan penglibatan pelajar dalam
aktiviti yang dijalankan.

Antara usaha yang dilaksanakan adalah bagi masalah tersebut adalah melalui pelaksanaan
program perpaduan, mewujudkan kokurikulum yang sama untuk semua pelajar, Kerajaan perlu
menambah satu subjek tambahan bahasa asas seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil,
melaksanakan hari Kebangsaan dan sebagainya. Secara keseluruhan, kerajaan berperanan
sebagai platform yang penting dalam membentuk perpaduan etnik dan menyediakan persekitaran
yang baik untuk pelajar berinteraksi dalam pelbagai etnik. Hasil kajian ini dapat membantu guru,
pensyarah dan pelajar daripada pelbagai Institusi pendidikan dalam meningkatkan lagi hubungan
sosial antara etnik di sekolah, ipta, ipts dan yang lain-lain. 

4
1.0 PENDAHULUAN 

Pendidikan merupakan sesuatu perkara yang amat penting sekali oleh masyarakat di seluruh
dunia sejak dahulu kala lagi. Ini kerana pendidikan bukan sahaja mempengaruhi diri secara
secara perseorangan malahan seluruh bangsa dan Negara. Selain itu, pendidikan merupakan asas
pembangunan dan perkembangan dalam diri seseorang itu yang akan membawa inovatif dan
kemajuan kepada bangsa dan Negara dalam menuju ke arah merealisasikan wawasan Negara. Ia
menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam
bidang pendidikan.

Menurut Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha


berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mendapat kesejahteraan diri serta sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Dalam kajian ini, usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan
untuk merapatkan hubungan dan perpaduan antara etnik akan dikaji menggunakan kaedah
kualitatif dan kuantitatif. Teknik pengumpulan data dilakukan melalui borang soal selidik dan
pemerhatian. Melalui kajian ini akan dapat kita lihat bagaimana usaha dan langkah memainkan
peranan penting dalam perkembangan pendidikan yang merapatkan lagi hubungan dan
perpaduan di antara etnik di Malaysia.

   

5
2.0 PERNYATAAN MASALAH 
 
Sejak  kebelakangan  ini,  pelbagai  usaha  telah  dilakukan  oleh  pihak  kerajaan  seperti 
Kementerian  Pendidikan  Malaysia  mengenai  langkah-langkah  untuk  mengatasi  permasalahan 
kaum  di  antara  etnik  di  Malaysia  ini.Selain  itu,  masih  terdapat  lagi  pelajar-pelajar  di  Malaysia 
dapat  merapatkan  hubungan  antara  kaum  ketika  di  persekolahan  yang  biasa.  Namun  begitu, 
masih  ada  lagi  sekolah-sekolah  yang  lain  masih  utamakan  kaum  seperti  sekolah  Tamil,  sekolah 
cina  dan  lain-lain.  Dengan  adanya  persekolahan  ini,  mereka  kurang  terdedah  dengan  pergaulan 
dengan  kaum-kaum  yang  lain  seperti  melayu,  Iban  dan  kaum  yang  lain.  Ini  menjadi  cabaran 
kepada  kerajaan  dalam  membina  sebuah  Negara  Bangsa  yang  rakyatnya  berintegrasi 
sepenuhnya. 
Di  samping  itu,  wujud  juga  segregasi  dari  sudut  pendidikan  dengan  kewujudan  sekolah 
Vernakular  sebelum  merdeka  dan  sehingga  kini.  Ini  menjadikan  rakyat  Malaysia  terpisah  dari 
sudut  penempatan  dan  pendidikan  sejak  kecil  lagi.  Segregasi  pendidikan  berlaku  dari  tadika 
hinggalah  berperingkat  universiti  dengan  kewujudan  universiti  berasaskan  kaum  atau  dominasi 
kaum-kaum  tertentu  seperti  Universiti  Teknologi  Mara  (UiTM),  Universiti  Tunku  Abdul 
Rahman  (UTAR)  dan  Universiti  Asian  Institute  of  Medical,  Science  dan  Technology  (AIMST 
Universiti).  Segregasi  dari  kedua-kedua  perkara  ini  jika  tidak  ditangani  dengan  baik  oleh 
kerajaan akan terus menjadi penghalang utama integrasi rakyat Malaysia. 
Secara  literalnya,  perbuatan  menyesuaikan  diri  dengan  orang  lain  atau  persekitaran 
supaya  menjadi  selaras  dan  sesuai  dengan  keadaan.  Dalam  hubungan  etnik,  proses  berlaku 
apabila  etnik  mula  menyedari  dan  memahami  budaya  (perbuatan  dan  pemikiran)  etnik  lain.  Ini 
kerana  kerap  berlakunya  pertemuan,  bertegur  sapa  dan  bergaul.  Biasanya  tempat  pertemuan 
adalah kawasan awam seperti sekolah ataupun Universiti dan institusi pengajian yang lain. 
Apabila  pertemuan  semakin  kerap,  maka  etnik  yang  berbeza  ini  mula  saling  kenal 
mengenali  budaya  atau  hidup  di  antara  mereka.  Keadaan  ini  seterusnya  mewujudkan  rasa 
hormat,  bertolak  ansur,  tolong  menolong  dan  saling  memahami.  Masing-masing  etnik  bebas 
mengamalkan  budaya  sendiri  dan  saling  hormati  budaya  lain.  Sebarang  perselisihan  dapat 
diselesaikan  dengan  mudah  melalui  musyawarah  atau  tolak  ansur  kerana  tidak  wujud  sikap 
curiga mencurigai. 

6
 
3.0 OBJEKTIF KAJIAN  
 
Terdapat  tiga  objektif  kajian  dalam  kajian  ini dan kajian ini dilakukan berlandaskan tiga objektif 
kajian berikut :  
 
1. Mengenal  pasti  usaha  usaha  yang  dilakukan  pihak  kerajaan  untuk  merapatkan  hubungan 
etnik  dalam  kalangan  Pelajar  Institusi  Tinggi  khususnya  di  Universiti  Teknologi  Mara 
Kampus Arau, Perlis.  
 
2. Membincangkan  hubungan  tentang  program  program  yang  dilaksanakan  pihak  kerajaan 
dan keberkesanan program tersebut terhadap pelajar.  
 
3. Mencadangkan  program  baru  kepada  pihak  institusi pelajaran dalam konteks merapatkan 
hubungan etnik antara pelajar.  
   

7
4.0 KAJIAN LITERATUR 
Bahagian  ini  akan  memaparkan  ulasan  bagi  sumber-sumber  yang kami gunakan sebagai rujukan 
tambahan  bagi  melaksanakan  kajian  ini  dan  juga  sekaligus  bagi  memenuhi  kriteria  yang  dapat 
membantu  kami  untuk  membina  soalan  di  dalam  borang  soal  selidik  yang  digunakan  untuk 
mengumpul data kajian. 
 
4.1 Sumber 1 
 
Artikel  yang  ditulis  oleh  Enizahura  Abdul  Aziz  pada  31  Januari  2020  yang 
bertajuk  “Harmonikan  Hubungan  Masyarakat  Pelbagai  Kaum”  diterbitkan  oleh  ​BH 
Online  menjelaskan  tentang  cabaran  yang  wujud  dalam  usaha-usaha  membentuk 
keharmonian  antara  kaum  dan  kepelbagaian  budaya  yang  terdapat  di  negara  Malaysia. 
Selain  itu,  artikel  ini  juga  mengetengahkan tentang isu penindasan yang berlaku terhadap 
sesetengah kaum dari aspek ekonomi, politik, dan juga sosial.  
 
Penulis  yang  juga  merupakan  Felo  Pusat  Kajian  Syariah,  Undang-Undang  dan 
Politik  Institut  Kefahaman  Islam  Malaysia  menyatakan  bahawa  perancangan  yang 
menggunakan  keadilan,  penerimaan  dan  toleransi  sebagai  asas  dalam  membina 
langkah-langkah untuk memupuk integrasi atau perpaduan antara kaum di Malaysia. 
 
Beliau  juga  menyatakan  bahawa  agama  Islam  sangat  penting  dalam  menjadi 
panduan  kepada  segala  perancangan  yang  boleh  dilakukan  untuk  memupuk  perpaduan 
antara  kaum  di  Malaysia.  Di  samping  itu,  penulis  juga  menekankan  tentang  kepentingan 
kesedaran  dalam  kalangan  masyarakat  bagi  mencapai  kesepaduan  antara  kaum  dan etnik 
di  Malaysia.  Di  bahagian  terakhir  penulisan  artikel  tersebut,  penulis  juga  menyatakan 
langkah-langkah  lain  bagi  mencapai  kesepaduan  dalam  kalangan  kaum  dan  etnik  adalah 
dengan  wujudnya  semangat  penerimaan  dan  saling  menghormati  kaum  dan  agama 
masing-masing.  Penulis  juga  menekankan  pada  pengakhiran  artikel  ini  bahawa 
persefahaman  merupakan  elemen  yang  penting  bagi  mencapai  perpaduan  antara  kaum 
dan juga etnik. 

8
 
4.2 Sumber 2 
 
Bagi  melaksanakan  kajian  ini,  kami  juga  memilih  sumber  dari  kajian  lepas. 
​ ajuk  kajian  tersebut 
Sumber  yang  kami  pilihan  merupakan  jurnal  oleh  Hamidah  ​et  al.  T
ialah  “Kajian  Tinjauan  Hubungan  Etnik  dalam  Kalangan  Pelajar  Tahun  Satu  di  Kampus 
Johor  Bahru,  Universiti  Teknologi  Malaysia  (UTM)”  yang  diterbitkan  pada  Januari, 
2011.  
 
Berdasarkan  kajian  yang  dilakukan  oleh  Hamidah  ​et  al  i​ ni,  kami  dapat mengenal 
pasti  faktor  dan  aspek  yang  dapat  pihak  Kementerian  Pendidikan  dan  juga  Kementerian 
Pengajian  Tinggi  memberikan  perhatian  yang  lebih  dalam  melaksanakan 
langkah-langkah  untuk  merapatkan  hubungan  etnik  di  Malaysia.  Di  dalam  kajian  ini, 
langkah-langkah  yang  dilakukan  oleh  pihak  Kementerian  Pendidikan  adalah  dengan 
mewajibkan  mata  pelajaran  Tamadun  Islam,  Tamadun  Asia  (TITAS)  dan  juga  Kursus 
Hubungan Etnik (KHE) dalam kurikulum di peringkat IPTA. 
 
Selain mewajibkan mata pelajaran TITAS dan KHE dalam kurikulum di peringkat 
IPTA,  para  pengkaji  juga  mencadangkan  bahawa  pihak-pihak  tertentu  seperti 
Kementerian  Pendidikan  dan  juga  Kementerian  Pengajian  Tinggi  supaya  melaksanakan 
aktiviti  yang  mempunyai  elemen  interaksi  yang  merangkumi  semua  etnik  ke  dalam 
kurikulum  dan  juga  ko-kurikulum  pada  peringkat  sekolah  rendah,  menengah  dan  juga 
IPT. 
 
Dalam  pada  itu,  para  pengkaji  juga  menyatakan  bahawa  langkah  perlaksanaan 
kempen  yang  berunsur  Rukun  Negara  juga  mampu  membantu  dalam  pemupukan  dan 
merapatkan hubungan etnik di Malaysia. (Hamidah ​et al) 
 
 
 

9
 
5.0 METODOLOGI KAJIAN 

5.1 SKOP KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti mengenai usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh
kerajaan dalam bidang pendidikan untuk merapatkan hubungan etnik yang terdapat di Malaysia.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk megurangkan jurang perbezaan terhadap kepelbagaian
etnik yang berbilang kaum seperti perbezaan kelas, status kedudukan ekonomi,ideologi politik,
wilayah, agama, jantina serta bahasa. Kesemua elemen ini boleh dititikberatkan oleh kerajaan
dalam usaha untuk merapatkan hubungan etnik dalam pendidikan sama ada di sekolah mahupun
di institusi pengajian.

Kajian ini mengutamakan responden daripada kalangan warga UiTM Cawangan Arau, Perlis
serta terbuka kepada semua pelajar daripada institusi lain-lain. Responden yang dipilih adalah
dalam kalangan lelaki dan perempuan berumur dalam lingkungan 18 tahun dan ke atas tanpa
mengira bangsa, status serta latar belakangan pengajian. Kajian ini terbuka kepada mereka
berumur 18 tahun ke atas kerana mereka lebih berpengalaman, berfikiran rasional serta
memahami tujuan kajian ini dilakukan. Kajian ini juga terbuka kepada semua institusi pengajian
bagi mendapatkan pandangan daripada mereka yang tergolong dalam institusi berbilang kaum.

​5.2 LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kajian ini telah
mengutamakan di sekitar kawasan kampus Universiti Teknologi Mara cawangan Arau, Perlis
serta institusi yang terdapat di seluruh Malaysia. Tujuan lokasi ini dipilih adalah untuk mengkaji
tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk merapatkan hubungan etnik yang
terdapat di Malaysia dalam bidang pendidikan. Selain itu, kebanyakan ia adalah mahasiswa dan
mahasiswi yang berbangsa melayu dan segelintir daripada itu berbangsa lain-lain. Banyak
maklumat yang dikumpul untuk dianalisis apabila memilih lokasi tersebut untuk menjalankan
kajian ini.

10
Peta 1: Peta Negara Malaysia

Lokasi peta negara Malaysia ini merujuk kepada responden yang terdiri daripada semua pelajar
institusi lain-lain. Sebagai contoh institusi lain-lain seperti UNISZA, USM, UUM, USAS, UKM
dan sebagainya.

11
Peta 2 : Universiti Teknologi Mara cawangan Arau, Perlis

Gambar di atas merupakan peta Kawasan utama kajian iaitu Universiti Teknologi Mara,
Cawangan Arau, Perlis. Pengkaji memilih kawasan ini kerana dapat memudahkan pengkaji
mendapatkan maklumat – maklumat yang diperlukan dalam melaksanakan kajian ini.

5.3 INSTRUMEN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dilakukan terdapat usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan
dalam bidang pendidikan untuk merapatkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar yang
terdapat di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga dilakukan bagi mengkaji peranan sesebuah
kerajaan Malaysia bagi mewujudkan panduan dan kawalan antara rakyat dan pemerintah dalam
bidang pendidikan supaya dapat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hubungan etnik di
Malaysia.

12
Kaedah Instrument kajian

Kualitatif Rujukan (perpustakaan, internet)

kuantitatif Borang soal selidik

Jadual 1: instrument kajian

1. Cara Mendapatkan Responden

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, responden bermaksud orang yang memberikan maklumat
atau menjawab sebarang soalan yang dikemukakan oleh pengkaji dalam sesuatu kajian.
Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mendapatkan 60 orang responden yang dipilih secara
spesifik. 60 orang responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar – pelajar
institusi pengajian tinggi bagi membantu pengkaji mencapai objektif – objektif kajian. Sebanyak
10 soalan diberikan kepada setiap responden. Soalan – soalan tersebut telah dibuat berdasarkan
objektif – objektif kajian.

2. Cara Mendapatkan Maklumat

a) Borang Soal Selidik

Melalui laman sesawang www.slideshare.net, soal selidik merupakan sejenis set soalan atau item
yang berada dalam bentuk tulisan. Borang soal selidik juga merupakan satu alat berbentuk
khusus dalam mendapatkan sesuatu maklumat atau mengumpul sesuatu maklumat bagi
menganalisis objektif – objektif kajian. Oleh itu, pengkaji telah memilih kaedah borang soal
selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian. Disebabkan oleh pembelajaran atas talian,
pengkaji telah menyediakan borang soal selidik dengan mengunakan aplikasi ‘google form’ dan
telah mengagihkan kepada setiap kumpulan di dalam aplikasi ‘whatsapps’ bagi memudahkan

13
kajian soal selidik ini dijalankan. Semua soalan yang ditanya oleh pengkaji hanya menyentuh
objektif – objektif kajian dan demografi responden.

Borang soal selidik ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A
merupakan demografi responden yang terdiri daripada lima soalan. Bahagian B pula mengenai
objektif kajian yang utama iaitu mengenal pasti usaha pembentukan kerajaan dalam bidang
Pendidikan bagi membentuk hubungan etnik dalam kalangan masyarakat. Bahagian ini terdiri
daripada 10 soalan. Oleh itu , responden telah diberikan masa untuk menjawab borang soal
selidik yang diberikan oleh pengkaji. Setelah responden selesai dijawab , segala jawapan yang
diberikan oleh responden akan dianalisis bagi mendapatkan maklumat kajian yang dilakukan.
Kajian ini menggunakan skala likert lima mata yang mengandungi lima aras seperti dalam jadual
berikut:

Sangat setuju 1

Setuju 2

Tidak pasti 3

Tidak setuju 4

Sangat tidak setuju 5

Jadual 2: skala likert 5 aras

14
b) Rujukan

kaedah rujukan bermaksud keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara yang diperolehi daripada
sesuatu sumber seperti buku, majalah, surat khabar dan lain - lain untuk mendapatkan keterangan
yang lebih jelas. Kaedah rujukan merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur ketepatan tujuan utama kajian. Kaedah rujukan ini melibatkan perbincangan secara
langsung antara semua ahli kumpulan secara atas talian. Melalui kaedah ini, pengkaji akan
bekerjasama dengan ahli kumpulan masing – masing yang terlibat dalam kajiannya untuk
memenuhi kehendak objektif kajiannya. Melalui rujukan, pengkaji akan dapat menyokong
sesuatu pernyataan yang dikemukakan berpandukan objektif – objektif yang telah dikenal pasti.
Sebelum membuat rujukan, pengkaji perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap
rujukan yang dilakukan mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik,
berfokus dan dicatatkan dengan rapi. Segala catatan yang dilakukan mestilah tepat, sah dan boleh
dipercayai.

   

15
6.0 DAPATAN KAJIAN 

Berdasarkan kajian soal selidik yang telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi ​Google
Form,​ hasil respons yang telah diterima adalah sebanyak 60 respons daripada 60 responden.
Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengenal pasti pendapat responden mengenai
usaha-usaha yang boleh dilakukan kerajaan dalam bidang pendidikan untuk merapatkan
hubungan etnik. Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu ​Bahagian A: Demografi
Responden yang mempunyai 6 soalan dan ​Bahagian B: Usaha-usaha Yang Boleh Dilakukan
Kerajaan Dalam Bidang Pendidikan Untuk Merapatkan Hubungan Etnik di mana ia
mempunyai sebanyak 10 soalan. Berdasarkan analisis data yang telah diisi oleh responden, data
tersebut telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, minimum purata dan
taburan kekerapan.

6.1 BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN

Sebanyak 60 orang responden yang bukan sahaja terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi
Mara (UiTM), bahkan juga terdapat responden daripada Universiti awam yang lain dan juga oleh
mereka yang telah bekerja. Dalam Bahagian A ini, huraian analisis latar belakang responden
adalah melibatkan aspek umur, fakulti, bangsa, status pelajar dan ruangan untuk pernyataan jika
responden bukan pelajar UiTM. Hasil dapatan kajian adalah seperti dalam rajah-rajah di bawah.

6.1.1 Jantina

Dalam usaha mengkaji persepsi masyarakat, sebanyak 60 orang responden yang terdiri daripada
penduduk tempatan terutamanya golongan pelajar. Berdasarkan hasil kajian yang telah
dijalankan, dapatan kajian untuk kategori Jantina adalah dipersembahkan dalam bentuk jadual
dan rajah seperti dibawah.

16
JANTINA KEKERAPAN PERATUS (%)

Lelaki 19 32

Perempuan 41 68

Jadual 1: Jantina

Rajah 1: Demografi responden berdasarkan jantina

Berdasarkan Rajah 1 di atas, demografi responden berdasarkan jantina bagi kajian ini
kebanyakannya adalah perempuan iaitu sebanyak 41 orang dengan nilai peratusan 68. Manakala,
responden lelaki pula adalah sebanyak 19 orang dengan nilai peratusan 32.

17
6.1.2 Umur

Berikut merupakan pilihan umur yang telah di senaraikan dalam kajian soal selidik ini:

UMUR KEKERAPAN PERATUS (%)

18 – 20 tahun 3 5

21 – 23 tahun 45 75

24 – 26 tahun 11 18

27 tahun dan ke atas 1 2

Jadual 2: Umur

Rajah 2: Demografi responden berdasarkan umur

18
Rajah 2 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan umur dan kekerapan purata umur
yang terlibat dalam kajian ini adalah dari 21 tahun ke 23 tahun dengan kekerapan sebanyak 45
orang dan 75%. Seterusnya diikuti dengan purata umur 24 tahun ke 26 tahun dengan jumlah
kekerapan 11 orang (18%). Kemudian responden dengan purata umur 18 tahun ke 20 tahun
adalah sebanyak 3 orang (5%), manakala seorang lagi responden adalah berumur 27 tahun dan
ke atas dengan peratusan 2%.

6.1.3 Fakulti

Berikut merupakan pilihan fakulti yang telah di senaraikan dalam kajian soal selidik ini:

FAKULTI KEKERAPAN PERATUS (%)

Pengurusan & Perniagaan 28 47

Sains Komputer & Matematik 7 12

Sains & Gunaan 3 5

Perakaunan 1 2

Perladangan & Agroteknologi 1 2

Lain-lain 20 33

Jadual 3: Fakulti

19
Rajah 3: Demografi responden berdasarkan fakulti

Rajah 3 di atas menunjukkan hasil kajian demografi responden berdasarkan fakulti. Oleh itu,
berdasarkan rajah di atas, peratusan paling tinggi adalah 47% dengan kekerapan sebanyak 28
orang iaitu oleh fakulti Pengurusan dan Perniagaan, dan diikuti oleh lain-lain fakulti selain
pilihan yang diberikan dalam kajian iaitu sebanyak 20 orang dan mencapai nilai peratusan 33.
Selain itu, fakulti Sains dan Komputer dengan kekerapan jumlah responden 7 orang (12%),
manakala responden daripada fakulti Sains dan Gunaan pula adalah sebanyak 3 orang (5%).
Dalam masa yang sama, jumlah kekerapan responden untuk kajian ini adalah sama kekerapannya
iaitu mewakili seorang dari fakulti Perakaunan dan juga Perladangan dan Agroteknologi. Peratus
bagi kedua-dua fakulti berkenaan adalah sama iaitu masing-masing sebanyak 2%.

20
6.1.4 Bangsa

Kajian ini dibuat untuk pelbagai bangsa namun hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua
responden yang telah menjawab soal selidik ini adalah berbangsa Melayu. Berikut adalah jadual
kekerapan dan rajah hasil kajian:

BANGSA KEKERAPAN PERATUS (%)

Melayu 60 100

Cina 0 0

India 0 0

Jadual 4: Bangsa

Rajah 4: Demografi responden berdasarkan bangsa

21
Berdasarkan Rajah 4 di atas, keseluruhan jumlah responden yang terlibat di dalam kajian adalah
merupakan bangsa Melayu dengan jumlah peratus penuh 100% berbanding bangsa Cina dan
India.

6.1.5 Status

Berikut merupakan pilihan status yang telah di senaraikan dalam kajian soal selidik ini:

STATUS KEKERAPAN PERATUS (%)

Pelajar semasa UiTM 28 47%

Bukan pelajar UiTM 13 22%

Alumni 4 7%

Lain-lain 15 25%

Jadual 5: Status

22
Rajah 5: Demografi responden berdasarkan status

Seterusnya, di bawah kategori demografi responden berdasarkan status dalam Rajah 5 di atas
menunjukkan bahawa Pelajar Semasa UiTM adalah yang paling kerap mengisi soal selidik yang
diberikan iaitu sebanyak 28 orang (47%). Namun, pelajar yang bukan merupakan pelajar UiTM
turut tidak ketinggalan menyumbang masa mereka untuk mengisi soal selidik ini iaitu dengan
kekerapan sebanyak 13 orang (22%) dan juga Alumni UiTM sebanyak 4 orang (7%). Walau
bagaimanapun, mereka yang berstatus lain-lain juga turut terlibat dalam kajian ini iaitu dengan
kekerapan kedua tertinggi iaitu 15 orang dan nilai peratusan 25.

6.1.6 Sila Nyatakan (Jika bukan pelajar UiTM)

Ruangan kosong telah disediakan untuk responden menyatakan identiti dan status mereka
sekiranya mereka bukan pelajar UiTM. Berdasarkan jawapan daripada responden, berikut
merupakan ringkasan jadual kekerapan dan rajah status responden:

23
SILA NYATAKAN (JIKA BUKAN PELAJAR
UITM) KEKERAPAN PERATUS (%)

UNISZA 5 8%

UUM 3 5%

UKM 2 3%

VENDOR TECH 1 2%

ALUMNI UNIVERSITI LAIN 3 5%

USAS 2 3%

SMK 1 2%

USM 2 3%

UITM 41 68%

Jadual 6: Sila Nyatakan (jika bukan pelajar UiTM)

24
Rajah 6: Demografi responden berdasarkan Sila Nyatakan (Jika Bukan Pelajar UiTM)

Rajah 6 di atas menunjukkan hasil pengisian tempat kosong oleh responden yang bukan pelajar
Uitm. Berdasarkan rajah, majoriti responden adalah merupakan pelajar UiTM sebanyak 68%
manakala pelajar UNISZA adalah responden kajian dengan kekerapan tertinggi selepas Uitm
iaitu sebanyak 5 orang (8%). Selain itu, responden lain adalah merupakan pelajar-pelajar
daripada UUM sebanyak 3 orang (5%), Alumni Universiti lain sebanyak 3 orang (5%), UKM
sebanyak 2 orang (3%), USAS sebanyak 2 orang (3%), dan USM sebanyak 2 orang (3%).
Terdapat juga seorang responden dari SMK dan seorang lagi merupakan pekerja di Vendor Tech
dengan peratusan nilai masing-masing adalah 2%.

25
6.2 BAHAGIAN B: USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN KERAJAAN
DALAM BIDANG PENDIDIKAN UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN ETNIK

Bahagian B ini memberi penjelasan mengenai persepsi responden mengenai kewajaran


usaha-usaha yang boleh dilakukan kerajaan dalam bidang pendidikan untuk merapatkan
hubungan etnik. Terdapat 10 pernyataan mengenai usaha-usaha yang boleh dilakukakan oleh
kerajaan dan di setiap pernyataan berikut telah dipecahkan kepada 5 pilihan jawapan mengikut
format skala likert yang sama iaitu; Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Tidak Pasti (TP), Tidak
Setuju (TS), dan Sangat Tidak Setuju (STS). Berikut merupakan senarai hasil dapatan kajian
yang telah dijalankan.

BIL PERNYATAAN SS S TP TS STS

1 Kerajaan perlu mewujudkan kurikulum 29 15 5 10 1


yang sama untuk semua pelajar.
(48%) (25%) (8%) (17%) (2%)

2 Pelaksanaan sistem peperiksaan yang 34 23 2 1 0


seragam penting untuk menyatupadukan
(57%) (38%) (3%) (2%) (0%)
pelajar berbilang kaum di samping
mewujudkan keperibadian yang sama.

3 Kerajaan perlu menambah satu subjek 30 24 5 1 0


tambahan bahasa asas seperti Bahasa
(50%) (40%) (8%) (2%) (0%)
Mandarin dan Bahasa Tamil kepada
pelajar. Hal ini dapat menambah
pengetahuan bahasa asas disamping
mengeratkan perpaduan antara pelajar.

26
4 Sekolah seharusnya menekankan tentang 44 14 2 0 0
kepentingan subjek Pendidikan Sivik
(73%) (23%) (3%) (0%) (0%)
dan Kewarganegaraan.

5 Pelaksanaan Program Perpaduan yang 39 18 3 0 0


difokuskan untuk meningkatkan
(65%) (30%) (5%) (0%) (0%)
keupayaan pelajar untuk menerima
perbezaan. Antara nilai yang paling
perlu dipupuk adalah bersikap terbuka,
bertoleransi, bekerjasama serta percaya
kepada kaum lain.

6 Program mentor-mentee yang 38 20 1 1 0


melibatkan guru dan murid daripada
(63%) (33%) (2%) (2%) (0%)
pelbagai kaum perlu dilaksanakan untuk
menyediakan peluang interaksi dan
meningkatkan keupayaan menerima
antara guru dan murid berlainan kaum.

7 Program Rancangan Intergrasi Murid 37 19 3 1 0


untuk Perpaduan (RIMUP) yang
(62%) (32%) (5%) (2%) (0%)
dilaksanakan oleh pihak kementerian
dapat mengeratkan perpaduan antara
pelajar pelbagai kaum.

27
8 Pihak sekolah perlu melaksanakan hari 38 19 2 1 0
Bahasa Kebangsaan pada hari tertentu
(63%) (32%) (3%) (2%) (0%)
dalam seminggu agar pemahaman
pelajar terhadap Bahasa Kebangsaan
dapat ditingkatkan.

9 Kerajaan haruslah mengeratkan 37 21 1 1 0


perpaduan kaum sesama etnik dengan
(62%) (35%) (2%) (2%) (0%)
melaksanakan tempat pendidikan yang
khusus melibatkan semua kaum dan
etnik di Malaysia agar tiada berlaku
perselisihan kaum pada masa akan
datang.

10 Bagi mengelakkan diskriminasi antara 39 20 1 0 0


sesama etnik di Malaysia, kerajaan dan
(65%) (33%) (2%) (0%) (0%)
institusi pendidikan awam haruslah
sentiasa memberi kesedaran moral
terhadap generasi muda terutamanya
pelajar sekolah melalui media sosial
yang menjadi teras utama hubungan
antara masyarakat masa kini.

Jadual 6.2.1

28
Rajah 6.2.1 Bilangan kekerapan dan peratusan responden mengenai pernyataan usaha-usaha
yang perlu dilakukakan kerajaan dalam bidang pendidikan.

Rajah 6.2.1 di atas adalah merupakan statistik hasil kajian yang dilakukan terhadap 60 orang
responden demi mengenalpasti persepsi responden terhadap usaha-usaha yang boleh dilakukan
kerajaan dalam bidang pendidikan untuk merapatkan hubungan etnik. Berdasarkan 10
pernyataan mengenai usaha-usaha yang boleh dilakukakan oleh kerajaan dalam soal selidik yang
telah dijalankan, pengkaji berjaya mengumpul respons untuk di analisa berdasarkan skala likert
yang telah dijawab oleh responden.

Pernyataan pertama dalam Bahagian B ini ialah kerajaan perlu mewujudkan kurikulum yang
sama untuk semua pelajar. Kategori pernyataan ini telah mencatatkan peratusan responden
sebanyak 48% dengan jumlah kekerapan 29 orang Sangat Setuju dengan pernyataan ini. Selain

29
itu, jumlah responden yang Setuju dengan pernyataan ini adalah sebanyak 15 orang (25%)
manakala jumlah responden yang Tidak Pasti pula adalah sebanyak 5 orang (8%). Terdapat juga
responden yang Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju dengan pernyataan ini iaitu sebanyak 10
orang (17%) dan 1 orang (2%).

Pernyataan kedua dalam soal selidik ini adalah mengenai pelaksanaan sistem peperiksaan yang
seragam penting untuk menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan
keperibadian yang sama. Berdasarkan pernyataan, sebanyak 34 orang responden atau 57%
Sangat Setuju, 23 orang responden atau 38% Setuju, manakala 2 orang responden (3%) Tidak
Pasti dan 1 orang (2%) responden mengatakan Tidak Setuju untuk pernyataan kedua ini.

Seterusnya, pernyataan ketiga ialah kerajaan perlu menambah satu subjek tambahan bahasa asas
seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil kepada pelajar. Hal ini dapat menambah
pengetahuan bahasa asas disamping mengeratkan perpaduan antara pelajar. Berdasarkan
pernyataan berikut, sebahagian daripada responden iaitu 30 orang (50%) responden Sangat
Setuju dan 24 orang (40%) responden turut Setuju dengan pernyataan ketiga ini. Walau
bagaimanapun, 5 orang responden atau 8% daripada 100% responden adalah Tidak Pasti sama
ada usaha ini wajar dilakukan atau tidak manakala lagi seorang responden adalah Tidak Setuju
dengan usaha ini.

Untuk pernyataan yang keempat adalah melibatkan sekolah di mana sekolah seharusnya
menekankan tentang kepentingan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Sebanyak 44
orang responden (73%) Sangat Setuju dengan pernyataan ini manakala sebanyak 14 orang
responden (23%) mengatakan Setuju dan lebihan 2 responden (3%) adalah Tidak Pasti akan
kewajaran usaha ini.

30
Di samping itu, dalam Bahagian B ini turut mempunyai pernyataan untuk pelaksanaan Program
Perpaduan yang difokuskan untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk menerima perbezaan.
Antara nilai yang paling perlu dipupuk adalah bersikap terbuka, bertoleransi, bekerjasama serta
percaya kepada kaum lain. Berdasarkan pernyataan yang telah dikemukan, sebilangan besar
responden iaitu 39 orang responden (65%) Sangat Setuju, 18 orang responden (30%) Setuju dan
3 orang responden (5%) Tidak Pasti akan pernyataan pelaksanaan Program Perpaduan ini.

Pernyataan yang berikutnya adalah mengenai program mentor-mentee yang melibatkan guru dan
murid daripada pelbagai kaum perlu dilaksanakan untuk menyediakan peluang interaksi dan
meningkatkan keupayaan menerima antara guru dan murid berlainan kaum. Berdasarkan Rajah
6.2.1, jumlah responden yang Sangat Setuju dengan pernyataan ini adalah sebanyak 38 orang
responden iaitu 63%, 20 orang responden (33%) Setuju, dan sama kekerapan iaitu 1 orang dan
2% untuk masing-masing responden yang Tidak Pasti dan Tidak Setuju.

Selain itu, untuk pernyataan yang ketujuh pula, sebanyak 37 orang responden (63%) Sangat
Setuju dan 20 orang responden (33%) Setuju manakala lebihan 2 orang lagi menyatakan Tidak
Pasti dan Tidak Setuju dengan pernyataan program Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan
(RIMUP) yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dapat mengeratkan perpaduan antara
pelajar pelbagai kaum.

Menerusi kajian ini juga, sebanyak 38 orang responden (63%) adalah Sangat Setuju dengan
pernyataan yang kelapan. Pernyataan kelapan adalah pihak sekolah perlu melaksanakan hari
Bahasa Kebangsaan pada hari tertentu dalam seminggu agar pemahaman pelajar terhadap Bahasa
Kebangsaan dapat ditingkatkan. Berdasarkan pernyataan ini juga, 19 orang responden (32%)
Setuju, 2 orang responden (3%) Tidak Pasti manakala lagi seorang Tidak Setuju.

31
Pernyataan yang seterusnya pula mengemukakan bahawa kerajaan haruslah mengeratkan
perpaduan kaum sesama etnik dengan melaksanakan tempat pendidikan yang khusus melibatkan
semua kaum dan etnik di Malaysia agar tiada berlaku perselisihan kaum pada masa akan datang.
Berdasarkan Rajah 6.2.1, jumlah responden yang Sangat Setuju adalah 37 orang responden
(62%) dan jumlah responden yang Setuju adalah 21 orang responden (35%). Terdapat juga
responden yang menyatakan beliau Tidak Pasti dan ada juga yang Tidak Setuju dengan
pernyataan ini.

Akhir sekali, berdasarkan pernyataan terakhir iaitu bagi mengelakkan diskriminasi antara sesama
etnik di Malaysia, kerajaan dan institusi pendidikan awam haruslah sentiasa memberi kesedaran
moral terhadap generasi muda terutamanya pelajar sekolah melalui media sosial yang menjadi
teras utama hubungan antara masyarakat masa kini. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan,
sejumlah besar responden dengan kekerapan 39 orang dan 65% Sangat Setuju dan 20 orang
kekerapan (33%) adalah Setuju dengan pernyataan ini. Namun demikian, masih terdapat seorang
responden yang menyatakan Tidak Pasti untuk pernyataan terakhir ini.

   

32
7.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 

Secara rumusnya, pengkaji telah mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian iaitu
mengenal pasti persepsi responden mengenai usaha-usaha yang boleh dilakukan kerajaan dalam
bidang pendidikan untuk merapatkan hubungan etnik. Oleh itu, bahagian ini akan merumuskan
hasil dapatan kajian yang telah dilakukan.

Berdasarkan kajian bahagian Demografi, responden kajian adalah terdiri daripada sebilangan
besar responden Perempuan yang berusia lingkungan 21 ke 23 tahun daripada fakulti Pengurusan
dan Perniagaan. Mereka juga adalah majoriti merupakan pelajar semasa UiTM.

Seterusnya, berdasarkan kajian bahagian B pula dapat dirumuskan bahawa hampir majoriti
daripada responden adalah sangat bersetuju dengan setiap pernyataan usaha-usaha untuk
dilakukan oleh kerajaan seperti yang telah dikemukakan dalam borang soal selidik kajian.
Namun, terdapat juga responden yang menyatakan tidak pasti dan ada juga yang tidak bersetuju
dengan pernyataan-pernyataan yang telah diberikan. Kemungkinan adalah kerana pernyataan itu
mungkin kurang jelas pada pemahaman responden.

Jadi, kesimpulan yang diperoleh daripada kajian ini adalah kerajaan dapat merapatkan hubungan
etnik di Malaysia sekiranya kerajaan mempraktikkan usaha-usaha yang boleh dilakukan kerajaan
dalam bidang pendidikan untuk merapatkan hubungan etnik seperti yang telah dikemukakan
menerusi kajian ini.

   

33
8.0 BIBLIOGRAFI DAN ETIKA   
 
i.  Fadhilah  Arina,  ​Dapatan  Kajian  dan  Perbincangan  Retrieved  05  Dec  2020  From: 
https://www.academia.edu/7490858/4_0_DAPATAN_KAJIAN_DAN_PERBINCANGAN  
ii  .  Dr  Azhar  Bin  Abdul  Rahman,(2019)  ​Sejarah  Malaysia  dan  Hubungan  Etnik  Retrieved  07 
Dec 2020  
iii.  Enizahura  Abd  Aziz,  Jan  31  2020,  ​Harmonikan  Hubungan  Masyarakat  Pelbagai  Kaum, 
Retrieved  06  Dec  2020  from  : 
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan-hubungan-masyara
kat-pelbagai-kaum  
iv.  Hamidah Abd Rahman, Jan 2011, ​Kajian Tinjauan Hubungan Etnik Dalam Kalangan Pelajar 
Tahun Satu Di Kampus Johor Bharu. ​Retrieved 09 Dec 2020. 

34

You might also like