You are on page 1of 8

KERTAS LAPORAN KERJA

CTU 553 / 554


HUBUNGAN ETNIK / PENGAJIAN MALAYSIA
UiTM CAWANGAN PERLIS
SEMESTER 4

Tajuk Laporan

KAJIAN MENGENAI USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN KERAJAAN DALAM


BIDANG PENDIDIKAN UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN ETNIK

MARKAH KERTAS KERJA Markah Diperolehi


Pendahuluan (1%)

Pernyataan Masalah (2%)

Objektif Kajian (1%)

Kajian Literatur (3%)

Metodologi Kajian (2%) 20


Dapatan Kajian (8%)

Rumusan & Kesimpulan (1%)

Bibliografi & Etika (2%)

JUMLAH MARKAH (20%)

Maklumat Ahli Kumpulan


Nombor Kumpulan Kod
Pelajar Program

1 NUR IZANIE BT. ISMAIL 201936145 RBA2424A BA242


5
2 NUR AMIRA BINTI EFFENDI 201936140 RBA2424A BA242
9
3 NUR ’AISYAH BINTI ABDUL MALEK 201958198 RBA2424A BA242
7
4 NORSHAFINAZ BINTI MAD ISA 201935935 RBA2424A BA242
3
5 NUR ATIQAH BINTI AHMADSABRY 201971332 RBA2424A BA242
5
No Telefon Bimbit ( Ketua Sahaja) 019-5785309

Nama Pembentang Idea dan Susunan Penyampaian Kreati Kemahiran


Pemikiran Pembentan (4%) viti Berpasukan
Kritis (4%) gan (4%) (4%)
(4%)

1 NUR IZANIE BT. ISMAIL

2 NUR AMIRA BINTI EFFENDI

3 NUR ’AISYAH BINTI ABDUL MALEK

4 NORSHAFINAZ BINTI MAD ISA

5 NUR ATIQAH BINTI AHMADSABRY


PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala pujian kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya , kami telah
berjaya melaksanakan kertas laporan kerja ini. Semasa melaksanakan kerja kursus ini , kami
telah mendapat beberapa bantuan dan sokongan daripada ibu bapa , pensyarah dan  rakan –
rakan seperjuangan dalam menghasilkan kerja laporan kerja ini. Kami juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana memberikan kebenaran kepada
saya dan ahkli-ahli kumpulan saya untuk menjalankan kertas laporan kerja ini.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan
kami terutamanya Nur Izanie , Nur Atiqah , Norshafinaz , Nur ‘Aisyah dan juga Nur Amira
kerana sudi memberikan bantuan ketika saya menghadapi masalah semasa menjalankan kerja
kursus ini.

Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terdiri daripada pensyarah ,
ibu bapa , pihak kajian dan rakan – rakan telah membantu saya dalam menghasilkan kerja
kursus ini dengan baik. Oleh itu , kerjasama yang diberikan amat dihargai.
SENARAI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN MUKA SURAT


.
1. Penghargaan

2. Senarai Kandungan

3. Abstrak

4. Pendahuluan

5. Pernyataan Masalah

6. Objektif Kajian

7. Kajian Literatur

8. Metodologi Kajian

9. Dapatan Kajian

10. Rumusan & Kesimpulan

11. Bibliografi & Etika


ABSTRAK

KAJIAN MENGENAI USAHA-USAHA DILAKUKAN KERAJAAN DALAM


BIDANG PENDIDIKAN UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN ETNIK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji peranan kerajaan dalam pembentukan
perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar. Objektif kajian ini merangkumi tiga perkara
iaitu mengenal pasti tahap hubungan antara kaum dan melihat usaha-usaha yang dilaksanakan
oleh pihak kerajaan dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam
merapatkan perpaduan antara etnik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.
Teknik pengumpulan data dilakukan melalui borang soal selidik dan pemerhatian. Seramai 60
orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dalam kajian
ini.

Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju dengan setiap pernyataan


usaha-usaha atau langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam merapatkan hubungan
etnik . Pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membentuk perpaduan antara etnik
melalui sambutan perayaan, hari sukan, aktivit kokurikulum, perkhemahan dan sebagainya.
Namun begitu, terdapat juga kekangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam membentuk
perpaduan iaitu masalah dari penggunaan bahasa dan kekurangan penglibatan pelajar dalam
aktiviti yang dijalankan.

Antara usaha yang dilaksanakan adalah bagi masalah tersebut adalah melalui
pelaksanaan program perpaduan, mewujudkan kokurikulum yang sama untuk semua pelajar,
Kerajaan perlu menambah satu subjek tambahan bahasa asas seperti Bahasa Mandarin dan
Bahasa Tamil, melaksanakan hari Kebangsaan dan sebagainya. Secara keseluruhan, kerajaan
berperanan sebagai platform yang penting dalam membentuk perpaduan etnik dan
menyediakan persekitaran yang baik untuk pelajar berinteraksi dalam pelbagai etnik. Hasil
kajian ini dapat membantu guru, pensyarah dan pelajar daripada pelbagai insitusi pendidikan
dalam meningkatkan lagi hubungan sosial antara etnik di sekolah, ipta, ipts dan yang lain-
lain.

PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan sesuatu perkara yang amat penting sekali oleh masyarakat di
seluruh dunia sejak dahulu kala lagi. Ini kerana pendidikan bukan sahaja mempengaruhi diri
secara secara perseorangan malahan seluruh bangsa dan Negara. Selain itu, pendidikan
merupakan asas pembangunan dan perkembangan dalam diri seseorang itu yang akan
membawa inovatif dan kemajuan kepada bangsa dan Negara dalam menuju ke arah
merealisasikan wawasan Negara. Ia menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi
kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Menurut Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha


berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mendapat kesejahteraan diri serta
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Dalam kajian ini, usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan
untuk merapatkan hubungan dan perpaduan antara etnik akan dikaji menggunakan kaedah
kualitatif dan kuantitatif. Teknik pengumpulan data dilakukan melalui borang soal selidik dan
pemerhatian. Melalui kajian ini akan dapat kita lihat bagaimana usaha dan langkah
memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan yang merapatkan lagi
hubungan dan perpaduan di antara etnik di Malaysia.
PERNYATAAN MASALAH

Sejak kebelakangan ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan seperti
Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai langkah-langkah untuk mengatasi permasalahan
kaum di antara etnik di Malaysia ini.Selain itu, masih terdapat lagi pelajar-pelajar di Malaysia
dapat merapatkan hubungan antara kaum ketika di persekolahan yang biasa. Namun begitu,
masih ada lagi sekolah-sekolah yang lain masih utamakan kaum seperti sekolah Tamil,
sekolah cina dan lain-lain. Dengan adanya persekolahan ini, mereka kurang terdedah dengan
pergaulan dengan kaum-kaum yang lain seperti melayu, iban dan kaum yang lain. Ini menjadi
cabaran kepada kerajaan dalam membina sebuah Negara Bangsa yang rakyatnya berintegrasi
seepenuhnya.

Di samping itu, wujud juga segregasi dari sudut pendidikan dengan kewujudan
sekolah Vernakular sebelum merdeka dan sehingga kini. Ini menjadikan rakyat Malaysia
terpisah dari sudut penempatan dan pendidikan sejak kecikl lagi. Segregasi pendidikan
berlaku dari tadika hinggalah berperingkat universiti dengan kewujudan universiti berasaskan
kaum atau dominasi kaum-kaum tertentu seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Asian Institute of Medical, Science
and Technology (AIMST University). Segregasi dari kedua-kedua perkara ini jika tidak
ditangani dengan baik oleh kerajaan akan terus menjadi penghalang utama integrasi rakyat
Malaysia.

Secara literalnya, perbuatan menyesuaikan diri dengan orang lain atau persekitaran
supaya menjadi selaras dan sesuai dengan keadaan. Dalam hubungan etnik, proses berlaku
apabila etnik mula menyedari dan memahami budaya (perbuatan dan pemikiran) etnik lain.
Ini kerana kerap berlakunya pertemuan, bertegur sapa dan bergaul. Biasanya tempat
pertemuan adalah kawasan awam seperti sekolah ataupun university dan institusi pengajian
yang lain.
Apabila pertemuan semakin kerap, maka etnik yang berbeza ini mula saling kenal
mengenali budaya atau hidup di antara mereka. Keadaan ini seterusnya mewujudkan rasa
hormat, bertolak ansur, tolong menolong dan saling memahami. Masing-masing etnik bebas
mengamalkan budaya sendiri dan saling hormati budaya lain. Sebarang perselisihan dapat
diselesaikan dengan mudah melalui musyawarah atau tolak ansur kerana tidak wujud sikap
curiga mencurigai.

You might also like