You are on page 1of 14

MPU3182 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TUGASAN 3 : LAPORAN BERTULIS (30%)

PENSYARAH : PN. HARFIDA BINTI WILLIE

KUMPULAN 10

TAJUK:PENGASINGAN SUKAN MENGIKUT KAUM DI PERINGKAT SEKOLAH

NAMA NO. MATRIK

LE ANN PAUL PASKASHIOUS 75371

UMI MARDYNA BINTI AZAM 73864

SARAH KUEK ANAK TERRY 76697

GLORIA INDA ANAK BANYANG 74911

MOHD AFIQ BIN AHMAT 75711

SOFTY GLORIA ENSUI 73844

ARTHUR BIN MARCELLINUS 74192

MONICA TIPONG ANAK NALONG 77422

JEFFERY LAU KEONG HUI 77416

SHERLEY EMYLIA ANAK HENRY 77449

CAROLINA ANAK CASSIDY 74339


ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

Pendahuluan 2

Pengenalan 3-4

Objektif dan Persoalan Kajian 5

Kaedah Kajian 5

Perbincangan Kajian 6-10

Kesimpulan 11

Rujukan 12-13

1
PENDAHULUAN

Isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum-kaum dari
segi aspek fizikal, bahasa, agama dan sebagainya. Isu-isu sensitif di Malaysia pula membawa
maksud seperti isu-isu sensitif seperti hak-hak istimewa orang Melayu, status quo, Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan lain-lain. Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan secara
terbuka kerana akan mencetuskan pergaduhan sesama kaum atau etnik-etnik di Malaysia. Isu
perkauman ini adalah salah satu sebab yang akan membawa kepada berlakunya insiden yang
tidak diingini seperti rusuhan, tunjuk perasaan, perhimpunan awam dan sebagainya. Oleh
sebab itu, isu-isu sensitif ini amatlah berbahaya untuk dibahaskan. Tambahan pula, isu-isu
perkauman dan isu-isu sensitif ini boleh menggugat perpaduan dan keharmonian sesama
kaum, perbalahan antara kaum dan ketenteraman awam akan terjejas. Tegasnya isu-isu sensitif
ini akan menjejaskan imej negara kita dan menjejaskan ekonomi negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique mengatakan bahawa


sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk menyemai semangat perpaduan (Mastura
Suradi, 2021). Walaupun semangat perpaduan amat dititikberatkan di negara kita, isu
perkauman di peringkat sekolah masih lagi berlaku.

PENGENALAN

2
Baru-baru ini, pada bulan April 2021, telah timbul satu isu perkauman yang berlaku di
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Luar, Batu Pahat. Menurut Datuk Dr Mah Hang
Soon, Timbalan Menteri Pendidikan negara kita, sekolah ini telah menetapkan dan
membataskan aktiviti sukan dan kokurikulum berdasarkan kaum para pelajar. Contohnya,
pelajar lelaki Melayu hanya dibenarkan untuk menyertai bola takraw dan bola sepak, pelajar
perempuan Melayu hanya dibenarkan untuk menyertai bola jaring dan pelajar lelaki serta
perempuan Cina hanya boleh menyertai ping pong dan bola keranjang. Bukan itu sahaja,
sekolah ini juga telah mewujudkan batasan kaum dalam penyertaan beberapa kelab. Misalnya,
kelab Interact dan kelab Pendidikan Moral hanya dihadkan kepada pelajar Cina dan India
sahaja. Syarat ini telah diletakkan untuk pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Satu
sekolah tersebut.

Rajah 1. Syarat kaum bagi pendaftaran pelajar Tingkatan 1 di SMK Dato Bentara Luar.

Isu perkauman yang berlaku pada peringkat sekolah ini telah menular melalui
perkongsian Twitter dan mencetuskan kemarahan serta perasaan tidak berpuas hati bukan

3
sahaja dalam kalangan rakyat malah dalam kalangan ahli politik dan pemerintah-pemerintah
negara juga. Timbalan Menteri Pendidikan telah menggesa sekolah tersebut untuk mengubah
dasar itu dengan segera dan menegaskan bahawa aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia
adalah untuk mewujudkan semangat perpaduan dan bukanlah untuk memecahbelahkan para
pelajar mengikut kaum dan warna kulit mereka (Nazrin Zulkafli, 2021). Perbuatan sebegini juga
bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan negara kita. Selain itu, Menteri Belia
dan Sukan iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah mengatakan perbuatan
tersebut adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku pada abad-21 ini kerana sukan
dianggap sebagai salah satu agen perpaduan yang penting terutamanya pada peringkat
sekolah. Tambahan pula, perbuatan mengasingkan pelajar mengikut kaum dalam aktiviti sukan
adalah bertentangan dengan Dasar Sukan negara kita (Muhammad Amnan Ibrahim, 2021).
Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Idris telah menegaskan bahawa tindakan tersebut tidak
selaras dengan “Bangsa Johor” yang menitikberatkan perpaduan antara semua rakyat Johor.
Pengetua SMK Dato Bentara Luar juga telah menghadap Tunku Ismail untuk mengatasi
masalah ini. (Khairul Mohd Ali, 2021)

Berikutan isu ini, pihak pentadbiran sekolah tersebut telah memohon maaf. Pengetua
sekolah tersebut, En Abdul Razak Hamid telah mengatakan bahawa isu ini tidak disengajakan
dan tidak berniat untuk mencetuskan isu perkauman (Essa Abu Yamin, 2021) Pihak pentadbiran
sekolah tersebut telah mengemukan permohonan maaf secara rasmi dan melakukan
penambahbaikan dalam sistem sekolah mereka dengan segera.

Isu sebegini berpotensi untuk mewujudkan batasan perkauman dan mengelakkan


perpaduan serta integrasi antara pelajar berbilang kaum pada peringkat sekolah. Lebih teruk
lagi, isu perkauman ini dapat mewujudkan perselisihan faham dan pergaduhan antara rakyat
berbilang kaum di Malaysia. Ini akan menggugat keamanan serta kemakmuran negara yang
telah dicapai.

OBJEKTIF

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang isu semasa iaitu pengasingan aktiviti sukan

4
dan kokurikulum yang berlaku di sekolah dalam negara kita. Isu tersebut turut berkait rapat
dengan keharmonian dan kemakmuran rakyat berbilang kaum. Perkara ini perlu dianggap
sebagai isu yang signifikan bagi menjalinkan hubungan yang harmoni antara kaum. Jadi, kajian
ini telah dijalankan untuk menghuraikan isu semasa ini.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah


● Bagaimanakah isu perkauman tersebut dapat dikaitkan dengan ilmu falsafah dan dialog
antara budaya?
● Bagaimanakah perspektif perbandingan falsafah dapat digunakan sebagai asas bagi
menjalinkan dialog antara budaya dalam membincangkan isu pengasingan sukan
berasaskan kaum di sekolah?

KAEDAH KAJIAN

Antara kaedah kajian yang telah digunakan ialah:


1. Kaedah analisis dokumen. Kami telah merujuk serta menganalisis dokumen untuk
menentukan ketepatan fakta yang digunakan dalam kajian ini.
2. Kaedah melayari internet. Kami telah melayari laman sesawang bagi mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan kajian. Kami telah memperoleh kebanyakan maklumat
dengan menggunakan kaedah ini. Antaranya ialah artikel yang ditulis oleh Harian Metro
dan Utusan.

PERBINCANGAN
DIALOG ANTARA BUDAYA MENGENAI ISU PERKAUMAN

5
Isu membahagikan murid mengikuti kaum di sekolah amat penting untuk kami
membendungkan. Persekitaran seperti ini akan menghasilkan generasi baru yang tidak
bersepadu dan tidak harmoni. Isu yang dikemukakan adalah isu mengenai pihak sekolah
mengasingkan murid mengikuti kaum untuk kelab kokurikulum. Disenaraikan pada surat
pendaftaran kokurikulum sekolah tersebut adalah sepak takraw bagi pelajar lelaki Melayu
sahaja, bola sepak untuk pelajar lelaki Melayu sahaja, manakala murid Cina hanya boleh
menyertai bola keranjang (Farhani, 2021).

Dialog antara budaya merupakan interaksi di antara kaum, etnik dan peradaban
(Budaya Dialog, 2014). Sistem pendidikan di institut-institut pengajian sepatutnya menjadi titik
permulaan perpaduan dan tempat dialog antara budaya terjalin, tetapi hakikatnya masih wujud
isu-isu perkauman yang menghalang dialog antara budaya, etnik dan kaum untuk terjalin.
Melihat realiti semasa, seperti yang terdapat di dalam isu pembahagian murid mengikut kaum di
sekolah, menyatakan bahawa masih terdapat rakyat Malaysia yang mempunyai sifat
diskriminasi kaum secara tidak sedar. Oleh itu, amat penting untuk masyarakat majmuk untuk
mengamalkan dan mengekalkan dialog antara budaya untuk kesejahteraan bersama.

Amat penting untuk pihak sekolah mengekalkan dialog antara budaya supaya generasi
baru tidak berasa terasing kerana berbeza warna kulit dan berbeza latar belakang. Malaysia
mengandungi pelbagai budaya yang berbeza dan disebabkan ini rakyat hendaklah
membiasakan diri dengan pemikiran terbuka untuk menerima individu walaupun beza
pandangan, agama, atau gaya hidup.

Institusi-institusi di Malaysia perlu mewujudkan budaya dialog di antara kaum ini untuk
mengekalkan harmoni, persefahaman dan kehormatan di antara semua budaya. Isu
pembahagian murid mengikuti kaum ini membuangkan hubungan yang telah dipupuk di antara
rakyat dan akan menyebabkan murid tidak bersefahaman antara satu sama lain. Dengan ini,
mereka akan mengasingkan diri mereka daripada kaum yang berlainan. Justeru itu, isu rasis,
diskriminasi dan buli akan berlanjutan.

Selain itu, isu ini hendaklah dibendung untuk mengelakkan kehancuran perpaduan dan
masa hadapan negara. Para pelajar juga harus lebih aktif untuk bergaul dan berkomunikasi
dengan rakan- rakan yang berlainan kaum dan budaya. Hal ini sekaligus membiasa para pelajar
untuk mengimplementasi dialog antara budaya ke dalam kehidupan seharian terutamanya di

6
institut pengajian. Kita seharusnya mengambil kesempatan untuk menyemai benih-benih
perpaduan ke dalam jiwa pelajar semenjak di bangku sekolah lagi. Sebagai sebuah negara
yang kaya dengan pelbagai masyarakat dan budaya, perpaduan rakyat amat signifikan. Para
pelajar perlu bergaul mesra antara satu sama lain ketika berada di sekolah untuk
menyemarakkan semangat perpaduan.

Oleh hal yang demikian, tembok yang memisahkan para pelajar di sekolah dapat
dirobohkan dengan wujudnya dialog antara budaya yang sangat memainkan peranan yang
penting. Dengan ini diharapkan bahawa usaha-usaha yang efektif akan digiatkan dalam usaha
untuk menyemai semangat perpaduan kaum dalam sanubari para pelajar berbilang kaum
sekaligus membanteras perkara yang boleh meruntuhkan perpaduan di dalam negara.

ISU PERKAUMAN DARI PERSPEKTIF FALSAFAH

I. Falsafah Rukun Negara

Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mempengaruhi Kerajaan Perikatan
untuk menyatukan semula rakyat Malaysia dengan melancarkan Rukun Negara. Rukun Negara
ditubuhkan dengan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira
kaum, menghasilkan kemakmuran negara dengan sifat keadilan yang dibentuk oleh masyarakat
dan fikiran yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang heterogen.

Lima prinsip Rukun Negara Malaysia, jika diteliti dan dihayati oleh semua masyarakat
Malaysia tentu akan menanam benih perpaduan. Rukun Negara mampu membentuk generasi
punya nilai murni tinggi. Perpaduan negara adalah perkara yang harus sentiasa dititikberatkan
dalam pembangunan dan pentadbiran negara supaya ia mampu mengekalkan kebebasannya
sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Keutuhan perpaduan yang terjalin di
negara ini mampu menjadikan tahap pencapaian ekonomi negara meningkat agar taraf hidup
rakyat sentiasa berkembang maju. Keharmonian masyarakat Malaysia yang aman dan makmur,
kecemerlangan dalam bidang pendidikan, bersatu padu, dan berwawasan akan wujud kerana
mampu melahirkan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang berjiwa perpaduan tanpa
mengira kaum.

Prinsip-prinsip Rukun Negara dapat diterapkan dalam kalangan pelajar semasa alam

7
persekolahan. Perkara ini perlulah disemai dalam kalangan pelajar bertujuan untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai nilai perpaduan kaum yang tinggi. Program-program di sekolah
berusaha untuk menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara dengan pelbagai kaedah seperti
pemahaman, penghayatan dan pengamalan. Langkah ini adalah untuk melahirkan negara yang
bersatu-padu, demokratik, liberal dan masyarakat yang nilai moral tinggi, beretika, bertolak
ansur dan adil. Faktor ini semua berasaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Oleh demikian, prinsip-prinsip Rukun Negara haruslah dijadikan sebagai amalan oleh
semua lapisan masyarakat Malaysia terutamanya golongan mahasiswa dan mahasiswi yang
merupakan pemimpin generasi pada masa hadapan dalam memupuk sebuah masyarakat maju
yang mengutamakan nilai-nilai murni, berdisiplin, mempunyai semangat cintakan negara serta
menghormati dasar-dasar negara.

II. Falsafah Pendidikan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah diisytiharkan secara rasmi pada tahun 1988.
Tujuannya adalah menentukan landasan, arah dan sumber inspirasi kepada pelbagai pihak
dalam melaksanakan rancangan dalam bidang Pendidikan. Falsafah tersebut juga dikenali
sebagai Falsafah Pendidikan Negara dahulu. Ia dibentuk dan mempunyai pelbagai matlamat
dalam melahirkan individu yang harmoni dan seimbang dalam pelbagai aspek ‘JERIS’ agar
menjadi individu yang berwawasan serta bijaksana.

Matlamat falsafah Pendidikan dapat dikaitkan dengan isu sekolah yang membahagikan
pelajar mengikut kaum iaitu mengurangkan jurang perbezaan antara pelajar di sekolah. Hal ini
dikatakan demikian kerana hampir setiap sekolah mempunyai pelajar yang pelbagai kaum tidak
kira sekolah Cina, Melayu atau India. Oleh itu, sekolah memainkan peranan yang penting dalam
meningkatkan integrasi dalam kalangan pelajar serta membentuk pelajar yang bersifat
persefahaman dan bertoleransi supaya dapat mewujudkan pelajar yang bersatu padu walaupun
pelbagai latar belakang yang berbeza.

Menurut Utusan Malaysia (2000), konsep Sekolah Wawasan diwujudkan bagi


meningkatkan kesepaduan dalam kalangan pelajar untuk menyatukan sekolah sebagai satu
sistem Pendidikan kerana sebelum ini sekolah tidak berkonsep wawasan. Konsep tersebut
dapat mewujudkan suasana keadaan kelas menjadi lebih variasi kerana pelajar yang pelbagai
kaum saling berinteraksi dan mempelajari ilmu yang diperolehi bersama. Penggabungan
sekolah dalam kalangan murid yang pelbagai kaum dapat memupuk semangat integrasi dalam

8
kalangan pelajar dari pelbagai aliran. Pembentukan sistem sekolah tersebut bukan sahaja
dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar malah melahirkan jiwa etnik sebagai
warganegara Malaysia.

Aspek perpaduan kaum dalam kalangan pelajar di sekolah perlulah didedahkan dari
awal kerana betapa pentingnya perpaduan dalam membentuk pelajar untuk menjadi
masyarakat yang majmuk dengan tidak bersikap rasis terhadap pelajar yang berlainan kaum.
Keadaan ini melibatkan falsafah Pendidikan kerana sistem Pendidikan dapat membentuk dan
mencorakkan pelajar di sekolah pada masa hadapan. Masalah perselisihan faham perlulah
dielakkan dengan mengamalkan pergaulan secara batas dalam kalangan pelajar. Oleh itu,
pelajar perlu dipupuk dalam meningkatkan integrasi nasional bagi mengeratkan perpaduan dan
falsafah pendidikan juga digunakan bagi mewujudkan pertembungan etnik dalam kalangan
pelajar dalam satu ruangan yang sama.

III. Falsafah Sukan

Falsafah sukan adalah salah satu aktiviti yang dilakukan oleh seluruh masyarakat tanpa
mengira bangsa ataupun agama. Sukan dapat dikategorikan sebagai aktiviti yang banyak
melibatkan aktiviti fizikal yang secara amnya bertujuan untuk pertandingan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Sebagai contoh, permainan sukan seperti bola
sepak dimainkan oleh para atlet yang pelbagai kaum yang disokong oleh pelbagai agama.
Terdapat perpaduan rakyat bersama-sama bersorak untuk menyokong aktiviti yang diadakan.
Hal ini telah menyatupadukan pelbagai kaum di negara kita.

Matlamat falsafah sukan dapat dikaitkan dengan isu sekolah yang membahagikan pelajar
mengikut kaum iaitu untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan yang boleh
dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi perkauman agar mereka dapat bergaul antara satu
sama lain. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah menyatupadukan pelajar daripada pelbagai latar
belakang agama, budaya dan kaum menjadi satu pasukan bagi peringkat sekolah, daerah,
negeri dan negara.

Selain itu, falsafah sukan amat penting dalam kalangan pelajar di sekolah kerana mereka
merupakan generasi muda yang akan membentuk satu imej nasional yang akan menjadikan
masyarakat Malaysia sebagai satu bangsa. Oleh itu, pelajar hendaklah diajar dan diberi

9
kesedaran bagi membendung masalah kelompok suku kaum atau budaya bangsa yang
berpecah dengan nilai-nilai murni yang dipupuk melalui sukan menjadikan individu menjadi
lebih matang dari segala aspek.

KESIMPULAN

Sentimen perkauman ini seharusnya dielakkan terutamanya di sekolah agar pelajar-


pelajar dapat hidup damai dan harmoni dengan pelajar yang berbangsa lain. Seperti yang kita

10
ketahui, pelajar-pelajar di sekolah merupakan aset paling berharga kepada negara dan
kemungkinan sesetengah daripada mereka merupakan pemimpin kepada negara suatu hari
nanti. Oleh itu, situasi pengasingan kokurikulum mengikut kaum ini bukan sahaja memburukkan
keadaan di sekolah malah memberi impak yang negatif dalam sektor ekonomi, sosial dan juga
politik pada masa hadapan. Sikap rasis ini juga wajib disingkirkan dalam kehidupan masyarakat
kini dengan mempraktikkan langkah-langkah yang berkesan. Misalnya, Rancangan Integrasi
Murid untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan salah satu cara untuk kerajaan menghadapi isu
perkauman yang berlaku di peringkat sekolah. Maka, hal ini dapat menerapkan semangat
perpaduan dan integrasi dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

RUJUKAN

“BUDAYA DIALOG”. (2014, April 11).

11
http://miedahrashid.blogspot.com/2014/04/budaya-dialog.html.

Essa Abu Yamin. (2021, April 18). Pentadbiran sekolah mohon maaf asingkan sukan mengikut

kaum.https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/696283/pentadbiran-sekolah-
mohon-maaf-asingkan-sukan-ikut-kaum

Farahani. (2021, April 20). Sekolah asing sukan berasaskan kaum dikecam, ini perkembangan

terbaru. Orangkata.my.https://orangkata.my/isu-semasa/sekolah-asing-sukan-
berasaskan-kaum-dikecam-ini-perkembangan-terbaru/.

Khairul Mohd Ali. (2021, April 19). TMJ ingatkan kejadian ‘perkauman’ tidak berulang.

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/04/tmj-ingatkan-kejadian-perkauman-tidak-
berulang-tmj

KKBS. (2021). Falsafah Sukan. http://www.kkbs.gov.bn/Dasar%20Sukan%20Negara/Falsafah%

20Sukan.aspx

Mastur Suradi. (2021, April 19). Jangan mulakan perpecahan kaum di sekolah.

https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/jangan-mulakan-perpecahan-kaum-di-
sekolah/

Muhammad Amnan Hibrahim . (2021, April 17). KBS bidas tindakan sekolah tetapkan sukan

mengikut kaum. https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/

ampArticle/134027

Nazrin Zulkafli. (2021, April 17). Sekolah tetapkan aktiviti sukan ikut kaum bertentangan aspirasi

KPM. https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/134062

12
Utusan Malaysia. (2000, Disember 16). Kekeliruan Konsep Sekolah Wawasan.

http://arenapendidikanmalaysia.blogspot.com/p/sekolah-wawasan.html

13

You might also like