You are on page 1of 15

FALSAFAH PENDIDIKAN

GC 6033 – ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Tajuk: Isu Gengsterisme di Sekolah Malaysia

1.0 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan keparcayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serat

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Demikianlah murninya hasrat dan semangat Falasafah Pendidikan Negara. Pendidikan

negara bermatlamatkan dan memfokuskan penjanaan warganegara yang mampu memberi

sumbangan bermakna kepada diri masing-masing, masyarakat dan negara. Maksud yang tersurat

dalam Falsafah Pendidikan Negara itu diterjemahkan ke dalam Misi Kementerian Pendidikan

dan menjadi asas kepada usaha ke arah peningkatan dan pengukuhan sistem pen didikan negara

bertaraf dunia. Fokus yang mendasari matlamat utama ini ialah pengembangan potensi pelajar

pada tahap optimum.

Matlamat utama pendidikan itu hanya boleh dicapai amat bergantung kepada wujudnya

iklim sekolah yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Menyedari hakikat ini

maka Kementerian Pendidikan sentiasa memberi penekanan kepada kepentingan pengukuhan


disiplin pelajar dengan menyediakan berbagai-bagai panduan, peratuaran dan dasar disiplin yang

dikuatkuasakan di sekolah-sekolah. Dalam masa yang sama semua Jabatan Pendidikan Negeri

dipastikan mengawal dan membendung pembabitan pelajar dalam sebarang kegiatan berbentuk

negatif. Pendekatan-pendekatan yang dibuat untuk melahirkan suasana kondusif bagi proses

pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Definisi Operasi

2.1 2.1              Kumpulan gengster bermaksud kumpulan seminat yang dianggotai oleh ahli-ahli

yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku dan

penubuhannya melibatkan upacara ritual. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan dan

undang-undang yang ketat dan kumpulan ini umumnya bergerak secara sulit mempunyai

seorang ketua yang mengetuai perancangan dan pelaksanaan program dan aktivitinya.

Sementara itu kumpulan samseng merupakan kumpulan seminat yang dianggotai oleh

samseng-samseng yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai

salah laku. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang

longgar. (Dr.Amir Mohd Selleh, 1999).

2.2 2.2              Gengsterism di sekolah bermaksud kewujudan kumpulan gengster yang

melibatkan para pelajar sekolah harian sebagai ahlinya sama ada sebagai ahli aktif atau

penyokong sesuatu kumpulan dalam melakukan salah laku dan pelanggaran disiplin dan

undang-undang. ((Dr.Amir Mohd Selleh, 1999). Kumpulan pelajar yang terlibat dalam

kumpulan gengster dan samseng terdiri daripada pelbagai jantina, etnik, peringkat umur,

peringkat persekolahan dan jenis tempat kediaman mereka.


 

2.3 2.3              Disiplin secara amnya boleh didefinisikan sebagai latihan terutamanya pemikiran

dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri. (Kamus Dewan, 1984). Laporan

Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979) menyebut disiplin

sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati undang-undang, bekerja mengikut

tatatertib, menghormati hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik, saling

hormat menghormati, tolong menolong dan membaiki keadaan dalam usaha membina.

2.4 2.4              Moral merujuk kepada tingkah laku manusia yang berkaitan mengenai apa yang

betul atau salah, baik atau buruk dan apa yang kita harus buat dan apa yang kita harus

elakkan. Moral juga berkaitan dengan cara manusia berinteraksi antara satu sama lain,

bagaimana tingkahlaku mereka mempengaruhi perasaan dan kepentingan orang lain.

(Iheoma, 1986)

2.5 2.5              Akhlak ialah suatu daya kemampuan iradah yang bersifat tetap dalam diri

manusia yang melahirkan rasa cenderong untuk memilih perlakuan yang baik dan lurus

(jiwa akhlaknya baik) ataupun cenderung untuk memilih perlakuan yang jahat dan buruk

jika akhlaknya jahat. (Mohd Sulaiman Haji Yasin, 1992)

3.0 Persoalan

Persoalan yang berkait dengan isu gengsterisme di sekolah amat banyak dan perlu kepada

kajian untuk menyelesaikannya. Antaranya sebagaimana senarai berikut :-


 

3.1 3.1  Sejauhmana tahap kegiatan gengsterisme wujud di sekolah-sekolah di Malaysia.

Adakah ianya merupakan gimit atau sememangnya realiti yang sedang dihadapi oleh

sekolah-sekolah di Malaysia.

3.2 3.2  Siapakah kumpulan pelajar yang sering terlibat dengan kumpulan gengstrerisme.

Apakah latarbelakang mereka.

3.3 3.3  Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan kumpulan gengster di

sekolah.

4.0 4.0              Sumber Aktivit Gengsterisme

4.1 Kertas Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

Menurut sumber Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Oktober 1999 (lampiran

disertakan) terdapat 13 jenis salah laku jenayah yang sering melibatkan pelajar kumpulan

gengsterisme mengikut respon Pengetua dan Guru (rujuk lampiran 1 dan 2) di sekolah seperti

berikut :- berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, peras ugut, buli, pelacuran, salah

guna dadah, bawa senjata, cabul kehormatan, ancam murid, ancaman guru dan ceroboh.

Sementara itu terdapat 5 salah laku lucah yang sering melibatkan kumpulan gengster di

sekolah mengikut respon Pengetua dan Guru (rujuk lampiran 3 dan 4) sebagaimana senarai
berikut :- berkhalwat, intai murid perempuan, bawa bahan lucah, guna kata lucah dan lukis

gambar lucah.

4.2 Majalah

Sementara itu bilangan kes pelajar yang terlibat dengan perlakuan gengster dan

membakar premis sekolah dari tahun 1987 hingga 1999 menurut sumber Kementerian

Pendidikan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Majalah Massa (Ogos 2000) adalah seperti

jadual berikut :-

Jadual Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengster


dan Membakar Premis Sekolah
 
Jenis Kes 1997 1998 1999
Kes Samseng 107 77 85
Membakar Premis Sekoalah 6 19 10
 

Sumber : Majalah Massa (Ogos 2000)

4.3 4.3              Akhbar

Akhbar-akhbar tempatan juga sring melaporkan tentang kejadian jenayah dan

gengsterisme di kalangan pelajar sekolah. Berita Harian pada 13 Julai 2000 mengutarakan isu

gengsterisme berlaku berpunca kejahilan agama di kalangan remaja dan pelajar sekolah. Hal ini

menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang banyak mendorong kepada

keruntuhan moral dan kemusnahan jati diri dan akhlak.

Berdasarkan laporan di atas kita dapati bahawa aktiviti kumpulan gengster di sekolah

agak menyeluruh dalam pelbagai kegiatan. Ini merupakan satu fenomena yang kurang sehat

terhadap iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di negara kita. Masalah serius
atau tidak sesuatu salah laku itu bukan menjadi pokok perbincangan tajuk ini. Penulis tidak akan

menghuraikan satu persatu sesuatu kes gensterisme di atas. Salah laku melawan guru termasuk

mengugut, merosakkan harta benda guru sering berlaku. Baru-baru ini akhbar harian melaporkan

tentang pencerobohan dan pembakaran bilik guru disiplin, mengancam guru dengan menghantar

peluru hidup dan sebagainya. Apa yang mencemaskan kewujudan salah laku tersebut walaupun

satu kes ia boleh menjejaskan iklim persekolahan dan mengganggu pelbagai peringkat proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

5.0 Andaian dan Pendapat Awal Perlakuan Gengsterisme

Pelbagai andaian dan faktor yang membawa kepada wujudnya aktiviti-aktiviti salah laku di

kalangan pelajar dalam bentuk gengsterisme ini. Di antaranya boleh kita senaraikan sebagaimana

berikut :-

5.1 5.1  Pelajar-pelajar yang terlibat dengan pelbagai salah laku di atas merupakan mereka yang

kurang mendapat pendidikan agama dan moral serta bimbingan ibu bapa di rumah. Ibu bapa

yang bekerja tidak dapat meluangkan masa secukupnya untuk bermesra dan membimbing

anak-anak dengan didikan agama yang sewajarnya. Tanggungjawab itu diserahkan

sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah.

5.2 5.2  Pengaruh media masa dan arus perdana globalisasi serta tamadun meterialistik masa kini

amat banyak mencetus krisis nilai. Majalah-majalah hiburan yang tidak bermoral dan

beretika berleluasa di pasaran. Filem-filem ganas dan unsur seks yang ditayang di television

secara bebas memberi kesan ke atas pembentukan pelajar. Pelajar-pelajar menjadi keliru dan
tidak tahu memilih maklumat yang terbaik untuk membina kehidupan mereka. Mereka sering

tenggelam dalam arus keruntuhan akhlak dan moral lantaran tidak memiliki daya tahan

spritual. Menurut Prof. Dr.Yusof al-Qardhawi ( 1999 ) mengatakan bahawa kesan yang

paling menonjol akibat dari tamadun hari ini ialah terungkainya ikatan akhlak. Dengan ini

lahirlah masyarakat yang tidak ada kepimpinan diri dan akhlak. Keadaan ini akhirnya akan

mendedahkan manusia kepada pelbagai krisis dan gejala yang antaranya berlaku dan

mempengaruhi remaja-remaja kita yang cenderung untuk melakukan pelbagai kegiatan

jenayah di sekolah yang akhirnya kewujudan kumpulan-kumpulan genster dalam pelbagai

salah laku jenayah di sekolah pada hari ini.

5.3 5.3  Pengaruh persekitaran seperti pusat-pusat hiburan, kafe siber, kedai-kedai video game

dan berbagai-bagai pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan tanpa penguatkuasaan

undang-undang telah menambahkan lagi kemelut dan keruntuhan akhlak dan moral sehingga

akhirnya membawa remaja dan pelajar terlibat dengan aktiviti jenayah dan kumpulan

samseng atau gengster.

5.4 5.4  Pelajar-pelajar kemungkinan mempunyai sifat semula jadi yang suka memberontak dan

melanggar peraturan-peraturan sekolah dan lain-lain peraturan termasuk menjadikan diri

mereka sebagai tumpuan ramai khususnya di kalangan rakan sebaya.

5.5 5.5  Pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian yang rendah dalam bidang akademik dan

gagal menjadikan diri mereka sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat sekolah masing-

masing kemungkinan cenderung untuk melakukan jenayah.

 
5.6 5.6  Pelajar-pelajar yang mempunyai ahli keluarga dan jiran yang telah sedia menjadi ahli

kumpulan gengster dan mempunyai pengaruh kuat ke atas pelajar itu termasuk pelajar-pelajar

yang tinggal di kawasan-kawasan kediaman di mana terdapat kumpulan gengster dan

samseng bergerak aktif.

Di dalam pelbagai andaian dan faktor yang dibincangkan ini penulis ingin menumpukan

kepada satu faktor sahaja yang merupakan asas atau punca kepada pelbagai faktor yang lain.

Pada pendapat penulis faktor pertama iaitu pendidikan di rumah oleh ibu bapa memainkan

peranan penting dalam membentuk generasi pelajar dan tingkah laku mereka sama ada di

sekolah atau di mana sahaja. Pendidikan agama dan akhlak perlu diberi oleh ibu bapa kepada

anak-anak terlebih dahulu sebagai persediaan awal untuk membina keperibadian dan syakhsiah

individu berkenaan ke arah akhlak yang mulia.

6.0 Perbincangan

Wujudnya fenomena semasa yang menunjukkan bertambahnya perlanggaran disiplin dan

gejala salah laku di kalangan pelajar telah menimbulkan pelbagai pertanyaan umum tentang

kesesuaian dan keberkesanan dasar dan peraturan yang digunakan untuk pengukuhan disiplin

diperingkat sekolah. Dalam konteks ini satu daripada perkara yang sering dikaitkan dengan

perlanggaran disiplin dan gejala salah laku ialah kewujudan unsur gengsterisme dan aktiviti

kumpulan samseng di sekolah. Hari ini pelajar terlibat dengan kegiatan jenayah dianggap sebagai

fenomena biasa. Berita salah laku dan penglibatan dalam kegiatan jenayah bukan lagi bahan
panas untuk diperkatakan. Apabila masyarakat telah jemu memperkatakannya isu itu akan hilang

begitu sahaja seperti isu-isu lain yang dianggap kontroversi dan yang penig kepala ialah ibu bapa

dan pihak sekolah. Pelbagai teori dan andaian telah dikaitkan dengan kewujudan kumpulan

samseng ini antaranya pengaruh media massa, pengaruh perbandaran atau urbanisasi yang

semakin cepat menular di kawasan luar bandar, pengaruh meterialisme yang semakin meningkat,

fahaman kebebasan individu untuk perlu dihormati, pengaruh rakan sebaya, krisis nilai, ceteknya

pengayatan agama dalam diri individu, kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa terhadap

anak-anak di rumah dan lain-lain lagi.

Perlanggaran displin dan perbuatan salah laku di kalangan pelajar bukan sahaja berlaku

secara meluas di kawasan bandar dan pinggir bandar tetapi kini menular juga di sekolah-sekolah

luar bandar termasuk di kawasan-kawasan felda, felcra serta kawasan-kawasan perkampungan.

Ini menunjukkan trend perlanggaran disiplin di kalangan pelajar meningkat secara mendadak dan

membimbangkan walaupun bilangan pelajar yang terlibat masih terlalu kecil. Dalam masa yang

sama juga kes penglibatan pelajar-pelajar perempuan semakin bertambah.

Isu gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat mencabar kesabaran dan

kecekalan pihak pengurusan sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan proses pengajaran

dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guru-guru disiplin sekolah.

Masalah ini merupakan suatu isu dari perspektif pendidikan yang perlu diselesaikan segera

secara menyeluruh. Dalam konteks negara gejala ini merupakan suatu jenayah yang mencabar

pihak polis untuk membendungnya.

 
Banyak faktor yang menjurus kepada isu gensterisme di sekolah. Namun disebalik faktor-

faktor tersebut ada satu faktor utama yang menjadi kunci kepada faktor-faktor yang lain. Faktor

utama tersebut ialah kurangnya bimbingan dan asuhan agama oleh ibu bapa kepada anak-anak

mereka di rumah. Dalam konteks ini ia bukan sahaja terbatas kepada pelajar-pelajar muslim

sahaja bahkan juga pelajar-pelajar non-muslim. Di sebabkan kekurangan asuhan dan bimbingan

dari rumah maka anak-anak kurang mempunyai daya tahan dalam menghadapi cabaran dan

rintangan hidup. Mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran, rakan sebaya, media massa,

internet, gaya hidup yang mengejar keseronokan dan hiburan, meterialistik dan sebagainya.

Keadaan ini akhirnya menjuruskan kepada pelbagai gejala jenayah dan salah laku. Di sekolah

wujudnya kumpulan-kumpulan samseng atau genster yang sering melakukan jenayah dan

mengganggu ketenteraman dan mencemar iklim persekolahan. Sehingga kini gengsterisme

menjadi isu hangat yang perlu ditangani segera.

7.0 Cadangan dan Penyelesaian

7.1 7.1              Ibubapa perlu menyedari bahawa anak-anak adalah segala-galanya bagi mereka.

Mereka pewaris kepada bangsa adan negara. Oleh yang demikian ibu bapa perlu

memastikan bahawa anak-anak mendapat bimbingan agama dan moral yang secukupnya

agar mereka mempunyai keimanan yang mantap dan mampu membentuk keperibadian

dan akhlak serta mempunyai daya tahan dalam mengharungi hidup yang penuh dengan

rintangan dan cabaran. Keimanan yang mantap akan mencegah diri seseorang dari

perbuatan keji dan mungkar sekali gus menghindar mereka dari terlibat dengan aktiviti-

aktiviti kumpulan samseng dan gengster di sekolah atau di mana sahaja. Firman Allah

swt yang bermaksud bahawa sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada


perbuatan yang keji dan mungkar (al-Ankabut : 45) adalah merupakan menifestasi

didikan dan bimbingan yang mantap dari rumah.

7.2 7.2              Faktor agama dan moral berkait rapat antara satu sama lain dalam membentuk

kepribadian dan akhlak serta moral yang tinggi di kalangan remaja. Kewujudan suatu kod

moral ialah sifat bagi semua agama yang utama di dunia. Dalam agama-agama seperti

Islam, Kristian, Hindu, nilai-nilai agama adalah terjalin begitu kuat sehingga perbezaan di

antara mereka menjadi tidak ketara dan tidak penting. Pendek kata agama dapat

memainkan peranan dalam pembentukan akhlak yang baik dan mempengaruhi kelakuan

akhlak seseorang individu. (W.P.Yong, 1989) Oleh yang demikian penekanan kepada

pendidikan agama amat penting untuk membentuk individu yang seimbang sekali gus

menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti gengsterisme.

7.3 7.3              Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar

adalah penting. Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah

yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar merasakan mereka

dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Oleh

yang demikian pelajar yang bermasalah tidak segan untuk berbincang dengan guru

mereka berkenaan masalah yang dihadapi. Keadan ini mengelakkan pelajar dari

melepaskan masalah mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang booleh menjejaskan

ketenteraman awam seperti salah laku jenayah dan gengsterisme.

 
7.4 7.4              Di sekolah pula penguatkuasaan disiplin perlulah tegas dan berterusan. Usaha

yang berterusan perlu dilakukan termasuk mengukuh, memperjelas dan menentukan

kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar dengan

perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di sekolah juga

perlu berkesan meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran disiplin serta hukuman

dan ganjaran.

7.5 7.5              Pengawalan kumpulan gengster dan samseng perlu dilakukan secara bersepadu

atau melalui kaedah permuafakatan dengan melibatkan semua kumpulan atau pihak iaitu

sekolah, ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan penguatkuasa undang-undang. Kerjasama

perlu dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti

penyampaian dan penyaluran maklumat tentang sesuatu kegiatan gengster dan samseng

yang melibatkan pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak

penguatkuasa undang-undang. Kerjasama dalam bentuk perancangan dan penyediaan

pelan tindakan secara bersama berdasarkan kefahaman yang jelas untuk mencegah dan

membasmi aktiviti geng dan samseng di kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan dan

tindakan bersama juga perlu bagi menghapus aktiviti-aktiviti gengster dan samseng di

dalam sekolah khususnya tindakan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan

disiplin.

7.6 7.6              Melemahkan dan menghapuskan faktor-faktor penarik dan penolak yang

mempenagruhi pelajar untuk terlibat dalam kumpulan-kumpulan gengster dengan

menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpulan pelajar
agar sayangkan sekolah dengan menyediakan sekolah dan persekitannya sebagai tempat

yang kondusif dan seronok untuk belajar.

7.7 7.7              Langkah seterusnya ialah mengawal jaringan aktiviti gengster dan samseng yang

melibatkan pelajar dengan menyediakan pelan tindakan dan melaksanakannya secar

bersama melalui tindakan berkesan. Antaranya pihak sekolah harus mentukan bahawa

pelajar-pelajar tidak melepak sama ada dalam waktu persekolahan atau di luar waktu

persekolahan kerana ini akan mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak

sihat. Selain itu pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan

mencegah ahli-ahli kumpulan gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar

sebagai mangsa dalam masa tiga waktu utama iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat

dan waktu selepas tamat sesi persekolahan harian.

8.0 Penutup

Kemunculan kumpulan gengsterisme di sekolah telah membimbnagkan semua pihak. Ia

merupakan isu yang memerlukan penyelesaian segera. Aktiviti-aktiviti kumpulan ini telah

mengeruhkan iklim sekolah dan seterusnya memberi kesan kepada proses pengajaran dan

pembelajaran. Penglibatan semua pihgak adalah penting dalam menangani isu ini supaya ia dapat

dikawal dan dibasmi daripada berlarutan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam

membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah

atau keluar dari rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman dan mental dalam menghadapi

cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi. Ketahanan iman pada diri anak-anak ini akhirnya
akan melahirkan pelajar yang bersih dari pelbagai gejala dan salah laku jenayah seterusnya

mencapai matlamat falsafah Pendidikan Negara kita.

Rujukan : -

Dr.Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Dr.Yusof al-Qurdhawi, 1999, Tamadun Islam Alternatif Masa Depan, Bangi : Maktabah al-
Qardhawi.
 
Kamus Dewan, 1984, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
 
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (7 November 1979),
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
 
Mohd Sulaiman Haji Yassin, 1992, Akhlak dan Tasauf, Bangi : Yayasan Salman.
 
Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin di
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral, Bangi:
UKM.
 
Iheoma, E.O, “The Role of Religion in Moral Education”, Journal of Moral Education, Vol 15,
no 2, May 1986.
 
Majalah Massa, 5-11 Ogos 2000
 
Berita Harian, 13 Julai 2000
 
 
 
 

You might also like