You are on page 1of 5

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PONDOK ILMU

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah & Maahad Tahfiz Kiblah bercadang untuk membina beberapa Pondok Ilmu atau wakaf
gazebo untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah selain berfungsi sebagai tempat istirehat pelajar. Di
samping itu, pembinaan pondok tersebut adalah bertujuan untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid-murid melakukan pergerakan di
ruang yang lebih kondusif.

2.0 LATAR BELAKANG:


2.1 Cadangan tempat di mana pondok bacaan ini akan dibina ialah antaranya di dataran asrama
lelaki dan perempuan, berhampiran dengan bangunan MTK dan di sekitar bangunan
akademik.
2.2 Kutipan sumbangan yang dicadangkan adalah mengikut pecahan lot bagi setiap pondok.
2.3 Reka bentuk Pondok Ilmu yang dicadangkan adalah sebagaimana contoh yang
dilampirkan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Melaksanakan dan melengkapkan aktiviti sekolah yang dirancangkan dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.
3.2 Mengeratkan hubungan mesra antara guru-guru dan murid-murid.
3.3 Menyediakan tempat perjumpaan yang lebih selesa antara pelajar dan ibubapa semasa waktu
melawat.

4.0 RASIONAL
4.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar pada waktu yang terluang.
4.2 Dapat menyediakan lebih banyak tempat belajar dengan persekitaran yang lebih terbuka dan
ceria bagi pelajar.

5.0 PERANCANGAN
5.1 Satu projek jangka panjang yang boleh digunapakai untuk p e l a j a r Sekolah, Maahad
Tahfiz & Kolej Profesional Kemahiran Kiblah yang akan belajar di institusi ini.
5.2 Tempat yang lebih kondusif untuk aktiviti-aktiviti sekolah seperti kelas hafazan,
perjumpaan ko-kurikulum dan juga kerja atau aktiviti berkumpulan pelajar.
5.3 Tempat berteduh untuk murid-murid membaca atau membuat kerja sekolah semasa
waktu terluang.
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1 Sila rujuk lampiran 1.

7.0 NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT PEMBEKAL

7.1 Sila rujuk lampiran 2.

8.0. RUMUSAN:
Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan sekolah amat terhad. Justeru, dengan
sukacitanya pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar memohon sumbangan daripada pihak dalaman dan luaran
sekolah sama ada daripada Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan berkanun, Syarikat-syarikat swasta dan
orang perseorangan.

Disediakan oleh,

(AMIRUL SYAQIR BIN ANUAR)


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Sekolah & Maahad Tahfiz Kiblah

Disemak oleh,

(EN ZULKEFLY BIN OTHMAN)


Pengetua,
Sekolah Kiblah

Disahkan oleh,

(DR MOHD SAHRIN BIN AB RAHMAN)


Ketua Pengarah Operasi,
Kumpulan Pendidikan Kiblah
Lampiran 1

Anggaran kos perbelanjaan untuk membina Pondok Ilmu di Sekolah & Maahad Tahfiz Kiblah
adalah seperti berikut:

Harga seunit (RM) Bilangan pondok Saiz Jumlah keseluruhan (RM)


RM 4500.00 10 5ft x 8ft RM 45,000.00

Rekabentuk gazebo (pondok bacaan) yang dicadangkan di Prasekolah SK Puchong


Utama 3.

Gambar 2.1 Gambar 2.2

Gambar 2.3 Gambar 2.4


Lampiran 2

SYARIKAT PERABOT JATI SINAR TULIN

ALAMAT SYARIKAT
No. 534, 535, 538, 539, 540, 541
Jalan Nilai 3/13, Pusat Jualan Borong Nilai 3,
Negeri Sembilan.
En. Harun : 012-6111481

Katty : 019-2988320

Cadangan kawasan tapak untuk membina gazebo (pondok bacaan) di Prasekolah SK


Puchong Utama 3.

Gambar 1.1 Gambar 1.2


Gambar 1.3 Gambar 1.4

KERATAN JAWAPAN

Saya/kami bersetuju memberi sumbangan


ikhlas sebanyak RM kepada pihak Guru Besar SK Puchong Utama 3 bagi
Pembinaan Pondok Bacaan Prasekolah.

Tandatangan:

(Nama dan cop syarikat):

Tarikh :

You might also like