You are on page 1of 3

KERTAS KERJA MENAIKTARAF BILIK SEMINAR SMK TOKAI

1. PENDAHULUAN
Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui
persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk
merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran
sekolah yang kondusif terutamanya kawasan bilik khas iaitu bilik seminar yang menjadi
tempat atau wadah ilmu kepada semua warga sekolah.

Prasarana dan pengurusan bilik seminar sekolah yang kondusif menjadi agenda penting
dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa
pelanggannya yakni guru dan para pelajar. Justeru,sebagai tempat yang menjadi perhatian
ramai, bilik seminar sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya
perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati
penggunanya.

2. MATLAMAT

Pengubahsuaian bilik tayangan kepada bilik Seminar adalah antara usaha sekolah untuk
memberi keselesaan kepada seluruh warga sekolah. Tambahan pula, bilik ini amat
diperlukan bagi melaksanakan mesyuarat peringkat daerah, ceramah teknik menjawab
soalan, dialog prestasi, aktiviti-aktivi anjuran PIBG dan majlis rasmi yang lain. Bilik ini amat
sesuai kerana boleh memuatkan hampir 100 orang.

3. OBJEKTIF
3.1 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber
perhatian terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah
3.2 Supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan bersifat interatif
dengan gabungan teks, audio, grafik dan video.
3.3 Meningkatkan proses perkongsian maklumat antara guru dan murid dengan kaedah
yang lebih interaktif dan menyeronokkan.
3.4 Mempercepatkan proses pemahaman pelajar melalui kaedah tayangan video dan
pemerhatian.

4. PERANCANGAN PENAMBAHBAIKAN
BIL PROJEK SKOP PROJEK ANGGARAN JUSTIFIKASI
KOS (RM) PROJEK
1 Memasang jubin pada lantai Kerja-kerja membekal RM 6000.00 Lantai yang ada
bilik seminar dan memasang jubin hanya lantai simen.
di bilik seminar
5. LAMPIRAN
PENUTUP

Di harap projek menaiktaraf bilik seminar ini dapat dilaksanakan seperti yang
dirancang. Projek ini adalah salah satu platfom para pelajar untuk mencari pengalaman secara
terus tidak melalui bilik darjah. Diharap hasil daripada usaha ini nanti akan lebih menceriakan
lagi bilik seminar SMK Tokai.

Di sediakan oleh :

.................................................................
( HJH RUKIAH BT HJ MARHASSAN)
PENGETUA
SEK.MEN.KEB.TOKAI

You might also like