You are on page 1of 20

1.

UNIVERSITI MALAYA (UM)

Universiti Malaya ditubuhkan pada 8 Oktober 1949


hasil gabungan di antara King Edward VII College of Medicine
(1905) dan Raffles College (1928). Universiti Malaya ketika itu
memainkan peranan utama di dalam melahirkan modal insan yang
mahir dan terlatih dalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan
Singapura dan kemudiannya Malaysia.
Universiti Malaya telah dinamakan sebagai salah satu daripada empat
universiti penyelidikan di Malaysia serta merupakan peneraju dalam
bidang penyelidikan. Dengan bertambahnya dana penyelidikan dan
perundingan serta peningkatan bilangan pelajar pascasiswazah,
Universiti Malaya telah menubuhkan Institut Pengurusan
Penyelidikan dan Perundingan (IPPP) pada tahun 2000 (dinamakan
Institut Pengurusan & Pemantauan Penyelidikan pada tahun 2009)
untuk menguruskan segala aktiviti penyelidikan dan perundingan bagi
mempromosikan hasil penyelidikan dengan lebih berkesan.
Kategori: Universiti Penyelidikan
Laman web rasmi: http://www.um.edu.my
2. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Universiti Sains Malaysia yang


ditubuhkan pada tahun 1969, merupakan universiti
kedua tertua di negara ini. Sebelum Akta Universiti
dikuatkuasakan pada 4 Oktober 1971, Universiti Sains
Malaysia dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.

Pada peringkat awal, Universiti Sains Malaysia (USM)


bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar
sains. Sejak itu, USM membangun dengan pesatnya
dan kini USM mampu menawarkan pelbagai kursus
pada peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada
lebih 20,000 orang pelajar. Kini, USM terkenal sebagai
antara universiti tersohor di dalam mahupun di luar
negara.

Kategori: Universiti Penyelidikan


Laman web rasmi: http://www.usm.my
3. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan


pada 18 Mei 1970 adalah Universiti ketiga ditubuhkan di Malaysia
selepas Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Pada awal
penubuhannya UKM mempunyai Fakulti Pengajian Islam, Fakulti
Sains dan Fakulti Sastera (diubah kepada Fakulti Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada 1974).
UKM lahir dari hasrat dan aspirasi orang-orang Melayu yang telah
wujud semenjak tahun 1930-an menyarankan agar sebuah Universiti
yang bertaraf kebangsaan dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantarnya ditubuhkan. Hasrat ini tercapai apabila
timbulnya keperluan untuk menampung pelajar-pelajar lepasan
Sekolah Menengah Kebangsaan meneruskan pengajian di peringkat
yang lebih tinggi selepas negara mencapai kemerdekaan.
Kategori: Universiti Penyelidikan
Laman web rasmi: http://www.ukm.my
4. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)


telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, sebagai Universiti
Pertanian Malaysia melalui penggabungan antara Fakulti
Pertanian, Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya
Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti;
Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Kedoktoran
Veterinar dan Sains Peternakan.
Pada tahun 1994, UPM telah memulakan satu rancangan
untuk membina universiti masa hadapan yang menyediakan
sistem pendidikan yang lebih baik dan terkini terutama dalam
pendidikan sains dan teknologi. Selaras dengan itu, UPM
telah berkembang pesat hingga menjadi kampus tanpa
sempadan dan melangkaui sempadan kebangsaan.
Kategori: Universiti Penyelidikan
Laman web rasmi: http://www.upm.edu.my/
5. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UPM)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan


sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul dalam bidang
Kejuruteraan, Sains dan Teknologi di Malaysia. UTM ditubuhkan
pada 14 Mac 1972 dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan yang
kemudiannya ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1
April 1975. Kini UTM mempunyai 2 kampus iaitu Kampus Johor
Bahru yang merupakan kampus induk dan kampus cawangan di Jalan
Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur.
Semenjak konvokesyen yang pertama pada tahun 1972 hingga kini,
UTM telah menghasilkan lebih 187,858 orang graduan
terutamanya dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Ini
menjadikan UTM sebagai penyumbang utama tenaga kerja
profesional dan separuh profesional kepada negara hingga kini.
Kategori: Universiti Penyelidikan
Laman web rasmi: http://www.utm.my/
6. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
MALAYSIA (UIAM)

International Islamic University Malaysia


(IIUM) atau lebih dikenali sebagai Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan pelbagai
peluang unik kepada pelajar untuk kecemerlangan akademik
serta perkembangan kerjaya dan individu. Universiti ini
komited terhadap pendekatan yang menyeluruh dan
komprehensif dalam menawarkan program-program
pendidikan tinggi dan menganggap menimba ilmu itu sebagai
satu ibadah. Dengan menggabungkan sumber ilmu wahyu ke
dalam kurikulum, UIAM dapat menyumbang kepada tradisi
keintelektualan dan juga peningkatan jatidiri di dalam
masyarakat.
UIAM menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar di dalam program pengajian serta di dalam operasi
hariannya manakala Bahasa Arab pula digunakan di dalam
program Sains Kemanusiaan (Kesusasteraan Bahasa Arab)
dan Undang-Undang (Shari’ah). Penggunaan dua bahasa ini
menggambarkan salah satu daripada misi universiti iaitu
pengantarabangsaan.
Kategori: Universiti Komprehensif
Laman web rasmi: http://www.iiu.edu.my/
7. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti


keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari
1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya
mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.
Pada masa kini , UUM mempunyai seramai 30,670 orang pelajar pada
peringkat pengajian Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan. Jumlah
tersebut merangkumi 22,932 pelajar penuh masa peringkat Ijazah
Pertama, 896 pelajar Program Kerjasama, 2,245 pelajar secara
Pengajian Luar Kampus dan 4,597 pelajar Ijazah Lanjutan. Jumlah
tersebut juga termasuk pelajar antarabangsa seramai 2,279 orang dari
42 buah negara. UUM mempunyai seramai 1,225 orang staf akademik
dan 1,457 orang staf pentadbiran dan sokongan yang sedang
berkhidmat di Universiti ini.
Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.uum.edu.my/
8. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

UNIMAS merupakan universiti awam


kelapan dan yang pertama ditubuhkan sesudah Wawasan 2020
diilhamkan. Bermula dengan kira-kira 30 staf akademik,
UNIMAS membuka pintunya kepada kumpulan pertama 118
pelajar pada 8 Ogos 1993. Para pelajar telah didaftarkan di
dalam dua fakulti perintis, Fakulti Sains Sosial dan Fakulti
Sains dan Teknologi Sumber. Dua pusat sokongan akademik
telah juga ditubuhkan: Pusat Pembelajaran Gunaan dan
Multimedia, dan Pusat Khidmat Maklumat Akademik.
Kemudahan untuk golongan istimewa juga tidak ketinggalan
agar mereka dapat menjalani kehidupan yang selesa di
kampus. Kampus UNIMAS yang mampu menampung 20,000
pelajar akan meneruskan penekanan terhadap teknologi
seperti yang diamalkan sebelum ini dengan memberi
keutamaan kepada teknologi ICT bukan sahaja dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran tetapi juga
pengurusan. Sehingga kini, jumlah pelajar UNIMAS adalah
seramai 13,959 orang manakala kakitangan pula berjumlah
2,042 orang.
Kategori: Universiti Komprehensif
Laman web rasmi: http://www.unimas.my/
9. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah universiti


awam yang ke-9 ditubuhkan pada tahun 1994. Ia mula mengambil
pelajar pada tahun 1995 dimana bilangan kumpulan pelajar
pertamanya ialah seramai 205 orang. UMS kini mempunyai dua
kampus iaitu Kampus Induk di Teluk Sepanggar dan juga Kampus
Cawangan di Wilayah Persekutuan Labuan dan sebuah Sekolah
Pertanian Lestari di Sandakan, Sabah.
UMS telah melakukan transformasi akademik dengan menyaksikan
penstrukturan 13 buah sekolah yang sedia ada kepada 10 buah fakulti
berkuatkuasa 1 Jun 2014. Transformasi ini adalah bagi mendepani
cabaran-cabaran semasa dan akan datang, antaranya globalisasi
pendidikan tinggi, pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan isu
kebolehpasaran graduan.
Kategori: Universiti Komprehensif
Laman web rasmi: http://www.ums.edu.my/
10. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
(UPSI)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


ditubuhkan pada 1 Mei 1997 berkuat kuasa melalui Warta Kerajaan,
P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, yang mengandungi
dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Kampus) 1997.
Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai dua (2) kampus iaitu
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) di Tanjong Malim dan
Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) di Proton City. Lokasi UPSI
sangat strategik yang mana ia menghubungkan antara dua (2) negeri
iaitu Negeri Perak Darul Ridzuan dan juga Negeri Selangor Darul
Ehsan.
Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.upsi.edu.my/
11. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


merupakan Universiti Islam Malaysia yang pertama
ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan merupakan
Universiti Awam (UA) yang ke-12.

USIM beroperasi di Kampus Tetapnya di Bandar Baru


Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Sementara itu,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti
Pergigian pula beroperasi di Kampus Cawangan Pandan
Indah, Kuala Lumpur. Hospital yang digunakan untuk
tujuan pembelajaran adalah Hospital Ampang,
Selangor, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh,
Pahang serta Hospital -hospital Tampin dan Jelebu,
Negeri Sembilan. Kampus USIM di Nilai terletak kira-
kira 20 minit dari KLIA, 30 minit ke Putrajaya dan 40
minit ke Kuala Lumpur.

Kategori: Universiti Berfokus


Laman web rasmi: http://www.usim.edu.my/
12. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

Universiti Teknologi MARA bermula daripada


tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA (Rural
Industrial Development Authority), sebuah pusat percubaan untuk
menyediakan kursus persediaan bagi belia luar bandar yang
berpendidikan Inggeris.
Kini UiTM menawarkan sejumlah 138 program pengajian di
peringkat Sarjana Muda di pelbagai fakultinya. Pengambilan pelajar
bagi kebanyakan program peringkat Sarjana Muda dibuat dua (2) kali
setahun. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai
bidang seperti perubatan, pergigian, perakaunan, undang-undang,
pengurusan, pentadbiran, sains komputer, pentadbiran perniagaan,
muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina dan lain-lain.

Kategori: Universiti Komprehensif


Laman web rasmi: http://www.usim.edu.my/
13. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
(UMT)

Universiti Malaysia Terengganu bermula dari Pusat

Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia

bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu yang menyediakan

kemudahan latihan kepada para pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera

dan kemudahan penyelidikan kepada pensyarah. Perpindahan Fakulti Perikanan

dan Sains Samudera, Universiti Putra Malaysia (UPM) dari Serdang ke Kuala

Terengganu telah melahirkan kampus cawangan yang dinamakan Universiti

Putra Malaysia cawangan Terengganu (UPMT) pada Jun 1996 dan nama fakulti

telah diubah kepada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi. Turut ditubuhkan

ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas serta Pusat Pengajian Matrikulasi.

Sejak penubuhannya, Universiti Malaysia Terengganu telah melalui

transformasi yang hebat dari sebuah Kolej Universiti yang kurang dikenali

kepada sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang berjaya dengan program-

program pra dan pasca siswazahnya dan cemerlang melakar nama di persada

dunia dalam bidang penyelidikan sains, teknologi dan pengurusan sumber alam.

Kategori: Universiti Berfokus

Laman web rasmi: http://www.umt.edu.my/


14. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bermula

pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik

(PLSP). Pengisytiharan penukaran nama Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP)

kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) telah diumumkan oleh

Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia pada 12 April 1996 sebagai mengiktiraf

sumbangan dan kecemerlangannya dalam menangani isu pembangunan sumber

manusia dalam bidang teknikal di negara ini.

Pada 30 September 2000, Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia telah

mengisytiharkan penetapan taraf ITTHO kepada Kolej Universiti Teknologi

Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Pengiktirafan ini telah meletakkan KUiTTHO

setaraf dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negara ini dan

pada 1 Februari 2007 KUiTTHO telah bertukar nama kepada Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil penjenamaan semula semua Kolej

Universiti di seluruh Malaysia.

Kategori: Universiti Berfokus

Laman web rasmi: http://www.uthm.edu.my/


15. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
(UTEM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)


merupakan Universiti Awam (UA) yang ke-14 yang
ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan merupakan
universiti teknikal awam pertama di Malaysia.
Universiti ini kini beroperasi di tiga (3) buah kampus
iaitu Kampus Induk yang terletak di Durian Tunggal,
Kampus Teknologi di Ayer Keroh dan Kampus Bandar
yang terletak di Pusat Bandaraya Melaka Bersejarah.
UTeM mempunyai tujuh (7) buah Fakulti dan satu (1)
Institut yang menawarkan program pengajian di dalam
bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat serta Pengurusan
Teknologi dan Teknousahawanan sama ada di peringkat
Prasiswazah (program Diploma dan Ijazah Sarjana
Muda) dan Pascasiswazah (program Sarjana dan
Kedoktoran).
Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.utem.edu.my/
16. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)

Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah

universiti teknikal yang yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan

pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam

bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan

gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi

memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan

aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan. UMP komited dalam

membangunkan sumber kapital manusia dan teknologi untuk memenuhi

keperluan industri serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Fokus utama UMP ialah membangunkan sumber manusia dan teknologi yang

relevan dengan keperluan industri terutamanya dalam bidang Kejuruteraan

Kimia dan Industri Bioteknologi serta Kejuruteraan Automotif dan Pembuatan.

Kategori: Universiti Berfokus

Laman web rasmi: http://www.ump.edu.my/


17. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dahulunya


dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia
(KUKUM) telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada
25 Julai 2001. Pada 1 April 2002, Institusi Pengajian Tinggi Awam
ke-17 ini mula beroperasi kampus sementara di Kubang Gajah, Arau,
Perlis. Setelah lima tahun bertapak di bumi Perlis, universiti ini telah
dijenamakan semula daripada KUKUM kepada UniMAP pada 1
Februari 2007.
Kampus induk UniMAP terletak di dua lokasi iaitu di Pauh Putra dan
di Sg. Chuchuh yang masih di peringkat pembangunan. Buat masa ini,
kampus UniMAP masih bersifat kampus yang bertaburan (distributed)
dan beroperasi di beberapa lokasi kampus lain seperti di Kangar,
Jejawi dan lain.-lain. Setiap kampus dihubungkan dengan kemudahan
perkhidmatan bas.
Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.unimap.edu.my/
18. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
(UNISZA)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) adalah


merupakan salah sebuah Universitii Awam (UA) yang terletak di
negeri Terengganu Darul Iman. Universiti ini menawarkan pelbagai
kursus di peringkat pengajian asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan
ijazah tinggi (sarjana dan doktor falsafah).
UniSZA melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem
semester. Tahun akademik dibahagikan kepada dua (II) semester dan
semester III (Semester Khas) yang diadakan dalam masa cuti akhir
tahun akademik.
Kemasukan pelajar UniSZA adalah satu kali setahun iaitu bagi
program Diploma kategori SPM/Setaraf pada bulan Jun dan program
Ijazah Sarjana Muda kategori STPM/Setaraf pada September setiap
tahun.
Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.unisza.edu.my/
19. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Menyahut seruan kerajaan menuju kearah Negara


Berpendapatan Tinggi, UMK meneruskan usaha kerajaan Malaysia
untuk membantu mempertingkatkan sumber modal insan bagi
memacu pembangunan Negara. Bermula dengan kewujudannya pada
tahun 2007, tanpa menoleh kebelakang, UMK terus menggorak
langkah untuk meneraju pendidikan keusahawanan terunggul di
Malaysia bagi melahirkan graduan yang serba boleh.
UMK bersedia untuk menawarkan program yang berkualiti serta
memenuhi kehendak pasaran. Bermula dari empat program asal
(Teknologi Kreatif, Warisan, Keusahawanan & Perdagangan dan
Sains Gunaan – Keusahawanan Teknologi Pertanian), kini UMK
menawarkan 24 program terkini dan relevan yang ditawarkan di tujuh
buah fakulti dan akan berkembang selaras dengan perkembangan
semasa.
Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.umk.edu.my/
20. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL
MALAYSIA (UPNM)

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional


Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi
Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai sebuah
organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program
pengajian diperingkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan
kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Peranan ATMA diperluaskan dengan menjadikannya sebagai
UPNM yang telah di wartakan pada 10 November 2006.
Walaupun UPNM akan memulakan pengambilan kumpulan
pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah
mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di
peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995
hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian
Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia.
Seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam
tiga (3) bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan
Pengurusan. Di samping memperoleh kelayakan profesional,
semua graduan akan di tauliahkan sebagai Pegawai ATM dan
mereka akan berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat,
Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja
Malaysia.
Kategori: Universiti Berfokus
Laman web rasmi: http://www.upnm.edu.my/

You might also like