You are on page 1of 7

PMR kertas 2

Teknik menjawab ringkasa karangan

1. Kenal Pasti Kata Kunci Dan Kehendak Soalan-Rujuk Cetakan Berwarna Gelap/Tebal-Tajuk
2. Senaraikan Sekurang-Kurangnya 5-6 Isi Penting
3. Tukarkan 1 Atau 2 Perkataan (Perkataan Seerti) Di Dalam Ayat Tanpa Mengubah Maksud
Ayat Atau Pun Buat Ayat Songsang Daripada Ayat Asal.
4. Tulis Ringkasan Menggunakan Kaedah Dibawah..
5. Jangan Lupa Menulis Bilangan Patah Perkataan Kanan Selepas Baris Akhir Ringkasan

Kaedah 1-sekiranya isi-isi terdiri daripada ayat tunggal

Antara +tajuk+adalah+isi 1+dan+isi 2+ serta+isi 3. Selain itu, +Isi 4 . Disamping itu, + Isi 5.
Akhirnya, +isi 6. .
(Bilangan Patah Perkataan)

Kaedah 2-sekiranya isi-isi tediri daripada ayat berlapis.

Antara +tajuk+adalah+isi 1. Selain itu, +Isi 2 . Disamping itu, + Isi 3. seterusnya, +isi 4. Lebih
penting lagi, + isi 5. Akhirnya + isi 6.
(Bilangan Patah Perkataan)
TEKNIK MENULIS KARANGAN RANGSANGAN B/ KARANGAN BAHAGIAN C

2. Senaraikan Sekurang-Kurangnya 3 Isi TERSURAT kalau ada lebih lebih baik-KARANGAN
RANGSANGAN DAN KARANGAN C-BERFORMAT /TIDAK BERFORMAT SEKURANG-KURANGNYA 4
ISI.
3. Tulis PENDAHULUAN,ISI-ISI DAN PENUTUP Menggunakan Kaedah Dibawah.. Gunakan
sekurang-kurangnya 4 peribahasa (kata-kata hikmat dan perumpamaan/kata
bidalan/pepatah/simpulan bahasa) dan 3 perkataan yang merangsang pembaca
(ayat/perkataan bombastik) di dalam karangan anda.

SUSUN ATUR PERENGGAN /PERKATAAN PENULISAN DI DALAM KARANGAN

KARANGAN RANGSANGAN
a) PENDAHULUAN-20-30 PATAH PERKATAAN
b) ISI-ISI PENTING 3 PERENGGAN-30 PATAH PERKATAAN x 3 PERENGGAN
c) PENUTUP-20-30 PATAH PERKATAAN.
KARANGAN BERFORMAT/TIDAK BERFORMAT-BAHAGIAN C
a) PENDAHULUAN-20-30 PATAH PERKATAAN
b) ISI-ISI PENTING 4 PERENGGAN-30 PATAH PERKATAAN x 4 PERENGGAN
c) PENUTUP-20-30 PATAH PERKATAAN.

TEKNIK PENULISAN KARANGAN

PENDAHULUAN kaedah FACLK (Fokus, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingannya)
1. Teknik ini memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepada fokus
penyataan (F) dalam soalan
2. Kemudian, ayat kedua iaitu akibat (A) daripada ayat pertama tadi.
3. Selepas itu, bina pula ayat ketiga iaitu contoh (C) yang boleh dikaitkan dengan penyataan
soalan.
4. Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat keempat, iaitu langkah (L) .
5. Ayat kelima ialah kepentingannya (K) berdasarkan langkah yang telah diambil tadi.
6. Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan ungkapan menarik, yang dirasakan sesuai
dalam mana-mana ayat pendahuluan itu tadi. Jika murid-murid dapat menulis ayat yang ada
pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, sudah pasti pendahuluan itu menjadi

1
satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta menepati kehendak skema pemeriksa.

Soalan Contoh 1

Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi
dalam kalangan masyarakat ini masih wujud.
Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?

Perenggan Pendahuluan Contoh 1

Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana
melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (F) Keadaan ini
membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api
di dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti,
contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya
daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C)
Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat
Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan
kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati
sesuatu penyakit. (K)

Teknik Penulisan Pendahuluan Karangan Jenis Fakta-BTS

saya akan menggunakan formula "Bidang (B), Tajuk (T), Soalan (S)" untuk menghasilkan
pendahuluan yang baik. Pembinan karangan ini sesuai untuk tahap PMR dan SPM, sama ada
karangan bergambar mahupun karangan panjang. Lihat contoh soalan dan kerangka karangan
untuk bahagian pendahuluan yang akan kita bincangkan di bawah ini:
Soalan:
Isu gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak sekolah seolah-olah
gagal membanteras gejala ini daripada terus menular. Huraikan faktor-faktor yang
menyebabkan gejala ini semakin membimbangkan.
Kerangka pendahuluan
B - Masalah sosial
-> semakin membimbangkan
-> mencatatkan peningkatan yang mendadak.
T - Gejala gengsterisme
-> melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah
-> bermaharajalela di sekolah

S -> banyak faktor

Daripada kerangka di atas, dapatlah kita membina 5 ayat dengan mudah. Lihat contoh
pendahuluan di bawah:
Pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan
kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana kes
gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang

2
menjadi buah mulut masyarakat ialah gejala gengsterisme. Gejala ini melibatkan pelajar
sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Golongan gengster ini semakin
bermaharajalela di alma mater. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak
sihat ini terus meningkat.

Teknik menulis isi isi penting

Teknik IHC (Isi,kesan,contoh)
Contoh:
Soalan:
Isu gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak sekolah seolah-olah
gagal membanteras gejala ini daripada terus menular. Huraikan faktor-faktor yang
menyebabkan gejala ini semakin membimbangkan.

Kata kunci- Faktor-Faktor Gejala

Isi-
Pengaruh media eletronik dan cetak menjadi sumber inspirasi kepada pelajar yang menonton
tanpa pemantauan ibu bapa.

kesan
oleh yang demikian , (penanda wancana utk menghubungkan ayat)

faktor ini telah memberi banyak kesan songsang kepada pelajar-pelajar yang menonton.

Contoh
Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah.... (penanda wancana utk
memberikan contoh)
Filem-filem barat yang berunsur ganas dan agresif seperti cerita aksi dan suspen.

Contoh penulisan isi

tanpa pemantauan ibu bapa. Oleh yang demikian , faktor ini telah memberi banyak kesan
songsang kepada pelajar-pelajar yang menonton. Contoh yang ketara yang paling dekat
dengan kita ialah filem-filem barat yang berunsur ganas dan agresif seperti cerita aksi dan
suspen.

TEKNIK MENULIS PENUTUP- HLKP (HARAPAN,LANGKAH,KEPENTINGAN,PERIBAHASA)

harapan
semoga, (penanda wancana)
masalah social iini dapat di bendung oleh masyarakat Malaysia yang prihatin.

Langkah
Maka, ( Penanda wancana)
Ibubapa,masyarakat dan sekolah perlu berganding bahu bersama-sama menhentikan masalah

3
gengsterizam di kalangan pelajar yang memberi kesan negative kesan signifikan kepada
sahsiah pelajar.

Kepentingan
Hasilnya...
Mewujudkan masyarakat pelajar yang lebih bertanggungjawab pada diri ,keluarga ,sekolah
dan masyarakat.

Peribahasa
Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......(Penanda wancana memberikan
peribahasa)
Bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana sepakat.

Contoh penulisan penutup

Semoga masalah social iini dapat di bendung oleh masyarakat Malaysia yang prihatin. Maka,

sahsiah pelajar. Hasilnya, Mewujudkan masyarakat pelajar yang lebih bertanggungjawab pada
diri ,keluarga ,sekolah dan masyarakat. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni

4

5
untuk bahagian pendahuluan yang akan kita bincangkan di bawah ini:
Soalan:
Isu gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak sekolah seolah-olah
gagal membanteras gejala ini daripada terus menular. Huraikan faktor-faktor yang
menyebabkan gejala ini semakin membimbangkan.
Kerangka pendahuluan
B - Masalah sosial
-> semakin membimbangkan
-> mencatatkan peningkatan yang mendadak.
T - Gejala gengsterisme
-> melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah
-> bermaharajalela di sekolah
S -> banyak faktor

Daripada kerang di atas, dapatlah kita membina 5 ayat dengan mudah. Lihat contoh
pendahuluan di bawah:
Pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan
kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana kes
gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang
menjadi buah mulut masyarakat ialah gejala gengsterisme. Gejala ini melibatkan pelajar
sekolah menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Golongan gengster ini semakin
bermaharajalela di alma mater. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak
sihat ini terus meningkat

Teknik menulis isi isi penting

Teknik IHC (Isi,kesan,contoh)
Contoh:
Soalan:
Isu gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak sekolah seolah-olah
gagal membanteras gejala ini daripada terus menular. Huraikan faktor-faktor yang
menyebabkan gejala ini semakin membimbangkan.

Kata kunci- Faktor-Faktor Gejala

Isi-
Pengaruh media eletronik dan cetak menjadi sumber inspirasi kepada pelajar yang menonton
tanpa pemantauan ibu bapa.

kesan
oleh yang demikian , (penanda wancana utk menghubungkan ayat)

faktor ini telah memberi banyak kesan songsang kepada pelajar-pelajar yang menonton.

Contoh
Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah.... (penanda wancana utk
memberikan contoh)
Filem-filem barat yang berunsur ganas dan agresif seperti cerita aksi dan suspen.

Contoh penulisan isi

Pengaruh media eletronik dan cetak menjadi sumber inspirasi kepada pelajar yang menonton

6
tanpa pemantauan ibu bapa. Oleh yang demikian , faktor ini telah memberi banyak kesan
songsang kepada pelajar-pelajar yang menonton. Contoh yang ketara yang paling dekat
dengan kita ialah filem-filem barat yang berunsur ganas dan agresif seperti cerita aksi dan
suspen.

TEKNIK MENULIS PENUTUP- HLKP (HARAPAN,LANGKAH,KEPENTINGAN,PERIBAHASA)

harapan
semoga, (penanda wancana)
masalah social iini dapat di bendung oleh masyarakat Malaysia yang prihatin.

Langkah
Maka, ( Penanda wancana)
Ibubapa,masyarakat dan sekolah perlu berganding bahu bersama-sama menhentikan masalah
gengsterizam di kalangan pelajar yang memberi kesan negative kesan signifikan kepada
sahsiah pelajar.

Kepentingan
Hasilnya...
Mewujudkan masyarakat pelajar yang lebih bertanggungjawab pada diri ,keluarga ,sekolah
dan masyarakat.

Peribahasa
Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......(Penanda wancana memberikan
peribahasa)
Bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana sepakat.

Contoh penulisan penutup

Semoga masalah social iini dapat di bendung oleh masyarakat Malaysia yang prihatin. Maka,
Ibubapa,masyarakat dan sekolah perlu berganding bahu bersama-sama menhentikan masalah
gengsterizam di kalangan pelajar yang memberi kesan negative kesan signifikan kepada
sahsiah pelajar. Hasilnya, Mewujudkan masyarakat pelajar yang lebih bertanggungjawab pada
diri ,keluarga ,sekolah dan masyarakat. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
Bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana sepakat.

You might also like