You are on page 1of 14

PENULISAN KARANGAN PENGAJIAN AM

PANDUAN UMUM

1. Sebelum menulis karangan, para calon perlu membuat keputusan tentang


tajuk karangan yang hendak dipilih.
2. Pemilihan sesuatu tajuk haruslah berdasarkan sejauh manakah pengetahuan
calon tentang isu yang menjadi tajuk dalam sesuatu soalan.
3. Hal ini penting supaya calon tidak buntu dalam mencari isi-isi karangan yang
boleh mengganggu kelancaran penulisan karangan kelak.
4. Calon-calon perlu mempertimbangkan setiap maklumat tentang isu yang
diperkatakan secara mendalam.
5. Maklumat-maklumat itu merangkumi fakta, data, dan contoh yang benar dan
logik.
6. Setelah calon yakin dapat menguasainya ditambah pula tajuk itu sesuai
dengan keupayaan diri calon, maka pilihlah tajuk berkenaan.

FORMAT PENULISAN

1. Karangan Pengajian Am wajib mengikut format iaitu mengandungi tiga


bahagian:
Pendahuluan (Perengan 1)
Isi (Perenggan 2-6)
Penutup (Perenggan 7).

2. Ada 7 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan.


Perenggan kedua hingga perenggan keenam untuk idea dan huraian.
Perenggan ketujuh untuk kesimpulan/penutup.

3. Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan. Latih diri anda
semasa membuat latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira
jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada saiz penulisan)
darabkan dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah
perkataan.

4. Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap
adalah selama 40 minit. Oleh itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang
masa sepatutnya.

MENGANALISIS KEHENDAK SOALAN.

Ramai calon yang gagal untuk mendapatkan gred yang baik kerana tidak
mematuhi kehendak soalan.Mengenalpasti kehendak soalan atau tajuk
merupakan perkara yang amat penting supaya isi-isi dan pendekatan yang
dikemukakan nanti tidak menyeleweng daripada tajuk karangan yang diberi.Oleh
itu, calon haruslah mengenal pasti kata kunci yang dapat memandu para calon
menggarap isi persoalan dalam sesuatu tajuk karangan.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menganalisis kehendak


soalan ialah:
a. Bentuk Soalan
Soalan karangan Pengajian Am boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu:
Pernyataan soalan
Kehendak soalan
Contoh:
"Gagasan Satu Malaysia adalah pelengkap kepada pendekatan-pendekatan
sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia.(PERNYATAAN SOALAN) Huraikan kepentingan perpaduan dan
usaha-usaha untuk mencapainya.(KEHENDAK SOALAN)"

Manakala bentuk soalan dalam karangan Pengajian Am pula terdiri daripada:


1. Soalan Tertutup
2. Soalan Terbuka

i. Soalan Tertutup - Soalan berada dihadapan ayat.

Contoh soalan:
Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya
melalui aplikasi teknologi maklumat
sepertiFacebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan komuniti
maya ini mewujudkan pelbagai implikasi.Jelaskan kebaikan dan keburukan
jaringan komuniti maya.

(Pernyataan tidak perlu dianalisis kerana kehendak soalan adalah jelas)

ii. Soalan TerbukaKata Kunci Soalan berada dibelakang ayat.

Contoh soalan:

Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya
melalui aplikasi teknologi maklumat
sepertiFacebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya.Jaringan komuniti
maya ini memberikan kebaikan tertentu. Namun demikian, ia juga boleh
membawa impak negatif jika disalahgunakan. Bincangkan?

(Pernyataan perlu dianalisis untuk mengenalpasti kehendak soalan)

Di sini, keseluruhan pernyataan soalan yang berada sebelum kata kunci


soalan perlulah diperjelaskan. Pernyataan soalan yang perlu diperjelaskan itu
perlulah memenuhi aspek P.U.K.A.L
Penyataan "Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi
secara maya melalui aplikasi teknologi maklumat
seperti Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya." tidak perlu
diperjelaskan kerana ianya tidak memenuhi aspek P.U.K.A.L.

Penyataan seterusnya iaitu "Jaringan komuniti maya ini memberikan kebaikan


tertentu." perlu diperjelaskan oleh calon dalam karangannya kerana penyataan
tersebut memenuhi aspek P.U.K.A.L melalui aspek KEBAIKAN

Begitu juga dengan penyataan "Namun demikian, ia juga boleh membawa impak
negatif jika disalahgunakan.".Ianya perlu diperjelaskan kerana penyataan itu
memenuhi aspek P.U.K.A.L melalui aspek KESAN/ IMPAK NEGATIF.

Justeru itu kehendak soalan di atas adalah untuk "membincangkan kebaikan


dan kesan negatif jaringan komuniti maya."

b. Isu soalan

Isu soalan adalah berkaitan dengan apakah isu yang diutarakan dalam
soalan.

Kegagalan memahami isu soalan akan menyebabkan karangan calon lari


daripada tajuk soalan.

Contoh:

"Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya
melalui aplikasi teknologi maklumat
seperti Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya.Jaringan komuniti
maya ini memberikan kebaikan tertentu. Namun demikian, ia juga boleh
membawa impak negatif jika disalahgunakan. Bincangkan (pernyataan
tersebut)"

Isu soalan dalam soalan di atas adalah "Jaringan komuniti maya yang
melibatkan aplikasi seperti Facebook, Twitter, MySpace dsb."
Namun begitu terdapat calon yang terkeliru sehingga mengenal
pasti "teknologi maklumat atau Internet" sebagai isu soalan. Hal ini akan
menyebabkan karangan calon lari dari kehendak soalan.

c. Fokus Soalan

merujuk kepada perkara yang ditanya dalam soalan sama ada satu fokus atau
dua fokus.Calon perlu tahu fokus soalan ini kerana ianya menjadi asas kepada
skema isi karangan.

Skema isi karangan terbahagi kepada 5+0, 1+4, 2+3 atau 3+2. Skema 5+0 dan
1+4 bermakna hanya ada satu fokus soalan dan skema 2+3 atau 3+2 bermakna
ada dua fokus soalan.

Contoh:

Dalam soalan terdahulu, terdapat dua fokus soalan iaitu "KEBAIKAN DAN IMPAK
NEGATIF Jaringan komuniti maya". Oleh itu isi karangan mestilah terbahagi
kepada "2 KEBAIKAN dan 3 IMPAK NEGATIF" atau "3 KEBAIKAN dan 2
IMPAK NEGATIF"

MENYEDIAKAN RANGKA KARANGAN.

Rangka karangan haruslah disediakan terlebih dahulu sebagai garis panduan


kepada calon-calon semasa proses mengarang.
Perkara yang harus ada dalam karangan merangkumi aspek berikut:
a.Isi-isi yang perlu dimuat dalam sesebuah karangan.Pada peringkat ini calon
perlu menyenaraikan seberapa banyak idea yang berkaitan dengan kehendak
soalan
b.Urutan isi yang disusun mengikut keutamaan.
c. Pastikan tidak ada isi-isi yang tertinggal.
d. Merangka pendahuluan dan penutup karangan yang bersesuaian dengan isi
karangan.

Cara menulis pengenalan dalam karangan

BAGAIMANA hendak menulis pendahuluan dalam karangan? Penulisan


pendahuluan karangan Pengajian Am peringkat STPM, tidak boleh disamakan
dengan kaedah menulis pendahuluan karangan bagi subjek lain.

Pendahuluan dalam karangan Pengajian Am tidak ada markah, tetapi tanpa


pendahuluan pada karangan akan membuatkan calon kehilangan markah. Oleh
itu, tulislah pendahuluan yang mudah, jelas dan tidak menyusahkan anda atau
pemeriksa.

Contoh soalan
Malaysia mempunyai koloni spesis tumbuh-tumbuhan herba yang
banyak dan memberi kebaikan kepada manusia. Namun spesis ini perlu
dikembangkan untuk kegunaan berterusan. Bincangkan.

Ada calon menulis pengenalan yang agak panjang, contohnya:

Malaysia masih mempunyai hutan yang luas, dan dalam hutan berkenaan
terdapat banyak tumbuh-tummbuhan termasuk herba. Herba ini sudah lama
menjadi kegunaan masyarakat sejak zaman dahulu sehingga ke zaman sains
dan teknologi. Antara herba yang popular ialah tongkat ali, hempedu bumi,
pegaga, daun kaduk dan bermacam-macam lagi.Dengan kecanggihan teknologi,
herba dapat dikomersilkan dan bermanfaat kepada manusia sejagat.

Pengenalan yang agak panjang itu tidak salah, tetapi calon telah mengambil
masa untuk menulisnya.

Saya mencadangkan pengenalan untuk soalan itu sekadar ditulis begini:

Malaysia mempunyai koloni spesis tumbuh-tumbuhan herba yang


banyak dan memberi kebaikan kepada manusia. Semua herba ini patut
dikembangkan kegunaannya agar terus bermanfaat kepada manusia.

Teknik menulis pengenalan dalam karangan ini ialah mengubahsuai daripada


soalan. Cara ini dapat menyelamatkan karangan daripada terpesong jika calon
tidak menulis jawaban yang dikaitkan dengan kehendak soalan.

Cara membentuk PERENGGAN ISI

Format Perenggan Isi

1. ISI/IDEA UTAMA hendaklah diutarakan SEBAGAI AYAT PERTAMA DALAM


PERENGGAN ISI dan dalam bentuk ayat tajuk (AT). Dalam karangan
Pengajian Am, calon perlu memberikan 5 isi/ idea utama (5 markah) dan
setiap isiperlu membentuk satu PERENGGAN ISI.Isi/ Idea utama ialah idea
secara langsung dengan kehendak soalan dan ia merupakan satu perkara
pokok yang besar dan boleh berdiri sendiri.Markah hanya diberikan jika
idea utama betul.Idea utama yang salah tidak akan diberikan markah
huraian walaupun huraian betul. Idea utama yang salah dianggap tidak
relevan (TR) kerana tidak menjawab kehendak soalan.
2. .IDEA SAMPINGAN, dalam 3 AYAT, perlulah diletakkan selepas idea utama
sebagai hujah-hujah yang menyokong idea utama. Idea sampingan tersebut
adalah berbentuk huraian, huraian lanjutan atau contoh, dan ulasan
atau penegasan idea.Ayat-ayat dalam idea sampinganhendaklah
diperjelas dalam bentuk ayat huraian (AH), ayat contoh (AC) danselanjutnya
diperkukuh dengan ayat simpul (AS).Idea sampingan adalah idea yang
berkaitan secara tidak langsung dengan kehendak soalan tetapi
secara langsung dengan idea utama dan ia merupakan perkara-perkara
kecil yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa perkara pokok.Idea sampingan
yang tidak jelas (TJ) tidak diberikan markah huraian.
3. Bilangan maksima jumlah patah perkataan bagi setiap ayat dalam
perenggan isi adalah 15 patah perkataan.

PERENGGAN ISI

AYAT 1: Isi/ Idea Utama (AT)


AYAT 2: Huraian (AH)
AYAT 3: Huraian lanjutan / contoh (AC)
AYAT 4: Ulasan/ penegasan idea (AS)

Bilangan maksima jumlah perkataan


setiap ayat: 15 p.p

Cara menulis Penutup

Dalam karangan Pengajian Am, perenggan penutup juga tidak membawa


sebarang markah yang khusus.Namun begitu, perenggan penutup perlu ada bagi
menyempurnakan karangan yang ditulis.Oleh itu calon tidak perlu menulis
panjang bagi perenggan ini.Cukup hanya dengan 2 atau 3 ayat sahaja.

Perenggan penutup merupakan pendirian pelajar tentang isu yang


dibicarakan.Pendirian tersebut boleh digambarkan dalam bentuk sokongan,
cadangan, pandangan dan gambaran masa hadapan.Ianya juga bukanlah idea
kepada soalan.

Contoh Penutup:

Kesimpulannya,adalah jelas bahawa ibu bapa perlu memainkan


peranan yang singnifikan untuk mendidik anak-anak supaya menjaga
kebersihan. Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya menunding
jari kepada ibu bapa sahaja untuk memikul tanggungjawab ini kerana
semua pihak perlu bekerjasama supaya remaja di negara kita dapat
mementingkan kebersihan pada masa hadapan.

KATA KUNCI SOALAN

1.BINCANGKAN.
Calon perlu mengemukakan idea dengan menjelaskan isu/fakta yang diberi
mengikut beberapa pendekatan berikut:
PRO ATAU KONTRA/POSITIF ATAU NEGATIF
PRO DAN KONTRA / POSITIF DAN NEGATIF
PRO KEPADA PENYATAAN POSITIF DAN NEGATIF
PRO DAN LAIN-LAIN
PELBAGAI ASPEK : PUNCA/MASALAH/KESAN/FAEDAH/LANGKAH
2. SEJAUH MANAKAH
Calon mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan
munasabah untuk menyokong idea yang dikemukan dalam soalan. Ada 3
pendekatan iaitu :
PRO DAN KONTRA
PRO DAN LAIN-LAIN
PRO SAHAJA

3. HURAIKAN, BERI PENJEASAN/PENDAPAT, LANGKAH-LANGKAH,


HURAIKAN, CADANGKAN DLL.
Calon diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang
dikehendaki.

4. BERIKAN ULASAN
Calon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas
tentang isu yang dikemukakan.Calon juga boleh mengupas/membuat komentar
berdasarkan soalan yang diberikan dan mengemukakan pandangan pro dan
kontra jika sesuai dengan pernyataan soalan.

5. JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGAN


Calon diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau
membuat perbandingan.

Contoh esei.

Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana
di negara kita pada masa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala
ini.Huraikan.

Pendahuluan

Muktahir ini, kes juvana di negara kita telah menunjukkan kadar peningkatan
yang ketara. Hal ini amat membimbangkan kerana generasi muda merupakan
pewaris kepimpinan negara pada masa depan. Oleh itu, pelbagai faktor perlu
dikenal pasti yang menyumbang kepada peningkatan ini dan usaha-usaha perlu
dilakukan untuk membendungnya. (45 patah perkataan)

Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes jenayah


juvana ialah masalah keluarga. Keluarga yang mempunyai masalah seperti
berlakunya konflik penceraian dan pengabaian terhadap penjagaan dan
pendidikan anak-anak telah mendorong anak-anak terlibat dalam jenayah
juvana.Tidak kurang pula, sikap dan perlakuan ibu bapa yang buruk telah
menyebabkan anak-anak terjebak dalam jenayah ini.Pendek kata, keluarga yang
bermasalah menjadi punca meningkatnya gejala jenayah juvana. (61 patah
perkataan)
Selain itu, pengaruh media massa turut dikenal pasti menjadi faktor
penyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana. Hal ini demikian kerana
media massa memaparkan pelbagai unsur negatif seperti aksi-aksi ganas dan
ekstrem yang mendorong remaja melakukan gejala sosial. Sebagai kesannya,
remaja akan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti amalan budaya kuning,
pergaulan bebas, seks rambang, dan sebagainya. Tegasnya, kadar kes juvana
meningkat disebabkan oleh pengaruh media massa. (65 patah perkataan)

Usaha membendung gejala juvana dapat dilakukan melalui pendidikan agama


dan moral. Ibu bapa berperanan menyemai nilai-nilai murni kepada anak-anak
dan perlu menjadi contoh teladan kepada mereka.Pendidikan di rumah pula
diperkukuhkan di sekolah dengan pengajaran guru dan aktiviti-aktivti
kokurikulum.Jika terdapat pelajar yang bermasalah, khidmat kaunseling perlu
diberikan agar mereka berkelakuan baik.Kesemua mekanisme pendidikan ini
dapat membentuk jati diri remaja dan menghalang mereka terjebak dalam
jenayah juvana. (68 patah perkataan)

Seterusnya, kempen-kempen kesedaran perlu digiatkan bagi membendung


gejala juvana. Kerajaan perlu menjalankan kempen-kempen dari semasa ke
semasa seperti Kempen Belia Benci Dadah. Pertubuhan bukan kerajaan
(NGOs) perlu lebih proaktif dalam menganjurkan program-program yang
bermanfaat seperti kem motivasi dan kemasyarakatan. Sejajar dengan perkara
ini, media massa perlu menyebarluaskan kempen-kempen ini dalam membantu
kerajaan dan NGOs untuk menyedarkan golongan remaja. Natijahnya, melalui
kempen-kempen ini, remaja akan sedar akan tanggungjawab mereka kepada
masyarakat dan negara. (70 patah perkataan).

Sebagai kesimpulannya, kadar peningkatan dalam kes jenayah remaja dapat


dibendung jika faktor-faktor penyumbang dikenal pasti dan seterusnya
mengambil langkah-langkah mengatasinya. Semua pihak seperti ibu bapa, pihak
sekolah dan komuniti masyarakat serta pihak kerajaan perlu berkerjasama dan
berganding bahu dalam melahirkan remaja sebagai modal insan kepada negara.
(46 patah perkataan)

PERBANDINGAN jawaban pelajar dengan hasil skema

Soalan: Isu cetak rompak telah menjadi suatu masalah yang tidak asing lagi di
negara ini. Walaupun kerajaan telah menjalankan serbuan-serbuan ke atas
kilang-kilang haram, namun para pengguna masih boleh mendapatkan produk
cetak rompak di pasar-pasar malam dan premis perniagaan.

Bincangkan punca-punca dan kaedah mengatasi masalah cetak rompak yang


diniagakan di pasar malam dan premis perniagaan.

Jawaban pelajar Jawaban skema

Isu cetak rompak bukan lagi satu isu Isu cetak rompak telah menjadi suatu
semasa bagi negara kita. Tetapi telah masalah di negara ini. Kerajaan telah
berlaku sejak teknologidinegara kita berusaha membanterasnya namun
meningkat maju. (ulasan: ada pengguna-pengguna masih boleh
kesalahan ejaan dan struktur ayat). mendapatkan barangan itu daripada
peniaga. Ada beberapa punca masalah
ini dan cara mengatasinya.

Bilangan cetak rompak di pasaran Sebab utama hasil cetak rompak begitu
semakin meningkat disebabkan banyak di pasaran kerana permintaan
permintaan yang amat tinggi yang tinggi daripada pengguna (idea
terhadap cetak rompak (idea 1). Barangan cetak rompak pula murah
1). Menyebabkan pengusaha yang dan menjadi pilihan pembeli (h1).
tidak bertanggungjawab memproses Pembeli sengaja memilih barangan
lebih banyak cetak tiruan yang murah kerana tahap
rompak. Disamping itu pula menjual kemampuan ekonomi mereka
cetak rompak juga membawa rendah (h1). Pembeli memilih
keuntungan yang lumayan kerana barangan tiruan ini juga kerana sangat
modal yang digunakan adalah amat mudah mendapatkan barangan itu di
rendah. Pada masa yang sama mana-mana seperti di pasar
menjual cetak rompak telah menarik malam (h1).
minat banyak remaja untuk
menjualnya kerana gaji yang (Ulasan: semua huraian dikaitkan
lumayan ditawarkan. (Ulasan: semua dengan sikap permintaan pengguna)
huraian dikaitkan dengan
pengeluar. Ada kesalahan struktur
bahasa)

Kebanyakan cetak rompak diimport


dari negara jiran seperti Thailand.
Walaupun kilang-kilang cetak
rompak dinegara kita telah di basmi
oleh pihak berkuasa, tetapi
kebanyakan cetak rompak adalah di
import dari negara lain. (Ulasan:
huraian jawaban ini tiada dalam
skema)

Pihak berkuasa juga harus Sebab kedua kepada masalah ini ialah
menjalankan tugas dengan amanah kelemahan penguatkuasaan undang-
dalam proses serbuan (Idea 3). undang (Idea 3). Pihak penguatkuasa
Sebagai contohnya pihak kastam tidak mempunyai kakitangan yang
haruslah menjalankan tugas dengan mencukupi untuk bertindak
bersih supaya tidak menerima rasuah tegas (h3). Lebih malangapabila ada
daripada pengedar (h3). Pihak polis penguatkuasa yang sanggup menerima
juga menjalankan peranan penting rasuah dan membiarkan perniagaan
dalam mengatasi hal ini, pihak polis haram ini (h3).Dalam hal lain, orang
haruslah menjalankan lebih banyak ramai tidak memberi kerjasama kepada
operasi di pasar-pasar malam dan perjalanan penguatkuasaan ini (h3).
premis perniagaan supaya dapat
mengurang jualan cetak
rompak (h3). (Ulasan: ada kesalahan
struktur ayat.)

Salah satu langkah harus diambil Satu cara untuk mengatasi lambakan
adalah harga cetak tulen haruslah produk tiruan ini ialah dengan
diturunkan supaya masyarakat menurunkan harga produk tulen (Idea
mampu membelinya (Idea 5). 5). Jika harga sebuah DVD tulen sekitar
Masalah pengguna memilih membeli RM10.00 hingga RM15.00, maka
cetak rompak adalah disebabkan pengguna akan memilih produk tulen
harga cetak tulen yang mahal (h5). kerana berkemampuan (h5). Dengan
Jika harga cetak tulen dapat di harga berpatutan, pengguna pasti akan
turunkan maka pengguna akan mendapatkan barangan tulen yang
memilih membeli cetak tulen dan bermutu tinggi (h5). Harga barangan
pengeluar cetak rompak dapat yang berpatutan tetapi kualitinya tinggi
dibasmikan (h5). (Ulasan: hanya 2 tentu akan membuat pengguna
huraian dan ada kesalahan struktur menolak terus hasil tiruan yang
ayat) kualitinya sangat rendah (h5).

Hukuman yang berat juga akan


menyebabkan industri cetak rompak
lumpuh (Idea 4). Berdasarkan
undang-undang, syarikat yang didapati
bersalah melakukan kegiatan cetak
rompak boleh dikenakan denda
maksimum setengan juta
ringgit (h4). Pengusaha barangan
cetak rompak juga boleh dikenakan
penjara maksimum lima tahun (h4).
Selain itu lesen perniagaan mereka
akan ditarik balik oleh kerajaan(h4).

Pada kesimpulannya masah sosial Kesimpulannya, industri cetak rompak


seperti ini dapat diselesaikan jika sangat merugikan negara dari sudut
pelbagai pihak dapat bekerjasama. pungutan cukai. Manakala para
Cetak rompak harus dibasmikan karyawan pula tidak mendapat
segera kerana ia amat menjejaskan pulangan royalti. Oleh itu semua pihak
produktiviti cetak tulen. Ulasan: ada mesti bekerjasama dalam usaha
kesalahan ejaan dan ganti nama). membanteras kegiatan cetak rompak.

Ulasan: Terdapat tiga idea utama (3 Ulasan: Setiap idea utama (4 markah)
markah) dan empat huraian (4 diberi 12 huraian yang mesti berkaitan
markah). Kesalahan ejaan dan dengan idea asal (12 markah). Tiada
struktur ayat dipotong 3 markah, kesalahan ejaan dan struktur ayat (5
bahasa (2 markah).Ada perenggan markah) di samping keberkesanan
yang tidak relevan dan tidak lancar persembahan karangan: impak (4
menyampaikan persembahan markah). Karangan sempurna 25
dipotong 2 markah, impak (2 markah.
markah). Keseluruhan karangan 11
markah.

CONTOH karangan laras sains yang terseleweng

Soalan

Kepentingan hidupan liar kepada alam dan manusia memang tidak


dapat dinafikan lagi, namun begitu bilangannya semakin
berkurangan. Huraikan bagaimanakah masalah kepupusan hidupan
liar ini ditangani.

Hutan merupakan habitat flora dan fauna tetapi hutan


sering dimusnahkan oleh manusia kerana untuk
pembangunan dan mengejar kekayaan. Secara langsung
hidupan liar semakin berkurangan sehingga menghampiri
kepupusan.

Untuk menangani masalah kepupusan hidupan liar, pihak


berkuasa harus mengetatkan undang-undang dan TR- salah laras.
memberatkan hukumanterhadap orang yang
memusnahkan hidupan liar. Dengan hukuman yang (mengetatkan undang-
berat, pesalah tidak akan bertindak sesuka hati dan undang adalah laras
berfikir dahulu sebelum menjalankan sebarang langkah. sastera)
Hukuman berat telah menjadi amaran kepada mereka.
0 markah

Selain itu, kita juga perlu menyelesaikan masalah


tersebut melaluipendidikan. Kita boleh menanam
semangat cintakan alam sekitar dan hidupan liar sejak TR salah laras
kecil lagi. Tindakan ini dapat memupuk semangat
mereka. Dengan konsep ini, mereka tidak akan (sastera)
memburu dan membunuh hidupan liar apabila mereka
0 markah
dewasa.

Di samping itu, kita boleh mengadakan kempen cinta


kepada hidupan liar. Kempen tersebut harus
bekerjasama dengan media massa. Dalam kempen, kita
boleh berceramah kepentingan hidupan liar kepada alam TR - salah laras
dan manusia. Kempen dapat menyedarkan rakyat
betapakah penting hidupan liar. Biasanya, kempen akan (sastera)
mendapat sambutan orang ramai, sebagai contoh 0 markah
kempen mencegah dadah sangat berjaya dalam negara
kita.

Rakyat juga harus bekerjasama dengan kerajaan.


Rakyat tidak harus membeli binatang larangan sebagai
hiasan seperti kulit harimau. Pemburuan berterusan
kerana terdapat permintaan dalam pasaran. Kalau rakyat
memboikotnya, maka tiada permintaan dalam pasaran
dan ini menyebabkan pemburuan berkurang kerana tiada TR - salah laras
rezeki kepada pemburu.
(sastera)

0 markah
Kesimpulannya, semua rakyat dan penduduk harus
bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani
masalah kepupusan hidupan liar. Kita perlu ingat, kita
hanya meminjam dunia ini daripada generasi akan
datang.

Karangan terseleweng

markah 1/25

BAGAIMANA membina karangan yang baik?


APA yang ada pada sebuah karangan? Sejak sekolah rendah, murid-murid diajar
mengarang, sehinggalah di Prauniversiti atau Tingkatan Enam. Mengapa tidak
mahir lagi mengarang?

Sistem kepengarangan ini sama saja untuk Bahagian A (Laras Sastera) dan
Bahagian B (Laras Sains).

Arahan dalam kertas soalan ialah calon diminta mengarang dengan


kepanjangan antaraa 250 hingga 300 patah perkataan. Sebenarnya calon masih
diberi kelonggaran sehingga 350 patah perkataan! Setelah 350 patah
perkataan, apa-apa yang tercatat tidak ada dalam pemarkahan.

Karangan calon mestilah dalam enam perenggan sahaja. Enam perenggan ini
dalam memenuhi kehendak skema pemarkahan dan memudahkan penyemakan
oleh pemeriksa kertas jawaban. Untuk mudah difahami, perhatikan analisa ini.

Perenggan 1: Pengenalan

Perenggan 2: Idea satu dan tiga huraiannya.

Perenggan 3: Idea dua dan tiga huraiannya.

Perenggan 4: Idea tiga dan tiga huraiannya.

Perenggan 5: idea empat dan tiga huraiannya.

Perenggan 6: Kesimpulan atau penutup.

Kaedah pemarkahan karangan ini seperti berikut:

Idea: 4 markah

Huraian: 12 markah

Bahasa : 5 markah

Impak/keberkesanan: 4 markah

(Jumlah keseluruhan ialah 25 markah)

Apa yang selalu dilupakan oleh calon?

Calon tidak memahami sepenuhnya maksud dan kehendak soalan.

Fahamilah kehendak soalan itu untuk menentukan struktur idea utama bagi
jawaban itu: 4 + 0 atau
2 + 2 atau 1 + 3.
Maksudnya jika 4 + 0 kesemua idea utama itu dari satu pandangan.

Manakala jika 2 + 2 ialah dua dari satu sudut pandangan dan dua idea
lagi sudut pandangan lain.

Bagi struktur 1 + 3, bermaksud satu idea dari satu pandangan dan tiga
idea lagi pandangan lain.

Pandangan-pandangan itu ditemui dalam maksud soalan yang diberikan.

Calon tidak membuat rangka jawaban.

Hal ini kerap berlaku, walhal inilah asas kepada sesiapa saja untuk menghasilkan
karangan bermutu. Tulislah rangka karangan berdasarkan perenggan, insya
Allah kerja mengarang akan terus lancar dan tidak tersesat ke mana-mana.

Tidak membaca karangan sendiri.

Kononnya kerana mengejar masa, calon hanya menulis karangan.Kerja membaca


karangan diserahkan kepada pemeriksa. Inilah antara kesilapan calon yang
melepaskan peluang untuk menilai semula hasil tulisanya sama ada diyakini
betul atau masih ada kesalahan kecil, misalnya ejaan!

Baikilah mana-mana kesilapan yang lalu.

Dicatat oleh NURUL MUBIN SIRAJ di 11:49 PG

You might also like