You are on page 1of 9

Bahasa Melayu

Panduan Menulis
Rumusan
Isnin
10/04/2023
Objektif Pembelajaran:

1. Menyenaraikan isi-isi penting daripada teks berdasarkan


kehendak soalan secara perbincangan.

2. Menulis perenggan rumusan dengan menggunakan


penanda wacana secara individu.
Panduan Menulis Rumusan

1. Baca petikan rumusan yang diberikan. Kemudian fahamkan


tema yang dibincangkan daripada keseluruhan petikan. Garis
isi-isi penting berdasarkan kaedah SeKeCam+TC. Lima
hingga tujuh isi diperlukan.

2. Murid boleh menggunakan kaedah SeKeCam+TC untuk


mencari isi-isi penting dalam petikan.
Akronim
Akronim Kata Kunci Kata Tugas
Se sebab / faktor / punca kerana / disebabkan / tidak / kurang / gagal
Ke kesan baik / kepentingan / supaya / untuk / bagi / akan / boleh / dapat /
faedah / manfaat / kelebihan mampu
Ca cara / langkah / usaha / kaedah / harus / perlu / mesti / wajar / hendaklah /
tindakan patut / telah
M masalah / kemelut / halangan / Apakah masalah itu?
kekangan / rintangan
T tugas / peranan / tanggungjawab Apakah tugas itu?
/ kewajipan
C ciri / sifat / kriteria Apakah ciri itu?tugas / peranan /
tanggungjawab / kewajipan
3. Mulakan ayat rumusan dengan 4. Gunakan penanda wacana
perkataan daripada arahan yang sesuai untuk menyambung
tugasan. ayat-ayat yang seterusnya.

Sebagai contoh, Antara sebab…, Contoh:


Antara kesan…, Antara cara…, selain itu, sementara itu,
Antara masalah…, Antara selanjutnya, seterusnya, dalam
tanggungjawab…, Antara ciri…, pada itu atau sebab / cara / kesan
dan lain-lain. / masalah / tanggungjawab lain
ialah..
5. Kira jumlah perkataan selepas selesai menulis isi pertama. Tulis jumlah
perkataan di hujung ayat pada isi pertama dan dicampurkan jumlah perkataan
untuk isi-isi seterusnya. Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

a) Nama khas: Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Panglima Abdullah


b) Perkataan berulang: beribu-ribu, sekolah-sekolah
c) Tarikh: 11 April 2023
d) Angka ditulis dengan nombor atau perkataan: 20 000 atau dua puluh ribu
e) Gelaran: Tan Sri Datuk Haji Nassir
f) Peribahasa: Bagai aur dengan tebing
g) Penggunaan kata depan: ke hadapan, di rumah (tidak dikira sebagai perkataan)
6.Jangan ubah maksud asal 7. Tulis rumusan dalam bentuk
petikan. Perubahan makna perenggan termasuk menulis
perkataan atau ayat yang tidak pendahuluan dan penutup.
tepat menyebabkan anda
melakukan kesalahan isi.

8. Pastikan ayat yang ditulis


gramatis (tiada kesalahan
tatabahasa).
9. Tulis jumlah perkataan di
bahagian bawah sebelah kanan
rumusan.

10. Panjang rumusan antara 80 –


100 patah perkataan.
Contoh Rumusan
Petikan membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes buli di
negara kita. Antara faktor tersebut termasuklah pembuli mengalami masalah emosi
dengan kurang rasa empati dan kurang keyakinan. Selain itu, pembuli selalunya datang
daripada keluarga yang bermasalah. Seterusnya,kes buli terjadi disebabkan pembuli
merasakan perilaku membuli ialah perkara biasa dalam kehidupan harian. Di samping
itu, kes buli boleh berlaku disebabkan kurangnya didikan agama dan moral terhadap
anak-anak. Faktor lain ialah pengaruh daripada keadaan sekeliling, media sosial, filem,
televisyen serta Internet. Akhir sekali, kurangnya kerjasama daripada pelbagai pihak
untuk membanteras gejala buli juga menjadi faktor kes buli kian bertambah.
Kesimpulannya, pelbagai langkah perlu dilaksanakan untuk memastikan kes buli ini
dapat dicegah.

You might also like