You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA,
KEDAH DARUL AMAN

BMMB1084 ASAS TATABAHASA MELAYU

Nama : MUHAMMAD AMMAR BIN ROSIDI


No. K/P : 041209-02-0127
Angka Giliran : 2022182310011
Ambilan : PPISMP AMBILAN JUN 2022
Unit : BAHASA MELAYU 1
Nama Pensyarah : ENCIK HAMDAN BIN HJ.
AHMAD
Tarikh Hantar : 10 OKTOBER 2022

PEMERIKSA PENGESAHAN PELAJAR MODERATOR


PENGAKUAN PELAJAR
Saya
Markah mengesahkan
mengaku bahawa bahawa maklum
tugasan balas yang
pentaksiran diberikan
berterusan
Markah ini oleh
adalahpensyarah telah
hasil kerja saya
saya
rujuki
sendiridan fahami.
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Tandatangan
BIL
Tandatangan PERKARA
Pelajar:__________________________Tarikh
Pelajar: _AMMAR Tarikh : 10 Oktober MUKA SURAT
: _____________________
2022
Cop Cop
1.0 Pengenalan 1
Tarikh
2.0 Tarikh
Kepentingan tatabahasa 1
3.0 Konsep Morfologi 2
3.1 Imbuhan 2
3.2 Perkataan 3
3.3 Bentuk kata 4
3.4 Penutup 4
3.5 Rujukan 5
ISI KANDUNGAN
Penghargaan

Pertama sekali, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan
tugasan esei bagi kursus penulisan akademik ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Hamdan bin Hj. Ahmad yang telah
banyak membantu saya dan kawan-kawan yang lain dalam melaksanakan tugasan ini.
Tanpa sokongan dan tunjuk ajar dari beliau, agak sukar bagi saya dalam menyiapkan
penulisan esei ini.

Seterusnya, saya juga ingin memberikan penghargaan dan mengucapkan terima kasih
kepada semua rakan yang banyak memberikan pandangan dan nasihat dalam
melaksanakan tugasan esei ini. Alhamdulillah saya berasa sangat bersyukur kerana
dikurniakan rakan-rakan yang sentiasa menjawab pertanyaan yang saya utarakan kepada
mereka. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada saya dari segi nasihat dan
sebagainya. Sokongan dan dorongan yang diberikan oleh mereka telah banyak
memotivasikan diri saya untuk terus gigih melaksanakan tugasan ini. Akhir kata, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya sama ada
secara langsung atau secara tidak langsung.

Kepentingan Tatabahasa Kepada Masyarakat dan Konsep Morfologi

1.0) Pengenalan

Tatabahasa merupakan salah satu aspek yang paling penting dalam mana-mana bahasa
sekalipun termasuklah bahasa Melayu. Jika kita lihat pada aspek tatabahasa ini, tatabahasa
dapat didefinisikan sebagai suatu peraturan atau hukum bagi sesuatu bahasa. Menurut
Awang Sariyan dalam tulisannya Ceritera Bahasa (2002), tatabahasa secara ringkasnya
merupakan peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa
yang tertentu. Dengan erti kata lain, tatabahasa ini lah yang menjadi rujukan buat kita
semua untuk menentukan sama ada sesuatu bentuk bahasa itu salah atau betul. Selain itu,
tatabahasa ini juga terbahagi kepada dua bidang utama iaitu morfologi dan sintaksis.
Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk
dan penggolongan kata manakala sintaksis pula merupakan bidang ilmu bahasa yang
mengkaji bentuk, struktur dan dan binaan ayat. Kedua-dua aspek ini merupakan dua tunjang
utama di dalam sistem tatabahasa ini. Namun pada era globalisasi ini, tatabahasa ini sering
dianggap remeh oleh segelintir golongan masyarakat di negara. Malah, mereka dilihat
seolah-olah mengabaikan penggunaan tatabahasa ini dan menganggap bahawa
penggunaan tatabahasa ini tidak penting sama sekali. Sebaliknya, tatabahasa ini
mempunyai banyak kepentingannya yang tersendiri. Dengan ini, marilah kita sama-sama
mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan kepentingan tatabahasa terutamanya kepada
golongan masyarakat.

2.0) Kepentingan tatabahasa

Antara kepentingan tatabahasa ini ialah kefahaman dan penggunaan tatabahasa yang
baik dapat membantu kita untuk bertutur dengan lancar, terang, dan mudah untuk difahami
oleh orang lain. Hal ini kerana sekiranya individu tersebut mempunyai tahap penguasaan
tatabahasa yang rendah, beliau akan sukar untuk bertutur dengan lancar kerana
penggunaan tatabahasa yang tidak betul semasa sedang bercakap. Disamping itu,
tatabahasa ini juga telah membuatkan bahasa Melayu mudah untuk dipelajari. Sistem
tatabahasa yang lengkap ini banyak membantu orang bukan Melayu atau warga asing
dalam mempelajari bahasa Melayu ini. Mereka bukan sahaja dapat bertutur dengan betul,
malah mereka juga dapat mengaplikasikan tatabahasa ini ke dalam penulisan dan
kehidupan seharian mereka. Seterusnya, kefahaman berkaitan tatabahasa juga dapat
membolehkan kita untuk menentukan sama ada sesuatu ayat itu betul atau salah. Hal ini
menjadi sangat berguna terutamanya kepada para pelajar yang akan menghadapi
peperiksaan.

Akhir sekali, tatabahasa ini memberikan faedah kepada orang yang dikuasai oleh bahasa
ibunda mereka. Hal ini kerana mereka suka belajar mengikut hukum tertentu.

3.0) Konsep morfologi

Sebagaimana yang dibicarakan di atas, morfologi merupakan antara bidang utama yang
terdapat di bawah aspek tatabahasa. Namun, persoalannya, apakah yang dimaksudkan
pula dengan morfologi ini? Menurut Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am (2007),
morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan perlu dibina.
Tambahan lagi, menurut Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), morfologi membawa
maksud bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Struktur kata disini bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau tulisan
yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula membawa maksud rupa unit
tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolongan kata pula ialah proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi. Dalam konsep
morfologi ini, unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem.

Sesuatu perkataan akan dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Sebagai contoh,
perkataan ‘baca’ merupakan satu morfem sahaja, tetapi perkataan ‘membaca’ pula
mengandungi dua morfem iaitu ‘mem’ dan ‘baca’. Oleh itu, perkataan boleh terdiri daripada
beberapa morfem. Bukan itu sahaja, morfem juga terbahagi kepada dua jenis iaitu morfem
bebas dan morfem terikat. Morfem bebas merujuk kepada morfem yang boleh berdiri secara
sendiri dan mempunyai makna yang lengkap. Antara contoh morfem bebas ialah perkataan
seperti saya, kamu, dan kereta. Morfem terikat pula bermaksud morfem yang wujud
bersama-sama morfem lain tidak boleh berdiri secara sendiri. Sebagai contoh, imbuhan ‘-an’
dalam perkataan ‘lautan’ merupakan morfem terikat kerana unit-unit seperti ini tidak boleh
wujud tanpa kata dasar.

3.1) Imbuhan

Imbuhan merupakan unit-unit bahasa tertentu yang ditambah atau diletakkan pada bentuk
lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Terdapat beberapa jenis imbuhan iaitu
imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, dan bentuk fleksi. Imbuhan yang
pertama ialah imbuhan awalan. Imbuhan awalan bermaksud imbuhan yang ditambahkan
pada bahagian hadapan kata dasar. Contohnya, imbuhan ‘ber-‘ dalam perkataan ‘berjalan’
merupakan salah satu contoh imbuhan awalan. Seterusnya, imbuhan akhiran merupakan

imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya, imbuhan ‘-an’
dalam ‘berjalan’ dan imbuhan ‘wan’ dalam perkataan ‘karyawan’. Imbuhan sisipan pula ialah
imbuhan yang ditambah atau diselitkan di celah-celah kata dasar seperti imbuhan ‘em’
dalam perkataan ‘gemuruh’. Kata dasar bagi perkataan ini ialah guruh namun selepas
ditambah imbuhan ‘em’ ia ditukar menjadi perkataan ‘gemuruh’. Seterusnya, imbuhan apitan
pula ialah imbuhan yang ditambahkan serentak pada bahagian hadapan dan bahagian
belakang sesuatu kata dasar. Contohnya, imbuhan ‘ke-‘ dan ‘an-‘ yang terdapat dalam
perkataan kedudukan. Morfem kosong pula membawa maksud morfem yang berubah fungsi
nahunya tanpa sebarang perubahan pada bentuknya. Jika kita lihat dalam bahasa Inggeris,
perkataan ‘sheep’ bentuk jamaknya ‘sheep’ juga tanpa pertambahan morfem -s. Dengan ini,
perubahan daripada bentuk tunggal kepada bentuk jamak dalam perkataan ‘sheep’ tidak
melibatkan perubahan atau pertambahan sebarang bentuk. Contoh-contoh sebeginilah yang
dimaksudkan dengan morfem kosong. Akhir sekali, imbuhan yang terakhir iaitu bentuk fleksi
yang merupakan imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau
melahirkan sesuatu makna nahu. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan tunggal
dijamakkan dengan menambahkan imbuhan fleksi pada akhiran perkataan seperti ‘boy’
yang ditambahkan imbuhan ‘s’ dan menjadi ‘boys’.

3.2) Perkataan

Perkataan membawa maksud satu unit ajaran yang bebas dan mengandungi makna,
yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Aspek perkataan
ini juga dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Bukan itu sahaja, sempadan
perkataan ini juga bersifat abstrak, iaitu hanya wujud dalam fikiran kita. Sebagai contoh,
‘pelajar itu rajin menolong gurunya’, terdapat bentuk-bentuk kata berikut iaitu ‘+ pelajar ++
itu ++ rajin ++ menolong ++ gurunya +’. Disamping itu, perkataan juga dapat dibahagikan
kepada beberapa bahagian dan jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata
ganda. Jika kita lihat pada maksud kata tunggal, kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri
daripada hanya satu bentuk kata dasar dan tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang
lain. Kata tunggal ini juga dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata tunggal yang
merupakan unit yang bebas dan kata tugas. Antara contoh kata tunggal yang merupakan
unit yang bebas ialah sudah, saya, dan kamu. Manakala contoh bagi kata tugas ialah ‘Di
mana?’, ‘Untuk siapa?’ dan lain-lain lagi. Kata akronim juga termasuk ke dalam golongan
kata tunggal ini. Seterusnya, kata terbitan bermaksud bentuk kata yang terdiri daripada kata
dasar yang mengalami proses pengimbuhan. Contohnya seperti memukul (me-+mukul) dan
minuman (minum- + an).

Kata majmuk pula dapat didefinisikan sebagai satu bentuk kata yang wujud apabila dua kata
dasar dirangkaikan menjadi satu. Misalnya seperti baju kurung dan nasi minyak. Akhir
sekali, kata ganda membawa maksud bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan
kata dasar tersebut. Sebagai contoh, daun-daun, elok-elok, dan banyak lagi.

3.3) Bentuk Kata

Bentuk kata ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu bentuk kata tunggal, bentuk kata
terbitan, bentuk kata majmuk, dan bentuk kata ganda. Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata
yang boleh mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku
kata pula boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja atau satu vokal disertai satu konsonan
(K). Kata tunggal ini juga terbahagi kepada lima jenis iaitu kata tunggal satu suku kata, kata
tunggal dua suku kata, kata tunggal tiga suku kata, dan kata tunggal empat suku kata.
Selain itu, bentuk kata terbitan pula merujuk kepada kata yang terhasil daripada proses
pengimbuhan, iaitu proses menambahkan imbuhan pada kata dasar. Kata dasar yang
menerima imbuhan dikenali sebagai morfem bebas manakala imbuhan merupakan morfem
terikat. Proses pengimbuhan juga boleh terjadi pada kata dasar daripada jenis kata terbitan
dan kata majmuk. Seterusnya, kata majmuk merupakan kata yang terhasil apabila dua kata
dasar dirangkaikan dan membawa makna tertentu. Dalam aspek bahasa Melayu, kata
majmuk ini dieja secara terpisah, tetapi terdapat beberapa kata majmuk yang dieja secara
rapat kerana kelaziman penggunaan. Contonya, jalan raya ialah kata majmuk yang dieja
secara rapat manakala jawatankuasa ialah kata majmuk yang dieja secara terpisah. Akhir
seklai, bentuk kata ganda ialah bentuk yang terhasil apabila kata dasar tersebut digandakan.
Proses penggandaan kata ini boleh berlaku secara penuh atau separa. Contoh
penggandaan penuh ialah seperti murid-murid manakala contoh penggandaan separa ialah
le-laki.

3.4) Penutup

Secara keseluruhannya, tatabahasa merupakan salah satu perkara yang penting dalam
bahasa Melayu. Ilmu tatabahasa ini merupakan ilmu yang sangat penting buat kita kerana ia
mencakupi pelbagai bidang berkaitan penggunaan bahasa. Oleh itu, semua golongan
masyarakat perlulah mengubah tanggapan mereka berkaitan tatabahasa kerana kefahaman
dan penguasaan tatabahasa sangat memberikan impak dalam kehidupan seharian kita.

Rujukan
Ell, C. (2019, Mac 28). MORFOLOGI BAHASA MELAYU. Retrieved from CIKGU ELL:
https://cikgualqahharmson.blogspot.com/2019/03/morfologi-bahasa-melayu.html

Nazri, A. (2013, May 18). Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu. Retrieved from
Slideshare: https://www.slideshare.net/hajimeTMasia/tatabahasa-dalam-pengajaran-
bahasa-melayu

Nik Safiah Karim, F. M. (2015). TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like