You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
[BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH]
(AMBILAN JUN 2021)
KERJA KURSUS
SEMESTER 1, TAHUN 1
SESI JUN - DIS 2021
NAMA PELAJAR : AZRINA BINTI JAMIN

NO KAD PENGENALAN : 030109120258

ANGKA GILIRAN : 2021072310056

KUMPULAN/UNIT : BM SK 3

KOD/NAMA KURSUS : BMMB 1084 ASAS TATABAHASA MELAYU


TUGASAN 1
TAJUK TUGASAN PENULISAN ESEI
(30%)

TARIKH MULA 14.10.21

TARIKH HANTAR 10.11.21

NAMA PENSYARAH : ENCIK YAHYA BIN YASSIN

JABATAN/UNIT : JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Dengan ini saya mengaku bahawa saya TANDATANGAN TARIKH


telah menerima maklum balas dari
pensyarah kerja kursus ini dan saya telah Azrina 10 November 2021
merujuk dan memahaminya.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KOTA KINABALU
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

BORANG MAKLUM BALAS TUGASAN KERJA KURSUS

Nama: AZRINA BINTI JAMIN Angka Giliran: 2021072310056

Kod: BMMB1084 : ASAS TATABAHASA MELAYU

Pensyarah: Yahya Bin Yassin

Tarikh Hantar: 10 November 2021 Tarikh Terima: 14 Oktober 2021

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Azrina Tarikh: 10 November 2021

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tanda tangan : Tarikh: Tanda tangan : Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan

Tanda tangan Pelajar : Azrina Tarikh: 10 November 2021


ISI KANDUNGAN

Penghargaan................................................................................................................................1

1.0 Pengenalan Tatabahasa........................................................................................................2

1.1 Kepentingan Tatabahasa.................................................................................................2

1.2 Tatatingkat Tatabahasa...................................................................................................3

2.0 Proses Pembentukan Kata....................................................................................................3

2.1 Proses Pengimbuhan.......................................................................................................4

2.2 Proses Pemajmukan........................................................................................................5

2.3 Proses Penggandaan......................................................................................................5

2.4 Proses Pengakroniman...................................................................................................6

3.0 Penggolongan Kata...............................................................................................................6

3.1 Kata Nama......................................................................................................................7

3.2 Kata Kerja.......................................................................................................................7

3.3 Kata Adjektif...................................................................................................................8

3.4 Kata Tugas.....................................................................................................................9

4.0 Rumusan.......................................................................................................................... .10

5.0 Rujukan.............................................................................................................................. 11
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi atas rahmat dan kurnia-Nya,
dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya ingin
mengucapkan sepenuh penghargaan terima kasih kepada Encik Yahya Yassin, iaitu pensyarah
bagi subjek Asas Tatabahasa Bahasa Melayu (BMMB 1084), kerana telah meletakkan sepenuh
kepercayaan beliau kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Beliau telah banyak
membantu saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini secara langsung mahupun secara
tidak langsung.

Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
saya yang telah menyokong dan memberi motivasi kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan
ini. Di samping itu, saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan
saya yang telah banyak membantu serta mencetuskan idea saya sepanjang proses penyiapan
tugasan ini dilaksanakan. Dalam menyiapkan tugasan ini, banyak yang telah saya pelajari
sepanjang penyiapan kerja kursus ini dilakukan. Ianya telah memberi saya seribu satu makna
dalam menimba ilmu ini.

Terima kasih saya ucapkan.

1
1.0 PENGENALAN TATABAHASA

Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996), tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana
sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-
perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah
rentetan ucapan, pergolongan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.
Menurut Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu melibatkan
cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan disusun menjadi ayat.
Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala huraian di peringkat ayat disebut
sintaksis.

Dapat dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori bahasa yang harus disusun
dengan tepat, lengkap, dan mudah difahami. Ianya dapat dihuraikan dengan jelas tentang
kebolehan bahasa disusun dan digunakan oleh penutur natif sesuatu bahasa.

1.1 KEPENTINGAN TATABAHASA

Secara umumnya, tatabahasa juga mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya


ialah,seseorang itu dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Hal ini dikatakan kerana,
tatabahasa membolehkan seseorang itu menentukan ayat yang betul atau salah mengikut
peraturan bahasa. Selain itu, melalui tatabahasa juga, seseorang itu akan akan dapat bertutur
dengan lacar dan mudah untuk difahami oleh orang lain kerana mengetahui perkataan yang
sesuai untuk digunakan semasa bertutur dengan orang di sekelilingnya. Seterusnya, seseorang
itu akan mendapat ilmu pengetahuan yang banyak berkaitan dengan tatabahasa dan secara tidak
langsung dapat menghayati keindahan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.

2
1.2 TATATINGKAT TATABAHASA

Dalam Bahasa Melayu, terdapat beberapa unit tatabahasa yang dapat disusun mengikut hierarki
atau dikenali sebagai tatatingkat tatabahasa. Terdapat sekurang-kurangnya lapan elemen
bahasa yang dapat disusun mengikut hierarki.

Rajah 1: Tatatingkat Tatabahasa

Zaharani Ahmad (2000) menyatakan bahawa morfem ialah unit terkecil dalam bahasa
yang membawa makna dan tugas tatabahasa. Kata pula ialah bentuk bebas yang terkecil, makna
lengkap dan dapat berdiri sendiri. Seterusnya ialah frasa yang membawa maksud unit yang
terdiri daripada satu susunan yang sekurang-kurangnya mengandungi dua perkataan atau satu
perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan. Klausa pula merupakan unit rangkaian yang
mengandungi subjek dan predikat serta menjadi konstituen ayat. Tatatingkat yang terakhir adalah
ayat. Ayat merupakan unit pengucapan paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap.

2.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA

Pembentukan kata ialah proses bagaimana kata itu dicipta, dibentuk atau diwujudkan dalam
sesuatu bahasa. Sebelum sesuatu kata itu dibentuk, maka akan berlaku beberapa proses
tertentu. Secara khususnya terdapat empat proses pembentukan kata iaitu proses pengimbuhan,
proses pemajmukan, proses penggandaan dan proses pengakroniman.

3
2.1 PROSES PENGIMBUHAN

Proses pengimbuhan ialah proses menggandingkan imbuhan pada kata dasarPengimbuhan ini
melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat
sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya
segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. Imbuhan ialah bentuk morfem
yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain
yang merupakan kata dasar. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu awalan,
akhiran, apitan dan sisipan.

Jadual 1: Jenis-jenis imbuhan

4
2.2 PROSES PEMAJMUKAN

Menurut Tatabahasa Dewan (2010), proses pemajmukan adalah proses yang merangkaikan dua
kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja
terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang
penyisipan unsur yang lain. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dibahagikan kepada tiga
kelompok iaitu kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, kata majmuk yang
berbentuk istilah khusus dan kata majmuk yang mendukung maksud kiasan.

Jadual 2: Jenis-jenis kata majmuk

2.3 PROSES PENGGANDAAN

Menurut, Nik Safiah, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang
menggandakan kata dasar. Dalam proses ini, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh,
penggandaan separa dan penggandaan berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam
bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa
dan penggandaan berentak.

5
Jadual 3: Jenis-jenis penggandaan

2.4 PROSES PENGAKRONIMAN


Proses pengakroniman ialah proses membentuk perkataan dengan mencantumkan bahagian-
bahagian daripada beberapa perkataan yang menghasilkan perkataan baharu. Bahagian yang
dicantumkan terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian lain daripada perkataan yang terlibat
dan perkataan yang terhasil dipanggil kata akronim.

Jadual 4: Contoh Kata Akronim

3.0 PENGGOLONGAN KATA

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau
fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Penggolongan kata dapat dibahagikan
kepada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

6
3.1 KATA NAMA

Kata Nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama.
Lazimnya kata ini menamakan orang, benda, haiwan dan tempat. Kata nama boleh dipecahkan
kepada tiga jenis berdasarkan ciri-ciri semantik perkataan iaitu kata nama khas, kata nama am
dan kata ganti nama.

Rajah 2: Jenis Kata Nama

3.2 KATA KERJA

Kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi unsur inti dalam frasa kerja.
Kata kerja dibahagaikan kepada dua kategori iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut setelah kata kerja tersebut
dinamakan objek. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau
objek. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang perlu diikuti oleh pelengkap.

7
Rajah 3: Jenis Kata Kerja

3.3 KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif
dan tidak mempunyai subgolongan yang ketara. Namun, kata adjektif dapat dibahagikan kepada
sembilan jenis berdasarkan makna perkataan iaitu sifat, warna, ukuran, bentuk, pancaindera,
waktu, cara, perasaan dan jarak.

8
Jadual 5: Golongan Kata Adjektif

3.4 KATA TUGAS

Kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis iaitu mengandungi golongan kecil
perkataan yang berbeza-beza. Sifat kata tugas sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi
frasa endosentrik (frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif). Kata tugas hadir dalam ayat, klausa
atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang,
penentu, penguat, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau pendepan.

Jadual 6: Golongan Kata Tugas

9
4.0 RUMUSAN

Secara tuntasnya, tatabahasa mengkaji tentang proses pembentukan kata, penggolongan kata
serta mempunyai tatatingkat dan kepentingan. Pengetahuan dalam proses pembentukan kata
dan penggolongan kata amatlah penting sekiranya seseorang ingin mengeksplorasi dunia
morfologi. Terdapat banyak ilmu pengetahuan yang dapat diperoleh daripada tatabahasa ini.
Ilmu pengetahuan ini boleh saya gunakan semasa menjadi guru kelak.

10
5.0 RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip, Kaedah dan Teknik. Utusan
Publications Sdn. Bhd.

Awang Sariyan. (1986). Kesinambungan Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu. Penerbit Fajar
Bakti.

Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Kemas Kini: Panduan Bahasa yang Baik dan Betul. PTS
Profesional.

Atta Sheva. (2010, Januari 07). Pembentukan Kata.


https://www.scribd.com/doc/24897968/PEMBENTUKAN-KATA

Ghazali. (2011, March 01). Penggolongan Kata.


https://www.slideshare.net/ghazali76/penggolongan-kata

Nik Safiah Karim., Farid M. Onn., Hashim Musa., & Abdul Hamid Mahmood. (2004).
Tatabahasa Dewan Edisi Terbaru. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (2007). Liku-liku Bahasa: Ke Arah Penggunaan Bahasa yang Baik, Betul dan
Indah. ‘K’ Publishing Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Siri Pendidikan Guru: Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan).
Kumpulan Budiman.

Suhaimi Mohd Yahya., & Mohd Rahim Yahaya. (2021). Nota dan Latihan STPM Bahasa Melayu
Semester 2. Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri., & Ahmad Khair Mohd Nor. (2006). Tatabahasa Bahasa Melayu Mesra
Pengguna Edisi Terbaru. Publications & Distributors Sdn. Bhd.

11

You might also like