You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2 TAHUN 2021

TUGASAN 1

NAMA PELAJAR : MOHAMMAD HAZIQ IRSYAD BIN CHE MOHD


ZAHARI
ANGKA GILIRAN : 2020092340012
NO KAD PENGENALAN : 010801-03-0971
KUMPULAN/UNIT : BAHASA MELAYU 1
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB 3043 KAJIAN KURIKULUM BAHASA
MELAYU
NAMA PENSYARAH : DR. HAJAH SURIANY BINTI MAT NOR
TARIKH HANTAR : 16 MAC 2021
TARIKH TERIMA : 14 FEBRUARI 2021

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 14/02/2021

1
1.0 PENGENALAN

Pendidikan negara pada hari ini berada pada landasan yang betul seperti yang telah
ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menuntut untuk melahirkan
individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dalam usaha
untuk membangunkan individu yang berkembang secara holistik, kurikulum dalam
pendidikan negara juga perlu digubal dan dipinda secara berkala selaras dengan
perkembangan semasa agar sentiasa memenuhi keperluan semasa. Dalam pada itu,
kurikulum seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2011 sebagai penambahbaikan
kepada kurikulum yang terdahulu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang
diperkenalkan pada tahun 1982. KSSR juga telah digubal berdasarkan bentuk pernyataan
standard yang dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang
terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran di mana DSKP tersebut
digunakan dalam semua mata pelajaran (Alimuddin Dom, 2015).

Selari dengan perkembangan Pendidikan abad ke-21, guru juga perlu bersifat lebih
proaktif dalam melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang boleh diterapkan dalam
konteks mendidik pelbagai ilmu pengetahuan dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP).
KSSR yang telah dikemaskini semula telah menghasilkan reka bentuk kurikulum yang diisi
dengan standard kandungan, standard pembelajaran dan juga standard prestasi yang
bersandarkan kepada kemahiran membaca, mendengar, bertutur, menulis dan aspek seni
bahasa. DSKP merupakan satu dokumen yang digunakan dalam setiap mata pelajaran
terutama Bahasa Melayu yang dikenali sebagai DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Dokumen ini berperanan sebagai panduan kepada para guru untuk merancang strategi PdP
yang efektif.

2.0 ORGANISASI KURIKULUM

Secara umumnya, DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah berlandaskan beberapa
aspek utama merangkumi standard kurikulum, kemahiran bahasa, pendekatan modular dan
juga sistem bahasa.

2.1 STANDARD KURIKULUM

KSSR yang telah digubal lebih menumpukan reka bentuk Standard Kandungan (SK),
Standard Pembelajaran (SP), dan juga Standard Prestasi (SPi). Penjelasan lanjut
mengenai standard yang terkandung dalam organisasi kandungan DSKP adalah
seperti yang berikut:

2
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI
Pernyataan khusus Suatu penetapan kriteria dan Suatu set kriteria untuk
berkenaan perkara yang indikator kualiti pembelajaran menunjukkan tahap
murid perlu tahu dan boleh merangkumi pencapaian yang prestasi yang perlu murid
lakukan dalam suatu tempoh boleh diukur bagi setiap standard tonjolkan sebagai isyarat
persekolahan merangkumi kandungan. bahawa murid telah
aspek pengetahuan, menguasai sesuatu
kemahiran dan nilai. perkara.

Jadual 1: Standard Kurikulum

Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah dibentuk dengan


menumpukan standard yang telah diterangkan dalam jadual di atas. Melalui panduan
yang telah disertakan dalam dokumen berbentuk modul ini, standard tersebut
ditafsirkan melalui pendedahan kepada elemen penting yang perlu dikuasai oleh
murid termasuk elemen kreativiti.

2.2 KEMAHIRAN BAHASA


Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Melayu
dan menjadi panduan kepada strategi pendekatan secara modular. Kemahiran
bahasa merangkumi aspek seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran dalam berbahasa
merupakan kemahiran bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar
mencetuskan kemenjadian murid dalam subjek BM dan subjek yang lain. (Abdul
Rasid Jamian, 2011).

Di samping itu, melalui kemahiran tersebut murid juga dapat menerima


pelbagai input baharu dalam proses PdP yang menarik melalui pelbagai pendekatan
yang digunakan oleh guru. Selari dengan kehendak utama yang ditekankan dalam
FPK iaitu untuk membentuk individu yang seimbang dan berkembang secara
menyeluruh.

2.3 SISTEM BAHASA

Sistem Bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa
kata dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan

3
SISTEM BAHASA

SEBUTAN DAN KOSA KATA DAN


TATABAHASA SINTAKSIS SISTEM EJAAN
INTONASI PERIBAHASA
POLA
FRASA, KLAUSA
MORFOLOGI KESELURUHAN SEBUTAN BAKU UMUM & ISTILAH
DAN AYAT
HURUF VOKAL

EJAAN KATA
BENTUK KATA JENIS-JENIS AYAT INTONASI AYAT PERUMPAMAAN
PINJAMAN

bahasa Melayu baku. Sistem bahasa telah dibahagikan kepada organisasi seperti
EJAAN KATA
PEMBENTUKAN RAGAM & SIMPULAN
DASAR & KATA
yang berikut:
KATA SUSUNAN AYAT
TERBITAN
BAHASA

PROSES
GOLONGAN KATA PEPATAH
PENERBITAN

Rajah 3: Sistem Bahasa


ASPEK TANDA
PERBILANGAN
BACAAN

2.4 PENDEKATAN MODULAR KATA-KATA


HIKMAT

Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil


yang dikenali sebagai modul. Standard Kurikulum Bahasa Melayu distrukturkan
dengan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasaan
kecekapan berbahasa yang baik. Berbincang mengenai konteks bahasa Melayu,
terdapat lima modul yang telah disusun merangkumi modul mendengar dan bertutur,
modul menulis, modul seni bahasa dan juga modul tatabahasa.

3.0 HUBUNGAN ANTARA ASPEK KEMAHIRAN BAHASA DENGAN FALSAFAH


PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Berbincang mengenai aspek kemahiran bahasa, kemahiran asas seperti membaca, menulis,
mendengar dan bertutur amat ditekankan dalam usaha membentuk murid yang menguasai
bahasa secara menyeluruh. Melalui penguasaan dalam bidang bahasa, murid lebih mudah
menerima pelbagai pengetahuan baharu dalam bidang yang lebih kompleks dalam menjadi
individu yang berilmu serta cemerlang dalam akademik dan ko-akademik. Pelbagai
pendekatan yang dirancang dalam PdP juga berpandukan kepada konsep yang ditekankan
dalam FPK iaitu untuk membentuk individu yang seimbang dan berkembang secara
menyeluruh.

3.1 KEMAHIRAN MEMBACA

Menurut Mahzan Arshad (2008) membaca merujuk kepada suatu proses yang
dilakukan oleh para pembaca bagi membentuk atau memberikan makna terhadap
teks yang dibacanya sebelum bertindak membuat sesuatu keputusan. Mengimbas
kembali Standard Kandungan (SK) 2.2 iaitu membaca dan memahami perkataan,
frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul, menekankan
aspek pemahaman yang tinggi dalam diri murid hasil pembacaan mengenai pelbagai
perkara dalam kehidupan seharian termasuk hal yang tidak berkaitan dengan
akademik. Murid yang mahir membaca juga berpeluang mempelajari pelbagai ilmu

4
baharu secara berterusan dalam mengamalkan konsep Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH). Dalam kata lain murid dapat menguasai ilmu baharu seperti ilmu
menggunakan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK) tanpa mengira umur, latar
belakang dan tempat. Bertepatan dengan matlamat FPK iaitu membentuk murid
yang intelektual ke arah mencapai kemajuan negara menjelang 2030 melalui
pencapaian salah satu matlamat dalam penubuhan KSSR yang menuntut agar dapat
melahirkan murid yang menguasai pengetahuan dan kemahiran berasaskan
teknologi.

3.2 KEMAHIRAN MENULIS

Jika diteliti kembali mengenai kewujudan bidang ilmu pengetahuan, segalanya tidak
mungkin dapat direalisasikan tanpa wujud individu yang bertanggungjawab menulis
karya ilmiah untuk menyampaikan ilmu secara meluas. Meneliti kembali SK 3.2:
Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul
dan kemas, kemahiran asas dalam menulis amat ditekankan dalam pengajaran
bahasa Melayu bertepatan dengan konsep 4M (membaca, menulis, mengira dan
menaakul) yang ditekankan sewaktu era PPPM (2013-2025). Hal ini demikian kerana
dalam peringkat awal pendidikan, murid prasekolah akan diajar menulis huruf besar
dan kecil secara berulang kali untuk membentuk pelaziman dalam menguasai
kemahiran menulis. Melalui penguasaan kemahiran menulis, murid yang rajin untuk
menulis dapat dibentuk dalam usaha melahirkan warga intelek dan penulis karya
ilmiah yang lebih ramai pada masa yang akan datang sejajar dengan FPK dalam
memacu Malaysia ke arah negara maju menjelang 2030.

3.3 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Setelah murid berjaya menguasai kemahiran membaca dan menulis, murid akan
dilengkapkan dengan kemahiran yang seterusnya iaitu kemahiran lisan yang
merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur. Dalam konteks pertuturan, murid
tidak boleh menguasai sesuatu bahasa sekiranya murid tidak boleh bertutur dalam
bahasa yang dipelajari seperti bahasa Melayu. Jika diteliti semula, SK 1.2 telah
menetapkan bahawa murid perlu diajar kemahiran mendengar, mengecam dan
menyebut bunyi bahasa merangkumi abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat
yang betul. Murid sekolah rendah masih tergolong dalam usia kanak-kanak di mana
mereka mempelajari sesuatu perkara dengan asas peniruan kepada apa yang
mereka lihat dan dengar. Cara sebutan dan intonasi guru ketika mengajar
memainkan peranan yang penting dalam memastikan murid dapat mendengar dan
menyebut setiap perkataan dengan betul sekaligus menguasai teras penguasaan

5
bahasa Melayu. Murid yang sering menunjukkan tindak balas terhadap apa yang
berlaku dalam persekitarannya juga berjaya mengukuhkan aspek sosial dalam diri
seperti mana yang dihasratkan dalam FPK yang sangat menekankan penguasaan
aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial).

4.0 RUMUSAN

Rumusannya, DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan suatu dokumen yang
lengkap dan telah menetapkan suatu standard pembelajaran yang baharu dalam menjana
perkembangan murid secara menyeluruh di mana standard yang telah ditetapkan memenuhi
keperluan pendidikan semasa dan masih selaras dengan perkembangan semasa dalam
melusuri era dunia teknologi. Melalui standard tersebut juga barisan pendidik negara dapat
melahirkan murid dengan daya saing yang tinggi, daya kreativiti yang tinggi dan lengkap
dengan kemahiran teknologi yang amat penting dalam era Pendidikan Abad ke-21 dan
mencapai semua hasrat yang dinyatakan dalam penggubalan FPK.

RUJUKAN

Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu 1(1), 1-12.

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dokumen


Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Tahap 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

6
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia . (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran .


Kuala Lumpur: KPM.

Mok Soon Sang. (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

You might also like