You are on page 1of 3

KUMPULAN 1:

Isu Beirut di Lebanon


■ 1. Muhammad Zahidi bin Ahmad Zaki
■ 2. Mohammad Haziq Irsyad Bin Che Mohd Zahari
■ 3. Nur Afnee Ilhami binti Mohd Samsuri
■ 4. Nur Fatin Nadia binti Mohd Rasdi
■ 5. Nurizzati binti Che Mahadi
ISU: LETUPAN DI BEIRUT, RABU (5 OGOS 2020)
■ SATU letupan kuat telah menggegarkan kota Beirut, Lubnan awal pagi Rabu.Letupan telah menyebabkan kemusnahan
kepada hampir separuh bangunan di bandar berkenaan dan hospital sesak dengan kemasukan pesakit yang cedera.
■ LOKASI KEJADIAN = Kawasan pelabuhan kapal besar di Beirut, berhampiran dengan kawasan tumpuan perniagaan
(CBD).
■ Kematian dan kecederaan =70 kematian dilaporkan dengan lebih 4,000 yang lain cedera.
■ Punca letupan= Masih dalam siasatan. Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Dalaman Lubnan, Mohammad Fahmi berkata
lokasi kejadian merupakan stor simpanan hasil rampasan lebih 2,750 tan ammonium nitrat yang merupakan hasil rampasan
sebelum ini.
■ Adakah ini satu kemalangan = Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan berkenaan namun Presiden Lebanon Michel
Aoun berkata tindakan menyimpan bahan mudah terbakar di dalam gudang berkenaan selama enam tahun tanpa sebarang
langkah keselamatan adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.
■ Adakah ini tindakan sabotaj= Walaupun ruang udara kawasan itu sering digunakan pesawat perang Israel, namun kerajaan
Israel menafikan sebarang penglibatan dalam tragedi itu.Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pula
mendakwa kejadian berkemungkinan satu serangan.
■ Adakah situasi di Beirut masih tidak selamat = Kedutaan AS di Beirut telah mengeluarkan amaran kepada penduduk
setempat mengenai kemungkinan gas toksik yang terbebas hasil letupan itu.Orang awam diseru untuk terus tinggal di
kediaman masing-masing.
■ Sejauh mana letupan itu dirasai= Kesan letupan itu dikatakan menghampiri kekuatan gempa bumi 3.5 skala Ritcher, menurut
Pusat GeoSains Jerman.Gegaran boleh dirasai sehingga ke Kepulauan Cyprus, 200 kilometer merentasi Lautan
Mediterranean. Orang awam yang merakam kejadian letupan itu dari 2 kilometer jauhnya, Turut tercampak akibat impak
yang kuat.
KAEDAH PENYELESAIAN
MALAYSIA SUMBANG BANTUAN KEMANUSIAAN
UNTUK RAKYAT LEBANON
- Dalam semangat persaudaraan akrab bersama Lebanon,
kerajaan memutuskan untuk menyumbang bantuan
kemanusiaan sebanyak RM1 juta menerusi Pertubuhan Palang
Merah Lebanon (LRC).

You might also like