You are on page 1of 3

Karangan Bahagian B ( 5/11/2020 )

Kejadian Tanah Runtuh di Kemensah Heights

Pada 2 hari yang lepas bersamaan dengan 3 November, saya telah mewakili Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan daerah Ranau bagi menjalankan aktiviti
penyelamatan mangsa – mangsa yang terjejas akibat kejadian tanah runuh yang disebabkan
oleh hakisan tanah di kawasan perumahan Kampung Kinirasan Ranau. Seramai 32 orang ahli
Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan daerah Ranau yang terlibat dalam aktiviti ini.
Pasukan lain yang terlibat ialah Jabatan Bomba Ranau, Jabatan Sukarelawan RELA Ranau
dan Polis Diraja Malaysia PDRM. Aktiviti pencarian mangsa – mangsa dan rawatan bermula
pada hari Isnin, 3 November pada pukul 3.00 pagi.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar geologi, Kejadian tanah runtuh ini berlaku
disebabkan hakisan di lereng bukit. Hal ini disebabkan oleh hujan lebat yang berlarutan dari
pukul 11:00 malam hingga 2:00 pagi. Ini telah menyebabkan cengkaman tanah di kawasan
pergunungan kampung Kinirasan ranau terjejas. Hakisan ini berlaku bedekatan dengan
kawasan perumahan Kampung Kinirasan Ranau. Rentetan senario itu, maklumat yang
disampaikan kepada anggota penyelamat daerah Ranau iaitu Jabatan Bomba Ranau,
Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan daerah Ranau dan Jabatan Sukarelawan RELA
Ranau untuk menyelamatkan mangsa – mangsa yang terlibat. Semua anggota penyelamat
tiba di tempat kejadian setelah hasil maklumat bagi penduduk di kawasan yang terlibat
diperoleh. Hal yang amat membimbangkan lagi rumah penduduk yang musnah akibat tanah
runtuh menyebabkan penghuni terpaksa bergerak ke tempat yang lebih selamat. Anggota
penyelamat Jabatan Sukarelawan RELA ranau bertungkus lumus memindahkan mereka di
khemah untuk sementara waktu. Beberapa kesan yang dialami oleh mangsa tanah runtuh
yang telah diselamatkan. Sebahagian mangsa tanah runtuh trauma dan mengalami
ketakutan kerana kejadian berlaku semasa mereka sedang tidur. Hal ini menjadi lebih parah
kerana kejadian ini berlaku secara tiba tiba dan tidak ada petanda yang jelas sama sekali.

Setelah pakar geologi dan polis berkerah tenaga mencari punca kejadian tanah runtuh
tersebut, hasil merekodkan bahawa penebangan pokok yang berleluasa untuk mendirikan
kawasan perumahan baharu oleh pemaju perumahan telah menjadi faktor dominan hakisan
tanah. Hal ini telah menyebabkan kejadian tanah runtuh ini berlaku. Maklumat yang
diperoleh juga merekodkan bahawa struktur tanah yang terhad diganggu oleh pemaju untuk
mengaut untuk demi kepentingan sendiri. Pemaju yang tidak bertanggungjaawab ini
mengambil jalan mudah tanpa mempedulikan kesan sampingan terhadapap penduduk di
kawasan itu. Semasa misi bantuan itu berjalan, mangsa tanah runtuh telah diberikan jaket
keselamatan dan bantuan perubatan. Pelbagai kesan – kesan yang dialami oleh mangsa
tanah runtuh yang diselamatkan. Kemusnahan harta benda dan mereka yang hilang
dokumen – dokumen pengenalan diri yang amat penting amat memilukan perasaan mereka.
Sepanjang kejadian tanah runtuh yang mengerikan ini ada juga yang menangis dan ada yang
terkedu kerana masih terkejut dengan kejadian ini. Mangsa – mangsa ini amat sedih
mengenangkanan nasib ahli keluarga meraka diibaratkan seperti telur dihujung tanduk.

Misi menyelamat berlanngsung dari jam 3:00 pagi hingga jam 9:00 pagi. Semua anggota
keselamatan mengerah tenaga bersungguh - sungguh dan berkerjasama bagai aur dengan
tebing dalam menyelamatkan mangsa – mangsa yang terlibat. Walaubagaimanpun, malang
tidak berbau beberapa individu tidak bernasib baik. Hal ini dikatakan demikian kerana,
dalam kejadian ini, terdapat 4 nyawa mangsa yang terkorban dan tidak sempat
diselamatkan kerana mereka tidak sempat keluar dari rumah. Rentetan senario itu, misi
bantuan tetap diteruskan dan anggota penyelamat meronda – ronda di sekitar kawasan bagi
mengenal pasti sama ada masih terdapat mangsa yang tersepit atau yang masih berada di
rumah akibat kejadian tanah runtuh yang menimpa mangsa – mangsa ini. Kesan – kesan
yang dialami oleh mangsa tanah runtuh amat menyentuh perasaan kerana mangsa tanah
runtuh yang diselamatkan menangis teresak – esak kerana hati mereka telah berkecai –
kecai ibarat kaca yang terhempas ke batu. Kehilangan nyawa orang yang tersayang amat
memberi impak yang dalam terhadap sejarah kehidupan masing – masing.

Setelah semua operasi penyelamatan di kejadian tanah runtuh ini selesai, kawasan tanah
runtuh ini ditutup untuk sementara waktu bagi menjalankan siasatan sebagai langkah
keselamatan. Kajian pergerakan tanah, kerintangan, aliran air bawah tanah dan struktur
forensik dijalankan secara berperingkat agar masalah ini dapat dibendung hingga ke akar
umbi. Misi bantuan ini dijalankan oleh pasukan Geofizik Jabatan Mineral manakala Geosains
pula menjalankan dan mengeluarkan laporan penting berkaitan tentang kejadian tanah
runtuh di kawasan perumahan tersebut bagi memastikan kawasan tersebut betul- betul
selamat diduki semula sebelum penghuni dibenarkan ke rumah masing – masing. Pihak yang
bertanggungjawab juga menjalankan kerja – kerja pembaikan runtuhan. Rentetan senario
kejadian tanah runtuh ini, kesan – kesan yang dialami oleh mangsa yang diselamatkan,
majoriti mangsa - mangsa gelisah memikirkan tempat kediaman mereka yang mungkin tidak
selamat untuk diduki lagi. Oleh hal yang sedemikian, 1001 langkah dijalankan oleh pihak
berkuasa untuk memastikan kawasan perumahan mereka berada dalam keadaan yang
selamat dan terjamin untuk diduduki semula.

Selepas pelbagai kejadian ranjau kehidupan yang penuh pancaroba berlaku, penduduk dan
anggota yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh ini berharap agar sejarah hitam kejadian
seperti ini tidak berulang kembali. Kejadian tanah runtuh ini telah dijadikan iktibar dan
semua pihak mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan mana – mana pihak yang tidak
bertanggungjawab membangunkan kawasan perumahan tanpa mengkaji struktur tanah
terlebih dahulu, Berhubung dengan kejadian ini, semua masyarakat dinasihati olej anggota
penyelamat supaya beringat - ingat sebelum mendapat kesusahan bak kata peribahasa
sediakan payung sebelum hujan. Anggota penyelamat juga menasihati agar lebih berhati –
hari kerana usahlah sudah terhantuk baru hendak terngadah dalam menelusuri kehidupan
pada masa yang akan datang.
Dilaporkan oleh, 5 November 2020
______________________
(SYUKRI BIN SUALI)
Setiausaha,
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,
Sekolah Menengah Kebangsaaan Ranau.

You might also like