You are on page 1of 4

FACULTY OF MANUFACTURING

MPW 1133

PENGAJIAN MALAYSIA

ASSIGNMENT 1 :

PELARIAN VIETNAM KE PULAU BIDONG

MEMBERS : ZULFAHMI BIN SUHAIMI 09D02106

MOHD AMIR ADAM BIN NOOR BADI 09D02

CHE RIDZUAN BIN CHE SOH 09D02

GROUP : 1CMPD

COURSE : CERT. IN MANUFACTURING (PRODUCT DESIGN)

LECTURER : EN. SHAHRUL ALIM BIN BAHARUDDIN

DATE SUBMIT : 15 NOVEMBER 2010


ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN

BAB 2

BAB 3 PENUTUP

Pendahuluan
Vietnam merupakan negara yang yang mengamalkan pemikiran komunis dalam pentadbiran. Pada
awalnya Vietnam terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Vietnam Utara (ataupun dikenali juga
sebagai Republik Demokratik Vietnam) dan Vietnam Selatan (Republik Vietnam). Konflik mula timbul
apabila kedua-dua bahagian Vietnam ini ingin menguasai Vietnam. Akibatnya tercetuslah peperangan
antara kedua-dua bahagian Vietnam dan melibatkan banyak pihak. Kesannya, ramai penduduk menjadi
mangsa korban peperangan. Kesan daripada peperangan inilah yang menyebabkan ramai penduduk
melarikan diri ke negara-negara lain demi mengelak daripada menjadi mangsa korban peperangan.
Antara tempat yang dituju oleh pelarian Vietnam ini adalah Pulau Bidong.ini kerana Pulau Bidong
merupakan tempat yang paling hampir dengan Vietnam mengikut kedudukan geografiknya dan sesuai
menjadi tempat persembunyian. Ini kerana kedudukan Pulau Bidong yang strategik terletak di sebuah
negeri di Malaysia iaitu negeri Terengganu. Ini kerana pada waktu tersebut Malaysia sudah mencapai
kemerdekaan dan ia dapat menjamin keselamatan pelarian-pelarian Vietnam tersebut.

Konflik yang berlaku di Vietnam


Sejak tahun 110 S.M lagi,Vietnam telah dijajah oleh negeri China sehinggalah Vietnam mencapai
kemerdekaan.walaupun selepas bebas dari belenggu dan konkongan China,Vietnam tidak henti-henti
menentang keganasan kuasa-kuasa luar lain.pada abad ke-19,Vietnam menjadi wilayah jajahan
Perancis.Perancis menguwasai Vietnam selepas berperang di Indochina dalam tahun 1840 an.tujuan
utama pengeluasan pengaruh perancis disebabkan hasrat untuk menyaingi kebangkitan empayar british
dan keperluan mendapatkan hasil mentah seperti getah dan bijih timah demi menggerakkan
perindustrian di perancis untuk bersaing dengan industri british

Pulau bidong
Pulau Bidong sememangnya kekal dalam ingatan rakyat Malaysia dan dunia sebagai tempat
penempatan pelarian Vietnam sementara antara 1975 – 1990. Zaman pelarian Vietnam bermula dengan
kejatuhan kerajaan demokratik Vietnam Selatan yang disokong Amerika Syarikat ke tangan kerajaan
komunis Vietnam Utara pada April 1975. Susulan dengan itu, rakyat Vietnam yang merasa terancam
nyawa mereka mula melarikan diri kenegara luar, termasuk melalui jalan laut untuk sampai kenegara
lain termasuk Malaysia.
Apabila Vietnam Selatan kalah kepada Vietnam Utara pada 1974-1975, ramai rakyat Vietnam Selatan
melarikan diri ke Thailand, Malaysia , Indonesia dan Australia. Matlamat akhirnya mereka hendak
berhijrah ke Amerika Syarikat. Pada peringkat awal , negara Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat
menerima mereka dengan beberapa syarat seperti memiliki kelayakan profesional dan bukan menjadi
buruh di negara ketiga itu. Ketika inilah ramai 'boat people' singgah di Pulau Bidong di perairan
Terengganu. Sebahagian pelarian ini ditempatkan di Kem pelarian Vietnam di Sungai Besi. Rusuhan
terjadi di kem pelarian kerana negara ketiga enggan menerima mereka lagi .Mereka bersesak-sesak di
dalam kem dan mencuri-curi keluar . Kerajaan Malaysia dan UNHCR terpaksa menyediakan makanan
dan tempat tinggal kepada mereka. Kem ini kemudian ditutup bagi menyelesaikan masalah pelarian
Vietnam yang berterusan.

Pendaratan di Malaysia yang pertama adalah pada bulai Mei 1975 apabila sekumpulan pelarian Vietnam
yang pertama mendarat di Malaysia di Pulau Perhentian, Besut. Ia kemudiannya diikuti oleh beberapa
siri pendaratan lain sehingga meningkat kepada 1,400 pelarian pada 1977. Pada Ogos 1978, melalui
pewartaan PU(A) 227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengistiharkan Pulau Bidung sebagai pusat
penempatan pelarian Vietnam. Kesannya, nelayan tidak dibenarkan menggunakan perairan pulau ini
pada jarak 182 dari pulau dan pulau Bidung diistihar sebagai pulau larangan.

Pelarian Vietnam mendarat saban hari, walaupun pada musim tengkujuh, dan jumlah mereka yang
terkorban kerana tenggelam dipukul ribut tidak dapat dipastikan dengan tepat, bagaimanapun
dianggarkan jumlah kematian pastinya tinggi, disebabkan faktor penggunaan kapal yang tidak sesuai
bagi pelayaran jauh disebabkan terlalu lapuk, usang/ jenis kegunaan sungai sahaja, faktor serangan
lanun, jumlah penumpang yang selalunya melebihi had selamat, pelayaran dilakukan pada musim
ombak besar, kekurangan bekalan makanan, kerosakan enjin, dll.

Jumlah pelarian paling tinggi pada sesuatu pelayaran adalah pendaratan kapal Hai Hong di Pelabuhan
Klang pada November 1978 dengan sejumlah 2,400 pelarian di atasnya.

Kemuncak penempatan di pulau Bidung berlaku pada 1978 dengan 60,000 orang tinggal di pulau Bidung
pada satu-satu masa, dan 20,000 berjaya dipindahkan kenegara ketiga pada akhir tahun yang sama.

Di antara 1978-1990 jumlah pendaratan pelarian Vietnam ke Malaysia adalah 252,390 dan seramai
4,535 bayi direkodkan kelahirannya. Pulau Bidong dikosongkan sepenuhnya pada 1991.

Bekas pelarian pulau Bidong telah mendirikan 2 tugu peringatan di pulau tersebut, bagi memperingati
rakan-rakan mereka yang terkorban.

Pulau Bidong kembali bergolak apabila kerajaan Vietnam menggesa kerajaan Terengganu bagi
merombakkan tugu peringatan kedua, yang didirikan diperkuburan pulau tersebut kerana mengandungi
kenyataan yang dianggap memalukan kerajaan Vietnam.

Rujukan

1) http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Vietnam
2) http://www.asiamaya.com/panduasia/vietnam/e-01land/ev-lan24.htm
3) http://ms.wikipedia.org/wiki/Hubungan_Malaysia_-_Vietnam
4) http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Bidung

You might also like