You are on page 1of 13

HSM 3063: MALAYSIA 1900-1957

SEMESTER 1 SESI 2022/2023

TUGASAN INDIVIDU

NAMA : AHMAD ZAHIRUDDIN BIN ZAIMANI


NO. MATRIK : D20192091302
ALAMAT : LOT 2250, TAMAN PELAGAT, PADANG LUAS,
22000 JERTEH, TERENGGANU
ALAMAT SEMASA : 1-6-8 APARTMENT BESTARI, TAMAN BAHTERA,
35900 HULU BERNAM, SELANGOR
NO. TELEFON : 013-9316690
NO KAD PENGENALAN : 990807-11-6115
STATUS : BUJANG
MAJOR : GEOGRAFI
MINOR : SEJARAH

TAJUK TUGASAN: ARTIKEL KEADAAN TANAH MELAYU SELEPAS


KEKALAHAN PIHAK JEPUN

KUMPULAN KULIAH: A

NAMA PENSYARAH: PROF, MADYA DR KHAIRI BIN ARIFFIN


PENGENALAN

Tanah Melayu merupakan sebuah negeri yang berada di asia tenggara dan mempunyai

kedudukan yang sangat strategik bagi laluan perdagangan. Sebelum dijajah oleh pihak Jepun

pada perang dunia kedua, Tanah Melayu ini telah dijajah oleh beberapa kuasa besar asing

dengan bermula kuasa besar Portugis yang telah berjaya menjajah kerajaan kesultanan Melaka

pada tahun 1511. Selepas itu negara asing lain mula menjajah seperti Belanda dan British.

Disebabkan Tanah Melayu mempunyai bahan mentah yang banyak seperti bijih timah, getah,

kelapa, lada hitam, emas dan banyak lagi telah menarik minat kuasa – kuasa besar asing berebut

untuk mendapatkan Tanah Melayu. Dalam tercetusnya perang dunia kedua yang berlaku pada

tahun 1939 hingga 1945, Tanah Melayu secara langsung telah terlibat apabila “the Golden

Chersonese” ini menjadi sasaran Jepun untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan

takluknya.1

Permulaan penaklukan Jepun bermula apabila tentera Jepun mula melakukan

pendaratan di Singora dan Patani, Siam dan mula memasuki Tanah Melayu di Kota Bahru,
2
Kelantan pada 8 Disember 1941. Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu telah

dilakukan melalui tiga penjuru, iaitu dari utara melalui Jitra, jalan Keroh – grik dan melalui

Pantai Timur. Selepas serangan bertubi – tubi dari tentera Jepun, telah menyebabkan berlaku

kejatuhan pertahanan pihak British di Singapura pada 15 Februari 1952 maka seluruh Tanah

Melayu telah jatuh ke tangan pihak Jepun. Jepun telah memerintah Tanah Melayu selama 4

tahun dan pelbagai perubahan telah dilakukan sepanjang pemerintahannya.

1
Wan Nur Izzati Wan Zahari, (2022). Bincangkan Dasar – Dasar Pentadbiran Yang Dilaksanakan Oleh Jepun di
Tanah Melayu. Diakses daripada
https://www.academia.edu/42962069/DASAR_PENTADBIRAN_JEPUN_DI_TANAH_MELAYU
2
Ho Hui Ling, (2009). Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945: Penentangan Orang Cina Melalui
Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA). Diakses daripada
file:///C:/Users/Admin/Downloads/MDSS_2009_37_05%20(1).pdf
Kekalahan Pihak Jepun Pada Tahun 1945

Walaubagaimanapun, pemerintahan Jepun tidaklah kekal kerana pada bulan Ogos 1945

Jepun telah mengalami kekalahan apabila kota Nagasaki dan Hiroshima telah dimusnahkan

oleh pihak Berikat dengan melepaskan Bom Atom sehingga menyebabkan jutaan nyawa rakyat
3
Jepun terkorban dan memusnahkan hampir seluruh Kota. Oleh itu, selepas kekalahan dari

pihak Jepun satu upacara penyerahan kuasa oleh tentera Jepun kepada pihak menang iaitu pihak

British merupakan tanda telah tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Bagi upacara

menandatangani surat – surat penyerahan kuasa tanpa syarat ini telah dilaksanakan di sebuah

sekolah di Kuala Lumpur iaitu Sekolah Victoria (Victoria Institution). Dalam upacara ini telah

dihadiri pihak jepun yang telah diwakili oleh Panglima Besar Pasukan ke-29 tentera Jepun iaitu

Leftenan Jeneral Teizo Sishiguro, Ketua Turus Angkatan Tentera Major Jeneral Noaichi

Kawahara dan Kolonel G-Oguri manakala bagi pihak British pula diwakili oleh Pengawai

Pemerintah Tentera British iaitu Leftenan Jeneral Roberts bersama dengan dua orang pengawai

yang lain. Selepas upacara penyerahan kuasa tersebut seramai 6800 orang tentera Jepun telah

dilucutkan senjata mereka selaras dengan arahan Maharaja Jepun. Secara tidak langsung pihak

British berjaya menguasai Tanah Melayu semula selepas kekalahan pihak Jepun pada tahun

1945.

Pemerintahan British Selepas Kekalahan Pihak Jepun pada Tahun 1945

Selepas kekalahan pihak Jepun dalam menjajah Tanah Melayu, pihak British telah mengambil

alih semula Tanah Melayu. Pelbagai dasar dan membaik pulih telah dilakukan oleh pihak

British bagi memulihkan Tanah Melayu selepas dijajah oleh pihak Jepun. Antara langkah

pertama yang telah dilakukan oleh pihak British adalah dengan menumbuhkan British

3
Masao Tomonaga, (2019). The Atomic Bombongs of Hiroshima and Nagasaki: A Summary of The Human
Consequences, 1945-2018, and Lessons for Homo sapiens to End the Nuclear Weapon Age. Diakses daripada
https://www.tandfonline.com/doi/epdf/10.1080/25751654.2019.1681226?needAccess=true&role=button
Administration (BMA) atau lebih dikenali sebagai Pemerintahan Tentera British. British

Miliatry Administration (BMA) ini telah ditubuhkan oleh pihak British dan berada di bawah

arahan Jeneral O. L. Roberts. Tujuan BMA ditubuhkan adalah untuk memulihkan dan

mewujudkan undang – undang dan peritahan baru di Tanah Melayu4. Selepas penyerahan kuasa

dari piahk Jepun, pelbagai masalah dan isu telah berlaku di Tanah Melayu. Oleh itu, BMA

telah melaksanakan pelbagai perkara untuk mengatasi masalah – masalah tersebut. Antara

masalah yang timbul semasa pemerintahan BMA adalah kes jenayah yang semakin meningkat,

kerosakan dan kemusnahan harta benda seperti bangunan – bangunan, wabak penyakit yang

semakin merebak dan masalah kemiskinan yang serius.

Bagi mengatasi masalah kes jenayah, pihak BMA telah mewujudkan pelbagai undang

– undang. Setiap undang – undang yang dilaksanakan oleh BMA adalah untuk mencegah

sebarang aktiviti jenayah yang berleluasa pada ketika itu. Bagi seorang jeneral yang dalam

BMA tidak bergitu mudah. Hal ini kerana banyak perkara – perkara dan masalah - masalah

yang perlu dilaksanakan serta diatas dengan cepat. Oleh itu, untuk melaksanakan tugas ini

mahkamah tentera akan diwujudkan bagi membicarakan masalah seperti kes salah laku tentera

dan juga kes jenayah yang melibatkan kesalahan bukan terhadap undang – undang tempatan

tetapi terhadap tentera – tentera di bawah arahannya. Seperti sedia maklum, selepas kekalahan

Jepun di Tanah Melayu mereka segera telah meninggalkan Tanah Melayu dan mengakibatkan

tiada pemerintahan di negara tersebut. Hal ini menyebabkan berlaku pelbagai masalah seperti

jenayah di kalangan penduduk tempatan. Sebelum kedatangan tentera British, telah berlaku

beberapa kes rompakan dan ia merupakan satu kesalahan yang tidak boleh dipandang remeh

bagi BMA. Kes ini akan diambil dengan tegas bagi sesiapa yang disabitkan dengan kes jenayah

rompakan. Jika langkah – langkah tegas yang diambil oleh BMA bagi mengatasi masalah kes

4
O.L. Roberts, (1945). Official Statemen by Lieut General, O. L Roberts C.B.E, D.S.O, General Officer
Commandeing 34 IND. Corps. Arkib Negara Malaysia
jenayah rompakan tidak berjaya, langkah yang lebih serius akan dikenakan iaitu bagi mereka

yang melakukan kes jenayah rompakan Tindakan yang akan diambil adalah hukuman bunuh

iaitu akan ditembak.

Selain itu, Pentadbiran Tentera British juga telah sedaya upaya untuk memulihkan

Tanah Melayu agar negara ini menjadi sebuah negara yang makmur dan bahagia. Akibat

daripada peperangan yang tercetus di Tanah Melayu oleh pihak jepun dan pihak Barat telah

mengakibatkan berlaku banyak kerosakkan seperti harta benda, pertanian dan juga

pembangunan. Bangunan – bangunan yang telah dihancurkan oleh tentera Jepun menyebabkan

banyak dana yang diperlukan untuk membaik pulih atau perlu dibina baru. Oleh itu, BMA telah

mengeluarkan dana yang tinggi untuk kerja – kerja pembinaan semula dan ia juga memerlukan

tenaga kerja yang ramai serta usaha yang maksimum mungkin. Bagi mengatasi masalah ini,

Jeneral menegaskan bahawa usaha untuk membaik pulih bangunan – bangunan tidak melebihi

kemapuan jika wujudnya gabungan antara BMA dengan penduduk tempatan. Kerjasama ini

mampu melaksanakan baik pulih pembangunan dengan cepat. 5

Seterusnya, selain daripada masalah kes jenayah dan kerosakkan yang melanda di

Tanah Melayu, satu masalah wabak penyakit telah semakin berleluasa melanda Tanah Melayu.

BMA telah ditugaskan untuk mencegah penyakit yang sedang melanda di Tanah Melayu yang

merebak semakin pantas sehingga menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Pada zaman

pemerintahan pihak Jepun telah menyebabkan berlakunya kemunduran taraf kawalan penyakit

dan wabak malaria yang berlaku di Kuala Lumpur. Institusi Penyelidikan Perubatan IMR telah

terlibat dalam penyelidikan penyediaan vaksin kepialu dan taun serta beberapa perkhidmatan

diagnistik yang lain. Pada tahun 1945, IMR juga telah menangani masalah wabak malnutrisi

5
O.L. Roberts, (1945). Official Statemen by Lieut General, O. L Roberts C.B.E, D.S.O, General Officer
Commandeing 34 IND. Corps. Arkib Negara Malaysia
yang semakin meluas seperti cacar di Kedah, penyakit anjing gila di Seberang Perai, kedah dan

Kelantan serta penyakit taun di seluruh Tanah Melayu. 6

Akhir sekali, dengan arahan daripada O.L Roberts Negeri Sembilan dan Melaka telah

berjaya menyerang tentera jepun dan mengambil alih semula kedua – dua negeri tersebut.

Beliau menegaskan bahawa telah mengarahkan askar di bawah arahannya untuk menyerang

balas daripada tentera British untuk mengambil alih semula Negeri Sembilan dan bandar

bersejarah Melaka yang telah dijajah oleh pihak Jepun. Tentera Jepun telah menjajah Negeri

Sembilan dan Melaka selama 4 tahun dan telah membuat kerosakan serta menindas penduduk

di sana dengan kejam. Dengan serang balas ini tentera British telah berjaya merampas semula

Negeri Sembilan dan Melaka serta berjaya membebaskan semua tahanan yang telah ditahan

oleh tentera Jepun.7 Dalam kenyataan beliau:

“Negeri sembilan dan penempatan bersejarah Melaka telah dimasuki oleh tentera di

bawah pimpinan saya dan selepas hampir empat tahun penindasan di bawah musuh

yang kejam telah dibebaskan.”

Serangan ini telah menyebabkan Negeri Sembilan dan Melaka berjaya mendapatkan semula.

Hal ini menunjukkan kejayaan BMA dalam menangani masalah ancaman tentera Jepun telah

berjaya dan Tanah Melayu menjadi bebas daripada ancaman Jepun.

Kejayaan Pentadbiran Tentera British dalam mentadbir Tanah Melayu pada tahun 1945

telah menjadikan Tanah Melayu sebuah negara yang makmur dan bahagia. Bukan itu sahaja,

O.L. Roberts juga mengatakan bahawa jika tentera British dan penduduk Tanah Melayu

berkerjasama maka untuk mendapatkan kembali kemakmuran negara akan mudah tercapai dan

kerjasama ini juga akan menyatupadukan pihak British dengan masyarakat Tanah Melayu.

6
Institut Penyelidikann Perubatan, (2013). Asas dan Pembangunan Institut.
7
O.L. Roberts, (1945). Official Statemen by Lieut General, O. L Roberts C.B.E, D.S.O, General Officer
Commandeing 34 IND. Corps. Arkib Negara Malaysia
Langkah Meningkatkan Ekonomi di Tanah Melayu pada Tahun 1945

Selepas penyerahan kuasa tentera Jepun kepada Pihak British pada tahun 1945, Tanah Melayu

telah mengalami kemorosotan ekonomi yang teruk di mana kadar kemiskinan semakin

meningkat. Hal ini kerana sepanjang tempoh peperangan berlangsung telah menyebabkan

berlaku banyak kerosakkan seperti hasil pertanian, ladang – landang dimusnahkan dan

kerosakkan perindustrian. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil oleh pihak BMA bagi

menangani masalah kemerosotan ekonomi di Tanah Melayu seperti meningkatkan aktiviti

pertanian, perdagangan, perlombongan dan perindustrian. Bukan itu sahaja, bantuan bekalan

kepada penduduk tempatan juga turut diagihkan kepada mereka dan pelbagai usaha telah

dilakukan bagi memulihkan semula semua perkhidmatan yang penting seperti perubatan serta

memulakan aktiviti ekonomi seperti perdagangan melalui komersil yang biasa8. Aktiviti

perdagangan amat penting kerana ia mampu meningkatkan ekonomi sebuah negara apabila

terdapat banyak kapal dagangan datang berlabuh di perlabuhan. Tanah Melayu terletak di

kawasan yang sangat strategik bagi laluan perdagangan9. Hal ini telah diambil langkah oleh

BMA untuk menghidukan kembali aktiviti perdangan di Tanah Melayu.

Selain daripada aktiviti ekonomi perdagangan, aktiviti ekonomi yang lain juga turut

dimajukan dan dititik beratkan seperti aktiviti ekonomi perikanan. Bagi meningkatkan aktiviti

ekonomi perikanan di Tanah Melayu satu proposal telah dihantar kepada Pentadbiran Tentera

British berkaitan dengan pemulihan perindustrian perikanan. Pihak BMA telah berminat

dengan proposal tersebut dan akan dibawa ke dalam mesyuarat pengarah jawatankuasa kecil

pertanian, yang diadakan pada 3 Disember.10 Mesyuarat ini bertujuan membincangkan langkah

8
O.L. Roberts, (1945). Official Statemen by Lieut General, O. L Roberts C.B.E, D.S.O, General Officer
Commandeing 34 IND. Corps. Arkib Negara Malaysia
9
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, (2015). Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung
Tanah Melayu dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-Kolonial.
10
Headquarters, British Military Administration, (1945). Rehabilitation of Fishing Industry. Arkib Negara
Malaysia
– langkah untuk meningkatkan pengeluaran ikan di seluruh kawasan Semenanjung Tanah

Melayu. Kawasan Pantai Timur, Tanah Melayu merupakan sebuah negeri yang berada di

pesisiran pantai dan aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi utama bagi mereka.

Masyarakat Tanah Melayu sangat mahir dalam pembuatan kapal dan ilmu pelayaran. Oleh itu,

kelebihan ini perlu digunakan dengan baik. Satu proposal telah dibuat untuk membantu

meningkatkan Perindustrian Perikanan di Malaya pada tahun 1945. Di dalam surat tersebut

terdapat ringkasan yang telah disusun daripada pemulangan yang telah diterima daripada

syarikat E.C.A.O Serantau sebagai maklum balas untuk meminta anggaran bagi keperluan

segera iaitu peralatan memancing kepada mereka yang terlibat dengan perikanan.

Walaubagaimanapun, terdapat 2 negeri yang telah ditolak iaitu Johor dan Kelantan kerana tiada

balasan yang diterima daripada kedua – dua negeri ini bahkan asas di mana anggaran ini dibuat

masih lagi tidak diketahui serta nasihat daripada jawatankuasa mengatakan bahawa angka ini

juga berkemungkinan tidak menunjukkan kesuluruhan dan ada yang tidak tepat. Hal ini juga

dianggap hanya sebagai anggaran yang tidak jelas. 11

Daripada pembincangan yang dilakukan bahawa keputusan telah dibuat iaitu

diputuskan bahawa pengerusi harus mendekati Kol. A.W. Wallich dari cawangan bekalan dan

Kol. R.M. Williams dari perdagangan dan perindustrian yang akan mengadakan lawatannya ke

Singapura pada 31 Disember hari isnin dengan bertujuan untuk memastikan agar jika perlu

melalui isyarat melalui ALPSEA. Hal ini menunjukkan bahawa apakah pesanan terhadap

anggaran awal ini telah dibuat. Selain itu, ahli jawatankuasa telah dimaklumkan bahawa

perolehan terhadap Anggaran awal ini akan menjadi tanggungjawab dan komitmen ketenteraan

British, tetapi keperluan tambahan ini perlu dipenuhi daripada dana BMA(M). Bukan itu

sahaja, ahli jawatan kuasa juga berpendapat bahawa syarikat BMA(M) juga perlu mengambil

11
Headquarters, British Military Administration, (1945). Rehabilitation of Fishing Industry. Arkib Negara
Malaysia
langkah segera untuk menyiasat tentang kemungkinan keperluan yang diperlukan oleh Industri

Perikanan mendapat sumber yang banyak daripada beberapa negara seperti China, Australia

dan India. Bahkan ia perlu membuat pesanan yang tegas bagi pihak mereka sendiri

Pihak Perindustrian Perikanan telah membalas semula surat daripada jawatankuasa

Pentadbiran Tentera British. Beliau difahamakn daripada Shelton bahawa Pentadbiran Tentera

British telah bersedia untuk berkhidmat dalam Jawatankuasa yang akan dilantik di bawah

Pengerusi Pengarah Pertanian berhubung dengan penyusunan semula Industri Perikanan.

Sehubungan dengan itu, beliau telah menerima penerimaan beliau untuk menjadi ahli

jawatankuasa dan bersertakan dengan Salinan surat yang telah dihantar kepada pengarah

pertanian di mana beliau dimaklumkan tentang keputusan untuk membentuk jawatankuasa dan

menjadi penasihat mengenai perlembagaannya, Pemangku Ketua Pengawai Hal Ehwal Awam

meminta agar memaklumkan kepada Jawatankuasa perindustrian pertanian bahawa mereka

yang terlibat dengan perindustrian perikanan berterima kasih kerana telah banyak membantu

dalam perkara ini. 12

Selepas Tanah Melayu telah berjaya meningkat ekonomi dan pendapatan negara,

pelbagai usaha lain telah dilakukan antaranya ialah, bagi ekonomi yang terdapat di Malaya

pada tahun 1957 adalah penghasilan tin daripada biji timah. Ia merupakan antara negara yang

terbesar dalam menghasil tin. Di Malaya biji timah merupakan bahan mentah yang banyak

terdapat di negara tersebut. Pada tahun 1954, ia menghasilkan 60,691 60,691 tan atau, satu

pertiga daripada jumlah pengeluaran dunia. Ciri-ciri timah dalam kebanyakan sejarah purba

penulis Arab seawal abad kesembilan merujuk kepada sebuah tempat di Semenanjung Tanah

Melayu yang terkenal dengan bijih timah. Orang Cina diketahui telah bekerja untuk bijih timah

di Tanah Melayu selama berabad-abad. Syiling timah Melayu telah wujud sebelum penaklukan

12
Headquarters, British Military Administration, (1945). Rehabilitation of Fishing Industry. Arkib Negara
Malaysia
Melaka oleh Portugis. Pada tahun 1956, Malaya mengeksport 62,398 tan rekod selepas perang.

Pakar berpendapat bahawa walaupun ia adalah produk pembaziran, terdapat cukup bijih timah

di dalam tanah untuk menjadikan perlombongan sebagai pelaburan yang menguntungkan

selama bertahun-tahun.

Selain daripada pengeluaran tin, Malaya juga terkenal dengan pengeluaran getah. Ia

merupakan asas kepada ekonomi kedua-dua Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

Industri getah adalah komoditi utama dalam eksport ke luar negara. Kemakmuran wilayah itu

sebahagian besarnya terletak pada industri, dan, walaupun ia tertakluk kepada tempoh ledakan

dan kemerosotan, ia telah meningkatkan taraf hidup di Tanah Melayu yang jauh lebih tinggi

daripada kebanyakan bahagian Asia13. Kebanyakan getah dikeluarkan di Persekutuan, dan

angka Singapura kira-kira 1,660 tan untuk 1955 berbanding dengan 637,463 tan Persekutuan

untuk tahun yang sama. Singapura, bagaimanapun, adalah salah satu pasaran getah terbesar di

dunia dan pelabuhan penghantaran tunggal yang paling penting. Terdapat lebih daripada 31

juta ekar getah yang ditanam di Persekutuan pada penghujung tahun 1953, di mana estet

menyumbang hanya lebih dua juta ekar dan kebun kecil (iaitu pegangan kurang daripada 100

ekar) untuk kira-kira 1,700,000 ekar. Industri ini dianggarkan memberi pekerjaan langsung

kepada kira-kira 510,000 orang dan jika tanggungan mereka diambil kira, serta orang lain yang

terlibat dalam perdagangan getah, pengangkutan dan pekerjaan anak syarikat lain, nampaknya

tidak munasabah untuk mencadangkan bahawa mata pencarian sekurang-kurangnya satu juta

dan separuh daripada tujuh juta penduduk Persekutuan dan Singapura bergantung kepada

getah.

Masalah terbesar yang dihadapi oleh industri di Tanah Melayu hari ini ialah bersaing

dengan jayanya dengan produk sintetik, yang sejak perang dunia kedua telah dikawal oleh

13
S.H. Steinberg, (1957). Federation Of Malaya – Year Book 1957 – 1958. Arkib Negara Malaysia
Amerika Syarikat. Inti masalahnya ialah penambahbaikan hasil supaya walaupun kos

meningkat secara besar-besaran hari ini, pengeluaran dapat dikekalkan pada harga yang

kompetitif.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, selepas kekalahan pihak Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan

pemerintahan pada zaman itu telah diambil oleh pihak British dengan menumbuhkan

Pentadbiran Tentera British. Bukan itu sahaja, selepas penyerahan kuasa Jepun juga telah

menyebabkan Tanah Melayu mengalami banyak masalah yang perlu diatasi oleh pihak British.

Masalah – masalah ini telah berjaya diatasi oleh pihak British dengan pelbagai usaha yang

dilakukan seperti dasar – dasar baru, Kerjasama dengan penduduk tempatan dan pemerintahan

yang lebih berkesan. Keadaan di Tanah Melayu selepas kekalahan Pihak Jepun telah memberi

impak yang sangat buruk kepada Tanah Melayu. Walaubagaimanapun Tanah Melayu berjaya

Kembali bangkit dan menjadi sebuah negara yang maju dan Makmur serta Tanah Melayu telah

ditukar nama sebagai negara Malaysia dan kekal sehingga hari ini.
RUJUKAN

Headquarters, British Military Administration, (1945). Rehabilitation of Fishing Industry.

Arkib Negara Malaysia

Ho Hui Ling, (2009). Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945: Penentangan

Orang Cina Melalui Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA). Diakses

daripada file:///C:/Users/Admin/Downloads/MDSS_2009_37_05%20(1).pdf

Institut Penyelidikann Perubatan, (2013). Asas dan Pembangunan Institut. Diakses daripada

https://www.imr.gov.my/index.php/my/corporate-info-2/sejarah?profile=green

Masao Tomonaga, (2019). The Atomic Bombongs of Hiroshima and Nagasaki: A Summary of

The Human Consequences, 1945-2018, and Lessons for Homo sapiens to End the

Nuclear Weapon Age. Diakses daripada

https://www.tandfonline.com/doi/epdf/10.1080/25751654.2019.1681226?needAccess

=true&role=button

O.L. Roberts, (1945). Official Statemen by Lieut General, O. L Roberts C.B.E, D.S.O, General

Officer Commandeing 34 IND. Corps. Arkib Negara Malaysia

S.H. Steinberg, (1957). Federation Of Malaya – Year Book 1957 – 1958. Arkib Negara

Malaysia

Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, (2015). Sejarah Perkembangan Ekonomi

Semenanjung Tanah Melayu dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-Kolonial.

Diakses daripada

http://journalarticle.ukm.my/8942/1/Sejarah_perkembangan_ekonomi_....pdf
Wan Nur Izzati Wan Zahari, (2022). Bincangkan Dasar – Dasar Pentadbiran Yang

Dilaksanakan Oleh Jepun di Tanah Melayu. Diakses daripada

https://www.academia.edu/42962069/DASAR_PENTADBIRAN_JEPUN_DI_TANA

H_MELAYU

You might also like