You are on page 1of 16

sebab jepun menyerang tanah melayu

1. Pertambahan penduduk
Sejak awal abad ke-20, berlaku pertambahan penduduk di Jepun yang tidak seimbang
dengan pertambahan tanah pertanian. Pada tahun 1932, penduduk Jepun telah
meningkat sebanyak 70 juta orang. Akibatnya Jepun memerlukan tanah jajahan bagi
menampung penduduk yang berlebihan.
2. Bentuk fizikal negeri Jepun
Bentuk fizikal negeri Jepun yang bergunung-ganang menyebabkan mereka tidak boleh
bergantung sepenuhnya kepada pertanian. Akibatnya, Jepun beralih kepada bidang
perisdustrian. Perindustrian memerlukan bahan mentah dna pasaran. Bagi menjamin
bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun perlu mempunyai tanah jajahan.
3. Kejayaan Rancangan Perindustrian Meiji
Rancangan Perindustrian yang dilaksanakan semenjak pemerintahan Meiji pada tahun
1868 telah mencapai kejayaan. Kejayaan ini mendorong Jepun untuk memperluaskan
rancangan perindustriannya. Bagi menjayakan cita-cita ini, Jepun perlu mempunyai
tanah jajahan bagi menjamin bekalan bahan mentah dan pasaran yang tetap.
4. Fahaman militerisme
Fahaman militerisme telah merebak di kalangan pemimpin Jepun sejak akhir abad ke-
19. Sejak tahun 1932, politik Jepun telah dikuasai oleh golongan tentera apabila mereka
menguasai Diet (parlimen). Fahaman militerisme telah membawa kepada
perkembangan imperialisme. Fahaman militerisme semakin kuat apabila Jeneral Tojo
Hideki menjadi Perdana Menteri Jepun sejak 18 Oktober 1941. Pembesaran angkatan
tentera telah mendorong Jepun untuk menyerang negara-negara Asia terutamanya Asia
Tenggara. Kejayaan Jepun dalam peperangan China-Jepun (1894-1895) dan
peperangan Rusia-Jepun (1904-1905) telah memperlihatkan kebangkitan kuasa Jepun.
Kebangkitan ini telah membimbangkan Kuasa-kuasa Barat (KKB) kerana mereka takut
tentera Jepun akan muncul sebagai kuasa terkuat di Asia dan mencabar kepentingan
mereka. Untuk menyekat kebangkitan Jepun KKB telah mengenakan beberapa sekatan
ke atas Jepun. Pada Julai 1940, Amerika Syarikat mengharamkan eksport petroleum dan
logam untuk gred I. Beberapa bulan kemudian, eksport semua jenis logam ke Jepun
turut diharamkan. Sekatan ekonomi ini menjejaskan Rancangan Pembaharuan Jepun
khususnya Rancangan Pembesaran Angkatan Tentera. Pada Julai 1941, asset Jepun di
Amerika Syarikat dibekukan. Dalam Persidangan Washington 21 November 1921, nisbah
angkatan laut British, Amerika dan Jepun ditetapkan sebagai 5:5:3.
5. Kejayaan awal
Kejayaan awal yang dicapai oleh Jepun telah mendorong mereka untuk menjalankan
dasar imperislisme. Di antara kejayaan tersebut ialah kemenangan Jepun dalam Pernag
China-Jepun (1894-1895) dan Perang Rusia-Jepun (1904-1905).
6. Cita-cita Jepun
Kerajaan dan penduduk Jepun bercita-cita supaya mereka mendapat pengiktirafan
dunia dan dianggap setanding dengan kuasa-kuasa Barat. Untuk mencapai matlamat ini,
Jepun perlu mempunyai tanah jajahan seperti yang dimiliki oleh KKB.
7. Alihkan perhatian
Pada tahun 1930-an, berlaku kekacauan politik di Jepun akibat daripada perbalahan di
antara golongan awam dengan tentera. Keadaan ini mendorong pemimpin Jepun untuk
melaksanakan dasar imperialisme bagi mengalihkan perhatian rakyatnya daripada
masalah-masalah dalam negeri.
8. Perang Dunia Kedua
Perang Dunia Kedua di Eropah sejak September 1939 akibat daripada serangan Jerman
dan Itali ke atas negara Eropah seperti Perancis, Belanda, Rusia dan sebagainya.
Keadaan ini mendorong Jepun untuk menyerang negara-negara Asia terutamanya Asia
Tenggara kerana ia yakin KKB tidak mampu untuk mempertahankan tanah jajahan
mereka di Asia.
9. Kebangkitan nasionalisme
Sejak awal abad ke-20 berlaku kebangkitan nasionalisme di Asia yang bertujuan untuk
membebaskan negara mereka dari penjajahan Barat. Jepun yakin bahawa
kedatangannya akan mendapat sokongan penduduk tempatan lebih-lebih lagi mereka
telah diyakinkan yang Jepun merupakan pembebas yang akan menyingkirkan KKB dari
negara Asia.
10. Peranan Zaibatsu
Kejayaan Rancangan Pembaharuan Meiji telah melahirkan gergasi ekonomi yang
dikenali sebagai zaibatsu. Golongan ini berpengaruh kerana kekayaan mereka dan
menjadi penyokong kuat parti-parti politik. Golongan zaibatsu telah mempengaruhi
pemimpin Jepun untuk melaksanakan dasar imperislisme supaya Jepun akan
mempunyai tanah jajahan dan menjamin bekalan bahan mentah serta pasaran bagi
barangan mereka.
11. Perjanjian kerjasama
Perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani oleh Jepun mendorong ia untuk
melaksanakan dasar imperialisme. Pada September 1940, Jepun menandatangani
perjanjian kerjasama dengan Jerman dan Itali. Mengikut perjanjian tersebut Jerman
dan Itali akan menyerang negara Eropah dan Afrika manakala Jepun negara Asia. Pada
Disember 1940, Perjanjian Kerjasama dengan Siam ditandatangani. Dalam perjanjian
ini, Siam membenarkan Jepun membenarkan negaranya sebagai pengkalan untuk
menyerang Indo-China, Tanah Melayu dan Burma. Pada April 1911, Jepun
menandatangani Perjanjian Berkecuali dengan Rusia.
12. Balas dendam
Jepun menyerang Tanah Melayu dengan tujuan untuk membalas dendam terhadap
British dan orang Cina di Tanah Melayu kerana membantu negeri China menentang
Jepun semasa perang China-Jepun 1937. Orang Cina di Tanah Melayu telah
menjalankan kutipan derma untuk membantu negeri Chian. Dalam tempoh 1937-1941,
sebanyak $146 juta telah dikumpul oleh orang Cina di Tanah Melayu membantu negeri
China menentang Jepun. Selain itu, terdapat ramai pemuda Cina dihantar ke China
dalam usaha untuk menentang Jepun.
13. Tanah Melayu kaya
Jepun menyerang Tanah Melayu kerana Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah yang
diperlukan oleh industrinya seperti bijih timah dan getah. Selain itu, Tanah Melayu boleh
dijadikan pasaran kepada keluaran industri Jepun.
14. Daerah Kemakmuran Bersama
Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada rancangan
Jepun untuk mewujudkan “Daerah Kemakmuran Bersama” yang berpusat di Jepun.
Negeri-negeri yang akan digabungkan dalam rancangan ini termasuklah Korea,
Manchuria, China, Indo-China, Siam, Burma, Tanah Melayu, Filipina, India, Indonesia,
Australia dan New Zealand
http://ayied2020.blogspot.com/2009/07/sebab-jepun-menyerang-tanah-melayu.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pendudukan_Jepun_di_Tanah_Melayu,_Borneo_Utara_dan_Sar
awak

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kawasan_Persemakmuran_Bersama_Asia_Timur_Raya

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/09/260801/lalui-derita-tiga-zaman

https://penjajahanjepundkm1c.weebly.com/blog/penjajahan-jepun-di-tanah-melayu
GARIS MASA PENGUASAAN JEPUN DI TANAH MELAYU

8 Disember - 18 Disember 1941[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu
Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan
mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam
sebelum berlakunya serangan Pearl Harbor.[1] Pertempuran itu merupakan detik rasmi
permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu.
Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang
menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan
menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang
Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl ("Pearl Harbor") melalui udara.
Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9
Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of
Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat
pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Kekurangan perlindungan udara dua-dua kapal ini
memudahkan pesawat Jepun menyerang secara bergelombang sehingga berjaya menenggelamkan
kedua-dua buah kapal tersebut lalu menghalang kemaraanTentera Laut British dalam masa yang
singkat.
Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak
ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menujui Sungai Perak. Pada 11
Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari
yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British
meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.

19 Disember 1941 - 31 Januari 1942[sunting | sunting sumber]


Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember. Penentangan sengit
terhadap kemaraan Jepun dalam Pertempuran Kampar berlangsung selama tiga hari dan tiga
malam antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942, sebelum Tentera British terpaksa
berundur. Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British dipintas
dalam Pertempuran di Slim River yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur,
ibu negara Tanah Melayu. Pada 9 Januari, kedudukan pasukan British semakin terdesak dan
Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke
utara Johor, dan meninggalkan Kuala Lumpur yang ditawan tentera Jepun pada 13 Januari.
Barisan pertahanan British ditubuhkan di utara Johor antara Muar di barat sehingga Segamat, dan
kemudiannya sehingga Mersing di sebelah timur. Briged Ke-45 ditempatkan di bahagian barat
antara Muar dan Segamat. Pasukan Australia ditumpukan di tengah-tengah dan maju ke utara dari
Segamat ke Gemas di mana mereka bertembung dengan pasukan tentera Jepun yang sedang mara
pada 14 Januari 1942.
Pada 15 Januari, Divisyen Ke-15 yang merupakan pasukan tentera utama Jepun, tiba dan memaksa
pasukan Australia berundur kembali ke Segamat. Tentera Jepun kemudiannya mara ke arah barat
menuju ke arah Briged India Ke-45, dan dengan mudah mengalahkan mereka yang tidak
berpengalaman dan masih mentah. Pihak British mengarah Batalion Ke-19 dan Ke-29 ke barat, dan
batalion Ke-19 bertempur dengan pihak Jepun pada 17 Januari 1942 di selatan Muar.
Pertempuran berlanjutan sehingga 18 Januari, dan di sebalik cubaan Batalion Ke-19 dan Ke-29,
Garis Pertahanan Johor roboh. Pihak Berikat terpaksa berundur menyeberangi Tambak Johor ke
Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke dalam tangan Jepun.[2]

1 Februari - 15 Februari 1942[sunting | sunting sumber]


Lihat juga: Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu
Pihak Jepun menguasai angkasa dan mengebom Singapura secara bertalu-talu. Pemindahan orang
awam berjalan, antaranya melalui kapal Felix Russell. Kapal itu berlayar pada 6 Februari dan
berlabuh di Bombay, India, pada 22 Februari. Kapal lain seperti Empress Asia tidak begitu bernasib
baik dan ditenggelamkan dalam perjalanan.
Divisyen Ke-18 British dan Divisyen Ke-11 India telah berundur ke Singapura secara berperingkat,
bertempur kemudian berundur. Dalam proses tersebut, jumlah mereka berkurangan dengan
banyaknya. Mereka digabung dengan unit lain dan ditempatkan di kawasan
utara Singapura sepanjang persisiran timur laut. Penempatan meriam Jepun tersorok di dalam
hutan berhadapan dengan Selat Johor. Meriam-meriam Jepun itu dapat dipindahkan dengan pantas
melalui jalan yang baru dibina dalam hutan, dan dengan peta kedudukan musuh yang mereka
memiliki, mampu bergerak dengan pantas ke kedudukan yang berkesan. Pada masa yang sama,
pengeboman udara berterusan membakar kemudahan-kemudahan minyak yang dibimbangi akan
dipergunakan untuk menjadikan Selat Johor sebagai lautan api.
Pada 7 Februari 1942, pihak Jepun memulakan serangan mereka ke atas Singapura dengan
mendarat di pulau kecil Pulau Ubin bagi menumpukan tembakan kencang pada Changi. Di sebelah
barat laut tentera Australia dibom. Pada 8 Februari, tentera Jepun menjajah melalui barat laut, dan
pertempuran jarak dekat secara berhadapan berlaku. Pada sebelah pagi 10 Februari, tentera Jepun
berjaya menjejakkan kaki di pulau Singapura. Di barat laut Singapura, Rejimen Melayu yang diketuai
oleh Leftenan Adnan bin Saidi dengan kelengkapan yang serba kekurangan, tetapi penuh
bersemangat, berjuang menentangi bilangan musuh yang jauh lebih banyak daripada Divisyen Ke-
18. Mereka menentang sehingga ketitisan darah terakhir dan hampir keseluruhan anggota mereka
terkorban. Tentera Jepun kemudiannya mara ke sasaran berikutnya, iaitu lapangan terbang Tengah.
Ketika pertempuran merebut lapangan terbang tersebut berlaku, serangan baru Jepun bermula dari
arah muara Kranji sehingga Tambak Johor. Dari lapangan terbang Tenrah, pasukan tentera Jepun
bergerak ke selatan dan pada 10 Februari 1942, Bukit Timah diserang dan akhirnya ditawan
pada 11 Februari.
Pihak Berikat terpaksa berundur ke bandar Singapura di mana mereka dibom tanpa kasihan oleh
tentera Jepun. Pada 15 Februari, tentera Jepun menumpu ke bandar. Tentera Pihak Berikat terus
bertempur dengan gigih, tetapi mendapati diri mereka berada dalam keadaan semakin terdesak.
Akhirnya, arahan diberikan untuk Pihak Berikat menyerah tanpa syarat. Pada 6.10 petang 15
Februari 1942, Jeneral Arthur Ernest Percival menandatangani dokumen menyerah diri.

Borneo Utara[sunting | sunting sumber]


Pada 1hb Januari 1942, tentera Jepun mendarat di Pulau Labuan. Matlamatnya untuk menakluk
Borneo Utara dicapai dengan pantas. Pada 16hb Mei 1942, secara keseluruhannya negeri ini jatuh
ke tangan Jepun. Di bawah pentadbiran Jepun, ia dibahagikan kepada dua bahagian; bahagian
Persisiran Pantai Barat termasuk pendalaman dan bandar Kudat dinamakan Sheikai Shiu dan
bahagian Persisiran Pantai Timur dinamakan Tokai Shiu.
Pendudukan ini ditentang oleh kumpulan-kumpulan guerila. Antara penentangan yang dilakukan
adalah Gerila Kinabalu yang diterajui Albert Kwok di Persisiran Pantai Barat dan satu lagi
dipimpin Datu Mustapha pada bahagian utara. Akan tetapi, Gerila Kinabalu terhapus dalam kejadian
pembunuhan beramai-ramai Kwok dan ahli-ahli sekutunya di Petagas pada tarikh 21hb Januari
1944.
Pembebasan daripada cengkaman Jepun bermula pada 9hb Jun 1945 apabila Divisi Kuasa Imperial
Australia ke-9 menyerang kedudukan Jepun di Labuan.
Perang yang berlaku di Borneo Utara tamat dengan penyerahan kalah rasmi oleh Leftenen Jeneral
Masao Baba di Pulau Labuan pada 10hb September 1945, Kolonel Elimus di Papar pada 15hb
September 1945 dan Majer Akashi di Beaufort pada 17hb September 1945. Ini merupakan hasil
pengeboman bersama Pasukan Perikatan (Australia, British, Amerika Syarikat dan New Zealand)
yang dalam prosesnya juga memusnahkan bandar-bandar Sandakan, Jesselton dan Labuan.
KESEMAKMURAN ASIA TIMUR RAYA
Kawasan Persemakmuran Bersama Asia Timur Raya (kyūjitai: 大東亞共榮圈, shinjitai: 大東亜共
栄圏 Dai-tō-a Kyōeiken) ialah konsep yang dicipta dan disebar luaskan oleh pemerintah dan
tentera Empayar Jepun awal zaman Shōwa yang mewakili keinginan untuk mendirikan "blok negara-
negara Asia di bawah pimpinan Jepun dan bebas daripada kuasa negara-negara Barat".[1] Ia telah
diumumkan dalam perutusan radio bertajuk "Keadaan Antarabangsa dan Kedudukan Jepun"
oleh Menteri Luar Negara, Hachirō Arita, pada 29 Jun 1940.[2]
Percubaan Jepun dengan imperialisme kewangan disebut "diplomasi yen" atau "blok yen" yang
ditujukan kepada negara-negara jajahan Jepun yang rasmi mahupun separa rasmi. Sepanjang
tempoh yang bermula dengan penaklukan Jepun ke atas Taiwan pada tahun 1895 dan tahun 1937
yang ditandai dengan meletusnya Perang Sino-Jepun Kedua, pakar kewangan di Tokyo memimpin
dan menyelaras program pembaharuan kewangan di Taiwan, Korea, Manchuria, dan pulau-pulau
dalam penguasaan Jepun di Pasifik. Pembaharuan kewangan tersebut bertujuan untuk membina
jaringan hubungan ekonomi dan politik. Usaha-usaha tersebut terhenti setelah konsep Kawasan
Persemakmuran Bersama Asia Timur Raya gagal sepenuhnya. [3]
Perdana Menteri Fumimaro Konoe mencanang konsep Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya
dalam usaha mencipta kawasan Asia Timur Raya yang terdiri daripada Jepun, Manchuria, China,
dan negara-negara di Asia Tenggara yang menurut Empayar Jepun merupakan aturan
antarabangsa baru untuk mencipta "kemakmuran bersama" bagi negara-negara Asia, dalam bentuk
perdamaian dan kesejahteraan bersama yang bebas daripada penjajahan dan penguasaan
Barat.[4] Antara tujuan pelebaran ketenteraan Jepun termasuk memencilkan Australia dan gerakan-
gerakan angkatan laut di Lautan Hindi.[5]
Persemakmuran Bersama Asia Timur Raya hanyalah salah satu konsep dan slogan yang diciptakan
untuk membenarkan tindakan ganas Jepun di Asia Timur sejak tahun 1930-an hingga
berakhirnya Perang Dunia II. Istilah Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya hingga kini diingati
sebagai propaganda Empayar Jepun untuk menguasai negara-negara yang ditakluki ketika Perang
Dunia Kedua

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Sepanjang Perang Dunia Kedua, sebahagian negara-negara yang diduduki Jepun diperintah
oleh pemerintah boneka yang menzalimi penduduk dan ekonomi semata-mata untuk keuntungan
Jepun, dengan menunjuk-nunjukkan Asia yang bersatu tanpa pengaruh negara-negara Eropah.
Konsep ini dibuat oleh Angkatan Darat Empayar Jepun berdasarkan buah fikiran Jeneral Hachiro
Arita yang waktu itu menjawat jawatan Menteri Luar Negara dan pakar strategi angkatan darat.
Konsep Kawasan Persemakmuran Bersama secara rasminya diumumkan oleh Menteri Luar
Negara Matsuoka Yosuke dalam wawancara pers 1 Ogos 1940, namun konsep ini bertahun-tahun
sebelumnya telah ada dalam berbagai bentuk. Pemimpin-pemimpin Jepun telah sejak lama tertarik
dengan konsep yang dalam kenyataannya dapat memperluas kekuasaan Jepun berdasarkan model
negara-negara eropah dengan iming-iming membebaskan Asia daripada imperialisme.
Sebelum mengusir kekuasaan imperialisme Barat dari negara-negara Asia, Empayar Jepun
memakai slogan "Asia untuk Orang Asia" untuk mengambil hati penduduk setempat. Slogan
tersebut merupakan pernyataan anti-penjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela
negara-negara Timur.[6] Menurut slogan tersebut, negara-negara Asia hanya untuk orang-orang
Asia, dan negara-negara Barat tidak ada yang berhak atas negara-negara Asia.
Menurut Perdana Menteri Shigenori Togo, apabila Kawasan Kemakmuran Bersama berjaya
diwujudkan, Jepun akan tampil sebagai pemimpin Asia Timur dan Kawasan Kemakmuran Bersama
Asia Timur Raya ialah nama lain untuk Empayar Jepun.[4] Dokumen rahasia berjudul An
Investigation of Global Policy with the Yamato Race as Nucleus yang selesai disusun Pemerintah
Jepun pada tahun 1943, secara terang-terangan menyatakan bangsa Jepun lebih unggul daripada
bangsa-bangsa Asia lainnya, dan menyarankan agar Kawasan Kemakmuran Bersama dipakai untuk
menyamarkan maksud sebenarnya Jepun mendominasi seluruh Asia. [7] Konsep Kemakmuran
Bersama Asia Timur Raya berakhir dengan sendirinya setelah penyerahan Jepun kepada Pihak
Bersekutu.

Kegagalan Kawasan Persemakmuran Bersama Asia Timur


Raya

Prangko Jepun bergambarkan peta Asia Timur Raya


Walaupun Jepun berjaya mengobarkan semangat anti-Barat di Asia, Kawasan Kemakmuran
Bersama Asia Timur Raya tidak pernah wujud menjadi Asia yang bersatu. Dr. Ba Maw, Presiden
Burma di bawah pemerintahan Jepun menyatakan bahawa penyebab kegagalan tersebut ialah
ketenteraan Jepun:
Pemimpin tentera Jepun hanya melihat segala sesuatu dari sudut pandang Jepun dan lebih buruk
lagi, mereka memaksa pihak-pihak lain untuk melakukan hal yang sama. Bagi mereka hanya ada
satu cara untuk melakukan sesuatu, iaitu cara Jepun; hanya ada satu tujuan dan kepentingan, iaitu
kepentingan Jepun; hanya ada satu masa depan untuk negara-negara Asia Timur, untuk menjadi
seperti Manchuria atau Korea yang terikat selama-lamanya dengan Jepun. Pemaksaan etnik seperti
ini...menyebabkan rasa saling persefahaman yang sebenarnya antara tentera Jepun dan orang-
orang di wilayah kami hampir-hampir mustahil.[9]
Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya ternyata tidak dimaksudkan untuk kemajuan
negara-negara Asia Timur, melainkan untuk kepentingan Jepun, dan akhirnya gagal mendapat
sokongan negara-negara Asia Timur. Namun dikalangan nasional di negara-negara Asia Timur
dalam beberapa aspek mahu bekerjasama dengan Jepun. Namun Willard Elsbree, profesor
emeritus ilmu politik di Universiti Ohio menyatakan bahawa antara Pemerintah Jepun dan para
pemimpin nasionalis tidak pernah membentuk "kesatuan kepentingan yang sebenarnya antara
kedua belah pihak, [dan] tiada penduduk negara-negara Asia yang rasa putus asa secara
berlebihan setelah Jepun tewas."[10]
Kegagalan Jepun dalam memahami tujuan dan kepentingan negara-negara dalam Kawasan
Persemakmuran Bersama menyebabkan hubungan Jepun dengan negara-negara lain di Asia hanya
berlangsung secara teori dan bukan dalam semangat yang sebenar. Dr. Ba Maw menyatakan nasib
Jepun sangat berbeza, apabila Jepun dapat bertindak selari dengan konsep sokonganya bagi "Asia
untuk orang Asia". Beliau menambah apabila Jepun menggunakan slogan tersebut dan
menjalankan dasar yang sesuai dengan slogan tersebut
"Kekalahan secara ketenteraan tidak akan merampas kepercayaan dan rasa terima kasih daripada
sesetengah rakyat Asia atau bahkan lebih, dan hal tersebut akan sangat bermakna dalam
memberikan sebuah tempat yang baru, agung, dan abadi bagi Jepun di dunia pasca perang, ketika
Asia akan berada di bawah pengaruh Jepun." [11]
Kesengsaraan ketika pendudukan jepun
“Ketika negara dijajah Jepun, saya berusia 23 tahun. Disebabkan kesusahan hidup, saya akan
berjalan kaki dari Tampoi ke Singapura setiap hari untuk bekerja.
“Ketika itu, saya bekerja sebagai buruh di penempatan tentera Jepun di Changi dan walaupun
upahnya hanya beberapa Yen (pokok pisang), kami terpaksa bekerja kerana kekurangan makanan.
“Pada masa sama, kami dipaksa belajar bahasa Jepun, bernyanyi dan menulis. Alhamdulillah,
dalam tempoh sebulan, saya mampu mempelajari bahasa itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya
di Kampung Batu Tujuh di sini, semalam.
Menurut Mohamed, sepanjang tiga tahun dijajah Jepun, pekerja di kem diterapkan supaya menjaga
kebersihan dan walaupun selepas Jepun menyerah kalah pada 1945, dia masih mengamalkan
disiplin tinggi.
“Apabila dijajah, rakyat menerima kesan buruk apabila makanan tidak mencukupi, makanan tidak
berzat menyebabkan kami terpaksa melakukan apa saja kerja.
“Selepas Jepun menyerah kalah, saya pulang ke Segamat untuk bekerja kampung selama tiga
tahun sebelum menyertai AP bagi menjaga keselamatan daripada ancaman pengganas Komunis.
Saya bertugas sebagai AP sejak 1948 hingga 1959.
“Ketika itu, keselamatan penduduk sering diganggu komunis terutama yang bekerja di kebun getah.
Selain itu, British mengeluarkan perintah berkurung menyebabkan penduduk tidak dapat bergerak
bebas,” katanya.
Menurut Mohamed, ketika itu, dia bukan saja bertugas memastikan keselamatan orang ramai,
malah perlu menjaga keselamatan pengurus ladang berbangsa Inggeris di sekitar Tenang terutama
ketika membayar gaji pekerja.
Katanya, walaupun bimbangkan keselamatan, mereka tetap berkhidmat menjaga keselamatan dan
antara perkara paling sedih dilaluinya ialah ketika dimaklumkan Balai Polis Bukit Kepong, Pagoh
musnah diserang pengganas komunis.

“Pada serangan itu, bukan saja anggota keselamatan, malah keluarga mereka dibunuh komunis.
“Selepas menamatkan perkhidmatan, saya bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu (KTM) sebagai
penyelia landasan sehingga bersara wajib dan ketika itu, dapat melihat banyak perubahan hingga
Malaysia kini antara negara membangun terbaik dunia,” katanya.
Mohamed turut menerima pingat Jasa Johor pada Perhimpunan Veteran Merdeka 2006 di Dewan
Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak pada 25 Ogos 2006 atas jasanya selama ini.
Sementara itu, isterinya, Rokiah Mohd Said, 75, berkata, hasil perkahwinan, mereka dikurniakan 12
anak, 37 cucu serta 15 cicit yang kini bekerja sebagai kakitangan awam selain swasta.
“Ketika darurat, saya hanya berusia lima tahun namun masih ingat betapa susahnya untuk
mendapatkan makanan, beras terpaksa dicampur dengan kapur untuk memastikan ia tahan lama.
“Setiap hari, kami hanya makan ubi kayu yang dimasak sambal selain biji getah dijadikan tempe.
Tidak seperti sekarang yang mewah dengan makanan dan lebih menyedihkan, banyak pembaziran,”
katanya.
Peranan anda bagi mengelakkan penjajahan semula berlaku
di negara kita
Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya akan berusaha sepenuh hati dan daya
untuk mempertahankan perpaduaan negara yang sedia ada dengan mengamalkan kerjsama antarar
akyat yang berbilang kaum agar negara sentiasa
aman.Saya juga akan sentiasa menghayati sejarah perjuangan tokoh-
tokoh terdahulu bagimeningkatkan kesedaran dalam diri serta meningkatkan rasa syukur dan
perasaan cinta kepadanegara yang menebal.Seterusnya sebagai pewaris bangsa, saya akan
berusaha melengkapkan diri dengan
ilmu pengetahuan terutama ilmu berkaitan sains dan teknologi agar dapat mengangkat kedududkan
negara sebaris dengan negara maju yang
lain.Malahan, saya akan mempelajari ilmu kepimpinan bagi membentuk diri menjadi pemimpin yang
berilmu untuk menerajui negara dengan baik, dengan kebijaksanaan dan ilmuyang tinggi
membolehkan kita memilih yang mana baik dan mana buruk untuk pentadbirannegara
Dalam tempoh pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, iaitu
selama 3 tahun 8 bulan telah meninggalkan kesan yang
penting terhadap pentadbiran Tanah Melayu.

1. Dalam bidang politik, Jepun telah menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dengan Sumatera
dengan ditadbirkan menerusi ibu pejabat mereka di Singapura. Bagi memastikan agar tidak
berlaku pemberontakan sebuah lagi pasukan tentera telah dibentuk. Satu pasukan polis
tentera yang dikenali sebagai ‘kempetei’ telah ditubuhkan bagi mengambil tugas polis.

2. Sebuah mahkamah tentera ditubuhkan pada 1943 untuk membicarakan kes politik.
3. Bagi mendapatkan sokongan rakyat, kedudukan raja-raja Melayu telah dikekalkan dan
dijadikan penasihat berhubung dengan hal-ehwal agama. Mereka dijanjikan elaun
sepertimana sebelum perang, walaupun bayaran tersebut tidak pernah dibuat sepenuhnya.
4. Satu Majlis Penasihat Negeri telah ditubuhkan dengan keanggotaannya terdiri daripada
wakil semua kaum. Sultan hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau penasihat
kepada Residen Jepun yang menjadi pengerusi. Bagi mendapatkan sokongan penduduk
Tanah Melayu, pelbagai pertubuhan kebajikan bagi kaum berlainan ditubuhkan tetapi tidak
mendapat sokongan.
5. Bagi memastikan agar Tanah Melayu terputus hubungan luar khususnya maklumat dari
siaran radio pihak Berikat, Kerajaan Jepun pada Ogos 1942 telah membuat keputusan untuk
mengharamkan simpanan ataupun penggunaan radio gelombang pendek. Pada September
1943, filem-filem kepunyaan musuh Jepun telah diharamkan penayangannya di Tanah
Melayu. Pada Ogos 1944, muzik pihak musuh telah diharamkan daripada dimainkan atau
disimpan. Pada Oktober 1944, tempat hiburan juga telah diharamkan.
6. Bagi meraih sokongan pemerintah Siam tentera Jepun telah menyerahkan negeri Kedah,
Perlis, Kelantan dan Terengganukepada Kerajaan Siam.
7. Dalam usaha untuk memastikan orang Melayu memberi sokongan kepada pemerintah
Jepun, tentera Jepun telah membebaskan tahanan politik yang ditahan semasa
pemerintahan British yang telah kembali menghidupkan pertubuhan Kesatuan Melayu Muda
(KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob. Walaupun begitu, pihak Jepun telah
mengharamkan KMM pada 1942 kerana gerakan ini mula menunjukkan sikap penentangan
terhadap pemerintah Jepun.
8. Di Tanah Melayu, Jepun telah menubuhkan Pentadbiran Tentera Pusat (CentralisedMilitary
Administration) yang diketuai oleh Gunseikan atau Presiden yang bertanggungjawab kepada
Pemerintah Tertinggi Tentera (Commander in Chief) bagi angkatan tentera kawasan ketujuh
di Singapura. Pentadbiran awam berjalan dengan penyeliaan tentera. Tanah Melayu telah
dibahagikan kepada lapan kawasan dan tiap-tiap kawasan diketuai oleh seorang Gabenor
9. .
Pengajaran dan Kesan
Pengajaran daripada topik :

Kita mestilah menjaga kemakmuran dan kedaulatan negara agar dapat menjaga kedaulatan negara
dan kemerdekaan yang telah dicapai oleh wira-wira negara dalam memerangi penjajah asing untuk
mecapai keamanan dan kemerdekaan kepada negara supaya rakyat dapat hidup dalam kehidupan
yang aman dan harmoni. Kita juga perlulah menjaga perpaduan sesama kaum di negara kita dan
rapatkan jurang yang ada untuk mengelakkan jurang yang ada di dalam kaum demi menjaga
kemakmuran dan perpaduan negara supaya negara dapat mengekalkan kemerdekaan.

Kesan daripada topik :

- Beringat untuk mengelak daripada penjajahan baru


- Berusaha dalam mengelak campur tangan asing dalam negara
- Memelihara adat kaum masing-masing
- Berusaha memupuk semangat perpadun kaum

You might also like