You are on page 1of 7

Corak pemerintahan jepun di Tanah Melayu

Ibu Pejabat Perang (Tokyo)

Pengarah Agung (Singpura)

Mahkhamah

Biro-biro Pentadbiran

Majlis Pusat

Gabenor Wilayah

Mahkamah

Biro-biro Pentadbiran

Majlis Pusat (Penasihat)

Datuk Bandar

Pegawai Daerah

Majlis Derah (Penasihat)

Pejabat Kesihatan

Penghulu

PENTADBIRAN TENTERA JEPUN

Dalam tempoh pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, iaitu selama 3 tahun 8 bulan telah meninggalkan kesan yang penting terhadap pentadbiran Tanah Melayu.

Dalam bidang politik, Jepun telah menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dengan Sumatera dengan ditadbirkan menerusi ibu pejabat mereka di Singapura. Bagi memastikan agar tidak berlaku pemberontakan sebuah lagi pasukan tentera telah dibentuk. Satu pasukan polis tentera yang dikenali sebagai kempetei telah ditubuhkan bagi mengambil tugas polis.

Sebuah mahkamah tentera ditubuhkan pada 1943 untuk membicarakan kes politik.

Bagi mendapatkan sokongan rakyat, kedudukan raja-raja Melayu telah dikekalkan dan dijadikan penasihat berhubung dengan hal-ehwal agama. Mereka dijanjikan elaun sepertimana sebelum perang, walaupun bayaran tersebut tidak pernah dibuat sepenuhnya.

Satu Majlis Penasihat Negeri telah ditubuhkan dengan keanggotaannya terdiri daripada wakil semua kaum. Sultan hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau penasihat kepada Residen Jepun yang menjadi pengerusi. Bagi mendapatkan sokongan penduduk Tanah Melayu, pelbagai pertubuhan kebajikan bagi kaum berlainan ditubuhkan tetapi tidak mendapat sokongan.

Bagi memastikan agar Tanah Melayu terputus hubungan luar khususnya maklumat dari siaran radio pihak Berikat, Kerajaan Jepun pada Ogos 1942 telah membuat keputusan untuk mengharamkan simpanan ataupun penggunaan radio gelombang pendek. Pada September

1943, filem-filem kepunyaan musuh Jepun telah diharamkan penayangannya di Tanah Melayu. Pada Ogos 1944, muzik pihak musuh telah diharamkan daripada dimainkan atau disimpan. Pada Oktober 1944, tempat hiburan juga telah diharamkan.

Bagi meraih sokongan pemerintah Siam tentera Jepun telah menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganukepada Kerajaan Siam.

Dalam usaha untuk memastikan orang Melayu memberi sokongan kepada pemerintah Jepun, tentera Jepun telah membebaskan tahanan politik yang ditahan semasa pemerintahan British yang telah kembali menghidupkan pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaacob. Walaupun begitu, pihak Jepun telah mengharamkan KMM pada 1942 kerana gerakan ini mula menunjukkan sikap penentangan terhadap pemerintah Jepun.

Di Tanah Melayu, Jepun telah menubuhkan Pentadbiran Tentera Pusat (CentralisedMilitary Administration) yang diketuai oleh Gunseikan atau Presiden yang bertanggungjawab kepada Pemerintah Tertinggi Tentera (Commander in Chief) bagi angkatan tentera kawasan ketujuh di Singapura. Pentadbiran awam berjalan dengan penyeliaan tentera. Tanah Melayu telah dibahagikan kepada lapan kawasan dan tiap-tiap kawasan diketuai oleh seorang Gabenor. KESAN PENDUDUKAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYU

Politik

Semasa pemerintahan Inggeris, wujud fahaman kebangsaan yang berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Inggeris. Pergerakan ini yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob, mempunyai matlamat untuk menyatukan Malaysia dan Indonesia dengan konsep Melayu Raya. Pada Mei 1937 pergerakan ini menubuhkan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda. Menyedari bahawa pertubuhan ini akan

mengugat pengaruh Inggeris, pada 1940 pemimpin pertubuhan ini telah ditangkap dan dipenjarakan. Sewaktu Jepun memerintah Tanah Melayu, kerajaan Jepun telah membebaskan pemimpin tersebut yang kemudiannya telah menubuhkan badan yang dikenali sebagai Pembela Tanahair (PETA).

Walau bagaimanapun disebabkan aktiviti yang dijalankan oleh PETA tidak sehaluan dengan pemerintah Jepun, badan ini kemudiannya diharamkan. Namun begitu aktiviti PETA masih terus berjalan dan kemuncaknya pada 1945 Ibrahim Yaakob dan Dr. Burhanuddin telah merancang penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia yang dikenali sebagai KRIS( Kesatuan Indonesia Semenanjung).Tetapi rancangan ini tidak sempat dilaksanakan kerana pemerintah Jepun telah menyerah kalah. Kejayaan Jepun mengalahkan Inggerisserta pengalaman orang Melayu memerintah Tanah Melayu yang diberikan oleh Jepun bagi mengisi jawatan yang sebelum ini dikuasai oleh pentadbir Inggeris juga telah berjaya membangkitkan kesedaran politik khususnya di kalangan orang Melayu. Disebabkan kesedaran politik inilah rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union selepas berakhirnya pendudukan Jepun telah mendapat tentangan yang meluas daripada orang Melayu sehingga menyebabkan rancangan Malayan Union tidak dapat dilaksanakan.

Ekonomi

Sewaktu pemerintah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu pelbagaiinfrastruktur asas telah dimusnahkan bagi memastikan penjajah Jepun menghadapi kesukaran untuk membangunkan dan menguasai ekonomi Tanah Melayu. Dalam usaha memulihkan ekonomi Tanah Melayu, pentadbiran Jepun telah memperkenalkan mata wang barudi Tanah Melayu. Walau bagaimanapun disebabkan pengeluaran mata wang yang tidak terkawal, inflasi telah berlaku di Tanah Melayu. Di samping itu, perdagangan import-eksport Tanah Melayu dengan dunia luar juga semakin lumpuh. Pengeluaran getah dan bijih timah telah terjejas teruk akibat peperangan. Pengangguran juga semakin ketara selain beberapa keperluan asas dan barang makanan semakin sukar diperoleh.

Sosial

Dalam usaha untuk menyemai sikap anti penjajah Barat, tentera Jepun telah menjadikan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pendudukan Jepun juga telah mengamalkan sikap anti-Cina. Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada orang Cina telah melarikan diri ke hutan dan menyertai tentera MPAJA. Sebaliknya pada masa yang sama, ramai orang Melayu yang bekerja dengan tentera Jepun sebagai askar dan polis. Ini menyebabkan apabila berlakunya pertempuran antara tentera Jepun dengan MPAJA, maka pertempuran ini melibatkan orang Melayu dengan orang Cina. Keadaan ini secara tidak langsung telah memperlihatkan permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Pergeseran ini semakin buruk khususnya selepas Jepun menyerah kalah. Kesempatan ini telah digunakan oleh orang Cina yang menganggotai MPAJA untuk membalas dendam bukan sahaja kepada orang Melayu yang menganggotai tentera Jepun tetapi juga kepada orang Melayu yang lain. Lantas hubungan kedua-dua kaum tersebut menjadi renggang. Di samping itu, pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah menyebabkan taraf hidup dan kesihatan penduduk Tanah Melayu semakin merosot dan pelbagai penyakit berjangkit telah merebak. Kesukaran untuk mendapatkan makanan yang berzat ditambah lagi dengan kemudahan perubatan yang terhad telah menjejaskan mutu dan tarafkesihatan penduduk di Tanah Melayu. Di samping itu, ramai rakyat Tanah Melayu telah dikerah untuk bertugas bagi membina landasan kereta api di antara Burma dengan Thailand, yang juga dikenali sebagai landasan keretapi maut.

http://www.mudah.my/Wang+kertas+note+1+Dollar+Zaman+Pemerintahan+Jepun7218994.htm

You might also like