You are on page 1of 4

3.

0 Dasar-dasar Jepun

Dasar-dasar oleh pihak Jepun semasa menjajah Tanah Melayu.

Politik

Ekonomi

Pentadbiran ketenteraan/ militer. Pendidikan

Sistem ekonomi kawalan.

Sosial

Dasar penjepunan pendidikan.

Dasar Niponisasi & dasar berbaik-baik dengan orang Melayu.

Dasar Politik.

Semasa

penjajahan

pihak

Jepun

di

Tanah

Melayu,

Jepun

telah

memperkenalkan pentadbiran di Tanah Melayu bercorak ketenteraan ataupun militer. Corak pentadbiran ini diletakkan dibawah pengawasan seorang Jeneral Pentadbiran di Tanah Melayu dimana pada masa itu Tanah Melayu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Neger-Negeri Selat dan Semenanjung Tanah Melayu. NNS diperintah oleh seorang Gabenor yang beribu pejabat di Singapura yang pada ketika itu dikenali sebagai Syonan yang bermaksud Cahaya Selatan manakala semenanjung Tanah Melayu pula diperintah oleh seorang Presiden atau Gunsaken. Pemerintahan di

Tanah melayu juga dibahagaikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Jepun. Jepun telah mengembalikan kuasa Sultan yang telah dirampas oleh Inggeris namun sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri sebaliknya hanya menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Bagi dasar tersebut, Jepun memberikan Sultan elaun seperti semasa pemerintahan British secara lansung Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun malah Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila jepun hampir kalah. Tujuannya adalah untuk

mengambil hati Sultan agar apa-apa yang dihajati tercapai dan mendapat sokongan daripada orang melayu.

Bagi menjaga setiap operasi yang dijalankan di Tanah Melayu, Jepun membentuk pasukan keselamatan yang diketuai oleh Pegawai Jepun dan dianggotai oleh perisik tentera iaitu Kempetai bertujuan untuk mengawal keamanan. Mereka juga mempunyai mata-mata gelap yang bertugas untuk mencari musuh-musuh yang menyokong Inggeris menghasut orang Melayu menentang pemerintahan Jepun dan membunuh ramai orang yang disyaki musuh dengan kejam. Selain itu juga, sebaik sahaja Jepun berjaya menawan Tanah Melayu, Jepun bertindak membebaskan ahliahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah dipenjarakan oleh British. Jepun

menubuhkan semula KMM dan melantik Ibrahim Yaacob sevagai pemimpin utama bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan menyebarkan propaganda menentang British dengan memperalatkan Ibrahim Yaacob.

Dasar Ekonomi.

Meninjau dasar ekonomi yang telh dilaksanakan oleh Jepun semasa menjajah Tanah melayu, Jepun telah menukar sistem ekonomi bebas kepada sistem ekonomi kawalan. Ekonomi Tanah Melayu seperti galian besi dan bauksit dieksploitasikan untuk kegiatan perindustrian dan bagi membiayai peperangan. Perdagangan

dengan dunia luar terputus kerana jepun tidak menggalakkan sebarang urusan perdagangan misalnya perdagangan Singapura dan Pulau Pinang dengan dunia luar terputus sebaliknya perdagangan dan perniagaan dalam negeri dikuasai oleh pihak Jepun. Jepun juga memberi layanan istimewa kepada Kaisha iaitu syarikat Jepun. Pada masa itu juga, Jepun telah memperkenalkan Catuan Makanan pada tahun 1943 kerana barangan keperluan harian seperti beras tidak mencukupi. Penduduk perlu mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan untuk ditukarkan dengan beras dan hanya dua gantang beras diberikan kepada setiap keluarga untuk kegunaan sebulan. Melihat kepada masalah yang dihadapi, Jepun telah

memperkenalkan Rancangan Ekonomi Pertanian iaitu rancangan tiga tahun sara diri serta memperkenalkan padi Taiwan yang membolehkan penanaman dua kali setahun. Antara tanaman yang ditanam oleh penduduk ketika itu ialah ubi kayu, keledek, jagung, sagu dan lada hitam. Ladang-ladang getah dan hutan juga

ditebang untuk tujuan penanaman tanaman seperti ubi kayu, sagu dan jagung. Jepun juga memperkenalkan mata wang jepun di Tanah Melayu iaitu wang pokok pisang sebagai medium jual beli.

Dasar Pendidikan.

Dalam pendidikan pula, Jepun bertindak menutup Sekolah Inggeris dan Sekolah Cina bagi menghapuskan pengaruh Barat dan Cina. ditukar kepada Sistem Sekolah Pendidikan Jepun. Sistem di sekolah

Sistem ini pendidikan ini

menekankan beberapa aspek seperti pembentukkan akhlak dan disiplin taat setia

kepada Maharaja Jepun dan kepatuhan kepada kerajaan Jepun. Pada setiap pagi di sekolah, lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo akan dinyanyikan serta bahasa Jepun iaitu Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah malah satu ruangan khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia dan rakyat diwajibkan belajar bahasa Jepun.

Dasar Sosial.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah melayu, Dasar Niponisasi diterapkan dalam masyarakat Tanah Melayu. Antara dasar tersebut ialah memberi layanan

yang berbeza terhadap penduduk tempatan. Kaum-kaum di Tanah Melayu yang terdiri daripada Melayu, India dan Cina mengalami menyiksaan dimana mereka menderita kebululran, ketakutan dan pengganguran. Layanan yang berbeza ini telah mewujudkan permusuhan kaum antara oran Cina dengan orang Melayu. Orang

Melayu dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan, orang Cina dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China-Jepun dan orang India pula dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India. Selain daripada layanan yang berbeza ini, Jepun juga memperkenalkan cuti-cuti sempena hari-hari perayaan di Jepun. Melihat dari aspek kebudayaan, kebudayaan Jepun diajar kepada orang tempatan tentang adat istiadat dan lagu kebangsaan Jepun wajib dinyanyikan setiap pagi malah Stesen Kereta Api Tanjong Pagar misalnya, ditukar nama kepada Stesen Kereta Api Syonan, Persatuan Perdagangan perlu menggunakan bahasa Jepun iaitu Shonan-Shokai dan budaya Jepun diiklankan dalam akhbar.

You might also like