You are on page 1of 32

PERJUANGAN MENCAPAI

KEMERDEKAAN
3.2.1 PENDUDUKAN JEPUN (1941-1945)
Negara Jepun juga dikenali sebagai "Negara Matahari Terbit" bersesuaian dengan kedudukan geografinya. Pada tahun 1868,
kerajaan Meiji telah membawa pemodenan kepada negara Jepun.
1. Dalam perjuangannya ke arah pemodenan dan kemajuan, Jepun menghadapi beberapa masalah, iaitu kekurangan kawasan
pertanian dan bahan mentah.
2. Jepun menakluki negara-negara lain bertujuan untuk mendapatkan bahan mentah. Pada tahun 1931, Jepun menakluki
Manchuria. Jepun melancarkan peperangan dengan China pada tahun 1937 Pada tahun 1940, Jepun menyerang IndoChina.
Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak ditakluk pada tahun 1941.
3. Jepun mengambil peluang ini memperluaskan kuasanya di Asia Tenggara
4. Tindakan Jepun yang agresif membimbangkan Amerika Syarikat. Lantaran itu, Amerika Syarikat mengenakan sekatan
eksport minyak, bijih timah, da getah ke atas Jepun.
5. Sekatan ekonomi menyulitkan Jepun. Jepun beralih kepada negara-negara Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mentah.
Jepun perlu mendapatkan pasaran baharu berikutan perkembangan industrinya.
6. Jepun bertindak dengan membuat serangan udara ke atas pangkalan tentera laut Amerika di Pearl Harbour, Hawaii, pada
7 Disember 1941. Serangan Jepun ke atas Pearl Harbour menandakan bermulanya Perang Dunia Kedua kawasan Pasifik.
7. Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 15
Februari 1942.
Kekayaan
sumber alam
Tanah Melayu

Jepun
menawan
Tanah Melayu,
Sabah dan
Serawak
disebabkan:
Menubuhkan
Kawasan
Keperluan
Kesemakmuran
pasaran
Bersama Asia
Raya
DASAR POLITIK

 Sistem Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

1. Pentadbiran Jepun memerintah Tanah Melayu selama 3 1/2 tahun, iaitu bermula dari 15 Februari 1942 hingga 12
September 1945 bercorak ketenteraan
2. Kuasa tertinggi pemerintahan Jepun di Tanah Melayu terletak pada seorang Jeneral Jepun yang berpusat di
Singapura. Singapura telah diasingkan dan dikenal sebagai "Syonan" yang bermaksud Cahaya Timur.
3. Pentadbiran tentera Jepun membahagikan Tanah Melayu kepada tujuh wilayah, iaitu Pulau Pinang. Melaka, Johor,
Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan. Setiap wilayah ini diperintah oleh seorang Gabenor.
4. Pada tahun 1943, Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu diserahkan kepada pemerintahan Thailand sebagai
langkah membalas jasa Thailand yang membenarkan tentera Jepun menggunakan wilayahnya untuk memasuki
Tanah Melayu.
Mengamalkan
pentadbiran bercorak
ketenteraaan

Raja-raja Melayu
dibenarkan
Setiap keluarga
menggunakan
diberikan sijil yang
gelaran Sultan dan
dinamakan Sijil
masih dikekalkan
kedudukan mereka Ciri-ciri Kehidupan dan
Keamanan
sebagai ketua agama system
dan adat Melayu.
pemerintahan
tentera Jepun
di negeri-
negeri Melayu

Untuk memudahkan
pentadbiran, setiap
Negeri-negeri
daerah dibahagi
Melayu diketuai oleh
kepada kawasan kecil
seorang Gabenor atau
seperti kampung,
Mayor
jiran tetangga dan
keluarga
DASAR POLITIK

 Penglibatan Orang Melayu dalam Pentadbiran

1. Pemerintah Jepun mengalami masalah kekurangan pegawai awam. Demi mengatasi masalah tersebut, Jepun telah
mendirikan Koa Kunrenjo, iaitu Sekolah Latihan Kepimpinan.
2. Sekolah ini ditubuhkan di Singapura, Pulau Pinang, dan Melaka yang memberi latihan pentadbiran kepada orang
Melayu.
3. Pelatih akan diberi jawatan dalam perkhidmatan awam selepas tamat latihan di sekolah tersebut.
4. Sebagai contoh, di Tanah Melayu, Kapten Mohd. Salleh Haji Sulaiman dilantik sebagai Pegawai Daerah di Hulu
Perak dan Ibrahim Yaakob dilantik sebagai Leftenan Kolonel mengetuai pasukan Pembela Tanah Air (PETA).
5. Dr. Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu manakala Dato' Onn
Jaafar dilantik sebagai Pengawal Makanan Negeri Johor dan ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor.
6. Di Sabah dan Sarawak, Eliab Bay dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Hal Ehwal orang Iban, Empenit Adam
sebagai Pegawai Daerah Simanggang, Abang Hjai Openg sebagai Pegawai Daerah Kuching, dan Satem sebagai
Pegawai Daerah Lawas.
DASAR POLITIK

 Dasar Jepun Menggalakkan Pergerakan Nasolisme Melayu

1. Sebaik sahaja Jepun berjaya menawan Tanah Melayu, Jepun memberi sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda
(KMM) pimpinan Ibrahim Yaacob. Jepun menubuhkan Pasukan Tentera Sukarela (PETA) atau Pembela Tanah Air
yang lebih dikenali sebagai Giyu Gun di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob.
2. Selepas menduduki Tanah Melayu, Jepun membebaskan nasionalis yang dipenjarakan oleh British seperti Ibrahim
Yaacob, Ishak Haji Muhammad, dan Ahmad Boestamam.
3. Jepun menggalakkan pergerakan Melayu memberi bantuan kewangan kepadapara nasionalis Melayu melalui KMM.
4. Jepun juga menjanjikan kemerdekaan kepada negara-negara Asia Tenggara selaras dengan slogan yang
dilaungkannya.
5. Menjelang akhir pendudukan Jepun, Jepun telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)
pada Julai 1945. KRIS merupakan satu badan yang akan melaksanakan tugas memberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu bersama-sama Indonesia.
6. Ini sejajar dengan matlamat perjuangan KMM untuk membentuk Melayu Raya atau Indonesia Raya.
DASAR POLITIK

 Dasar Berbeza-beza Terhadap Kaum Di Tanah Melayu

1. Jepun melayan orang Melayu dengan baiknya kerana memerlukan sokongan orang Melayu bagi meneruskan
pemerintahan. Orang Melayu diberikan jawatan tinggi dalam pentadbiran Jepun. Majlis Agama Islam ditubuhkan.
2. Orang India dilayan dengan memuaskan kerana Jepun mengharapkan sokongan dan kerjasama orang India dalam
rancangannya menguasai India. Sebagai muslihat, orang India digalakkan bekerjasama dengan Jepun dalam usaha
membebaskan India daripada penjajahan British. Jepun menubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu.
Orang India digalakkan menyertainya. Jepun menubuhkan Kerajaan India Buangan yang dikenali sebagai Azad
Hind di Singapura di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose.
3. Bagi orang Cina pula, Jepun telah bertindak kasar terhadap mereka. Jepun melakukan pembunuhan beramai-ramai
dan bertindak zalim terhadap orang Cina. Layanan kasar ini berpunca daripada permusuhan antara Jepun dengan
China. Jepun berperang dengan China sebanyak dua kali dalam Perang China-Jepun 1 (1894-1895) dan Perang
China-Jepun II (1937 1945). Orang Cina di Tanah Melayu menghulurkan bantuan kewangan bagi perjuangan
menentang Jepun di negara China.
MPAJA
(Tentera Anti-
Jepun Rakyat
Tanah Melayu)

Gerakan
menentang
Jepun di Force 136
Sarawak Gerakan
• Orang Cina bawah tanah
menentang
Jepun di
Tanah
Melayu

Gerakan
menentang
Jepun di Sabah Askar
• Orang Cina Wataniah
• Gerila Kinabalu
• Pasukan Gerila
DASAR EKONOMI

 Salah satu sebab Jepun menyerang negara kita adalah kerana sumber-sumber alam yang sangat diperlukan oleh
industri Jepun. Sistem ekonomi bebas ditukar kepada sistem ekonomi kawalan.
 Perdagangan dengan dunia luar terputus. Jepun tidak menggalakkan sebarang urusan perdagangan. Perdagangan
Singapura dan Pulau Pinang dengan dunia Barat terputus.
 Perniagaan dan perdagangan dalam negeri dikuasai oleh pihak Jepun. Misalnya, perusahaan getah dan kayu balak
tidak dapat diteruskan di Sabah.
 Jepun hanya berminat mengeksploitasi sumber alam negara kita bagi kepentingan negaranya. Galian besi dan
bauksit dieksploitasi bagi kegunaan industri dan membuat senjata perang.
 Jepun memperkenalkan sistem permit bagi mengawal semua jenis perdagangan dan pengangkutan. Dengan
permit khas, beberapa barangan utama dikawal dengan ketatnya.
 Jepun telah mencetak mata wang Jepun yang dikenali sebagai wang pokok pisang untuk menambahkan
penggunaan mata wang baharu.
KESAN DASAR EKONOMI

 Sistem ekonomi kawalan menyebabkan ekonomi dan taraf hidup rakyat merosot.
 Ekonomi Tanah Melayu yang bergantung kepada eksport bijih timah dan getah mengalami kemerosotan. Ini
disebabkan pengeluaran berkurangan akibat peperangan dan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Jepun.
 Akibat percetakan wang kertas Jepun yang tidak terkawal dankekurangan barangan pengguna, Tanah Melayu
mengalami inflasi
 Jepun mengeksploitasi sumber seperti besi dan bauksit yang diperlukan bagi industri Jepun.
 Perusahaan tempatan diambil alih oleh syarikat besar Jepun seperti Mitsui dan Mitsubishi menyebabkan
pengangguran semakin meningkat.
 Sistem ekonomi kawalan mengakibatkan Tanah Melayu mengalami kekurangan barangan pengguna terutamanya
tekstil dan makanan.
DASAR EKONOMI

 Jepun berazam untuk menghapuskan pengaruh Barat di negara kita. Matlamat ini dicapai melalui pelaksanaan
rancangan "penjepunan".
 Pendidikan menjadi alat tentera Jepun untuk menjepunkan masyarakat tempatan.
 Pentadbiran tentera Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan orang Melayu dan India tetapi dasar menindas
terhadap orang Cina.
 Dasar Jepun menindas orang Cina disebabkan perasaan ingin membalas dendam ke atas orang Cina yang
menyumbangkan sokongan kewangan dan peralatan perang kepada China semasa Perang China-Jepun(1937).
 Ramai orang Cina, India, dan Melayu dihantar bekerja membina Jalan Kereta Api Maut di sempadan Thai-Burma.
Beribu-ribu orang kehilangan nyawa semasa pembinaan projek tersebut.
 Di Sabah, tawanan British dan Australia, penganut agama Kristian, dan masyarakat Cina merupakan golongan
paling teruk diseksa. Masyarakat Cina di Sabah didenda sebanyak $400 000 oleh Jepun kerana membantu
kerajaan China menentang Jepun.
Ketaatan dan
kesetiaan kepada
Maharaja Jepun.

Setiap pagi murid-


murid dikehendaki
Sekolah-sekolah Cina
menyanyikan lagu
ditutup kerana Jepun
kebangsaan Jepun,
mengamalkan dasar
iaitu Kimigayo dan
anti-Cina.
Aikoku Koshin
Kyoku.

Sistem
pendidikan
Jepun memberi
tumpuan
kepada:
Buku dalam bahasa
Bahasa Jepun atau
Jepun banyak
Nippon-Go dijadikan
diterbitkan. Akhbar
bahasa pengantar bagi
Syonan
semuasekolah dan
Shimbunmemainkan
bahasa perhubungan
peranan penting
dalam semua urusan
menerbitkan
lain.
pendidikan Jepun.

Kelulusan dalam
bahasa Jepun menjadi
syarat utama untuk
tujuan kenaikan
pangkat.
3.2.2 PERJUANGAN SECARA BERPERLEMBAGAAN

 Pada tahun 1944, kerajaan British telah menerima satu rancangan yang diutarakan oleh Sir Edward Gent.
Rancangan ini berusaha menggabungkan Negeri negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu (NNMTB), Pulau Pinang, dan Melaka menjadi sebuah Malayan Union.
 Singapura dipisahkan menjadi tanah jajahan mahkota British. KerajaanBritish berpendapat adalah perlu bagi
rancangan tersebut memandangkanTanah Melayu akan menghadapi satu suasana politik yang baharu selepas
Perang Dunia Kedua kerana pendudukan Jepun telah menyemarakkan gerakan nasionalis Tanah Melayu.
 Kerajaan Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 di King's House, Kuala Lumpur. Pengisytiharan ini
secara rasminya menggantikan Pentadbiran Tentera British atau British Military Administration (BMA) yang
dikuatkuasakan di Tanah Melayu sejak bulan September tahun 1945.
Piagam
Atlantik

Tujuan
Penubuhan
Malayan
Union
Kepentingan
Keseragaman
ekonomi
pentadbiran
British
Pentadbiran

Ciri-
ciri
Malaya
Syarat
n
kewarganegaraan
• Kewarganegaraaan
Union Kedudukan
secara kuatkuasa Sultan
undang-undang
• Kewarganegaraaan
secara permohonan
Syarat
kewarganegaraan
yang longgar

Sebab
Penentangan
Kedudukan Tanah Kehilangan kuasa
Melayu Orang Melayu sultan
terhadap
Malayan Union

Tindakan Harold
MacMIchael
Peranan
Akhbar

Peranan
Demonstrasi
Sultan Bentuk
Penentangan
Orang Melayu
terhadap
Melayan
Union

Peranan
Peranan
Dato’ Onn
UMNO
bin Jaafar
Kepimpina
n Dato’
Onn bin
Jaafar

Sokongan
bekas Peranan
pegawai Faktor Kejayaan UMNO
Beitish Orang Melayu
Menggagalkan
Pentadbiran
Melayan Union
1946

Sokongan Peranan
rakyat akhbar
GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK

 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British

1. Keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1941. Sarawak menjadi negeri naungan British
pada tahun 1888. Selepas pendudukan Jepun pada tahun 1946, Raja Charles Cyner Brooke bertindak
menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Sarawak secara rasminya diserahkan kepada kerajaan British pada
1 Julai 1946. Dengan ini, Sarawak menjadi tanah jajahan British.
2. Sebab-sebab Raja Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British:
a. Desakan daripada kerajaan British
b. Beliau tidak dapat mentadbir Sarawak dengan aik kerana sudah tua dan uzur
c. Beliau tidak mempunyai waris.
d. Beliau berpendapat bahawa masa depan Sarawak lebih cerah di bawah pemerintahan British.
GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK

 Proses Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British

1. Charles Vyner Brooke telah mengadakan rundingan dengan kerajaan British pada bulan Disember 1945. Dalam
rundingan tersebut, diputuskan bahawa Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan British.
2. Charles Vyner Brooke menghantar setiausaha peribadinya, Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan ketua-
ketua bumiputera. Setelah Gerald MacBryan mendapat persetujuan ketua-ketua bumiputera, Charles Vyner Brooke
mengumumkan penyerahan Sarawak di London pada 8 Februari 1946.
3. Terdapat penentangan hebat daripada golongan dan persatuan tertentuberkenaan penyerahan Sarawak. Antaranya ialah:
a. Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (ketua Datu-datu dan masyarakat Melayu)
b. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
c. Persatuan Dayak Sarawak
d. Barisan Pemuda Melayu Sibu
e. Barisan Pemuda Sarawak
GERAKAN ANTIPENYERAHAN SARAWAK

 Perjuangan Gerakan Antipenyerahan Sarawak

1. Perjuangan menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah yang mendapat sokongan
daripada guru dan kakitangan kerajaan. Pertubuhan-pertubuhan politik yang lain turut bersama dalam penentangan tersebut.
2. Golongan pejuang menentang kerana mereka ingin menuntut kemerdekaan semasa pemerintahan keluarga Brooke. Mereka berjuang
mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu.
3. Sebagai langkah awal perjuangan mereka, Gerakan Antipenyerahan telah mengutuskan surat bantahan dan telegram kepada kerajaan
British.Malangnya, usaha ini tidak mendatangkan hasil.
4. Hal ini tidak melemahkan semangat perjuangan mereka. Parti Kebangsaan Melayu Sarawak telah menganjurkan tunjuk perasaan bagi mendesak
British berundur dari Sarawak. Pada 1 Julai 1947, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak dan Persatuan Dayak Sarawak mengadakan satu tunjuk
perasaan bagi memulaukan upacara pelantikan Gabenor British Sarawak yang pertama, iaitu Sir Charles Arden Clarke di Kuching.
5. Surat Pekeliling Bil. 9 yang bersifat ugutan atau ancaman telah menyemarakkan lagi perasaan benci terhadap kerajaan British. Sebagai tanda protes,
seramai 338 orang kakitangan awam kerajaan meletakkan jawatan.
6. Kaum wanita turut aktif dalam Gerakan Anti penyerahan. Antaranya, Puan Sharifah Hajah Sipah Tuanku Othman dan Lily Eberwein.
7. Barisan Pemuda Melayu Sibu secara sulit telah menubuhkan Rukun Tiga Belas pada 20 Ogos 1948 bagi menentang secara keras selepas bantahan
secara lembut tidak berhasil. Ahli-ahli Rukun 13 bersumpah akan menghapuskan golongan yang menyokong penyerahan.
8. Perjuangan Gerakan Antipenyerahan mencapai kemuncak dengan pembunuhan Gabenor British yang kedua di Sarawak, iaitu Sir Duncan
Stewart oleh Rosli Dhobi, seorang anggota Rukun Tiga Belas pada 3 Disember 1949 di Sibu.
Tiada
pemimpin

Faktor-faktor
Kegagalan
Gerakan Anti-
Penyerahan
Sarawak

Tindakan Tiada
menindas pertumbuhan
oleh British kebangsaan
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

 Persekutuan Tanah Melayu dilaksanakan pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan Perjanjian Malayan Union
1946.
 Kegagalan Malayan Union membuktikan kejayaan orang Melayu menentang penjajahan British di Tanah Melayu.
Ketegasan
orang
Melayu
membantah
Malayan Perpaduan
Union orang
Gesaan
Melayu
Piagam
daripada
Alantik 1945
semua
golongan

Faktor-faktor
Pembentukan
Persekutuan
Tanah Sokongan
UMNO tidak
Melayu 1948 bekas
menuntut
pegawai
kemerdekaan
British

Sikap politik
Sokongan
orang
pegawai
Melayu yang
tinggi British
sederhana
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

 Langkah-langkah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948


 Jawatankuasa Eksekutif yang dibentuk oleh British terdiri daripada 12 orang ahli yang mewakili pegawai kanan British,
pemimpin UMNO, dan wakil Raja-raja Melayu. Mesyuarat Jawatankuasa itu telah diadakan di King's House, Kuala Lumpur.
 Terdapat lima tuntutan yang dikemukakan oleh orang Melayu, iaitu:

1. UMNO dan Raja-raja Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.
2. Mereka menuntut sebuah persekutuan berkonsepkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
3. Menolak kerakyatan terbuka dalam Malayan Union.
4. Dasar perlindungan terhadap negeri Melayu dan orang Melayu hendaklah dikekalkan.
5. Menuntut supaya kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua Negeri-negeri Melayu diakui dan dipulihkan semula.
 British telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan mereka dalam menyediakan
Perjanjian Persekutuan 1948.
 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani pada 21 Januari 1948 antara Raja-raja Melayu dengan British di
King's House, Kuala Lumpur dan diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
Persekutuan Tanah
Melayu terdiri
daripada sebelas buah
negeri.

Persekutuan Tanah
Senarai Persekutuan
Melayu diketuai oleh
dan Senarai Negeri
Pesuruhjaya Tinggi
diwujudkan.
British.

Pada peringkat negeri,


Sultan menjadi ketua Perlindungan khas
negeri dan berkuasa diletakkan di bawah
melanti Menteri Besar
sebagai ketua
Ciri-ciri kuasa Pesuruhjaya
Tinggi British.
pentadbir negeri. Perjanjian
Persekutuan
Tanah
Melayu 1948

Perkongsian kuasa
dibuat antara Majlis
Konsep Raja
Raja-raja dengan
Berperlembagaan
Pesuruhjaya Tinggi
diwujudkan.
British pada peringkat
pusat.

British masih
menguasai Tanah Pesuruhjaya Tinggi
Melayu kerana Tanah British menjaga
Melayu belum lagi kedudukan istimewa
mencapai orang Melayu.
kemerdekaan.
PERLEMBAGAAN DI SABAH DAN SARAWAK

 Perlembagaan di Sabah

1. Sabah atau Borneo Utara di bawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British dari tahun 1881 hingga 1942.
Sabah menjadi negeri naungan British ketika itu.
2. Pada tahun 1942, Jepun menyerang dan menakluki Sabah. Jepun memerintah Sabah sehingga tahun 1945.
Pentadbiran Sabah diserahkan kepada tentera Australia selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
3. Pada 10 Jun 1945, tentera Australia menyerahkan pentadbiran Sabah kepadatentera British yang memperkenalkan
Pentadbiran Tentera British (BMA)untuk memulihkan keamanan di Sabah.
4. Selepas Perang Dunia Kedua, Syarikat Borneo Utara British tidak mampu untuk mentadbir Sabah. Keadaan
ekonomi Sabah merosot akibat peperangan. Sabah memerlukan bantuan kewangan pada masa itu.
5. SBUB tidak sanggup membelanjakan wang untuk memulihkan ekonomi Sabah. Hal ini menyebabkan Syarikat
Borneo Utara British mengambil keputusan menyerahkan pentadbiran Sabah kepada kerajaan British. Pada 15
Julai 1946, Sabah menjadi tanah jajahan British.
PERLEMBAGAAN DI SABAH DAN SARAWAK

 Perlembagaan di Sarawak

1. Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Pada 1 Julai 1946, Sarawak diisytiharkan
sebagai Tanah Jajahan Mahkota British
2. Kerajaan British telah mengambil beberapa langkah untuk melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan
sendiri.
PARTI KOMUNIS MALAYA
 Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930. Sebelum Perang Dunia Kedua, PKM bukanlah tenaga utama dalam
arena politik tempatan, malah ianya hanya melibatkan diri dalam gerakan bawah tanah secara haram, khasnya melalui sekolah
malam, sekolah persendirian, pertubuhan pekerja, dan belia. PKM ketika itu, tidak menjadi ancaman kepada kerajaan British.
 Pada tahun 1930-an semasa zaman kemelesetan ekonomi, PKM sangat cergas dalam gerakan kesatuan sekerja dan melancarkan
pemogokan Comintern (Komunis Antarabangsa) telah mengambil kesempatan inj untuk memberi bantuan kepada rakyat yang
hidup melarat dan menderita khasnya pada tahun 1933. Pemogokan yang paling hebat berlaku pada tahun 1935 di Batu Arang,
Selangor yang melibatkan kira-kira 6 000 orang buruh.
 Apabila Perang Pasifik meletus, PKM bertindak mengambil bahagian yang aktif dalam gerakan anti-British dengan matlamat
untuk memusnahkan ekonomi melalui pemogokan. Namun, taktik perjuangan ini terpaksa diubah selepas Jerman menyerang
Rusia pada bulan Jun 1941. PKM mengubah taktik perjuangannya daripada anti-British kepada bekerjasama dengan British.
 Pihak Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu dan Singapura pada tahun 1942. Tentera Jepun bertindak menghapuskan
pemimpin dan ahli PKM. Seramai 165 orang gerila lepasan 101 STS membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army
(MPAJA). MPAJA mendapat bantuan senjata, latihan ketenteraan, bekalan makanan, perubatan, dan kewangan dari pihak
Berikat melalui Force 136.
 PKM telah mencapai kejayaan besar pada tahun 1945 apabila diiktiraf sebagai parti yang sah oleh kerajaan British kerana
sumbangannya menentang Jepun. PKM telah memutuskan untuk mengamalkan cara aman dan berperlembagaan dalam
perjuangannya menubuhkan sebuah kerajaan republik komunis di Tanah Melayu.
Undang-
undang
Darurat
Pengharaman
Parti
Pertemuan Komunis
Baling Malaya dan
parti
Langkah- berhaluan kiri
langkah
Mengatasi
Ancaman Parti
Komunis
Malaya

Pengampunan
Rancangan
beramai-
Briggs
ramai

Perang Saraf
(Perang
Psikologi)
Sekian Terima Kasih

You might also like