You are on page 1of 21

PENGENALAN Nasionalisme kaum Melayu adalah untuk bangkit bagi mempertahankan hak-hak dan tanah air daripada ancaman-ancaman

kaum pendatang dan penjajah. Di sebaliknya, kaumkaum pendatang Cina dan India pada masa yang sama telah memperlihatkan sikap tidak pedulikan halehwal di Tanah Melayu dan lebih berminat kepada perkara-perkara yang berlaku di tanah air mereka.1Elie Kedourie pula mendefinisikan nasionalisme sebagai satu gerakan kesedaran yang menitik beratkan penentuan nasib sendiri, bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan serta memupuk keperibadian sejati yang timbul oleh adanya tekanan-tekanan sosial, ekonomi dan pengaruh asing.2Jepun telah melaungkan slogan Kemakmuran Asia Timur atau Asia untuk Asia sebagai satu propaganda mengembangkan kekuasaan di rantau Asia. Dengan menggunakan slogan ini, Jepun mengisytiharkan untuk membebaskan Negara Asia daripada dominasi penjajah. 3 Jepun hanya menyerang pada 8 Disember 1941 dan mengambil hanya 70 hari untuk menawan Tanah Melayu dan Borneo. 4 Negeri Jepun telah menganggap Tanah Melayu sebagai suatu tanah jajahan dan suatu sumber bahan-bahan mentah.Pada hakikatnya pada separuh akhir tahun 1943, pihak Jepun telah menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand.Pada suatu peringkat pendudukan Jepun itu, Tanah Melayu dan Sumatra telah diperintahkan di bawah suatu pentadbiran. Pendudukan Jepun telah mempengaruhi berbagai golongan bangsa di negeri ini dengan cara yang berlainan. Semangat kebangsaan Melayu dan India telah maju secara terang-terangan dan pada hakikatnya telah sedikit sebanyak

1 2

S.Husin Ali, Kaum, Kelas dan Pembangunan, Kuala Lumpur:Persatuan Sains Sosial Malaysia, 1984, hlm 79. Thor Ker Pong, Ketuanan Politik Melayu, Kuala Lumpur:Universiti Malaya, 2005, hlm 59. 3 Mohd Radzi Abd Hamid, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Pustaka, 2009, hlm xxv. 4 Ibid.

digalakkan oleh pihakJepun.Semangat kebangsaan China juga telah bertambah nyata tetapi ianya adalah akibat dari satu perasaan anti Jepun.5 PENDUDUKAN JEPUN DAN NASIONALISME Pendudukan Jepun selama 3 tahun bermula pada akhir Disember tahun 1941 hingga 12 September sememangnya telah memberikan pelbagai impak kepada masyarakat di Tanah Melayu. Tidak dapat disangkal bahawa sepanjang pendudukan Jepun, pelbagai penindasan, kekejaman dan ketidakadilan berlaku malah tragedi pembunuhan beramai-ramai bangsa Cina merupakan salah satu daripada kekejaman yang melampaui norma perikemanusiaan seorang insan yang tidak dapat dilupakan sepanjang lipatan sejarah.Namun begitu juga tidak dapat dinafikan bahawa pendudukan Jepun telah banyak memberi sumbangan terhadap kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Bukan untuk berterima kasih atau menidakkan setiap kekejaman yang berlaku, namun jelas dinyatakan bahawa pada akhirnya masyarakat di Tanah Melayu sedar bahawa nasib sesebuah bangsa dan negara itu tetap akan sama selagi dijajah. Tidak kira negara apa pun yang menjajah asalkan ianya adalah penjajahan, maka kekejaman dan penindasan itu adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Menyedari bahawa sudah tiba masanya untuk menukar nasib negara dan bangsa, maka rakyat di Tanah Melayu beransur-ansur mula berani untuk bersuara dan melahirkan penentangan walaupun terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah.Pendudukan Jepun dilihat telah menyemarakkan lagi kebangkitan dan kesedaran politik penduduk Tanah Melayu. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, sangkaan bahawa Jepun akan memerintah dengan lebih baik meleset apabila kehidupan mereka tidak terbela bahkan lebih menderita akibat kekejaman pihak Jepun. Lantas, timbul kesedaran untuk berjuang bagi membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.

Zainal Abidin b Abd Wahid, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm 112.

PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU Semasa pendudukan Jepun, pentadbiran negara dikatakan dikuasai sepenuhnya oleh Jepun.Majlis Mesyuarat Negeri tidak lagi berkuasa membuat undang-undang seperti sebelum perang.Ia cuma merupakan sebuah badan penasihat sahaja. Sebelum kedatangan Jepun, hal ehwal agama Islam adalah dalam hak Raja-Raja Melayu tetapi hingga tahun 1944, Majlis Agama Islam di tiap-tiap negeri Melayu tidak ditubuhkan oleh Jepun. Apabila Jepun merasakan kedudukannya dalam peperangan dengan Pihak Berikat sudah tidak begitu kukuh lagi, maka ia pun cuba mengambil hati penduduk di Tanah Melayu supaya memberikan kerjasama dan pertolongan. Dari bulan Ogos hingga bulan Oktober 1944 majlis agama di negeri Perak, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan Singapura telah ditubuhkan. Malahan pihak Jepun telah mengadakan persidangan Majlis Agung Agama Islam Malaya pada bulan Disember 1944. 6 Bentuk pentadbiran Jepun di Tanah Melayu tidaklah begitu berbeza dengan pentadbiran British sebelum perang, sungguh pun dasar asas Jepun berlainan tetapi diterap semangat kamikaze atau berani mati untuk negara, satu semangat yang amat digeruni semua musuh serta menjadi contoh kepada semua penduduk Tanah Melayu untuk berjuang untuk kebebasan Asia daripada jajahan Barat.7Jepun menganggap Tanah Melayu sebagai tanah jajahan tetapi kerajaan British mengiktiraf negeri-negeri Melayu sebagai negeri-negeri Melayu sebagai negeri-negeri yang bernaung dan sultan-sultan mempunyai hak kedaulatan. Sebelum Perang Dunia Kedua, pentadbiran Tanah Melayu terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu Ngeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, NegeriNegeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat. Jepun mentadbir Tanah Melayu (kecuali Kedah, Perak, Kelantan dan Terenganu dari akhir tahun 1943) dan Sumatera sebagai satu unit.Pentadbirannya bercorak kesatuan atau pusat dan bukannya persekutuan.Gabenor Jepun
6

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm 174. 7 T.H.Silcock and Ungku Abdul Aziz, Nationalism in Malaya, Kuala Lumpur:University Malaya Press,1953, hlm 290.

di peringkat negeri menerima arahan terus daripada ketua Pemerintah Tentera Tanah Melayu yang berpejabat di Singapura.Pentadbiran di peringkat daerah tidak mengalami perubahan seperti sebelum perang. Di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, peluang orang Melayu untuk menjadi Pegawai Daerah adalah lebih besar daripada semasa pemerintahan British. Peluang yang lebih besar ini bukanlah kerana Jepun sayangkan orang Melayu tetapi lebih disebabkan oleh kekurangan pegawai Jepun yang lebih diperlukan di medan peperangan.8Daam bidang pentadbiran pula, kedudukan sultan-sultan tidaklah sama seperti sebelum perang. Sebelum pendudukan Jepun, sultan-sultan menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri tetapi Jepun telah meletakkan gabenornya menjadi pengerusi dan sultan menjadi timbalannya.Keanggotaan Majlis Mesyuarat Negeri juga telah ditukar.Jepun tidak memberi kedudukan istimewa kepada bumiputera dari segi pemilihan anggota Majlis Mesyuarat Negeri.Kecuali dii negeri Perak, perwakilan dalam Majlis Mesyuarat Negeri di negeri-negeri lain adalah berdasarkan jumlah penduduk daripada sesuatu bangsa atau kaum.Jadi, orang Cina dan India telah mendapat perwakilan yang lebih berbanding dengan sebelum perang. Di Selangor, misalnya daripada 15 ahli Majlis Mesyuarat Negeri, perwakilannya terdiri daripada 5 Melayu, 6 Cina dan 4 India. Di Perak, daripada 21 ahli Majlis Mesyuarat Negeri, 15 adalah orang Melayu. Nampaknya Sultan Perak pada masa itu lebih berpengaruh atau lebih dihormati oleh Jepun. 9 Pusat pentadbiran Jepun ialah di Singapura.Singapura, Pulau Pinang dan Melaka diletakkan di bawah pentadbiran langsung Jepun.Pentadbir tertingginya ialah Mayor. Manakala di negeri-negeri Melayu yang lain ketua pentadbirannya ialah Gabenor Jepun. Pada peringkat awal kedudukan sultan dan raja tidak dianggap penting oleh jepun.Dasar ini dikenali sebagai Doko-Shori Yaryo.Dalam dasar ini Jepun tidak mengiktiraf sultan seperti mana British.Ini kerana mereka mahu rakyat Tanah Melayu hanya menumpukan taa setia kepada Maharaja Jepun. Bagaimanapun dasar ini
8

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm 174. 9 Ibid, hlm 176.

diubah pada bulan Januari 1943 setelah persidangan sultan-sultan dan raja dari Tanah Melayu dan Sumatera diadakan di Singapura di bawah anjuran Jepun. Pihak pentadbiran Jepun juga terpaksa menggunakan kakitangan kerajaan tempatan yang berkhidmat sejak zaman British.Ini kerana Jepun tidak mempunyai cukup pegawai yang terlatih.Di samping itu mereka juga mahu memastikan pentadbiran kerajaan tempatan berjalan lancer dan mendapat sokongan rakyat tempatan.Bahkan jawatan-jawatan peringkat dahulunya hanya dimonopoli oleh pegawai British mula diisi dengan pegawai Melayu.Misalnya jawatan pegawai daerah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat.Pada 20 Ogos 1943 satu perjanjian telah ditandatangani antara kerajaan Jepun dengan Thailand.Berdasarkan perjanjian ini negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu telah diserahkan kepada Thailand.Ini selaras denan janji awal Jepun yang mahu membalas budi kerajaan Siam yang membenarkan wilayahnya digunakan untuk pendaratan tentera Jepun yang digunakan untuk menyerang Burma dan Tanah Melayu.Selain itu arah aliran Perang Pasifik juga sudah tidak memihak kepada Jepun.Di samping itu juga mahu menumpukan kekuatan tenteranya untuk menyerang India.Hal ini menimbulkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk kerana penyerahan negeri-negeri tersebut telah mengurangkan bilangan kaum Melayu yang majoritinya terdapat di negeri-negeri tersebut dan penglibatan kaum Melayu dalam pentadbiran meningkatkan lagi kesedaran kaum Melayu dalam mentadbir negeri.10 FAKTOR PENDIDIKAN Pendidikan yang diperkenalkan kepada penduduk Tanah Melayu pada masa itu ialah secara paksaan dan bukan atas kerelaan penduduk itu.Penduduk dipaksa untuk menggunakan bahasa Jepun (Nippon-go) bertujuan untuk menyatukan semua kaum di bawah satu payung kenegaraan iaitu negara Jepun.Jepun mahu menghapuskan terus pengaruh British secara

10

Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2002,hlm 283.

menyeluruh.Bahasa

Inggeris

dilarang

diguna

dan

sebarang

monument

British

dimusnahkan.Semua penulisan yang berbentuk anti-Jepun dihapuskan secara berperingkat dan menyebabkan semua sekolah terpaksa ditutup untuk melaksanakan operasi ini.Pada setiap pagi pula semua murid hendaklah menyanyikan lagu kebangsaan dan tunduk hormat ke arah Maharaja Jepun.Lagu yang dinyanyikan itu ialah lagu Kimigayo, iaitu lagu kebangsaan negara Jepun.Arah tunduk hormat itu pada arah matahari terbit dan disebut Saikeirei.Di sesetengah sekolah pula, acara menaikkan bendera Jepun diadakan setiap hari dan muridmurid dimestikan menyanyi lagu bendera Jepun iaitu Umiyukuba.Latihan jasmani merupakan satu mata pelajaran yang ditekankan.Murid-murid melakukan senaman setiap hari, kadangkala dibawa berlari sejauh berbatu-batu.Di sesetengah sekolah pula diajar gusti Jepun iaitu Sumo danbermain pedang Jepun yang bernama Kendo.Pertanian juga dianggap penting. Biasanya di sekolah Inggeris sebelum perang dahulu,murid-murid tidak diajar berkebun tetapi di sekolah Jepun mereka dikehendaki berkebun. Kadang-kadang sebahagian padang sekolah dijadikan sebagai kebun. Di sekolah rendah, murid-murid diajar tulisan Jepun yang dikenali sebagai Katakana.Apabila mereka telah pandai menulis lisan Hirakana.Di peringkat tinggi, murid-murid diajar tulisan kanji iaitu tulisan Jepun yang hampir serupa dengan tulisan Cina. Dari segi mata pelajaran seperti Sejarah, Ilmu Alam dan Ilmu Hisab, proses penjepunan atau niponisasi tidak dapat dijalankan dengan berkesan kerana kerajaan Jepun tidak mempunyai wang dan masa yang cukup bagi menyediakan buku dan guru yang terlatih. Proses penjepunan ini bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan Maharaja Jepun iaitu Tenno Heika.Selepas nyanyian lagu Kimigayo,semua orang akan menyebut banzai sebanyak 3 kali yang mengagungkan Maharaja Jepun. Gaji guru-guru yang dahulunya $300 dikurangkan kepada separuh.Manakala gaji guru yang dari awal sebanyak $100 pula dikekalkan.Pada waktu petang pula kelas diadakansecarapercuma dan buku diberikan secarapercuma kepada semua pelajar sekolah pada mulanya. Yuran dikenakan ke atas semua

pelajar menjelang penghujung pemerintahan Jepun. Beberapa perayaan juga disambut di Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun seperti Meiji Setsu, Meiji Tonno, Tencho Setsu, Kaigan Setsu, Hari Perwira, Hari Menuai dan Hari Tentera Laut, Udara dan Darat juga diraikan.11Antara hari-hari lain yang disambut ialah Kokyumin-Girei iaitu satu penghormatan kepada keluarga diraja Jepun dan upacara sembahyang kepada roh yang telah terkorban dalam memperjuangkan negara Jepun.Orang Melayu dan India merasakan bahawa penggunaan bahasa amat sukar dalam pendidikan malah ramai penduduk dipaksa untuk meraikan pelbagai perayaan yang tidak berkaitan dengan budaya masyarakat Tanah Melayu. Semangat Jepun yang cuba diterapkan tidakbegitu berhasil tetapi berjaya menanamkan semangat membudayakan hidup cergas, rajin, tegas dan berani. Mereka telah menjadi seorang bakal pejuang yang boleh diharap, sikap berdikari kuat dan bersedia menghadapi halangan. 12 Hal ini telah menyebabkan pemikiran masyarakat mulai berubah terhadap penjajah dan mahukan pentadbiran negara sendiri. FAKTOR EKONOMI Semasa zaman pendudukan Jepun, ekonomi merupakan salah satu elemen penting yang dikuasai oleh Jepun.Pada masa itu Jepun ingin mengaut semua hasil negeri yang terdapat di Tanah Melayu untuk kepentingan negara mereka sendiri.Usaha Jepun untuk mendapatkan kerjasama daripada penduduk Tanah Melayu pada umumnya hanya berjaya di peringkat awal sahaja. Terdapat orang yang menolong Jepun kerana mereka mengharapkan kebebasan politik yang lebih daripada Jepun juga kerana Jepun adalah satu bangsa Asia yang telah menunjukkan kebolehannya dengan mengalahkan Britain, satu kuasa barat yang kuat. Terdapat juga penduduk yang menolong Jepun untuk mendapatkan perlindungan bagi diri

11

Bryan C.Cooper, Decade of Change Malaya & The Straits Settlement 1936-1945, Singapore:Graham Brash (Pte) Ltd, 2001, hlm 351. 12 Paul H.Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya A Social and Economic History , Hawaii:University of Hawaii Press, 1997, hlm 136.

dan keluarganya, ada pula yang cuba mendapatkan kesenangan hidup dan ada pula yang terpaksa bekerja dengan Jepun. Kecuali dua kumpulan yang terakhir iaitu yang mencari keuntungan dan terpaksa, kumpulan yang lain telah hilang kepercayaan kepada Jepun

apabila semakin lama Jepun menduduki Tanah Melayu. Ini disebabkan Jepun kurang menepati janji. Misalnya, cogan kata Asia untuk orang Asia dan dasar hendak mendirikan Kawasan Kesemakmuran Bersama tidak begitu terlaksana.Tanah Melayutelah dijadikan tanah jajahan, empat negeri Melayu di utara diserahkan kepada Negara Thai dan keadaan kehidupan telah menjadi lebih buruk lagi kerana kesatuan kaum Melayu semakin longgar akibat jumlah baum Melayu berkurangan.13Pada zaman ini, Jepun telah membentuk Pelan Perindustrian 5 tahun.Jepun juga memperkenalkan Ordinan Kawalan Barangan Penting. Semua ini pada awalnya untuk mengawal kawalan harga barangan di pasaran serta untuk meningkatkan lagi produktiviti hasil bumi Tanah Melayu yang masih ada lagi selepas pemerintahan British iaitu bijih timah, simen, soda, tepung dan fiber. Tanah rezab Melayu juga telah dirampas dan diberi kepada kaum lain untuk diusahakan sebagai tanaman atau dijual kepada syarikat Jepundengan nila lebih rendah berbanding tanah biasa. Tanah kaum Cina juga dirampas untuk dijadikan tempat tanaman akibat kekurangan makanan.14Kegiatan ekonomi yang sebelum ini dikawal sendiri oleh penduduk tempatan yang majoritinya kaum Cina kini semakin lama semakin kurang kuasa kerana kedatangan syarikat-syarikat daripada Jepun yang mengambil alih kegiatan ekonomi Tanah Melayu yang dipanggil Kaisha.Dua syarikat besar yang pertama sekali tiba di Tanah Melayu ialah Mitsui dan Mitsubishi. Mitsui mengawal gula dan garam manakala Misubishi mengawal hasil beras. Terdapat banyak lagi syarikat-syarikat lain yang mula menapak seperti Mitsui Kozan Kabushiki Kaisha, Toyo Kozan Kabushiki Kaisha, Junan Shakin, Nippon Kogyo dan Nippon Seitetsu.Kegiatan

13

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm 178. 14 Paul H.Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya A Social and Economic History , Hawaii:University of Hawaii Press, 1997, hlm 155.

ekonomi pada masa ini dikuasai sepenuhnya oleh syarikat-syarikat luar.Hasil bumi Tanah Melayu sekali lagi dirampas dan dibawa ke negara Jepun.Selain itu juga terdapat sebuah badan organisasi atau sindiket Jepun yang dipanggil Kumiai. Kumiai ini merupakan sebuah badan yang ditugaskan untuk mengurus semua kegiatan ekonomi di Tanah Melayu seperti perdagangan antara dua pihak, mengurangkan persaingan dalam perniagaan, mengawal pengeluaran hasil syarikat, pengagihan semua barangan secara adil dan saksama, kawalan harga dan menyelesaikan masalah ekonomi. Di Jepun,Kumiai ini dapat menguruskan ekonomi negara dengan baik sekali tetapi di Tanah Melayu sebaliknya yang berlaku. Struktur ekonomi Tanah Melayu tidak terkawal dan tidak teratur kerana mementingkan hasil dan keuntungan semata-mata.Semua kaisha mahu mengaut keuntungan pada tahap maksimum telah menyebabkan berlakunya ketidakjujuran urusan niaga, perdagangan dan kawalan harga. 15 Apabila nilai getah dan bijih timah tidak lagi memberi keuntungan, beras sukar didapati, kilang-kilang seperti kilang kain, alat tulis dan barang makanan tidak wujud serta Jepun tidak pula dapat mengimport barang keperluan rakyat dengan kadar yang sederhana pun maka timbullah berbagai kekurangan. Dengan berkurangnya bekalan barangan ini, maka harga pun naik. Tetapi gaji pekerja tidak dinaikkan yang menimbulkan rasa marah.Peniagapeniaga menyorokkan barang.Kaisha yang besar pun tidak mempunyai barang

mencukupi.Akhirnya timbullah pasar gelap atau kegiatan menyorok barang.Pengenalan wang Pisang oleh Jepun juga jatuh akibat daripada berlaku inflasi.Rasuah dan korupsi serts kecurian berlaku di kalangan pegawai Jepun dan penduduk tempatan mahupun pemilikpemilik kaisha.Hal ini telah merencatkan lagi ekonomi Tanah Melayu yang tidak terkawal oleh Kumiai keranai telah gagal menguruskan ekonomi negeri-negeri.Hal ini telah mengakibatkan penderitaan terhadap penduduk tempatan dan memberi kesedaran bahawa

15

Chin Kee Onn, Malaya Upside Down, Singapore: Jitss & Co. Ltd, 1946, hlm 88.

penjajah tidak membawa perubahan yang lebih baik kepada penduduk tempatan tetapi hanya kesengsaraan dan kesusahan.16 SOSIAL Oleh kerana ekonomi Tanah Melayu tidak stabil, beras yang merupakan makanan ruji penduduk tempatan sukar didapati dan harganya mahal, maka kebanyakan penduduk Tanah Melayu terpaksa memakan ubi kayu atau keledek. Harga daging, gula pasir, ubat-ubatan, kain baju dan berbagai-bagai lagi barang keperluan harian naik melambung tinggi, sungguhpun pihak Jepun cuba membuat catuan. Orang yang berniaga semasa pemerintahan Jepun hanya memikirkan keuntungan semata-mata dantidak memikirkan tentang kesusahan serta penderitaan orang lain. Kekurangan barang makanan dan ubat menyebabkan Tanah Melayu lebih terdedah kepada penyakit.Akibat terlampau banyak memakan ubi kayu dan kurang memakan daging, ramai daripada golongan miskin yang menghidap penyakit beri-beri, malaria dan sakit sembab. Penyakit sembab ini menyebabkan orang yang menghidapnya terdapat bengkak-bengkak di muka dan badannya. Selain itu, ramai penduduk Tanah Melayu yang menghidap penyakit berjangkit yang berbahaya.Cita-cita Jepun untuk menawan India tetap diteruskan semasa pendudukan Jepun dengan membina pengangkutan darat atau lebih dikenali dengan jalan keretapi maut.Orang awam dari Tanah Melayu telah diambil bekerja secara sukarela, dipaksa atau ditipu dengan janji-janji lumayan.Lebih 70 000 ribu orang dari Tanah Melayu dihantar ke Negara Thai dan Burma.Waktu bekerja mereka amat panjang dan bekalan makanan tidak mencukupi.Kebanyakan tentera Jepun yang menjaga mereka bertindak ganas dan zalim.Orang sakit dipaksa bekerja dan yang tidak mampu lagi meneruskan kerja dibiarkan mati. Beribu-ribu orang awam mati semasa membina .Laluan ini bertujuan untuk memudahkan pergerakan tentera ke India, pengangkutan senjata dan bekalan

16

Bryan C.Cooper, Decade of Change Malaya & The Straits Settlements 1936-1945, Singapore:Graham Brash (Pte) Ltd, 2001, hlm 317.

10

makanan. 17 Jepun juga amat benci terhadap kaum Cina terutamanya akibat bantuan yang diberikan kepada negara China semasa perang China Jepun. Kaum Melayu dianggap sebagai lebih digemari oleh Jepun kerana diberi kepercayaan dalam turut terlibat dengan pentadbiran Jepun, kaum India pula diberi suntikan semangat dalam menentang British yang menjajah India pada masa itu dengan pertubuhan Liga Kemerdekaan India namun semasa sumber makanan kurang, kaum India juga terpaksa masuk ke hutan mencari makanan atau makan makanan daripada tong sampah.Kaum cina telah dibunuh secara beramai-ramai dalam operasi Sook Ching yang dijalankan atas dasar polisi yang Jepun telah terapkan kerana membantu China dari segi sokongan moral dan bantuan ketenteraan semasa perang China Jepun tahun 1937. Hal ini telah menimbulkan perasaan sentimen perkauman lalu wujudnya semangat nasionalisme dan komunisme manakala kaum lain menentang Jepun melalui gerakan bawah tanah.18Kesannya kebencian penduduk tempatan terhadap pentadbiran Jepun semakin menebal.Semangat nasionalisme sudah mula terbentuk dikalangan penduduk dengan bertujuan menentang pendudukan Jepun yang dianggap sebagai zaman gelap Tanah Melayu. GERAKAN NASIONALISME PARTI KOMUNIS MALAYA DAN MALAYAN PEOPLE ANTI-JAPANESE ARMY Apabila Jepun menyerang Malaya pada Disember 1941, Parti Komunis Malaya (PKM) ketika itu berada dalam kedudukan yang kuat. Tawaran PKM untuk membantu kerajaan penjajah British telah diterima dan 10 hari selepas serangan Jepun bermula, PKM bersetuju untuk menyediakan seberapa ramai komunis Cina yang boleh diterima untuk berlatih di Sekolah Latihan Khas 101 (Special Training School 101) yang dikendalikan oleh Lieutenant Colonel Spencer Chapman. Orang yang dilatih di sekplah itu berjumlah kira-kira
17

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm 180. 18 P.Lim Pui Huen, War and Memory in Malaysia and Singapore, Singapore:Institute of Southeast Asian Studies, 2000, hlm 28.

11

200 orang.Merekalah yang menjadi inti-pasukan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)yang dibentuk oleh PKM. Pada 21 Disember 1941 pula Jawatankuasa Pusat PKM telah meluluskan perjanjian kerjasama dengan British dan menggariskan program empat perkara iaitu menyatukan semua rakyat Tanah Melayu untuk menentang kemaraan Jepun dan membantu British mempertahankan Tanah Melayu, mempersenjatai semua anggota parti dan rakyat untuk sama-sama menentang kemaraan Jepun, membasmi semua kumpulan sayap kelima, ejen musuh dan pembelot serta menentang pendudukan Jepun menerusipenubuhan pasukan gerila dan juga menerusi tindakan keganasan yang terancang. 19 MPAJA ini mempunyai cawangan-cawangan di tiap-tiap buah negeri dan ia dipimpin oleh orang-orang komunis. Gerakan-gerakan mereka dengan taktik menyerang kemudian lari itu dapat ditafsirkan sebagai peringatan kepada Jepun bahawa Jepun tidak boleh menindas rakyat negeri ini dengan sewenang-wenangnya dan mempastikan bahawa Jepun tidak akandibiarkan bermaharajalela tanpa tentangan sedkitpun.Walau bagaimanapun tujuan sebenar dan tujuan utama MPAJA bukanlah untuk melancarkan suatu pemberontakan terbuka terhadap Jepun.Sebaliknya tujuannya ialah untuk melatih dan membentuk satu pasukan tentera yang kuat untuk membantu pasukan tentera Bersekutu apabila tentera-tentera Bersekutu itu mendarat semula di negeri ini.Untuk tujuan inilah pihak Bersekutu telah menaburkan dari udara senjata-senjata dan lain-lain bekalan untuk mereka.Di samping itu terdapat juga pegawai-pegawai tentera Inggeris yang turut menyertai kegiatan MPAJA sambil memberi latihan tentera kepada ahli-ahli MPAJA.Tahun 1943, pasukan Force 136 pula tiba dari India dan bersatu dengan MPAJA untuk bersatu menentang Jepun.20

FORCE 136
19

Mohamaed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan , Selangor:Universiti Sains Malaya, 2009, hlm 42. 20 Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors, 1974, hlm 240.

12

Kegiatan Force 136 hanya tertumpu di negara-negara Asia Tenggara yang berada di bawah pemerintahan Jepun dari awal tahun 1942 sehingga bulan Ogos 1945. Force 136 bernaung di bawah satu organisasi besar yang fungsi utamanya ialah untuk melatih agen-agen British yang diberi tugas untuk menubuhkan dan memimpin kumpulan-kumpulan kecil gerakan bawah tanah bagi melawan musuh-musuh British seperti Jerman, Italy dan Jepun serta membebaskan semula semua negara-negara yang ditakluki oleh musuh-musuh Britain. Bitish telah melatih ahli anggota Force 136 untuk persiapan pelancaran operasi Zipper yang bertujuan menyerang Tanah Melayu dan Singapura dan mengambilnya balik dari Jepun. Sebelum operasi ini dilancarkan, rancangannya ialah supaya Force 136 dapat menghantar Group Liaisoned Officer iaitu pegawai berpangkat Lefetenan Kolonel dan pembantu

berpangkat Mejar serta ahli kumpulannya yang telah dilatih untuk menubuhkan pasukanpasukan gerila di peringkat tempatan supaya dapat menyerang hendap, memusnahkan jambatan dan alat-alat perhubungan lainnya dan mengasak ke arah angkatan tentera Jepun dari dalam. Ini bermakna masa adalahamat diperlukan untuk menghantar anggota Force 136 untuk menubuhkan gerakan dari dalam dengan memberi latihan ketenteraan yang lengkap kepada sukarelawan-sukarelawan tanah air ini.Anggota-anggota sukarelawannya mestilah terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.21 KESATUAN MELAYU MUDA Menjelang kedatangan Jepun, Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergerak secara terbuka sebagai sebuah organisasi politik yang sah.Ia tidak menunjukkan permusuhannya terhadap dasar British, tetapi secara rahsia membuat hubungan dengan organisasi kelima Jepun iaitu Kame. Penglibatan KMM dengan Kame menyebabkan kra-kira 110 orang ahli dan pegawai KMM dari seluruh negara ditangkap dan ditahan oleh polis British mulai 4

21

Dr.Wan Hashim Haji Wan Teh, Pejuang Gerila Force 136, Perak:Biro Politik dan Pelajaran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Grik, 1984, hlm 2.

13

Disember 1941.Penangkapan itu berlanjutan sepanjang Disember, ketika Jepun menyerang Malaya.Antara nereka yang ditangkap termasuklah Ibrahim Yaacob, Yang Dipertua KMM dan Ishak Haji Muhammad. Semasa kebanyakan pemimpin dan ahli KMM itu berada dalam penjara British di Singapura, pemimpin KMM yang berada di luar penjara, antaranya Mustapha Hussain dan Onan Haji Siraj terpaksa mematuhi janji Ibrahim Yaacob kepada Jepun sebelum Ibrahim dan kawan-kawannya dipenjarakan, iaitu KMM akan menyokong Jepun dalam peperangannya dengan pihak British. Bagaimanapun kerjasama dan sokongan mereka kepada Jepun itu tidak membuahkan apa-apa hasil.Mereka tidak diberi kemerdekaan sebagaimana yang mereka harapkan. Malah dalam Januari 1942, selepastentera Jepun memasuki Kuala Lumpur, satu konflik mengenai matlamat mereka mahukan kemerdekaan itu telah timbul apabila Mustapha Hussain meminta komander Jepun menyokong perisytiharan kemerdekaan Malaya berasaskan janji Jepun bahawa Jepun akan membebbaskan Malaya dari pemerintahan British. Permintaan Mustapha itu telah ditolak.22Bagaimanapun, KMM hanya dapat bergerak secara terbuka selama beberapa bulan sahaja setelah Tanah Melayu berada di bawah pemerintahan Jepun.Pada Jun 1942 KMM telah dilarang bergerak dan seterusnya dibubarkan oleh Pemerintahan Tentera Jepun untuk Malaya dan Sumatera yang ketika itu berpusat di Singapura. Oleh itu, setelah KMM telah dibubarkan dan Jepun telah mengganti Bitish sebagai kuasa penjajah yang baru, perjuangan KMM untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air terpaksa diteruskan dengan taktik dan strategi yang baru pula iaitu menyertai gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun tetapi pada masa yang sama pucuk pimpinan KMM khasnya berpura-pura bekerjasama dan memberi sokongan kepada pihak Jepun. 23 Ibrahim Yaacob cuba menghidupkan semula KMM dengan menyesuaikan polisi kerjasama, bukan sahaja dengan pentadbiran tentera Jepun malah dengan Malayan Communist Party dan juga Malayan People Anti Japanese Army. Lantaran itu pada bulan Jun
22

Mohamaed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan , Selangor:Universiti Sains Malaya, 2009, hlm 48. 23 Ibid.

14

1942, KMM telah diharamkan kerana dikatakan telah bekerjasama dengan PKM menentang pemerintahan Jepun di bawah MPAJA. Strategi beliau dan rakan-rakan memakan diri sendiri. Kemerdekaan yang diharapkan daripada Jepun tidak kesampaian. Anggapan mereka terhadap Jepun telah pun terpesong.24Kebetulan pada masa itu PKM telah membentuk MPAJA sebagai gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun. Oleh itu anggota KMM yang terpilih telah menyertai gerakan bawah tanah itu dengan cara turut serta dalam gerakan bersenjata MPAJA.25 Di samping menyertai MPAJA secara sulit untuk menentang Jepun, pemimpinpemimpin KMM juga meneruskan perjuangannya sendiri untuk menuntut kemerdekaan Malaya yang akan bersatu dengan Indonesia. Tuntutan ini dikemukakan kepada Penguasa Tentera Pendudukan Jepun, walaupun mengikut Ibrahim perkaraitu dipersetujui oleh pihak Jepun pada waktu yang sangat genting iaitu waktu Jepun sudah hampir kalah.26 KESATUAN RAKYAT INDONESIA SEMENANJUNG (KRIS) Sementara itu, persiapan untuk melaksanakan kemerdekaan Malaya bersama-sama dengan Indonesia itu telah dimulakan oleh pucuk pimpinan KMM pada Julai 1945 dengan menyusun kembali KMM menjadi sebuah badan yang dinamakan Kesatuan Rakyat

Indonesia Semenanjung (KRIS). KRIS dipimpin oleh Ibrahim Yaacob, Dr.Burhanuddin, Onan Haji Siraj dan beberpa bekas pemimpin KMM.Pada 8 Ogos 1945, semasa Soekarno dan Hatta daam perjalanan ke Pendudukan Tentera Jepun untuk Asia Tenggara, mereka telah singgah di Singapura.Ketibaan mereka telah disambut oleh pemimpin KMM dengan mengibarkan bendera Merah-Putih sebagai pernyataan bahawa Tanah Melayu adalah sebagian daripada Indonesia Raya.Ketika Soekarno dan Hatta balik dari Saigon, mereka tidak terus pulang ke Jakarta. Sebaliknya, pada 13 Ogos 1945 mereka singgah di Taiping ntuk
24

Rosalan Saadon,Gagasan Nasionalisme Melayu Raya Pertumbuhan dan perkembangan , Selangor:Karisma Publications Sdn.Bhd, 2009, hlm 128. 25 Mohamaed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan, Selangor:Universiti Sains Malaya, 2009, hlm 48. 26 Ibid, hlm 51.

15

berunding dengan Ibrahim Yaacob dan pemimpin KMM yang lain. Dalam perundingan itu kedua-dua pihak bersetuju menetapkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesia pada September 1945.Tarikh itu kemudian dipercepatkan kepada 24 Ogos 1945. Bagaimanapun, rancangan untuk mengisytiharkan kemerdekaan Malaya serentak dengan kemerdekaan Indonesia pada 24 Ogos 1945 itu tidak terlaksana kerana Jepun telah kalah dan menyerah diri tanpa syarat kepada Tentera Berikat pada 15 Ogos 1945, setelah Amerika mengugurkan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima. Berikutan dengan kekalahan Jepun itu, di Jakarta Soekarno dan Hatta secara tergesa-gesa mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia tanpa memasukkan Tanah Melayu dan Kalimantan Utara sebagaimana yang dipersetuju bersama pada mulanya. Pengisytiharan kemerdekaan Indonesia dan Soekarno-Hatta pada 17 Ogos 1945 itu tentu sahaja mengejutkan Ibrahim Yaacob dan pemimpin KRIS yang lain yang ketika itu baharu sahaja menamatkan kongres KRIS di Kuala Lumpur. Kongres itu diadakan selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Ogos 1945 dan antara lain membincangkan kemasukan Tanah Melayu ke dalam Indonesia Raya. Dengan keadaan sedemikian, Ibahim Yaacob dan beberpa orang rakannya telah memilih untuk melarikan diri ke Indonesia untuk melepaskan diri daripada tindakan British dan seterusnya meneruskan perjuangan mereka dari negara tersebut.27 PEMBELA TANAH AIR(PETA) Semasa KMM telah dibubarkan, Ibrahim Yaacob telah diminta oleh Jepun menubuhkan Badan Penasihat Bumiputera pada Pemerintah Tentera Jepun bagi Tanah Melayu dan Sumatera.Pada tahun1943, Jepun telah membentuk satu pasukan Melayu yang separuh tentera bernama Pembela Tanah Air (PETA) ataupun dalam bahasa Jepunnya, Giyu Gun. Ibrahim bin Yaacob dilantik menjadi ketua dengan berpangkat Leftenan Kolonel. Di peringkat ini, orang Melayu yang bekerjasama dengan Jepun bertujuan menggunakan
27

Ibid, hlm 54.

16

peluang yang diberi untuk melatih orang Melayu dalam bidang ketenteraan supaya dapat menjaga kepentingan Melayu kalau diperlukan.28 INDIA NATIONAL ARMY Pihak Jepun telah mendorong penubuhan Liga Kemerdekaan Inida. Pada bulan Mei 1942, Rash Behari Bose, seorang pejuang kebangsaan India yang telah lama bermastautin di Jepun telah dibawa oleh pihak Jepun ke Tanah Melayu untuk menguatkan fahaman kebangsaan India. Pada bulan Jun 1942.Rash Behari Bose telah mengadakan persidangan dengan wakil-wakil Liga Kemerdekaan India dari seluruh Asia Timur di

Bangkok.Persidangan ini telah mengumpulkan ramai pejuang kemerdekaan India dan memberikan semangat perpaduan dan keyakinan di kalangan mereka.Sungguhpun demikian, beberapa orang pemimpin Liga Kemerdekaan India kurang percaya terhadap Jepun sebenarnya. Malahan Rash Behari Bose juga dicurigai kerana beliau dianggap sangat rapat dengan Jepun dan isterinya pun orang Jepun. Terdahulu dari ini, telah dinyatakan bahawa pihak Jepun cuba memujuk askar India yang berkhidmat dengan tentera British supaya meninggalkan perkhidmatan mereka. Sebenarnya, Mejar Fujiwara, ketua pengintip Jepun dalam hal India di Tanah Melayu dan Sumatera pada masa itu, telah berjaya menarik minat orang India di Bangkok. Salah seorang daripadanya bernama Pritam Singh.Beliau dan kawannya telah berhubung dengan kaum India di Tanah Melayu.Menerusi hubungan ini, Fujiwara dan Pritam Singh telah dapat mempengaruhi orang India yang yang berkhidmat sebagai tentera British supaya bekerjasama dengan pihak Jepun.Fujiwara dan Pritam Singh telah dapat meyakinkan askar India itu supaya bekerjasama dengan Jepun.Salah seorang daripada akar India itu ialah Kapten Mohan Singh. Fujiwara juga cuba mengalih perhatian Mohan Singh dan askar India kepada pembebasan India daripada penjajahan British. Mohan

28

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm 182.

17

Singh dan rakannya telah dapat diyakinkan oleh Jepun.Peristiwa ini bolehlah dianggap sebagai benih pertama kepada penubuhan Tentera Kebangsaan India. 29 Pada Julai 1943, Subhas Chandra Bose iaitu seorang pejuang kebebasan India yang telah lama menyembunyikan diri di Berlin telah dibawa ke Tanah Melayu oleh Jepun lalu menubuhkan kerajaan Azad Hind (India Bebas) di Singapura.30 Dia telah menggunakan cogan kata yang menarik untuk pejuang India iaitu Chalo Delhi yng bermakna Mara ke Delhi. Kerajaan sementara India Bebas yang lebih dikenali dengan nama kerajaan Azad Hind pada bulan Oktober 1943. Kerajaan ini berpusat di Singapura. Pada awal tahun 1944, Tentera Kebangsaan India berserta dengan tentera Jepun telah bergerak ke sempadan India-Burma untuk memerangi pihak British di India tetapi tidak berjaya.Apabila Jepun menyerah diri pada 15 Ogos 1945, kerajaan Azad Hind dan Tentera Kebangsaan India bubar dengan sendirinya.31 KESIMPULAN Pendudukan Jepun merupakan kemuncak kepada nasionalisme di Tanah

Melayu.Perasaan ingin membebaskan tanah air yang dipendam begitu lama akhirnya terbukti juga apabila penduduk Tanah Melayu sendiri telah menubuhkan beberapa persatuan dan melancarkan gerakan ke arah mencapai kemerdekaan negara.Faktor dalaman dan luaran telah memainkan peranan yang sangat penting di dalam kebangkitan semangat nasionalisme Tanah Melayu.Tanpa faktor-faktor tersebut, sudah pasti penduduk Tanah Melayu masih tidak mempunyai kesedaran politik dan mungkin juga pendudukan Jepun tidak membawa apa-apa erti kepada Tanah Melayu.Pelbagai tokoh-tokoh dari pelbagai kaum muncul dan bangkit selepas British mengambil alih pentadbiran Jepun.Pelbagai usaha dilaksanakan menuntut
29

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm 184. 30 Gerard H.Corr, The War of The Springing Tigers, London:Osprey Publishing Limited, 1975, hlm 60. 31 Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm 184.

18

kemerdekaan negara.Jelas sekali penduduk Tanah Air tidak mahu lagi negara ditadbir penjajah atau melalui era kolonial sekali lagi.Nasionalisme yang berkembang semasa pendudukan Jepun jelas sekali telah menyemarakkan lagi perjuangan kemerdekaan selepas British pula mengambil alih.

19

BIBLIOGRAFI S.Husin Ali, Kaum, Kelas dan Pembangunan, Kuala Lumpur:Persatuan Sains Sosial Malaysia, 1984. Thor Ker Pong, Ketuanan Politik Melayu, Kuala Lumpur:Universiti Malaya, 2005. Mohd Radzi Abd Hamid, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Pustaka, 2009. Zainal Abidin b Abd Wahid, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972. Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2002. Bryan C.Cooper, Decade of Change Malaya & The Straits Settlement 1936-1945, Singapore:Graham Brash (Pte) Ltd, 2001. Paul H.Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya A Social and Economic History, Hawaii:University of Hawaii Press, 1997. Chin Kee Onn, Malaya Upside Down, Singapore: Jitss & Co. Ltd, 1946. Bryan C.Cooper, Decade of Change Malaya & The Straits Settlements 1936-1945, Singapore:Graham Brash (Pte) Ltd, 2001. Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. P.Lim Pui Huen, War and Memory in Malaysia and Singapore, Singapore:Institute of Southeast Asian Studies, 2000. Mohamaed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan, Selangor:Universiti Sains Malaya, 2009. Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors, 1974.
20

Dr.Wan Hashim Haji Wan Teh, Pejuang Gerila Force 136, Perak:Biro Politik dan Pelajaran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Grik, 1984.

Rosalan

Saadon,Gagasan

Nasionalisme

Melayu

Raya

Pertumbuhan

dan

perkembangan, Selangor:Karisma Publications Sdn.Bhd, 2009. Gerard H.Corr, The War of The Springing Tigers, London:Osprey Publishing Limited, 1975.

T.H.Silcock

and

Ungku

Abdul

Aziz,

Nationalism

in

Malaya,

Kuala

Lumpur:University Malaya Press,1953.

21

You might also like