You are on page 1of 25

TAJUK

SHEIKH MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN

SUBJEK
SEJARAH TAMADUN ISLAM DI ASIA TENGGARA

DISEDIAKAN UNTUK
DR. IZZIAH SURYANI BT MAT RESAD @ ARSHAD

DISEDIAKAN OLEH
NUR RAIHAN NAJEEHA BINTI JOHAR

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
SESI 2015/2016

1.

40 Tokoh Ulama Johor Siri Pertama


Sheikh Tahir Jalaluddin (1869-1956)

Seorang pejuang Islam pada abad ke-20 ini telah memberikan


sumbangan yang besar dalam menyebarkan idea reformasi Islam
iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin. Kehidupan beliau sepanjang 87 tahun
ini memberikan perkembangan dalam gerakan reformis Islam. Beliau
serta rakan-rakannya telah menerbitkan sebuah majalah bulanan di
Singapura iaitu majalah Al-Imam. Al-Imam bermaksud pertalian yang
sangat kuat dengan semangat keislaman dan sifat intelektual
mereka sebagai anak-anak muda yang berpeluang melanjutkan
pelajaran ke Mesir serta dapat merasai sendiri perkembangan baru
yang berlaku di Mesir. Seiring dengan pendidikan beliau di Mesir
yang

mendalami

bidang

ilmu

keagaman,

telah

memulakan

perjalanan beliau sebagai seorang reformis Islam.


Gerakan reformasi Islam pimpinan Sheikh Tahir Jalaluddin ini
bertujuan untuk memecahkan benteng-benteng kekolotan adat-adat
lama yang dipengaruhi oleh agama Hindu atau aliran-aliran baru
dari Barat yang merosakkan di kalangan orang Melayu, terutama
kalangan muda Islam supaya berusaha kearah kemajuan dalam
segala bidang menurut prinsip-prinsip Islam. Gerakan ini juga
mendapat tentangan daripada para ulama tradisional di tanah
Melayu. Hal ini memberi kesan terhadap beliau di Johor dimana
beliau tidak dipilih sebagai mufti. Walau bagaimanapun beliau telah
dilantik menjadi Inspektor sekolah-sekolah Agama di Johor, dan tidak
diberikan jawatan kerajaan pada masa itu kerana pengaruh fahaman
yang sedang disebarkannya.
Keperibadian beliau sangat disegani dan dihormati oleh
keluarganya. Beliau merupakan seorang yang tegas pendirian
terutama

sekali

dalam

hal-hal

bersangkutan

dengan

agama.

Ketegasan ini amat wajar mengikut pendapatnya kerana reformasi


yang dianjurkannya bukan bertujuan untuk mengubah agama
kepada sesuatu yang baru tetapi memperbetulkan ajaran Islam yang
telah banyak disalahfahamkan.

2.

Tokoh Ulama Nusantara


Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki

Remaja adalah zaman penuh cabaran maksiat. Oleh itu, setiap


anak muda mesti pandai menjaga diri agar budi kehidupan sentiasa
terpelihara. Demikian adalah merupakan pesanan yang pernah
diberikan oleh seorang tokoh agama tanah air iaitu Sheikh
Muhammad

Tahir

Jalaluddin

Al-Falaki

atau

nama

penuhnya

Muhammad Tahir bin Sheikh Muhammad. Sheikh Muhammad Tahir


merupakan pelopor gerakan Islam Islamiyyah Negara seangkatan
dengan rakan sezamannya seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh
Muhammad Salim Al-Kalali dan Haji Abbas Muhammad Taha. Mereka
adalah pengasas majalah bulanan Al-Imam yang diterbitkan di
Singapura pada tahun1906.
Reformasi berkenaan tercetus daripada gerakan pembaharuan
Islam di Mesir yang dipelopori oleh golongan muda Islam di sana
yang diterajui oleh Sheikh Muhammad Abduh pada tahun1845
hingga 1905. Sheikh Muhammad Abduh menyalurkan pemikiran
menerusi majalah Al-Manar di Kaherah pada tahun1896. Bentuk
reformasi itu berteraskan ajaran atau seruan untuk kembali kepada
ajaran Islam yang sebenar berpandukan kepada al-Quran dan Hadis
tanpa terikat kepada segala tradisi dan khurafat yang diwarisi
daripada Hindu dan pengaruh Barat. Reformasi itu juga mengajak

umat Islam berusaha mendapatkan ilmu untuk mencapai kemajuan


tanpa bertaklid buta.
Selepas tamat pengajian, beliau muncul sebagai ahli falak
yang mahir dan disebabkan itu telah diberi gelaran Al-Falaki. Beliau
mula menyebarkan pembaharuan dalam kefahaman Islam hasil
daripada pengaruh yang diterima ketika belajar di Mesir.
Sheikh Tahir Jalaluddin juga pernah berkhidmat sebagai guru di
beberapa buah sekolah antaranya Sekolah Agama Johor Bahru,
Madrasah Al-Masyhor dan Madrasah Al-Haji Taib. Kehadiran beliau di
madrasah Al-Haji Taib ini sedikit sebanyak berjaya menyebarkan
fahaman Kaum Muda pada waktu itu yang bersesuaian dengan
sistem pendidikan yang agak moden oleh madrasah ini dengan
perjuangan Kaum Muda yang sentiasa cuba mengubah masyarakat
Islam supaya berkembang setaraf dengan masyarakat Barat
3.

Ulama Silam Dalam Kenangan


Sheikh Tahir Jalaludiin, 1869-1956 Reformis Islam

Beliau dilahirkan pada 7 November 1869 di Ampek Angkek, Bukit


Tinggi,

Sumatera

Barat

dan

lahir

dari

keturunan

Melayu

Minangkabau. Nama sebenarnya Muhammad Tahir bin Sheikh


Muhammad. Pendidikan beliau tidak berpeluang bersekolah di
Minangkabau atau di Tanah Melayu sebaliknya beliau telah belayar
ke Mekah setelah umurnya genap 12 tahun. Tujuannya adalah untuk
mempelajari ilmu-ilmu agama Islam dan mendalami pelbagai ilmu
yang bersangkutan dengannya. Sepanjang 12 tahun di Mekah,
Sheikh Ahmad Khatib iaitu sepupunya banyak mempengaruhi jiwa
Sheikh Tahir terutama sekali berhubung dengan masalah amalan
Islam dalam masyarakat Melayu di Indonesia dan Tanah Melayu
yang banyak bercampur aduk dengan adat resam Melayu asli.
Gurunya yang utama semasa di Mekah ialah Sheikh Ahmad
Khatib. Kealiman Sheikh Ahmad Khatib memang tidak dapat diragui

lagi oleh sesiapa pun. Di samping menjadi imam bagi pengikut


mazhab Syafie di Masjid al-Haram, beliau juga menjadi mufti kepada
pengikut mazhab Syafie dalam memberikan segala fatwa apabila
timbul sebarang persoalan daripada para pengikut mazhabnya pada
waktu itu. Kesempatan Sheikh Muhammad Tahir belajar dan tinggal
bersama-sama dengan Sheikh Ahmad Khatib sesungguhnya telah
banyak mempengaruhi beliau dalam bidang keagamaan. Banyak
daripada ajaran-ajaran gurunya telah mempengaruhi jiwanya.
Kebolehan Sheikh Tahir mengajar dalam bahasa arab amat
mengagumkan.

Selain

daripada

bahasa

arab,

beliau

juga

menggalakkan supaya setiap orang mempelajari bahasa Inggeris.


Hal ini terbukti apabila kesanggupan beliau menggaji seorang serani
utuk mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Haji Taib. Ketegasan
beliau untuk memasukkan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai
suatu perkara yang wajib dipelajari dapat mematahkan tentangan
ulama yang mendakwa bahawa belajar bahasa Inggeris itu kufur. Hal
ini

ternyata

menunjukkan

ketegasan

Sheikh

Tahir

dalam

mempertahankan agar bahasa Inggeris tetap diajar kepada umat


Islam walaupun mendapat tentangan para ulama tradisional.
4.

Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1)


Sheikh Tahir Jalaluddin Al-Falaki (1869-1956)

Sheikh Tahir Jalaluddin telah melanjutkan pelajarannya di Universiti


al-Azhar Mesir pada tahun1310 Hijrah. Beliau mempelajari bahasa
Arab, Matematik dan Ilmu Falak di samping ilmu-ilmu syariah yang
lain. Beliau berjaya memperolehi ijazah Alimiyyah di samping beliau
turut terpengaruh dengan pemikiran pembaharuan Syed Jamaluddin
al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Beliau bersahabat baik
dengan Sheikh Muhammad Rashid Redha dan menulis makalah di
dalam majalah al-Manar yang diterbitkan oleh Sheikh Rashid
Redha.Majalah al-Manar yang diterbitkan di Kaherah pada tahun

1896, adalah bertujuan menyuluh orang-orang Islam kembali


kepada ajaran yang diredhai Allah, menentang dan membasmi
kepercayaan-kepercayaan karut dan tahyul serta membawa konsep
Islam yang maju dan dinamis.
Gerakan pembaharuan yang dilakukan beliau di Singapura
pada tahun 1906 adalah untuk memperjuangkan ajaran agama
Islam yang murni. Kota Singapura dipilih sebagai medan bagi
melancarkan gerakan pembaharuan di mana kefahaman orang
Melayu kepada agama Islam pada waktu itu amat sempit iaitu hanya
dalam perkara-perkara yang berhubung dengan akhirat sematamata di samping pemikiran mereka masih terus dikuasai adat resam
Hindu. Pandangan sempit tentang Islam ini bukan sahaja menjadi
milik orang Melayu, tetapi juga berlaku di kalangan umat Islam di
tempat-tempat lain.
Selepas al imam, terbit pula majalah-majalah lain seperti
Neraca (1911). Pengasuh (1918) yang menjadi penyambung kepada
cerdik pandai Islam waktu itu menyuarakan fahaman pembaharuan
yang mereka ambil daripada pengalaman cerdik pandai Islam di
Mesir. Selepas penutupan majalah al-Imam, Sheikh Tahir Jalaluddin
pergi ke Sumatera Timur atas jemputan almarhum Sultan Sulaiman
Sharif al-Alam Shah. Kemudian beliau telah kembali ke Perak kerana
menerima perlantikan sebagai Hakim Besar Taiping dan Ipoh
daripada Sultan Perak.

5.

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara 111


Reformasi

Islam

Melayu-Indonesia

Muhammad Thahir Jalal al-Din

Peranan

Syaikh

Reformasi Islam bercorak Mesir dibawa oleh Syaikh Muhammad


Thahir Jalal al-Din Al-Azhariy pertama kali ke Dunia Melayu
Indonesia.

Tokoh

reformis

ini

menyebarkan

idea-idea

pembaharuannya pertama kali di Singapura dan Semenanjung


Melayu melalui beberapa gerakan. Fakta Sejarah menyatakan
bahawa reformasi Islam dikembangkan oleh beberapa orang tokoh
terutama melalui gerakan dan pemikiran yang dilakukan Syaikh
Muhammad Thahir Jalal al-Din al-Azhary yang telah menyebar di
Minangkabau

dan

seterusnya

menyebar

ke

seluruh

wilayah

Indonesia atau Nusantara. Terdapat dua perkara yang penting dalam


gagasan reformasi dan modenisasi ini iaitu bidang pendidikan dan
penerbitan jurnal Islam.
Keadaan Syaikh Muhammad Thahir Jalal al-Din yang sentiasa
berpindah randah dari satu tempat ke tempat lain dalam tempoh
masa yang lama untuk mengembangkan ajaran reformis Islam dan
modenisasi telah menjadikan Singapura sebagai daerah transit dari
segala-galanya seperti hasil pertanian, ilmu pengetahuan, dan
pemikiran keagamaan termasuklah masalah pembaharuan sistem
pendidikan dan model media massa Islam. Singapura telah menjadi
tempat yang kondusif

bagi para ulama untuk mengembangkan

pemikirannya. Beliau juga terlibat dalam penulisan karya seperti


majalah Al-Imam, al-Munir dan Pengasuh bersama dengan sahabatsehabat yang lain
Syaikh Tahir telah melakukan perjalanan intelektualnya dari
Makkah, Mesir dan Semenanjung Tanah Melayu. Beliau juga pernah
berkahwin dengan seorang gadis Minang dan kedatangan beliau
pada waktu itu di Minangkabau telah mengembalikan semangat
reformasi. Setelah mengelilingi beberapa tempat di Sumtera Barat
untuk meyebarkan semangat perjuangan, berbau politik, menentang
penjajah dan tidak menggunakan unsur komunis melainkan dari
sumber Tauhid Islam sendiri. Peranan Syaikh Muhammad Thahir Jalal

Al-Din Al-Azhariy sangat besar dalam upaya reformasi Islam di


kawasan Melayu Indonesia dimana peranannya sangat menonjol
adalah bidang pembaharuan lembaga dan sistem pendidikan Islam
dan dakwah Islam melalui media cetak.
6.

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara IV


Sumbangan Sheikh Tahir Jalaluddin (1860-1965M) terhadap
perkembangan Fiqh di Nusantara

Sheikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang ulama terkenal di


Nusantara yang banyak memberi sumbangan besar terhadap
perkembangan

ilmu

khususnya

ilmu

fiqh.

Beliau

juga

turut

mencetuskan beberapa pemikiran baru yang bertentangan dengan


pemikiran

sebenar

ulama-ulama

tradisional

iaitu

Kaum

Tua

khususnya dalam memahami isu-isu fiqh. Hal ini dapat dibuktikan


menerusi artikel-artikel yang ditulis oleh beliau dalam majalah dan
surat khabar seperti al-Imam, al-Ikhwan, Semangat Islam, Saudara,
Bumiputera, Pengasuh dan lain-lain lagi.
Antara perbahasan ulama tradisional dalam majalah al-Imam
mengenai sebuah artikel tentang majlis membaca Maulud Nabi
adakah dituntut oleh syarak untuk berdiri ataupun tidak. Menurut
Ulama Tradisional berdiri ketika marhaban adalah sunat. al-Imam
menjawab bahawa tiada satu hadis pun yang sahih yang dapat
menjadi sandaran kepada amalan mengadakan Majlis Maulad
tersebut. Perbahasan lain menerusi majalah al-Munir mengenai
tentang hukum solat jumaat diringi dengan solat zohor. Menurut
ulama Tradisional sekiranya ahli jemaah jumaat tidak mencapai 40
orang maka mereka boleh meneruskan solat Jumaatnya dan lebih
elok untuk mereka mengulanginya dengan bersembahyang zohor
sebagai ihtiyat. Pandangan ini dibantah oleh al-Munir kerana melihat
perbuatan tersebut tidak berdasarkan al-Quran, Sunnah, Ijmak,
Qiyas dan juga pandangan para sahabat dan imam mujtahid.

Selain daripada perbahasan fiqh yang dipaparkan melalui


majalah-majalah terbitan beliau, beliau juga merupakan seorang
ulama yang mahir dan dapat mengaplikasikan kajian ilmu falak
moden dan tradisional dalam penulisan fiqh yang berkaitan dengan
kajian ilmu falak seperti penentuan arah kiblat, malah beliau juga
turut menghasilkan penulisan fiqh Khilafiyyah. Penulisan karya
Khilafiyyah ini telah membuka lembaran baru kepada umat Islam
dalam

memahami

melonggarkan

fiqh

dengan

ketaksuban

lebih

kepada

mendalam

sesuatu

dan

dapat

mazhab.

Karya

Khilafiyyah merupakan suatu penulisan fiqh yang mengandungi


perbezaan pendapat dan pandangan tentang sumber-sumber hukum
dalam masalah-masalah tertentu.
7.

Gerakan Sosial dan Politik Kelantan


Majalah Pengasuh

Majalah Pengasuh merupakan sebuah majalah yang tertua di Negeri


Kelantan diterbitkan pada tahun 1918 sehingga tahun 1941.
Pengasuh terdiri daripada mereka yang terkenal dengan sikap yang
dinamis dan progresif seperti Tok Kenali Haji Muhammad Yusuf dan
Datuk Laksamana Haji Muhammad bin Haji Muhammad Said.
Beberapa orang dari Indonesia juga turut terlibat dalam memberi
sumbangan kepada Pengasuh, seperti Haji Muhammad Yusuf Lubis
dari

Sumatera.

Beliau

pernah

menyindir

Inggeris

kerana

mengamalkan dasar pilih bulu terhadap pegawai-pegawai Melayu.


Tuan Sheikh Tahir Jallalludin dan Tuan Haji Zainal Abidin bin Ahmad
atau Zaaba yang sangat rapat dengan Tok Kenali.
Majalah Pengasuh ini cuba membawa perubahan sosial dalam
masyarakat Melayu dan telah menggalakkan orang-orang Melayu
supaya mengikuti perkembangan dalam majalah dan akhbar seperti
al-Ikhwan yang mempunyai misi yang sama dengan Pengasuh.

Terdapat satu kenyataan di dalam Pengasuh berkenaan mengenai


derma khairat masjid Kota Baharu yang telah dipungut oleh Majlis
Agama Islam. Majalah ini telah mengkritik masyarakat melayu
kerana didapati di antara nama-nama penderma terdapat seorang
bukan melayu yang beragama Hindu yang bekerja sebagai tukang
dobi telah menderma lebih banyak dari orang-orang Islam sendiri.
Pengasuh juga telah berjuang memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa yang perlu dimuliakan oleh bangsa-bangsa asing
dan telah menyeru orang-orang Melayu supaya mengejar ilmu
pengetahuan. Hal ini adalah kerana untuk melindungi orang Melayu
dari dijajah oleh bangsa-bangsa asing.

8.

Koleksi Ulama Nusantara (Jilid1)


Sheikh Tahir Jalaluddin Al-Azhari Ahli Falak Dunia Melayu

Nama

lengkap

Syeikh

Muhammad

Tahir

bin

Muhammad

bin

Jalaluddin Ahmad bin Abdullah al-Minangkabawi al-Azhari. Beliau


lahir di Cangking, Minangkabau jam 4.45 bersamaan hari selasa
pada 4 Ramadhan 1286 H/8 Disember 1869 M. Telah wafat di Kuala
Kangsar, Perak pada 22 Rabiulawal 1376 H/26 Oktober 1956 M.
Pendidikan awal diterima pada tahun 1296 H/1879 M di Makkah
bersama Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Lathif dan telah dipelihara
oleh Syeikh Muhammad Saleh al-Kurdi. Syeikh Ahmad al-Fathani
juga termasuk salah seorang guru kepada Syeikh Tahir Jalaluddin.
Catatan perkahwinan beliau menunjukkan telah berkahwin
beberapa kali dan antara isteri-isterinya ialah Aisyah binti Syeikh
Muhammad bin Syeikh Ismail al-Khalidi, Kaltsum binti Haji Ibrahim,
Jamilah binti Haji Abdul Karim dan Aisyah binti Haji Mustafa bin
Datuk

Menteri

Sati.

Selain

yang

tersebut

masih

ada

lagi.

Penggembaraan beliau diantaranya adalah di beberapa kerajaan

Nusantara iaitu di Singapura pertama kali menjejakkan kaki pada 9


Ramadhan 1305 H/20 Mei 1888 M. Pengarang ingin menceritakan
bahawa Syeikh Tahir Jalaludin pernah menggembara di beberapa
Negara seperti Mekkah kemudian Mesir lalu menjejakkan kaki
kembali di tanah Melayu iaitu di beberapa buah negeri seperti
Singapura, Riau, dan Perak.
9.

Warisan Kelantan IV
Catatan Sepintas Lalu : Beberapa perbandingan Antara
Kelantan Minangkabau

Penulis menceritakan tentang beberapa perbandingan diantara


Kelantan dan Minangkabau yang sedikit sebanyak mempunyai
persamaan

khususnya

peranan

tokoh

ulama

dalam

bidang

pendidikan. Tokoh ulama yang terkenal di Kelantan adalah seperti


Tok Kenali, Haji Mohamad Said dan Haji Nik Mahmud Ismail
mempunyai persamaan dalam membawa pembaharuan bersamasama dengan Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Haji Abdullah Ahmad
dan Abdul Karim Amrullah yang telah membawa pembaharuan di
Tanah Minang dan khususnya Sheikh Tahir Jalaluddin di Tanah
Melayu di samping menegmukakan idea melakukan pembaharuan
melalui media massa. Hal ini menjadi keuntungan buat Kelantan
kerana menerusi idea yang dipelopori oleh Sheikh Tahir Jalaluddin
membuatkan Kelantan mempergunakan insitusi tradisional kerajaan
Kelantan sebagai alat bagi mempraktikan perubahan.
Sejarah Sheikh Tahir Jalaluddin tentang pendidikan awal yang
diterima olehnya adalah di Mekah dan Mesir. Hal ini turut menjadi
persamaan dengan tokoh ulama Kelantan seperti Tok Kenali yang
turut menerima pendidikan di Mekah dan juga Mesir dan dari situlah
bermulanya reformasi fikiran pembaharuan dalam kalangan mereka.
Dengan sekembalinya Sheikh Tahir Jalaluddin dari Mekah, maka satu
pembaharuan pemikiran telah bermula menerusi majalah al-Imam

dipropagandakan juga penubuhan Madrasah Al-Iqbal di Tanglin


Street Singapura. Pembaharuan Pemikiran Islam dan perubahan
sistem pendidikan bukan sahaja terjadi di Singapura tetapi juga di
tanah asal Sheikh Tahir Jalaluddin di tanah Minangkabau di mana
murid-murid beliau adalah seperti Sheikh Haji Abduh Karimamrullah.
10.

Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan


Gerakan Ulama Reformis

Sebuah buku yang menjelaskan tentang gerakan kebangkitan umat


Islam pada abad ke-20 yang bermula daripada kemunculan tokohtokoh reformis Islam lulusan Mekah dan Mesir. Antara sumbangan
besar daripada gerakan reformis yang diketengahkan oleh penulis
ialah penubuhan madrasah yang merupakan sistem pendidikan
Islam yang tersusun menggantikan pendidikan pondok, penerbitan
majalah-majalah dan penubuhan kelab-kelab Islam sehingga dapat
disimpulkan

sebagai

bermulanya

gerakan

nasionalis

atau

ulama

tudak

kemerdekaan di kalangan orang Melayu.


Menerusi

penerbitan

majalah,

para

meminggirkan usaha untuk merangsang minda generasi yang lebih


dewasa melalui akhbar-akhbar. Penerbitan al-Imam amat penting
dalam sejarah kemerdekaan Negara dimana tokoh utama yang
muncul di sebalik al-Imam ialah murid-murid Sheikh Ahmad alFathani iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi, dan Sheikh
Abbas Taha. Tujuan al-Imam ini ialah mengingatkan mana yang
lalai dan menjaga mana yang tidur dan menunjukkan mana yang
sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan.
Akhbar ini adalah untuk mengajak umat Islam supaya kembali
kepada al-Quran dan Sunnah.
Sheikh Tahir Jalaluddin juga terlibat dalam terbitan akhbar alIkhwan bersama-sama sahabatnya iaitu Syed Sheikh al-Hadi pada

tahun1925 dan selepas itu telah berlaku perlambakan majalah,


akhbar-akhbar, novel dan lain-lain yang mana tujuannya adalah
sama iaitu untuk membetnuk pemikiran baru umat Islam yang lebih
maju, dan matang.
11.

Radikalisme Melayu Perak 1945-1970


Aliran Pemikiran Radikalisme Melayu

Penulis mendedahkan tentang keterlibatan Sheikh Tahir Jalaluddin


dalam gerakan Ikhwanul Muslimin yang mana aliran pemikiran ini
bermula melalui gerakan Ikhwanul Muslimin di bawah kepimpinan
para ulama reformis seperti al-Syahid Hassan al-Banna dan alSyahid

Syed

Qutub

telah

dapat

menanam

dan

meledakkan

semangat gerakan Islam untuk menentang penjajah Barat di Bumi


Mesir pada waktu itu. Gerakan Ikhwanul Muslimin merupakan
sebuah wahana yang menghubungkan masyarakat Melayu dengan
dunia Islam dan secara tidak langsung memainkan peranan penting
dalam mendidik dan membentuk minda masyarakat Melayu agar
menjiwai Islam secara lebih mendalam.
Kehadiran

tokoh

ulama

tempatan

seperti

Sheikh

Tahir

Jalaluddin , Sheikh Junid Thala dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir melalui
insitusi

madrasah

berjaya

mendapat

sambutan

yang

cukup

menggalakkan dalam kalangan masyarakat Melayu. Kepimpinan dan


keilmuan dalam kalangan ulama Melayu ini bukan sekadar menjadi
guru pondok, namun mereka juga bertindak sebagai penasihat dan
pakar rujuk masyarakat. Semangat jihad yang diperjuangkan
gerakan Ikhwanul Muslimin tersebar di Tanah Melayu melalui Sheikh
Tahir Jalaluddin pada tahun 1896-1956 yang pernah menuntut ilmu
di Timur Tengah. Beliau dibantu oleh Sheikh Muhammad Salim alKalali, Syed Sheikh Al-Hadi, Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas
Muhammad Taha.

Dalam buku ini juga menekankan tentang Sheikh Tahir


Jalaluddin yang memainkan peranan sebagai ulama dalam sistem
pendidikan Islam dimana telah membuka minda dan memajukan
pemikiran masyarakat Melayu pada waktu itu. Beliau diterima
sebagai pakar rujuk dan pemimpin yang boleh mewujudkan
penjajaran semula daya dalam masyarakat. Hal ini telah membentuk
kehidupan baru sehingga perjalanan komuniti atau perkampungan
yang berkisar kepada persekolahan dan ulama pondok mengalami
transformasi dari segi bentuk dan isi.
12.

Jurnal Pengajian Melayu


Pengaruh Tafsir Al-Manar dan Kesannya kepada Perjuangan
Reformis Tempatan memartabatkan Pendidikan Orang-orang
Melayu

Artikel

ini

membincangkan

tentang

pengaruh

Tafsir

al-Manar

mengenai isu-isu pendidikan orang Melayu yang ditekankan oleh


mereka yang mempunyai pemikiran yang dipengaruhi oleh Tafsir alManar itu sendiri. Tafsir al-Manar ini adalah mengenai idea
pembaharuan dalam segenap aspek, agama, politik, sosial, dan
kemasyarakatan. Kelahiran tafsir ini berjaya mencetus perubahan
terutamanya terhadap pemikiran orang-orang Melayu. Antara isu-isu
yang banyak diketengahkan adalah tentang isu pendidikan dimana
ulama-ulama tempatan seperti Sheikh Tahir Jalaluddin al-Azhari dan
rakan-rakannya perjuangkan.
Pandangan dan saranan khususnya yang berkaitan dengan
kpentingan pendidikan yang dikemukakan dalam majalah al-Manar
dan Tafsir al-Manar disebarkan kepada masyarakat tempatan dalam
pelbagai bentuk samada ucapan atau tulisan. Sheikh Tahir Jalaluddin
berpendapat bahawa antara punca kemunduran umat Islam adalah
melalui kegagalan umat Islam menuntut ilmu pengetahuan yang
dituntut oleh Islam dengan lebih mendalam. Kekurangan ilmu

pengetahuan tentang Islam ini menyebabkan mereka gagal berbakti


kepada

diri,

agama

dan

Negara.

Namun,

permasalahan

ini

mencetuskan perbezaan pendapat dengan ulama tradisional yang


hanya

memberi

fokus

kepada

kepada

ilmu-ilmu

agamadan

ketuhanan sahaja dan menolak sistem pendidikan secular barat.


Bagi mengatasi permasalahan ini, ulama aliran al-Manar
seperti Sheikh Tahir Jalaluddin dan lain-lain memberi galakan kepada
orang-orang

Melayu

supaya

mempelajari

segala

jenis

ilmu

pengetahuan seperti psikologi, pendidikan, perubatan, astronomi


dan lain-lain kerana menurut beliau Tuhan tidak menjadikan setiap
perkara di alam ini sia-sia. Oleh itu khazanah alam perlu dikaji
berdasarkan ilmu yang akhirnya menimbulkan kenyakinan yang
teguh kepada pencipta. Sesungguhnya pengaruh al-Manar dan
kesannya dalam perjuangan memartabatkan pendidikan orangorang Melayu adalah amat jelas.
13.

Jurnal Al-Muqaddimah
Sheikh Tahir Jalaluddin dan Karya Bertulisan Jawi Beliau di
Arkib Negara Malaysia

Dalam artikel ini dapat dilihat mengenai karya-karya hasil nukilan


Sheikh Tahir Jalaluddin adalah menlambangkan kepada pemikiran
dan kecenderungan beliau terhadap sesebuah seperti falak dan
gerakan

pembaharuan.

perkembangan

tulisan

Pengarang
jawi

ini

juga

dikenali

mejelaskan
menerusi

tentang
teori-teori

kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah berkaitan kepada


kelahiran tulisan Jawi di Tanah Melayu ini. Sheikh Tahir Jalaluddin
banyak menulis karyanya dalam tulisan Jawi pada abad ke-20
dimana pengkaji dapat mengkaji dan memilih beberapa karya untuk
dijadikan sampel bagi mengkaji tulisan Jawi yang digunakan oleh
tokoh ini.

Pengarang mendapati bahawa

terdapat 1916 bahan dalam

koleksi persendiriann Sheikh Tahir Jalaluddin yang terdapat dalam


Arkib Negara Malaysia. Selain daripada penulisan karya bertulisan
Jawi, beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku yang
diterbitkan di Pulau Pinangbagi menyebarkan pandangan golongan
reformis serta untuk menangkis pandangan Kaum Tua iaitu Ulama
Tradisional

yang

umumnya

telah

mempengaruhi

pandangan

golongan Istana di Negeri-negeri Melayu pada masa itu. Antara buku


terbitan beliau adalah Takyit Tazkirat Mutabbi al-Sunnat dan Risalah
Penebas Atas Bidaah.
Hasil daripada pengkajian pengarang ini adalah bahawa telah
menklasifikasikan

koleksi

persendirian

Sheikh

Tahir

Jalaluddin

berdasarkan tiga subjek utama iaitu berdasarkan versi atau bahasa,


tahun dan bidang. Tambahan pula, pemgarang mengkategorikan
versi atau bahasa kepada enam iaitu versi Melayu-Jawi, versi Arab,
versi Melayu-Jawi dan Arab atau Arab dan Melayu-Jawi, bahasa
Inggeris, versi campuran serta versi tidak pasti dimana masingmasing mempunyai hasil jumlahnya yang tersendiri. Sheikh Tahir
juga menulis dalam banyak bidang seperti ibadat atau soal jawab
agama, fiqh atau falak, sejarah atau Sejarah Islam, pendidikan dan
lain-lain. Beliau merupakan seorang tokoh yang sangat aktif dalam
menulis dan kebanyakan hasil tulisan adalah tulisan Jawi.
14

Jurnal al-Hikmah
Ulasan Buku

Penulis mengulas tentang sebuah buku yang bertajuk

Islam

Embedded : The Historical Development of the Pan Malaysian


Islamic Party PAS (1951-2003) yang mana buku itu adalah berkisar
tentang sejarah perjuangan dan perkembangan PAS yang bermula
pada tahap awal kemunculan , penubuhan dan perkembangannya
sehinggalah ke tahun-tahun terakhir iaitu pada tahun 2013. Di

dalam buku ini telah dipaparkan mengenai isu peranan Islam di


dalam

perkembangan

politik

Melayu-Muslim

moden.

Konflik

pemahaman dan pendekatan antara Kaum Tua dan Kaum Muda


menjadi titik penceritaan menerusi tokoh-tokoh seperti Sheikh Tahir
Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi, Haji Abbas Mohd Taha dan lain-lain
lagi serta media yang mereka gunakan untuk menyebarkan
reformasi yang diperjuangkan. Melalui perjuangan ini telah muncul
gerakan-gerakan radikal di Tanah Melayu dan Hizbul Muslimin yang
dianggap

sebagai

ibu

keponakan

asal

kepada

PAS

yang

kemudiannya diharamkan oleh British.


15

Artikel Persatuan Sejarah


Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki, Pelopor Gerakan
Islah Islamiyyah di Tanah Melayu

Artikel ini menjelaskan tentang kehidupan seorang tokoh reformis


Islam yang mana pada awalnya pemikiran beliau dipengaruhi oleh
tokoh Islah iaitu Sayyid Jamal ad-Din al-Afghani dan Muhammad
Abduh. Konsep Islah yang diperjuangkan oleh kedua orang tokoh ini
menarik minat beliau untuk mendalami pengetahuannya dalam
bidang itu. Selama 20 tahun menuntut ilmu di Mekah, beliau
berkesempatan menjadi seorang mutawif bagi orang-orang Jawi
menunaikan Haji sambil berkesempatan menurunkan kitab-kitab
agama dari Mekah untuk dijual di Pulau Pinang. Selain dikenali di
Mekah, Sheikh Tahir Jalaluddin juga dikenali di Perak. Hal ini adalah
kerana kealiman dan keahliannya dalam ilmu falak, maka beliau
dilantik menjadi Pemeriksa Kiblat Masjid oleh Sultan Perak dan diberi
kuasa mengarah Penghulu, Kadi dan Naib Kadi di Perak supaya
menurut aturan kiblat yang telah ditetapkannya.
Kealiman beliau dalam ilmu agama ini juga menyebabkan
Sultan Perak berkenan melantik beliau menjadi Ahli Masyuarat
Orang-orang Besar dan Ulama Perak. Di Johor pula, Sheikh Tahir

Jalaluddin menjadi seorang guru agama di Sekolah Agama Johor


Baharu dan menjadi Pemeriksa Pelajaran Agama untuk daerah Muar
dan Batu Pahat. Beliau juga diberi jawatan sebagai guru ilmu falak di
Jabatan Agama Johor. Sheikh Tahir Jalaluddin berpendapat bahawa
orang Islam di alam Melayu ini sering terpengaruh dengan pemikiran
barat tanpa merujuk kepada al-quran dan as-sunnah dahulu. Dalam
bukunya Kai tata-qaddama ummatul-Melayu atau Bagaimana
caranya orang Melayu hendak maju dimana telah menegur sikapsikap orang Melayu yang terlalu terikut-ikut dengan adat orang Arab.
Beliau juga telah menyarankan agar sistem pentadbiran
agama dirombak semula kerana menampakkan gejala kelemahan
dan kejatuhannya seperti para golongan ahli ulama tidak perlu
untuk melakukan perubahan kerana diri mereka disanjung mulia
oleh masyarakat. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana akan
menyebabkan

percanggahan

umat

Islam.

Langkah

untuk

memperbetulkan ini adalah bergantung kepada inisiatif dan daya


usaha ketua agama kerana menurut beliau langkah itulah yang
memelihara

agama

mereka.

Tambahan

pula,

beliau

sangat

mengambil berat tentang sistem pembelajaran sekolah-sekolah dan


menyarankan agar kaedah pembelajaran yang digunakan perlulah
mengikut kesesuaian zaman dan perkembangan alam fikiran kanakkanak yang mendapat pendidikan Barat.

16

Jurnal

Transformasi

Pemikiran

Pembaharuan

dan

Modeisme di Malaysia : Satu Penitian Awal


Jurnal ini mengupas tentang perkembangan pemikiran Islam melalui
proses perubahan bentuk dan corak pemikiran Islam di dunia Islam.
Dalam konteks Malaysia, benih-benih kebangkitan semula melalui
perkembangan pemikiran dan aliran modenisme ini dapat dilihat
melalui penerbitan majalah berkala yang paling awal iaitu Al-Imam

pada tahun 1906-1908. Majalah ini diusahakan oleh sekumpulan


intektual ulama pembaharuan Muslim yang berpusat di Singapura,
terdiri daripada Sheikh Muhammad al-Kalali, Syeikh Muhammad bin
Aqil, Haji Abbas bin Muhammad Taha (1885-1945), Sayyid Syeikh alHadi (1867-1934), dan Sheikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin alAzhari (1869-1957). Kumpulan ini dipanggil Kaum Muda, atau
golongan berfahaman reformis berbeza dengan Kaum Tua yang
identitinya tradisionalis-konservatif. Terma Kaum Muda dan Tua tidak
dapat dipastikan dengan tepat bila dan siapa mula-mula memakai
gelaran ini. Menurut Roff, terma Kaum Muda dan Tua ini mempunyai
makna yang berbagai-bagai sebagaimana yang digunakan oleh
orang Melayu di Malaya. Namun Roff tidak menggunakan terma
Kaum Muda dengan maksud khusus kepada modenis tetapi lebih
umum kepada reformis Islam dan jelas bagi beliau gerakan modenis
(reformis) Kaum Muda di Tanah Melayu tidak pernah berjaya
membawa

kepada

sokongan

massa

yang

hebat

ke

arah

menyemarakkan protes sosial atau politik.


17

Syeikh Tahir Jalaluddin Pemikir Islam


Syeikh Tahir Jalaluddin dan Persoalan Epistemologi Islam

Sheikh Tahir Jalaluddin secara holistiknya telah berjaya menguasai


berbagai-bagai bidang ilmu antaranya Fiqh, Tauhid, Saraf, Bayan,
Falak

dan

lain-lain.

Antara

yang

menariknya

adalah

beliau

mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Belanda. Beliau amat peka


dengan pandangan futuristik yang berkaitan isu globalisasi dengan
maksud kehadiran tanpa diundang kuasa-kuasa penjajah Barat
seperti Inggeris dan Belanda di Alam Melayu. Fikiran kritisnya persis
membayangkan kewujudan anak-anak watannya yang akan menjadi
pak turut atau tali barut Benggali Putih di bawah dasar divide dan
rule yang angkuh dan rakus itu. Menurut beliau, keupayaan
menguasai bahasa ibunda kedua-dua penjajah tersebut sebagai

salah satu prasyarat untuk membolehkan mampu beraksi di pentas


perjuangan kebebasan dan kemerdekaan.
Secara

lazimnya,

sikap

dan

sifat

prihatin

Sheikh

Tahir

Jalaluddin terhadap konsep epistemologi dalam kalangan intelektual


Melayu mendapat perhatian yang amat serius daripada beliau.
Keseriusan

yang

keintektualan.

dimaksudkan

Menurut

beliau

ialah
termasuk

dari

aspek

disiplin

di

dalamnya

kualiti

keterampilan agamawan dalam membawa imej konstruktif terhadap


Islam sebagai agama agung yang sempurna lagi sesuai dalam
pelbagai situasi dan keadaan. Kritikan beliau dapat dilihat menerusi
rencana

bersiri

di

dalam

majalah

Al-Ikhwan

yang

berjudul

Membetulkan Perjalanan Agama atau Peraturan Perjalanan Kaum


Islam.
18

Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat


Balai cerap astrofiqh di Malaysia : Kesinambungan ilmu falak
syarie dari Asia Barat

Jurnal ini melihat kepada perkembangan Balai Cerap Astrofiqh di


Malaysia yang merupakan satu kesinambungan ilmu falak dari Asia
Barat. Kesinambungan ini pada mulanya datang dari para ulama
alam Melayu. Para ulama ini telah menuntut ilmu falak di Asia Barat
seperti Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari (1710-1812M), Sheikh
Mohammad Tahir Jalaluddin (1969-1956M), Sheikh Mohammad bin
Ismail Daud al-Fatani dan Sheikh Abdullah Fahim dan ramai lagi.
Mereka juga merupakan ulama yang arif dalam bidang ilmu fiqh di
samping turut menguasai bidang ilmu falak sepertimana AlKhawarizmi, Al-Kindi, Al-Batani, Al-Fazari, Al- Buzjani dan lain-lain
lagi.
Sheikh Mohammad Tahir Jalauddin merupakan ulama falak
yang kedua selepas Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari. Beliau

dikenali sebagai Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki alAzhari. Permulaan beliau menuntut ilmu falak adalah semasa beliau
menuntut ilmu di Mesir, Universiti al-Azhar. Selain dari ilmu falak,
beliau juga turut mempelajari bidang ilmu yang lain seperti ilmu alQuran dan hadis, tauhid, fiqh dan usul fiqh, tafsir dan ilmu hisab. Di
dalam jurnal ini juga ada menceritakan tentang nama sesebuah
pusat Balai cerap astrofiqh diambil sempena nama-nama ulama
alam melayu dalam ilmu falak antaranya ialah Pusat Falak Sheikh
Tahir yang terletak di Pulau Pinang mengambil nama tokoh falak
negara kita iaitu Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin (1869-1956M).
Sheikh Tahir juga telah menulis hasil karangan beliau iaitu
Natijah

al-Umur

dan

Jadual

Pati

Kiraan.

Natijah

al-Umur

ini

membincangkan tentang kaedah-kaedah pengiraan dalam kalendar


Hijri dan Gregorian, kaedah penentuan arah kiblat dan pengiraan
waktu solat. Manakala Jadual Pati Kiraan telah menunjukkan kaedah
pengiraan waktu solat dan penentuan arah kiblat. Kesemua warisan
yang telah ditinggalkan oleh ulama falak ini telah menjadi rujukan
ahli-ahli falak dan akademik masa kini untuk disebarkan kepada
masyarakat.
19

Jurnal Sain Sosial dan Kemanusiaan


Mesir dan Hubungan awal dengan Masyarakat Melayu

Hubungan Mesir dengan masyarakat Melayu ini dapat dilihat melalui


pelbagai aspek antaranya perdagangan, pendidikan, ekonomi dan
politik. Ingin difokuskan disini adalah dari aspek pemdidikan.
Kemajuan

sesebuah

perkembangan

dalam

kerajaan
bidang

amat

bergantung

intelektual

khusunya

kepada
bidang

pendidikan. Hubungan pendidikan antra Mesir dengan Alam Melayu


ini dapat dilihat menerusi peristiwa pemergian pelajar Melayu ke
Mesir untuk menyambung pengajian. Hal ini dapat dilihat menerusi
tokoh-tokoh ulama yang melanjutkan pelajaran di Mesir, Universiti

al-Azhar seperti Sheikh Tahir Jalaluddin.

Universiti al-Azhar bukan

sahaja merupakan universiti tertua di dunia, tetapi alumni universiti


tersebut juga berjumlah puluhan ribu orang dari seluruh dunia.
Namun begitu, hubungan Mesir dengan masyarakat Melayu
dalam bidang pendidikan hanya berlaku secara aktif pada tahun
1890-an. Sheikh Tahir Jalaluddin merupakan salah satu penuntut di
universiti tersebut selama 12 tahun. Penetapan beliau yang sangat
lama di Mesir telah menyebabkan beliau mengikut pemikiran Islah
yang tujuannya mengikut kepada pemikiran berlandaskan al-Quran
dan as-Sunnah. Konsep Islah ini dapat dilihat menerusi akhbar dan
majalah islah yang terbit pada waktu itu. Antara intipatinya
berkenaan penyalahgunaan konsep Qadak dan Qadar terutama
mereka yang menggelar diri mereka sebagai guru agama. Di dalam
rencana tentang Qadak dan Qadar yang diketengahkan oleh beliau
menerangkan tentang kejayaan manusia di dunia ini berpunca
daripada usaha dan ikhtiarnya dan tidak ada kaitan sama sekali
dengan faktor Qadak dan Qadar.
20

Jurnal Pengajian Media Malaysia


Majalah terbitan Al-Arqam dalam penerbitan majalah agama

di Malaysia
Perkembangan majalah berunsurkan agama pada abad ke-20
menyumbang kepada perkembangan tradisi penulisan dalam bidang
agama. Pelopor penerbitan majalah Islam adalah mereka yang latar
belakangnya mempunyai pengalaman menuntut ilmu di Timur
Tengah iaitu Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin al-Azhari dari
Minangkabau yang menjadi pengarang al-Imam yang pertama. Hasil
dari majalah al-Imam itu adalah merupakan satu permulaan untuk
majalah lain diterbitkan pada masa akan datang seperti al-Arqam.
Majalah-majalah lain yang diterbitkan adalah seperti Pengasuh, alManar, dan lain-lain.

Selain jabatan agama yang terbitkan majalah, majalah agama


juga diterbitkan oleh Persatuan kebudayaan dan kebajikan. Maka
perkembangan

tokoh

ulama

dalam

penulisan

majalah

ini

menunjukkan perkembangan yang lebih mendalam terutama di


Malaysia dalam penerbitan majalah agama berbentuk tulisan jawi .
Umumnya al-Arqam ini adalah suatu badan dakwah islamiah yang
cergas

dalam

penerbitan

majalah

di

Negara

ini

dimana

isi

kandungannya adalah sama dengan al-Imam Cuma diperbaharui


mengikut kehendak zaman.

RUJUKAN
Alias Mohamed. 1984. Gerakan Sosial & Politik Kelantan. Insular
Publishing House. Kuala Lumpur.
Abu Hanifah Haris & Mohammad Redzuan Othman. 2014. Mesir dan
Hubungan Awal dengan Masyarakat Melayu. Jurnal of Sciences
and Humanities 1(1) : 57-72
Abd Latif Juffri & Masnorindah Mohd Masry. 2010. 40 Tokoh Ulama
Johor. Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat.
Johor

Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty


Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad,
Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail &
Zamri

Arifin.

2011.

Ulama

Pemacu

Transformasi

Negara.

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV, hlmn. 272-278.


Farid Mat Zain, Jaffary Awang & Rabitah Mohd Ghazali. 2006.
Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu. Prosiding Nadwah
Ulama Nusantara 111. Hlm. 365-374.
Ibnor Azli Ibrahim, Mohd Razlan Ahmad & Mohd Hafiz Safiai. 2013.
Balai Cerap Astrofiqh di Malaysia: Kesinambungan Ilmu Falak
Syarie dari Asia Barat. Jurnal Antarabangsa Asia Barat. 5(2) :
35-50
Ismail Che Daud. 1988. Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung (1). Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Kota Bharu.
Ismail

Mat.

1992.

Ulama

Silam

dalam

Kenangan.

Universiti

Kebangsaan Malaysia. Bangi.


Ishak Saat. 2011. Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Universiti
Sains Malaysia. Pulau Pinang.
Kamarudin Salleh. 2012. Transformasi Pemikiran Pembaharuan dan
Modenisme di Malaysia : Satu Penelitian Awal. Jurnal Pemikiran
Islam Antrabangsa. Jil 2 : 23-37
Kamarudin Salleh. 2014. Ulasan Buku. Jurnal al-Hikmah 6(1) : 136140

Mohd Sarim Haji Mustajab. 1977. Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin


al-Falaki , Pelopor Gerakan Islah Islamiyyah di Tanah Melayu.
Persatuan Sejarah Malaysia.
Mustaffa Abdullah. 2012. Pengaruh Tafsir al-Manar dan Kesannya
kepada

perjuangan

Reformis

Tempatan

memartabatkan

pendidikan orang-orang Melayu. Jurnal Pengajian Melayu jil 19 :


108-125
Nik Mohamed. 1985. Warisan Kelantan IV. United Selangor Press Sdn
Bhd. Kuala Lumpur.
Noorzahidah Mohd Zain & Ahmad Faisal. 2014. Sheikh Tahir
Jalaluddin dan Karya Bertulisan Jawi Beliau di Arkib Negara
Malaysia. Jurnal al-Muqaddimah. 2(1) : 29-38
Riduan Mohanad Nor & Nohd Fadli Ghani. Ulama Dalam sorotan
Perjuangan Kemerdekaan. MHI Publication. Selangor
Roosfa Hashim. t.th. Majalah Terbitan al-Arqam dalam penerbitan
Majalah Agama di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia
hlmn : 33-45
Sohaimi Abdul Aziz. 2003. Sheikh Tahir Jalaluddin Pemikir Islam.
Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang
Tajuddin Saman. Tokoh Ulama Nusantara. Berita Publishing Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur
Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2004. Koleksi Ulama Nusantara Jilid 1.
Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah
Fathaniyah. Kuala Lumpur.

You might also like