You are on page 1of 25

1.

0 PENGENALAN KEPADA EKONOMI KAPITALIS


Mengikut sejarah, pedagang- pedagang Inggeris telah sampai ke Asia Tenggara sejak
abad ke- 16 lagi. Oleh itu, pedagang-pedagang Inggeris ini telah menubuhkan Syarikat
Hindia Timur Inggeris pada tahun 1600 di Tanah Melayu yang bertujuan untuk
menguruskan perdagangan mereka di Asia Tenggara. Penjajahan British di Tanah
Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan antara kuasa Barat untuk
menguasai tanah jajahan dan mengekploitasi kegiatan ekonomi di Asia Tenggara
terutamanya pada abad ke-19.
Akibat daripada revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah, hal ini
menyebabkan kuasa-kuasa barat berupaya untuk mencari sebuah tempat yang boleh
mendatangkan keuntungan kepada mereka. Kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu
merupakan satu faktor yang menyebabkan kuasa asing ini berebut-rebut untuk
menguasai Kepulauan Melayu untuk memenuhi keperluan industri mereka. Pertapakan
British di Negeri-Negeri Melayu telah membawa kepada pengenalan sistem ekonomi
kapitalis. British telah mengubah sistem ekonomi Melayu yang bercorak tradisional
kepada sistem ekonomi kapitalis. Kewujudan kuasa kolonial barat di Tanah Melayu
pada kurun ke- 19 , telah membawa banyak perubahan dalam aspek politik dan sosio
ekonomi masyarakat Melayu.
Ekonomi kapitalis boleh didefinisikan sebagai ekonomi yang menjadikan unsur
pengeluaran menjadi hak milik orang persendirian yang bebas untuk memiliki harta bagi
meraih keuntungan. Kuasa kolonial British memperkenalkan sistem ekonomi yang
menggunakan nilai ringgit yang tinggi. Hal ini terus mengalihkan asas ekonomi sistem
pertanian feudal kepada sistem ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis ini telah
wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran
mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan pihak British
mempunyai teknologi yang lebih maju dan canggih.
Salah satu perkembangan yang nyata, dapat dilihat dalam sektor perdagangan
dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi kapitalis ini tidak mementingkan
kebajikan rakyat malah sistem ini diperkenalkan oleh British adalah untuk mendominasi
kekayaan hasil bumi demi kepentingan sendiri. Pengeksploitasian ekonomi akibat
pengenalan ekonomi kapitalis hanya menguntungkan pihak kolonial British sahaja,
1

manakala bagi masyarakat setempat pula kekuasaan mereka semakin kurang dan
seterusnya akan terhapus. Pengenalan sistem ekonomi baru iaitu sistem ekonomi
kapitalis bagai mencerut leher masyarakat tempatan kerana mereka menghadapi
masalah kekurangan modal dari pelbagai segi.
Lantas, pihak kolonial British terus mendominasi hasil ekonomi di bumi Melayu.
Meskipun ekonomi Tanah Melayu berkembang pesat dan maju pada suku akhir kurun
ke-19, namun ekonomi kapitalis ini ternyata telah merubah lanskap politik dan
sosioekonomi negeri-negeri di Malaysia. Hal ini jelas dibuktikan menerusi perubahanperubahan yang muncul di Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang.

1.1 Pengenalan Terhadap Perindustrian


Bermula zaman Adam Smith (1776), ahli-ahli ekonomi sentiasa memikirkan
apakah

penentu-penentu

kemajuan

dan

kemakmuran

negara.

Mereka

berpendapat bahawa kemakmuran negara adalah objektif utama kepada semua


negara sama ada kaya atau miskin. Inilah cabaran pembangunan yang
membawa kepada perjuangan politik selepas Perang Dunia Kedua dan
kemunculan beberapa buah negara baru.
Pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an, penekanan utama objektif dan
dasar-dasar pembangunan ialah ke arah memajukan sosioekonomi dan
infrastruktur negara yang baru merdeka. Resolusi dari satu Persidangan BangsaBangsa Bersatu telah melancarkan Dekad Pembangunan bagi tahun 1960-an
dengan matlamat hendak mencapai kadar pertumbuhan ekonomi sekurangkurangnya lima peratus setahun bagi negara-negara ini.
Namun pada tahun-tahun 1970-an juga 1980-an ini, pokok persoalan
pembangunan bukan lagi setakat perkembangan ekonomi semata-mata tetapi
meliputi semua segi baik politik, sosial, budaya, pentadbiran, ekologi dan alam
sekitar. Ahli-ahli sains sosial pada amnya tidak lagi hanya mencari idea bagi
membangunkan negara sahaja tetapi telah menimbangkan juga berbagai-bagai
kos sama ada berbentuk politik, sosial, budaya atau ekonomi yang akan
2

ditanggung di masa kini dan di masa-masa akan datang. Berikutan dengan


inilah, maka timbul perbahasan-perbahasan mengenai dasar mana yang lebik
baik berbanding dengan dasar yang lagi satu.
Dalam konteks ini disenaraikan dasar-dasar pembangunan yang menjadi
perbahasan umum dikalangan ahli-ahli ekonomi pembangunan dan pakar-pakar
lain dalam kajian pembangunan. Dasar-dasar itu adalah antara keutamaan
pertanian berbanding dengan penekanan perindustrian, pembinaan industri
gantian import berbanding dengan industri galakan eksport, kepentingan
produktiviti, faktor atau memberi peluang-peluang pekerjaan yang banyak
kepada buruh dan sebagainya.
Di dalam bab ini kami akan mengkaji suatu isu dasar yang khusus yang
difikirkan amat sesuai kepada masyarakat membangun seperti Malaysia. Isu
yang

dimaksudkan

itu

ialah

isu

perindustrian.

Perancang-perancang

pembangunan juga pembuat-pembuat dasar sering mempunyai kecenderungan


untuk menghubungkan pembangunan dengan perindustrian. Industri ini telah
terbukti sebagai strategi yang berkesan dalam memajukan negara-negara
seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman Barat, Jepun dan juga Soviet
Russia telah memperolehi kedudukan istimewa di dunia dan berkuasa menerusi
kemajuan industri dan teknologi mereka. Mereka telah berjaya menukar struktur
ekonomi dari corak pertanian kepada perindustrian dan kini telah menjadi
negara-negara yang mempunyai kilang-kilang gergasi di dunia.
Di sebalik negara-negara yang kurang maju pada hari ini masih lagi
merupakan masyarakat pertanian dan menggunakan teknologi-teknologi yang
tidak moden. Taraf hidup dalam masyarakat pertanian ini didapati lebih rendah
daripada masyarakat perindustrian. Justeru itu, pembangunan secara langsung
dihubungkan dengan perindustrian, dan kerendahan taraf hidup disebabkan oleh
kerendahan taraf perindustrian. Malahan Karl Marx membuat kenyataan bahawa
Negara-negara yang mempunyai industri maju memberi gambaran kepada
negara-negara kurang maju tentang masa hadapan mereka (Marx, 1957).
Dalam pada itu, kita mestilah sedar bahawa perindustrian bukan matlamat
akhir kita, ia hanya satu daripada jalan-jalan mencapai matlamat akhir iaitu
pembangunan sosio-politik-ekonomi dan budaya negara. Kita juga perlu sedar
3

bahawa tidak ada percanggahan besar di antara pembangunan pertanian dan


perindustrian. Walaupun boleh berlaku persaingan di antara keduanya untuk
mendapatkan suatu sumber yang terhad seperti buruh, modal, usahawan,
pentadbiran dan sebagainya. Namun kita masih boleh memajukan industriindustri yang tidak bercanggah dengan pembangunan pertanian atau yang
menjadi penggenap kepadanya.
Asas bagi negara-negara untuk memilih perindustrian amat banyak. Jika
pengeluaran pertanian tertakluk kepada hukum pulangan bertambah kurang,
pengeluaran industri sebaliknya tertakluk kepada hukum pulangan bertambah
lebih. Jika pertanian hanya mempunyai gabungan modenisasi dan pelajaran
yang rendah, perindustrian pula mempunyai gabungan modenisasi dan pelajaran
yang tinggi. Industri memerlukan paras kemahiran dan teknologi yang tinggi yang
mendorong manusia mengemaskini kemahiran mereka.
Pengeluaran tani lebih mempunyai unsur berintensif tanah manakala
pengeluaran industri lebih berunsur intensif kemahiran. Oleh sebab itu, hasilan
pertanian adalah terhad ( oleh keadaan dan pembukaan tanah ) sedangkan
hasilan industri tidak terhad. Ia tidak mempunyai batas-batas dalam pengeluaran
dan pengembangan daya pengeluaran. Kebenaran ini lebih tepat bagi sebuah
ekonomi terbuka yang tidak dihadkan oleh pasaran tempatan yang sempit.
Di bidang permintaan, barang-barang pertanian sering mengalami
kejatuhan permintaan, manakala permintaan ke atas barang-barang industri
selalu bersifat anjal dengan pendapatan. Ini menepati dengan kenyataan prinsip
Engel bahawa apabila pendapatan perkapita meningkat dan manusia menjadi
kaya, mereka cenderung berbelanja lebih ke atas barang-barang bukan
pertanian. Di samping itu, pengalaman-pengalaman negara membangun
membuktikan

bahawa

kadar

syarat

perdagangan

antarabangsa

lebih

menguntungkan pengeluar dan pengeksport barang-barang industri daripada


barang-barang pertanian. Alasan-alasan yang dinyatakan di atas menunjukkan
bahawa perindustrian mempunyai masa depan yang lebih cerah dalam
pembangunan negara.

1.2 Pengenalan Terhadap Pos dan Telegraf


Teknologi telegraf sebenarnya telah diperkenalkan pada 1937 oleh Samuel
Morse dan kemudian mempatenkan sistem telegraf itu. Telegraf yang
menggunakan kod Morse bagi menyampaikan pesanan dikenali juga sebagai
alat

'ketuk-ketuk'

kerana

pengguna

terpaksa

mengetuk-ngetuk

untuk

menyampaikan bahasa isyarat mengikut kod itu.


Telegraf telah mula digunakan di negara ini sejak 1870-an iaitu pada
zaman kolonial. Ia diperkenalkan bertujuan membolehkan perhubungan
pegawai-pegawai British dengan dunia luar. Sejarah telekomunikasi negara
bermula dengan pengenalan perkhidmatan pos dan telegraf yang ketika itu
dianggap sebagai satu perkhidmatan saling berkait dan telefon pertama muncul
di tanah air pada tahun 1874 yang dipasang di kediaman Residen British di
Perak.
Pada tahun 1876, satu talian telegraf sepanjang 43.2 km telah dipasang
merentangi hutan Bukit Berapit dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar
sehingga pejabat pembantu Residen di Taiping. Pemasangan talian tersebut
telah memberikan pulangan yang baik kepada Jabatan Pos dan Telegraf yang
mempunyai pejabat di Taiping dan ia menjadi titik tolak berkembangnya teknologi
telekomunikasi di negara ini.
Teknologi telekomunikasi tersebut kemudiannya berkembang sehinggalah
zaman penjajahan Jepun yang mana menyaksikan banyak talian dan set telefon
dirosakkan kecuali untuk kegunaan pemerintahan Jepun di negara ini.

2.0 KESAN EKONOMI KAPITALIS TERHADAP PERINDUSTRIAN DI TANAH


MELAYU
Kegiatan ekonomi tanah Melayu pada zaman penjajahan British lebih tertumpu kepada
kegiatan perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Oleh sebab itu,
5

perkembangan eksport kedua-dua hasil tersebut menjadi pengerak utama kepada


pertumbuhan ekonomi dan kegiatan perniagaan ekonomi tempatan. Termasuk
pembinaan kemudahan infrastuktur, khususnya di kawasan-kawasan lombong bijih
timah dan ladang getah. Selain daripada perlombongan bijih timah, kegiatan
melombong emas, bijih besi, arang batu dan bauksit turut dijalankan di Tanah Melayu.
Perkembangan getah dan perlombongan bijih timah hanya sebahagian daripada aspek
proses pertambahan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu. Kegiatan komersial lain
seperti perkhidmatan perkapalan, rumah-rumah saudagar, firma insurans dan syarikatsyarikat perdagangan. Syarikat-syarikat ini bertindak sebagai agen pengurus pertanian
dan perlombongan. Pengurusan kedua-dua perusahaan tersebut dikaitkan dengan
kepentingan mereka dalam perdagangan di Singapura serta kepentingan kewangan,
pengurusan dan sumber teknikal mereka di Britain.
Pelaburan asing dalam kedua-dua industri getah dan bijih timah semakin
bertambah disebabkan industri tersebut menjanjikan pulangan yang lumayan.
Kemahiran pentadbiran, pengurusan dan teknologi turut mengalir masuk seiring dengan
aliran pelaburan asing. Kemahiran infrastruktur dipertingkatkan menerusi pembinaan
jalan raya dan landasan kereta api dengan tujuan memenuhi keperluan industri
berkenaan khususnya bagi mempercepatkan pengangkutan hasil getah dan timah.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pembinaan infrastuktur berkenaan lebih tertumpuan
di kawasan bandar yang terlibat dengan perusahaan getah dan perlombongan bijih
timah. Sejak awal abad ke-19, pemerintahan British di Tanah Melayu lebih tertumpu
kepada kegiatan ekonomi yang cenderung ke arah meningkatkan hasil eksport tetapi
tidak memberi perlindungan kepada keluaran dalam negeri. Di samping itu, duti import
yang rendah membolehkan barangan import dijual dengan murah. Situasi ini memberi
kelebihan kepada pengeksport British kerana pasaran yang terjamin serta margin
keuntungan yang tinggi.
Dasar ekonomi British di Tanah Melayu juga tidak menggalakkan pertumbuhan
perindustrian tempatan bagi mencegah persaingan. Di samping itu, dasar mereka lebih
cenderung kepada mewujudkan situasi yang membantu perkembangan sektor-sektor
tertentu yang dari aspek ekonominya, menguntungkan kepentingan perdagangan
6

British. Kesan daripada dasar ekonomi British telah mewujudkan sistem ekonomi Tanah
Melayu yang lebih bersifat dualisme (dual economy).
2.1

Industri Bijih Timah

Perlombongan bijih timah adalah perusahaan tertua di Tanah Melayu. Sehingga


tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan sepenuhnya oleh orang
melayu di mana lombong-lombong dikuasai oleh raja-raja dan pembesarpembesar Melayu. Namun begitu, aktiviti perlombongan ini hanyalah dianggap
sebagai aktiviti sampingan kerana aktiviti utama orang melayu waktu itu adalah
pertanian, memungut hasil hutan dan menangkap ikan. Tanah melayu
merupakan pengeluar bijh timah terbesar dunia. Sebelum perang Dunia Kedua,
antara 30-40 peratus jumlah pengeluaran bijuh timah dunia telah dibekalkan oleh
Tanah Melayu. Hampir keseluruhan bijih timah dieksport ke pasaran dunia.
Kemajuan ekonomi negeri-negeri Melayu di peringkat awal berkait rapat dengan
perkembangan perlombongan bijih timah.
Bijih timah telah diketahui oleh penulis Arab sejak kurun ke sembilan
apabila pedagang Arab telah membeli bijih timah dari Kedah. Bijih timah juga
telah disebut sebagai satu bahan dagangan pada pertengahan kurun ke-13 oleh
pedagang Cin. Pada masa itu, bijih timah dihasilkan oleh Kelantan dan Pahang.
Bijih timah telah menjadi salah satu bahan eksport yang penting bagi negara
sejak kurun ke-15. Sebelum kurun ke-19, bijih timah telah diusahakan oleh orang
Melayu. Pada umumnya ia diusahakan secara kecil-kecilan sahaja dengan cara
melampan dan mendulang. Perlombongan bijih timah hanya merupakan
perkerjaan sambilan orang melayu yang dilakukan semasa lapang. Mereka lebih
menumpukan kepada kerja pertanian. Cara begini hanya dapat mengeluarkan
hasil yang sedikit dan tidak sesuai apabila permintaan terhadap bijih timah
meningkat. Oleh itu, pembesar-pembesar Melayu mula mengupah buruh Cina
untuk mengusahakan lombong bijih timah mereka, seperti yang dilakukan oleh
Long Jaafar di Larut dan Raja Jumaat di Lukut.
Pembesar-pembesar Melayu mendapatkan modal untuk mengusahakan
lombong bijih timah itu dengan meminjam wang daripada saudagar Cina di
7

Negeri-Negeri selat. Pembayaran balik biasanya dibuat dalam bentuk barangan


bijih timah.
2.1.1 Faktor Perkembangan Perusahaan Bijih Timah
Faktor-faktor yang memboleh perusahaan ini berkembang di Tanah
Melayu adalah:Kemasukan orang Cina secara beramai-ramai ke Tanah Melayu
dan

membekalkan

tenaga

buruh

yang

ramai

untuk

perusahaan

perlombongan ini. Orang Cina telah membuka lombong-lombong di Larut,


Lembah Kinta, Lembah Kelang dan Sungai Ujong. Mereka juga
memperkenalkan kaedah perlombongan yang lebih efektif iaitu Lombong
Dedah dan Lombong Pam. Seterusnya, mereka juga memperkenalkan
penggunaan stim. Hasilnya, pengeluaran bijih timah telah bertambah dari
6500 tan dalam tahun 1850 kepada 50 000 tan dalam tahun 1904.
Pemerintahan British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang
telah menghentikan perselisihan antara pembesar-pembesar Melayu dan
kumpulan kongsi gelap Cina. Fonemena ini membolehkan aktiviti
perlombongan berjalan dengan pesat dan aman. Pihak British juga
membina jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan kawasan
perlombongan di samping menggalakkan kemasukan buruh Cina.
Permintaan
menggalakkan

dunia

aktiviti

yang

tinggi

ini. Fonemena

terhadap
ini

bijih

berikutan

timah

juga

perkembangan

perusahaan ayan (tin-plate) yang digunakan untuk mengetin makanan. Ini


membolehkan harga timah meningkat terutamanya pada tahun 1872.
Pengenalan kaedah perlombongan yang paling efektif iaitu kapal
korek juga sangat menggalakkan perkembangan bijih timah. Kaedah ini
berasal dari Australia dan mula digunakan di Tanah Melayu pada tahun
1912. Sehingga tahun 1929 terdapat 105 buah kapal korek di Tanah
Melayu. Justeru itu pengeluaran bijih timah pun meningkat sehingga
mencecah 77 000 tan pada tahun 1937.
8

2.1.2 Harga Bijih Timah


Harga bijih timah dikuasai oleh pasaran dunia dan tidak tetap. Ini
disebabkan oleh keanjalan yang rendah dalam pembekalan dan
permintaan bahan itu. Perubahan yang kecil sahaja dalam bekalan dan
permintaan bijih timah boleh menyebabkan perbezaan yang besar dalam
harganya. Di pihak pengguna, keanjalan adalah rendah kerana bijih timah
jarang digunakan secara terus dan langsung dan sebaliknya ia digunakan
sebagai sebahagian daripada barangan siap diproses seperti dalam
perusahaan mengetin. Perusahaan mengetin menggunakan kira-kira 40
peratus daripada jumlah penggunaan timah dunia, tetapi harga bijih timah
dalam sesebuah tin tidak melebihi lima peratus daripada jumlah kos
pengeluarannya. Ini bermakna sebarang perubahan dalam harga bijih
timah tidak mungkin banyak mengubah jumlah penggunaan bahan itu
dalam perusahaan mengetin.
Di pihak yang membekalkan pula, keanjalan adalah rendah kerana
peralatannya adalah begitu khusus, dan mengambil masa yang lama
untuk

menempahnya

dan

memakan

modal

yang

banyak

untuk

menyediakannya. Kapal korek dan gravel pump yang sudah sedia


digunakan di Tanah Melayu akan terus mengeluarkan jumlah bijih timah
yang sama banyaknya tanpa menghiraukan sama ada harganya naik atau
turun.
Hampir semua bijih timah negara ini dijual ke luar negara,
terutamanya ke negara-negara perindustrian di Barat. Oleh itu, sebarang
perubahan dalam suasana perdagangan di negara-negara Barat ini akan
mempengaruhi pendapatan negara pengeluar bijih timah seperti Tanah
Melayu. Tanah Melayu amat bergantung pada aktiviti perusahaan negaranegara Barat dan terikat kepada kemewahan dan kemelesatan, keamanan
dan peperangan di negara-negara Barat itu.

Kemajuan

awal

negeri-negeri Melayu berkait rapat dengan perkembangan perlombongan


bijih timah. Kekayaan sumber semula jadinya iaitu bijih timah, telah
9

menarik orang cina dan kemudiannya orang Eropah untuk bergiat dalam
perusahaan ini. Bijih timah telah mendatangkan hasil yang lumayan bagi
membiayai kemajuan ekonomi yang pesat di negara ini pada akhir kurun
ke-19 dan awal kurun ke-20. Antara tahun 1880 hingga tahun 1905, cukai
eksport terhadap bijih timah sahaja merupakan antara tiga peratus hingga
50 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu. Dengan pendapatan ini jaringan jalan raya dan landasan
kereta api telah dibina untuk menghubungkan lombong-lombong dengan
pelabuhan. Dengan pendapatan ini jaringan jalan raya dan landasan
kereta api telah dibina untuk menghubung lombong-lombong denga
pelabuhan. Dengan terbinanya jalan raya dan jalan kereta api lebih
banyak lagi kawasan dan tanah di Tanah Melayu dibuka untuk dimajukan.
Bandar-bandar yang dahulunya didapati hanya di kuala sungai sahaja,
telah

muncul

di

kawasan

perlombongan

bijih

timah.

Kawasan

perlombongan bijih timah yang terdapat di kawasan kaki bukit telah


menjadi pusat petempatan baru dan dengan berkembangnya perusahaan
perlombongan bijih timah, maka petempatan ini telah turut berkembang
menjadi bandar yang dihubungi antara satu sama lain dengan jaringan
jalan raya serta sistem perhubungan lain.

2.2

Tanaman Ladang Yang Awal

Dari semua tanaman yang diusahakan oleh orang-orang Eropah, hanya tebu dan
kopi sahaja yang boleh dikatakan berjaya. Usaha orang-orang cina pada masa
awal-awal menanam tebu dan pernyertaan penanam-penanam tebu yang
berpengalaman dari Mauritius menjamin tanaman ini sebagai usaha komersial.
Tebu malaya menjadi industri yang bermodal besar di bawah kuasa Eropah dan
nampaknya mempunyai masa depan yang cerah. Bagaimanapun menjelang
10

1905, penanaman tebu semakin merosot di Seberang Perai dan Perak. Pada
tahun 1911, jumlah kawasan yang ditanami tebu di NMB dalam daerah Kerian di
Perak ialah 8400 hektar.
Dua tahun kemudian di Seberang Perai, kawasan yang ditanami tebu
merosot kepada 12.4 hektar. Sebab utama kemerosotan ini, terutama di daerah
Kerian, ialah perubahan dasar kerajaan mengenai pertanian. Pada tahun-tahun
1890-an, pihak berkuasa kolonial memutuskan untuk meluaskan penanaman
padi sawah dan membiayai rancangan taliair tetapi malangnya kawasankawasan yang didapati sesuai bagi rancangan-rancangan itu melibatkan tanah
yang

telah

ditanami

tebu.

Terdapat-terdapat

sebab-sebab

lain

tentang

kemerosotan industri gula, namun pukulan terakhirnya ialah disebabkan


keuntungan besar yang didapati dari getah sebagai tanaman untuk eksport.
Hanya satu jenis tanaman yang terbukti menguntungkan pada akhir kurun
ke-19 dan awal kurun ke-20, iaitu kopi. Penanaman kopi secara besar-besaran di
Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor adalah seluruhnya usaha orangorang Eropah dengan sebilangan besar mereka yang dulunya peladangpeladang kopi di Ceylon (Sri Lanka). Kopi sebagai tanaman komersial pertama
yang boleh hidup dengan baik dikebanyakan tempat di Tanah Melayu, telah
menarik begitu banyak modal, pengurusan kakitangan dan membawa masuk
ramai buruh Tamil dan Jawa ke beberapa tempat di Semenanjung. Oleh sebab
ladang-ladang

kopi

nampaknya

memuaskan

matlamat

kerajaan

hendak

menegakkan perusahaan pertanian Eropah yang srabil besar-besaran, maka


kerajaan sendiri telah bertindak untuk membantu operasinya.
Peladang-peladang kopi mendapat syarat-syarat yang baik mengenai
pengambilan tanah, diberi pinjaman penanaman yang besar bagi keperluan
mereka yang mana dengan keaddan buruh yang menguntungkan, mendorong
pelaburan yang besar pula. Sebagai akibatnya, kebun-kebun milik perseorangan
akhirnya bertukar menjadi milik syarikat-syarikat besar. Namun, meskipun
menikmati keadaan yang baik, dan disusuli pula oleh boom kopi pada tahun
1981 hingga 1986, menjelang dekad pertama kurun ke-20, ramai peladang
11

Eropah meninggalkan kopi untuk menanam getah. Semasa usaha-usaha yang


singkat waktu serta kurang berjaya untuk menegakkan industri kopi di Tanah
Melayu berjalan, kerajaan telah mengambil langkah-langkah tertentu sementara
para peladang Eropah telah pula mendapat pengetahuan yang khusus mengenai
keadaan tempatan yang pada keseluruhannya telah menyumbangkan kepada
kejayaan awal industri getah di negeri ini.
2.3

Industri Getah

Kemajuan getah yang begitu menakjubkan sebagai tanaman eksport yang


terpenting di Tanah Melayu menjadi lebih bermakna apabila mengingatkan
bahawa pada penghujung kurun ke-19, boleh dikatakan semua pengeluaran
getah asli dunia datang dari pohon-pohon liar yang mengeluarkan getah di
Lembah Amazon di Brazil. Pada tahun 1820, penggunaan getah asli dunia hanya
kira-kira 100 tonne tetapi dalam dekad-dekad yang berikutnya permintaan telah
bertambah dengan pesatnya sejajar dengan kemajuan-kemajuan teknik.
Penemuan proses pemvulkanan oleh Charles Goodyear, pada tahun 1893.
Pertumbuhan industri elektrik dan khususnya penggunaan tayar pneumatik yang
semakin meluas untuk basikal dan kemudiaannya motokar pada penghujungnya
kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, semuanya menyumbang terhadap
pertumbuhan pasaran dunia bagi getah asli.
Penglibatan Tanah Melayu dengan getah bermula dengan biji benih pohon
yang mengeluarkan getah, Hevea Brasiliensis yang telah dipungut di Brazil pada
tahun 1876 dan dihantar untuk dicambahkan di London. Benih-benih baru telah
dihantar ke Singapura pada tahun berikutnya daripada akhir tahun 1877
sembilan batang anak getah telah ditanam di sisi Residensi di Kuala Kangsar.
Penanaman awal getah tidaklah begitu teratur dan dimaksudkan terutamanya
untuk penyelidikan saintifik. Pada tahun-tahun 1880-an minat para peladang
Eropah yang waktu itu menanam kopi dipesongkan dari pohon getah yang masih
diragukan itu. Peladang-peladang agak ragu-ragu oleh sebab pohon getah belum
pernah ditanam secara tanaman ladang, berasal pula dari bahagian dunia yang
lain, dan mengambil masa yang lama, iaitu enam hingga lapan tahun untuk
12

matang sedangkan tempoh produktifnya belum diketahui, manakala beberapa


kawasan di Afrika juga sedang ditanami getah dan pasaran masa dengan belum
pula tentu. Orang yang berusaha sungguh-sungguh menggalakkan penanaman
pohon getah ialah H.N. Ridley yang telah tiba di Singapura dalam bulan
November tahun 1888 setelah dilantik sebagai Pengarah Kebun Bunga
(Botanical Gardens).
Menerusi ujikaji-ujikaji yang dilakukannya sendiri di samping mendesak
pihak-pihak tertentu, beliau akhirnya berjaya mendapatkan ladang-ladang
menanam pohon-pohon getah

itu. Semangat beliau yang

meluap-luap

menggalakkan penanaman getah itu memberikan kepadanya nama jolokan


Ridley gila (Mad Ridley) dan Ridley Getah. Menjelang awal kurun ke-20
penanaman selingan dengan getah menjadi kebiasaan di kebanyakkan ladang
yang sedia, hinggakan tanah yang baru dibuka untuk ladang ditanami getah juga.
Pendek kata, getah nampaknya menjadi tanaman yang ideal bagi memenuhi
matlamat jangka panjanag penggunaan tanah khas telah diperkenalkan di NMB
untuk menggalakkan penanaman getah.
Terdapat begitu banyak syarikat kecil-kecilan yang bertujuan hendak
menanam getah sehingga tahun 1908, dan penubuhan syarikat-syarikat ini
kebanyakannya ditaja oleh firma-firma saudagar yang besar di Singapura, antara
yang terpenting ialah Guthries dan Harrisons dan Crosfield. Sekali lagi boom
getah berlaku antara tahun 1909 dan 1912, dan syarikat-syarikat Eropah
membelanjakan jumlah wang yang besar untuk membeli tanah-tanah Melayu,
dan ladang-ladang gambir, tebu dan ubi kayu orang-orang Cina yang lama
ditanami secara selingan dengan getah. Ramai pekebun kecil Melayu dan Cina
mula menanam getah dengan harapan untuk menjualnya kemudian kepada
peladang-peladang Eropah. Dengan itu, antara tahun 1909 dan 1912, kawasan
yang ditanami getah secara ladang telah bertambah 110%, juga bilangan ladangladang getah berlipat ganda, dan jumlah kawasan yang dijadikan ladang getah
meningkat dengan kira-kira 219 000 hektar.

13

Pernyertaan pekebun-pekebun kecil dalam industri getah hanya mula


berkesan

apabila

Skim

Stevenson

dikuatkuasakan

pada

tahun

1922,

menentukan kuato ke atas pengeluaran getah yang mendiskriminasikan pekebun


kecil anak negeri. Industri getah telah mengalami zaman meleset pada tahun
1920 hingga 1921.
Masalah-masalah yang dialami oleh industri getah kekal tidak terbantu
semasa Zaman Kemelesatan pada awal tahun-tahun 1930 an. Pada tahun 1934,
satu perjanjian Antarabangsa mengenai Peraturan Getah (International Rubber
Regulation Agreement) telah ditandatangani oleh negara-negara pengeluar getah
di Asia Tenggara menghadkan pengeluaran dengan kuota yang ditetapkan bagi
setiap negara untuk tempoh permulaan selama empat tahun.

Seperti juga

halnya dengan Skim Stevenson, perjanjian baru ini terutamanya menyakiti para
pekebun kecil kerana dibuat pada masa pekebun kecil sedang berkembang lebih
pesat daripada ladang-ladang besar. Ladang-ladang tadi dengan mudah boleh
mengalih usaha menanam kelapa sawit, tanaman yang baru saja menjadi
popular sebagai tanaman eksport, tetapi pekebun kecil tidak mempunyai modal
dan keahlian untuk mengubah ke arah itu.
Bagaimanapun, industri getah kekal hidup, dan menjelang pecahnya
Perang Pasifik pada tahun 1941 pohon-pohon yang banyak mengeluarkan susu,
penggunaan baja dan jentera di ladang-ladang serta kaedah-kaedah baru
menyimpan dan memekatkan susu getah menjamin masa depan getah yang
lebih makmur.

2.3.1 Faktor Perkembangan Perusahaan Getah


Antara faktor-faktor perkembangan penanaman getah di Tanah Melayu
disebabkan dua faktor utama iaitu permintaan dunia terhadap bahan dan
galakan

yang

diberikan

oleh

penanaman getah.

14

kerajaan

penjajah

British

terhadap

Permintaan dunia merupakan perkembangan perusahaan getah.


Pada pertengahan kedua kurun ke-19, getah telah digunakan untuk
membuat berbagai-bagai jenis barangan seperti kasut, tayar kenderaan
berat, tayar basikal, botol air apanas dan untuk penebatan elektrik.
Kebanyakan barangan ini menggunakan getah yang telah di proses
secara pemvulkunan yang telah diperkenalkan oleh Charles Goodyear
pada tahun 1893. Proses ini menghalang getah daripada menjadi lembut
dan melekat apabila panas atau terlampau keras dan rapuh apanila sejuk.
Kegunaan getah bertambah dengan terciptanya tayar angin oleh J.B
Dunlop pada tahun 1888. Tayar jenis baru ini telah dipasang pada kereta
bermotor pada tahun 1895. Perusahaan kereta bermotor pula sedang
berkembang dengan giatnya di Amerika Syarikat. Dengan itu, permintaan
terhadap getah telah meningkat dan ini telah menyebabkan harganya turut
melambung dengan cepat. Dalam masa yang sama pula, harga kopi telah
turun dan penanam kopi di Tanah Melayu mula mencari tanaman
pengganti dan tanaman getah merupakan tanaman pengganti yang amat
sesuai.
Selain itu, galakan kerajaan juga adalah faktor perkembangan
perusahaan getah. Pada tahun 1899, kerajaan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu telah membuktikan kesungguhannya terhadap tanaman getah
dengan meluluskan peruntukan wang $400 dalam anggaran kewangan
tahun 1900 untuk tujuan menjalankan eksperimen getah. Pada tahun 1905
Jabatan Pertanian Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan di
Kuala Lumpur, dan jabatan ini telah meneruskan eksperimen terhadap
getah. Antara usaha yang dibuat ialah mencari jenis pisau toreh yang lebih
elok. Eksperimen untuk membuktikan bahawa penorehan waktu pagi
adalah lebih baik untuk menghasilkan susu yang lebih daripada menoreh
pada waktu petang. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula
mengenakan syarat-syarat yang longgar terhadap penanaman getah.
Misalnya pada bulan Ogos 1897, tanah yang ditanam dengan getah hanya
perlu dibayar cukai tanah sebanyak sepuluh sen seekar untuk jangkamasa
15

sepuluh tahun pertama. Selepas itu dinaikkan kepada 50 sen seekar.


Cukai hasil getah pula ialah hanya 2.5 peratus daripada nilainya untuk
jangka masa 15 tahun dari tarikh pokok getah mula ditanam. Selepas
jangka masa itu, cukainya tidak melebihi lima peratus daripada nilainya.
2.3.2 Perkembangan Perusahaan Getah Di Tanah Melayu
Secara amnya, penanaman getah di Tanah Melayu bolehlah dibahagikan
kepada beberapa peringkat antaranya:Peringkat yang pertama ialah jangka masa tahun 1895-1904.
Jangka masa sebelum kurun ke-20 ialah peringkat perintis. Pokok getah
ditanam di celah-celah pokok lain seperti kopi, ubi kayu, lada hita dan
gambir. Mulai kurun ke-20 getah telah ditanam dengan banyaknya di
Selangor

(terutamanya

di

Lembah

Kelang)

di

Negeri

Sembilan

(terutamaya di daerah Seremban) dan di Perak (terutamanya di daerah


Matang). Menjelang tahun 1904, getah telah mula mengatasi dan
menggantikan segala jenis tanaman eksport yang lain. Luas tanah yang
ditanam getah di Negeri-Negeri Bersekutu telah meningkat daripada 345
eakr (1897) menjadi 3227 ekar (1899), 5965 ekar (1901), 11239 ekar
(1903) dan 19239 ekar (1904).
Peringkat kedua pula jangka masa tahun 1905-1912. Jangka masa
ini dipenuhi dengan perkembangan yang pesat terhadap penanaman
getah Tanah Melayu

akibat kenaikan harga dan permintaannya.

Kepesatan berlaku di kawasan yang telah sedia mempunyai satu jalinan


sistem pengangkutan yang baik. Umpamanya di Selangor, kepesatan
tanaman

getah

tertumpu

di

Lembah

Kelang

yang

mempunyai

perhubungan jalan raya dan kereta api di antara Kuala Lumpur dengan
Pelabuhan Klang. Luas tanah yang ditanam dengan getah di NegeriNegeri Bersekutu telah melebihi 240 000 ekar pada tahun 1908. Bagi kali
pertama nya, ini merupakan kawasan yang besar sekali pernah ditanam
dengan jenis tumbuhan di Tanah Melayu.
16

Peringkat ketiga ialah jangak masa tahun 1913-1921. Dalam dua


tahun pertama jangka masa ini harga getah telah jatuh dan ini telah
membantutkan minat sesetengah pemodal Eropah untuk melibatkan diri
dalam penanman getah. Ini juga memperlihatkan beberapa kelemahan
dalam perusahaan getah. Harga getah meningkat semua pada tahun 1915
dan berlakulah pertambahan tanah baru yang ditanam getah. Pada tahun
1917 keluasan tanah yang ditanam getah di Tanah Melayu ialah satu juta
ekar. Malangnya harga getah telah jatuh semula pada tahun 1918 dan ini
merumitkan perusahaan getah di Tanah Melayu. Harga getah pulih semula
pada tahun 1919, tetapi menurun pada tahun-tahun berikutnya.
Peringkat yang keempat ialah jangka masa tahun 1922-1928.
Apabila

harga

getah

terus

turun,

satu

rancangan

mrngehadkan

pengeluaran yang dinamakan Rancangan Sekatan Getah Stevensen telah


dilancarkan oleh Kerajaan British pada bulan November 1922. Rancangan
ini diberhentikan pada 31 Oktober 1928 oleh kerajaan British kerana
eksport dari kawasan yang tidak menjalankan sekatan (Hindia Belanda)
melebihi jumlah permintaan.
Peringkat yang kelima ialah jangka masa tahun 1929-1933. Jumlah
pengeluaran getah Tanah Melayu melambung naik apabila Rancangan
Sekatan Getah Stevenson diberhentikan, walaupun harga getah masih
berada di peringkat yang rendah. Malangnya kemelesetan ekonomi dunia
berlaku pada bulan oktober 1929 dan mengakibatkan harga getah terus
turun sehingga menjadi hanya 7.07 sen sepaun pada tahun 1932.
Pada peringkat yang terakhir pula, jangka masa tahun 1934-1943.
Oleh sebab harga getah terus berada di paras yang rendah, usaha telah
dijalankan untuk mengadakan sekatan pengeluaran. Pada bulan April
1934, satu perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa telah ditandatangani
oleh kerajaan British, Belanda, India, Perancis dan Siam yang memiliki
hampir 98 peratus daripada jumlah luas tanah yang ditanam getah di
seluruh dunia. Perjanjian ini di berkuatkuasa pada 1 Jun 1934 dan
17

berakhir pada hujung tahun 1938. Perjanjian ini telah dilanjutkan selama
lima tahun lagi sehingga tahun 1943.
Secara keseluruhannya perusahaan getah di Tanah Melayu telah
dipengaruhi oleh arus perkembangan dari luar. Permintaan terhadapnya
bergantung pada perusahaan kenderaan Amerika Syarikat. Harga getah
yang tinggi akan meningkatkan pengeluaran, manakala harga yang
rendah

akan

mengurangkan

pengeluaran

dan

kegiatan

dengan

penanaman getah.

2.4

Industri Minyak Sawit


Tanaman ini telah diperkenalkan di Semenanjung pada tahun 1850an

tetapi hanya di tanam sebagai pohon hiasan. Hanya pada tahun 1917, barulah
muncul ladang kelapa sawit yang pertama sebagai usaha komersil. Sungguhpun
minyak sawit digunakan untuk membuat sabun, lilin, fluks untuk perusahaan
menyadur timah, marjerin, minyak sayur, gris, dan minyak untuk enjin
pembakaran, namun tidak banyak kemajuan yang dilihat tentang industri itu
sehinggalah jatuh merosotnya harga getah setelah berlaku Perang Dunia
Pertama yang memaksa para peladang mencari tanaman ganti. Bagaimanapun,
pembangunan secara besar-besaran tidak berlaku sehingga tahun 1924 apabila
tiga buah syarikat getah dalam kumpulan Guthrie menubuhkan Kelapa Sawit
Malaya Berhad.

2.5

Emas

Perlombongan emas telah wujud di Tanah Melayu sejak dari zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi. Justeru itulah, Tanah Melayu waktu itu di gelar
Semenanjung Emas. Perlombongan emas umumnya adalah perusahaan kecil
orang Melayu. Pada tahun 1889, sebuah syarikat perlombongan emas Australia
iaitu Raub Australian Gold Mining Company telah ditubuhkan di Raub, Pahang.
18

Ia merupakan syarikat perlombongan emas yang terpenting dan berjaya di Tanah


Melayu. Namun, syarikat ini telah ditutup pada tahun 1960-an.

3.0 KESAN EKONOMI KAPITALIS TERHADAP POS DAN TELEGRAF DI TANAH


MELAYU
Di samping itu juga British turut mempunyai sistem perhubungan lain seperti
perkhidmatan pos, telegraf, radio dan perkhidmatan udara. Perkhidmatan ini bertujuan
untuk memudahkan perhubungan antara negeri- negeri di Tanah Melayu dan dengan
negara luar. Perkhidmatan ini amat penting agar urusan pentadbiran dapat dilakukan
dengan segera.
Di Tanah Melayu, sistem perhubungan ini telah mula berkembang dari pusat
perkembangan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan dan seterusnya ke kawasan
petempatan penduduk. Hal ini jelas terbukti apabila pada tahun 1875, sebuah pejabat
pos telah siap dibina di Taiping, Perak. Kesan daripada pembinaan sebuah pejabat pos
di Taiping, akhirnya menjadikan perkhidmatan ini telah berkembang ke seluruh Perak
seperti ke Ipoh, Tapah dan Batu Gajah. Malah pada tahun 1891, setiap daerah di Perak
sudah pun dihubungkan dengan melalui talian telegraf dengan Taiping, iaitu ibu negeri
Perak pada masa itu. Kemudahan perkhidmatan telefon juga turut dibina di hospitalhospital dan balai polis. Pada tahun 1906 pula, perkhidmatan pos dan telegraf di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah diletakkan di bawah satu jabatan persekutuan.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kedatangan British ke Tanah Melayu yang bermula sejak kurun
ke- 18 sehingga kurun ke-19 memang pada dasarnya adalah bertujuan untuk
memonopoli kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu. Semasa penjajahan British di Tanah
Melayu, banyak

perubahan yang telah dilakukan oleh British dari segi politik dan

ekonomi. Pembaharuan yang dilaksanakan oleh British terhadap dasar ekonomi di


19

Tanah Melayu, melalui pengenalan sistem ekonomi kapitalis sememangnya

telah

mengubah sistem politik, ekonomi, pendidikan, perindustrian, perhubungan dan


pengangkutan di Tanah Melayu. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat
juga banyak perubahan positif yang turut dijelmakan melalui sistem ekonomi kapitalis
oleh Inggeris di negeri-negeri di Tanah Melayu terutama dari aspek sosio ekonomi.
Perusahaan getah di Tanah Melayu telah dipengaruhi oleh arus perkembangan
dari luar. Permintaan terhadapnya bergantung pada perusahaan kenderaan di Amerika
Syarikat jatuh, maka ia mempengaruhi permintaan dan ini menjejaskan harganya.
Harga getah yang tinggi akan meningkatkan pengeluaran, manakala harga yang rendah
akan mengurangkan pengeluaran dan kegiatan yang berkaitan dengan penanaman
getah.
Sistem perhubungan dan komunikasi juga antara kesan penting dalam
perkembangan sosioekonomi tinggalan British di Tanah Melayu. Banyak faedah yang
diperolehi daripada kesan ekonomi kapitalis ini yang mana ianya memudahkan
perhubungan dalam sistem pentadbiran negara masa itu dan ianya kekal di aplikasikan
sehingga kini.

BIBLIOGRAFI
Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya (1983). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya
Selangor : Macmillan Publishers (M) Sdn Bhd
Fuziah Shaffie & Ruslan Zainuddin (2000). Sejarah Malaysia. Selangor : Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd
Haji Buyong Adil (1983). Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad
15-19. Kuala Lumpur : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka
http://www.scribd.com/baim87/d/19685565-ekonomi-kapitalis
Malaysia, Hakcipta Kerajaan (1984). Buku Rasmi Tahunan Malaysia 1980 Edisi ke-14.
20

Kuala Lumpur : Jabatan Percetakan Negara


Mardina Nordin & Hasnah Hussin (2000). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd
Zuraina Majid, Ed (1985). MASYARAKAT MALAYSIA EDISI II : Tinjauan dan
Perbincangan Terhadap Beberapa Isu dan Topik Semasa. Pulau Pinang.
Penerbit Universiti Sains Malaysia

REFLEKSI
Oleh Aminah Anuar
Mafhum firman Allah S.W.T. dalam al-Quran, Sesungguhnya kami jadikan manusia itu
sentiasa dalam perjuangan. ( Surah al-Balad, ayat 4 ). Berdasarkan firman Allah S.W.T.
ini, saya telah berusaha untuk menyiapkan Kerja Kursus Pendek bagi mata pelajaran
Sejarah Sosioekonomi Malaysia ini sebaik yang mungkin.
Sepanjang menyempurnakan kerja kursus ini, banyak cabaran yang perlu saya
lalui bersama teman-teman, antaranya kekangan masa yang begitu terhad. Ini kerana
saya

perlu bijak dalam membahagikan masa untuk menghadiri kuliah dan

menyempurnakan kerja kursus yang banyak untuk setiap subjek. Kesemuanya perlu di
siapkan pada tarikh yang hampir sama. Kekangan yang kedua, saya dan teman
menghadapi kesukaran memperoleh maklumat berkaitan tajuk soalan, iaitu mengenai
kesan ekonomi kapitalis terhadap sistem pos dan telegraf di Tanah Melayu. Ini kerana
maklumat yang di perolehi amat terhad.
Situasi begini menuntut saya untuk bertanya dan terus bertanya kepada rakanrakan sekelas serta senior-senior di sini. Namun begitu, halangan-halangan ini tidak
menjadikan ianya sebagai satu alasan untuk gagal menyempurnakan kerja kursus ini.

21

Selain itu, saya mengalami sedikit percelaruan perasaan apabila terpaksa


berjauhan dengan ahli keluarga dan suami tercinta demi menuntut ilmu. Rasulullah
S.A.W. ada bersabda, Menuntut ilmu itu diwajibkan ke atas setiap muslim lelaki dan
perempuan,(Riwayat Bukhari). Namun, saya cuba ketepikan perasaan itu dan
menetapkan fokus minda untuk menyiapkan tugasan ini bersama-sama dengan
bantuan dan nasihat rakan yang lain.

Saya yakin setiap yang berlaku pasti ada

hikmahnya. Alhamdulillah, saya dapati apabila menyibukkan diri dengan membuat


kerja, lama-kelamaan perasaan itu berkurangan. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI
Oleh : Siti Salwa Bt Abd Rahman

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini dalam masa yang
telah ditetapkan.
Tugasan ini memerlukan saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan
Kesan Ekonomi Kapitalis Terhadap Perkembangan Sosioekonomi Tanah Melayu Pada
Tahun 1840 1940. Justeru itu, saya perlu mendapatkan maklumat yang terperinci agar
maklumat yang saya perolehi dalam kategori fakta yang tepat dan benar bagi
membantu saya menghasilkan satu kerja yang bermutu dan dapat memuaskan hati
saya sendiri dan pensyarah saya iaitu Dr. Abdullah Bin Deraman.
Untuk makluman pihak tuan, kerja kursus pendek ini merupakan tugasan pertama
dalam mata pelajaran bahasa Sejarah. Pengalaman untuk membuat kerja kursus yang
formal dalam suasana yang baru ini iaitu apabila bergelar guru pelatih agak janggal lagi
untuk saya laksanakan dengan cemerlang. Namun, ini tidak menghalang saya untuk
membuat yang terbaik dalam usaha mendisiplinkan diri saya sendiri agar hasil kerja
yang saya keluarkan memuaskan hati saya dan dapat membuka mata pensyarah saya
sendiri.
22

Ketika meyiapkan tugasan ini, pelbagai rintangan telah mendatang namun dengan
benteng kesabaran dapat juga saya atasi. Antara masalah yang saya hadapi adalah
semasa pengumpulan maklumat. Meskipun institusi ini menyediakan kemudahan
operator wayarles, namun tidaklah terlalu menyeluruh iaitu terlalu banyak sekatan yang
ditetapkan jadi ini membantutkan hasil pencarian melalui internet. Pepatah Melayu ada
mengatakan, dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Maka, peribahasa itu telah saya
jadikan penetapan matlamat agar sebarang halangan tidak menjadi penghalang.
Akhir kata, sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada tuan kerana memberi
tunjuk ajar kepada saya dan rakan kelas yang lain bagi berusaha menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya. Hal ini kerana, Guru yang biasa-biasa saja memberi tahu. Guru
yang baik menjelaskan. Guru yang bagus menunjukkan bagaimana caranya. Tetapi
guru yang luar biasa menginspirasi murid-muridnya. (William A. Ward). Moga dengan
segala apa yang dihajati menjadi realiti dan segala yang diingini dapat dikecapi. Insya
Allah.
Sekian, terima kasih.

REFLEKSI
23

Oleh : Hajar Binti Mohamad Zudin


Syukur alhamdulliah akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr
Abdullah Bin Deraman sebagai pensyarah bimbingan saya. Walaupun pelbagai
kekangan yang perlu dihadapi oleh saya tetapi tugasan yang diberikan dapat dijalankan
dengan begitu lancar sekali.
Selain itu, saya juga berjumpa dengan pensyarah untuk membuat kolaborasi
bagi

menanyakan mengenai tajuk yang saya. Kekangan yang saya lalui semasa

menjalankan tugas ini adalah masalah mencari bahan yang tidak seberapa di
perpustakaan. Dari segi ahli kumpulan pula, kami dapat menjalankan tugasan bersamasama sehingga siap tugasan ini. Semangat kerjasama antara ahli kumpulan sangat
baik.
Dari segi pembahagian masa pula, saya dapat merancangnya dengan baik
walaupun tanggungjawab perlu dijalankan pada hujung minggu sebagai seorang isteri,
ibu kepada anak-anak yang masih membesar dan memerlukan kasih sayang.
Apapun, semuanya berjalan dengan lancar dan teratur apabila merancang dengan baik.
Akhir sekali, diharap Dr Abdullah dapat menyemak tugasan saya dan memberi
markah yang

baik dan cemerlang.

Di sini, saya juga dapat mempelajari banyak

perkara yang perlu saya ketahui melalui banyak pihak. Segala tugasan yang diberikan
oleh pensyarah-pensyarah dapat saya laksanakan dengan jayanya. Jasa baik serta
teguran dari Dr Abdullah dapat saya perbaiki pada masa akan datang untuk
melaksanakan tugasan menjadi lebih baik.

24

25

You might also like