You are on page 1of 3

Nasionalisme/ patriotisme Vietnam

Sebelum berlakunya penguasaan Jepun, Vietnam terlebih dahulu dijajah oleh kuasa besar
Perancis. Menjelang 1884, seluruh Vietnam ditakluki oleh Perancis di mana bahagian Tengah
dan Utara Vietnam terbahagi kepada dua buah wilayah naungan iaitu Annam dan Tonkin.
Wilayah-wilayah Vietnam ini kemudiannya digabungkan ke dalam kesatuan Indochina Perancis
pada 1887.1 Selama zaman penjajahan, masyarakat Vietnam dikenakan perubahan politik dan
kebudayaan yang ketara oleh pemerintah Perancis. Sebuah sistem pendidikan moden bergaya
Barat dimajukan, sementara agama Katolik Rom tersebar luas. Kebanyakan penduduk Perancis
di Indochina tertumpu di Cochinchina, khususnya rantau Saigon. 2

Perubahan yang dibawa ini telah mendatangkan pemberontakan dan mula meletusnya
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Vietnam. Misalnya gerakan Can Vuong
memberontak terhadap pemerintah Perancis selama sedekad sehingga ditumpaskan pada 1890-
an. Dalam tempoh itu ahli-ahli gerila Can Vuong membunuh kira-kira satu pertiga penduduk
Kristian Vietnam.Walaubagaimanapun usaha-usaha nasionalisme yang dijalankan ini tidak dapat
mengugat pemerintahan Perancis. Perancis memeliharan penguasaan penuh ke atas jajahan-
jajahannya hingga Perang Dunia Kedua, apabila Jepun menyerang Vietnam pada 1940.

Pada Perang Dunia II, telah memperlihatkan pergerakan Viet Minh di bawah pimpinan
Ho Chí Minh berjaya membebaskan Vietnam daripada belenggu penjajah, Tetapi kejayaan itu
untuk masa yang singkat sahaja. Pihak Tentera Jepun telah menawan pemerintah Perancis dan
memberikan Vietnam satu bentuk “kemerdekaan” sebagai sebahagian daripada rancangan Jepun
"membebaskan" bumi Asia daripada penjajahan Barat. Pada bulan July 1941 Perancis telah jatuh
kepada Jepun sehingga terjadi persetujuan antara Perancis dan Jepun. Sejurus kemudian,
Empayar Jepun dibenarkan untuk menempatkan bala tentera di Vietnam sementara pentadbiran
kolonial yang pro-Perancis Vichy dibenarkan untuk terus mentadbir. Japan mengeksploitasi
sumber alam Vietnam untuk menyokong kempen ketenterannya sehingga ia mengambil alih

1
Jonathan Rigg, Southeast Asia The Human Landscape Of Modernization And Development, Routledge
New York, 1997, hlmn 15.
2
Robert Dayley and Clark D Neher, Southeast Asia In The New International Era, A Member Of The
Perseus Books Group, 2013, hlmn 116.
pemerintahan Vietnam sepenuhnya pada Mac 1945 menyebabkan seluruh negara mengalami
kebuluran yang menyaksikan seramai dua juta orang mati.

Penyeksaan demi penyeksaan yang harus dihadapi oleh masyarakat Vietnam


membuatkan munculnya gerakan-gerakan nasionalisme dengan ideologi pembebasan negara
yang meluas di Veitnam. Pada 1941, bangkitnya sebuah gerakan pembebasan komunis-
nasionalis bernama Viet Minh. Gerakan ini diketuai oleh pemimpin revolusi negara Ho Chi Minh
yang mengejar kemerdekaan bagi Vietnam dari Perancis di akhir zaman dan Jepun. Semangat
nasionalisme dan patriotisme di Vietnam banyak dipengaruhi oleh Ho Chi Minh. Beliau telah
bergerak aktif untuk menyedarkan dan menyatukan penduduk di Vietnam untuk menentang
penjajahan.

Ho Chi Minh dikenali sebagai bapa pengasas kemerdekaan komunis Vietnam. Beliau
telah mengetuai penentangan terhadap Jepun, Perancis dan Amerika. Beliau juga pengasas CPV
(Communist Party of Vietnam). Ho Chi Minh merupakan seorang rakyat Vietnam yang paling
penting dalam zaman kontemporari dan mungkin pemimpin terpenting dalam sejarah Asia
Tenggara. Beliau telah menjadi simbol kepada penyatuan, nasionalis, komunis Vietnam, gambar
“Uncle Ho” ada di Vietnam bersama patung-patung pemimpin menghiasai tempat-tempat
awam.3

Bapa kepada Ho Chin Minh merupakan seorang sarjana confucion yang aktif dalam
gerakkan anti-kolonial. Ibunya meninggal semasa beliau berusia 10 tahun. Beliau telah
menghabiskan masanya diluar negara. Beliau menetap dan mengembara ke Soviet Union, China,
New York, London dan Paris. Dari situ beliau terlibat dalam fahaman komunis dan menubuhkan
parti CPV , parti komunis Indo-Chinese tahun 1930 dan Vietminh 1941. Beliau seorang yang
kuat dan kadangkala kejam menandakan beliau akan lakukan apa sahaja untuk mencapai
keputusan yang diinginkan. Ho Chin Minh meninggal enam tahun sebelum Vietnam bersatu.4

Ekoran tumpasnya tentera Jepun dan jatuhnya negeri bonekanya Empayar Vietnam pada
Ogos 1945, Viet Minh menduduki Hanoi lalu mengisytiharkan kerajaan sementara yang

3
Robert Dayley and Clark D Neher, Southeast Asia In The New International Era, A Member Of The
Perseus Books Group, 2013, hlmn 120.
4
Robert Dayley and Clark D Neher, Southeast Asia In The New International Era, A Member Of The
Perseus Books Group, 2013, hlmn 116.
menegaskan bahawa negara merdeka pada 2 September 1945. Pada tahun yang sama, Kerajaan
Sementara Republik Perancis menghantar Kor Ekspedisi Timur Jauh Perancis untuk memulihkan
pemerintahan kolonial, kemudian Viet Minh melancarkan kempen gerila terhadap Perancis pada
akhir 1946. Maka timbulnya Perang Indochina Pertama hingga Julai 1954. Peperangan ini
menyaksikan kekalahan tentera Perancis.Tumpasnya Perancis serta sekutu-sekutu tempatan
dalam Pertempuran Dien Bien Phu 1954 memudahkan Ho Chi Minh untuk merundingkan
gencatan senjata di Persidangan Geneva. Maka tamatlah pemerintahan kolonial dan Indochina
Perancis dibubarkan dan dibahagikan oleh Perjanjian Geneva 1954 kepada tiga negara, iaitu
Vietnam, Kemboja dan Laos.5

Vietnam dibahagikan lagi kepada kawasan pentadbiran Utara dan Selatan di Zon Bebas
Tentera Vietnam yang terletak lebih kurang di sepanjang jalan sementara menunggu pilihan raya
yang dijadualkan untuk Julai 1956. Pemecahan Vietnam tidak berniat untuk kekal lama mengikut
Perjanjian Geneva yang mensyaratkan bahawa Vietnam akan disatukan semula selepas pilihan
raya pada 1956. Namun pada 1955, Perdana Menteri Vietnam Selatan Ngo Dình Diem
menjatuhkan Maharaja Bao Dại dalam pungutan suara palsu yang dianjurkan oleh saudaranya
Ngo Dinh Nhu lalu menggelar dirinya Presiden Republik Vietnam. Pada ketika inilah Negara
Vietnam yang diiktiraf antarabangsa bubar dan digantikan oleh Republik Vietnam di selatan dan
Republik Demokratik Vietnam pimpinan Ho Chi Minh di utara.6

5
Nicholas Tarling, The Cambridge History Of Southeast Asia Volume Four Form World War II To The
Present, Cambridge University Press, 1999, hlmn 13.
6
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Vietnam

You might also like