You are on page 1of 4

Latar Belakang No 2

K.R. Minogue dalam bukunya bertajuk Nationalism menyatakan nasionalisme sebagai


satu aliran idea atau satu bentuk tindakan sendiri yang mengandungi sejenis perasaan politik
tertentu dan boleh dialirkan dari segolongan elit kepada orang kebanyakkan. Hal ini
menerangkan perkaitan hubungan fikiran manusia dengan tujuan yang mendorong seseorang
bertindak khususnya untuk menjaga kepentingan bangsa. Terdapat pelbagai pendapat daripada
sarjana-sarjana berkaitan dengan takrifan nasionalisme itu sendiri. Menurut Anthony D.Smith
dalam bukunya Theories of Nationalisme merujuk kepada satu pergerakan ideologi untuk
mencapai dan memelihara pemerintahan sendiri atau kemerdekaan sesuatu bangsa. 1 J.S.
Coleman dalam bukunya Nigeria: Background to Nationalisme mentakrifkan nasionalisme
sebagai kegiatan dan perkembangan organisasi untuk pemerintahan sendiri dan kemerdekaan
sebagai sebuah negara bangsa yang wujud dengan taraf yang sama rata atau dalam satu sistem
politik antarabangsa.2

Secara ringkasnya, nationalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak


setiap bangsa untuk menubuhkan negaranya sendiri, menegakkan kedaulatan rakyat dan
menuntut kesetiaan ulung rakyat untuk disalurkan kepada negara bangsa. Hal ini digambarkan
menerusi perasaan cinta dan taat setia yang mendalam kepada tanah air yang akhirnya
mendorong keinginan serta keazaman untuk berjuang membebaskan tanah air daripada
pemerintahan kuasa asing.3 Manakala Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan
pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan
identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa.4

Terdapat banyak faktor yang mencetuskan semangat nasionalisme dan patriotisme di


Asia Tenggara. Antara faktor-faktor tersebut termasuklah dasar penjajahan Barat, pengaruh
agama, karya kesusasteraan, sistem pendidikan, kemunculan golongan intelektual, pengaruh
media massa, perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan serta pengaruh luar.
Walaubagaimanapun semangat nasionalisme dan patriotisme selepas penjajahan Jepun di Asia

1
Anthony D. Smith, Theories of Nationalism, Harper & Row, 1972, hlmn 5.
2
David E. Apter, Nigeria: Background to Nationalism. By James S. Coleman. Berkeley and Los Angeles:
University of California Press. 1958, hlmn 510.
3
https://ms.wikipedia.org/wiki/Nasionalisme
4
https://ms.wikipedia.org/wiki/Patriotisme
Tenggara hendaklah diberi perhatian dimana ia merupakan pengakhiran kepada penjajahan di
Asia Tenggara.

Perang Dunia Kedua telah membawa kepada penyeksaan, penderitaan, dan kemelesetan
terhadap ekonomi di Asia Tenggara yang sememangnya sudah ketinggalan jauh dalam arus
pemodenan dunia. Situasi ini diburukkan lagi dengan episod-episod peperangan itu sendiri yang
telah menyumbang kepada banyak kemusnahan, terutamanya di Burma dan Filipina. Ketika
British berundur daripada Burma mereka telah meletupkan kereta api manakala di Filipina
Amerika telah menggunakan konsentrasi besar-besaran pasukan perisai laut dan udara, operasi
ini mungkin menyumbang pemusnahan fizikal di kedua negara. Menjelang hari-hari akhir
peperangan, Burma telah kehilangan semua kilang penapis minyaknya, 90% botnya, 85%
lokomotifnya, bersama dengan kebanyakan stok dan jambatannya. Sementara 70% jalannya dan
kebanyakan dok dan kilangnya rosak teruk baik dalam pengangkutan dalaman dan perdagangan
luar. Selain itu, Filipina juga tidak kurang penderitaanya, banyak kerosakan yang berlaku semasa
pembebasan manila pada tahun 1945. Kerosakan ini meliputi sektor-sektor perindustrian moden
negara seperti kilang, gudang, loji kuasa, stesen radio, pertukaran telefon, surat khabar, hospital
dan universiti. Pada akhir pertempuran, bandar ini 80% telah dimusnahkan.

Walau bagaimanapun, dari segi kehidupan manusia, kesan yang paling mendalam dan
kejadian paling besar telah berlaku di utara dan tengah Vietnam. Di mana satu sehingga dua juta
telah dibunuh dalam kebuluran yang besar pada tahun 1944-1945, sedangkan lebihan beras dari
selatan dikirim ke Jepun atau digunakan untuk bahan bakar. Dalam sejarah penjajahan di Asia
tenggara telah dipenuhi dengan kisah-kisah seram tempatan serangan, rogol, dan pembunuhan
oleh pasukan Jepun yang menduduki sesebuah negara. Selain itu penjajahan jepun juga
memperlihatan eksploitasi terhadap buruh-buruh. Di Indonesia, Tanah Melayu, dan Burma
terdapat ratusan ribu buruh yang diperolehi daripada perang yang telah digunakan sebagai
pekerja sukarelawan atau banduan. Buruh-buruh ini direkrut dengan kekerasan atau penipuan
untuk memenuhi sesuatu projek seperti membinaan Keretapi Kematian di antara Thailand dan
Burma. Mereka bekerja keras dalam keadaan yang mengerikan di bawah kendalian ketua yang
telah menafikan sebarang bentuk perubatan paling asas sehingga membawa kepada kematian.

Tahap kematian secara umumnya telah meningkat semasa Perang Dunia Kedua.
Menyebabkan barang-barang tekstil, jarum, minyak goreng yang diimport sering tidak tersedia.
Menyebabkan penduduk menggunakan minyak kelapa dan bukannya minyak tanah di dalam
lampu mereka. Ketiadaan atau ketidakupayaan pasaran luar hampir menutup beberapa industri
eksport utama-timah, gula, teh, kopi, lada, arang batu, menyebabkan pekerja beralih semula
kepada penanaman sara hidup.

Di dalam Perang Dunia Kedua kebanyakanya orang Asia Tenggara langsung tidak
mendapat faedah dari Perang Dunia Kedua. Walaubagaimanapun, dalam erti kata lain struktur
perang mewujudkan beberapa prasyarat untuk perubahan pasca perang. Yang membentuk
persekutuan ketenteraan dan politik yang membawa kepada kesatuan petani dan buruh yang
kemudian, di mana kumpulan-kumpulan itu adalah yang paling kuat, seperti di tengah Luzon dan
sebahagian dari Vietnam, terdapat permulaan pembaharuan tanah semasa perang. Kekurangan
perdagangan membantu memecahkan hubungan imperial dan pusaka ekonomi tempatan ke arah
kemandirian yang lebih besar, Sebagai contoh, pelombong bijih timah Cina di Tanah Melayu
dipaksa untuk mempelbagaikan pertanian. Walau bagaimanapun, secara seimbang, adalah jelas
bahawa perang membuat ekonomi Asia Tenggara jauh lebih buruk daripada yang baik. 5

Selepas penyerahan Jepun, pembinaan semula ekonomi dan kebebasan politik sering
dikaitkan oleh Asia Tenggara. Kemerdekaan seolah-olah menawarkan peluang untuk
melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang direka untuk memberi manfaat kepada diri mereka
sendiri dan tidak terikat dengan kolonial. Walau bagaimanapun, bagi banyak orang Barat,
pemulihan ekonomi adalah keutamaan yang harus mendahului sebarang pertimbangan untuk
dekolonisasi. Di Burma, rancangan British untuk pembinaan semula ekonomi pra-perang
ditonjolkan dengan gerakan Aung San dan Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL). Hal ini
demikian kerana selepas perang Britain tidak dapat memberikan bantuan ekonomi yang besar
menyebabkan berlaku nya penciptaan kutipan cukai, mengenakan gaji, kawalan harga, dan
mengimport komoditi-komoditi penting melalui Organisasi Kelengkapan Sivil yang
menguntungkan komersial Inggeris.

Disebabkan kesulitan ini kebanyakan orang Burma memilih kemerdekaan daripada


dijajah secara berterusan. Malah sebelum kemerdekaan, orang Burma telah menubuhkan
Lembaga Perancang Ekonomi negara, dan dengan itu mula mengambil alih dasar ke tangan

5
Nicholas Tarling, The Cambridge History Of Southeast Asia Volume Four Form World War II To The
Present, Cambridge University Press, 1999, hlmn 150.
mereka sendiri, walaupun mereka berhati-hati pada awalnya untuk mengelakkan sebarang
perbincangan mengenai pengambilan atau sekatan terhadap pelaburan asing. 6 Sebaliknya,
Perancis dan Belanda menggunakan keperluan pembinaan semula pasca perang sebagai
sebahagian daripada rasionalnya untuk kembali meluaskan empayarnya ke atas Indochina dan
Indonesia. Hal ini secara tidak lansung telah menangguhkan kemerdekaan di Indochina dan
Indonesia selama untuk beberapa tahun. Revolusi Indonesia pada tahun 1945-1949 adalah lebih
pendek, tetapi telah merosakkan ekonomi tempatan dengan perdagangan lumpuh dan
pengeluaran yang pelahan.

Akibat daripada penderitaan yang diterima daripada kuasa-kuasa asing ini telah
membawa kesedaran kepada negeri-negeri di Asia Tenggara untuk menolak campur tangan asing
ke dalam pertadbiran mereka. Semangat nasionalisme dan patriotisme dalam kalangan penduduk
semakin meningkat. Hal ini dapat lihat dimana dalam masa sedekad selepas berakhirnya Perang
Dunia Kedua, kebanyakan negara-negara di Asia Tenggara berada dalam kedudukan untuk
mengawal poitik,ekonomi dan sosial mereka sendiri.

6
Nicholas Tarling, The Cambridge History Of Southeast Asia Volume Four Form World War II To The
Present, Cambridge University Press, 1999, hlmn 150.

You might also like