You are on page 1of 8

1

3.1 Bangunan

Pemuliharaan bangunan warisan

Pemuliharaan merupakan satu proses menjaga dan mengawasi sesebuah


bangunan bersejarah dari dimusnahkan atau dibaik pulih tanpa perancangan dan
pengurusan yang sistematik. Pemuliharaan melibatkan kerja‐kerja yang cuba
mengekalkan keadaan asal sesebuah bangunan bersejarah. Proses menjaga
termasuklah pemuliharaan, pembaikan, pembinaan semula dan penyesuaian, dan
biasanya lebih daripada salah satu kombinasi diperlukan. Tujuan utama
pemuliharaan ialah untuk menjaga kepentingan sejarah dengan pengekalan fabrik
melalui kaedah pemuliharaan yang betul supaya kerosakan dapat dikurangkan dan
kualiti terjaga. Kerja‐kerja pemuliharaan mestilah mengekalkan seperti keadaan yang
asal dan memastikan pengekalan maksima bahan binaan yang sedia ada.

Garis panduan pemuliharaan bangunan warisan mengandungi beberapa


peringkat pemuliharaan bangunan yang terbahagi kepada penyiasatan, membuat
keputusan dan tindakan yang akan diambil. Apabila sesebuah bangunan bersejarah
hendak dipulihara, aspek utama yang menjadi matlamat dan nilai pada projek adalah
kepentingan budaya, sejarah dan seni bina bangunan. Bangunan bersejarah hendaklah
dipulihara sebagaimana bentuknya yang asal. Ini melibatkan keaslian bangunan dari
segi seni bina, bahan binaan, kaedah dan teknik binaan termasuklah tekstur, fasad dan
warna bangunan.

Prinsip pemuliharaan juga diaplikasikan dalam proses pemuliharaan


merupakan aspek‐aspek yang berkaitan dengan nilai yang terdiri daripada ciri‐ciri
etika dan kualiti estetika dalam melaksanakan kerja‐kerja pemuliharaan. Etika dalam
prinsip‐prinsip pemuliharaan amat menekankan kepada sikap yang baik ke atas
bangunan bersejarah manakala kualiti estetika ialah pengekalan kualiti seni bina
bangunan sebagaimana yang asal atau yang asli. Prinsip pemuliharaan yang diaplikasi
dalam kerja‐kerja pemuliharaan di Malaysia adalah berpandukan Akta Warisan
Kebangsaan 2005 (Akta 645)1 dan juga merujuk kepada prinsip pemuliharaan

1
A Ghafar Ahmad, Pemuliharaan Bangunan Warisan di Malaysia: Pengalaman dan Cabaran Masa
Hadapan, Univesiti Sains Malaysia, 2016, hlmn 23.
2

bangunan warisan sebagaimana terkandung dalam piagam dan garis panduan


antarabangsa seperti UNESCO dan ICOMOS.2

Etika utama yang perlu diterapkan dalam kerja‐kerja pemuliharaan ialah


keadaan bangunan mestilah direkodkan sebelum apa‐ apa kerja dilakukan, apa‐apa
bukti sejarah yang ditemui tidak boleh dimusnahkan, diganti atau dialih, apa‐apa
gangguan kerja atau sentuhan ke atas bangunan mestilah seminima yang mungkin,
apa‐apa sahaja gangguan kerja juga mestilah dilakukan dengan berhati‐hati dan
mempunyai rasa hormat dan ikhlas demi menjaga nilai estetik, sejarah dan ciri‐ciri
fizikal bangunan lama dan Semua kaedah dan bahan yang digunakan dalam kerja‐
kerja pemuliharaan mestilah direkodkan.

Pemuliharaan memerlukan pendekatan yang cermat dan jujur untuk melakukan


perubahan sebanyak yang diperlukan tetapi berusaha membataskannya sedikit yang
mungkin. Perubahan yang hendak dilakukan mestilah tidak menimbulkan sebarang
perubahan fizikal atau bukti‐bukti yang asal serta perubahan. Setiap kes adalah
berbeza menghormati ciri‐ciri sejarah pada bangunan dengan mengambil pendekatan
analisis mengikut kes‐kes tertentu kerana setiap bangunan bersejarah mempunyai
masalah yang berbeza. Pemuliharaan bangunan mestilah memenuhi prinsip sepadan
dengan bahan yang asal dan menampakkan kehormanian dan kesepadanan dari segi
bahan binaan, tekstur, bentuk, warna dan ciri‐ciri struktur.

Seterusnya sebarang penggantian baharu ke atas bahagian‐bahagian yang


hilang pada bangunan mestilah dapat dibezakan dengan yang asal bagi mengelakkan
sebarang pemalsuan ke atas bukti sejarah. Selain itu, pemuliharaan juga perlu
memanfaatkan seluruh ilmu dan disiplin pembinaan yang dapat memberi sumbangan
kepada cadangan pemuliharaan. Di sini bahan‐bahan dan teknik tradisional lebih
diutamakan untuk pemuliharaan bangunan berkaitan. Walau bagaimanapun dalam
keadaan tertentu binaan moden yang menawarkan manfaat pemuliharaan juga boleh
diguna pakai. Dokumentasi Dokumentasi yang berkaitan dengan pemuliharaan
sesabuah bangunan dan tapak mestilah disimpan dalam sebuah arkib yang kekal dan
dibuka kepada umum untuk rujukan.

2
A Ghafar Ahmad, Pemuliharaan Bangunan Warisan di Malaysia: Pengalaman dan Cabaran Masa
Hadapan, Univesiti Sains Malaysia, 2016, hlmn 18.
3

Peringkat pemulihan

Peringkat Pemuliharaan Proses pemuliharaan bangunan warisan terbahagi


kepada empat peringkat . Peringkat pertama proses pemuliharaan adalah menjalankan
kajian awalan. Penilaian akan dibuat berdasarkan kepentingan budaya dengan merujuk
seksyen 67(2), Akta Warisan Kebangsaan 2005 Ini melibatkan penyelidikan dan
penyiasatan bangunan dan tapak warisan dari segi sejarah, perkembangan bangunan
dan kepentingan tapak. Tahap kedua ialah mengumpul maklumat mengenai faktor‐
faktor yang mempengaruhi masa depan bangunan dan tapak dengan melakukan
kajian dialpidasi. Setelah dikenalpasti tahap kepentingan bangunan, peringkat
seterusnya adalah membuat kajian kerosakan atau dilapidasi. Kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti keadaan fizikal bangunan dan Prinsip dan Proses Pemuliharaan
keperluan pemuliharaan. Tahap ketiga ialah Penyediaan pelan tindakan skop kerja dan
spesifikasi bahan. Setelah dikenalpasti tahap kerosakan dan cadangan kerja
pemuliharaan, peringkat seterusnya ialah penyediaan pelan tindakan yang
mengandungi skop kerja serta spesifikasi terperinci kaedah pemuliharaan bangunan
warisan. Spesifikasi terperinci bermaksud pendekatan dan prinsip kerja yang mesti
dipatuhi dan diambil kira dalam pemuliharaan bangunan. Dan terakhir mengurus
bangunan dan tapak mengikut pelan tindakan pelaksanaan dan pemantauan program
pemuliharaan Setelah skop kerja siap dan telah dipersetujui, peringkat seterusnya
adalah pelaksanaan program pemuliharaan.

Pendekatan perancangan yang sistematik adalah penting bagi memastikan


bangunan bersejarah sentiasa lestari sepanjang projek berjalan.3 Tujuan pemuliharaan
adalah untuk merawat kecacatan dan mencegah keusangan bangunan warisan.
Perancangan kerja mesti meliputi pemuliharaan bangunan bermula dari bumbung ke
lantai. Kedua kerja‐kerja awalan iaitu penyiasatan bahan mesti dijalankan terlebih
dahulu. Kontraktor perlu menjalankan ujikaji bahan dan melaksanakan mock‐up
ditapak bagi memastikan kesesuaian atau keserasian bahan baharu. Seterusnya
memberi perlindungan dan peneguhan sementara kepada bangunan. Dan ketiga ialah
dimana cadangan pemuliharaan mesti dikemukakan dalam bentuk tatacara kerja.
Tatacara ini mestilah melaporkan keadaan elemen atau komponen sebelum

3
Abdul Aziz Hussin, Pemuliharaan dan Pemeliharaan Warisan di Malaysia ,Penerbit USM, 2011, hlmn
8.
4

pemuliharaan dan menghuraikan secara berperingkat proses pemuliharaan atau


pembaik pulihan yang dicadangkan.

Konservator Kerja‐kerja pemuliharaan mesti dikendali dan diurus oleh mereka


yang mempunyai kelayakan teknikal dan pengalaman profesional dalam pemuliharaan
bangunan warisan. Oleh itu, Kontraktor perlu melantik seorang Konservator bagi
mengawasi kerja‐kerja yang akan dilaksanakan. 4 ICOMOS memberi panduan skop
tugas seorang konservator seperti berikut iaitu perlu memahami sejarah dan teknologi
monumen atau tapak bagi memudahkan pengenalpastian identiti, merancang
pemuliharaan dan interprestasi hasil penyelidikan. Selain itu konservator perlu
memahami perletakan monumen, bangunan atau tapak, kandungan dan persekitaran
yang berkaitan dengan bangunan atau lanskap. Ketiga memahami dan menganalisis
ciri‐ciri monumen, bangunan atau tapak. Seterunsya diagnosis punca‐punca asas
kerosakan bangunan dan boleh mencadangkan tindakan pemuliharaan. Selain itu
menyiasat dan membuat laporan kerosakan yang disokong dengan lakaran dan gambar
foto. Konservator juga perlu membuat keputusan berasaskan etika dan prinsip, dan
tanggungjawab jangka panjang ke atas warisan budaya. Seterusnya memberikan
nasihat kepakaran berkaitan strategi penyenggaraan, polisi pengurusan dan rangka
kerja untuk penjagaan alam sekitar, pengekalan monumen, bangunan dan tapak.5

Kepentingan bangunan warisan

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia wujud daripada ketamadunan silam
iaitu Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan awal, seperti Kerajaan Langkasuka,
Kerajaan Kedah Tua. Sementara itu, beberapa kerajaan lain di pantai Timur
Semenanjung. Malaysia pernah dijajah selama 446 tahun dan akhirnya mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejarah penubuhan kerajaan ini pastinya banyak
meninggalkan bangunan bersejarah sama ada yang bercirikan tempatan mahupun
Eropah. Sejak UNESCO mengiktiraf bandar Melaka dan Georgetown sebagai bandar
warisan bersejarah atau tapak warisan dan ketamadunan dunia, barulah timbul

4
Jabatan Warisan Negara, Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, 2012,hlmn,10.
5
A Ghafar Ahmad, Rangka Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah, Artikel diterbitkan dalam
majalah Sejarah@Malaysia November/Disember 2006/ Bil 1. hlmn.50-56.
5

kesedaran tentang kepentingan bangunan-bangunan bersejarah.6 Menyedari hakikat


ini, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memulihara
bangunan bersejarah.7 Persoalannya, apakah kepentingan pemuliharaan bangunan-
bangunan bersejarah dalam konteks Malaysia?

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah


bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era
atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa
Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau
peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 60 tahun,
kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis
masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu,
bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan
datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan
bahawa sejarah Malaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan
bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda. Sebagai contohnya, zaman
kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai
dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan
Stadhuys dan Gereja St.Paul.

Kepentingan seterusnya ialah memberikan teladan dan iktibar kepada


masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang
semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya
menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kita menghayati sejarah di sebalik
bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah
berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang
telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di
Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh
Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar.
Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan
kepemimpinan dan juga kelemahan tentera pada zaman Kesultanan Melaka. Negara

6
A Ghafar Ahmad, Pemuliharaan Bangunan Warisan di Malaysia: Pengalaman dan Cabaran Masa
Hadapan, Univesiti Sains Malaysia, 2016, hlmn 20.
7
Abdul Aziz Hussin, Pemuliharaan dan Pemeliharaan Warisan di Malaysia ,Penerbit USM, 2011, hlmn
10.
6

kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain
bagai berdiri sama tinggi duduk sama rendah sekiranya kita tidak mengambil mudah
dan mengambil iktibar daripada sejarah negara.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan
monumen dapat menarik pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong dari
luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor
dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan pemandangan alam
yang indah. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya
dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai
untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah
menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England,
Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan
Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan
bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong
dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara.8

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik.
Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan
monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air
Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak
dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan
Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan
masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor
dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada
rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19.
Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di
persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse
dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik
Steve Harper.

8
Nazarudin Zainun, Wacana Warisan, Pelancongan Dan Seni Dalam Kearifan Tempatan, Penerbit USM,
2015, hlmn 8.
7

Bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman. Hal ini demikian
kerana, sesebuah filem banyak bergantung pada latar tempatnya. Jika membuat filem
yang bertemakan peristiwa bersejarah, bangunan bersejarah perlu digunakan.
Contohnya, filem Police Story lakonan JackyChan di Kuala Lumpur yang berlatar
belakangkan bangunan MahkamaPersekutuan dan Stesen Kereta Api. Jelaslah bahawa
terdapat syarikat perfileman negara asing yang menjalankan pengambaran di
Malaysia. Hal ini menjadikan Malaysia terkenal dan berdiri gah di persada dunia.

Disamping itu, bangunan bersejarah mempunyai nilai-nilai seni dan nilai


estetika yang penting. Jika dilihat dengan teliti bangunan bersejarah juga mempunyai
seni bina yang halus yang bercorakkan budaya bangsa. Kita dapat menghayati
kehalusan dan kreativiti seni bina bangsa kita pada zaman silam. Kita dapat
menghayati keindahan dan keistimewaan budaya kita. Biar kita ambil contoh, ukiran
pada dinding kayu rumah Melayu tradisional. Sebahagian besarnya dipengaruhi oleh
penjajah yang menjajah di sesuatu negeri tersebut. Istana Seri Menanti dipengaruhi
oleh pengaruh minangkabau.

Selain itu, bangunan bersejarah juga dijadikan bahan penyelidikan. Perkara ini
amat penting bagi mereka yang meminati sejarah terutamanya para pengkaji sejarah.
Hal ini kerana, kewujudan bahan sejarah membuktikan sejarah yang berlaku di Tanah
Melayu sebelum kemerdekaan lagi. Sebagai contoh, kedatangan Portugis merupakan
cerita yang benar bukannya dogeng mahupun terselit unsur mitos dan lagenda. Hal ini
dapat dibuktikan apabila bangunan A Famosa yang didirikan semasa Peperangan Tiga
Segi yang melibatkan tiga buah negeri iaitu Acheh, Melaka dan Johor. Jelaslah
bahawa bangunan A Famosa masih berdiri dengan gahnya sehingga ke hari ini.

Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda


generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara.
Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan
diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Hal ini demikian kerana bangunan-
bangunan bersejarah merupakan sebahagian besar daripada sejarah negara kita. Jika
kita bandingkan bangunan bersejarah ini tiada tolok bandingnya dengan bangunan-
bangunan yang dibina pada zaman eraglobalisasi ini. Dengan terdapatnya bangunan
bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan
8

sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap
sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah.

You might also like