You are on page 1of 1

Mastika Disember 1989 / TPP Mohd Reduan Aslie / bahagian perhubungan awamn PDRM

Pengambilan tenaga buruh india dilakukan mengikut peraturan-peraturan tertentu seperti yang
terkadung di dalam Indian Immigration Fund 1907, tetapi pengambilan tenaga buruh China tidak
mempunyai peraturan-peraturan tertentu dan ia dikendalikan oleh agensi-agensi melalui sistem
kontraktor yang tidak mempunyai sebarang peraturan yang sistematik.

Disebabkan ia tidak mengikut peraturan-peraturan tertentu maka terjadilah suasana yang kelam kabut di
mana muncul terlalu banyak apa yang dipanggil primary contractor dan sub contractor yang tidak
teratur.

Pengawalan dan pengawasan masalah yang berkaitan dengan buruh-buruh China diletakkan di bawah
satu badan yang dinamakan Chinese Protractorate yang antaranya menjalankan perananya sebagai

1. Mengatur dan mengawal kedatangan imigran China


2. Kongsi Gelap melindungi pelakuran dan candu
3. Pelajaran
4. Penjualan anak gadis Mui Tsai

Kehadiran buruh cina yang ramai menyebabkan mereka menubuhkan institusi-institusi untuk menjaga
kepentingan mereka.

Institusi-institusi yang ditubuhkan secara halal dan mengikut undang-undang itu telah membolehkan
mereka menjalankan aktiviti-aktiviti untuk kepentingan masyarakat mereka. Antara badan yang mereka
tubuhkan ialah dewan perniagaan China ( Chinese Chambers Of Commerce ) yang menjalankan
kegiatan-kegiatan yang sah di sisi kerajaan .

Selain institusi institusi bercorak halal itu, kaum-kaum China itu juga menubuhkan badan-badan
bercorak haram untuk melindungi kepentingan puak-puak mereka. Kebanyakan badan-badan bercorak
haram ini menjalankan kegiatan-kegiatan yang bercorak haram juga. Antaranya mereka menubuhkan
kongsi gelap dan kesatuan politik yang dipelopori oleh comintern.

You might also like