You are on page 1of 2

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Setelah ditelusuri, terdapat banyak faktor yang membawa kepada penubuhan


Malayan Union inioleh British. Walau pun pihak British cuba berselindung yang
kononnya demi kepentinganpenduduk Tanah Melayu, namun terlihat
bagaimana British menubuhkan Malayan Union iniadalah semata-mata demi
kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Cara-cara penubuhanyang
tidak di persetujui oleh semua peringkat sosial masyarakat Melayu telah
membawa kepadabanyak penentangan yang akhirnya berjaya menggagalkan
Perlembagaan Malayan Union inidaripada dilaksanakan sepenuhnya. Bagi
menggagalkan perlaksanaan Malayan Union ini,pemimpin-pemimpin Tanah
Melayu serta rakyat telah melakukan banyak bentuk penentanganyang rata-
rata penentangan ini berlaku untuk memastikan Malayan Union tidak di
laksanakan.Daripada peristiwa Malayan Union ini, dapat di lihat kesan
peristiwa Malayan Union yang telahbanyak mengubah corak dan
mempengaruhi politik, budaya dan sosial Malaysia khususnyaTanah
Melayu.Kita perlulah mengambil iktibar daripada peristiwa penentangan
terhadap Malayan Unionialah masyarakat perlu berkeras dalam menyatakan
bantahan. Perlu adanya perpaduan dikalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum. Pengenalan Malayan Union ini telahmenguji kesabaran orang
Melayu terhadap British yang inginkan penjajahan mutlak terhadapTanah
Melayu. Rentetan daripada penyatuan tersebut, Kongres Melayu Se-Malaya
1946 telahdiadakan dan UMNO ditubuhkan untuk menentang niat licik British
tersebut. Kerjasama antararaja-raja Melayu dengan UMNO dan orang Melayu
pada keseluruhannya telah menyebabkanBritish mula berlembut dan
memulakan rundingan. Akhirnya, penat lelah tersebut terbayarapabila
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah diperkenalkan dan
membolehkan etnik-etnik di Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
RUJUKAN
BukuAnwar Abdullah (2005).Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu. Bangi:
Universiti KebangsaanMalaysia.
Ho Hui Ling (2004).Darurat 1948 – 1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu.
Kuala Lumpur:Universiti Malaya

.James V. Allen (1967).The Malayan Union. Southeast Asia Studies, Yale


University.Mohd. Isa Othman (2002).Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala
Lumpur: Utusan Publication &Distributor Sdn.

Bhd.Nazaruddin Hj. Mohd Jali (2001).Pengajian Malaysia Kenegaraan dan


Kewarganegaraan EdisiKedua. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin (2012).Modul Hubungan Etnik: Edisi Kedua. Bangi:


UniversitiKebangsaan

Malaysia.Ramlah Adam (1998).Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu.


Kuala Lumpur: UniversitiMalaya.

Dokumentari10 Tahun Sebelum Merdeka (10 Years Before Independence)


Directed by Fahmi Reza.

You might also like