You are on page 1of 11

KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON

Tajuk: Memahami proses pembentukan Malayan Union Nama: Muhamad Izzuddin Bin Zainudin Kelas: 3 Teknologi Elektrik Nama Pensyarah: Pn. Zurian Binti Md. Dom

ISI KANDUNGAN
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 KANDUNGAN PENDAHULUAN PENGHARGAAN SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNION ISI-ISI PERJANJIAN MALAYAN UNION SEBAB PENENTANGAN MALAYAN UNION CARA PENENTANGAN MALAYAN UNION TOKOH-TOHOH YANG TERLIBAT DALAM PENENTANGAN MALAYAN UNION RUMUSAN LAMPIRAN MUKA SURAT 3 4 5 6 7 8 9 10 11

PENDAHULUAN
Pembinaan negara bangsa dan bangsa Malaysia mengambil masa yang lama serta terpaksa menghadapi banyak cabaran. Pengenalan Malayan Union selama dua tahun oleh British telah menyedarkan orang tempatan tentang maksud penjajahan yang sebenarnya. Mereka bangun menentang Malayan Union untuk menyelamatkan bangsa. Pendekatan politik sederhana oleh orang tempatan telam menambat hati British. Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dengan mengambil kira sistem politik tempatan sebagai teras pembinaan negara dan bangsa. Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selama ini British manjalankan dasar menerima Negeri Melayu, Raja Melayu, dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. Selain itu, British juga menerima bahawa adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu ialah budaya Tanah Melayu.

PENGHARGAAN
Assalamualaikum

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Memahami Proses Pembentukan Malayan Union. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Tuan Pengetua Kolej Vokasional Port Dickson, Tuan Hj Abu Bakar Bin Md Jelas kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar. Sekalung penghargaan untuk Pensyarah subjek saya, Pn. Zuriah Binti Md. Dom kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.

SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNION 1946

Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri

Membentuk Bangsa Malayan Union

Sebab Malayan Union Diperkenalkan Melahirkan Pentadbiran Yang Licin Menjimatkan Kos Pentadbiran

Mengawal Kuasa Politik Orang Melayu

Kerajaan British memperkenalkan Malayan Union berdasarkan beberapa factor. Antaranya termasuklah sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri. British juga menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos. Sebelum Perang Dunia Kedua,Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza, iaitu NegeriNegeri Selat(NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB) Dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar dan menyebabkan perkembangan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang. Selain itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal merekadan menumpukan taat setia kepada Malayan Union. Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut. Di samping itu, British dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu selain mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

ISI-ISI PERJANJIAN MALAYAN UNION 1946


Perjanjian Malayan Union 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu dalam satu unit pentadbiran. Syarat-syarat utama Perjanjian Malayan Union ialah:

SEBAB PENENTANGAN MALAYAN UNION


Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang menggugut Raja Raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah Kebanyakan sultan tidak memberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak. Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.

CARA PENENTANGAN MALAYAN UNION


Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara telah menyuarakan bantahan secara berterusan. Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai samara Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan, dan di Alor Setar, Kedah. Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Pada 23 Januari 1946, Dato Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) sebagai banteng menentang Malayan Union. Kongres Melayu 1946 diadakan dari 30 dan 31 Mac 194 untuk membantah pengisytiharaan Malayan Union pada 1 April 1946. Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap Bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Williams. Raja-Raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.

TOKOH-TOKOH YANG TERLIBAT

RUMUSAN
Pengenalan Malayan Union merupakan penjajahan mutlak British terhadap Tanah Melayu. Usaha British ini dibantah hebat oleh orang Melayu sehingga Kongres Melayu 1946 diadakan dan UMNO ditubuhkan bagi menentangnya. Kerjasama antara Raja-Raja Melayu dengan UMNO Dan sokongan oleh orang Melayu telah menyebabkan British memulakan rundingan. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah membolehkan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini telah memperkenalkan semula dasar British sebelum tahun 1941. Konsep kerajaan persekutuan dan negeri diperkenalkan, institusi raja dipulihkan, kerakyatan pula diperketatkan dan perlindungan terhadap orang Melayu dimasukkan dalam perlembagaan. Perkara ini merupakan asas kepada bentuk pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia yang merdeka.

LAMPIRAN

You might also like