You are on page 1of 7

MUHAMMAD SYAHIR BIN ABD SAMAD

D21112846

UJIAN 1 A

Soalan 1.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan Portugis menakluki Melaka pada 1511 adalah ;

Faktor yang pertama ialah Melaka mempunyai kekayaan dan perdagangan yang maju. Melaka
merupakan pusat pelabuhan yang terkenal dan mempunyai pelbagai bahan rempah seperti lada hitam,
kayu manis, bunga cengkih dan buah pala. Bahan-bahan rempah ini merupakan permintaan tertinggi
di Eropah kerana kegunaan bahan ini amat istimewa iaitu mengawet dan menyedapkan makanan
seperti daging serta pemanas badan. Selain itu, Portugis juga mempunyai agenda mereka tersendiri
iaitu ingin menghalang monopoli pedagang-pedagang Islam di Timur.

Faktor yang kedua ialah Melaka mempunyai kemegahan. Justeru itu, Portugis ingin bersaing dengan
Negara-negara penjajah lain untuk memartabatkan negaranya dengan menggunkan kemahiran mereka
dalam aktiviti penjelajahan dan pelayaran. Selain itu, Portugis juga ingin membina sebuah empayar
yang kukuh di luar Eropah.

Faktor yang ketiga pula ialah Portugis ingin menyebarkan agama Kristian. Sifat penyebaran agama
Kristian dalam diri setiap orang Portugis amat tebal. Oleh itu, mereka datang ke Melaka untuk
menyebarkan agama Kristian dan juga ingin menghapuskan agama Islam di Timur. Mereka juga ingin
meneruskan Perang Salib dengan menebus kembali kekalahan mereka di tangan tentera Islam dalam
Perang Salib serta ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur.

Faktor yang teeakhir ialah galakan Putera Henry. Putera Henry percaya terhadap semua pelayar
negaranya mampu memperluaskan empayar Portugis di luar Eropah. Oleh itu, beliau telah mendirikan
sebuah sekolah pelayaran si Portugal sebagai galakan untuk semua rakyatnya pergi berlayar dan
terbukti galakan itu telah berjaya mendapat sahutan oleh rakyatnya. Antara kejayaan-kejayaan
pelayaran yang tercapai termasuklah:
i) Tahun 1488-Bartholomew Diaz sampai ke Tanjung Harapan
ii) Tahun 1498-Vasco Da Canna sampai ke India
iii) Tahun 1509-Lopez De Sequiera tiba ke Malaka
Soalan 2

Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu yang kebiasaannya bersikap lemah
lembut dan sering melakukan apa yang disuruh telah bangun bersama-sama untuk
membantah skim yang baru itu. Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah
mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union.
Pemimpin-pemimpin Melayu dan pesara-pesara British daripada Perkhidmatan Awam di
Tanah Melayu telah mengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union, dan membidas
MacMichael kerana menggunakan 'ugutan' untuk memperolehi persetujuan daripada sultan-
sultan Melayu. Pegawai-pegawai ini bertindak melobi Tanah Melayu di Parlimen. Antara
bekas pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang mengambil bahagian
adalah Frank Swettenham. Mereka turut menulis surat-surat kepada akhbar nasional dan
untuk merayu kepada Perdana Menteri United Kingdom agar menghentikan usaha menukar
status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan. Kegiatan seumpama ini
mewujudkan tanggapan bahawa terdapat tentangan yang hebat terhadap Malayan
Union bukan sahaja daripada penduduk Tanah Melayu malahan daripada pegawai dalaman
British sendiri.
Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaan anti Malayan Union yang
dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyat Melayu. Ini menyebabkan baginda
sultan untuk membantah secara terbuka terhadap cara yang digunakan oleh MacMichael
untuk memperoleh tandatangan baginda-baginda untuk perjanjian baru itu. Sultan-sultan
tersebut menolak rancangan Malayan Uniondan cadangan untuk menghantar satu perwakilan
ke London untuk memansuhkan rancangan itu telah disuarakan. Bagaimanapun, sudut
pandangan orang Melayu disampaikan dengan lebih berkesan selepas
penubuhan UMNO atau PEKEMBAR yang telah muncul untuk menyuarakan bantahan
Melayu terhadap Malayan Union.
Pihak British sangat terperanjat dengan perubahan sikap masyarakat Melayu. Selepas
pendudukan Jepun orang-orang Melayu telah sedar bahawa pihak British tidaklah sekuat
yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang bertiup kencang dari tanah
seberang iaitu Indonesia. Di atas kesedaran inilah Orang-orang Melayu telah bangun
bersama-sama untuk menentang cadangan pihak British. Tindakan yang kemas telah
dilancarkan melalui UMNO. Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak bersatu
telah bangun bersama-sama, malahan sultan-sultan negeri-negeri Melayu juga turut bersama-
sama bergabung dengan rakyat Melayu untuk menentang Malayan Union. Satu perkara yang
tidak pernah terjadi di Tanah Melayu sebelumnya.
Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orang Melayu turut
mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh Semenanjung Malaysia untuk menyedarkan
masyarakat Melayu di kampung-kampung. Selepas menerima tekanan yang begitu kuat,
pihak British yang masih ingin meneruskan Malayan Union mencadangkan satu
jawatankuasa dihantar untuk melihat reaksi masyarakat Melayu. Ahli jawatankuasa tersebut
telah terkejut melihat reaksi yang amat kuat dari orang melayu untuk menghentikan Malayan
Union. Di mana sahaja mereka pergi pasti disambut dengan ribuan umat melayu dengan
slogan-slogan anti Malayan Union. Malahan mereka dan Gabenor Malayan Union ketika itu
turut bersimpati dengan orang-orang Melayu. Pada akhir lawatan tersebut, ahli jawatankuasa
terbabit telah mengambarkan sesuatu yang positif di dalam ucapan mereka. Ramai orang
melayu dan UMNO sendiri yakin bahawa Malayan Union akan terbatal.
PENUBUHAN UMNO

Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay
Congress) diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Disertai oleh kira-kira 200
orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan, kongres itu membincangkan pembentukan
gerakan nasional Melayu, serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union. Sebuah
jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk penubuhan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor
Bahru.[1] Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar,
Menteri Besar Johor, dipilih sebagai presiden pertama UMNO. Kongres itu juga
mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak
bahawa Malayan Union dimansuhkan.
Soalan 3

Pada pendapat saya, Kontrak Sosial di Malaysia amat sesuai didalam perlembagaan negara Malaysia
kerana ia terkandung dengan hak kesamarataan antara rakyat khususnya di Malaysia mempunyai
pelbagai kaum , bangsa serta agama. 3 kaum , bangsa serta agam yang saya sebutkan ini ialah Melayu
, Cina dan India. Hak ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi dan ketidakadilan
kepada rakyat Malaysia seterusnya dapat menegakkan hak-hak asasi setiap individu. Kesamarataan
ini dapat dilihat dari banyak aspek termasuklah dari segi agama, bangsa, keturunan, tempat
lahir dan jantina. Hak kesamarataan ini diiktiraf sebagai salah satu kebebasan asasi yang
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dengan adanya Kontrak Sosial ini, lapisan
masyarakat pelbagai kaum , bangsa dan agama boleh berganding bahu untuk memajukan
negara Malaysia serta mencurahkan semangat patriotik di dalam diri. Kesannya, negara
Malaysia akan menjadi sebuah negara yang sangat aman dan damai walaupun mempunyai
kepelbagaian kaum , bangsa serta agama.
Soalan 4

Eksekutif juga disebut Pemerintah atau Kerajaandi dalam sistem Parlimen dan juga
disebut Pentadbiran di dalam sistem Kongres contohnya di Amerika Syarikat. Badan ini
bertanggungjawab melaksanakan undang-undang yang diluluskan oleh pihak legislatif. Ketua
eksekutif di dalam sebuah negara Republik dipanggil Presiden, manakala negara lain
dipanggil Perdana Menteri. Badan ini merangkumi banyak sektor kerajaan seperti
pelbagai kementerian, jabatan, kerajaan tempatan dan juga agensi kerajaan seperti
organisasi polis, tentera dan kastam.

Peranan utama badan ini termasuklah:

• Membuat keputusan mengenai polisi dan menguatkuasakan undang-undang


• Menjaga hal ehwal hubungan luar negara
• Melantik pegawai-pegawai kerajaan
• Penyiasatan dan keselamatan dalam dan luar negara
• Pengeluaran lesen
• Membuat instrumen perundangan dan undang-undang kecil
• Membuat pembangunan infrastruktur
• Menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara
• Meningkatkan penggunaan telefon
Badan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa
untuk menggubal, meminda dan meratifikasi undang-undang. Ia dikenali dengan banyak
nama, dengan yang paling umum merupakan parlimen dan kongres, walaupun istilah-istilah
itu juga membawa pengertian yang lebih khusus. Dalam sistem berparlimen, badan
perundangan ialah badan yang tertinggi dan yang melantik cabang eksekutif. Dalam sistem
berpresiden, badan perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yang kuasanya sama
sahaja dengan cabang eksekutif. Selain daripada menggubal undang-undang, badan
perundangan biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan cukai dan
menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang yang lain. Kebenaran dewan
perundangan juga biasanya diperlukan sebelum mengikat perjanjian perdamaian atau
mengisytiharkan perang. Komponen utama badan perundangan merupakan satu atau lebih
dewan yang mendebatkan dan menerima rang undang-undang melalui undi. Badan
perundangan yang memiliki hanya satu dewan dikenali sebagai ekadewan. Badan
perundangan dwidewan terdiri daripada dua dewan yang berasingan, biasanya diperihalkan
sebagai Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat. Tugas, kuasa, dan kaedah yang digunakan
untuk memilih anggota adalah tidak sama untuk kedua-dua dewan tersebut. Badan
perundangan tridewan jarang ditemui, dengan yang paling terkini wujud semasa tahun-tahun
kuasa berkurang pemerintahan minoriti orang kulit putih di Afrika Selatan.
Dalam kebanyakan sistem berparlimen, Dewan Rakyat ialah dewan yang lebih berkuasa,
manakala Dewan Pertuanan hanya merupakan dewan penasihat atau kajian semula.
Bagaimanapun, dalam sistem berpresiden, kuasa kedua-dua dewan seringnya adalah serupa
atau sama. Dalam persekutuan, Dewan Pertuanan biasanya mewakili negeri-negeri
komponen, dengan keadaan yang sama diamalkan oleh dewan perundangan supranasional
di Kesatuan Eropah. Bagi tujuan ini, anggota Dewan Pertuanan:
• terdiri daripada wakil kerajaan negeri, sebagaimana dengan Kesatuan
Eropah dan Jerman serta juga Amerika Syarikat sebelum tahun 1913; atau
• dipilih menepati formula yang memberikan perwakilan yang sama kepada negeri-
negeri yang kecil jumlah penduduknya, sebagaimana dengan Australia dan Amerika
Syarikat moden.
Soalan 5

Antara kepentingan pilihanraya bagi sesebuah negara ialah :

1. Pilihan raya penting dalam sistem pemerintahan demokrasi.


2. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab dan mengambil tahu perkembangan
politik semasa.
3. Rakyat harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara.
4. Rakyat sendiri yang akan menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan
melalui pilihan raya.
5. Berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara.
6. Menentukan rangka dan bentuk pemerintahan negara.
7. Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan dan kelicinan pentadbiran dalam
pemerintahan kerajaan.
8. Menjamin taat setia rakyat terhadap pimpinan negara.
9. Menjamin hak asasi dan hak kebebasan rakyat.
10. Menjadi rujukan dalam penggubalan undang-undang.
11. Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan buniputeri di Sabah dan
Sarawak tidak dipersoalkan.

You might also like