You are on page 1of 5

BAB 4 T4: Reaksi Penduduk terhadap MU- C’19 13 April 2020

BAB 4 TING 4 C ’19, 13 April 2020

TAJUK: 4.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union.

Selepas kerajaan British mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946, ada reaksi yang
menyokong dan tidak menyokong.

I. Penentangan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union.


 MU merupakan bentuk penjajahan secara mutlak oleh kerajaan British.
 Sultan Melayu kehilangan kedaulatan dan kuasa politik yang selama ini menjadi hak
Raja-raja Melayu.
 Raja-raja Melayu menyuarakan bantahan dan tentangan baginda terhadap MU melalui
pelbagai cara.
 Cara-cara bantahan Raja-raja Melayu:
 Membawa kes MU ke mahkamah Tinggi England: Sultan Perak, Sultan Kedah
dan Sultan Johor berangkat ke England, MacMichael mendapatkan persetujuan
daripada Raja-raja Melayu dengan cara tidak sah.
 Menghantar surat bantahan ke London: Sultan Kedah, Sultan Perak dan Sultan
Johor mengutus surat bantahan kepada George Henry Hall, mendakwa baginda
diperdaya oleh MacMichael, Sultan Kelantan diugut. Tuanku Syed Putra
Jamalullail mengirimkan telegram kepada kerajaan British untuk menyuarakan
rasa tidak puas hati apabila MacMichael tidak memberi peluang untuk baginda
dapatkan nasihat pembesar negeri.
 Kongres Melayu: perjuangan Kongres Melayu disokong oleh Raja-raja Melayu. Sultan
Hisamuddin Alam Shah menderma sebanyak $15 ribu kepada Persatuan Melayu
Selangor yang menjadi tuan rumah Kongres Melayu Pertama, dan baginda telah
merasmikan pembukaan kongres ini.
 Permaisuri Perak memimpin gerakan menentang MU: 28 Mei 1946, Ahli Parlimen
British tiba di Kuala Kangsar- tempat Sultan Iskandar Shah bersemayam. Perhimpunan
besar-besaran diadakan di Padang Bandar Diraja Kuala Kangsar- Tuanku Permaisuri Raja
Perempuan Kelsom mengetuai barisan hadapan perarakan bersama-sama dengan
wanita negeri Perak.
 Memulaukan upacara pelantikan Gabenor MU: Raja-raja Melayu memulaukan upacara
pelantikan Gabenor setelah perjumpaan dengan Dato’ Onn Jaafar di Hotel Station. Dato’
Onn mempersembahkan resolusi Kongres Malayu iaitu memohon Raja-raja Melayu
supaya bersama-sama dengan rakyat memboikot upacara pelantikan Gabenor MU.
Ribuan orang Melayu berhimpun di Hotel Station melaungkan “Daulat Tuanku” dan
“Hidup Melayu”. Raja-raja Melayu nekad memulaukan upacara pelantikan Gabenor MU
iaitu Sir Edward Gent dan mengadakan sidang akhbar.

1. Soalan: Bagaimanakah Raja-raja Melayu menentang gagasan Malayan Union? [Teks:


hal.101]

I CHuN BCH 20032020 Page 1


BAB 4 T4: Reaksi Penduduk terhadap MU- C’19 13 April 2020

 Membawa kes MU ke mahkamah Tinggi England. (P4- Perundangan)


 Menghantar surat bantahan ke London.
 Tuanku Syed Putra Jamalullail mengirimkan telegram kepada kerajaan British.
 Mengadakan Kongres Melayu, perjuangan Kongres Melayu disokong oleh Raja-raja
Melayu.
 Permaisuri Perak memimpin gerakan menentang MU.
 Memulaukan upacara pelantikan Gabenor MU.
 Mengadakan sidang akhbar.
 Nilai: sanggup berkorban untuk bangsa dan tanah air, sedia mempertahankan
kedaulatan negara.

LATIHAN MENGARANG ESEI


___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

II. Penentangan Rakyat terhadap Malayan Union


British Military Administration (BMA) menyiarkan berita gagasan MU untuk pengetahuan rakyat
umum. Akhbar Majlis menyiarkannya pada 12 Oktober 1945, sehari selepas ketibaan
MacMichael.
 Berita MU mencetuskan kesedaran nasionalisme untuk menentang British.
 Bantahan terhadap MU dilaksanakan melalui akhbar, cendekiawan, persatuan Melayu,
kongres dan perhimpunan besar-besaran.

i. Bantahan Akhbar Melayu.


 Akhbar seperti Utusan Melayu (Singapura), Majlis (KL) dan Warta Negara (Pulau Pinang)
telah menyuarakan bantahan keras, mengecam dan mengutuk MU kerana merugikan
orang Melayu.
 Akhbar ini menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk
menolak gagasan MU.

I CHuN BCH 20032020 Page 2


BAB 4 T4: Reaksi Penduduk terhadap MU- C’19 13 April 2020

 Akhbar ini sentiasa melaporkan perkembangan berita penentangan orang Melayu


terhadap MU.

ii. Bantahan Cendekiawan.


 Tokoh pentadbir Melayu:
 Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Za’ba, Tengku Mohamed, Dato’ Abdul Wahab
Abdul Aziz (Panglima Bukit Gantang), Wan Md Yussof (Panglima Kinta, Perak) dan Dato’
Hamzah Abdullah telah menggerakkan orang Melayu menentang MU dengan pelbagai
strategi.
 Pemimpin Melayu Johor, Dato’ Abdul Rahman Mohammad Yassin membantah usaha
British untuk terus menjajah TM.
 Bantahan wanita: Cikgu Zaharah Abdullah (Pertubuhan Pergerakan Melayu
Semenanjung Johor, Batu Pahat), Halimahton Abd Majid (Rembau), Saleha Mohd Ali,
Zaharah Tamin (Selangor) , Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid (Perak) dan Hasnah Ishak
(PP) merupakan benteng barisan hadapan menentang MU.

iii. Bantahan Persatuan Melayu


 Persatuan Melayu seperti Syarikat Bekerjasama Am Saiburi (SABERKAS), Persatuan
Melayu Kedah, Perikatan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan
Melayu Johor berjaya menghimpunkan orang Melayu dari seluruh negara dan setiap
lapisan masyarakat untuk membantah MU.
 Pertubuhan Melayu ditubuhkan atau diaktifkan semula sebagai tindak balas terhadap
MU. Pertubuhan ini kemudian menjadi penggerak menganjurkan rapat umum bagi
membantah tindakan MacMichael dalam usaha mendapatkan tandatangan Raja-raja
Melayu dan bantahan terhadap gagasan MU.
iv. Bantahan bekas Pegawai British:
 Pegawai British yang pernah berkhidmat di TM turut menentang MU, mereka
mengkritik keseluruhan rancangan MU.
 Frank Swettenham, Roland Braddell, Cecil Clementi Smith, Richard Wintedt, Federick
Weld dan George Maxwell.
IV. Bantahan di Negeri Kelantan, Kedah dan Johor.
Pemimpin persatuan Melayu dan sultan bekerjasama mengadakan bantahan terhadap
kedatangan MacMichael di Kelantan, Kedah dan Johor.

i. Bantahan di Kelantan:
 Pada 15 Disember 1945, seramai 10 ribu orang berhimpun di Kota Bharu semasa
MacMichael datang untuk mendapatkan tandatangan sultan.
ii. Bantahan di Kedah:
 19 Januari 1946, ribuan orang Melayu Kedah telah berarak di Alor Setar menentang MU.
 Anjuran Kesatuan Melayu Kedah, SABERKAS, Kesatuan Ulama Kedah dan Persatuan
Melayu Kedah.

I CHuN BCH 20032020 Page 3


BAB 4 T4: Reaksi Penduduk terhadap MU- C’19 13 April 2020

 Tuan Haji Hussain Che Dol, Yang Dipertua Kesatuan Melayu Kedah dan Senu Abdul
Rahman, Setiausaha Agung SABERKAS telah mengkritik kandungan Kertas Putih MU
yang dianggap mencabul kedaulatan bangsa Melayu.
iii. Bantahan di Johor:
 Januari 1946, Lembaga Kesatuan Melayu Johor melancarkan gerakan menentang MU.
Perhimpunan ini disertai oleh Persatuan Melayu Johor. Ungku Omar Abdullah, Naib
Presiden Lembaga Kesatuan Melayu Johor dan Dr. Hamzah berucap menentang MU.
 10 Februari 1946, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor di bawah pimpinan Dato’ Onn
Jaafar berhimpun menentang MU.
 Seramai 20 ribu orang Melayu berhimpun di Bandar Batu Pahat.
 Dato’ Onn Jaafar berucap menggesa orang Melayu bangkit bersatu untuk menentang
penjajah British.

V. Mengadakan Kongres Melayu.

Penentangan gagasan MU berkembang ke peringkat kebangsaan apabila Za’ba, Yang Dipertua


Persatuan Melayu Selangor, menghubungi Dato’ Onn Jaafar di Johor, Dato’ Panglima Bukit
Gantang di Perak dan Tunku Abdul Rahman di Kedah.
 Pemimpin dan cendekiawan Melayu pada peringkat negeri bersetuju untuk
menganjurkan Kongres Melayu.
 Mereka bersepakat mahu menubuhkan badan induk untuk menentang MU secara
tersusun.
 Kongres Melayu diadakan di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, KL.
 Kongres berlangsung dari 1 Mac 1946 hingga 4 Mac 1946.
 Sebanyak 41 buah pertubuhan Melayu menghantar wakil masing-masing untuk
menghadiri kongres ini.
 Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organisation (UMNO) untuk
menentang MU.
 Kongres Melayu turut diadakan di Johor pada 11 Mei 1946, hasilnya UMNO ditubuhkan
di Istana Johor pada 11 Mei 1946.
Hari lahirnya MU dianggap “Hari Kematian” oleh orang Melayu. Perhimpunan orang
Melayu dengan memakai lilitan kain putih di songkok sebagai tanda berkabung.

2. Soalan KBAT:
Mengapakah pendidikan penting untuk menimbulkan nasionalisme?[Teks. Hal. 117]

 Pendidikan (P8): melahirkan golongan intelektual yang memiliki ilmu pengetahuan


dalam pelbagai aspek melalui semua sumber penulisan/ media
 Contoh: Penubuhan persatuan dipelopori oleh golongan berpendidikan seperti KMM
dan UMNO
 Golongan guru terlibat dalam gerakan nasionalisme di TM peringkat awal contoh
pegawai lulusan MCKK dan guru lulusan SITC

I CHuN BCH 20032020 Page 4


BAB 4 T4: Reaksi Penduduk terhadap MU- C’19 13 April 2020

 Perantara dengan golongan masyarakat dan mendorong penduduk membela nasib diri
dan masyarakat.
 Nilai: bijak menyusun strategi demi bangsa dan dapat mengelakkan berlaku
pertumpahan darah apabila golongan berpendidikan menjadikan sistem demokrasi
berparlimen sebagai tunggak pemerintahan.

penyatuan
masyarakat
melalui
bijak pertubuhan KMM
menyusun
UMNO
strategi

Lahir
Golongan
intelektual

LATIHAN I CHuN
______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

I CHuN BCH 20032020 Page 5

You might also like