You are on page 1of 10

TAJUK FOLIO:

MALAYAN UNION

NAMA MOHAMAD ADAM HAIKAL BIN


ZULKIFLI
NO. KAD PENGENALAN 050511-01-0733
PROGRAM 1 SVM CTP
SEMESTER SEMESTER 2
NAMA PENSYARAH CIK LEE SIEW CHIN
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Penghargaan 111eygy1111

2. Latar Belakang/ Pengenalan 1-3

3. Sebab-sebab penubuhan Malayan Union 3-4

4. Ciri-ciri Malayan Union 3

5. Sebab-sebab Penentangan Malayan Union 4

6. Cara-cara penentangan Malayan Union 4-6

7. Kesimpulan 7

8. Rujukan 7
1.0 Penghargaan

HHEUHDBH Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya,
kerja folio Sejarah dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan folio ini saya
dapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Saya ingin menyampaikan
penghargaan yang setinggi- tingginya kepada CIK LEW SIEW CHIN, pensyarah mata
pelajaran Sejarah dan juga kepada kedua ibu bapa saya kerana bimbingan dan teguran yang
sangat berharga semasa membuat kerja folio ini.

2.0 Pendahuluan
j
Era Pasca perang dunia ke-2 telah menyaksikan perubahan ketara dalam polisi British di
Tanah Melayu . Dasar pro-Melayu yang diamalkan sebelum ini dilihat sebagai tidak sesuai
lagi sebaliknya British cuba memperkenalkan satu dasar baru yang dianggap perlu bagi
menangani senario politik di negara ini selepas perang. Dasar baru itu menjurus ke arah
sebuah persatuan yang dilihat mampu mewujudkan suatu pentadbiran yang lebih cekap dan
seragam. Ia dianggap penting dalam menjinakkan kos pentadbian selain daripada
memperkukuhkan pertahanan British. Pada masa sama, London turut berpendapat sudah tiba
masanya bagi memikirkan kedudukan serta nasib golongan imigran di Tanah Melayu.
Perkembangan ini selaras dengan perubahan demografi negara ini dari sebuah negeri Melayu
ke sebuah negara maju.

3.0 Latar Belakang

British Military Administration (BMA) dilaksanakan di Tanah Melayu


selepas Jepun menyerah kalah pada 12 September 1945. BMA
merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan di bawah arahan Lord MountBatten ,
Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara (1943-1946). Sementara Brigeder
Jeneral H.C Willan pula merupakan Timbalan Ketua Hal Ehwal Awam bertanggungjawab
merancang hal ehwal awam di Tanah Melayu. Tugas BMA ialah untuk mengembalikan
kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat.

3.1 British Military Administration (BMA)

British Military Administration (BMA) di tanah Melayu bermula pada 12 September 1945
setelah tentera jepun menyerah kalah . BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan
dibawah arahan Lord MountBatten , Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia

1
Tenggara (1943-1946). Perancangan bagi hal ehwal awam di tanah Melayu dilakukan oleh
Timbalan Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam , Brigedier Jeneral H.C.Willan. Tugas BMA
adalah untuk mengembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat .

3.1.1 Mengembalikan Kestabilan Dan Keamanan

British Military Administration (BMA) berusaha untuk memulihkan keamanan dan


kestabilan dengan membubarkan pasukan MPAJA pada 1 Disember 1945 . BMA
mengarahkan semua senjata yang diberikan kepada mereka semasa pendudukan Jepun dahulu
dikembalikan. BMA gagal mengumpulkan semula senjata tersebut. BMA juga gagal
membanteras kegiatan jenayah, keganasan , kongsi gelap dan masalah ketegangan kaum

3.1.2 Memulihkan Kepercayaan Rakyat

Rakyat mengalami kesukaran hidup di bawah pemerintahan Jepun. Bekalan makanan dan
ubat-ubatan sukar didapati . Selain itu, kebuluran berlaku di kebanyakan tempat. Rakyat juga
tidak mempunyai wang untuk membeli makanan , manakala kegiatan menyorok barang ,
amalan rasuah , peras ugut dan pasar gelap di Kuala Lumpur menjadi semakin tidak
terkawal .BMA telah mengambil alih pentadbiran tanah Melayu bagi mengembalikan
kepercayaan rakyat supaya menyokong kepulangan British di negara ini. BMA juga berusaha
untuk memulihkan kerosakan insfrastuktur akibat bencana peperangan.

4.0 Gagasan Malayan Union

Gagasan Melayu Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan BMA. British
berhasrat agar Malayan Union akan melicinkan sistem pentadbiran , meningkatkan pelaburan
ekonomi, mengukuhan pertahanan dan mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga kerja
untuk meningkatkan ekonomi.

2
4.1 Latar Belakang Pembentukan Malayan Union

Unit Perancang Tanah Melayu yang diketuai oleh Mejar Jeneral Ralph Hone diberikan tugas
untuk merangka satu bentuk pentadbiran baharu di Tanah Melayu yang dikenali sebagai
Malayan Union. Setiauasaha Tanah Jajahan British, George Henry Hall membentangkan
rancangan ini di Parlimen British pada 10 Okteber 1945. Rancangan Malayan Union yang
diisytiharkan dalam Warta Kerajaan dikenali sebagai Kertas Putih 6274. Dalam Ketas Putih
tersebut , British akan mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu dan menubuhkan sebuah
pentadbiran berpusat (kesatuan) di bawah jajahan British.

4.1.1.1 Pentadbiran Malayan Union

(a)Kesatuan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu , Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri
Selat kecuali Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran.

(b) Raja-raja Melayu


Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat
istiadat Melayu.

(c) Ketua Pentadbir


Malayan Union diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Raja England. Majlis
Eksekutif dan Majlis Perundangan Malayan Union dibentuk dibawah kawalan Pesuruhjaya
Tinggi British.

j
hg3etgfkhgkh

3
Tinggi British

4.1.1.2 Kewarganegaraan

 Kewarganegaraan melalui prinsip jus soli menjadi asas kewarganegaraan Malayan


Union .
 Seluruh rakyat dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai warga
Malayan Union
 Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 tahun
sehingga 15 tahun akan diberikan kewarganegaraan.
 Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang ibu bapanya merupakan
warganegara , turut diberikan kewarganegaraan.

5.0 Sebab-sebab penentangan Malayan Union

 Kehilangan kedaulatan dan kuasa raja


 Malayan Union digubal tanpa mendapatkan pandangan orang Melayu
 Kaedah Harold Mac Micheal mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu
 Pemberian kerakyatan kepada jus soli

6.0 Cara-cara penentangan Malayan Union

6.1 Cara Bantahan Raja-raja Melayu

(a) Membawa Kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England

Persidangan Raja-raja Melayu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada bulan April 1946
memutuskan untuk mengemukakan bantahan melalui Mahkamah Tinggi di England. Sultan
Perak , Sultan Kedah dan Sultan Johor akan berangkat ke England sekiranya kehadiran
baginda diperlukan di mahkamah tersebut.Menurut sistem perundangan British, MacMichael
mendapatkan persetujuan daripada Raja-raja Melayu dengan cara tidak sah.

(b) Menghantar Surat Bantahan ke London

4
Sultan Kedah, Sultan Perak dan Johor mengutuskan surat bantahan kepada George Henry
Hall, mendakwa baginda diperdaya oleh MacMichale.
Beberapa orang raja mendakwa diugut supaya menurunkan tandatangan tanpa menyedari
akibatnya . Raja-raja Melayu memohon British memansuhkan persetujuan yang
ditandatangani itu.
Tuanku Syed Putra Jamalullail juga mengirimkan telegram kepada kerajaan British di
London untuk menyuarakan rasa tidak puas hati baginda terhadap tindakan MacMichael.
Baginda tidak diberikan peluang untuk mendapatkan nasihat daripada pembesar negeri
sebelum memberikan persetujuan.

(c) Menyokong Kongres Melayu

Raja-raja melayu sokong kongres.


- Kongres bertujuan menunjukkan kesungguhan orang Melayu menolak MU.
- Sultan Hishamuddin Alam Shah derma $15 ribu kepada Persatuan Melayu Selangor sebagai
tuan rumah Kongres Melayu Pertama dan merasmikan pembukaan kongres

(d) Permaisuri Perak Memimpin Gerakan Menentang Malayan Union

Ahli Parlimen British tiba di Kuala Kangsar, Perak tempat Sultan Iskandar bersemayam.
- Perhimpunan besar - besaran di Padang Bandar Diraja Kuala Kangsar.
- Raja dan rakyat bergabung menentang MU.
- Tuanku Permaisuri Perak, Raja Perempuan Kelsom ketuai barisan hadapan perarakan
bersama wanita Perak.
- Perarakan melintasi Raja – raja Melayu, Ahli Parlimen British dan pemimpin Melayu di
pentas.
- Mereka kagum dengan semangat Raja Perempuan.

(e) Memulaukan Upacara Pelantikan Gabenor Malayan Union

Raja- raja Melayu memulaukan upacara pelantikan Gabenor setelah perjumpaan dengan
Dato’ Onn Jaafar di Hotel Station. Dato’ Onn Jaafar mempersembahkan resolusi Kongres
Melayu , iaitu memohon Raja-raja Melayu supaya bersama-sama dengan rakyat memboikot
upacara pelantikan Gabenor Malayan Union.
Ribuan orang Melayu yang berhimpun di Hotel Station melaungkan “Daulat Tuanku!” dan
“Hidup Melayu” . Raja-raja Melayu nekad memulaukan upacara pelantikan Gabenor
Malayan Union, iaitu Sir Edward Gent dan mengadakan sidang akhbar.

6.2 Penentangan Rakyat terhadap Malayan Union

5
(a) Bantahan Akhbar Melayu

 Akhbar seperti Utusan Melayu (Singapura),Majlis dan Warta Negara (Pulau Pinang)
telah menyuarakan bantahan dengan keras, mengecam dan mengutuk Malayan Union
kerana merugikan orang Melayu
 . Akhbar ini menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk
menolak gagasan Malayan Union.
 Akhbar ini sentiasa melaporkan perkembangan berita penentangan oranng Melayu
terhadap Malayan Union.

(b)Bantahan Cendekiawan

 Pemimpin melayu seperti Dato’ Onn Jaafar , Dato’ Nik Ahmad Kamil, Za’ba,
Tengku Mohamed , Dato ’Abdul Wahab Abdul Aziz (Panglima Bukit Gantang), Wan
Md Yussof (Panglima Kinta ,Perak)dan Dato ’Hamzah Abdullah telah menggerakan
orang Melayu menentang Malayan Union dengan pelbagai strategi.
 Pemimpin Melayu Johor , Dato’ Abdul Rahman Mohammad Yassin membantah
usaha British untuk terus menjajah Tanah Melayu.
 Tokoh wanita seperti Cikgu Zaharah Abdullah (Batu Pahat), Halimahton Abd Majid
(Rembau), Saleha Mohd Ali, Zaharah Tamin (Selangor) , Datin Putih Mariah Ibrahim
Rashid (Perak) dan Hasnah Ishak (Pulau Pinang) merupakan benteng barisan hadapan
menentang Malayan Union.
 Di Batu Pahat, Cikgu Zaharah Abdullah, ahli Pertubuhan Pergerakan Melayu
Semenanjung Johor berucap membantah perlaksanaan Malayan Union.

(c) Bantahan Persatuan Melayu

 Persatuan Melayu seperti Syarikat Bekerjasama Am Saiburi (SABERKAS), Persatuan


Melayu Kedah, Perikatan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan
Melayu Johor berjaya menghimpunkan orang Melayu dari seluruh negara dan setiap
lapisan masyarakat untuk membantah Malayan Union.
 Pertubuhan Melayu ditubuhkan atau diaktifkan semula sebagai tindak balas terhadap
Malayan Union, Pertubuhan ini kemudian menjadi penggerak menganjurkan rapat
umum bagi membantah tindakan MacMichael dalam usaha mendapatkan
tandatangan Raja-raja Melayu dan bantahan terhadap gagasan Malayan Union.

Union.

6
7.0 Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranyan Malayan Union
diteruskan?

Pada pendapat saya, apakah yang akan berlaku sekiranya Malayan Union diteruskan ialah
kuasa Raja akan menurun dan bilangan rakyat asal akan menurun. Selain itu, Tanah Melayu
kekal menjadi tanah jajahan British serta hak istimewa dan warisan bangsa orang Melayu
akan hilang. Seterunya, agama Islam dicabar oleh Kristian. Akhir sekali, penentangan
berterusan oleh orang Melayu dan perpaduan orang Melayu semakin kuat .

8.0 Rumusan

Kesimpulan dari hasil kajian ini asdalah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai Malayan Union . Dengan membuat kerja khusus ini juga saya mendapat tahu
bahawa latar belakang mengenai sejarah Malayan Union di Tanah Melayu. Malayan Union
ditubuhkan pada tahun 1946 merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan
bangsa yang dibina sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan Malayan Union
diperkenalkan pada tahun 1946 menggantikan pentadbiran tentera British yang memerintah
negara sebaik sahaja pengunduran tenntra Jepun di Tanah Melayu. British berhasrat
membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal
dan menumpukan taat setia kepada Malauyan Union.

9.0 Rujukan

 https://malayakunk.blogspot.com/2021/04/rumusan-malayan-union-kertas-3.html?
m=1

 Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 4

https://fliphtml5.com/esdoe/ljrx/basic

1) https://prezi.com/p/7e3i9_uypbuj/ciri-ciri-malayan-union/

2) http://maribelajarsejarah.blogspot.com/2014/09/bab-4-ting-5-malayan-union-1946.html

You might also like