You are on page 1of 2

Bab 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita 4.

1 British Military
Administration Pada 12 September 1945, British Military Administration
(BMA) diisytiharkan setelah tentera Jepun menyerah kalah. BMA
merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan di bawah arahan Lord
Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara
(1943–1946). Tugas BMA ialah: mengembalikan kestabilan dan
memulihkan kepercayaan rakyat. Mengembalikan kestabilan Pada 1
Disember 1945, BMA membubarkan pasukan MPAJA bertujuan
memulihkan keamanan dan kestabilan negara. BMA mengarahkan semua
senjata yang diberikan kepada mereka semasa pendudukan Jepun dahulu
dikembalikan. Namun, BMA gagal dalam usaha mengumpulkan semula
senjata tersebut dan membanteras jenayah, keganasan, kongsi gelap serta
masalah ketegangan kaum. Memulihkan kepercayaan rakyat Semasa
pemerintahan Jepun, rakyat mengalami kesukaran hidup. Bekalan
makanan dan ubat-ubatan sukar didapati, sekiranya ada bekalan,
harganya terlalu tinggi. Rakyat berharap pentadbiran BMA dapat
memulihkan kesengsaraan hidup mereka. Oleh itu, BMA telah mengambil
alih pentadbiran Tanah Melayu bertujuan mengembalikan kepercayaan
rakyat supaya menyokong kepulangan British di negara ini BMA juga
berusaha memulihkan kerosakan infrastruktur akibat bencana peperangan.
4.2 Gagasan Malayan Union Ciri-ciri Malayan Union: Negeri-negeri Melayu
Bersekutu, Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat
kecuali Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran. Pentadbiran
Malayan Union diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Ratu
England. Majlis Perundangan dan Majlis Eksekutif Malayan Union dibentuk
di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British. Sultan menjadi Ahli Majlis
Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat
Melayu. Kewarganegaraan Malayan Union berasaskan prinsip jus soli. 4.3
Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union Penentangan Raja-
raja Melayu Terhadap Malayan Union Membawa kes Malayan Union ke
Mahkamah Tinggi England. Menghantar surat bantahan ke London.
Menyokong Kongres Melayu. Permaisuri Perak memimpin Gerakan
menentang Malayan Union. Memulau upacara pelantikan Gabenor
Malayan Union. Penentangan rakyat terhadap Malayan Union: Akhbar
Melayu seperti Utusan Melayu (Singapura), Majlis (Kuala Lumpur) dan
Warta Malaya (Pulau Pinang) menyuarakan bantahan dengan keras,
mengecam dan mengutuk Malayan Union kerana merugikan orang Melayu.
Cendekiawan Dato’ Onn Jaafar menggerakkan orang Melayu untuk
menentang Malayan Union dengan pelbagai strategi. Persatuan Melayu
seperti Syarikat Bekerjasama Am Saiburi (SABERKAS), Persatuan Melayu
Selangor dan Persatuan Melayu Johor menghimpunkan orang Melayu dari
seluruh negara untuk membantah gagasan Malayan Union. Di negeri
Kelantan, Kedah dan Johor orang ramai berhimpun semasa kehadiran
MacMichael untuk mendapatkan tandatangan sultan. Mengadakan
Kongres Melayu Menubuhkan UMNO yang menganjurkan bantahan secara
besar-besaran 4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British Faktor
penyerahan Sarawak kepada British: Masalah pewarisan takhta. Desakan
kerajaan British. Masalah kewangan. 4.5 Reaksi Penduduk Tempatan
terhadap Penyerahan Sarawak Faktor penentangan penyerahan Sarawak:
Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941. Vyner
Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke Gerald T. MacBryan
menggunakan muslihat untuk mendapatkan tandatangan ketua tempatan.
Bentuk penentangan penduduk tempatan Mengadakan persidangan bagi
merancang demonstrasi. Mengadakan demonstrasi dengan membawa
sepanduk dan poster dengan kata-kata “Kami membantah
dengan sekeras- kerasnya atas tindakan Brooke menyerahkan Sarawak
kepada colonial Inggeris”, “Sarawak adalah hak kami”, “Leburkan colonial”
dan “No Cession”. Kakitangan kerajaan meletak jawatan beramai-ramai
membantah Pekeliling No. 9. Kaum wanita mengadakan bantahan.
Menggunakan akhbar seperti Utusan Sarawak. Menulis surat bantahan
kepada kerajaan British di London bagi menyatakan bantahan mereka
terhadap penjajahan Sarawak. Menubuhkan Kumpulan Rukun 13
untuk menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu, Sarawak. 4.6
Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British Faktor penyerahan Sabah
kepada British: Memenuhi kepentingan British. Meneruskan dasar British
dalam hubungan luar. Masalah kewangan SBUB. 4.7 Reaksi Penduduk
Tempatan terhadap Penyerahan Sabah Penyerahan Sabah kepada
kerajaan British tidak menimbulkan penentangan daripada penduduk
tempatan disebabkan: Dasar British yang menindas kegiatan berpersatuan
serta mengehadkan peluang penduduk tempatan dalam pentadbiran.
Kesedaran penduduk tempatan melihat penyerahan Sabah sebagai
langkah membangunkan negeri Sabah selepas perang Nota boleh dimut
turun pada pautan : Bab 4 KSSM Tingkatan 4

You might also like