You are on page 1of 3

PROGRAM PEMIMPIN

Bil 1. KURSUS ASAS PEMIMPIN (Dua Hari)

1.1 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI


I -Mengetahui, menghayati dan mengamalkan:
 Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri
 cogan kata, isyarat dan hormat, berjabat tangan serta khidmat Pandu Puteri.
 Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Am dan Pemimpin
II-Mengenal dan memahami maksud lambang dan warna pada:
• logo, lencana serta Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia
• logo serta lencana Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia
(WAGGGS) dan Bendera Dunia ,bendera Malaysia dan bendera semua negeri
di Malaysia

1.2 Mengetahui cara pemakaian pakaian seragam dan aksesori pemimpin Pandu Puteri
serta Pandu Puteri Kelip-Kelip/ Pandu Puteri Tunas/ Pandu Puteri Remaja/ Pandu
Puteri Renjer/ Pandu Puteri Kadet/ Pandu Puteri Klover

1.3 Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri, Persatuan Pandu Puteri Malaysia
peringkat daerah, cawangan, kebangsaan dan antarabangsa

1.4 Mengetahui cara:


-pelbagai cara menghormati bendera
-menaikkan dan menurunkan bendera
-menggunakan isyarat wisel dan isyarat tangan

Mengetahui dan menyanyikan Lagu Dunia dan Taps (Siang dan Malam) versi Bahasa
1.5
Melayu dan Bahasa Inggeris)

1.6 Mengendalikan kawat dan istiadat Pandu Puteri Tunas/ Pandu Puteri Remaja/
Pandu Puteri Renjer.

1.7 PERANCANGAN PROGRAM


Merancang program tahunan dan rancangan mengajar untuk satu perjumpaan
Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip/ Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja /
Pandu Puteri Renjer/ Pandu Puteri Kadet / Pandu Puteri Klover

1.8 ISTIADAT PELANTIKAN

1.9 Setelah menghadiri Kursus Asas Pemimpin, pemimpin berupaya:


1.9.1 merancang dan melaksanakan program perjumpaan mingguan untuk
sekurang-kurangnya tiga (3) kali perjumpaan
1.9.2 mengendalikan aktiviti Pasukan PP Kelip-kelip/ PP Tunas/PP
Remaja/PP Renjer/PP Klover/PP Kadet; dan
1.9.3 selepas tiga bulan mengendalikan pasukan, pemimpin boleh
memohon waran daripada PJ Daerah atau KP Cawangan bagi jawatan
yang dipegang.
Bil 2. KURSUS LANJUTAN PEMIMPIN PANDU PUTERI

Kursus Dijalankan Dalam Satu Perkhemahan Pemimpin Selama Tiga (3) Hari Dua (2)
Malam

2.1 Mengenal dan mengaplikasikan kemahiran asas perkhemahan mengikut syarat-


syarat Lencana Kecekapan Pekhemah

2.2 Mengenal dan membuat ikatan serta simpulan mengikut syarat Lencana Kecekapan
Pembuat Simpulan.

Mengenal dan melaksanakan sekurang-kurangnya satu lencana daripada setiap


2.3
kategori berikut:

-Sustainable Development Goals (SDGs)


-YUNGA
-WAGGGS
-GEAR UP
2.4 Menyediakan fail/buku log peribadi dan kemajuan.

2.5 Merancang dan melaksanakan pengembaraan mengikut syarat-syarat Lencana


Kecekapan Hiker.

Mengenal dan menyanyi pelbagai lagu Pandu Puteri seperti lagu Rantau Asia Pasifik
2.6
(versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), lagu-lagu pusingan (round songs), lagu-
lagu beraksi (action songs) dan lain-lain lagi.

Bil 3. SKIM MUTIARA

Skim Mutiara disediakan sebagai galakan kepada pemimpin berwaran yang


berpotensi dan berminat mencorakkan masa depannya dalam pergerakan Pandu
Puteri.
3.1 MUTIARA 1
(dianugerahkan di peringkat daerah/cawangan)
3.1.1 Pemimpin berwaran
3.1.2 Telah menyertai Kursus Lanjutan Pemimpin Pandu Puteri
3.1.3 Telah membantu dalam satu acara Pandu Puteri di peringkat daerah/
cawangan/kebangsaan

3.2 MUTIARA II
(dianugerahkan di peringkat cawangan)
3.2.1 Pemimpin berwaran
3.2.2 Pemegang Sijil Juru Bantu Mula
3.2.2 Pemegang Sijil Kuartermaster
3.2.3 Pemimpin aktif di peringkat sekolah/ daerah/ cawangan /kebangsaan.

3.3 MUTIARA III


(dianugerahkan di peringkat kebangsaan)
3.3.1 Pemimpin berwaran
3.3.2 Telah memperoleh Mutiara II
3.3.3 Pemegang Sijil Lesen Perkhemahan/ Jurulatih
3.4 MUTIARA IV
(dianugerahkan di peringkat kebangsaan)
- Pemimpin berwaran
Telah memperoleh Mutiara III
Telah memperolehi Sijil Jurulatih dan aktif sebagai jurulatih dalam tempoh tiga (3)
tahun kebelakangan
Telah memperoleh Asia Pacific Leadership Award

You might also like