You are on page 1of 12

PESURUHJAYA DAERAH

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA KAWASAN / NEGERI


Fungsi Pesuruhjaya Daerah di daerahnya adalah secara am, bertanggungjawab
kepada Pesuruhjaya Negeri dan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia,
dengan kerjasama Majlis Daerah Pengaka di mana perlu, untuk kebajikan,
kemajuan dan latihan Pergerakan dan untuk dasar organisasi dan persatuan,
terutama :-
1. Untuk memberi sokongan, bimbingan dan nasihat kepada kumpulan-kumpulan
Pengakap di- dalam daerah dalam bidang-bidang berikut :-
a) Penyediaan rancangan-rancangan untuk memenuhi objektif kakitangan
kumpulan-kumpulan dan pengurusan peribadi.
b) Perkembangan Pergerakan.
c) Program Muda/Remaja dan aktiviti-aktiviti latihan.
d) Harta dan pentadbiran.
e) Latihan Pemimpin.
f) Pentadbiran kakitangan.
g) Pemasaran dan Promosi Pergerakan Pengakap.
2. Mengalakkan kemajuan kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah supaya
setiap generasi muda berpeluang mengambil bahagian didalam Pergerakan
Pengakap.
3. Menyelia secara am aktiviti kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah
Pengakap dan memastikan jawatankuasa kumpulan menyokong cadangan dan
menerima laporan-laporan pencapaian mereka.
4. Bersama-sama dengan Pemimpin Kumpulan menilai pencapaian kumpulan
tersebut.
5. Menyiasat dan menyelesaikan perselisihan di antara ahli-ahli Pergerakan
sebagaimana diperlukan.
6. Memastikan Jawatankuasa Pengurusan ditubuhkan bagi setiap kem atau
kawasan aktiviti di- dalam Daerah dan bertindak sebagai Penasihat bagi
Jawatankuasa Pengurusan.
7. Bekerjasama dan menjaga hubungan baik dengan lain-lain pertubuhan belia di
dalam masyarakat khasnya Pandu Puteri, B.P. Scout Guild, Persaudaraan
Pengakap Raja dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat amnya.
8. Memastikan semua Jawatankuasa Kumpulan hadir perlantikan Pemimpin
Kumpulan sebagai suatu yang diutamakan.
9. Melawat kumpulan-kumpulan dan memberi nasihat tentang cara menjalankan
aktiviti sebagaimana yang tercatat didalam Scouting for Boys, POR dan Buku
Panduan Pengakap.
10. Berurusan dengan apa sahaja di bawah bidang kuasa beliau mengikut POR.
terutamanya dengan :-
- Tauliah-tauliah
- Pangkat-pangkat terhormat.
- Pendaftaran kumpulan.
- Keahlian Pengakap dan ahli-ahli biasa.
- Pingat-pingat dan anugerah-anugerah.

11. Mengawal semua pelawat Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda,


Pengakap Remaja ketika perkhemahan dan Kelana bertindak sebagai Penasihat
dalam apa jua situasi. Sekiranya perlu perkara tersebut akan dilaporkan kepada
Pesuruhjaya berkenaan.
PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (LATIHAN DEWASA) - PPD(LD)
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :

Menasihat, memaju dan menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan latihan, polisi-


polisi dan latihan-latihan di dalam daerah untuk membantu Pesuruhjaya Daerah
dalam mencapai objektif-objektif Pengakap Daerah.

TUGAS-TUGAS :
1. Menasihat kumpulan dan pemimpin-pemimpin bahagian dan pertubuhan
Daerah dalam semua hal-hal latihan.
2. Menyokong secara aktif Pasukan Latihan.
3. Menyimpan rekod latihan setiap Pemimpin di Daerahnya.
4. Memproses dan meluluskan semua permohonan-permohonan untuk
menghadiri kursus-kursus Latihan Pemimpin.
5. Menggalak dan membimbing Pemimpin-pemimpin atas permintaan dan
keperluan bagi menyempurnakan Latihan manikayu Peringkat 5 serta mengawasi
kemajuannya.
6. Menasihat dan membantu daerah, Kumpulan dan Pemimpin-pemimpin
Bahagian dalam persediaan dan mengedalikan aktiviti-aktiviti latihan.
7. Memastikan bahawa Peringkat 3 : Tugas latihan Perkhidmatan dan Teknikal
disempurnakan oleh setiap Pemimpin. Kebanyakan latihan ini akan dijalankan
oleh Pasukan Latihan Daerah.
8. Melatih dan membantu tugasan pembimbing Latihan serta mengkaji semula
tugasan dan perlantikan mereka.
9. Mengenalpasti syarat-syarat latihan untuk Pemimpin-pemimpin dan
pembantu-pembantu di Daerah dan menguruskan aktiviti-aktiviti latihan
sebagaimana diperlukan.
10. Sentiasa menghadiri dan menpengerusi Pasukan Latihan Daerah serta hadir
di dalam mesyuarat-mesyuarat Pasukan Latihan Negeri.
11. Mengambil bahagian sebagai ahli di dalam aktiviti-aktiviti Jawatankuasa
Sumber Daerah, dengan menyediakan input latihan pada temuduga dan kajian-
kajian semula berkala.
12. Memastikan bahawa dengan menyempurnakan latihan Peringkat 3,
Pemimpin-pemimpin telahpun menguasai pengetahuan dan kefahaman asas-
asas berpengakap.
13. Sentiasa berhubung dengan bahagian aktiviti-aktiviti individu dan
mengekalkan pengetahuan pentadbiran yang terkini serta latihan di dalam
Persekutuan Pengakap Malaysia.

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PROGRAM MUDA-REMAJA) - PPD(PMR)


BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN UNTUK MENJALANKAN FUNGSI :


1. Mengetahui kehendak generasi muda (Kanak-Kanak / Muda-Remaja ) dan
mempelajari aspirasi / keperluan mereka.
2. Kemahiran-kemahiran kreatif.
3. Kemahiran-kemahiran untuk mendorong, menyelaras dan mengurus.
4. Bekerja dengan harmoni dalam membuat keputusan.
5. Latar belakang berpengakap yang teguh, berpengalaman dalam latihan dan
Program Pembangunan Belia.
6. Pengetahuan dan kemahiran-kemahiran dalam semua sesi latihan belia.

TUGAS-TUGAS :
Tugas seseorang Penolong Pesuruhjaya Daerah (Program Muda-Remaja)
meliputi :-
1. Perancangan dan penyelarasan di peringkat daerah dalam semua aspek
Program Muda-Remaja dalam Pertubuhan Daerah.
2. Mewujudkan kesedaran pemimpin-pemimpin daerah, mengenai Program
Muda-Remaja dan kepentingannya.
3. Bekerjasama dengan Penolong Pesuruhjaya Daerah dalam Latihan Pemimpin
bagi memastikan Jawatankuasa Latihan memenuhi keperluan-keperluan Program
Muda-Remaja.
4. Sentiasa mengamati dan memajukan semua bahagia Program Muda-Remaja.
5. Memastikan program disampaikan kepada tahap kualiti yang memuaskan di
setiap unit tempatan Daerah.
6. Kepimpinan perjumpaan Jawatankuasa Program Daerah (perjumpaan-
perjumpaan dengan Bahagian Cawangan Penolong Pesuruhjaya Daerah atau
wakil-wakil mereka) dan bertanggungjawab untuk latihan serta kemajuan ahli-
ahlinya.
7. Meneguhkan perpaduan melalui Program Muda-Remaja dengan kerjasama
yang padu dengan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Program Daerah yang lain.
8. Menjadi ahli yang aktif dalam Jawatankuasa Penerbitan Daerah.
9. Mewujudkan perhubungan berterusan dengan semua Penolong Pesuruhjaya
Daerah dalam Program Muda-Remaja.
10. Melaporkan semua program Muda-Remaja kepada Jawatankuasa Eksekutif
Daerah.

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP KANAK-KANAK)-PPD(PKK)


BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :
1.1 Untuk membuat promosi dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti Pengakap Kanak-
Kanak(PKK) di dalam Daerah.
1.2 Untuk menyediakan sokongan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin-
pemimpin PKK, dan berwaspada dengan pengambilan, pelantikan Pemimpin-
pemimpin PKK dan kekuatan Pemimpin dalam Kumpulan-kumpulan.
1.3 Untuk mengawasi program-program dan aktiviti-aktiviti PKK dan
mengekalkan PKK dalam pergerakannya.

2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :
2.1 Mewakili Daerah secara aktif dalam semua perkara berkaitan dengan aktiviti-
aktiviti PKK.
2.2 Memperkembangkan objektif-objektif jangka pendek dan panjang untuk
aktiviti-aktiviti PKK dalam Daerah.
2.3 Menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan peranan PKK, yang
membenarkan pertukaran idea yang terbuka dll,
Majlis-majlis :
- Majlis Kawasan / Negeri PKK.
- Pengerusikan Majlis Pemimpin Daerah PKK.

2.4 Dalam mengabungkan dengan Majlis Daerah PKK membina Program Tahunan
Daerah, pastikan ia menyediakan aktiviti-aktiviti yang secukupnya untuk
mempromosikan kemahiran-kemahiran serta latihan oleh ahli-ahli serta
pemimpin-pemimpin belia. Pastikan juga acara-acara program mempunyai
penglibatan yang maksima dari setiap Pek dalam Daerah.
2.5 Atas inisiatif sendiri, adakan lawatan perjumpaan Kumpulan dan Bahagian
serta aktiviti-aktiviti yang mana manasabah, dengan tujuan mengadakan
hubungan yang erat, membina keinsafan yang mendalam pada Daerah serta
aktiviti-aktivitinya, dan mendorongkan komunikasi, dan memastikan sokongan
Daerah kepada Kumpulan-kumpulan.
2.6 Pastikan perkembangan diantara bahagian aktiviti-aktiviti pada peringkat
Kumpulan dan Daerah, terutamanya di antara PKK dan PM.
2.7 Sediakan laporan tetap tentang aktiviti-aktiviti PKK kepada surat berita
Daerah / Negeri, dan menggalakkan Pemimpin-pemimpin PKK untuk berhubung
dengan media tempatan (melalui perwakilan PR Daerah jika ia dilantik), pada
aktiviti-aktiviti PKK.
2.8 Pastikan yang piawaian dikekalkan pada tahap yang mungkin paling tinggi,
terutamanya aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti luar.
2.9 Galakkan penubuhan dan pengekalan Majlis Kumpulan Enam Sekawan.
2.10 Dengan Latihan Kepimpinan Penolong Pesuruhjaya Daerah, mengawasi
Latihan Progresif pemimpin-pemimpin dewasa, dan secara aktif memajukan
latihan pra-waren, dan penamatan manikayu.
2.11 Membantu, sepertimana dikehendaki, dengan latihan pemimpin-pemimpin
dewasa.
2.12 Menasihat Jawatankuasa Sumber Daerah, sekadar perlu, melalui perwakilan
beruniform, terhadap perkara-perkara berkaitan dengan pengambilan dan
pemilihan pemimpin-pemimpin PKK dan penolong pemimpin PKK.
2.13 Menyertai dalam anggaran Daerah dan keperluan-keperluan pengurusan.
2.14 Menasihat Pesuruhjaya Daerah berkaitan semua perkara berhubung PKK.

3. KELAYAKAN :
3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADI
a) Berminat dan mampu untuk memotivasikan orang lain.
b) Komitmen yang kuat terhadap aktiviti-aktiviti PKK.
c) Kebolehan untuk berkomunikasi dengan semua tahap dan bahagian.
d) Berkemampuan untuk menjalankan penyiasatan, dan menulis laporan dan
cadangan- cadangan.

3.2 KELAYAKAN
a) Pemegang Manikayu PKK, dan bersedia untuk menjalani dan
menyempurnakan Manikayu Pesuruhjaya.
b) Memenuhi kelayakan untuk perlantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah
(PKK) sebagaimana dibuat dalam POR
PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP MUDA) - PPD (PM)
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :
1.1 Untuk menaikkan dan menyelaras aktiviti-aktiviti Pengakap Muda (PM) di
dalam Daerah.
1.2 Untuk memberi sokongan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin-
pemimpin PM dan berhati-hati terhadap pengambilan, pemilihan pemimpin-
pemimpin PM serta kekuatan-kekuatan Pemimpin dalam kumpulan-kumpulan.
1.3 Untuk mengawal program-program dan aktiviti-aktiviti PM serta pengekalan
PM dalam pergerakan.

2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :
2.1 Mewakili Daerah secara aktif dalam semua perkara berkaitan dengan aktiviti-
aktiviti PM.
2.2 Mengembangkan objektif-objektif jangka pendek dan panjang untuk aktiviti-
aktiviti PM dalam Daerah-daerah.
2.3 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengan peranan PM, yang
membenarkan penukaran idea secara terbuka dan lain-lain,
Majlis-majlis :
- Majlis Pemimpin / Negeri PM
- Pengerusikan Majlis Pemimpin Daerah PM

2.4 Berhubung dengan Pesuruhjaya, Pengerusi Program Daerah PM dalam


memajukan program tahunan Daerah, serta menyediakan aktiviti-aktiviti yang
cukup untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran dan latihan ahli-ahli dan
Pemimpin-pemimpin.
2.5 Pastikan aktiviti-aktiviti yang diprogramkan mempunyai penglibatan yang
maksima dari setiap kumpulan dalam Daerah.
2.6 Atas daya usaha sendiri melawat kumpulan dan mesyuarat-mesyuarat
kumpulan serta aktiviti-aktiviti semungkin yang boleh, dengan tujuan
merapatkan hubungan dan mengembangkan kesedaran yang kukuh terhadap
Daerah serta aktiviti-aktivitinya, dan memastikan Daerah memberi sokongan
kepada kumpulan-kumpulan.
2.7 Pastikan perkembangan aktiviti-aktiviti Pengakap pada tahap Kumpulan,
Daerah dan Negeri, terutama antara Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda
dan Pengakap Remaja.
2.8 Menyediakan laporan tetap tentang aktiviti-aktiviti Pengakap kepada surat
siaran Daerah / Negeri / Negara, dan menggalakkan Pemimpin-pemimpin
Pengakap berhubung dengan media tempatan (melalui pewakilan-pewakilan PR
Dearah, jika dilantik ) terhadap aktiviti-aktiviti Pengakap.
2.9 Pastikan taraf di kekalkan pada tahap yang tertinggi terutama aktiviti-aktiviti
yang ada kaitan dengan aktiviti-aktiviti luar.
2.10 Galakkan penubuhan dan penyelenggaraan Majlis Patrol Kumpulan.
2.11 Dengan Latihan Kepimpinan Penolong Pesuruhjaya Daerah, merumus
keseluruhan Latihan Progresif Pemimpin-pemimpin Dewasa, dan secara aktif
memajukan latihan pra-tauliah, dan menyempurnakan manikayu.
2.12 Membantu, sebagaimana dikehendaki, dengan latihan Pemimpin-pemimpin
Dewasa.
2.13 Menasihat Jawatankuasa Sumber Daerah, seperti yang diperlakukan,
melalui perwakilan yang berseragam, atas perkara-perkara berkaitan dengan
pengambilan dan pemilihan Pemimpin-pemimpin Pengakap dan Penolong
Pemimpin Pengakap.
2.14 Mengambil bahagian dalam belanjawan Daerah dan keperluan-keperluan
pengurusan.

3. KELAYAKAN :
3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADI
a) Bersemangat dan berkebolehan memotivasi termasuk mengubah sikap Muda-
Remaja.
b) Komitmen yang kuat dan mempunyai tanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti
yang dirancangkan.
c) Kebolehan untuk berkomunikasi dengan orang dewasa dan Muda-Remaja pada
semua tahap dan bahagian.
d) Mempunyai ilmu kepengakapan dan sanggup berkhidmat dengan sukarela
kepada masyarakat terutama sekali Muda-Remaja.
e) Berminat terhadap aktiviti Pengakap.
f) Mempunyai rasa kepuasan hati terhadap kerja.

3.2 KELAYAKAN
a) Memegang manikayu bahagian Pengakap Muda dan bersedia untuk
menjalankan serata menamatkan manikayu Pesuruhjaya dalam tempoh 12
bulan.
b) Mempunyai kelayakan yang boleh dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya
Daerah sebagaimana terkandung dalam POR.

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP REMAJA) - PPD (PR)


BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :
1.1 Untuk membantu Pesuruhjaya Daerah atas perkara-perkara berkaitan
dengan unit Pengakap Remaja (PR).
1.2 Untuk menyediakan sokongan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin-
pemimpin PR.
1.3 Untuk mengawal program-program dan aktiviti-aktiviti PR dan pengekalan PR
dalam pergerakan, dan kekuatan Pemimpin dalam kumpulan-kumpulan.

2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :
2.1 Menggalakkan penubuhan dan penyelenggaraan Majlis Daerah PR.
2.2 Memastikan bahawa taraf dan latihan dikekalkan pada tahap yang tertinggi,
terutamanya aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berisiko
tinggi.
2.3 Sebagai Pengerusi Majlis Daerah PR secara aktif mewakili Daerah dalam
semua perkara-perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti.
2.4 Mengembangkan objektif-objektif jangka pendek dan panjang, untuk aktiviti-
aktiviti PR dengan Daerah.
2.5 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat Daerah / Negeri berkaitan dengan peranan
PR,
majlis-majlis :-
- Majlis Negeri PR.
- Majlis Pesuruhjaya Daerah.

2.6 Atas daya usaha sendiri melawat mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti


Daerah, Kumpulan dan Unit semungkin boleh dengan hasrat dapat berhubung,
mengembangkan kesedaran terhadap Daerah dan aktiviti-aktiviti, menggalakkan
komunikasi dan memastikan sokongan Daerah kepada kumpulan-kumpulan.
2.7 Menyediakan laporan tetap tentang aktiviti-aktiviti PR kepada surat berita
Daerah / Negeri, dan menggalakkan Pemimpin-pemimpin PR untuk berhubung
dengan media tempatan dalam aktiviti-aktiviti PR.
2.8 Membantu sebagaimana dikehendaki dengan latihan Pemimpin Dewasa.
2.9 Menjadi ahli Jawatankuasa Sumber Pengakap Daerah.
2.10 Mengambil bahagian dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan
belanjawan Daerah dan keperluan-keperluan pengurusan.

3. KELAYAKAN-KELAYAKAN :
3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADI
a) Bersemangat dan dapat memotivasikan orang lain.
b) Komitmen yang kuat kepada aktiviti-aktiviti PR.
c) Kebolehan berkomunikasi dengan semua tahap dan bahagian.
d) Dapat bekerja secara harmoni dengan Pemimpin-pemimpin.

3.2 KELAYAKAN
a) Pemegang manikayu PM atau PR dan bersedia untuk menjalankan serta
menyempurnakan manikayu Pesuruhjaya dalam masa dua belas (12) bulan.
b) Berkelayakan untuk dilantik sebagai Pemimpin PR Daerah, sebagaimana
terkandung dalam POR.
c) Pemimpin yang benar-benar berminat sahaja.
PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP KELANA) - PPD (PK)
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH
INGATAN : Perlantikan untuk jawatan ini hanya patut dibuat dalam Daerah yang
terdapat tiga atau lebih Krew Kelana.

1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :
1.1 Untuk mempromosikan dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti Kelana dalam
Daerah.
1.2 Untuk menyediakan sokongan kepada Krew Kelana Daerah.
1.3 Untuk mengawal program-program dan aktiviti-aktiviti Kelana, berhubung
dengan Daerah dan/atau Majlis Kelana Negeri, dan pengekalan Kelana dalam
pergerakan.

2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :
2.1 Secara aktif mewakili Daerah dalam semua perkara-perkara berkaitan
dengan aktiviti-aktiviti Kelana.
2.2 Berhubung dengan Daerah dan/atau Majlis Kelana Negeri, pastikan bahawa
kemajuan dan pengekalan taraf Kelana dalam Daerah ditubuh dan dijaga.
2.3 Mengembang objektif jangka pendek dan panjang, berhubung dengan Krew
Kelana dalam Daerah, untuk semua aktiviti-aktiviti Kelana dalam Daerah.
2.4 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat Daerah dan Negeri berkaitan dengan
aktiviti-aktiviti Kelana.
2.5 Atas daya usaha sendiri melawat mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti
Daerah dan Krew, serta melawat mesyuarat-mesyuarat dan Krew apabila
dijemput.
2.6 Pastikan perkembangan aktiviti-aktiviti antara bahagian pada tahap Krew dan
Daerah, terutama antara Pengakap Remaja dan Kelana.
2.7 Galakkan secara aktif Kelana yang sesuai, untuk menamatkan latihan Kelana
mereka, unutk menjadi Pemimpin Dewasa dalam pergerakan.
2.8 Pastikan laporan tetap tentang aktiviti-aktiviti Kelana disediakan kepada
surat berita Negeri / Negara, galakkan Krew Kelana untuk berhubung dengan
media tempatan, dalam aktiviti-aktiviti Kelana.
2.9 Pastikan bahawa taraf dikekalkan pada tahap yang tertinggi, terutamanya
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti luar.
2.10 Dengan Latihan Kepimpinan Penolong Pesuruhjaya Daerah, merumus
keseluruhan Latihan Progresif untuk Penasihat-penasihat Kelana dan Pemimpin-
pemimpin Krew, dan secara aktif mempromosikan latihan Pra-waran, dan
penamatan Manikayu.
2.11 Membantu dalam pengambilan Penasihat-penasihat Kelana.
2.12 Mengambil bahagian dalam belanjawan Daerah keperluan-keperluan
pengurusan.
2.13 Menasihat Pesuruhjaya Daerah atas semua perkara-perkara berkaitan
dengan Kelana.

3. KELAYAKAN-KELAYAKAN :
3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADI
a) Bersemangat dan dapat memotivasikan orang lain.
b) Komitmen yang kuat kepada falsafah dan aktiviti-aktiviti Kelana.
c) Kebolehan untuk berkomunikasi dengan semua tahap dan bahagian.
d) Kebolehan untuk bekerja secara harmoni dengan semua Pemimpin-pemimpin.
e) Kebolehan untuk menjalankan penyiasatan, dan menulis laporan-laporan dan
cadangan-cadangan.

3.2 KELAYAKAN
a) Pemegang Manikayu Kelana, dan bersedia untuk menjalani serta
menyempurnakan Manikayu Pesuruhjaya.
b) Berkelayakan untuk dilantik sebagai Penasihat Kelana Daerah sebagaimana
terkandung dalam POR.
c) Sesuai kepada apa-apa kehendak oleh Daerah dan/atau Majlis Kelana Negeri.

You might also like